Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 20, 2008

TAG

Ush... mmg aku tak faham memula TAG ni....berputar sat aku bila on line buddy aku ni minta aku buat TAG... masuk blog dia perhatikan satu-satu tak ada apa pun... than masuk pulak kawan2 dia punya blog...dan aku ternampak sama je dengan penulisan dengan blog dia... oh kira TAG berantai ni.... oklah... syok jugak...

Waktu aku baca blog dia tuh terpikir jugak, macam mana dia boleh terpikir nak tulis macam ni... bila sebut nama aku, chewah bangga mak cik... ok menyahut cabaran.... kita mula yek

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan :

  1. Notebook
  2. N95...
  3. Sedozen ros , coklat Ferro yang paling banyak serta teddy bear sebesar bapak
  4. Unlimited Credit card
  5. Rumah

Senang tak nak dapat benda-benda ni?

Senaraikan alasan atas pilihan itu :-

  1. Sebab pertama aku perlukan notebook tuk blog kat umah, heheheh pukul 4,5,6 pagi pun kalau aku rasa nak menulis senang, lagi satu boleh buat kerja kat umah tak payah la aku bahayakan diri kerja lebih masa, maklumlah kawasan opis aku ni sunyi lepas waktu pejabat, lagipun sekarang pun zaman teknologi kan? Cume nak beli ni aku berkira sikit, bila tengok simpanan baru nak naik rase sayang je nak kuarkan, so kalau org nak bagi aku hadiah, dah kaya nak buang duit, belikan aku note book yek
  2. Fon yang cangih tuk merakam saat dan detik terindah
  3. Aku suka hadiah, bagi aku lelaki sekarang malu nak bagi benda2 macam ni.... kalau ada pun satu pun susah nak dpt
  4. Aku nak belanja suka aku.... shopping!!suka je beli... tak payah pikir2
  5. Dalam kelewatan usia ni, kalau ada umah dah lengkap dah idup....

Impresi terhadap orang yang diminati :-

  1. Jujur
  2. Tak cakap besar
  3. Yang beriman
  4. Pendengar yang baik
  5. Hormat wanita, org tua, kanak-kanak, binatang dan apa je yang idup la

Perkara hebat yang pernah di lakukan :

Uh apa yek? Aku rasa meninggalkan seseorg jantan yang nak aku tinggalkan sepanjang bersama dengan dia. Memerlukan kekuatan dan keyakinan, motivasi diri... hahahah. Paling bestttttt!!!! Dan aku berjaya... sampai sekarang aku boleh tersenyum sbb aku mampu lakukan dan mampu tunjukkan aku boleh idup tampa dia!

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

  1. I love cats... ciptaan Allah, bagi aku alat permainan manusia yang bernyawa... siapa bole buat?
  2. Make over... aku suka tengok org buat make over, dengan make up muka buruk jadi lawa
  3. Air Cond... aku tak leh hidup dlm kepanasan
  4. Blog aku la... my stories, nyawa rahsia aku kat sini...
  5. Water heater... aku bole mandi bebila je aku nak... hahahah

5 Pekara yang di benci :-

  1. Bila org buat tak tahu...
  2. Bila org tanya soalan bodo terutama bila aku marah
  3. Bila aku sakit perut waktu jalan2.... memang tak suka toilet selain dr umah sendiri
  4. Bila org mungkir janji
  5. Bila org tipu dan cuba menutup cerita tipu dia tu

5 org yang mahu di Tag :-

  1. Miss Angle
  2. Ayang Baby
  3. Cempaka
  4. Deqna? Hahahah kawan tak ramai la... kalau rajin buat lagi... heheheh
  5. Pembaca misteri blog aku ni!

Uhhhh akhirnya siap... so... enjoiiiii

Hujung Minggu kali ini

Korg nak tahu tak awat aku lama tak update blog aku? meh aku citer... ari ni mud aku malas nak kerja... banyak sebenarnya kerja aku kat opis ni... makin lama makin banyak kerja aku dan aku harap sangat cepatlah majlis kawin adik aku ni berlangsung... perhhh akak mmg tak tahan nak.... kerja kat opis, balik kena pulak buat persiapan apa yang patut.... last friday aku rasa macam nak jerit je... tapi,kan dlm tention2 tu aku sempat bergmbo... hahaha adik aku kata "Mana la kerja ko nak habis long, kalau bz update blog ko yang tak berpaedah tu..." Yer la tak berpaedah... tak ada citer dia dlm ni mmg la tak berpadah, cuba aku banyak citer pasal dia? Hahahah....

Aku benci buat kerja Audit... serius mmg bosan tahap gaban. Gaban tu kalau tengok aku agaknya, dia pun duduk makan koci tengok aku kalut... ari Jumaat tu ada sikit makan2, panggil jiran-jiran sbb nak buat majlis besarkan, so kenalah minta tolong jiran2 semua. Tapi pagi tu, akak memang banyak kerja... kalau tak caya meh tengok!

Ini kotak yang berisi "job file"... ni separuh yang aku angkut dari bilik belakang, yang balen tu kat belakang... bayangkan, setiap kotak berisi lebih kurang 50-60 invoice and all the shipment detail... aku kena tengok satu-satu sbb bos aku kata apa yang aku buat dengan dia tak sama... masalah aku ke tu? hahahah yer la mana la tahu depa ni bukan tul..so malas aku nak argue, better aku tengok sendiri detail payment yang ada dlm tiap file.

Hari tu aku upload meja aku yang berselerak tukan? Ni aku upload lagi... ni adalah antara job file yang aku kuarkan... ok lagi ni... mesti korang cakap, oklah bole lagi letak barang atas meja...

Ha... yang berselerak telah ku tolak ke tepi...nampak tak atas printer aku tuh? hahahah boleh la pulak letak in tray aku sementara kat situ...dasyat aku ni...

Uh i really hate to do audit! Banyak kerja.... oh for blogger name Angle... senang2 kat opis tu buat la macam kak cida ni... hahahah

Ok... hari Jumaat tu aku kerja sampai kul 7.30. Kat umah ada jamuan, sian mak aku. Nasib baik jiran aku tolong masakkan, dan prepare all the food.

Juadah yang tersedia malam tu

Mesyuarat bermula malam tu... pengagihan tugas tuk setiap jiran... rumah siapa yang akan di gunaan letak makanan, DJ, tempat basuh pinggan, tempat letak hadiah, dan macam-macam lagi la...

Than hari sabtu pulak aku bz dengan buat berkat tuk kanak2...

Sweet for all kid on the big day... ada lagi tapi ni je kat depan mata aku... hahahah

Walaupun aku penat balik kerja... aku buat jugak... penuh kesabaran. Maklumla akak kerja hari sabtu...

Lepas solat, makan masih meneruskan kerja... hehehe

Si bakal pengantin turut mnolong sama... bagus adik aku ni, ni pun setelah kena bebel dengan aku.

Inilah berkat di hari besar ku! Adik aku suruh tulis macam tu...

Apa macam kengkawan?

Alhamdulilla dah selesai dah berkat tuk kanak2... Ahad ni aku akan ke Melaka ambik berkat tuk tetamu pulak... minggu ni kena la bersihkan rumah, pasang langsir baru... aahaha macam nak raya pulak...

Tapi aku tetap bersengkang mata, kerja opis mesti aku habiskan jugak... so Isnin yakni hari ini bole la aku ber blog... wlaupun lewat pagi baru kerja ku habis, aku tetap nak ambik gamba...bukti yang aku bawak balik kerja bossss

Tengoklah bilik aku yang tak terurus...kat bawah tu melambak kertas kerja aku...

Memang aku bosan tahap cipan!

Saturday, May 17, 2008

Di antara mereka yang pernah ku kenal.....


1st of all aku nak minta maaf pada mereka2 ni... aku curik gambar korang to post kat blog, citer aku kali ni... wah... aku banyak kerja ni! Nak habiskan cepat sbb aku nak cuti, sekarang aku jadi Auditor company! Perh i hate audit! Apa nak buat, kalau suruh auditor audit depa charge lebih tuk adjusting jurnal entry... maka bos aku suruh aku buat adjusting sendiri so kita hantar account, so tak penatkan auditor and cost pun kurang ar... bijak bos aku ni! Anyway aku ni dah ketagih nak blog...


Citer aku kali ni pasal org di sekeliling aku... dari aku kecik... remaja dan dah tua ni... cepat tul org2 yang aku kenal dah berumahtangga, aku tapak umah pun tak beli lagi... esh...banyak nak citer ni, tapi kang kerja tak siap...


