Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

macam bangang!

Uhhhhh baran sungguh!!! Panas hati pun ada! Ni gara2

1. Beta tak peyed lagi! mungkinkah???? peyed aku sentiasa cepat atau tepat... tak pernah lagi lewat wokeh!

2. Kerja terlalu banyak nak buat! Tapi sempat update blog... tengah2 emo ni seronok menulis!


Tapi ari ni kesabaran ku tercabar! Olehhhhh???? ha ni aku nak cerita! Ctos!Pasal apa???

Ku terima statement ari ni... kawan aku biasalah sore dia mmg macam petir! Dia cakap dia dah bayar payment tuk May - sept 2009... pls check betul ke tak??

Aku check mmg betul.... ku carilah num chq bagai! Sbb sedia tuk bagi maklumat... but this gurl, make my bloody blood go up! Y???

The gurl call Atie

Atie :- Maaf puan boleh sent copy bank slip tak???

Ada la pulak bank slip??? 2009 rekod ma! hagak sikit ko nak aku cari???? Anyway yang buat tu semua kawan aku, dia isu payment, dia bank in terus kat Ctos, itu pun tengok tahap kerajinan dia, kalau ada bank slip dia bagi la kat aku, kalau tak, mmg buat bodo sua! Sbb dia akan fax copy kat Ctos, so bila dah fax buat tak tahu dah la,kan?

Aku :- Cik adik... 2009 punya kes oooo... saya kena cari satu2... saya bagi cek number, u cek la.

Atie :- Oh Susah puan kami banyak customer bank in... Ada aku kisah???

Than what is ur job?? tengok bank statement ko duit masuk??? siapa masuk ko tak ambik peduli??? I do the account la bai! Every each transaction yang masuk tanpa ku tahu siapa yang bank in, ko buat bodo ke pun??? Proper account ke tu??? Wahhh darah naik kat kepala

Aku :- So problem saya ke tu? U kena la monitor... kena la tahu siapa yang yang bank in duit tu

Atie :- Kalau customer tak fax bank slip, kami tak tahu puan...

Mmg la HARAM!!!!! Benda tu anak buah aku pun tahu!

Aku :- Than duit masuk than korang buat apa? ternganga???

Ha! Best kalau marah org nak peyed! Dia pun hangin jugak dengan aku siap 10 kali sebut Ya Allah! tapi tidak mengisapkan aku atau menyejukkan ati yang membara.

Atie :- Customer kami banyak puan, bukan sikit

Aku :- Than Ctos must have gud system than to keep track payment... not by sending statement je... and like my case, i tentu la marah sbb dah bayar and statment u show kita hutang... when i give you the cek number than senang la u mark rite? Now i give you cheque num, pls check!

Korang tahu dia jawab apa???

Atie :- Tak boleh cek puan, tak gune puan bagi sbb Maybank statement tak show cek number bank in...

WHAT THE FCUK! DIA TETAP TAK NAK CARI JALAN TUK SETTLE BENDA NIKAN???

Aku rasa nak lempang je minah ni! tapi mmg betul aku tak faham awat maybank tak ada tulis number cek masuk>>> hehehe perluka aku salahkan dia??? Nak je aku tanya... korang tak buat bank reconcile every month ke????? opsss big company gue tak tahu... but somehow aku rasa mmg perlu adakan? Even waktu aku buat practikal kat Majlis Perbandaran Melaka dulu, macam haram je aku kena buat bank reconcile manually. Ha customer kami??? Tu satu kawasan melaka tengah tu... org dok bayar cukai pintu, cermin bagai... duit kuar semua...

Yang buat aku marah, kot yer pun bontot ko berat nak cek, ko boleh tak at least laaaaa

  • Puan bagi number cek, tarikh cek and amount puan bagi saya cek dulu?????

BUKANNYA!!!!

  • Puan tengok bank statement puan, than fax kat saya amount tu....sbb mmg tak ada figure tu dlm bank statement kami!

Heloooooo u asking ur customer buat kerja onbehalf of you???? kepala otak berjambul hang!

Aku :- Kalau saya jumpa amount tu clear dlm bank statement saya! You watch out! seriously!

GEDEBANKKKKKKKK!!!! akak hentak fon purak2 garang arrrr!

Than cari bank statement! Jumpa that figure! Ku tulis sebesar anak semut yang gemuks nota kat dia! Tinggal tak tulis...

KO BERHENTI LA KERJA! TAK PUN KO BACA BLOG CIK YAYANG PASAL ANAK MELAYU MALAS NAK MAMPUS!

Hahahah termasuk aku! Eh malas aku pun, tanya bos aku bila ada inquiry dari dia atau customer ada tak aku bagi alasan bodo macam minah ni... malas aku pun ko tanya laki aku, aku abaikan tak kerja umah??? ha ha ha!

Monday, March 1, 2010

Hati yang tak tenang

Kisah Safiyah Umairah...

Aku tak tahu kenapa aku terlalu emo sbb benda ni... since beritanya aku baca... aku mula terbayang2... tak ada perasaan ke ketika babis tonyok tu pukul budak tu???

Even kalau Arwah tu nakal sekali pun... perlukah pukul macam tu rupa?

Im not saying im gud! Im not saying im perfect... aku tak ada anak yang aku nak bela... mungkin kalau si babis tonyak dua ekor tu baca pun, dia mungkin cakap aku tak faham macammana kesusahan nak jaga anak...tapi perluka pukul budak tu sebegitu rupa?

Semalam main dengan Rayyan... kan birthday dia... than biasalah banyak budak2... aku tengok budak2 ni hati jadi sejuk... budak mana yang tak nakal? Infact ko sendiri jahat nak mampuskan? So dont expect budak jadi baik, duduk diam2...

Than malam gi umah mak, main dengan Aisyah... ooo hati tersentuh... bila aku pikir arwah safiyah tu... sebaya Aisyah... aisyah semalam duduk kat pangku aku... baring2... peluk2 aku... aku rasa simpati pada arwah tu... apa la salah dia... besar sangatka salah dia sampai kena pukul sebegitu???

Dan aku menyalahkan 100% pada mak arwah... eeesshhh mau ku bagi terajang! Mana pergi akal... mana pergi maruah??? Yang datuk pun sama tak mo maafkan si pembunuh... si pembunuh tu dah mmg gila nak mampus! Tapi macammana ko jaga anak ko? Time dah jadi macam ni baru la nak cakap ada kesan dera semua...

Isu tak perasan! 'Sepanjang saya mengenali suspek, dia seorg yang kelakar, dan menyayangi anak2 saya'

Seorg ibu pasti panic melihat kesan yang luar biasa pada anaknya... sedangkan bekas gigitan nyamuk pun kita dah mula gelisah... kalau boleh nak di pijak nyamuk tukan? Apa lagi kesan cucur rokok di badan dia??? Allahuakbar! Kenapa ada manusia macam ni??? Menangis sampai pengsan2... apa gunenya? Sedangkan anak ko di pukul macam binatang?

Im not a gud mother... even Zamani pun cakap, kalau aku ada anak may be aku akan rosakkan anak sendiri sbb bila anak2 buah kena marah aku lak yang sedih... sama ada budak tu betul atau salah, aku tetap pertahankan sbb dia hanya seorg budak... bagi aku nama pun budak... akal mereka tak sama dengan kita.

Walaupun aku masih belum di kurniakan anak, tapi melihat sekeliling ku, aku kena harus peka... contoh mak dengan abak selalu nasihatkan anak menantu, ada anak, kalau si ibu atau si ayah marah akan anak, salah seorg perlu berdiam diri... jangan di pujuk anak tu depan org, sbb mereka takkan belajar membetulkan kesilapan mereka...

Zamani siap warning aku... kalau dia marah anak, aku marah dia... bila anak tu buat sesuatu yang buat aku nangis, dia nak pakat ajak anak aku gelakkan aku atas kegagalan memanjakan diorg... cheh!

Lari topic plak...

Apa pun topic pagi tadi di hot fm mmg best! banyak org kutuk perempuan tu... tak payah la belakon... kau ada anak 6 bulan dengan teman lelaki ko dan sekarang mengandung 4 bulan lagi??? habis mak ayah ko tak marah ke perbuatan tu??? suami kau tak nak lepaskan kau... itu bukan bererti kau boleh melanggar hukum Allah! Di dunia sahaja kita dah ada undang2... kalau suami kau tak nak lepaskan kau, kau tak leh nak tuntu cerai? kenapa nak jadikan anak2 sebagai mangsa??? pikir tak?!!!! Korang sedap melepaskan nafsu, yang menangunggnya anak2 yang tak salah...

