Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, June 30, 2008

Visit Melaka

Ingat tak ari tu aku cakap nak turun Melaka ari sabtu tu?! Well we went to Melaka on saturday... bertolak kul 7 jugak la... adehhh nak citer tapi gamba lak tak transfer lagi...tapi aku nak citer jugak! Korg baca la penuh kesabaran yek. Esok aku buat Photo Log... tengok la puas2.

My parents spatutnya ikut sekali tapi ayah demam teruk pulak ari sabtu tu. So sebagai isteri mithali, mak aku kesian la nak tinggalkan bapak aku keseorgan kat umah tu. So kami adik beradik je la pergi. Kita plan nak bertolak lepas kerja. So paling2 pun pukul 3 la bertolak, tapi my sister got to work... sampai la kul 4 di baru bgi tahu dia on the way balik klang... wa dah 2 kali tido bangun balik tapi diorg tak sampai2.... rupanya adik ipar aku sponser bini dia DVD player cum dengan TV sekali... oooo aku dah tahu reason diorg lambat, aku pun relala menunggu walaupun baju aku dah mula masam dah ni.... ekekek.

So pukul 630 aku hantar adik ipar aku ambik kereta adik aku... untung ada suami ni... dah pasang Tv kat kereta, ari ni pulak nak hantar kereta Tinted... tapi tadi aku tengok kereta adik aku ada... mak aku kata adik ipar aku pasang tinted kereta dia dulu... sbb tu kereta adik aku tinggal pat umah.

So perjalanan kami seronok la... maklumla ada TV dalam kereta... tapi kami telah di paksa menonton vedio kawin diorg... heheheh siap ada karaoke tuh... layannnn bantai nanyi...

Adik ipar aku bawak slow... tak laju mana... kawe tu tention... tak leh nak tengok TV yang dia pasang tuk bini dia... hahaha... macam2 citer tengok...so di sebabkan bertolak lambat dan diorg lak sibuk dengan kereta... diorg tak lunch lagi... jam lak dah pukul 8 malam. So kita lepak seketika di R & R Restorant jejatas...

So perjalanan mula balik kul 9.30...lama jugak kita jalan2 tengok2 makan2 kat R&R Ayer Keroh tu...so sampai Melaka kul 10 malam... niat hati nak makan ikan bakar kat Umbai... tapi terhalang sbb nenek aku la ni! Tention tul! dia suruh makcik -mak cik aku masak... umah pertama kami serbu umah sepupu aku tu la... si Din... dia pun bengang sbb mak dia dah masak Soto tuk kita org... kat R and R tadi makan ringan2 ingatkan nak makan berat sampai melaka. So org dah masak... makan je la... sedap makan mak cik aku sorg lagi call cakap dah masak semua... waahahhh tention!

So cancel makan kat Umbai... oh kita tido hotel...mengamuk nenek aku sbb kita tak singah umah dia... sepupu aku kata nenek aku umah mak cik aku... so kitaorg pun gi la umah mak cik aku...tengok2 ruponya nenek aku kat umah dia lagi... so malas nak patah lik. Minta kakak sepupu aku ambik nenek aku than jumpa kat umah mak cik aku je...

Dia (nenek) turun kereta, dia menyumpah (biasala org melaka).Ckp kita kurang ajar tak singah umah dia... tak sudi... perh aku naik tocang! Nasib kita tak overnite umah nenek aku... kakak sepupu aku belanja tido hotel malam tu! Lagi piang la nenek aku tu. sepanjang makan tu dia bebebebebellllllll jeeee..... aduhhh sakit telinga Cak arrrrrrr!

