Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 3, 2009

Sharing is caring! Info tuk mereka yang dah kawin

Dulu, bila dpt email dr mereka2 tip pasal umahtangga, aku selalu je ignore... buat apa ler nak tahukan... bukan ada laki pun... itu DULU.... sekarang jegil mata nak tahu... bukan apa, pedoman tuk org2 yang ilang pedoman macam aku ni... dah la kurang didikan agama, dah dpt email2 macam tu pun buat tak tahu...

Ok may be ada yang kata apa daaaa puasa2 letak entry gini, gitu... jangan kawan2... silap2 kalau terbuat, macammana? Bukankah kita menangung satu dosa besar? berkongsi la supaya masing2 dapat info. Lagi2 bulan puasa ni, penat kamu mengejar pahala, last cicir akibat dari kelalaian kita sendiri...


Ok dpt email ni dr Che ta... thanks for sharing yah... sila baca semua...


Extract 1
((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan:

Hukum bersetubuh pada siang Ramadan


ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”.


Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”.


Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”.


Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan?


Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”,


Jawabnya: “Tidak mampu’.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,”


Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.


Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma.


Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”.


Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”.


Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”.


Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu.


Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih bukhari.


Extract 2

Soalan;Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.


Jawapan;Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).


Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.


Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;


1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.


2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.


Wallahu a’lam.Rujukan;1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid(http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

Extract 3

A-3 Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:


•Cium. Dibolehkan bagi orang yang dapat mengawal nafsunya untuk berciuman dengan pasangannya. Berciuman tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Dalilnya adalah keterangan A’isyah radhiallahu ‘anha:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ أَمْلَكُكُمْ لإِرْبِهِ.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium (isterinya) padahal baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal baginda berpuasa. Akan tetapi baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1106 (Kitab al-Siyam, Bab mencium tanpa syahwat dibolehkan bagi orang berpuasa)]Justeru dibolehkan bagi seorang suami mencium isterinya sebelum pergi kerja atau isteri memeluk suaminya sekembalinya dari kerja. Aktiviti seperti ini dibolehkan dengan syarat ia dikawal dari berlarutan.


•Bermesra-mesraan. Dibolehkan bagi orang tua untuk bermesra-mesraan dengan pasangannya. Bagi orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, seperti orang muda, ditegah baginya dari bermesra-mesraan di siang Ramadhan. Bermesra-mesraan tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:


أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ. وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ.


Seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan bermesra-mesraan (dengan isteri pada siang) Ramadhan dan baginda memberi keringanan baginya (boleh melakukannya). (Kemudian) datang pula seorang lelaki lain yang bertanya soalan yang sama namun baginda melarangnya. Maka yang diberi keringanan ialah orang tua manakala yang dilarang ialah orang muda. [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2387 (Kitab al-Shaum, Bab dimakruhkan mencium)]

Part ni aku confuse... hahaha aku consider mude ke tua??? bluekkkk dush dush lagi mau buat lawakkan... ok kongsi la apa yang patut... semoga hidup di berkati di bulan mulia ini...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tudung punya cerita

Me :- B ayang nak ajak ijat dengan Hasra kuar sabtu ni bole?

Oh Ijat mesti tercengang... aku tidak tahu pun hal ni... sebenarnya ku nak bagi tahu... heheh tapi segan ar....

Zamani :- Ok... nak gi mana?

Me :- Nak gi cari tudung tuk raya...

Senyum kambing, laki aku senyum kelat...

Zamani :- Raya je pakai tudung?You kena BELI tudung ke? Baik pinjam kat ibu ke Fidah... kalau nak pakai raya je...

Me :- Eshhh mana la tahu hati ku terbuka nak pakai tudung...senang sikit, kan kan kan

Zamani :- Habis bilanya ayang nak pakai tudung???

Hanya tersengeh...

Me :- Yahhhhh gud question, but no answer...

Zamani :- Ermmm...

Org kata doa suami tu kalau betul2 berkad... doa-doa la selalu, buke pintu hati ku tuk bertudung... ok sayang??? Tah la... aku masih ragu2... dengan perangai aku macam gini, nak pakai tudung menutup kepala, tapi hati tak sesuci dan sebersih yang di gambarkan... ini pendapat aku la... jangan terasa lak... kan... bukan aku kata yang tak bertudung tu jahat atau jahil... tapi tah... ada masanya aku akan berubah ke arah kebaikan... apa lagi nak jadi ibukan... mesti la nak jadi role model ibu mithali kat anak... ngeh ngeh ngeh... verangan dulu ok


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Self Update - 2

Semalam gi Umra... heheh Klinik Umra... ha... belum lagi nak sampai seru tuk ke Umrah Mekah, ada rezeki baru boleh pergi... heheheh...


So semalam lepas balik kerja jerk, kami sempat la berbuke kat umah... kalau tak hareeemmm tak sompat... Zamani bagi tahu mak call petang, yehhhh berderau je ingat mak kata tak leh gi... rupanya mak bagi tahu Dr Umu ada sampai kul 10 jer.... so kena la cepat...