Tuk perempuan tu, aku rasa kerajaan pun patut jatuhkan hukuman! Kalau boleh rejam sampai mati! tak ada otak betul.

Monday, February 22, 2010

Doakan semoga ku sihat sejahtera

25 Feb!!! Result bloddy test ku kuar...

Ingat tak time nak kuarkan baby, diorg nak bedah Aryssa tuk tahu punca kematian baby??? Well me and Zamani tak benarkan sbb tuk apa siksa dia yang tiada... so ku suruh test di jalankan ke atas aku... if Aryssa yang bermasalah, mean aku masih ada harapan tuk terus mengandung lagi... but yang menakutkan kalau aku punca kematian Aryssa...

30 botol di ambil last year... ha! Bayangkan berapa punya banyak darah dia ambil sampaikan nurse yang ambik darah aku tu pecah record sepanjang dia kerja jadi nurse dia belum pernah ambik darah pesakit punya banyak macam tu... dengan badan yang lemah, kurang darah lagi ambik darahkan???

Ku ingat balik mmg sakit la... tangan ku lebam sana sini akibat di cucuk...sbb tu aku cakap mental dan fizikal mmg sakit... dan biasalah kerajaan... berbulan2 baru dia kuar result...jangan aku gi dia kata darah tu ilang bla bla bla... tumpah jatuh dalam singki bagai... harus ku tampo muke sorang2... uhuhuhu...

Anyway doa la yer... semoga apa yang berlaku tu mmg kehendak Allah... maknanya tak ada la penyebab kematian... aku harap mmg dah tiba masa tuk Aryssa pergi... sbb aku nak preggy lagi... tak sanggup la you all nak tempuh apa yang berlaku... so ku harap sangat2 semuanya ok

Macam kencing manis ari tu, time mengandung je... lepas dari tu ok jerk... doktor pelik asal aku gatai suka2 nak cek... bule?? Sepak kang doktor... sbb dia kata bacaan aku hanya 5 sahaja... Alhamdulilla la kan?

Ermmm harap yang lain normal... cume may be aku nak tanya doktor sama ada betul ke aku ada fibroid... and kenapa period aku kalau datang sakit nak mati! Sampai kena ambik ubat tahan sakit bagai...

Friday, February 19, 2010

Its been 3 month already...

Today genap 3 bulan lepas aku bersalin...

Sekejap je kan??? Tapi ingatan tu tetap ada... bila baca blog kawan2 yang tengah mengandung... yang sama dengan aku dah bersalin, hati tersentuh juga... but now lebih tabah dari sebelumnya... aku cuba mengawal perasaan ini... tak boleh nak ikut sangat kata hati...

Ari tu berbual dengan mak... bercerita la sbb ada org cakap kematian Aryssa adalah balasan dosa buat aku dan Zamani di masa silam... sesungguhnya mulut org senang dan lancang berbicara... tapi silap...

Allah sayang kamu dan Zamani... maka Dia ambik anak kamu sebagai saham di akhirat... anak kamu akan tarik kamu dan Along (Zamani) tuk masuk syurga... tak semua org dapat saham Allah... sbb tu mak nasihatkan jangan nangis, sbb kamu dan Zamani akan tersenyum lebih dari mereka ni... dan org yang cakap tu dia akan mendapat balasan dia nanti... anak yang dia ada pun tak tentu menjaminkan dia masuk syurga...

Allahuakbar... begitu sayangnya Allah pada kami sehingga kami di uji begini... menjadi ketakutan plak rasa... tapi aku perlu redha... Alhamdulilla seharian aku dapat menerima... pujuk hati yang kami akan bertemu juga nanti... pusara anak tak pernah ku lupa, setiap hujung minggu kami pasti ke sana... tengok istana kecil yang kami bina buatnya... aku pun tak tahu sampai bila aku akan berhenti bercakap mengenainya... to Zamani, kami dah tak bual sangat pasal ni, sbb perasaan yang sama... dan aku pun tak nak susahkan hati dia...

This year will be honeymoon year... di atas sbb yang tak leh nak elak... Che Ta mendahului carta... dapat la ku anak buah baru...ku masih tak faham kenapa Aliyah payah sangat kat aku... ermmm... so this commmminnngggg baby boleh ku cilok... kih kih kih...

Anyway end of year ada big event... boleh je kalau nak (hahah velagak) but me and Abang Jamani plan to wait after that je la... tak nak penat2 lari sana sini sbb after this definitely aku kena jaga betul-betul... sian kat mak sorang2 nak urus... ha ha ha macam aku menolong sangat... tak adalah, ku tentu faham sbb i know my husband definitely tak mo tinggalkan bininya sendirian... ahak! I love you la baby! Coz dulu pun dia dok risau pasal aku dengan babykan? So lagi la after this both of us will more focus dan menitik beratkan benda yang selama ni kami tak ambik pedulik... will make sure sentiasa buat medical check up, tak boleh nak buat kerja lebih2... tak leh nak jalan jauh, makan pun tak leh sukati belasah je...

Yah Yah Yah

Ku tahu kalau jaga macammana pun kalau dah tertulis bukan rezeki kami, bukan rezeki kami... same goes to Arrysa... but aku dok bertanya kenapa kenapa kenapa... mana silapnya... agak lama nak pulih... ni pun consider not 100% pulih... tapi ku tahan juga jebat! And Zamani dia sumber kekuatan aku...

And to Cikgu Hery... sejak dia bagi aku lagu ni, hilang rasa rindu padanya... bila dengar lagu ini, ku dengar dengar dengan senyuman... semoga anak ibu bersemadi tenang di sana...

Shila OIAM - Memori Tercipta Lirik

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

(Ku teringat saat first bila aku dapat tahu aku mengandung... macam2 perasaan ada time tu... macam mimpi... penantian yang aku tunggu selama ini... tuk menjadi seorg isteri dan ibu... Tuhan telah menunaikan permintaan aku di saat tu... aku sering baca entry Zamani kat blog dia, saat we get to know we goin to be father and mother

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

(saat itu paling indah... mendengar dengupan jantungnya... mcm mana laju dan activenya dia bergerak... dia tendang kuat when ever aku rasa marah sangat dengan Zamani... dia diam bila dengar suara abaknya... sweet sangat....setiap kali jumpa doktor aku seakan tak sabar tuk lihat dia yang berada di dalam ku... the last scan adalah saat yang paling indah... Dyna... that nick name for her. Given by Zamani... and i guess she love that name sbb dia buat gaya otemen that time... make me and Zamani lepak gelak... i still have her foot print)

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa
Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Yang terpahit jua termanis
Bagiku semuanya terindah
Ku ingati buat selamanya....
(Aku tahu pasti semua ini akan berakhir dengan senyuman... kita akan bertemu juga nanti... Allah turunkan petir, guruh dan hujan yang lebat... sbb dia nak hadiahkan kita pelangi....)

Dan aku hanya perlu bersabar... dan ku pohon pada Mu Ya Allah, janganlah Engkau tutup pintu rezeki buat kami...Al fatihah buatnya...

Friday, February 12, 2010

masih ada yang bertanya lagi....

Tadi ku berlenggang kangkung ke bank... ku masukkan 4k cash dalam account... bukan account aku la... account budak Penang sbb nak buat clearance barang... terbeliak mata korg eh???

Heheheh... gimit jer... gilo tul bawak duit banyak2 mcm tu... gara2 nak CYN kan? Kang nak isu cek tak clear barang tak leh kuar dari pelabuhan...cutikan panjang... sian bos aku duit cash tu tuk CNY tapi gune tuk lain...

Perlu ke cerita??

Sedih ni... *turn mode sadis sat*

Next month bini bos aku bersalin... gigih dia tengok gambar2 baby... idok plak ku faham bahasa cino... dia nak pilih nama ke apa ke tak ku tahu, tapi dah google gambar baby... tak mungkin dia google nak tahumuke anak dia ghupo macammanakan?

Erm... ikut jadual ketibaan baby aku lak, 25 Feb ni, sob sob... mmg tertulis la tarikh tu aku gi sepital... wakakak... 25 feb ni blood test yang 25 botoi tu keluaq!

Hahaha tak ada kena mengena jugak dengan apa yang aku nak cerita... padan muke korang... bacalah entry aku panjang2...

Aku singgah kedai makan akak kat bawah ni... alah kedai secret admire laki aku tu...jangan tak tahu Zamani ada peminat ooooo. Kalau dia (Zamani) dtg, ko senyum sampai ke telinga... kalau aku makan lunch, muka ko horror nak layan pelanggan macam aku yang banyak bebenor bunyik... dengan suami ku ehe ehe ehe ko yer...

