Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 11, 2008

Home alone

Home Alone again... uh! Boringnya ... my parents is goin to Singapore tonite... they goin to attend my uncle's friend wedding tomorrow... what im gonna do at home? Lucky Didi, my younger sister willing to company me coz she need to look after the cats... after all it's kucing dia pun. I just need to monitor her.

I dont know about Pidah and Khen.... they prob goin back Gombak. Macam selalu diorg buat... hahaha... apa ke hel aku speking london ni?! Pelik je bunyi... nak taip pun teragak2... wakaka.... ok kita teruskan kesopanan dan kesusilaan kita dalam bahasa pasar Malaysia...

Ni la bila org tak ada peneman... uis bowrink yek? Kalau ada encik abang, bole calling-calling. Kot-kot makan kat luar ... temankan aku shopping sepanjang 2 ari ni,kan? Apo bole buek? Nasib badan... tak tahu nak mandi apa dah... aku dah mandi air panas, aku dah mandi air sejuk, aku dah mandi air bunga, aku dah mandi air susu (milk bath baby johnson) , semua tak melekat...heheheh... eshhh dah mula la tu... kang tention sorg2... satu hari nanti ada la tuh... Mr rite yang tunggang kuda putih... waaaaa...jangan jeles semua! BF korang naik kereta, motor, aku naik kuda... wow! Romentik.... tak payah bayo road tax!

Oklah aku dah start mengarut... to my relative kat Singapore tu, rajin2 la masak... buat kuih ke... ari ahad tu ringan-ringan kan kaki jumpa mak ayah aku, hanto la bekal tuk kami adik beradik... asik tulis resepi je dlm blog... aku kat sini telan air liur ... rajin2 la post.... hahahah ada faham? Sengih2 pulak ... mulut tu jawab tak kuasa! Aku nampak kat sini... bole rasa tau mulut hang bebel-bebel...

Waaaa tention... better stop now! Aku hangin dengan mak cik kat opis ni AKA mak bos aku... suruh aku semak petty cash... tak nampak ke aku banyak kerja? Blog nak kena siap ni, suruk checking lak petty cash... asal nampak muka aku "Akak suda ka?" akak...akak... bila pulak aku jadi adik ko?

Esh...aku mmg tak ada mud ni... maklum la ari jumaat... yang ada pasangan mmg you all suka Jumaat... bak kata adik aku time bermanja ... tak pa la... aku manja dengan adik aku je la... esok balik kerja, belanja dia tengok wayang ...ada nak ikut? beli tiket sendiri... waaaaa...

Aku risau sebenarnya... mak aku nak gi jalan tinggalkan aku... sedih aku... apakah akan terjadi pada nasib aku?!... ibu sampai sana jangan lupa tulis surat yek ... wakaakk... aku dah bengong! Oklah... daaaa semua

Yang bosan dengan entry aku kali ni... korang semua boleeeeeeeeeeeeeeeeee......

Tido macam adik2 aku ni tido... muka je lawa (lawo ke?)... tido buruk... akhirnya dapat aku gunakan gamba yang telah aku simpan lama.... hasil kerja aku...Amigosss semua...

Bila si gemuk berhenti makan malam

Bila aku stop berhenti makan malam, pagi aku hentam makan! Apa bezanya?! Nafsu aku macam apa je... pagi ni makan roti BOOOOMMMM 2 keping... ni rasa nak muntah sbb kenyang! Tamak! Pagi-pagi perut aku dah berbunyik marahkan aku, sbb semalam aku ambik bau je dan biarkan perut ni tak berisi... apa lagi bangun bagi... *Kra Kro Krek* ar perut ni minta di isi... mengalahkan adik aku, aku lak teringin nak makan roti boom...sampai dua lak tu!

I just miss badan aku yang kurus :( tak suka bila badan mengembang macam ni!

Thursday, July 10, 2008

Kena TAG daaaaa dengan Cik Nona

Kena Tag lagi... Jay tag aku ari tu pun tak buat lagi... sehingga aku terlupa. Di sebabkan Cik Nona Tag Cik Deqna, sebelum dia buat Tag aku meh aku Tag dulu...wakakak...