Lepas magrib je terus la pergi... ambik mak dulu... masuk2 umah mak, mak kata dia buat bubur cha cha... wahhh ku dah tercengang telan air liur... kang makan, lambat lak... tengok jam kul 8 dah... tak pa la. Gi la klinik dulu... suke ko! Ari tu ibu ku suruh buat bubur Cha Cha... dia buat pengat pulak... tak pa la... takkan nak demand... and rezeki baby, tok mama yang buat... suke suke... terima kasih mak.... *tunduk ala ala jepang...*


Kat Klinik ramai lor umat... time dtg tak ramai tau... rupanya semua pakat booking petang, balik buke, lepas buke dtg... ramai giler... padan la aku hairan, aku dtg dulu, yang mana baru masuk dah kena panggil...ini tidak adil!!! Kebetulan ramai lak yang bersalin semalam... perhhhh aku yang kecut perut... muke sorg tu sian tahan sakit, jalan ke bilik doktor... mmg nampak dah cukup masa dah... kalau aku dah tak leh jalan da... mmg suruh Zamani dukung je... *wahhhh gitukan...*


Nasib mak ada...kan aku cakap... kalau harapkan Zamani dengan aku, mmg lepas aku bersalin kot doktor nak panggil... mak jumpa nurse sana sini tanya, kenapa lambat sangat... heheheh.... so dlm setengah jam tu, nama aku di panggil tapi bukan jumpa Dr Rafi atau Dr Umu... aku tak kenal siapa... but Doktor ni mmg bagus la... tapi nampak garang.


Baring macam biasa... scan... anak ku tengah sujud solat terawih... first aku ingat scan baby tu salah, sbb tak pernah aku tengok baby menongeng... but my baby menongeng... tok mama, abak dengan ibu tersenyum2 je... hahaha... siap tendang sikit2... tak macam hari tu... may be he/she sleeping... tapi tido sebijik Zamani... MENONGGENG??? Idok le laki aku tu tido menongeng... sesuatu jugak kalau dia tido menongeng... dia kalau baring suke meniarap... anak abak,kan? Claim laki aku...


Doktor tu mmg hebat ar... siap tanya aku... sebelum mengandung, sengugut you teruk yer? aku angguk... and dia sambung, you sakit sampai makan ubat yang kuat tu ke??? Wahhhh ko doktor ke, ahli nujum??? Dia cume angguk2 je... may be fibroid aku tu kot...


Baby ok... sangat ok... nak tengok jantina dia, dia kepit tak bagi tengok... alaaaa teruk tul anak ibu ni tau... kasi ibu tertanya-tanya... puaslah doktor tu tunggu dia terlentang... scan sekitar part tuk tengok pun dia elak2.... anak ibu perempuan kot.... hahahah... malu2 kucing pulak dia... tak mo show jantina dia... tak pa janji anak ibu sihat... abak dengan ibu tak kisah, lelaki ke perempuan ke, baby tetap darah daging kami... ahhhh terbayang2 dia kat dlm tu... cute...


So doktor ni mmg bagus... aku terus bangun je dr katil tu, but dia kata cara ku salah, cara yang betul, mengereng ke kanan, kaki lurus, tongkat diri dengan tangan, turun kaki kiri dahulu... itu cara betul... sbb kalau baby besar kena turun katil macam tu, tak leh just bangun je... ok tu tips yang pertama...


Ke dua, dia kata bibir aku sangat kering... muahahah... than tengok gigi aku, dia kata gi dentist sebb gusi aku bengkak... yer Fidah ko yang kata tak leh gi dentist... doktor tu siap cakap siapa cakap tak boleh? sbb kalau di biarkan lama... alaaa aku lupa la sbb apa...


Ke tiga, dia tanya aku tak jawab... kan aku kata kalau aku gi laki bini sure semua ok... mak terus cakap, kaki dia selalu kebas, Zamani baru menyampuk, tiap malam cramp... ermmm kurang kalsium... doktor tanya minum susu tak, aku angguk... dia tengok dan senyum... "Eeermmm tak ni... minum amnum, gud for the baby and mummy..." Masalahnya aku since mengandung ni aku tak suke minum susu... ha sibuk claim anak abak... anak abak... ambik ko! baby tak suke ibu minum susu sama macam abak dia ok!


Dr tanya sama ada aku puasa ke tak, aku jawab aku puasa... than she said...


"Kalau boleh jangan, u kurang air sangat2... and baby you perlu zat dr ibu, that why you selalu letih dan tak bermaya..."


Bila dengar kaki aku selalu cramp... lagi la...


"Baby dah ambik calsium you, sbb tu you kena banyak calsium... saya akan bagi you ubat calsium, minum air 2.5 liter at least... tak suke, you minum 100 plus... bukak bagi gas dia hilang, than minum, sbb air ni akan bagi u tenaga plus elok tuk otot-otot... buat kerja kat opis selalu sakit2 yer...we only advice boleh berpuasa bagi ibu yang kandungan dia besar, sbb kita tahu baby dah cukup kuat dan khasiat, you baru lagi, so not gud"

"Now baby dah boleh dengar... selalu talk to the baby... ayahnya pun, selalu berbual dengan dia... dia akan dengar dan faham, bagi dia dengar musik yang soft tuk perkembagan otak dlm perut... jangan u bukak lagi yang rock pulak, terkejut dia dlm tu, sbb baby akan kenal bunyik yang selalu kita bagi dia dengar" Me, mak and Zamani gelak


Ku teringat Rayyan... hahah dlm perut kalau dengar lagi Ruang Rindu, Letto, dia bergerak2, dah lahir dengar lagu tu pun dia tercari2... hahaha... gara2 mak dia gilo tengok cerita Sinetron Intan. Tuk baby aku may be kena la bukak ayat2 Quran kot... tu dlm perut ibu pun dia dah sujud solat... hehehe... tak pa dari dengar music tah apa-apa... dengar ayat2 Quran... so tugas seorg bapa *kelip-kelip pandang suami sendiri*


Dari ari tu aku minta dia cari surah Yusoff, Lukman, Mariam... mana??? mana??? nak harapkan aku ni, mana la cek tahu abang Jamani oiiii.... nak cari kat internet, was2 lak... yer la takut spekulasi tafsiran tu tah apa-apa... so pls help me out yah...