MEREKA yang dah berkahwin



My beloved sister... kak Z and abang Azron... cute yek... aku nak citer pasal diorg...tapi masa tak cukup... anyway akak... sori wa cilok gamba u... kisah ke i put on this blog? Bole la... kesian la kat adik ko ni.... :)



Najib and his wife Siti...


Oh... antara kita org ada sorg lagi Malis, dia pun dah kawin but tak ada la gambar dia... so antara kami berempat, aku je terkontang kanting... wakakaka...



Ni abang sepupu aku and wife dia...



Kawan kolej aku, MArlinda and Shafiq... both are my kolej's perend



Kawan kolej jugak, Nurbaya and husband...



Suke tul tengok kawan sekolah lama aku ni... hapy je kan... pun dah kawin....



Ni ex- jiran aku... Zamir dan wife dia... kebetulan waktu aku menulis blog ni, aku terview profile dia,wah... cepat betul masa berlalu yek... terasa akak makin tua la...





Ini kawan sekolah aku jugak... Azean... the first person aku kenal waktu melangkah darjah satu dulu... heheh gambo dia dengan asben dia tak ada la... jarang sekali asben dia nak join kitaorg semua...tapi yang penting aku dapat tunjuk orgnya ...



Fadilla Zahari... jugak kawan sekolah aku... sori gambo asben dia pun tak ada ar... gambar ni aku ambik waktu melawat dia lepas dia bersalin... first baby kira2 dua tahun lepas.... uh, lama dah aku simpan dlm computer zaman jepun aku ni!

Linda and Suaminya....


Ely...my bestperen aku kat kolej....



Bestperen aku jugak...MArhana... Gambo dia dengan husben pun tak ada...



Adik angkat aku dengan wife and anak dia... yang belakang baju biru tu asben si Marhana... ada pun... walaupun tak full...betapa bahagianya diorg... sihat tul :)



Erm... kalau nak tunjuk mereka yang dah kwin mmg banyak giler... tapi ini yang terlintas...ada yang aku ambik kat Fs... sajer belek2 profile diorg... hehehe


MEREKA yang DAH bertunang....


Mereka yang bertunang ni semua sepupu aku... yang sedih diorg ni muda 5,6,7,8,9,10 tahun dari aku... semua langkah bendul...termasuklah adik aku hampeh. Ni kena buat undang2 adat baru ar... kalau aku collect cincin langkah bendul penuh satu tangan aku ni... semua jari aku bersarung...wakahakah...meh kita tengok mereka yang dah bertunang ok.


First yang tunang adik aku.... than berita di gemparkan bila Shila and Andy bertunang



Second aku di gegarkan oleh berita Yana and Sharil bertunang....



Selepas tu.... di gegarkan lagi oleh pasangan Nazli and Diana



Ini Nazli... ini gambo sebelum dia tunang... sebelah tu bukan tunang dia... tu aku... eheheh waktu dia tunang aku tak dpt balik Spore... but dah pernah jumpa la that gurl... nice and sweet...


Oh kawan aku yang dah bertunang sorang ni... tahun ni rase dah macam 3 tahun, masih menunggu jemputan kawin dia....



Hidayah Hamid... hahah kawan sekolah semua.. kenal ini budak?


Ok... yang paling tak ku sangka bila bulan 5 and 6 ni banyak yang nak kawin... uh... sori la guys tak dpt mai umah hampa sbb umah aku pun sekoq tu nak kawin... kalau sempat aku dtg la ok... mereka yang akan berkawin dlm bulan ni dan awal june...


MEREKA yang akan melangsungkan Perkahwinan...



Faizal and Rafidah Arshad 18 May 2008



PERHATIAN :-Ini bukan pasangannya...


Zul and Haniza... 17 May 2008


Mesti ko heran Zack awat letak gambo ni? maklumlah, suka tengok ko berposing hehehehe... akak suka bikin mamat ni malu...



Kawan kolej aku... Rashidi Ruslan and pasangannya... 1 June 2008


Dah akhir sekali on 30 May 2008...



My sister and his piucer husbennnn


Oklah ini lah laporan tuk minggu ni... kerja dah menanti ni... so sekali lagi mohon maaf pada mereka yang aku curi gambo korg ni... to my bloger dude DEQNA... love ur story la... semoga terus berbahagia... and to Nona Cempaka... Congrate di atas pertunangan awak minggu lepas dengan en awk... semoga seperti pasangan lain... semoga berbahagia....


Dan aku???!!!



Terus menunggu kesudahan ceriter tragis! Hahahah Gambar di atas sajer je letak, ada la pulak gambar posing macam org kecewa yek... wa main sebat je letak kat sini... at last berguna jugak gamba ni....



Monday, May 12, 2008

Kemaluan yang teramat besar

Wah... suka yek tengok tajuk aku... biasa korg yek...babap baru tahu!

Tahu apa citer aku ni? Aku rasa nak terjun kusi pun ada... nak cabut kepala aku pun ada... waaaaa.... macam ni citer dia

Aku bagi invitation card pada bos aku... maklumlah adik aku Ex staff kat tempat aku kerja ni, dia berhenti, dia rekomen aku kat sini... so aku mmg tengah seram sejuk, mana taknya risau la... diakan dah sound aku, kenapa balik cepat je sejak awal tahun ari tuh. Aku tak bagi tahu pada wedding adik aku ni... heheheh and macam korg jugak berpikir la.Asal adik kawin kakak bz mengalahkan mak pengantin, macam aku citer, adik aku ni bz tahap menteri so dia balik pun lewat malam, dan di sebabkan dia kerja KL la aku la kena ambik tempahan, ambik barang, kemas umah dan sewaktu dengannya.

So aku pun takut jugak kang leave tak approve pulak sbb aku ambik 5 hari cuti... aku siap simpan cuti aku dol! Semata2 nak ambik cuti bulan 5... kang bos aku cakap siapa la pulak nak kawin ni, yer tak? tak pasal2 dia reject pulak leave aku. Tapi tuk makluman semuanya, aku ambik 2 ari cuti kat belah aku, 3 hari lagi minggu seterusnya tuk urusan majlis kat perak. Aku ambik ari senin sekali... jauh tu Perak, tak laratnya mak cik balik Ahad, pastu kerja Senin.

Aku pun masukla bilik bos aku... bos aku nikan banyak hangin... buat salah time, mampus aku.

Me : I just wanna pas invitation card to you.

Bos : Uh, from whom?

Me : My sister

Dia buat blur bukak kat tu pastu dia senyum.

Bos : Who's invitation card is this?

Dia tanya buat kali ke dua. Aku jawab la balik My sister

Bos : Oh your sister, i tot is you one... so when is ur turn than?

Me : I WAIT FOR YOU

Bapaknya... macam mana leh terkeluar lak bunyi tuh? I wait for you? Ingat lagu ke? Eshhhh dan...dan la pulak... muka bos aku tersengih... agak dlm hati dia kata aku gila kot... aku dengar bos... aku dengar apa ko bisik2 dlm hati ko tu...sepantas kilat aku betulkan ayat aku

Bos : I mean wait after you...

Tampal muka aku cepat! Sebalnya muka aku... sengal tul! Bahasa english yang tahap Ginger Man (pada peminat kelab pop sure tahu siapa Ginger Man tu).

Ok itu la yang terjadi... pada bos, aku tahu, mulut dia terkumit sikit "Chi sin " hahahah.... tak pa mistake... but aku tak ada maksud tersirat! Mulut aku je terkehel!

Saturday, May 10, 2008

Rumah ku, syurga ku!

Rumah aku dah siap... hehehh tapi tak ada masa nak ambik gambo umah yang baru je siap. kang jiran2 kata aku gile sakai pulak.... tapi buat tatapan anda yang mengikuti perkembangan kisah suka suki ku ini.... inilah rumah ku!

Ini la rupo umah lama ku... pink putih. Ini kombinasi tak sampai namanya... wakakkakak.... yang sampai tu warne pink dan putih tu dah 25 tahun kami pindah tu la catnya....dan sekarang rumah ku....

TADAAAAAAA

Inilah istana aku yang baru... hahahah umah kitaorg je gate sebesar ini... muahahah. Actually aku pun sangka gate tu beso sangat... macam pelik je, umah teres biasa, tapi gate umah bunglo... hahahah mesti org kata family aku ni berhati besar. Tak pa la nak umah bunglo tak dapat gate bunglo pun ok la....