1. NAMA TIMANGAN

  • Along ( Kat Umah)
  • Shida ( Kawan-kawan)
  • Suki ( ON line Buddy)

2. ANDA SEORANG YANG.....

Saya seorg yang emosional, sorg yang sensitip dan saya seorg yang baran...dan saya seorg prihatin heheheh ( ok la tuh)

3. INSAN ISTIMEWA. KNP DIA TERLALU ISTIMEWA DI MATA ANDA?

  • Mum sbb dia bukan seorg yang ibu, tapi seorg kawan yang baik buat saya. Seorg banker, chef, advisor, fashion designer ( we have same taste ok!)
  • Dad sbb he is da one who rise me up!
  • My sister Fida sbb we share everything together!
  • My sister Didi sbb she take gud care of my cats, and she help me alot! W/ther she like it or not...wakakaka
  • My Brother in law sbb she make my sister's pregnet! Wakakaka....admire him sbb bagi aku anak buah secepat ini... *dush*

4. LAGU KESUKAAN ANDA?

  • Banyak la... tapi most Fav?!!! Ruang Rindu from Letto (OST INTAN) - Aku intan tante!!!! wakakaka

5 MAKANAN KESUKAAN ANDA

Saya suka makan.... Tom Yam... yum...yum

6. WARNA KESUKAAN ANDA

  • Saya suka warna Hitam... (tuk baju sbb saya nampak langsing waaaaa)
  • Saya suka warna biru ....( tuk apa sahaja)
  • Saya suka warna Pink (tuk pemilihan warna make up sbb it sweet,kan?)

7 3 BENDA DALAM HANBEG ANDA

  • Purse of cozzzzz
  • Handphone
  • Beg Make up ( heheheh sebulan tak sekali pakai... saja standby)

8 KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN SEBABNYA?

On Saturday nite... family issue... *sob...sob* (Biarlah Rahsia)

9. 6 ORANG YANG ANDA NAK TAG

  • Deqna and Shah
  • Ayang Baby
  • Miss Angle
  • Jay Baharin
  • Zaheedah Yahya
  • Silence Reader dan Pembaca-pembaca blog aku sama ada di blogspot mahupun multiply

Sekian... terima kasih... hope to see this Tag on ur blog guys!

Bila Suki Cida tention....

Bila aku tention, aku

  • Cepat Mara
  • Cepat Terasa
  • Cepat Bengang
  • Cepat Menangis

Semua cepat la, senang citer! Kenapa aku tention? Siapa buat aku tention?

Aku tention bila soalan tentang jodoh... aku allergic dengan soalan "Kau bila lagi... Org tu bila lagi...hang bila lagi..." Pokok pangkal akar, aku tak boleh dengar word BILA LAGI! Uh... u never know... put ur self in my shoe... than baru rasa apa yang aku rasa.

Aku tak menyalahkan takdir kenapa aku bertemu jodo yang sebegini lambat! Kadang2 aku marah diri ku sbb beri peluang pada lelaki-lelaki yang aku tahu diorg tak sesuai dengan ku...

Well...aku mudah jatuh cinta, tanpa memikirkan masa depan sendiri, aku tak nilai keburukan seseorg tu... BUT pada sudut positive ia sebenarnya membuat aku lebih matang... sekarang aku tak boleh di buli sesuka hati org... nak kena flying kick! meh sini try test...

Seronok la tengok org berkeluarga... org bersuami sedangkan aku menghabiskan masa kat umah bila free time (tak kerja), shopping pun dengan mak dan adik-adik. Tak ada org nak belikan aku barang... sob...sob... tak ada org yang aku nak luahkan perasaan bila di timpa masalah... balik-balik kat blog ni je la... uh dapat tak rasakan bosannya hidup aku ni?!

Aku percaya jodoh itu ada cuma masa je tak tahu bila. Ini bukan entry meraih simpati ok... but i feel lonely... wei adik aku yang bongsu pun ada bf tau... balik sekolah pun Bf dia temankan sampai umah ( aku agak je la tak tahu la itu BF dia ke kawan), she also got present on special ocassion ok, jangan tak marah. Aku tahu korang tak marah pun, aku je la yang gigit jari tengok. Wakakaka.... :) ermmm rezeki masing-masing.