Dah berbual punya pasal, aku tunggu jugak gambo anak aku... doktor ni buat tak tahu je... kang aku mintak dia marah... sekali mak minta... hoyeeeee! suke... terima kasih mak... hehehe...


Kuar ambik ubat... ubat lagi... adehhhh... so dia bagi calsium yang aku rasa agak besar jugak la... mampus aku nak telan ni... dengan Folic apa tah... TAPI kedua ubat ni tak leh ambil serentak... aku jadi blur kejap... berapa lama jarak nak ambik antara dua ubat ni???



Calsium kena ambik pagi sebijik, malam sebijik dan Folic kena ambik dlm tengahari... deiii bulan puasa maaaa.... nurse tu senyum... "Tak leh la puasa macam tu puan..."

So Cida mana lebih penting??? Keselamatan anak atau ko sibuk nak risau ganti puasa???

Perbezaan antara ubat calsium dan turinal... turinal yang kecik pun payah nak telan... yang calsium ni... alamak!!! tapi sahur tadi BERJAYA... Zamani diri depan aku tunggu je... alah demi anak idok la saya tak makan ubat yang oiiii

Yang ni makan tengahari... sob sob... ku puasa setengah ari la... heheheh... tapi kena minum banyak air... adehhh susah jugak mengandung ni... tapi tak pa... macam aku cakap, tuk anak, buat je la... tak lama pun 6 bulan lebih je...


So sampai umah, haruslah ku terjah bubuq cha cha... yum yum... surgoooo you all... Zamani makan pecal sayur / gado gado... perut ku kekenyangan... yum yum tak pa yang penting ku nak makan yang bubur dulu...

Gegar la pulak... ada je yang nampak aku snap gambar ni... hehehe... ala segan sebenarnya, sbb mention kat blog apa yang aku nak makan... semua mak tau yang cari kan... *pandang zamani penuh geram* . Patutnya awaklah yang cari... ni tak mak dengan abak lak... haizzzz... sungguh tak sesuai... apa lak org cakapkan? saya mengada... mmg mengada pun... niat hati nak mengada dengan suami, dia buat dekkkk je... nak kena rotan suami saya ni...

Apa pun... terima kasih mak...oh lupa semalam mak bagi bekal sahur... adeh sungguh mengugut keimanan ku... walaupun doktor nasihatkan jangan makan, makan pedas dan berminyak... tapi mak buat lemak cili api sotong dan ikan parang goreng... giler siot... adehhh ada lagi kat umah, menyesal ku tak masak nasi extra bawak gi opis... hahahah...aku kan tak pose... muahahah... kunci bilik makan le, anyway semua dlm opis ni cino... ada melayu pun dia faham la kot... im not doing this suke suke... doing this for baby...


Pagi ni alhamdulilla, pembuangan aku begitu lancar, gara2 makan lauk mak yang pedas itu... wakakak aku suke... tapi jangan terlebih buang, riso jugak hambo... ok itu je... daaa

Can you all see the baby??? Ni yang 2 weeks ari tu, time aku ada spot bleeding... time ni baby kung fu fighting... garis2 tebal tu, tulang belakang, dan rahang baby... dia bukak tutup mulut time ni... yang baru tak leh ambik la... try ambik berapa kali pun tak dpt sbb cahaya dan print tu sangat kecik... so korang terbalikkan gambar ni je la... heheheh...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, September 2, 2009

Long Chat with Acik Hery

Seharian la kot chat dengan Cik Hery kat YM... miss all moment... dia balik for raya tapi aku lak tak raya Melaka...tak raya lagi but aku rasa aku dah cukup rindu Ery and Rizal... sob sob...
Tak pa Cik Ery... next year ok...

Pesanan buat Suami ku...

"Biar putus cinta...jangan putus rokok!"

Tampo ko laju2 nak???? ahak! Org yang macam dia ni la yang merosakkan laki ku...uhuhuh...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lawak laki aku...lawak ke?

Pagi ni suami saya macam biasa mengantor aku ke opis... sori aku mmg tak berani nak bawak kereta, sbb sabtu lepas aku malas nak kejut Zamani sbb dia tido lena sangat... bawak kereta, kaki kiri aku boleh kebas.... oh dia tak tahu... ni baru aku cerita sbb tadi baru bagi tahu dia... nasib baik kebas time dah sampai umah ok... sbb sabtu tu aku dok bayar bil semua lepas kerja... tu yang lama sangat drive, jam lagikan... sampai umah kebas semacam... tak berani mak cik nak oiiii...
Ok today dengar siaran Sinar... biasalah Zamani menanti je lagu Mat Salleh tu... version Salleh Yacob nanyi bahasa broken english... so tah apa tah topic pagi ni pasal pasangan ni, perempuan ni tak tahu sama ada nak minta cerai dengan suami dia ke tak? sbb suami dia ada perempuan lain... the thing is dia dah benarkan laki dia kawin, tapi laki dia tak nak... bole? nak main2 je... so dia kata dia tak tahu kenapa suami dia buat macam tu... than biasalah kak engku kalau bab pasang2 ni dia mmg membangkang... so perempuan ni relex je cakap...

"Saya pun nak dapat payung emas"

Laki aku terus zazzzzz tanya...

Zamani :- Payung emas?

Aku :- Yer baby, payung emas...

Zamani :- Kenapa payung emas?

Aku :- Dah itu janji Allah bagi isteri yang mengizinkan suami kawin lagi...

Zamani:- Ha? Nak kawin kena bagi payung emas kat isteri? wajib ke??? mmg semua dpt?