So tokeh kedai tu nan ado... dia la jaga kaunter... niat hati nak tanya la CNY ni kedai tu tutup sampai bila...sblm dia bukak mulut, dia tengok perut aku... hati tak sedap, gemuk sudahkah aku???

Dia :- Mengandungkan?

Ku ingan dia kata sekarang... alaaaa dah buncit la ni! Muke ku blur jugak la...agaknya dia ingat soalan dia tu tuk sekarang, sbb aku pun tengok perut aku... haahaha

Dia :- Dulu mengandungkan? Gugur eh?

Cepat dia jawab... maknanya dia tahu lakan??

Aku hanya tersenyum... adoiii bisa sungguh!

Dia :- Berapa bulan dah eh?

Aku :- 6 bulan lebih dah...

Dia :- Eeeee sayang eh....

Why! WHY!

Eh trapi tak habis lagi tau... ni 2-3 minggu lepas dirikan nisan Aryssa baru la ku rasa jiwa raga ku ok... cume tersentuh sikit lebih kurang tu biasalah. Kalau elok 100% tu makna aku tak normal la jawabnya... suke dengan apa yang dah terjadi, betul tak??

Cume the way dia tanya buat aku.... ermmmm buat aku terasa.... that im useless... anak dlm perut pun tak leh nak jaga... apa lagi kalau ada anak nanti... well ini yang aku rasa... biasalah ku tahu setan sentiasa ada tuk jatuhkan semangat aku... apa lagi yang tanya tu minat dengan suami ku kan??? hahahah lariksssssss.... abang jamani fire aku nanti...

Thursday, February 11, 2010

Pagi yang membara!

Zamani :- Ayang kunci umah ayang mana?

Aku :- Kat beg...

Zamani :- Betul ke kat beg? Kang esok B gi kerja, ayang terkunci pulak

Time tu aku tengah 'pisat-pisat' baru bangun tido nak naik atas...

PAGI NI????

Tah kenapa suami ku call pagi... selalu sms jerk... bila dengar ring tone pujaan hati ku! maka berlari ku angkat phone...

Zamani :- Dah bangun?

Aku :- Oh sudah... baru je lepas mandi ni...

Zamani :- Aik lambatnya... gi kerja kul berapa?

Aku :- Opis org kan dekat... kul 830 pun boleh kuar...

*Nada velagak!*

So lepas siap turun semua... ku lihat kunci ku tiada tergantung di tempat letak kunci... so seluk dalam beg, kunci opis dengan kunci kereta ajo...

Panic! Panic!

Bukak pintu... pintu gril terkunci...

Ni kalau bagi tahu laki aku ni mau dia marah! What to do??? Opis dah kuar notice, semua cuti di bekukan tuk CNY ni... hanya cino je layak mohon cuti... terduduk kejap...

Terpandang sesuatu

Kunci pagar ada dengan kunci kereta... tapi aku dlm umah nak kuar macammana??? hanya satu! Lalu pintu belakang! oh noooooo... aku lemah tul nak kuar kat belakang tu... bau busuk la! org dah wangi2 ni... first call ibu... tanya kot2 ada kunci spare???? erm en Rusli dah ilangkan... nak tak nak kena lalu belakang...

Pejam mata... dah la seliper belakang umah aku ni buruk!!!! kotor lak tu... pasni confirm ajak en Zamani beli crocs kat up town... hahahah nak bergaya jugak sliper belakang mahal....

Bukak pintu belakang bau macam harammmmm... cepat2 ku jalan... ke pintu depan... bukak pintu pagar sbb kunci mangga pintu pagar ada kat kunci kereta... than masuk, ambik kunci!

Perhhhh membara! Start kereta plak terperasan lampu tak tutup... kerja en Zamani la ni... sampai opis tepat kul 845 pagi... nasib baik opis dengan umah den dokat ajo... kalau idok??? mampuih!

Tuesday, February 2, 2010

Bila ia berlaku tanpa kita sedari

Last weekend??? buat apa??? ermm ermm ermm...

Buat pertama kalinya me and Zamani dok umah... bule??? Mogok... ha ha ha... masalah umahtangga... yang ni salahkan ni, yang tu salahkan tu... final decision??? Dua2 memilih tuk menjauhkan diri... nasib umah dua tingkat... sorg atas sorang bawah...

Me and Zamani jarang gaduh... susah nak gaduh... compare to our relation dolu2... penat sangat... mau tiap2 minggu gaduh...baik dia baik aku... tapi bila bertemu org yang betul, maka semua gaduh2 tu biasa... bila merajuk... seminit je pun, lama nak mampus aku rasa...

Laki aku??? keras hati...

Aku??? Keras kepala...

Yang sama??? KERAS tu je... beza??? Tempat hati dan kepala...

Org kata baik keras hati dari keras kepala... sbb kalau hati keras, kepala bole fungsi... otak bole jalan, tapi kalau kepala tu keras, input nan ado, yang ado out put je... tak pikir baik buruk...itu yang buat aku gelak bila suami ku cube nasihatkan aku... sbb aku selalu cakap dia keras ati. Aku tak marah sbb betul... itulah aku... tiap kali marah, aku cakap apa yang aku nak cakap... aku buat apa yang aku nak buat...

Tanpa aku sedar aku isteri org... biar pun dia jenis tak kisah, aku terlupa kami bukan pasangan kekasih tengah bercinta... tapi pasangan suami isteri yang hidup bersama...

Running from problem! itu masalah aku yang paling utama... and Zamani pun tahu... bagi aku biar masalah tu ilang sendiri... bila nak ilang sendiri mula la aku buat benda tah apa-apa... pastu menyesal tak sudah... for me apa yang berlaku learning procees .. aku tak pernah bersuami, Zamani tak pernah beristeri... dan mengajar erti mengalah... tapi aku nak menang je... wakakak... tu yang melampaunya...

But when everything ok... dah macam belangkas plak... tak sangka plak tindakan aku tu buat semua org perasan... heheheh... aku tak pandai berlakon la... org boleh tahu aku not in gud mud kalau aku diam, muncung boleh sangkut baju. Meanwhile Zamani, dia boleh cover sebaik2nya... selalu yang buat kantoi aku la... wakakak... tak tahu la, aku tak leh nak berlakon...tapi tak sangka apa yang berlaku effect semuanya... benda kecik menjadi so huge!

Aku rasa gaduh dlm umahtangga atau dlm relationship, is healty... idok la aku suruh ko baling periuk belanga... tu mmg tak normal... its normal sbb kita tahu salah kita... kita tahu mana silap kita, dan kita ada masa untuk memperbetulkan setiap kesilapan kita...

i told mak cu pasal ni...

"Dont take thing for granted along... u have a wonderful husband that you know u cant find it anyway... berapa jauh jalan yang along nak jumpa seseorg yang sayang along... give and take benda yang remeh temeh..."

Yup Zamani is wonderful husband... tak di nafikan... walaupun dia bukan anak sultan, brad pitt... he got nothing... but he has wonderful heart... yang mmg aku tak dpt dari org lain... seseorg yang boleh berkorban dan hidup susah senang dengan aku...

Tetiba syahdu plak eh...

Malam ahad... malam ke???pagi isnin...aku ingat aku je tak leh tido... akak kalau abang Jamani korang nan ado mmg confirm tak leh lelap... tido ayam... ayam tido lagi lena dari akak...tetiba kul 4 pagi ( nasib sempat tutup hanfon sbb sebaik ku lihat jam kat hanfon) pintu bilik terbukak... tahu2 dia tido sebelah akak plak...

Mud dia dah ok la tu... idok la dia bawak diri kat bawah...mlm tu jugak menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati... akhirnya masing2 tido kul 5 pagi... 530 jam bunyi... abang Jamani 'sip' kul 7... sian plak akak tengok dia... mata tak leh bukak... tetiba rasa serba salah... dlm gelak2 dia cakap

"Ai tak leh tido u tak ada...u punya pasal la ni!" wahhhh terkentut2 akak dengar...Than dia call bos , bagi tahu dia MC... ngeh ngeh ngeh... sambung tido... anyway bukan salah ku yer, anyway dia selsema pagi tu... tetiba je selsema... sakit baru cari akak yer???

Time kul 730 time akak bangun gi kerja... hahah akak pun tak sodar... tahu2 kul 830 pagi... memula bagitahu masuk lambat... tapi abang Jamani polok best la... hahah last2 dua2 ambik MC semalam... lalalalala... kerja opis yang menimbun tu??? Tak pa esok uruskan...