Tiap malam doa... Tiap detik meminta pada Allah... aku tak malu nak cerita... it true... bukan kemaruk nak berlaki... i dont think marrige is about to having sex all the time right? It's matter you and ur life partner. Sharing everything together, tear, joy, laugh, story, money (heheheh). Itu je yang aku nak... but until now i dont get it! Why? Coz Allah said so... :) Akur je... mungkin ini ujian buat aku... ujian latihan tenaga asas! wakakaka...Latihan supaya aku terus dekat denganNya... Supaya aku sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan padaku. Supaya aku tak henti berdoa dan terus meminta.

My wish this year to get engage... sekurang-kurangnya this year.But it already mid year... calon pun masih tidak kelihatan dr langit... hanya yang ada langit biru dari Mawi... kihkihkih. Lelaki-lelaki yang dulu aku reject semua dah ada calon tersendiri (which is padan muka aku). So teruslah menunggu... tengoklah macam mana yer sama ada azam aku yang satu ni tercapai atau tak.

Tak pa... bila aku dah jumpa nanti, aku pasti akan kongsikan dan abadikan kisah kami berdua untuk tatapan umum... heheh... itu yang pasti... Terima kasih Ya Allah... kerana sekarang aku lebih kuat dan pasrah segalanya... kerana ujian mu ini, aku terus menjadi seorg matang... (yer ker?) Matang tu edok ler lagi... tapi semangat aku semakin kuat!

Wont let anyone bully me... if they bully me...i bully balik!

Ok adios kawan-kawan....

Wednesday, July 9, 2008

D sun Impian and.....

Aku boring kat opis ni... banyak blog aku baca... than terpikir nak ke web photograper yang ambik gambar adik aku kawin... sekali jumpa daaaa.... diorg prebiew... korang tengok je la...

Macam mana gambo aku tak ada lak ni?!! ni marah ni...

Oklah ini adalah sebahagiannya... gambo tu adik aku kata dah siap cuma depa tak ada masa nak gi ambik.

Oh aku tadi terbaca blog lelaki yang bernama Mohd Saiful Bukahri dengan tunangnya di blogspot... Allah aku lupa lak apa add dia... tak banyak pun.. nampak sangat diorg sengaja bukak blog waktu tengah panas. Yang jantan sibuk mencabar Anuar tuk bersumpah atas Al Quran... diorg ni ingat main-main je yek... asal dia je tak bersumpah atas Quran tu sendiri? Bukan main berani... bengang jugak bila ada org yang menyokong si Saiful ni... nasib baik bukan Saiful Khenhaizi yek... wakakakak... sori Bro... gua tau lu tak main belakang... kalau main belakang adik wa tak la mengandung secepat itu... uhuhuh *dushhh*

Yang peliknya, kalau la suami, tunang, Bf korang ni berkelakuan macam ni, korang rasa-rasa nak ke? Kalau aku dah tak nak la... baca blog tunang dia mmg raih simpati la... konon sentiasa berada di sisi tunang dia ni la... yer la aku pun kalau Bf/tunang aku tak salah, dapat lak duit berjuta-juta... aku pun tak tinggalkan dia... macam syial je...

Tapi korang search la kat google ‘A Step in My Pink Mary Janes’ Antara ayat berbunyi

Today marks the 23rd birthday of my fiancee. I spent the past week planning for this special day. Tho none of it will materialize, I am not upset. In my eyes, he is a hero. To those who shower us with an endless stream of curses and hateful words, I say alhamdullillah. We do not have the power to stop people from saying hurtful things. I heed the advice of an admirable women to be closer to god. Again I wish to thank well wishes and prayers directed our way. I believe in Saiful and justice will prevail.

Happy Birthday

Hero la sangat... sebab duit sanggup menjatuhkan org... kaya dengan duit haram... banyak jugak coment la aku tima... apa la bodo sangat... kalau dia lelaki lemah bole la... sihat fizikal... and yet tak boleh lawan ke? Kalau betl di liwat, tumbuk je gurantee Anuar jatuh terduduk... bodo!

And yet aku tak faham betul perempuan ni... indah nama syurga... aku ni mmg daifla kalau bab agama tapi aku tak sebodo itu nak makan hasil duit memfitnah org...semua tak logic gila. Anuar not that stupid la kalau dia nak meliwat pun. Bukan la dengan org Malaysia, yang berakal pulak tu, tambah pulak mamat ni best student Uniten lagi...haiyaaa boleh pikir tak rakyat Malaysia?