Dia dr sekolah agama ni! Macammana leh tak tahu...aku balik confuse...

Zamani ;- Mana lak nak dpt payung emas?

Aku :- Ini janji Allah pada perempuan yang mengizinkan suami kawin satu lagi... Allah janjikan payung emas kat akhirat nanti...

Zamani gelak...

Zamani :- Ooooo time matilah nanti... ingatkan undang2 sekarang... nak kawin kena bagi isteri payung emas, mmg confirm aku tak dapat kawin lagi satu sampai mati, mana nak dpt payung emas tu...

Aku :- Apa??? so dah confirm ke???

Tangan dah sedia nak jadi ketam ni... how dare you hubby!

Zamani :- Tak la... ingat diorg dah buat undang2... terkejut jugak b... mana nak dpt payung emas tu... curi kat agung? agung pun pakai payung kuning...

Gelak lagi...

Zamani :- Ayang tak nak payung emas ke????
Gelak lagi

Aku :- Banyak la B!jangan mengada dan berniat mahu pun bermimpi nak pasang satu lagi!

Emo di sini... and suami ku biasalah gelak happy la buat lawak pagi2...


Seronor arrrr????


Sebelum aku smack down ko... baik lupakan niat tu ye... muah muah muah... tapi hati isteri mana yang tak hancur melihat suaminya berzina dengan perempuan lain di belakangnya... nampak sangat maruah perempuan ni tak ada nilaikan? Kalau perempuan tu minta nasihat aku, jalan angkat kaki je... dia sendiri tak dpt bimbing kita dengan sempurna, macammana nak hormat dia sebagai seorg suami ketua keluarga??? zaman sekarang... dah kahwin lagi berani melakukan kejahilan... tipu suami tipu isteri... yang tipu isteri tu tak pa la... boleh la faham, lelakikan... nafsunya satu... yang sedih bila ada isteri yang sanggup berzina dengan org lain di belakang suami... Nausubilla... dengan alasan? suami aku bole buat? Itu bukan penyelesaiannya... bukan mengadai maruah sendiri... kat situ je, dah tak layak bergelar isteri, apatah lagi nak bergelar ibu...

Aku mmg buta pasal agama... tapi Alhamdulilla, org kata, kalau kita tak dpt kemaafkan dr suami, dari ibu bapa, tak semudah itu Allah maafkan... maruah suami jangan di jaja... aku dah buat satu kesilapan dulu, mengajar aku tuk terus berhati dan jangan mudah percayakan sesiapa... so no to third party termaksudlah ibu ayah sendiri... niat aku hanya nak menceritakan masalah tapi lain lak jadi... walaupun Zamani dah maafkan, but bila aku ingat balik, aku jadi takut... bayangkan kalau dia tak maafkan aku... ha jadi isteri durhaka la ko cida!

Tapikan laki aku ni dia dah tahu aku fobia word Durhaka... dia suke tau sebut...

"Ha ayang... jangan jadi durhaka... besar dosa dia tau..." Jahat kan???? sampai adik2 ipar aku semua gune ayat tu... jangan durhaka kak long... insap aku 5 minit... ahak! 5 minit jerk... pas tu wat lik...sbb tu apa pun perbincangan tu perlula... apa yang aku belajar nak apa-apa, bincang... suami kita bukan la teruk sangat... mungkin penyampaian tu salah sometime... kalau tak berjaya, pujuk lagi... heheheh... kan?

Ok talk to much... kalau apa yang aku cakap ni salah, than sori... tak yah la nak ambik point apa-apa... ignore je...tapi kalau ada salah, than minta la maaf kat suami tu... heheh aku kalau gaduh dengan Zamani, dah cool baru minta maaf, bole? kalau tak selagi boleh tarik mukekan? hehehe...i know my husband la... dia kalau cool than boleh la minta apa je... tengah panas tu, muke ko pun dia tak nak tengok... silap2 mintak maaf, dpt pelempang... uh yer ke? tak takut... hehehe... larikkssss



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Berbuke di Prima Pelangi....

Wahhhh bunyik macam buke kat hotel... tak ada maknanya... Ahad tu balik Putrajaya, Ibu dok sebut Rayyan je... atuk pun sama, Rayyan... gelak2 teringat pasal telatah si Rayyan... than aku tanya Zamani, kalau Isnin kita gi umah Pidah, bring my parents la... aku pun rindu si buntal giant tu... Zamani biasalah... ok jer... tak kisah... so we call Pidah, Pidah pun bagi tahu buke umah dia... dia suruh kedai mamak masak... hareeeemmm je... oklah dr nan ado, yer tak?

Jadi terpaksalah cancel gathering dengan kawan blogger... sorry guys... tak dapat join... kesian lak dengan mak dengan ayah cida rindu cucu dia... yang mama Rayyan pun, tak la jauh mana, sabtu ahad datang2 la... sian lak tengok ibu dengan ayah akukan... sob sob... tak pa, tunggu anak aku la... chewah sekali aku pun sama eh... and to Ijat, kak long dengan along really sorry tak boleh nak pergi and sekali tanya kak Hasra, dia kata ijat pun tak gi...alah bersalah rasa... sori sangat... but after this kalau ada gathering, promise kita gi sama2 ok...

Janji dengan Pida kul 3, sekali dia baru kuar dr Gombak... very the angin ok... tunggu dlm kereta hampir setengah jam... apa daaaa... tapi hati yang panas jadi sejuk bila jumpa anak buah aku yang gemuksss dan sihat ni...
Dah pandai naik walker... eksen dengan semua org... semua barang mainan dia kasi tunjuk...

