Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, May 21, 2008

Special Daddy k 3rd 2 RAFIDAH RUSLI

Less than week she gonna be someone wife’s. Aku dan family aku secara mutlaknya akan melepaskan adik aku ke tangan suaminya Shaiful kenhaizi… bukan aku je rasa kehilangan, aku rasa ayah dan ibu aku turut sama merasa… menghitung hari… bukan kerana gembira nak lepaskan dia tapi memikirkan keluarga yang akan bakal di bina. Sekarang dah tak boleh hang out macam dulu kot… tak boleh la aku lepak bilik dia bergosip, tak boleh la nak masuk bilik dia, bukak almari dia ambil baju-baju dia mahupun pinjam make up dia.

Kalau korang nak tahu, 30 May ni tarikh dia di ijab kabulkan dan genaplah selama 26 tahun ibu dan ayah aku menjaga dia dan bermula tarikh itu tanggungjawab akan beralih pada suaminya. Yup… tarikh itu adalah tarikh lahirnya… majlis nikah akan bermula lepas asar dan lepas Isya adalah majlis berinai besar… and adik aku di lahirkan tepat pukul 8.30 malam…

She 2 year younger than me. Kami sangat rapat… terlalu rapat. Bila duduk-duduk terkenangkan zaman kecik2 dulu… as big sister I always protect her.Hahah ye ke? Ke mana je aku pergi mesti dia sibuk nak ikut. Aku selalu jadi bengang bila nak kuar main dengan kawan-kawan, aku mesti kena bawak dia. Macam mana aku kuar senyap-senyap dia mesti ikut kat belakang aku… than bila tak dpt kejar aku dia akan panggil “Kakak..."

Waktu ni aku 5 tahun and dia 3 tahun kot.... tengok la seliper kami... hahahah.... aku dah kata dia suka ikut apa yang aku buat. Mmg tak boleh nak pisah...

Dia selalu sangat mengalah dengan aku… biasalah aku anak sulung… semua org kena dengar cakap aku… bila main apa-apa pun, kalau aku nak sesuatu tu aku akan pastikan aku dapat. Kesian fidah… dari kecik dia dah tunjukkan sikap yang mengalah dengan aku. Nak di bandingkan kami berdua, Fida lebih lembut hati… dan kadang2 dia bersikap jauh lebih matang.

Hahah.... matang la sangat.....

Setiap kali aku akan pastikan aku dapat benda yang baru… manakala Fida selalu gunakan barang aku, sama ada barang sekolah mahu pun barang permainan. Jahat aku ni… aku ni gune barang macam sakai… dulu mak ayah aku tak mampu. Baju sekolah aku baru, yang lama akan turun kat fida… dia tak banyak cakap…hanya menurut… tapi ada sekali dia merungut… membuatkan mak aku kesian dengan dia. “Adik selalu dapat barang buruk, semua barang baru kakak dapat.” Sedih yek? Aku masih ingat kata-kata dia tu, membuatkan mak aku hanya mampu usap kepala dia dan aku mula nekad tuk menjaga barang aku sebaik mungkin supaya tak kelihatan buruk bila sampai ke tangan dia. Tapi hampeh… time tu je aku sian kat dia….

Gambar ni mmg lusuh, tapi baju sekolah dia tu baju aku.... dia tetap posing dengan baju aku tu tanpa banyak songeh!

Aku suka buli dia kalau balik kampong… kat kampong aku banyak kawan… yang sama umur dengan aku… Fida kecik-kecik she bit small and bit slow sbb kecikkan, mestilah langkah tak sebesar aku. Tapi dia tetap nak ikut ke mana aku pergi… dan setiap kali aku gaduh dengan dia, aku suka gertak dia “Cop… satu dunia ni kawan kakak, Allah pun kawan kakak. Ibu pun kawan kakak, ayah kawan kakak, adik tak payah ada kawan….” Tercebik dia dengar ungkapan tu… dia paling takut bila aku buat macam tu kat dia…

Fida dua dari kanan... aku? yang hujung kiri...