Aku tak faham kenapa perempun macam ni lembut (kalau betul la Bf dia kena liwat). Kalau aku jadi dia, im not that stupid... Yes tanpa kerelaan and you may said that not ur fault! Tapi ko tu jantan, perempuan kena rogol pun leh melawan... and kau biarkan? OH MY GOD! Begitu jugak dengan kes-kes besar, isteri setia bila suami curang pastu jadi kes bunuh... tak payah la sebut nama-nama pesalah tu... baiknya perempuan tu, menerima lelaki macam tu... dah la curang belakang kita, curang kawin lain, boleh di maafkan lagi la... Zina dengan perempuan di belakang kita, end up di tuduh pembunuh... korg nak ke berada di sisi suami yang macam tu? oh aku tak sebaik tu... (mungkin sbb tu jugak aku tak kawin) wakakak

Carilah isu lain kalau nak jatuhkan org pun... Anuar Ibrahim kaki pukul ke, Anuar Ibrahim pau duit org tua ke...cerita yang menarik masuk akal. Heheheh aku bual ni boleh masuk ISA ke? Tapi it fact and logic la... to that Beruk, i guees takat cakap mulut, ko bual kosong je la dengan family ko, sbb diorg mmg percaya... tapi kalau rakyat Malaysia, tah la i guess for me, aku tak boleh nak bayangkan keinginan org yang pendidikan tinggi macam Anuar Ibrahim boleh lakukan benda macam tu... dia bukan sahaja berpendidikan tinggi tapi dia berpegang kuat pada agama.

Im not anti Umno or sokong PKR ok... FYI aku Puteri Umno... chewah...pat makan-makan je la aku attend... heheh but sound stupid kan isu ni?!

Cik Suki dah mula emo dah ni... geram dengan semua... tak pikir... mana la kita tak kena gelak dengan negara luar? Timbul isu yang tak masuk akal la. For that Janna, stay la kat sebelah tunang kesayangan awak tu...pandai cakap Tuhan akan membalas semua balasan buruk, jangan kena batang hidung sendiri sudah... rasa baik bunuh je Anuar tu dari fitnah yang bukan-bukan... bukan kita takut pada hukum dunia, hukum di sana lebih siksa... kenapa aku cakap baik je bunuh Anuar Ibrahim? Sbb dosa org Fitnah dengan Bunuh sama je... baik bunuh,kan? Ingat buat fitnah dapat discount? Boleh jalannnnn....

Dah tu je... hehehe...

Bye!

Teh org Kampung

Pernah tahu atau pernah dengar teh org kampung? Kenapa teh org kampung? Sbb org bandar tak kuarkan teh.... wakakaka... *gelak guling-guling*

Ni gara-gara obses nak kurus balik... punggung aku kalau tengok dah besar tong dah! Memula aku beli Teh Mustika Ratu... uh rasanya sangat-sangat tak tertelan... Masya Allah!!!! Jamu apa yang korg xpect? Rasa jus oren ke?!!!!

Dua ungcang je aku minum... nak muntah... seyes! Dulu aku minum teh org kampung... kesannya buang air besar je la... tapi masih boleh lagi telan! Itu yang pasti. Nak habiskan secawan air tuh erm tak tertelah la aku... bau je dah cukup menutup selesa aku nak minum.

So nak kuyus punya hal, aku minum teh org kampung... rasanya? Macam tom yam yang di letak air banyak-banyak... mungkin baru sbb terasa serai sikit...

So aku pun minum ar... minum kul 8 malam, buget kul 4 bangun buang ar....

MMg bangun kul 4... mata mengantuk gila... perut memulas macam apa je... aku pejam mata masuk toilet... bila masuk toilet, perut dah ok. Mmg menggangu mimpi tul la... so aku kuar balik, lending atas katil aku yang empuk tu... 4 minit nak berlayar mimpi, perut aku sakit balik... adehhhhhh... bngun masuk balik... pastu kali ni aku tunggu jugak, Perut ni macam tahu je aku dlm toilet, sekejapan sakit tu ilang... aku dah naik hangin ni... nak suruh buang ke tak?

Buat kali ke dua aku kuar tido...nekat kali ni tak nak ikutkan perut...lantak la ko! Kul 4 pagi dh buat hal pastu main2kan aku... sungguh degil lemak di badan ni agaknya...