Jommmm... tengok umah Rayyan... siap bawak jalan tunjuk satu umah... org tak ikut dia sudah mengamuk oooo.... ikut siapa ni??? perangai... pastu cari gaduh dengan mak su... anak buah semua mmg musuh eh dengan yang bongsu... si Didi pun kadang2 aku rasa nak bagi penyepak... lagi budak tu marah, lagi slumber dia menyakat...

Main dengan pak long... pak long... ingat apa janji dengan Rayyan??? Nak beli ultramankan?? Zamani dengan murni tunjuk cerita ultraman... dia dah tak tentu arah NAK ultraman tu kuar dari lappy... siap tonggeng2 lappy Zamani... buas tul anak buah aku ni... tak dpt kuar dia naik hangin, nangis... ni la dia, contoh yang tak elok... ajar budak tu ultraman, kang jadi dia la...


Sungguh2 naik walker ni... laju je dia mengayuh,kan???... Semangat tu... walaupun badan agak berat, tapi dia cube jugak kasi gerak...

Erm korang dok tanya aku muke Rayyan muke siapa??? tengok sama tak???

Ni Fidah kecik2... ha! muke mak dia la... sejibikkan??? yang best Rayyan suke giler tengok muke mak dia ni... habis cute la eh ni??? melalak2 nak jugak menatapi wajah suci mak dia tau... tak caya??

Tengah syok tengok gambar awekzzz dlm frame tu, si Didi rampas... suke cari pasalkan... naik hangin la si Rayyan...

Wah suke suke, awekz cun...

Than si Fida kuarkan barang2 Rayyan... dia cakap baju Rayyan kecik2 banyak, so nanti ambik je pakai... baby dah besar baru beli baju.. tak yah ajar... mmg itu stategi kedekut aku...sian anak aku pakai baju second hand... tak pa... baju duduk umah la... baju jalan haruslah abak dia beli... lalalalala... and Fida kuarkan ketayap tuk si kecik ni... RM 2 henget je mak long... statement vangga Fida...

Hansem tak saya mak long??? ada rupa pak lebai tak??? comel kan kan kan??? 10 min je... lepas tu dah kadi hulk nak cabut kat kepala dia... Balqis pakai apa? Tudung ikin mawi ka??? wakakak.

Ni nak cerita pasal buke ke nak cerita pasal Rayyan eh... tapi main reason pun sbb si kecik ni... dia mmg suke org dtg umah... Actually ayah memula tak nak dtg... sbb tu aku je bawak ibu dengan Didi... tahu2 dah sampai sana, ayah call cakap nak dtg... ahahah rindu anak dengan cucu eh??? So nak dekat magrib baru ayah dtg, setelah sesat berapa kali... wakakak...
Seronok je dapat main dengan budak... penat but best... sebelum buke, kasi dia makan dulu... kalau tak dia meragam tak suda... bagi jelly food je kat Rayyan... happy je kan lepak semua org tengok dia makan... bunyik2... ammmm ammmm... tinggal tak leh nak cakap sedaaapppp.


Bulatsss mata dia,kan? Fida kata selalu buke diorg letak dia atas meja sama... sibuk nak buke... time buke tu mmg dia naik hangin sbb semua makan atas meja... dia kat bawah sorg2... siapa layan dia??? atuk la... makan cepat2 terus ambik cucu... siap upah RM 50 bole???? ooo atuk sudah manjakan cucu dengan duit...anak along tahun depan buat benda sama... wakakak kasi rampas duit Tok Li yer anak ku... jeng jeng jeng... dah jadi attitute ayah la... dia ingat duit tu barang mainan ke?? tapi Rayyan pegang 5 saat je... sepantas kilat mak dia ambik... alasan??? kang koyak duit tu yah... poyo la lu mama Rayyan...
So menu hari tu ialah, nasi beriyani... yang di beli di kodai... ni kes malas nak masak... ahak... oklah dr nan ado, yer tak??? Ni je gambar yang ada..sbb azan je semua macam pirana baham makanan... heheheh...

Gambar terbaru mak long dengan pak long... seee nampak tak aku mengandung??? idokkan? tapi sila tahu baju aku pakai baju zamani... hahahah kami berkongsi baju sekarang... lalalala...ok tu je nak bilang dan cerita...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Menu di umah MIL

Sabtu tido umah MIL.... biasalah aku sebagai menantu yang paling hantu plus pemalas, bangun kul 10 dekat kul 11... giler dasyatkan??? Mmg cuti je tunggu bangun lambat sbb badan aku bila start mengandung ni dah mula sakit2... so nak baring je memanjang... tapi biasalah puasakan? Masa tu singkat, kat opis kerja plus blogging (wakakaka), balik lak kalau sempat nak hidang makanan juadah, itu tak masak lagi tu. Tak sempat. Weekend nak masak tapi balik umah ibu dengan Mak...


Kalau umah mak ok la... umah ibu jejak je ku dah jadi adik tiri Cinderella ok.. sila tahu... manja nak mampus... ibu lak tak bising, tahu kot anak dia macammana... mmg azali pemalas... heheheh...

Since Ahad tu bangun kul 11, mandi siap2 semua turun nak dekat kul 12, tengok2 mak dah siap kupas bawang, kentang... bersalah sungguh... tampo muke menantu dia yang pemaleh ni... mak dengan ijat yang buat semua... tapi mak kata semua ni mak siapkan dulu... kang kul 5 terus je masak...

MIL aku masak sangat cepat dan pantas... aku kena rakam pakai vedio la... dok campak2... garam pun main campak2 ni... terkulai2 mata aku... sbb apa aku tak masak time puasa??? Sbb aku takut rasa tah apa-apa...hahaha... alasan alasan...