Semalam seronok plak... beli barang dapur sbb nekad mulai ari ni nak masak... sbb dua2 balik awal dah sekarang, cume Zamani kena tahan lapar sejam dua la... sblm tunggu aku MASAK... heheh ambik ko sejam dua aku masak... barang2 mentah dah import dari putrajaya... stok belian pasar seminggu... so tak yah aku nak gi beli... semua ada... so semalam beli barang dapur, bawang, cili bagai... kalau itu pun nak suruh org tua Rusli beli, mau kena fire... yang ambik ni pun buat tak tahu je, belum bayar balik... wakakaka...

Balik dari giant, ku masak... suami ku mengemas... hahah Jumaat ni parents in law mau dtg wei... gigih kami suami isteri buat kerja...hahah minggu sebelumnya biras ku che ta dengan MR Ana kelam kelibut... minggu ni time kami plak... patut PIL nak mai minggu ni... adoiii sejak balik dari maternity ku butakan mata, umah macam umah hantu, umah hantu pun lagi menarik ok! Since dah kemas, diorg nak dtg malam ni pun akak tak kisah * buat muke velagak* memula nak masak... TAPI tak lepas...tak lepas...jangan pandai nak ambik risiko! mau mak apak mertua aku, ipar duai, biras beras mak cik dan anak buah lapo tunggu aku masak... maka Jumaat ni kita makan seafood yer adik2 ku sekalian... abang long mu belanja... ha ha ha...than baru boleh bermalam di umah kami lepas tu...

Lepas masak, makan semua...tetiba rasa kekurangan dalam uma...keluarga mertua nak datang nih!!! Ais box kosong, ku isi dengan apa yang patut so that selesa la org nak makankan? Lagi pun Che Aisyah dengan Che Liya ada idok la kebosannan apa je ada kat umah mak long dengan pak long ni??? Maka ajak En Jamani kuar shopping bantal plak...

Dan sbb isteri gigih masak, semalam En Jamani dok ambik je apa dia nak makan... ayang nanti buat mee hun eh... ayang nanti buat nasi goreng eh... ayang nanti buat????

Ayang tak leh buat bodo sekarang... hahaha lepas ni ku terpaksa google... what dinner for abang kus sorang tu...

Semalam kembang semangkuk tau bila balik putrajaya semalam tuk jumpa Adam and Aqil... bila semua jemput Zamani masak dia cakap ku masak di rumah... mmg la sanggat sesuatu sbb aku tak pernah masak... wakaka kejam! dia siap cakap kenyang... balik dari umah ibu, dia tanya...

"Nasik dengan lauk ada lagi tak yang..."

Wah ku ingat nak buang lauk dan nasi extra tu... sbb akakkan diet... terharu bila suami ku nak makan... tak pa walaupun tindakan dia hanya nak menjaga ati... aku idok pedulik! walaupun mata ku mengantuk semalam, gigih ku panaskan lauk semua... jeng jeng jeng...

NOTA KEPALA :- Bergaduh2 la selalu... sbb best gile lepas tu... ai sayang you, you sayang ai lebih2... but insya Allah benda yang aku buat kali ni aku tak nak ulangi lagi... kita cube lak cara lain... wakakak... lepas ni nak gaduh, rasa dia buat bodo ku purak2 pengsan depan dia... wakakak ok tak???

Tuesday, January 26, 2010

Tak berjaya

Nampaknya walaupun dah beli storage pic melalui credit card, gambar masih gagal di upload!

Jadi perlukah aku membuka blog yang lain???? tensi ni tensi! Korang try baca kat sini... kalau boleh la...

http://www.facebook.com/note.php?created&&suggest&note_id=302881022109#/notes/cida-zam/setahun-sudah/302881022109

Orang tengah feel2 nak menulis tak leh upload gambar plak... arggggg... ku bagi seminggu! Tak leh jugak!!! harus ku bukak account lain... yang berminat sila la folooooooooo

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Tuesday, January 19, 2010

Ku tanpa suami....

Che wah tajuk.... chaiyok chaiyok...

Ni terikut dengan che ta punya entry la ni... suami dia dengan suami ku sama... dah kerja 'sip' sekarang... maka kena la pergi sendiri... walaupun aku tak kisah sip si Zamani pukul berapa pun, janji kami leh gi kerja sama-sama balik sama-sama... tak tengok muke dia sehari bule jadi rindu... wakaka... muntah kuning campur ijau sikit yah...

Tapi ibu mertuaku sungguh perihatin... heheh tak pasal2 Zamani kena marah sbb ikutkan sangat pendapat giloz aku tuk berada di opis awal pagi... kalau jadi apa-apa siapa nak jawab??? ngeh ngeh ngeh... akak kalau cik gu yati dah bersuara, akak nyorok bawah katil... kih kih kih bukan belakang abang Jamani lagi... ampunnnnnn mak....walaupun aku hanya menantu, tapi Alhamdulilla aku dapat mak mertua yang sayang kami menantu-menantu macam anak sendiri... i like... pidah... sila jeles... kih kih kih... lariksssss....

Tak semua mak mertua samakan? idok la ku kata mak mertua Pidah tu tak baik ke apa, adoiiii ...sajer je ku nak show off... kaber kaber... wakakak...

Che ta dah cerita ari pertama dia drive sendiri ke tempat kerja... dia dah tak leh merempit... jadual ke tempat kerja pun dah berubah... same goes to me la... MIL suruh Zamani bawak kereta Awie... since awie gi kerja naik moto... akak sebenarnya bukan apa... tak mo la melibatkan org lain susah sama... malam ahad tu abang Jamani dok tanya... nak ambik kereta awie ka?Aku jawab tak payah la sbb boleh je aku stay kat opis sorang2... than Zamani cakap mak marah... ayoooo mak sudah marah lagi mau tanya aku buat apa... ini la suami ku... jadi dengan ikhsan awie dengan mak, mak suruh zamani pakai kereta awie...

So semalam lagi, ku bangun pukul 5 tuk kejutkan suami... dia sejak kawin gedik tak leh bangun sendiri... tak boleh percaya tuk kunci jam... so balam kul 6 pagi dia dah keluar kerja... dan aku??? sepanjang 8 bulan kawin... ini la kali pertama!!!! aku bangun pukul 730.... wakakaka... syok oooo... bila kuar umah cahaya pagi terang menderang buat akak rasa macam sesuatu...

Sampai opis pukul 845 pagi... umah dengan opis 15 minit je... tu pun sbb trafic lite... kalau tak 5 minit dah sampai da... parking sepenuhnya... selalu ku sampai satu kereta pun tak ada... kih kih kih...jadi sakai sekejap...

Tapikan??? Ku miss suamiku setiap pagi... setiap pagi??? cheh ni baru 2 hari... rindu konon.... pergi ko rindu di sana... buat apa ko rindu di sini??? heheheh.... (dialog ibu mertua ku....)

Ha pagi ni hujan HEBAT! Bak kata cina opis aku ni... bukan lebat... tapi hebat... nasib baik mak bagi pinjam kereta... macammana nak beli moto ni abang Jamani oiiiii??? dengar bunyi hujan tu ku dah terpikir kalau dia nak beli moto... adoiiii rasa better kita beli kereta kecik je... tak pa la cost tinggi janji awak selamat...

Lepas ku menghantor abang Jamani depan pintu gate, sambil berjalan lengang kangkung dengan payung ku masuk bilik terussssss ngorokkkkkkkkk!!!!! Sedap tido hujan2 ni... seperti berada di syorga... opsss layak ka??? hehehehe

Pagi ni jam nak mampus... 45 minit nak sampai opis... tensi akak! Abang jamani help!!! dia buat bodos bini sms mengadu tak layan! cis! Bz nampak... ha ha ha... tak pa ku faham... jap lagi dia dah free tu dia pasti cari akak... heheheh confident je... mmg la laki aku... takkan nak cari perempuan lain plak??? kan? harus ko.... bagi tahu mak... hahahahah...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Monday, January 18, 2010

Sila hentikan semua ini...

Ku bukan nak cari gaduh... ku bukan nak menuduh (seperti sesetengah pihak cakap aku suke sangat serkap jarang)

Tapi aku rasa rimas... benda ini berlarutan hampir setahun... tahukah kenapa aku privatekan blog aku? Sbb aku tahu ada segelintir org menyalah gunakan info yang ada dalam blog aku ni... walaupun blog ni tak banyak info la... heheh maksud aku, ada plak setengah pembaca menyampaikan berita yang tak betul kat individu lain...

Ya aku akui aku kadang2 emosi... kadang2 terlepas cakap jugak... kalau tak di tegur kadang2 aku lupa akan kesilapan aku itu... aku tahu kadang2 aku marah, aku gunekan blog sebagai lepas geram... kadang2 ada plak individu lain terasa...aku tak kisah sbb semua org ada perasaan jugakkan... so dari nak panjangkan cerita sbb tu aku privatekan blog ni, supaya tak ramai yang sakit hati...