So seperti yang aku duga... sakit datang lagi... aku tahan... kang masuk tak ada apa-apa lak. Lain pulak sakitnya... tahan lagi... tetiba dia macam mengamuk pulak membuatkan aku automatik berlari ke toilet... heheheh kali ni confirm :)

Serik nak minum malam lagi... gila kul 4 pagi buat hal... tapi macam mana? Susah tul la nak kurangkan berat badan :(

Kenapa aku tak bersenam?

  1. Malas
  2. Aku rasa cepat letih pastu nak tido je
  3. Cepat semput
  4. Badan berpeluh dan bila berpeluh kulit aku cepat ruam ( Biasalah kulit puteri Emas) Heheh
  5. Swiming mmg aku suka... heheh bukan berenang pun, jalan je lebih... tapi swiming membuatku bidang aku bertambah lebar... so itu buat aku tak suka...
  6. Aku suka buang duit!!! ini masalah aku! Nak joging nak kasut baru, jogingnya pun setahun tak sampai 4 kali pun. Swimming pun nak baju baru je... berapa helai baju swiming suit kat umah tu... uh!

Jadi caranya makan la ubat-ubat yang konon boleh buat aku kurus la... jangan la nak mimpi...

Tuesday, July 8, 2008

More about Din...

Muntah darah la korg baca entry ku banyak pasal mamat ni... peduli apa... sekarang korang tahu la betapa kami sepupu sepapat ni rapat macam mana... lebih best dari adik beradik. hehehe... kali ni malas nak gune photoscape... i dah teror (belagak badak) gambo pun tak banyak...

Last Sunday, Din suppose balik Melaka dengan Mira naik bus... tapi hati aku tak sedap nak benarkan Mira naik bus... bukan tak percaya Din... tapi mmg tak percaya la... dia suka menyakat budak tu... kahakahka... so dengan tak berduit... buget pun lari, minyak yang mahal, toll yang tinggi, aku nekad anto jugak diorg balik Melaka... naik kereta adik aku. Memula nak naik kereta aku, tapi manual la pulak. So my sister offer bawak kereta dia yang Auto... hahaha tahu asal aku sanggup pinjam? Sbb nak mamat ni bawak kereta.. dia tengah gile bawak kereta sekarang...

So masuk kereta, aku dari Dengkil sampai Seremban tertido.... sedap bangat! Sebelum terlelap aku rasa seram jugak... Mira dari Klang berzikir dan mulut tak berhenti "Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah..." tetiba senyap, ruponya dah lena... heheh confident kot Busu Din bawak ok sebenarnya...

Aku penat ahad tu... terpikir jugak sbb kita bertolak jam 4.30... kira-kira sampai Melaka kul 7.00...lepak sejam pastu balik Klang sbb nak kerja on Mondaykan?

Tapi terkejut jugak kita sampai Area melaka 5.45... gila laju si Din ni bawak... senyum je... aku pun sedap la tido, bak kata org balik nanti boleh lak bawak dengan segar sbb dah membutakan dlm perjalanan tu...

4.30 dari Klang... pukul 5.45 dah smpai sempadan Melaka...

Tenang la konon....

Budak yang berzikir sepanjang jalan... takut mati kalau Busu Din bawak...waakaka... dah kena tembak dah.

Muka tenang ke? Muka berlagak? Wakakaka....

Kalau la dia ada waktu Adik aku kawin kat Perak tu, taklah aku penat sangat nak bawak kereta sampai ke Perak tu yer...

Tetap nak posing... smile busu din... smile!

Monday, July 7, 2008

Friend's Problem

Terkedu bila mendengar masalah teman aku sorg ni... dia berbangsa cine, umur pun lebih kurang aku jerk... dia ada masalah dan aku rasa korg pun patut advice aku. Kot-kot la aku boleh advice dia ke apa ke, kan?

Dia couple dengan BF dia for almost 3 year. Dia nak sangat kawin tapi setiap kali dia ajukan kat Bf dia, BF bagi alasan... 1001 alasan dia bagi kat minah ni. Oklah minah ni mmg bengang jugak, dlm masa yang sama dia dah naik bosan sebenarnya... tapi BF dia keep convince her that they will get married, cuma dia (BF) nakkan masa je. Nak kumpul duit la, ect...ect...