Than sbb dah lewa masuk kelas memasak mak tu, tak pa la... itu pra... tunggu petang... so petang aku masuk dapur, aku hanya tolong TENGOK... hehehe... sbb semua dah siap, itu pun uols mak masak lemak... ajaib ke tak, aku masuk ambil air sembahyang nak sembahyang asar, aku kuar je mak dah siap semua barang tinggal nak kasi panas je... i was like... berapa jam seh aku dlm toilet ambik wuduk ni??? Time aku habis sembahyang mak bz buat 2 jenis... lauk daging kicap dengan bubur jagung...



Terkedek2 akak dok dapur nak belajar la konon-konon kan??? Tapi MIL masak mmg sempoi ar! Tak dapat kejar oooo... pening kepala aku... semua campak2... kuar kat ruang tamu, Zamani tanya...
"Dah boleh masak macam mak dah ke???" Dengan vangga ku tersenyum... laki ku ingat dah leh master la konon????

"Oooooo...Dah... bole... tapi 10 tahun lagi..."
"Habis nak tunggu 10 tahun tu, makan kedai ke apa?"
"Ha lebih kurang halal la bunyiknya..."



Lauk lemak ayam kampung...ayam ni mak kata ayam dara... ha jangan memain... ayam mak janda tak leh makan... wakakaka... tapi best bila aku tanya mak, bukan ayam kampung selalu liat ke? Mak kata nak cari lembut cari ayam dara... aku pandang ijat, ijat pandang aku... serentak jawab... "Macammana nak tahu ayam tu dara ke tak??"
Hahahah bodo tak soalan kami... nasib baik mak bekas cik gu... kalau masih cik gu, meh sini dua2 masuk sekolah balik... heheh ampun makkkk....tapi antara Fav aku kalau mak masak eh, Masak lemak... sila aku aku tak suke masak lemak... kurang la... kalau ibu masak, aku mmg tak makan pun tak pa... tapi since jadi menantu hantu kat umah En Anwar, ku giler masak lemak mak... bole??? Pedas terbakar bibir ko... ni bukan pembawa budak... sebelum bawa aku dah jatuh cinta dengan lauk ni... jeng jeng jeng... ayam sambal yang jadi fav aku kat mana2... dah kureng sikit... ni nak kena berguru ni... tak sempat nak tengok... sob sob...


Daging masak kicap... oklah ni tahu... sbb tengok mak masak... ok ni boleh torai... En Zamani, sedap tak sedap, makan jugak!!!!! wakakaka...

Pastu mak buat sup tulang... lagi aku pening... sup mak buat rempah sendiri... ambik ko... ijat sila belajar... wakakak... pastu ajar akak ok! Chewah... gambar nan ado sbbnya time aku snap gambar ni sup tengah masak... bubur jagung??? ermmm rasa ingat kot... tapi tu la, aku nak hagak2 ni payah... tu beza org pengalaman dengan tak pengalaman... kan kan kan? puasa pun boleh masak, hasilnya akak suke sbb tak manis, tak tawar... best jerk... siap mak bagi bekal kat ibu, yang habis aku dengan ibu, ibu makan aku nanga... jadi masuk mulut siapa? mulut aku... pandaiiii.... heheheh... kijam dengan mak sendiri...


Ni abak beli kat bazar... bole la not bad...



Ok gambar habis entry pun habis la yo... erm terpikir sendiri... bila la nak pandai masak? sian awak en Zamani beristerikan saya... heheheh tapi tak leh... kena jugak tahu...anak2 kena makan masakan mak... baru ada kasih sayang... betul tak???? kan?







The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, September 1, 2009

Self Update!

15 weeks pregnant... peyut??? ermmm kalau selak t-shirt tu nampak ler naik sikit peyut tu... ha! jangan dok bayangkan!!!! But kalau tengok pada zahirnya nampak aku berisi sikit kot... sob sob... gue dah pakai baju uniform ok! dengan vangganya bila baju ku satu pun tak muat... itu pun hasil recycle si Fida... yer aku kedekut! sila tahu...

Everytime aku nak gi beli baju, mcm sesuatu, sbb perut ku tak nampak lagi, baju yang ku lihat kat kodai ada je yg kecik, tp beli kecik, kang kalau naik mendadak kena beli baju lain, kalau beli baju besar terus, org kata aku giler lak pakai baju mengandung... since Fida bersaiz kecik, baju dia banyak giloz, dia bagi kat aku... ha kira dah baju keturunan la ni... pinjam je, kang kalau siapa2 mengandung lik, bagi balik baju tu. Ahak! Akak suke ko! Aku dengan Fida nak mengandung lagi... uhuuhu... *wink wink* kat Zamani, bole tak???Statement laki ku, kasi yang ada sekarang dudlu kuar baru boleh cerita nak anak lagi bole??? wakakak... adeh plan la cik abang oiiii... plan... Buat of coz la kot, lepas yang satu ni, plan la dulu... tunggu baby besar dua, tiga tahun je cukup add sorg lagi... wah gitu!


Erm... sakit??? Sakit tu adalah... may be baby nak besar, semua nak renggang kot... terasa sakit di bahagian ari2, sekitar perut... Zy oiii hang ni kalau ku kata perut seluruh perut la... dia boleh la pulak nak klasifikasikan perut bahagian atas, bawah tu rahim... takkan ku nak cakap 'Aku sakit rahim????' pelik sudah...

Still terasa macam peyed pain... bahagian pinggang sakit, terasa macam nak terkeluar sesuatu je kan... risau jugak... but benda ni since aku start pregnant, so tawakal je la teori yang di beri yer kawan2...