Tapi ku sedar sesuatu... ada rupanya spy kat FB aku... menyampai jugak pada individu ni... aku tak kisah pun la... dah malas... yang individu ni la bising2 email kat aku... walaupun aku dah block dia kat FB, tapi dia tetap tahu semua status yang tertulis kat FB status aku... erm pelik bukan? Hanya satu... mesti la ada penyampai maklumat bukan?

Semua reader yang aku invite in this blog... i trusted each one of you... including my silence reader... kalau ada pun 'kaki' individu itu di sini membaca dan ingin menyebarkan, ku tak tahu apa salah aku pada kalian, yang aku tahu ini hal antara individu tu dengan dengan Zamani, aku sendiri tak pernah nak masuk campur hal mereka... aku isteri zamani yang sepatutnya ada hak nak masuk campur, tapi aku memilih tuk tidak masuk campur, tapi kenapa kamu yang tidak ada kena mengena dengan mereka perlu masuk campur?

Aku naik rimas, sblm aku private blog, each entry nak kena tapis, sedangkan sebelum ni tak ada isu pun... apa yang aku buat dengan zamani, menjadi salah plak... sampaikan nak tulis entry dapat hadiah dari suami sendiri pun ku malas nak letak, sbb apa?? Bila tahu mula serang, hina macam-macam... tapi aku tetap diam... tetap tak masuk campur, nak diamkan tindakan individu tu, aku tak tulis... tak pa la... not everything bole sharekan?

Tapi bila individu ni email aku... cakap aku tuduh dia nak retak umahtangga aku semua... aku jadi geram plak... bukan la geram kat dia... mungkin english terlampau tinggi tak faham lak bahasa melayu yang simple ku tulis kat FB... aku tak kisah la ko ada unfinish business ke apa ke dengan suami aku, aku tak ada kena mengena...sumpah dengan nama Allah aku tak pernah halang apa juga tindakan suami ku walaupun kadang2 apa dia buat menyakitkan ati aku tapi aku berpegang pada satu tuk terus mempercayainya... mempercayai dengan setiap tindakkan dia... tanpa rasa sangsi... coz i know my husband even we know each other less than a year...

Dan pada penyampai berita... dan sekiranya ada kehadiran kamu dlm blog ni... tolongla... hentikan... cukuplah nak tahu pasal suami ku menerusi aku, blog atau di mana sahaja we connected... aku personally tak ada masalah dengan kamu, bukan? Kamu pun hanya di suruh je tuk tahu kot2 aku ada maki atau hina individu tu... jadi tolong la henti menganiaya saya... dan jangan di laga2kan lagi antara saya dan individu itu bule?

Sebagai seorg isteri, bukan tugas ku tuk bagitahu apa dia ( zamani) perlu buat... apa dia kena buat... tapi kalau konsep itu yang di pegang oleh individu itu, maka tak payah jadi isteri... gi jadi peguam bela sahaja... atau profesional advisor... ORG LAIN mungkin boleh control suami buat itu buat ini... but not me... i guess individu tu lagi kenal lama Zamani dari aku... i think dia patut tahu lakan? sori... its not my business...

And stop atas ugutan2 dan doa buat kami... takut terbalik makan diri sendiri...aku yakin apa jua musibah yang melanda atas aku dan suami... adalah ujian Allah...dia yang berhak menjatuhkan hukuman dan musibah, dan musibah itu tuk mendekatkan kami pada Dia... bukan pada kamu...

So ini pun kalau ada org nak menyampai silakan... bukan nak cari gaduh... tapi jangan buang masa email aku ke, call aku ke... sbbnya aku tak leh nak buat apa-apa... kau sms, atau ko email, aku hanya sekadar baca je la... apa yang boleh aku buat? Kalau kau call sekali pun, kau maki aku sebakul dua pun, apa yang leh aku buat? Hanya mendengar... so cukup... jangan buang masa... dan jangan sakitkan ati sendiri...


From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Saturday, January 9, 2010

Maaf tapi sekadar luahan

Bila dengar lagu ini, aku jadi pilu....




Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku



Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...



Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini



Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Pelangi petang... lagu Arwah Sudirman... tetiba dengar lagu ni, menitis air mata... wordnya amat menusuk hati... sesungguhnya aku rindukan saat kehadiran dan bersama Aryssa...



Ya Allah... tiada niatku tuk mempersoalkan segala yang telah kau tuliskan buat ku... tapi setiap hari aku jadi rindu... aku ingat dengan masuk kerja, bule lupakan semua, but ingatan terhadapnya semakin kuat... ku cube lupakan... membzkan diri, namun gagal... walaupun tak sekerap mana, tapi ada ketika air mata mengalir kerana rindukan dia...



Aku hanya dpt lawat kubur sekali sahaja... keadaan tak mengizinkan... hujan di waktu petang... hari biasa pulak kerja... tapi setiap kali solat ku tak lupa doa tuknya... WALAUPUN ku tahu dia bersih tiada dosa... tapi hatiku lebih tenang...



Maafkan saya... tapi terlalu lama saya simpan...melihat anak2 kecil ni, hati aku terasa sangat sedih... tp saya sembunyikan kedukaan ini sbb tak nak mereka di sekeliling saya susah hati... terutama Zamani... tiap hari without fail... aku terkenangkan dia... indah saat itu walaupun aku tak dapat nak tengok dia besar... macammana agaknya ibu2 yang dah tengok anak mereka, than saat tu Allah mengambil anaknya... tentu lagi parah perasaan mereka...



Hanya itu yang aku boleh pikir tuk menyedapkan hati... melupakan sedikit kesedihan dan kerinduan... "Engkau tiba bagaikan pelangi tak bercahya namun kau berseri, tapi cukup menghiburkan hati ini, seharian waktu bersamamu tak terasa saat yang berlalu, bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua..."



Aku tahu pasti ada yang cakap aku ni nak ambik simpati... sajer mengada... tapi percaya la... perasaan ini bukan aku buat2... perasaan ini melemahkan aku...kian lama ku tunggu kedatangannya...segalanya indah pada mulanya tapi berakhir dengan kesedihan. Anak harta yang paling berharga bagi setiap wanita... dan anak jugalah membuatkan wanita2 sanggup melakukan apa sahaja tuk mendapatkannya...



Apa lagi mendengar berita yang buang anak... hati aku jadi begitu sedih...sekali lagi mempersoalkan mengapa mereka begitu senang membuang rezeki Allah tanpa rasa simpati dan kasih sayang??? Tak indah ke saat kandungan tu? Tak sakit ka menanggung sakit bersalin tu?



Dan ketika hati di landa pelbagai soalan, aku masih sedar... dan tak sepatutnya aku mempersoalkan segala hukum dan ketentuan Allah... en suami selalu nasihatkan aku, ada sbb Allah tak makbulkan dan tarik dia dari aku... Allah tak kejam dan tak pernah menzalimi hambaNya walaupun Dia di persekutukan.



Pagi ni terlampau pulak rasa sedih... selalunya takat termenung... tapi hari ni berjurai2 air mata... dada semakin sebak... ternyata aku masih belum lagi kuat tuk menerima... tapi aku harap kalian dapat faham apa yang aku rasa... agak sukar bagi ku tuk melupakan saat2 itu.



Ku percaya nanti di satu masa, sang suria akan menjelma jua, membawa harapan yang mengunung... bersamanya...Insya Allah...





From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone


Monday, January 4, 2010

Ku tahu

Banyak kerja tapi nak jugak buat blog bule??? hahahah

Lately me and Zamani ada sikit gangguan... tapi aku sedar dan sebagai isteri tak boleh nak melatah... kalau suami aku bohong sekali pun, wajib bagi aku tuk percaya dia... dosa dia la tanggung sbb menipu isterikan? Idok la beta bodo atas janji lelaki yang bukan suami beta...

Bukan niat nak lepas cakap,tapi ku harap sesetengah pihak faham... nak kata aku bodo... katalah... aku nak masuk syurga... hehehe... tapi lebih lagi bodo kalau percaya lelaki yang bukan suami kitakan?

Dan ari ni sangat peliks bila suami ku call berulang kali... tak la berulang kali... but i know he worried about my feeling... tersentuh bila dia cakap apa dia buat yang lepas tu semata2 nak jaga emosi aku tika mengandung... dia tak nak aku stress... now me and him tak ada komitmen pasal anak dan emosi... so dia berani buat keputusan...biar pun keputusan itu akan buat umahtangga kami goyah... (dek kerana org dok kacau)... yang penting based on trust! Mmg susah, tapi its time to change... dengar cakap BF hidup ko dunia akhirat merana, tapi kalau dengar cakap suami, di dunia mungkin agak suffer, tapi di akhirat Allah janjikan kebahagian...