Adik aku dah buat sign mata nak bla da... tapi mak cik aku tak bagi... nenek aku ni dok ulang dia punya ayat seolah2 kita tak sudi nak duduk umah dia... Mmg agak2 tak sudi jugak la... ahahahah.... akak sepupu aku siankan adik ipar aku, org baru kawin... sepanjang weekend dr depa kawin mmg berjalan je... so umah nenek aku dah la mcam seram2 gitu... so dia book la otel... aku tumpang la sekaki... no way nak duduk situ... heheheh durhaka ko Cida! Anyway nenek aku jadi diam bila terima RM 200 dari aku... bukan aku yang bagi la... tapi ayah aku kirim bagi kat mak dia...senyap terus org tua tu dpt duit belanja dia. So kita malam tu bermalam la di hotel Empiror ( kalau tak silap la ejaan dia...) So malam tu lepak tido sbb penat gila...

Esoknya kita mula perjalanan ke Dataran Hang Jebat... Melaka dah hebat skrg... semalam kita keliling sungai Melaka naik bot... seronok... bayar RM 5.00 kita dapat keliling Melaka... and tell u... mmg cantik... tak rugi... and RM 5.00 kita berjalan hampir 45 minit ooooo... tapi yang tak best... Bot bermula kul 2.30...kita tercogok kat situ dari kul 12.45... tapi nasib baik tempat cun... ada tempat berehat semua... so tak la terasa bosan.

Naik bot, aku terpegung dengan keindahan yang alah-alah semula jadi. Sbb diorg tak runtuhkan bangunan lama tu, bangunan lama diaorg buat elok2 tambahan mulak kampung Morten di sepanjang sungai. Nampak la umah tradisional lama di Melaka... di sebabkan terpegung dengan keindahan keadaan sekeliling, aku tak ambik pulak gamba drebar... heheheh Deqna! Kita tak sempat nak selam hati drebar bot macammana awk selam hati drebar komuter... wakakak

After naik bot kita makan kat Queen side... drebar bot tu kata situ the best Asam Pedas... and suprise ada jugak makanan laut... so tak yah gi umbai... we order

  1. Ikan siakap bakar (yum..yum)
  2. Tom yam Campur
  3. Asam pedas
  4. Sotong Goreng
  5. Kailan Ikan Masin
  6. Ayam Kunyit

Sangat2 berbaloi sbb the bill is only RM 144 sahaja... the food is excellent! Tak tahu la pulak... waktu tu kita lapar ke apa... tapi apa yang kami order lebih banyak dr my previous blog... dan kami makan 11 org... banyak and worth it, kan...kan...kan?!!!

Lepas makan, kami terus gi Padang Pahlawan Mall... beli buah tangan... tapi aku sedih i cant buy any of MNG shirt or blouse, pants... sbb tak menarik la... kang aku beli org kata aku ni dari Amerika lak... heheh tahu sbb apa? Tak sesuai la dengan fashion kita... berjurai sana sini... kain pun agak2 panas jugak...

Aku shoping tuk adik aku... sbb dia nak beg Levis... than belikan la... tuk budak tu, gue belikan Jaket for opis wear... tak tahu nak belikan apa... As for Mizi...erm di sbbkan dia tolong aku bank in cek pulus mania aku, and kerana dek paksaan aku nak cek tu clear satu hari, dia terpaksa menapak ke Klang Jumaat tu... bebel jugak la pak cik tu maklumlahari Jumaat tukan jam, so aku suruh dia gi bank in dulu cek aku sebelum dia kuar jumpa org... so aku belikan T-shirt Melaka sebagai tanda terima kasih...kalau tak, ingat aku kaya sangat ke nak shopping macam kat melaka tuh?! Jangan la harap!

So lepas membeli belah, kitaorg belah balik umah nenek aku... maklumlah kalau tak singah mula la bising lagi! Malas nak layan...

Sampai umh nenek, kita buat sambutan hari Jadi Amirah... stay makan kek dlm setengah jam, maka kami melangkah pulang.... :)

Itulah cerita sekiannya...oh i've got great new for all... apa dia? Tunggu la, kalau benda tu confirm malam ni, aku akan update... but aku janji besok aku upload gambo2 ok.

1 comment:

Deqna said...

jangan lupa post gambar melaka ni yer.. nak gak tgk keindahan sungai melaka nie...

apa great news tu?