Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, June 16, 2008

Father's day special

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Cewah... hansem tak bapak ku? Semalam kitaorg sekeluarga menyambut Hari Bapa dekat Muara Pelabuhan Klang... we all went to LOTUS sbb hari2 ahad macam tu mesti muara ikan bakar ramai org.

So aku yang plan nak belanja ayah aku dengan family semperna sambutan hari bapa ni. Dalam tak ada duit semangat dan confident je aku ni ajak satu family gi makan. Tak pala sekali sekala... kalau tanya ayah aku apa dia nak tuk hari bapa ni, takkan dia cakap punya.

So semalam kita ke.....

Pelabuhan... Lotus restauran...

Kitaorg oder Siakap steam lemon .(Aku tak suka...kalau dah nama tempat ikan bakar, baik bakar je... tapi itu yang ayah aku nak, so as your wish dad.), Udang sambal, tomyam seafood, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, ketam masak sambal. Yum...yum mmg sedap... maklumlah semalam mak aku mogok nak masak... tu yang makan luar tuh.

Terukir senyuman org tua Rusli yek... hapy la tuh...

My family

With our new family member... Shaiful Kenhaizi :)

Ni display je... banyak sangat yang sedap... tapi ayah hanya perlukan siakap steam je... yang lain kita pilih sendiri.

Ni yang sampai dahulu... yang lain lambat sangat... aku dah lapar so tak dpt nak ambik gamba yang lain... heheh waktu tu ramai jugak la kat restaurant tu... segan jugak kot2 org kata aku sakai... but aku peduli apa sbb blog aku... aku punya suka arrrr...

Adik aku sejak dah kawin ni, dia mmg rajin entertain org... so semalam dia yang sendukkan nasik, tuangkan air, cedokkan lauk... heheheh kalau aku tahu dia serajin ni, dari dulu aku suruh mak aku kawinkan dia.

Aku tak tahu makanan kat situ mmg betul2 sedah atau semua habis sbb semua kelaparan. Heheh tapi aku rasa jawapannya yang ke dua... Ketam will be always my fav...aku tibai ketam je semalam.... semalam sedap gigit tetiba apa yang tak kena gigi aku sakit... barulah nak stop... tention!!! awat tak tunggu aku makan habis2? Dah sakit gigi, terpaksalah berhenti makan... tengok pinggan aku.... penuh dengan sisa ketam

hehehe... and korang tahu tak berapa semuanya? RM 190.00... so adik aku dengan husband dia pun kongsi sama, tapi aku bayor RM 100 and they paid RM 90.00... tak pa la sekali sekala pun gi makan macam ni... bapak aku senyum kekenyangan.

Lepas makan kitaorg posing la apa lagi... buat restaurant tu kedai kita org... pic di bawah ada separuh sebelum makan dan selepas makan... so enjoy guys!!!!!

uh mentang-mentang ada lesen... peluk sakan.... macam hari diorg lak... pic dia banyak dlm entry ni sbb adik aku request! Kata blog mak cik tak berpedah... tapi sibuk suruh letak gamba diorg!

My sister with my mom

Me and my mom... ni namanya posing malas....

Bila da kenyang, apa lagi balik la....tapi sebelum balik ada benda menarik perhatian kami... iaitu benda alah ni...

Tapi diorg tak perasan....

Bila tahu pecah perut gelak tapi still nak berposing...

Korang mesti heran, awatlah kami bergambar macam ari ibu... Encik Rusli dah malas nak layan kami anak beranak sebb sepanjang jalan dok posing je... so dia tunggu kat kereta... uhuhu... tengok badan aku sihat yek? baju ni buat aku gemuk... heheheh tak pun camera aku rosak agaknya.... wahhhhh tetap nak menang!

Oklah cukup2 la bercerita... wa nak buat koja dulu.... chow! To ayah... SELAMAT HARI BAPA :) HuGZ from ur big gal.... Muaksssss

Saturday, June 14, 2008

Di luar kemampuan ku

Enuff of woking... aku nak tunggu kul 4 baru boleh claim Ot aku... so sementara tunggu kul 4, baik aku tulis blog... hehehe apa lagi kerja aku?