Selera??? Macam biasa... makan pun tak banyak... berat ku turun ok... sila tahu 53kg! Meroyan gak aku... asal eh??? Muntah tak ada, selera makan? so and so je la... baby doing fine tak kat dalam sana??? halooooo.... uhhhh


sekarang ni nak makan ubat macam nak makan racun... makan kuar balik... asid folic bekalan doktor sudah habis... since Dr Umu cakap obermin hanya boleh ambik after baby 3 month, so now baru makan... azab nak makan ubat tu, Allah yang tau...eee terlebih mengadas... Rayyan makan ubat pun senang... haizzzzz... Abak siap duduk depan ok tengok ibu makan ubat... tak sesuai...

Puasa sehari je la kantoi... heheheh... yang lain Alhamdulilla...cerita pasal abak baby pulak? tak tahu mud puasa kot... sblm buke macam singa jekan... lagi dia buat muke, aku lagi la tak kose nak cakap dengan ko! hambik! Panggil je "B" dia jawab..."Apa dia yang???" Eh nak emo... takcakap lagi nak hangin kenapa??? so terus je ku senyap... nak pujuk2, sorry tak layan...tapi biasa la Zamani, dia takut kalau aku buat muke ketat.. kalah muke Aliya oooo... aku tanya baik2, tolong jawab dengan baik2... kalau aku panggil pun jerit2... nak marah gua tak kisah... lempang pakai kaki pun gua ok... ahak! Ni peringatan tuk En suami ku itu yer... nak cakap depan2, sepatah ku cakap, berpatah-patah dia jawab... tak suke...

But alhamdulilla, tak fail lagi bangun sahur ok... clap clap tuk diri sendiri...

Sekarang, kaki sering cramp... kalau tak gerak 5 minit boleh jadi kebas tau... kadang2 nak nangis pun ada... naik tangga, kena berhenti kejap. Kadang2 sampai terduduk2... sbb peha jadi kebas... sangat bahaya, sbb aku takut jugak jatuh tangga... aku naik tangga sekarang ni dah macam terasa naik tangga batu cave, tau tak! Tapi nasib baik la Zamani adakan... dok jaga kalau aku naik tangga... aku pun tak tahu kenapa... Fida kata dia pun kena waktu mengandung dulu... makna baby dah ambik zat besi ibu... so ibu kena la rajin men-top up zat besi dengan minum susu ni...

Satu lagi masalah... aku yang biasa makan tom yam, susu, tomato... semua tu fav... terus tak suke...pandang pun tak leh dah tau... macammana???? Zamani bangga pulak cakap 'anak abak' sbb apa? semua yang dia tak suke makan aku tak suke makan sekarang, bole??? Dan apa yang dia suke makan, aku kureng suke, tetiba je tu yang aku teringin... ko jangan nak oiii... jangan ko minta durian... mmg pengsan mak ko ni kang...

Semalam aku tetiba tanya ibu, nak buat sambal tumis sardin macammana.... ibu tengok aku macam nak telan... tanya buat apa, aku kata kalau rajin... KALAU RAJIN LA.... nak masak tu... ibu terus tanya 'kokan tak suke sardin???' Tersenyum kambing mok cik! Aah la terlupa sudah... tp now teringin nakkan?

Ari tu makan ikan bakar, Zamani nak bayar tertiba request ais krim... time nak makan, Zamani tegur... 'bukan u tak suke makan ais krim ke???' ha terkedu sudah... buat sesuatu di luar kawalan... Aku makan ais krim mcdonal je, sila tahu... bukan tak makan ais kerim lain, cume tak gemor... mengemuks kan... ahahah mengadakan??? Happy laki akukan tengok apa yang aku tak suke, dia suke, sekarang aku dah suke... kalau idok??? jangan ler harap...

Baby dah 15 weeks... tersenyum gumbira hati si ibu... chewah... esok malam la kot gi doktor Umu... menurut baby centre, 15 weeks dah boleh tahu jantina anak pakai ultrasound... so korang rasa anak lelaki ke perempuan??? jeng jeng jeng

Esok malam nak gi klinik... tapi tak tahu mak nak ikut ke tak, sbb nikan puasa, mesti mak bz buat terawih plus penat... mengadakan aku, gi laki bini sudah la... alah kalau ibu dekat pun ku seret dia gi... maklumlah ibu patikkan jauh... kui kui kui... aku suke sbb mak banyak soalan dia tanya doktor... macam aku ni, kadang2 aku terasa tanya soalan bodo kat doktor ok... hahaha... Zamani? dia lagi la, kalau dah tengok anak dia, dia macam tak tahu dah nak tanya apa, kang kat luar baru terpikir nak tanya apakan? ermmm mummy dan dady will see you tomoro nite ok sweetheart...
korang nak tengok eh baby scan pic?? adakah aku bertindak kejam? bukan la... aku sendiri nak tengok baby tu terkial2... sendiri tengok laki bini udah ler ye...3D confirm aku tepek sini, kenalkan new person kat Secret of Chamber ni.... kalau sekarang nama Zamani, Zamani, Zamani... tak lama lagi will be baby baby baby... apa pun aku harap sangat korang dapat doa keselamatan dan kesihatan baby aku ni ok... aku sedar risiko tu selalunya ada... pesan mak pun selalu aku ingat, jangan terlalu gembira, jangan terlalu sangat berjaga... minta Allah sentiasa pelihara dia sihat sentiasa...

Bila sakit2 ni, aku selalu mengeluh, lupa jugak... but hubby selalu marah...