Bila masuk sekolah, dia masuk satu sekolah dengan aku. Aku darjah 3 dan dia darjah satu. Pelik patut tugas aku menjaga dia…tapi terbalik pulak. Dari situ dia dah tunjukkan tanggungjawab dia dan I know she love me very much Cuma aku je jahat mengambil kesempatan. Bila time rehat dia mesti belikan aku keropok, air, bagi kat aku sedangkan dia hanya ambik sedikit dari apa dia belikan tuk aku… hahahah jahat tak aku? Dia pandai jimat, kalau dulu ayah bagi duit sekolah 80 sen, mesti dia bawak balik duit masuk tabung.

Bila kami meningkat remaja, kami jadi rapat… teman paling rapat. Bila adik bongsu aku lahir, dia macam terpingir lagi la… maklumlah, sebelum adanya Raudhah (adik bongsu) aku tu, aku kira anak manja mak ayah… tambah dulu aku ni berpenyakit, so tumpuan mak ayah aku lebih sikit kat aku. Fidah mmg dah mula berdikari waktu tu. So bila Raudhah ada, tumpuan semua pada yang bongsu… sian fidah.

We share everything together… and Fida mmg tak pernah menyimpan apa pun dari aku… yang paling aku suka, Fida seorg adik yang tak pernah meninggikan suara pada aku. Kalau dia tak suka, dia akan tunjukkan attitude dia tak suka. Tapi bila aku naik hangin, merajuk atau marah, dia pasti mohon maaf, uh tak macam adik aku yang kecik tu… umur setahun jagung dah mula tinggi suara… sepak pakai kaki baru tahu. Uhuhuhu

Susah senang aku, aku banyak luahkan pada dia.

Tapi sekarang dia nak jadi isteri org dah L Mesti hubungan kami tak serapat dulu… well aku tak kisah.Jangan dia lupakan aku sudah…Im still her big sister.Walaupun ada jaraknya nanti, aku harap hubungan kami tetap seperti sekarang. Bila-bila masa dia nak luahkan masalah dia, bila-bila masa yang dia perlukan pertolongan aku, aku sedia membantu sedaya yang bole…

And you kEn… if you read my blog! Jaga fidah macam mana mak ayah aku jaga dia… waaa nak menangis dah ni… Ibu ayah mahupun aku sendiri tak pernah letak tangan pada dia… sebab dia anak dan seorg adik yang baik. Anak yang dengar kata. And don’t take that for granted! Jangan ambik kesempatan sebab dia lembut, ko suka suki nak buli dia… I wont let that happen… walaupun aku tak ada abang atau adik lelaki, aku tak akan biarkan atau benarkan sesuatu buruk jadi pada adik aku. Make her happy…

Aku tak boleh tengok dia sedih… sbb dia tak sekuat aku… dia pernah jugak kecewa dan aku tak sanggup nak tengok dia menangis sedih, so don’t let it happen to her.

To my lovely sister, I want you to know that I always love you… I always be ur big sister… kalau ada apa juga masalah, along nak angah tahu yang along sentiasa ada… walaupun along ko ni bit emotional but no worries I always try my best to make you happy sis…

LUV YOU SIS..... MUAHAHAH XOXO

AND I ALWAY LIKE THIS PIC OF YOU...

Tuesday, May 20, 2008

TAG

Ush... mmg aku tak faham memula TAG ni....berputar sat aku bila on line buddy aku ni minta aku buat TAG... masuk blog dia perhatikan satu-satu tak ada apa pun... than masuk pulak kawan2 dia punya blog...dan aku ternampak sama je dengan penulisan dengan blog dia... oh kira TAG berantai ni.... oklah... syok jugak...

Waktu aku baca blog dia tuh terpikir jugak, macam mana dia boleh terpikir nak tulis macam ni... bila sebut nama aku, chewah bangga mak cik... ok menyahut cabaran.... kita mula yek

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan :

  1. Notebook
  2. N95...
  3. Sedozen ros , coklat Ferro yang paling banyak serta teddy bear sebesar bapak
  4. Unlimited Credit card
  5. Rumah

Senang tak nak dapat benda-benda ni?

Senaraikan alasan atas pilihan itu :-

  1. Sebab pertama aku perlukan notebook tuk blog kat umah, heheheh pukul 4,5,6 pagi pun kalau aku rasa nak menulis senang, lagi satu boleh buat kerja kat umah tak payah la aku bahayakan diri kerja lebih masa, maklumlah kawasan opis aku ni sunyi lepas waktu pejabat, lagipun sekarang pun zaman teknologi kan? Cume nak beli ni aku berkira sikit, bila tengok simpanan baru nak naik rase sayang je nak kuarkan, so kalau org nak bagi aku hadiah, dah kaya nak buang duit, belikan aku note book yek
  2. Fon yang cangih tuk merakam saat dan detik terindah
  3. Aku suka hadiah, bagi aku lelaki sekarang malu nak bagi benda2 macam ni.... kalau ada pun satu pun susah nak dpt
  4. Aku nak belanja suka aku.... shopping!!suka je beli... tak payah pikir2
  5. Dalam kelewatan usia ni, kalau ada umah dah lengkap dah idup....

Impresi terhadap orang yang diminati :-

  1. Jujur
  2. Tak cakap besar
  3. Yang beriman
  4. Pendengar yang baik
  5. Hormat wanita, org tua, kanak-kanak, binatang dan apa je yang idup la

Perkara hebat yang pernah di lakukan :

Uh apa yek? Aku rasa meninggalkan seseorg jantan yang nak aku tinggalkan sepanjang bersama dengan dia. Memerlukan kekuatan dan keyakinan, motivasi diri... hahahah. Paling bestttttt!!!! Dan aku berjaya... sampai sekarang aku boleh tersenyum sbb aku mampu lakukan dan mampu tunjukkan aku boleh idup tampa dia!

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

  1. I love cats... ciptaan Allah, bagi aku alat permainan manusia yang bernyawa... siapa bole buat?
  2. Make over... aku suka tengok org buat make over, dengan make up muka buruk jadi lawa
  3. Air Cond... aku tak leh hidup dlm kepanasan
  4. Blog aku la... my stories, nyawa rahsia aku kat sini...
  5. Water heater... aku bole mandi bebila je aku nak... hahahah

5 Pekara yang di benci :-

  1. Bila org buat tak tahu...
  2. Bila org tanya soalan bodo terutama bila aku marah
  3. Bila aku sakit perut waktu jalan2.... memang tak suka toilet selain dr umah sendiri
  4. Bila org mungkir janji
  5. Bila org tipu dan cuba menutup cerita tipu dia tu

5 org yang mahu di Tag :-

  1. Miss Angle
  2. Ayang Baby
  3. Cempaka
  4. Deqna? Hahahah kawan tak ramai la... kalau rajin buat lagi... heheheh
  5. Pembaca misteri blog aku ni!

Uhhhh akhirnya siap... so... enjoiiiii

Hujung Minggu kali ini

Korg nak tahu tak awat aku lama tak update blog aku? meh aku citer... ari ni mud aku malas nak kerja... banyak sebenarnya kerja aku kat opis ni... makin lama makin banyak kerja aku dan aku harap sangat cepatlah majlis kawin adik aku ni berlangsung... perhhh akak mmg tak tahan nak.... kerja kat opis, balik kena pulak buat persiapan apa yang patut.... last friday aku rasa macam nak jerit je... tapi,kan dlm tention2 tu aku sempat bergmbo... hahaha adik aku kata "Mana la kerja ko nak habis long, kalau bz update blog ko yang tak berpaedah tu..." Yer la tak berpaedah... tak ada citer dia dlm ni mmg la tak berpadah, cuba aku banyak citer pasal dia? Hahahah....

Aku benci buat kerja Audit... serius mmg bosan tahap gaban. Gaban tu kalau tengok aku agaknya, dia pun duduk makan koci tengok aku kalut... ari Jumaat tu ada sikit makan2, panggil jiran-jiran sbb nak buat majlis besarkan, so kenalah minta tolong jiran2 semua. Tapi pagi tu, akak memang banyak kerja... kalau tak caya meh tengok!