Cube korang perhatikan lirik lagu ni...

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana 'kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari

Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini

Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
KU mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu

Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang, kala malam
Hakikatnya yang ku ada, S
atu jasad
Satu nyawa, satu cinta

Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan

Sesekali jiwang ok, kan? Aku dengar tadi... tetiba rasa sedih pulak... teringatkan dia... well aku tahu mesti ada yang bosan tapi tah la yek... i just wrote what i feel... tapi peduli apa yer tak? Blog aku, penulisnya aku... rasa2 bosan sila close window anda... akakak

Aku nak cerita tapi tah tak tahu nak mula... semalam aku jumpa dia... sedih jugak... hampir sebulan kitaorg mendiamkan diri... sebulan ke? almost 2 month... dia ada dtg majlis kawin adik aku... semua terkejut... termasuk aku.

Bukan aku tak jemput, cume aku rasa tak perlu sbb buat apa? Aku sendiri takut tak kuat bila jumpa dia nanti... but dia dtg bukan sebagai tamu, tapi mungkin di sebabkan dia kenal ahli keluarga aku yang lain, dia act macam biasa... dan aku? tah la...

Semalam kami jumpa...we talk... and he did told me dia mendiamkan diri sbb dia nak bagi aku space... sedih jugak tengok dia... rasa bersalah pun ada... aku ingat dia mendiamkan diri sbb mungkin dah tak tahan dengan sikap aku, tapi aku salah. Dia baca semua cerita aku kat blog... aku jadi pelik. Maklumlah dia tak minat nak baca2 blog ni... itu yang pasti. Dia kata aku suka merepek... and at the end dia jadi pembaca setia blog aku... dia sedih bila aku sedih and dia hapy bila aku happy. Tapi dia tak mampu nak hubungi aku sbb dia takut penerimaan aku...

Dia tanya aku sama ada aku dah sedia nak pikul tanggungjwab sebagai seorg isteri? Dan aku terdiam... jawapan ku "Yes, im ready to be some one wife but not to you" Mulut aku mmg tak ada insurance. Lancar je aku jawab. Aku nampak kesedihan dia tu...

KATANYA : Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan. He did almost everything... tapi aku tetap degil... malah aku jauhkan diri darinya... Dia juga dah sedaya upaya buat aku hapy tapi aku tak harga apa dia buat. Aku tak pernah jaga hati dia. Aku tak pernah hormat dia.

Dia sedih sbb dlm ruang yang dia bagi, aku gune tuk berkawan dengan lelaki lain. Aku tak gunakan masa itu untuk fikir pasal relation ni... dia tak pernah setuju tuk berpisah tapi aku selalu dengan ego ku.

Dia tak penah pertikaikan kejujuran aku, sedangkan dia tahu aku intouch dengan lelaki lain. Sedangkan dia? Baru keluar dengan customer atas urusan kerja, aku ambik kesempatan tu tuk ungkit kesalahan yang dia lakukan....

Bila aku call, MAK dia yang jawab pun boleh jadi isu besar... sampai dia jadi takut. Not afraid to his mom, tapi takut kalau aku merajuk. Dia selalu berhati-hati dalam berbicara, tak nak aku terluka sbb dia tahu aku seorg yang sensitif, tapi aku? Dia salah sikit aku maki berbakul2, bukan takat salah dia, salah aku pun aku salahkan dia... dia tetap sabar.

What else i wanted from him?!

Aku tak tahu.... aku tak nafikan dia mmg baik... kalau ex aku ni, dah lebam muka aku kena bantai... tapi kenapa aku buat macam ni kat dia? Aku selalu salahkan dia...

Aku pulak bila dia dah point macam tu aku pun tanya la, kalau tahu perangai aku macam tu, kenapa tak cari org lain...