"Jangan merungut yang, sakit tu semua org mengandung rasa, nak Allah tarik apa dia bagi kat kita???" Than baru aku mengucap... kadang2 kita lupa benda2 ni... tak bersyukur tp merungut...

Doakan yer... Oh MIl dengan FIL dapat pergi menunaikan haji this year...Alhamdulilla berkat doa dan rezeki mak abak gi this year... berapa hari bulan tak tahu lagi... mesti lepas raya ni mak abak bz nak uruskan urusan nak ke tanah suci... apa pun tahniah mak dari cida dengan Zamani...doa2 yer kami kat sini...kami doa mak selamat pergi selamat balik...

Haizzz belum gi lagi la...kang dekat2 ku update la... ni prelude je...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Berbuke puasa bersama??????

Bersama keluarga mertua ku... amboi... banyak entry pasal mertua??? Ada apa-apa ka?? Sipa mulut puaka tebing merah tu??? meh ku cili boh sikit.... pandai yer... hep not gud not gud buat spekulasi bulan puasa ni....

Actuallu ari Jumaat tu, aku chat dengan Hasra... dia bagi tahu Fifi ajak tido umah... buke puasa kat Shah Alam... so since dia ada, aku pun balik Shah Alam, aku cakap kat dia, apa kata kita buke kat luar je... tapi che Ta dengan Mr Ana lak balik kampung daaaa... next week dah time gi Putrajaya lak, Hasra pun nak balik kuantan minggu depan sbb minggu ni tak jadi balik. And since aku jadi menantu keluarga ni, aku rasa tak ada sumbangan pun kat diorg... diorg je yang banyak bantu aku... kuar pun abak je yang belanja... since akhir bulankan, aku tanya la Hasra kot2 ada tempat yang menarik nak gi makan... than Hasra bagitahu dia pun nak join sekali la... tak sedap la dia nak gi... ehem ehem... tak sedap tak sedap lak... so since Hasra pun nak join belanja, so patut la gi kat tempat yang best sikit... tak la mewah but boleh la,kan... so aku suggest makan ikan bakar kat pelabuhan klang la... and Hasra pun setuju...

So Jumaat tu, Mil datang umahkan? So bagi tahu MIL sabtu tak yah masak, makan luar je... so sabtu tu kami ke Lotus, makan ikan bakaq...

Balik kerja aku bayar semua bil... sampai umah kul 2... lipat baju dan konon nak basuh baju... Laki aku sangat prihatin volunteer nak basuh, tapi sekali spin dia lupa... yang aku lak ingatkan dia dah la habis basuh... kul 6 aku dah nak siap tanya baju dah basuh baru dia teringat baju yang tengah basuh tadi... sbb tu la aku tak suke dia buat kerja... ada je yang tak lengkap... bukan la merungut...mmg kerja aku... aku tahu dia nak menolong, tapi aku lebih selesa buat sendiri...

Last2 korang tahu tak 630 baru kuar umah... yang mak dengan abak dah sampai da... konon nak cop tempat... last2 kita yang dr Klang lambat ke port klang... ahak!

Ok aku malas nak cerita insident kat Lotus... mmg service takat haram! Laki aku dengan buasnya terjerit2 bole??? aku rasa nak terjun laut je... hahahah bole??? plus si achik dengan ateh, aku naik seram tengok dirg... dah azan pun satu benda tak ada atas meja... padahal dah lama dah duduk situ...Esh Zamani ni, cube bawak2 ingat budak dlm perut ni... marah macammana pun saba la...


Abak, awie, ijat dengan Zamani yang melihat pemandangan laut belakang restaurant... macam tak cukup orgkan? Mak dengan aku mmg tak kose nak join...yang best.... nak tahu???

Pasangan ni la... sekarang dah tak leh nak berengang dah...layannnn...

Fife dengan Awie... eh silap la... tu la dulu ada fifi ada la si awie... heheh Ijat dengan Awie...

Sambil tunggu hidangan, sambil2 tu la berbual la... org kalau bercinta mmg tak rasa... hahahah tengok macam laki aku, dulu sebelum kawin, 10 jam pun leh tunggu, sekarang? cube tengok? seminit pun dah boleh meroyan... kan sayang kan???

Tapi bulan pose tak leh tunggu lama2... dah 5 minit buke, yang sampai ikan pari bakaq... takkan nak makan tu je kan?

Ok hidangan dah sampai... apa lagi kasi licin la....

Makan time!!!! Tersenyum manis muke sorg2...

Bagus suami ku menjalankan tugas tuk bini dia... ahahaha... ada la jugak muke aku kat blog sendirikan? *muke kesihan*

Gegar la pulak! mesti kena maki dengan Hasfifi... macammana kak long ambik gamba ni??? hahaha... harap faham yer...wanita mengandung puasa... heheheh.... memalu pulakkkk....

Licin... Alhamdulilla...semua ok... yang best lala buluh tu... sedapppp and pedas... buke selera ku ok.

Pencuci mulut... tetiba je ada atas meja... heheheh tak la suami ku la... dia mmg minat ABCDE ni... tapi makan sorang, bole??? share satu meja... sungguh tak senonoh! Suami siapa ni???


Tak pa layan... dia mmg gini... kan kan kan... tapi aku kureng sikit benda manis2 ni...

Ok tak tahu nak buat ending macammana... oklah gambar dah habis...so entry habis la yo... Che Ta, next time la eh kita makan together2... ok laki ku dah black out (black list) ini kodai sbb bad service... ni la payah kalau dpt suami dr field customer service ni... payoh... semua nak perfect! Kalau dia komen service aku dengan dia... harus ko... ku kasi freeezzzzeeee account ko...padan muke!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-