Ini kotak yang berisi "job file"... ni separuh yang aku angkut dari bilik belakang, yang balen tu kat belakang... bayangkan, setiap kotak berisi lebih kurang 50-60 invoice and all the shipment detail... aku kena tengok satu-satu sbb bos aku kata apa yang aku buat dengan dia tak sama... masalah aku ke tu? hahahah yer la mana la tahu depa ni bukan tul..so malas aku nak argue, better aku tengok sendiri detail payment yang ada dlm tiap file.

Hari tu aku upload meja aku yang berselerak tukan? Ni aku upload lagi... ni adalah antara job file yang aku kuarkan... ok lagi ni... mesti korang cakap, oklah bole lagi letak barang atas meja...

Ha... yang berselerak telah ku tolak ke tepi...nampak tak atas printer aku tuh? hahahah boleh la pulak letak in tray aku sementara kat situ...dasyat aku ni...

Uh i really hate to do audit! Banyak kerja.... oh for blogger name Angle... senang2 kat opis tu buat la macam kak cida ni... hahahah

Ok... hari Jumaat tu aku kerja sampai kul 7.30. Kat umah ada jamuan, sian mak aku. Nasib baik jiran aku tolong masakkan, dan prepare all the food.

Juadah yang tersedia malam tu

Mesyuarat bermula malam tu... pengagihan tugas tuk setiap jiran... rumah siapa yang akan di gunaan letak makanan, DJ, tempat basuh pinggan, tempat letak hadiah, dan macam-macam lagi la...

Than hari sabtu pulak aku bz dengan buat berkat tuk kanak2...

Sweet for all kid on the big day... ada lagi tapi ni je kat depan mata aku... hahahah

Walaupun aku penat balik kerja... aku buat jugak... penuh kesabaran. Maklumla akak kerja hari sabtu...

Lepas solat, makan masih meneruskan kerja... hehehe

Si bakal pengantin turut mnolong sama... bagus adik aku ni, ni pun setelah kena bebel dengan aku.

Inilah berkat di hari besar ku! Adik aku suruh tulis macam tu...

Apa macam kengkawan?

Alhamdulilla dah selesai dah berkat tuk kanak2... Ahad ni aku akan ke Melaka ambik berkat tuk tetamu pulak... minggu ni kena la bersihkan rumah, pasang langsir baru... aahaha macam nak raya pulak...

Tapi aku tetap bersengkang mata, kerja opis mesti aku habiskan jugak... so Isnin yakni hari ini bole la aku ber blog... wlaupun lewat pagi baru kerja ku habis, aku tetap nak ambik gamba...bukti yang aku bawak balik kerja bossss

Tengoklah bilik aku yang tak terurus...kat bawah tu melambak kertas kerja aku...

Memang aku bosan tahap cipan!

Saturday, May 17, 2008

Di antara mereka yang pernah ku kenal.....


1st of all aku nak minta maaf pada mereka2 ni... aku curik gambar korang to post kat blog, citer aku kali ni... wah... aku banyak kerja ni! Nak habiskan cepat sbb aku nak cuti, sekarang aku jadi Auditor company! Perh i hate audit! Apa nak buat, kalau suruh auditor audit depa charge lebih tuk adjusting jurnal entry... maka bos aku suruh aku buat adjusting sendiri so kita hantar account, so tak penatkan auditor and cost pun kurang ar... bijak bos aku ni! Anyway aku ni dah ketagih nak blog...


Citer aku kali ni pasal org di sekeliling aku... dari aku kecik... remaja dan dah tua ni... cepat tul org2 yang aku kenal dah berumahtangga, aku tapak umah pun tak beli lagi... esh...banyak nak citer ni, tapi kang kerja tak siap...


MEREKA yang dah berkahwin



My beloved sister... kak Z and abang Azron... cute yek... aku nak citer pasal diorg...tapi masa tak cukup... anyway akak... sori wa cilok gamba u... kisah ke i put on this blog? Bole la... kesian la kat adik ko ni.... :)



Najib and his wife Siti...


Oh... antara kita org ada sorg lagi Malis, dia pun dah kawin but tak ada la gambar dia... so antara kami berempat, aku je terkontang kanting... wakakaka...



Ni abang sepupu aku and wife dia...



Kawan kolej aku, MArlinda and Shafiq... both are my kolej's perend



Kawan kolej jugak, Nurbaya and husband...