KATANYA :- Sbb dia mahu dan tahu aku akan berubah. Cuma dia tak tahu bila... dia sentiasa berdoa supaya aku berubah. Hargai relation yang kami bina. And he willing to do everything. Dan dia juga tahu aku masih sayangkan dia.

Sekali lagi aku terdiam...perasan la pulak aku sayang kat dia.... aku nafikan dan dia tersenyum

KATANYA :- Kalau tak kenapa pakai cincin yang i hadiahkan? That show you still love me.

Yer ke? Malu-malu khinzir la aku....

Tah la... semalam dia pulangkan simcard... and want us to continue.

KATANYA :- Dia nak aku sabar...jangan melenting, jangan ambik jalan mudah putus je. Dah 3 tahun pun bersama, patut lebih faham antara satu sama lain.

Aku tak tahu nak cakap apa... Pak arab, kita serah semua pada Allah... kalau ada jodoh antara kita, i tak pernah tolak dan tak akan tolak. Dan sekiranya tiada jodoh antara kita yang pasti aku jugak takkan mencari...

Anyway dia tegur semalam. "You not fat my dear... malah you makin cantik... "

Akakak banyak la ko punya ampu....


Dia menyesuaikan diri walau time tu aku sibuk sangat sangat.













Penat menjawab soalan2 sedara mara aku... aku bagi tahu diorg lain, dia explain lain...



Dn dia buat anak buah aku macam anak buah dia.

Friday, June 13, 2008

Hanphone

Now days handphone makin lama makin canggih... kalau dulu aku tak ketinggalan nak berlagak sama mengikut peredaran waktu... maklumla, dulu waktu student aku habiskan duit loan study tuk beli hanfone... sepanjang aku bergelar siswazh (chewahhh indah bunyiknya) aku tukar fon hampir sampai setiap semester. Siap belikan boyfriend aku lagi tuh... opsss EX boyfriend... si cilaka tu bila gaduh baling hanfon sampai pecah-pecah, aku mentang2 dpt duit free beli baru tuk dia, seolah2 aku ni ada syer dengan Nokia...hehehe

Tapi kali terakhir aku beli fon 3 tahun lepas... bayangkan berapa jauh aku ketinggalan? Itu pun hasil dpt credit card. Oh yah aku baru teringat, tujuan aku apply credit card nak beli fon sebenarnya... tu yang hutang bertimbun... cuma dah tua ni aku sedar sikit la... aku gune fon pun hanya nak jawab panggilan, dan sms je. Dulu bebaru dpt fon camera semua gamba aku ambik. Lah ni? ermmm malas dah... nak ambik gambar pakai cyber shoot je...

Tapi aku tgh mengumpul harta... hajat hati nak beli note book.. tp tujuan hanya sbb nak surf internet bukan tujuan buat kerja kat umah... pikir balik membazir.

Nak tukar hanfon, tapi aku gune pun tuk jawab panggilan and sms je... erm... tapi bila tengok org pakai fon baru... teringin jugak... anak buah aku si Mira pakai N70... dasyat tul... berlagak kayu anak buah aku tuh... sekarang dia panggil fon aku hanfon "cokia"... pekakkan telinga. Mak dia cover. "Mak long ko boleh beli bila-bila je... kang dia beli fon yang terbaru nanti, jangan harap Mira bole pegang". Baru la sangat kak oiii....mampu tengok jer la...

Aku pakai hanfon apa? aku sayang fon ni sebenarnya... oh ini bukan satu alasan... tapi ini kenyataan. Tahu sbb apa? sbb aku beli dengan hasil titik peluh ku... simpanan aku time kerja... mau tak sayang... Beli Zitron tuh...underwater tak main... alhamdulilla buat masa ni bateri je la problem... hari tu hantar kedai pun sbb adik sepupu aku gatal nak tukar fon, than si bijak tu tukar sekali memory card. Maknanya aku still gune memory card aku cume fon je yang bertukar... so bila jenis fon lain, maka rosaklah fon aku...