Tapi cinekan? apa diorg kisah. Dia rasa dirinya tak la penting bebenor at BF dia. Sbb every time diog jumpa, diorg gitu...gitu (faham-faham je la). So kalau jumpa pun dia mesti perasan punya, tak buat berat, ringan pun ok... kira lepaskan keinginan kat dia ni... kesian,kan?

So aku pun tanya la dia.. dia cakap dia tak tahu la apa yang dia rasa ni betul ke tak la. Sbb dia mmg nak kawin dengan BF dia, tapi hari ke hari dia rasa bosan dengan janji BF dia... yng dia lak cepat cair dengan mamat ni. So di pendekkan cerita atas nasihat kawan dia (bukan aku) dia cube la menjauhkan diri dari BF dia... bagi la alasan banyak2... kalau nak jumpa pun dia tak nak jumpa kat tempat-tempat yang membolehkan BF dia goda dia, dan dia ikut apa BF dia cakap. Heheheh. Kata kawan dia, tengoklah BF dia ni cintakan dia kerana apa. So dia buat la apa kawan dia cakap....

Resultnya?!!! Ni yang sedih aku nak cerita... kesian jugak...

BF dia dtg cari dia... which dia rasa happy sangat la...dan dia ajak BF dia kuar lunch, so kalau time balik kerja dia kena stay lak umah BF dia...jadi kalau waktu lunch dia adalah alasan. And dia sedih bila dlm kereta BF dia minta buat ringan2.... and bila dia tak nak, BF dia buat muka sedih (even dia tak mara) tapi can u get it? What he wants actually,kan? He said he miss her, is it by showing that?

Siankan? Dia fikir BF dia mengunakan dia je... aku bagi tahu dia, diorg ni bangsa cine,kan? So kalau dia takat nak lepaskan nafsu kat perempun lain pun diaorg tak kisah, tapi aku tahu BF dia sayang dia. Sbb tu la dia nak dengan dia je... my friend hanya diam.

Kalau sayang kenapa tak nak kawin dengan I? Tiap-tiap hari kalau dia nak pun tak ada org larang..." Haahah aku nak tergelak dengar. Kawan aku ni skema jugak.. bangsa cine yang mementingkan adat resam ni. Maksud aku ada setengah org,kan sosial... macam bos aku... heheeh. So dia pun lepak umah BF dia pun tanya pengetahuan mak bapak BF dia. Kira depan parents lelaki tu tunjuk elok la...

Oh tu jugak salah satu sbbnya.Bf dia tak pernah nak declare kat parents dia (BF) yang dia ni bakal isteri atau GF dia... asik ulang kawan... kawan...kawan. So dia terasa kat situ jugak. Seorg lagi kawan aku (cine jugak) ada bagi tahu, cine ni lain sikit. Diorg ni suka buat try and error... sebelum kawin stay satu umah tengok serasi atau tak.... boleh la pulak macam tu... serasi Alhamdulilla ,la kan? Kalau tak serasi? Buang jer ke?

Macam-macam la perangai dlm dunia ni! Aku pun nak advice tak tau...

Sunway Pyramid

Seperti yang di janjikan....

Yaaaa... kami ke sunway pyramid ler...lepas hantar WKD service, naiwaitu aku nak terus la pergi, tapi di sebabkan aku tengok Din, Mira and DD bz main PS II milik adik ipo aku, so aku take oppurtunity ni tido sekejap...penat gila. Dah la Jumaat tu tido kul 2 pagi, than bangun 7 pagi gi kerja. Pastu balik kerja tunggu pulak satu setengah jam... mana tak sangap aku?

So kita pun bertolak kul 5 petang. This is my first time entering the new pyramid... sama macam Din jugak la...

Erm tak ada apa yang aku berkenan... tention tul! Kalau nak beli tak ada pulak yang berkenan. Maklum la Mega sales,kan? Pikirkan kalau gi sana banyak la nak beli. Actually aku berkenan kat handbeg carlo rino... 50% je... so price dia RM 109 shj... bestkan? Tapi sayang warne putih ar... aku ni allegic sikit caler putih ni... kalau itam dah lama sambar satu!