Suke tul tengok kawan sekolah lama aku ni... hapy je kan... pun dah kawin....



Ni ex- jiran aku... Zamir dan wife dia... kebetulan waktu aku menulis blog ni, aku terview profile dia,wah... cepat betul masa berlalu yek... terasa akak makin tua la...





Ini kawan sekolah aku jugak... Azean... the first person aku kenal waktu melangkah darjah satu dulu... heheh gambo dia dengan asben dia tak ada la... jarang sekali asben dia nak join kitaorg semua...tapi yang penting aku dapat tunjuk orgnya ...



Fadilla Zahari... jugak kawan sekolah aku... sori gambo asben dia pun tak ada ar... gambar ni aku ambik waktu melawat dia lepas dia bersalin... first baby kira2 dua tahun lepas.... uh, lama dah aku simpan dlm computer zaman jepun aku ni!

Linda and Suaminya....


Ely...my bestperen aku kat kolej....



Bestperen aku jugak...MArhana... Gambo dia dengan husben pun tak ada...



Adik angkat aku dengan wife and anak dia... yang belakang baju biru tu asben si Marhana... ada pun... walaupun tak full...betapa bahagianya diorg... sihat tul :)



Erm... kalau nak tunjuk mereka yang dah kwin mmg banyak giler... tapi ini yang terlintas...ada yang aku ambik kat Fs... sajer belek2 profile diorg... hehehe


MEREKA yang DAH bertunang....


Mereka yang bertunang ni semua sepupu aku... yang sedih diorg ni muda 5,6,7,8,9,10 tahun dari aku... semua langkah bendul...termasuklah adik aku hampeh. Ni kena buat undang2 adat baru ar... kalau aku collect cincin langkah bendul penuh satu tangan aku ni... semua jari aku bersarung...wakahakah...meh kita tengok mereka yang dah bertunang ok.


First yang tunang adik aku.... than berita di gemparkan bila Shila and Andy bertunang



Second aku di gegarkan oleh berita Yana and Sharil bertunang....



Selepas tu.... di gegarkan lagi oleh pasangan Nazli and Diana



Ini Nazli... ini gambo sebelum dia tunang... sebelah tu bukan tunang dia... tu aku... eheheh waktu dia tunang aku tak dpt balik Spore... but dah pernah jumpa la that gurl... nice and sweet...


Oh kawan aku yang dah bertunang sorang ni... tahun ni rase dah macam 3 tahun, masih menunggu jemputan kawin dia....



Hidayah Hamid... hahah kawan sekolah semua.. kenal ini budak?


Ok... yang paling tak ku sangka bila bulan 5 and 6 ni banyak yang nak kawin... uh... sori la guys tak dpt mai umah hampa sbb umah aku pun sekoq tu nak kawin... kalau sempat aku dtg la ok... mereka yang akan berkawin dlm bulan ni dan awal june...


MEREKA yang akan melangsungkan Perkahwinan...



Faizal and Rafidah Arshad 18 May 2008



PERHATIAN :-Ini bukan pasangannya...


Zul and Haniza... 17 May 2008


Mesti ko heran Zack awat letak gambo ni? maklumlah, suka tengok ko berposing hehehehe... akak suka bikin mamat ni malu...



Kawan kolej aku... Rashidi Ruslan and pasangannya... 1 June 2008


Dah akhir sekali on 30 May 2008...



My sister and his piucer husbennnn


Oklah ini lah laporan tuk minggu ni... kerja dah menanti ni... so sekali lagi mohon maaf pada mereka yang aku curi gambo korg ni... to my bloger dude DEQNA... love ur story la... semoga terus berbahagia... and to Nona Cempaka... Congrate di atas pertunangan awak minggu lepas dengan en awk... semoga seperti pasangan lain... semoga berbahagia....


Dan aku???!!!



Terus menunggu kesudahan ceriter tragis! Hahahah Gambar di atas sajer je letak, ada la pulak gambar posing macam org kecewa yek... wa main sebat je letak kat sini... at last berguna jugak gamba ni....



Monday, May 12, 2008

Kemaluan yang teramat besar

Wah... suka yek tengok tajuk aku... biasa korg yek...babap baru tahu!