Erm ni la fon aku... 3 tahun aku gune... yang lain dah bertukar bagai... sedih tapi apa nak buat?? Kalau org bagi free ok jugak. heheheh.

Sejak kerja ni aku dah tak semewah waktu belajar...dulu aku dpt RM 8,000 setahun, makan tak habis. Duit belanja bapak aku masuk RM 200 dua minggu sekali. Bila beli WKD aku tuh, RM 300 dua minggu. Apa yang aku tak mampu beli waktu tuh? Tapi sekarang aku kena bayo pulak pinjaman tu... uh menyesal belajor tinggi2. Heheh makin tinggi aku belajar, makin tinggi hutang aku... gaji tang tu jugak.

Tapi insya Allah... aku aim N 95... tengok macam seronok je... dua org sedara aku dah pakai fon ni... harge pasaran RM 2500 waktu tu... tak tahu, makin lama fon semakin murah... kang time murah aku beli org dah pakai fon lagi cangih... silap2 2 tahun lagi fon 3D lak... hahah org boleh kuar melalui telefon... siapa tahu... yer tak?

Fon yang tak memerlukan memori card... memori dah cukup besar dah... bak kata sepupu aku la... bunyi dia pun agak-agak boleh mengejutkan satu taman umah aku.

Helo... you can watch movie yeh... jangan tak tahu... syok la... tengok la macam mana... kot2 bonus akhir tahun ni, bole sapu satu... heheheh

Ni la manusia... tak sodar2 dah papa kedana, tapi tetap berselera beso....

Thursday, June 12, 2008

Kuala Kangsar Trip II

Sambungan citer pertama...

So malam tu kami sekeluarga telah di jemput ke umah pengantin lelaki tuk makan malam. Perh malu giler, kitaorg sekeluarga tak sepatutnya gi umah side lelaki. Aku ada sepupu juga yang tinggal kat Kuala Kangsar. So berlakulah sedikit perebutan dia mana adik ipar aku nak bawak kami makan malam umah dia, dan pak cik sedara aku pulak nak kami datang umah anak dia yang juga tak jauhlah. Tapi mak aku tak sampai hati nak mnghampakan permintan menantu dengan besan dia... maklumlah org dah ada besan... hehehe so kami pun ambik keputusan makan malam kat umah adik ipar aku than baru gi umah bapak sedara aku ni.

Gambar pertama : Suci je muka adik aku pakai tudung yek? Dia pun tumpang sekaki makan

Gambar ke dua : Mak aku makan buah je... action! Tadi beria pujuk ayah aku mai. Last-last tak lalu lak makan... segan konon... heheh

So lepas makan kat umah adik ipar aku, kami pun jengah la umah sedara aku sorang lagi. Kebetulan anak dia baru bersalin. So sekali harung la pergi melawat baby. Kat umah dia pun kami di hidangkan dengan makanan... mana aku tak gemuk! Menta darah je!

Pendatang baru... bukan pendatang asing yek... nama dia Nur Fariha. Comel yek? Bila la aku nak dpt anak buah baru yek!? Tak sabo... nak anak sendiri? Jauh lagi... kawin pun tah bila.

Memang best... mak cik aku ni kalau masak mmg sedap... semua dah kenyang boleh sumbat lagi ni!

Insiden Lucu!

Pagi sabtu, aku bangun kul 8 pagi...bapak aku la kejut konon nak sarapan. Bapak ku ini terkenal dengan kaki jalan, korg tinggal la dia kat mana-mana dia tahu je tempat2 makan. So semua serahkan kat dia la nak gi sarapan. Tapi kali ni timing salah!!! dia bawak kita pusing2 satu Kuala Kangsar. Yang peliknya mmg tak nampak pun kedai2 makan. Mentang2 la Kuala Kangsar bandar kecik, kita main masuk je jalan sehala pun kita redah.