Hubby you dont have to worry...

Selagi kau perlukan aku di sisi... selama itu la ku akan bertahan... aku akan pergi sekiranya aku tak di perlukan lagi... ku harap kau terus jujur like u did now... apa berlaku mmg menyakitkan... tapi sakit tu kurang bila kau sentiasa ada...

Ingat janji kita tuk senang sesama... susah together2... insya Allah kasih ni terus tetap sampai bila2... insya Allah..

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Wednesday, December 16, 2009

ermmmm

Tak tahu la apa yang perlu aku takutkan... ermmm

Kadang2 melihat 'ia' di mana2, aku menjadi

Sedih...

Kecik hati...

Mula sangsi...

Setan mula berbisik... perlukah aku bersuara dari terus berdiam??? Itu dah hak dia... hak peribadi dia... siapa aku nak bz bodi???? kan Jenab kan kan????


Crying 1



From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Tuesday, December 8, 2009

Tazzzzkirah

Semalam duduk dlm bilik dengan zamani... sian dia seharian ke Klang memula ambik kerja2 aku kat opis... yer siap bawak balik umah... padahal nak sedapkan ati... konon2 buat jugak la kerja walau ku tak ke opis... gambar malas ku nak ambik... nanti2 la... bukan nak buat entry pasal kerja... so semalam Zamani gi opis ambik document2... than bayar bil2 aku kat klang... OCBC susah bebenor nak jumpa... we all tahu kat klang je... so bayar kat sana je... than Zamani ambik stok baju kat umah klang, sambil2 kemas apa yang patut...

So balik je dia dah flat! Sian suami beta... berbual2... report duty apa aku buat kat umah... bual dengan che ta... berbual dengan cik yayang... so cerita la apa yang di bualkan... tetiba masuk lak cerita pasal isteri nusyus... ku tetiba lak nak tanya dia pasal benda tu... sbbnya???

Time aku mengurut tu, akak urut tu dengan daringnya membuat pengakuan berani mati... dia ada scandle kat luar. Bule? Aku nak membangkang apa dia buat, kang dia lanyak aku lak.. so aku pun memenangkan apa yang dia buat... maaf ku Ya Tuhan...

Tapi dia luahkan kat aku... suami dia strok... dia berkerja hampir 17 tahun dan sanggup berhenti kerja... kebetulan dia dpt offer kat putrajaya... dia dah pun bagi offer tu kat kawan dia... tapi saat akhir, anak dah di hantar ke kampung, dia nak balik sana, mak mertua dia tak bagi dia balik, suruh kerja terus di sana... boleh tahan jugak la conversation tu... dia cakap la dia kesunyian, cakap la time suami dia susah dia yang basuh berak kencing dia, now suami dia dah sihat, dia kecik hati suami dia belakangkan dia... ikut cakap mak dia... tapi nak sex pandai cari dia...

So dia salahkan MIL dia... dia kata biar org tua tu tanggung segala dosa yang dia buat... dia dengan boiperen from monday to friday... weekend dengan suami...

Than isu krisdayati lak... org kata krisdayanti curang sbb tak puas dengan layanan batin tak cukup... so salah isteri ke kalau dia cari org yang boleh buat dia bahagia?

Terus suami ku cakap apa yang 'dua'org tu buat tidak menghalalkan cara... walaupun suami gagal menjalankan tanggungjawab... banyak cara kenapa memilih jalan yang salah nak tambah dosa? Baik2 boleh cium bau syurga, terus bau pun tak dpt...

Ada jugak kalangan kawan2 yang bertindak macam tu... kadang2 aku terpikir jugak, kot2 kalau suami aku curang, aku pun boleh buat... tapi berbalik pada asas agama, Allah mmg laknati tindakkan curang walaupun suami tu ada silap...

Ermmm.... sbb tu la, kalau org menceritakan masalah perkawinan bagi tahu suami dia curang, suami dia kawin satu lagi, apa lagi perempuan2 ni nak buat... actually wanita2 yang sabar dan usahakan perkahwinan tu kembali seperti biasa adalah wanita yang hebat... sbb dia tabah dengan masalah rumahtangga dia, cume kita yang tak faham ni... selalu nak cakap kalau aku, aku dah cari org lain, kalau aku aku dah tinggalkan dia, kalau aku aku dah minta cerai... dia bodo sbb bertahan, dia bodo sbb dia diamkan apa jugak suami dia buat...hehehe aku pun kadang2 tergolong jugak dlm kategori tu... tapi tu la... kita tak boleh bagi pendapat kita kalau kita bukan di tempat org tu...

Zamani selalu nasihatkan aku... ambik iktibar dengan penderitaan org... belajar dr pengalaman org lain.. jangan tunding jari je...sbb aku ni kadang2 emo jugak... nasib setiap org berbeza...

Macam kes akak urut tu, aku tak leh nak kata apa... simpati jugak... dia sayang suami dia, tapi aku tak tahu kalau sayang kenapa nak kena pasang luar... dia hanya cakap suke2 je... cari teman di kala dia bosan... kuar pun ramai2... ermmmm tak mo komen... tapi kalau korang nak komen, komen eh...

Tapi tu la... ni tuk yang kawin je la... kena banyak bersabar... kalau boiperen ko buat gitu... tinggal sudahhhh tak dosa mana pun.... heheheh so konsep kena betul yer... jangan lak ko cakap kak suki cida cakap kena sabar biarpun dia kuar dengan perempuan lain... muaahha...

Tampo pada sesiapa yang kuar statement tu eh...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Sunday, December 6, 2009

Geram jadinya

Kali ni tak mo la protection entry... nak luah secara umum... biar org2 yang terlibat baca sama...

Tak faham asal suami ni kalau nak kuar, suke nak rahsia-rahsia... mmg dr azali lagi... kalau nak kuar tu, cakap nak kuar tapi berjam2 tah ke mana... call tak angkat... tahu2 setengah jam muncul depan kita... takut la tu nak angkat sbb takut kena bebel...

Bila buat muke ketat dia kata kita kongkong lak... cukup menyampah! macam tu tak yah kawin... time bujang bukan main report bagai! dah kawin macam takut bini halang kuar... susah sangat nak bagi tahu gi mana???

Mmg cukup pantang kalau nak sorok sorok ni... bukan la sorok-sorok, tak nak terus terang... ingat bini kat umah tunggul kayu mati??? bila balik buat muke tak bersalah, gelak2... macam suke aku buat muke ketatkan???

Zamani selalu gitu... takut sangat aku halang dia jumpa adik2 dia agaknya... ha ni kak long nak bebel... memula tu faham jugak la... lelama jadi tak faham... 4 AnaS tu pun sama bersekutu... hep!!!! nasib baik ijat dengan Che ta penyelamat... kadang2 terpaksa call cik yayang... kan sampai dah tahap tu dah... tahu tak en zamani, cara mcm tu lagi membuat dan menampakkan saya lagi mengcontrol awak???? Sampai kena tanya ipar biras. Padahal kalau nak tahu, dia tak pernahnya nak cakap betul dia kat mana...kejap kuar sengsorang... tapi dpt tahu kuar dengan adik2 dia... ha... mana mak cik tak geram uolzzzz!!! Kalau uloz sendiri, nak marah ke kalau suami uolz tu kuar dengan adik2 dia?? kalau dengan pompuan mana2 mmg la... mmg sedia nak baling periuk belanga, wakakak (yer saya mmg garang, sila takut) *buat aksi muke paling ganas*

Perlukah aku pasang GPS kat kereta, dengan badan dia???? ha! baru bestkan???

Mana aku tak geram... tu yang buat aku naik darah selalu...

"Ayang nak kuar..."

"gi mana???"

"Kuar jap je..."

LESAP!!!!!! macam simpan apa je kat luar sana... so pada mereka yang 'bersekutu' sila bagi kerjasama... jangan nak selamatkan along kalian... hahahah... ni saje je buat entry ni... bagi mak abak baca.... lalalala... sekali aku yang kena marah eh... glup!!!!

Bukan la... tapi tention tau... aku tak nak la call 10 kali tanya dia kat mana... sms sejuta kali... kalau dia bagitahu boleh je simpan kat kepala otak aku ni... ni tak... kuar berjam-jam... statement dari mulut 'keluar kejap'...

kang kalau chat dengan cik yayang... berbual dengan che ta mau pun Ijat... keluar kenyataan lisan yang tulen... "tadi along ada kat sini..." tak pun "Oh semalam diorg kuar minum" Waaaaaaaa sakit hati tau...sob sob, setahu aku aku tak la meroyan nak gaduh2 kalau tahu diorg kuar :(

Mulut tu ada emas kot kalau cakap nak ke mana... tak pun takut aku mengikot! dah kawin lak rajin tinggal bini kat umah... time bercinta... bersungguh2 nak bawak aku ke hulur ke hilir...