Dan yang paling best bila.... umah aku dah tak ada takungan air dah... sebab umah aku dah UP sikit dari jiran aku yang action tu... sekarang bila hujan ke, mak aku basuh ruang tempat letak kereta je air bertakung depan umah dia... heheheh. FYI mak aku ni sejak umah dah nampak cantik, dia tiap-tiap pagi membasuh depan tu, heheh kejap je tuh...layankan je....

Friday, May 9, 2008

Kerjja yang tak pernah sudah

Mmg bz sangat! Aku kena buat balik account 2007 dan sekarang auditor aku menanti sbb date line akaun kena hantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri is end of jun... dan aku masih terkial nak siapkan account sbb dah buat bos aku lak tak puas hati katanya tahun lepas company tak buat profit sebanyak tu... FYI tahun lepas pertama kali aku kena marah dengan bos aku sbb dia kata pencapaian tahun lepas adalah sangat bagus dari apa yang aku report kat dia. UH!!!! Banyak la cengkadak... tapi aku lepak lagi kat blog yek citer kat korang... padahal kerja menimbun! Apa pun aku kena siapkan minggu ni. Well today friday, citer Bella tak ada, so may be Ot one hour lepas kerja and esok Ot la aku sampai pukul 3 tau 4... sedihkan?

Lihat la bilik ku... macam tongkang pecah di landa ombak... uhuhu....biasalah bos i suka kumpul barang antik... computer zaman jepun... bagi kat org jepun diorg tak nak... selagi boleh guna dia gune je... aku pun ok je la, janji tak bosan, boleh chat, boleh surf internet ok je la...in tray out tray Ya Tuhan.... mmg pening la...

Kerja suki... kerja... sampai ko kaya!

Tapi aku ni kerja ke belajar ke sekejap je... sejam kerja 4 jam lagi surf internet, chatting dan sewaktu dengannya.. oleh itu kalau bos aku bising, wajar tak?

Sebab aku takut di marahilah maka aku bawak balik kerja di rumah... boringkan mendengar cerita persediaan perkahwinan adik aku je... citer aku lak tak ada... semalam balik mak aku dah readykan berkat tuk kanak2 pulak... bawaklah anak-anak anda ke majlis kawin adik aku. Termenung kejap tengok kerja yang aku bawak pulang ke rumah...

Well aku kena bzkan diri... sedia maklum je la... bukan takat wedding adik aku je aku pening, jiwa pun tak tenteram lagi ni... so malam tadi dah tangkap rindu, nasib baiklah kerja opis aku bawak balik...tak la tention nak termenung je... walaupun letih aku tetap teruskan kerja aku kat umah...

Buat kerja dalam bilik je... maklumlah kat bawah umah aku tuh dah jadi store... banyak sangat barang, sebelum umah semakin berselerak dek buatan aku, aku buat je la kat bilik, syok... sambil tengok TV, sambil baring-baring, sambil buat kerja, aman sikit otak aku....

Bak kata org negeri ( pinau mata aden nengok nombor ne ah)

Tapi akak teruskan juga, walaupun dah nak muntah dah tengok kerja-kerja ni....

Sehingga akhirnya aku tertido... wah, bagus betul siapa la yang ambik gamba aku ni... nasib baik muka suci, buat la aku ternganga ke apa ke... heheh tak ada maknanya aku nak letak sini yer tak?

Hahahah tapi gambo ni dah tahu dah, sajer suruh adik aku ambik lagik! bagus jugak... kali ni tak mengena umpan dia sbb aku sekarang kaki blog! wakahakaha....

Anyway dia saje masuk bilik aku sbb ada peminat hantar kad kat aku... Bak kata adik aku dokat kawan dia ni, "Aku suka tahap confident ko yang melampau tuh.... bagus... bagus, aku suka cara kau brfikir"

Inilah kad undangannya... hahaha (what ever la suki)..posing sikit... wah... hebat aku dpt jemputan... tapi jemputan apa yek? Buat suspen jek....

Ya... jemputan kawin... kawin lagi...bulan 5 je ramai tul yang kawin... maklumlah cuti sekolah... yer dak? Time ni la nak berkumpul sekeluarga... adik aku kawin bulan 5 pun sbb waktu nikah tu dia punya birthday... sengal, tiap-tiap tahun hadiah dia dpt pakej la... kihkih... my other sis jangan terasa, i know u also nikah waktu ur birthday... heheheh