Tetiba adik kepada adik ipar aku call. Tanya dah sarapan ke tak. Kita jawab la belum, on the way cari kedai. Tapi kita pun tak tahu kat mana. So dia suruh kitaorg berhentikan kereta kat tepi jalan dia akan dtg ambik sarapan kat umah dia.

Perh kali kedua kitaorg ketawa nak pecah perut. MANA BOLEH PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN DTG SUKA SUKI?!!! So tebalkan muka kali ke dua. Aku dah vogue dah pakai baju alah2 nak sarapan tepi sungai... wakakak... sekali gi kat umah adik ipar aku dahhhh

Semua dah sedia nak gi makan luar tetiba buat muka tak malu gi umah org.... tak sesuai betul kita org ni!

Kitaorg buat umah sendiri... heheh...

Bapak aku la ni... buat lawak menyesatkan diri... selalu ok jer... kali ni tah mana2 dia bawak!

Kopi dia mmg best!!!

So itu part sarapan...pas perut kenyang mintak diri balik hotel... tak senonoh betul ahli keluarga akuh ni...pas makan balik. So Balik hotel packing apa yang patut sbb terus check out. Balik Klang ari tu jugak sbb takut jam kalau balik hari Ahad, maklumlah dah nak bukak sekolah.

Disebabkan jejaka-jejaka tuh siap macam perempuan, lambat nak mampus, aku dengan adik and anak buah aku posing la sekejap depat bilik!heheheh gatai....

Part weding satu lagi... majlis pukul 12.30 tengahari... yang sakit hati bila kami semua dh sampai tapi adik aku tak sampai. So kitaorg semua soroklah satu tempat... konon nak masuk sesama. Sekali adik ipar aku punya adik (perh panjang tul nak sebut) call suruh kita masuk iring pengantin... wa apa lagi?!! angkat kain kebaya ketat wa lari la... and yang paling tak sangka, aku jadi pengapit adik aku! Mak cik sekalian, on the spot yek... tak plan apa pun lagi! Sebagai penyelamat maruah keluarga, aku pun jadi la pengapit yang tak bertauliah. Tak sesuai betul la... adik aku kata ikut je dia mana pun dia pergi, so aku pun ikut la...

Naik atas pelamin, tak ada pengalaman ni... dah la pelamin atas pentas (macam pentas dewan sekolah dulu) bermakna kedudukan aku lagi la senang org nak nampak... tanpa bawak apa-apa, hand beg masih di tangan aku pun tercongoklah kat atas tu....

Apa kitaorg buat atas tu? itu namanya persidangan pengapit dan pengantin...

si gemuk atas pelamin... uhuhu lawak...lawak... akak sepupu aku gelak suruh aku kenal dengan pengapit lelaki tu... heheh

Lepas majlis kami semua bercadang nak keliling Kuala Kangsar...nak tengok pekan. Kuala Kangsar it not place to shopping... tapi banyak tempat bersejarah... ni satu lagi... dengan baju aku yang alah-alah glamor tu pi muzium... tak sesuai tul la!

Kitaorg gi galeri Sultan Azlan Shah... tapi dlm muzium tak leh ambik gamba la... best! Banyak informasi kita leh dpt.

LET'S GONE!!!! Naufal org pertama yang Xcited nak masuk muzium ni...

Labu sayung trade mark Kuala Kangsar....

Ya Allah dah membesar badan aku...punggung aku sebatu dah nampak!!! sama besar dengan akak sepupu aku!

Yang kelakornya mak aku jadi bebudak... tetiba nak gi toilet... kebetulan hujan lebat. Dia redah je hujan dengan anak buah aku dengan adik aku... kitaorg semua gelak je... dah basah tu kalau kencing pun bukan org perasan, yer tak?

En rusli mmg marah... mana taknya habisla kereta basah... Tapi mak aku buat senyum kambing tak bersalah je....

Anyway itu sahaja cerita aku... dah habis dah... esok lusa boleh citer pasal lain.... aku bengang ni! Awat semua gamba2 aku macam badak ni!!! diet cida!!!! dogel la ekau ni!

Til then semua...