Beta bukan apa... kalau kesorangan kat umah, jadi la risau... kalau ada kat putrajaya, mak ayah aku dok tanya aku dia kat mana, aku tak tahu... mcm sekarang ni berpantang kat umah, dia dok memanjang kuar... aku tahu dia bosan... takkan nak mengadap muke aku yang 'berpantang'... aktiviti nak buat dengan aku pun terbatas, tapi pening kepala... aku dah bosan duduk umah, mak aku ok la... ayah aku ni prihatin kat menantu lebih2... risau menantu ilang... dok tanya aku, aku tak tahu... jadi hangin la jugak... bila balik, bila ayah tanya dia, dia jawab lain, aku jawab lain dah satu soalan lak nak jawab... argggggg tention!

Ni bukan isu 'dah besar panjang' layak ke mana2... tapi ingat eh... awak ada bini... and aku bukan takat title GURLFRIEND... mmg kalau saya gurlprennn awak, awak nak cakap saya tak perlu tau tak pa. Cik yayang... baik warning fifi... hahah kalau tak nasib kita akan......


SERUPA... wakakak...

Tapi jangan risau... saya tahu suami saya macammana... erm masih percayakan dia... sbb dia suami yang sangat baik dan penyayang... seorg isteri perlu mempercayai suaminya... menerima baik dan buruk suaminya... kadang2 cerita saat bahagia pun busan jugak...

Tapi ku tahu the 4 anaS dok gelak2... hepppppp!!!! Ijat sila jangan terpengaruh ya... andakan di pihak kakak-kakak yang soleha... muahahahaha....

Diorg ingat diorg yer yang bole bersatu???? 4 brothersssssss????? ha ni 4 sista sista...

muahahahah... kita pung leh bersatu...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Friday, November 27, 2009

Terima kasih semua....

Aku nak ucapkan terima kasih pada pembaca2 blog Half Blood Princess... rupanya ramai jugak yang mengikuti cerita aku... vangga plus sedih plus terharu plus 100 plus... kih kih kih...

Maaflah aku terpaksa private blog ni... sbb aku tak suke org menyebok pasal aku dan suami... apa yang aku tulis hanya tuk tatapan aku... org kata macam diari la... aku tulis kat sini pun, sekadar berkongsi suke duka... sbb kepuasan tuk aku kalau menulis ni... sambil2 tu bila menulis blog ni, kita boleh buat kawan... aku jumpa banyak kawan2 yang prihatin... terima kasih semua... banyak yang aku belajar... erti kawan...

Tapi ada yang mengunakan blog aku ni tuk mengetahui perkembangan aku dan family.... than kutuk2... so the best way is to private my blog... TAPIIIIII macam aku ckap tadi... aku terharu bila dah private blog ni... wah wah silence reader banyak tanya... aku terharu...

Tak pa... aku masih suke org baca blog aku... penulisan ku ada jugak yang nak kongsi... ingat nan ado... terima kasih la banyak2... Zamani pun tersenyum riang sbb dia tahu blog je yang boleh buat aku tersenyum... kala aku ada masalah...tah... aku tak pandai nak bercerita kat org... sbb penilaian setiap org berbeza... tapi kat sini... aku bebas bersuara... kalau ada opinion tentu org drop komenkan?

apa pun aku mengucapkan terima kasih... banyak yang menyokong dan mendoakan aku di saat aku sedih... aku sayang korang... jangan segan2 tinggal jejak yer... mungkin kita boleh berkawan teruskan... siapa tahu??? So ada kawan-kawan yang baca blog ni tapi tetiba tak leh masuk, u all just drop email org tu, so i can invite masuk ke page yang tak seberapa ni... heheh ayat velagak macam fufular bebenor yer dak???


From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Selamat hari raya buat semua...

Pagi ni rasa syahdu bila dengar takbir raya... actually dari malam tadi... terasa pilu... bila agaknya aku boleh melawat puasa anak aku sendiri... tapi semalam aku tahan jugak... bzkan diri panaskan lauk... buat air tuk suami... chewahhhh

Heheh ibu tak ada... kalau dia ada semalam mau dia jeritkan... tu pun pesan berapa kali kalau nak apa-apa minta Zamani... alah... asik baring je... busan jugakkan??? sebenarnya aku rindukan Aryssa... time raya lepas dia masih belum rasa dia bergerak... but terasa macam perut masuk angin je... but still Ibu ucapkan selamat ari raya kat dia...dan bisik kat dia, tahun depan kita raya sama2... you will be with us... ibu and abak...

Opssss enuff!!! nanti aku tersedih lebih2... tapi takbir raya dari masjid Putrajaya ni mmg jelas kedengaran sbb umah ibu dengan Masjid tu tak la jauh mana... kalau jalan kaki jauh la... heheheh...

Air mata still turun...Zamani solat kat batu tiga... dia cakap nak ziarah kubur... i wish to be there also :( tak pa la... doa ibu sentiasa mengiringi Aryssa...

Selamat hari raya anak ku....

NOTA KEPALA :- Ok today ku berbaju kurung... tapi bau tetap bau rempah ratus... uhhhhh.... aku sendiri tak tahan... i dont know lak Zamani macammana.... heheh tak pernah tanya... sometime dia tertido kat hall,mungkin bau binik dia terlampau kuat bau rempah rempah... hahaha... tu la nak ai ikut pantang... see dah buchuk2... berbaju kurung... bengkung tetap lilit kat badan... and nasib baik baju kurung muat... *wink wink*

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Thursday, November 26, 2009

Aku bengang dan tensi!

Ok apa yang aku nak tulis ni may be ada yang korang rasa aku mengikut perasaan... tapi mmg pun... luka ni tak sembuh lagi... jadi apa jua berkaitan dengannya buat aku sedikit emo... layan je la, kalau nak layan... iyo dak???

Org pantang apa je boleh buat... habis cerita kat astro ni aku tengok... cerita melayu... selalu aku tengok je.... tak banyak komen... tapi tah eh...jadi emo lak bila tengok cerita skrip 7707... cerita hantu... tapi aku jadi emo tang Fasha sanda bunuh diri... bukan aku minat dia pun... dlm cerita tu dia bunuh diri sbb nak gugurkan anak...

aduhhhhh hati jadi panas... tetiba terpikir mereka yang gugurkan anak macam anak tak berharga... tetiba aku sedih... ada jugak org macam ni... buat tak malu, bila dpt tahu mengandung, lelaki lepas tangan, yang perempuan bersungguh2 nak tutup kemaluan yang dah buat... yer aku emo di sini... baik ko lahirkan anak tu... sakit nak bersalin sama je... apa la dosa budak tu???

Kes bayi kena buang... aduiiiii... tak sakit ke beranak??? buang anak macam buang sampah... nilai nyawa macam tu ke??? bagi anak tu kat aku bule???!!!! aku perlukan anak... ok now aku sound mcm org tak betul... tapi tah la... syahdu rasa tengok... sekarang pun cerita melayu banyak cerita mcm tu... keterlanjuran.... buang anak... gugur anak... itu yang berlaku dlm masyarat kita...

Semalam berbual dengan Zamani... ku luahkan apa ku rasa... mmg aku tahu kadang2 aku tak dapt nak elak layan perasan rindu kat Aryssa... tapi dia janji nak bagi aku anak banyak2... heheheh... yer ke??? Pandai memujuk... tapi aku kena janji tuk jaga diri dan kesihatan aku dalam masa 6 bulan... dia boleh bagi apa yang aku nak... tapi of coz dengan izin Allah... berapa banyak pun nak bagi kalau Allah kata belum rezeki takkan ada punyakan???

Bosan tul duduk umah... semua cerita aku tengok... termasuk kartun... wakakak... tu jadi mcm ni... free nak komen itu ini...korang layan je yer... dadaaaaaa....tu je nak bebel... kamu di luar sana... nak buat apa-apa beringat la... yang nak di gugurkan itu adalah nyawa... dr bunuh insan yang tak bersalah tu... baik bunuh diri sendiri... senang...

Heheh ok emosi dah melampau2... jangan mara aaaa....

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Wednesday, November 25, 2009

Mud yang kurang baik... sian suami ku

Pagi ni mud aku kurang baik... tak tahu kenapa... mungkin apa yang aku cari semua tak ada... pagi ni lepas sarapan pagi, aku terus on lappy... yang buat aku panas ati entry yang aku buat semalam, aku publish tak ada... hanya tajuk sahaja... entry tu panjang tau... cheh!!! bengang!