Sama jugak dengan beg Guess... 50% jugak... RM 144.50... Ya Allah! Mmg penuh giler dlm tu... new arrival 40%...mau tak penuh butik Guess tu... TAPI!!!! menyesal aku tak ambik beg tu, aku pusing je..aik dah tak ada... tention mak cik! Ku toleh cine ni gila! Tau la murah... 4 beg sekali dia borong.... tamak!

Bila dah frust, perut pun dah lapar... yer la tak lunch lai ni! Kaki pun sakit. So kita berhenti minum kat Zenz... anak syarikat Secret rep jugak... Kita tak makan banyak la... just minum sbb adik aku nak belanja makan Pizza Hut! So sementara tunggu dia, kita org berhentilah minum sat...

Walaupun minum it cost me RM 38.00 mahal,kan?

Brup...kenyang... baik aku belanja makan KFC...yer dak? Tak pa la sekali sekala...

Kami meneruskan jalan, (chewah)... aku intent nak beli compact powder MAC... tapi due to some suggestion membatalkan niat aku. Aku ni tak giler make up... kuar je aku make up. Kerja pun aku tak pakai make up pun, lipstic pun tak sebulan sekali je aku pakai. So macam membazirkan? Betul jugak bila pikir2... buat masa ni aku pakai Loreal je... konon nak jadi macam Maya Karin... hehehe cantikkan dia? Aku tak pakai make up sbb aku jaga kulit muka aku. Oooo mak cik belum kawin yek... it important to look young...

So end up, Din yang shopping... tetiba dia berkenan dekat baju Valentino Rudy... Din cakap murah sbb convert dalam Euro baju tu 20 Euro jek...bersamaan dengan RM 168... yer la, sebulan elaun dia 900 Euro...buta2 je mamat ni dpt... tolak 20 Euro tu berapa la sangat yang tinggal, yer tak busu din?

Hahah mmg kita tak ada kerja... mentang2 fitting room tu besar...siap ada sofa... ini la kerja kita... 20 minit bergamba...

So lepas tu my sister and Hubby dia join us... kita menta darah kat Pizza Hut... pelik sbb baru perasan we only took our pic... but gamba ni mmg kat Pizza Hut...sumpah akak tak tipu.

After makan... temenung kejap

Tahu gamba tak ada kena mengena... tapi blog aku,kan...kan... gambo pun gamba aku... hehehe.

Lepas makan the next plan is to go Red Box... Si kecik Mira nak asah bakat dia tuk jadi penganti Siti Nurhaliza. So we went to Red Box to fullfill her wish.

Tapi sayang seribu kali sayang. Satu kepala RM 48++... giler... berapa kepala pergi? Kepala lain tak masuk lagi...heheheh.... ha pikir apa tu korang?!

Tapi itu tak bermakna kami nak pulang awal... so Mira dah frust da... kita kesihan jugak tengok muka sedih dia. So kami ajak dia ke.....

Yesss sheeeee...main bowling... Mira selalu kata dia teror main bowling sbb dia masuk kelab bowling... katanya la...siap kata "Semua ni akan kalah kat tangan orang!" Berlagak yer...

Indah kabar dari rupa... aku yang tak tahu main ni dah tentu-tentu nombor yang terakhir...si MIra atas aku je...kalah teruk dan teruk jugak la dia kena kutuk... masuk kelab bowling tapi cikgu baru ajar "Mari kenali bola bowling".

Antara pemain bowling yang tak berapa nak handal la... adik aku tak main, maklumlah berbadan dua. Doc advice her to take gud care this few month sbb apa-apa pun bole jadi.

Hehehe...aku? Macam mana? Tahu main bowling ke? See the leg la!

Tak pa i bz... sbb tu tak teror main...wakakaka

More pic

Tapi mmg gerek arrr...we have so much fun on saturday!

So game habis kul 12 malam... Sunway Pyramid dah tutup dah... agak seram la... tapi masih ada org sbb kat situ ada jugak Pub so tak la sunyi sangat...tapi sunyilah jugak, sbb kitaorg sempat posing lagi malam tu sementara menuju ke kereta!

Balik Din bawak kereta... uh... bgus mamat ni ada... dia mmg suka bawak kereta...aku lak malas nak bawak kereta ke sana sini...

Oklah korang... gtg... ada kerja banyak! daaaa semua