Tahu apa citer aku ni? Aku rasa nak terjun kusi pun ada... nak cabut kepala aku pun ada... waaaaa.... macam ni citer dia

Aku bagi invitation card pada bos aku... maklumlah adik aku Ex staff kat tempat aku kerja ni, dia berhenti, dia rekomen aku kat sini... so aku mmg tengah seram sejuk, mana taknya risau la... diakan dah sound aku, kenapa balik cepat je sejak awal tahun ari tuh. Aku tak bagi tahu pada wedding adik aku ni... heheheh and macam korg jugak berpikir la.Asal adik kawin kakak bz mengalahkan mak pengantin, macam aku citer, adik aku ni bz tahap menteri so dia balik pun lewat malam, dan di sebabkan dia kerja KL la aku la kena ambik tempahan, ambik barang, kemas umah dan sewaktu dengannya.

So aku pun takut jugak kang leave tak approve pulak sbb aku ambik 5 hari cuti... aku siap simpan cuti aku dol! Semata2 nak ambik cuti bulan 5... kang bos aku cakap siapa la pulak nak kawin ni, yer tak? tak pasal2 dia reject pulak leave aku. Tapi tuk makluman semuanya, aku ambik 2 ari cuti kat belah aku, 3 hari lagi minggu seterusnya tuk urusan majlis kat perak. Aku ambik ari senin sekali... jauh tu Perak, tak laratnya mak cik balik Ahad, pastu kerja Senin.

Aku pun masukla bilik bos aku... bos aku nikan banyak hangin... buat salah time, mampus aku.

Me : I just wanna pas invitation card to you.

Bos : Uh, from whom?

Me : My sister

Dia buat blur bukak kat tu pastu dia senyum.

Bos : Who's invitation card is this?

Dia tanya buat kali ke dua. Aku jawab la balik My sister

Bos : Oh your sister, i tot is you one... so when is ur turn than?

Me : I WAIT FOR YOU

Bapaknya... macam mana leh terkeluar lak bunyi tuh? I wait for you? Ingat lagu ke? Eshhhh dan...dan la pulak... muka bos aku tersengih... agak dlm hati dia kata aku gila kot... aku dengar bos... aku dengar apa ko bisik2 dlm hati ko tu...sepantas kilat aku betulkan ayat aku

Bos : I mean wait after you...

Tampal muka aku cepat! Sebalnya muka aku... sengal tul! Bahasa english yang tahap Ginger Man (pada peminat kelab pop sure tahu siapa Ginger Man tu).

Ok itu la yang terjadi... pada bos, aku tahu, mulut dia terkumit sikit "Chi sin " hahahah.... tak pa mistake... but aku tak ada maksud tersirat! Mulut aku je terkehel!

Saturday, May 10, 2008

Rumah ku, syurga ku!

Rumah aku dah siap... hehehh tapi tak ada masa nak ambik gambo umah yang baru je siap. kang jiran2 kata aku gile sakai pulak.... tapi buat tatapan anda yang mengikuti perkembangan kisah suka suki ku ini.... inilah rumah ku!

Ini la rupo umah lama ku... pink putih. Ini kombinasi tak sampai namanya... wakakkakak.... yang sampai tu warne pink dan putih tu dah 25 tahun kami pindah tu la catnya....dan sekarang rumah ku....

TADAAAAAAA

Inilah istana aku yang baru... hahahah umah kitaorg je gate sebesar ini... muahahah. Actually aku pun sangka gate tu beso sangat... macam pelik je, umah teres biasa, tapi gate umah bunglo... hahahah mesti org kata family aku ni berhati besar. Tak pa la nak umah bunglo tak dapat gate bunglo pun ok la....

Dan yang paling best bila.... umah aku dah tak ada takungan air dah... sebab umah aku dah UP sikit dari jiran aku yang action tu... sekarang bila hujan ke, mak aku basuh ruang tempat letak kereta je air bertakung depan umah dia... heheheh. FYI mak aku ni sejak umah dah nampak cantik, dia tiap-tiap pagi membasuh depan tu, heheh kejap je tuh...layankan je....