Pastu Zamani lak bising2... suruh aku mandi... aku dah cakap kejap... dia bising lagi... sampai tah bingit aku rasa... cari entry semalam tak jumpa... aku jadi panas tetiba... Zamani terus bising...

Yerla umah ibu tak ada heater... jadi manual la masak air... so ibu dah masak air, so Zamani angkat letak dlm baldi, isi air sejuk... selalu dia tak bising... hari ni dia bising lak suruh aku mandi secepat mungkin...

Aku bangun masuk bilik... time nak bukak bengkung dengan stokin pun dia bising suruh mandi... aku jadi bingit... adehhhh... terus je aku masuk mandi...

Lepas mandi, kuar cari baju,kain semua tak ada... aku panggil ibu... tapi ibu sibuk... arhhh mak cik naik hantu nak nangis... tapi yang nyahut suami aku... tah kenapa aku geram dengan dia... terus tutup dan kunci pintu... Zamani ketuk2... bila aku bukak... aku terus pandang cermin...(merajuk merajuk....)

Zamani :- Ayang panggil B ke?

Aku tak jawab... geleng kepala...

Zamani :- Ayang nak apa? B ambikkan eh

Still diam...

Zamani :- Kenapa ni?

Aku :- Tak ada apa-apa la... (dengan kasar)

Zamani :- Kenapa ni???

Terus dia kuar bilik... tetiba aku jadi serba salah... dia tanya baik je... aku terus keluar panggil ibu... ibu pun takut agaknya tengok muke aku yang masam.

Ibu :- nak pakai tak pilis ni?

Aku :- Sukati la... nak pakai, pakai je la...

Terus masuk bilik... siap2... than ibu masuk... bawak bengkung, pilis dan ubat2 apa tah nak lumur kat badan aku ni... cheh baru je mandi!!!

Ibu :- Asal marah2 suami macam tu? Sian dia... tak baik along ni... dosa buat dia mcm tu...

Aku diam... tah la... mud aku kurang baik... lepas tu aku terus tido... tak tido sebenarnya... sajer tak nak kuar bilik... tapi lepas ibu keluar Zamani masuk... cheh akak buat2 lelap mata... tak mo kawan... aku rasa dia berdiri depan aku... than dia duduk sentuh pipi aku...

Zamani:- Ayang... I buat salah ke? You marah I ke?

Luluh hati aku sehhhh.... mata tak bukak lagi ni... geleng kepala...

Zamani :- Ayang sakit eh?

Aku angguk...

Zamani :- Kat mana sakit?

Aku :- Kepala sakit....

Zamani picit kepala aku... terus sentuh pipi... awwww... akak suke... i like!

Zamani:- Kalau i ada buat you marah, just let me know... ayang tak sayang b ke? Kalau ayang tak suke b, b balik umah mak, ye??

Apa balik umah mak??? Tak nak... cepat aku geleng kepala... ambik tangan buat bantal kat pipi... siapa tak sayang suami???

Terus dia polok aku... hehehe...

Dah terus cool... terus baik...

Tak baikkan aku? Sian suami aku... layan aku baik dan sabar...lagi nak pijak kepala...

And petang tadi... hati aku tetiba tersentuh... aku mula rindukan Aryssa bila aku bukak entry2 lama... macammana happynya aku dari mula aku tahu aku mengandung... aku terus masuk bilik... konon bawak diri dlm bilik... and Zamani masuk bilik lepas aku masuk... terus dia peluk aku yang tengah nangis... akak biasalah... boleh control, kalau abang jamani dok peluk... mmg berderai air mata ni... Kali ni dia tak tanya kenapa aku nangis... tapi aku rasa dia cukup prihatin... terus biarkan aku nangis... air mata kuar, dia lap... air mata kuar dia lap... habis baju kena pilis yang tepek kat kepala nih... lantok ler... emosi akak terganggu.

Tah la... i miss her so much... bukan tak redha... bukan tak boleh nak terima kenyataan... tapi aku rindu sangat... bila baca entry aku yang lepas-lepas... aku rasa sedih sangat. Tapi aku bersyukur sbb aku masih ada suami yang memahami...

Kak Pnut sekali lagi bagi nasihat dan membuka mata aku sejenak.....

'ALLAH answer prayers in 3 ways.
HE says YES & GIVES u what u want.
HE says NO & GIVES u something BETTER.
HE says WAIT GIVES u the BEST in HIS own tim
e

Dan aku rasa... Allah mengambil Aryssa dari aku dan Zamani sbb dia telah berikan aku sesuatu yang amat berharga, suami ku yang tak putus bagi semangat dan terus mendoakan kesihatan aku....

To hubby...

Maafkan ayang sbb kasar dengan B tadi... kadang2 ayang terlalu ikut perasaan marah ni... sampai kadang2 ayang lupa jaga hati dan perasaan B... thank you for being with me... in gud time and bad time... love you Bunny...

Heheh lama tak panggil dia Bunny... wakakaka... zaman berchinta aku la hunny... dia la Bunny... kih kih kih... erm...banyak yang ku lupa... kena ingat balik ni...




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Monday, November 16, 2009

Tuhan sesungguhnya ujian mu menguatkan iman ku.

Ingat tak buku yang abak dengan mak bagi sblm mereka berangkat ke Mekah? Aku rasa ada khimahnya abak dengan mak bagi buku tu pada anak-anak...

Sejujurnya aku mmg tak kuat dengan dugaan ini... bayangkan... anak... semua org nakkan anak... aku di kira beruntung sbb Allah memberikan rezeki yang awal buat ku... tapi Dia hanya meminjamkan anak tu sementara sahaja... mmg dah tertulis segalanya bagi setiap manusia kejadian ajal dan maut...

Dalam aku rasa sedih tu, aku cube la menyibukkan diri dengan membaca, surfing benda2 yang boleh melupakan aku pada kesedihan aku ni... berat uolz nak terima... yang ada anak tu tahu la apa aku rasa... aku terbaca Akhlak - sifat Mahmudah dan Mazmunah seorg islam. Buat aku terpikir dan mula menerima... aku harus menerima ujian ini dengan redha.

Rupanya di sini, ramai lagi yang bernasib malang dari aku...

Ramai yang bersimpati dengan aku... terutama nurse2 di sini... dan yang bagus bila mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri...mcm semalam ada nurse ni... dia tanya aku pasal anak, than dia cakap dia juga pernah alami keguguran anak ke dua... waktu dia cerita tu, aku masih rasa kisah dia tak sehebat ku... dia masih ada anak dan dia tak perlu menjalani apa yang aku jalani... sbb kandungan hanya berusia 3 bulan.

Tapi hari ni... akak nurse ni... dugaan dia jauh hebat dari aku...2 kali anak meninggal dalam perut... kandungan mencecah 6 bulan je, Allah menjemput anaknya... 3 kali keguguran... dan sampai sekarang dia tak punyai anak, dan berakhir ambil anak angkat... aku terdiam... 2 kali anak meninggal, dia masih lagi tersenyum dan yang paling hebat bila sepanjang dia kerja sebagai nurse, dia di tempatkan di wad bersalin... aku yang baru kehilangan yang pertama, aku dah tak leh nak dengar suara bayi, tengok org mengadung... mcmmana perasaan dia yang berhadapan hampir setiap hari???

Lagi hebatkan?

Akak tu pujuk aku jugak.... terima qada dan ketentuan Allah... ada sebb dia tarik anak kita... dan kita (kes aku) adalah golongan yang baik sbb di uji dan anak2 ini yang akan menarik kita ke syurga (insya Allah)...

Ku usap perut ku... Insya Allah... janji dengan ibu Aryssa akan tunggu ibu dan abak di sana sayang...

Cume aku risau je sekarang, 6.30 pagi tu ubat dah masuk... sampai sekarang tak ada contraction... Zamani lak risau... takkan nak kebumikan anak memalam lakkan? Ya Allah permudahkan segalanya buat ku... permudahkan la jasad si kecil ini tuk keluar dari tubuhku...

Aku nak tengok dia... aku nak kucup dia... aku perlu kuatkan semangat sbb dia anak ku... nurse tadi cerita ari kamis tu ada cina mengandung 7 bulan... tak mahu tengok anak dia, tak mau bawak balik pun jasad anak dia... bila pihak hospital kata kena bawak balik, dia menurut, dlm hati aku, mungkinkah dia buang anak dia tu?

Masya Allah... tu la beza kita yang beragama... iman membezakan kita dengan mereka yang tidak percaya akan kehidupan dan kelahiran...kalau aku tak di duga sebegini, aku dan suami akan jadi semakin lalai...sesungguhnya ujian Mu ya Allah menguatkan iman ku....




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-