Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, April 21, 2008

Aktiviti hujung minggu

Ok pada yang sedia maklum, rumah aku bahagian depan dah pun siap. Cat pun sudah. So tinggal pagar je tak pasang. Mungkin dlm minggu ni jugak. I'll up date my new house's look.

So di pendekkan citer, rumah aku dah 3 minggu tak bersihkan sbb rasa tak gune kot, bersih pun tetap berhabuk sbb rumh aku di hadapan jalan besar dan compom habuk selagi renovation kat depan tu tak siap. So Ahad tu mak cik ni jadi rajin kojap... mengemas sbb kapet kena hanta dobi. Berhabuk dengan bulu kucing, rambut and habuk akibat dari buat pagar batu. So kebetulan 3 toilet rumah aku di cat, so bilik air pun lebih kurang kotor.

Jadi nak kemas sabtu tu tak larat. Maklumlah balik kerja terus gi Shah Alam. Than balik je makan, mandi, pukul 9.00 mengadap tengok Akedemi Fantasia. Whaaaa sedih Saidah terkeluar... hampeh tul. So dengan frustnya aku tido sebaik AF habis.

Kul 7.45 pagi, mak cik dah tersedar... patutnya mak cik kalau cuti hujung minggu mak cik bangun paling lewat pun kul 10.00. So ni bangun pagi. Mak cik tention sbb toilet kotor. NAk cuci malam sabtu tu tak larat mana dengan penat dengan tak tahan air sejuk. So bangun pagi tu mak cik kemaslah toilet. Menyental cat-cat yang ada kat lantai, singki dlm toilet bowl semua ar.

Lepas bersihkan toilet, mak cik turun... kat tangga dah pikir 18 kali nak mengemas ke tak. Yer la,dalam rumah tak selesai lagi. Tunggu plumber tukar paip air. Kang berhabuk lagi. So nekad, kemaslah. Kalau kucing mak cik pun dok bersin sama, maknanya umah mak cik ni dah tahap kritikal.

Sebelum tuh mintak maaf la.... umah mak cik ni bukan le rumah bunglo atau semi D atau sem C ke, Kondo ke... umah teres biasa. Dah 20 tahun pun keluarga mak cik duduk sini. So kalau you all mengharapkan gambar2 macam rumah org kaya-kaya tak ada la... hehehehe maklumlah bapak mak cik kerja nelayan je, so umah nelayan, biasalah kecik je kat tengah bandar.

Opsss dah galih kerusi baru teringat nak ambik gamba. Patutnya sebelum kemas ambik gambar dulu, yer tak? Inilah keadaan umah mak cik anak-anak oiii... idok la besar mana... kat situ ruang tamu, kat situ juga meja makan.

Nampak tak putih2 tuh? Itu lah habuk yang mak cik dok kumpul... sangat pemalas org-org di rumah ku... aakakak. Agak-agak korang la berapa tahun aku mengumpul habuk-habuk ni? Ini dah tak boleh nak tolong da. Berhabuk tahap gaban dah ni, gaban pun boleh semput kalau habuk banyak macam ni.

Terima kasih pada QIARA.... dia banyak membantu... mana aku pergi dia ikut. Tapi bunyi vacum je dia lari lintang pukang. Aku sapu dia main tangkap-tangkap. NI aku lipat kapet ni nak hantar gi dobi dia duduk atas kapet tu. Aku rasa kalau dia ni manusia, mau dia yang bantu aku buat kerja-kerja ni.

Ini nama dia Neng Wijowo... dari jawa timur... mak cik jumpa dia dan dia kata dia boleh tolong... sian jadi rupo itu dah ha! Cun-cun dah jadi maid la pulak yer? Wakakah... tengok la lantai umah aku, mau dekat 10 kali aku mop. Kering je mop, kering je mop. Ini jenis Walaupun tak sesinar mana, tapi oklah bersih. Kalau nak nampak bayang-bayang kat lantai tu, 1000 kali mop pun tak leh nampak. Al- maklumla rumah lama.

Ini bukan tangga sebarang tangga... tengok je la betapa berhabuknya tangga rumah aku. Itu kalau tak lalu tangga tu, mau boleh sapu muka korang buat bedak... tangga pun hampir 2 kali aku mop. Memang tak puas hati sbb dinding tangga pun di cat sama. So ada bahagian cat yang meleleh tu tak leh nak hilang dengan air. 2 round tu mak cik mop... naik pusing kepala ni.... so ini la hasilnya....

Bole la walaupun tak la kilat sangat, yer tak?

Ruang tamu umah mak cik... yang tak berkapet... oklah tu, lantai tak la kilat mana, tapi bersih.. nak makan atas lantai tanpa pinggan pun ok... di jamin bersih (Buat masa tu ar, hahaha)

Pandangan dari tangga. Mesti korang pelik, awat meja tu letak gitu? Patut memanjang... penghuni rumah aku ni tak ada sivik, sebelum diorg yang alihkan meja tu, baik aku bagi ruang, diorg suka tido depan situ... hahah termasuklah aku sekali...

SELESAI MENGEMAS DI RUANG TAMU, MARI KITA KE BILIK AKU....

Ari tu aku cerita, aku gaduh dengan pak arab sbb kata dah berapa minggu cakap nak kemas umah tapi satu pun tak ada, betul tak? Kali ni lepas kemas bawah, termaksuk cuci kipas syiling, aku kemas bilik aku...

Ini la ruang beradu ku. Mmg la nampak katil je berselerak, tak tengok bawah katil, bawah meja TV aku tuh, kat almari solek. Habis minyak wangi aku semua di selaputi habuk, rambut dan sewaktu dengannya. Bangun pagi, kemas katil. Sapu pun yang mana nampak, yang tak nampak buat tak tahu je.

Inilah meja solek ku... nampak tak paper beg tu? Dalam tu lense yang aku beli awal bulan 2. MMg kat situ je tempatnya.

Bangun pagi, siap gi kerja trus cabut. Tak letak barang2 dengan baik dan elok. Hahaha pemalasnya aku ni.... dah malas ada hati pulak nak marah org bila org tuh tegur.

So it take me 2 hours to clean up everything termaksuk Vacum, Sapu, Mop, lap tingkap, lap grill dan lap semua barang2 yang dah kena habuk.

Nampak lebih kurang sama... tapi at least habuk tak ada, meja kemas, rambut-rambut dah buang, syiling aku atas tu dah terkumpul. Gelang, rantai tersusun, apa lagi?

Semuanya selesai.... Ini la katil ku, dan tilam itulah yang berharga RM 3000 lebih. Berat nak mampus! Tapi best..... Nak cube? heheheh

Itu la aktiviti ku semalam.... mengemas uma....

No comments: