Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 10, 2009

Hati tak tenang

Nak call but i know he's sleeping...

Tapi aku nak tahu dia macammana... ok ke? Nak buat kerja tak leh... buat kerja asik salah... last2 layan FB layan blog... but senang hati bila ijat drop komen and inform me tru YM...

Along baru tido... mak baru masak sup ayam... dia baru makan and makan ubat... now dia dah tido...

Bertakung air mata akukan... GEMBENG la ko cida... risau wei... tapi aku rasa aku buat keputusan yang betul... kalau biarkan dia kat umah, nak makan apa? Aku sup2 ni tak pas lagi... kalau masak pun tunggu malam baru laki aku makan... adoiiii nasib la mak ada... tapi still risau sbb dia tak ada depan mata...

Kepala aku dah berat sangat... nak lelap kejap lunch tadi pun tak lena... korang nak kata aku mengada pun kata la... jadi kat suami korang, apa korang rasa??? gelabah tak macam aku? Just wanna be at home rite now... hampeh lembab tul jam nak kul 530!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lagi Birthday wish....

Lagi birthday wish.... jeng jeng jeng....

To Puan Nurarfieza... my ex school mate... ex class... bertemu jugak kita kat internetkan... tak pa aku suke... heheh...


Dulu kat sekolah dia selalu wish aku birthday... kalau tidak aku akan buat2 lupa birthday dia... ahak! Sekian lama, berjumpa yang best dia ingat birthday aku... memula jumpa dia kat FB dia tak kenal aku... kecik ati beta... tapi bila dah ku recall baru dia ingat...mati2 ku ingat dia sombong dah sekarang, but happy bila sent invitation tuk wedding, dia dengan besar hati nak dtg majlis sanding aku, tapi tak dpt dtg sbb MIL dia tak sihat... tak pa la... next time may be kita leh lepak2 luar sama2...


The burfday lady...
With her beloved hubby... hahah slumber je ku add suami dia kat FB... peramah jugak... terasa selesa la nak bual2... dia pun ku rasa sama macam laki aku, i guess... tengok suke menyakat Fieza... sama je dengan abang Jamani aku tu... anyway Fieza...

Happy 29th birthday...

Stay cute...

Keep in touch...

and

Semoga hidup mu, rumahtanggamu di berkati sentiasa olehNya....
Enjoy your day today ok...
____________________________________________________

Tapi Aci tak nak buat anniversary wish tuk suami ku itu kat entry yang sepatutnya untuk kawan aku ini??? heheheh tumpang la yer.... to hubby... Happy 4th month anniversary sayang... ku tahu keadaaan mu tidak mengizinkan tuk ingat... its ok... ayang tak harap apa-apa from B, kecuali kasih sayang dan mcm first word from Aisyah 'Cinta'... as long u always b with me, dah cukup dah... tak mintak lebih dr itu... cepat2 sembuh ok... me love you always...





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Hero half blood princess sakit daaaa

Semalam Zamani mengadu sakit kepala... so aku suruh dia rest kat umah je... dia ambik MC... than semalam time dia ambik aku kat opis, kitaorg gi bazar beli juadah berbuke puasa. Tapi kali ni aku rasa badan dia panas... memula aku ingat sbb aku berdiri sebelah gerai ayam golek tu panas... cheh! tapi mcm lain macam je badan laki aku ni... demam ke??? Zamani cakap puasa... oklah, mungkin la...

Balik umah dia baring... aku sediakan juadah semua... tetiba dia merengek... (sila tau, nampak je macho, tapi dia sakit, he being such a baby)

Ku rasa badan dia panas... haiyooo... tak tak yooooo...5 minit je time buke... so lepas buke nampak sihat sikit... aku sediakan ubat demam, than dia makan terus dia naik atas, aku kemas meja semua... so naik nak solat magrib aku tengok dia berselubung... kipas tutup, aircond pun tutup... macam pelik, so ku rasa badan dia, macam kena bakar...terus aku panaskan tuala tuam... and dia keep merengek... sangat comel... heheh... tapi time tu tak ku rsaa comel pun...giler apa... risau la... susah la macam ni kalau dia sakitkan... nasib baik badan aku tak buat hal malam tadikan... kalau dua2 sakit... siapa lak nak jaga siapa...

Dah selubung dengan selimut plus pakai baju sejuk pun, dia still mengigil... sampai nangis2... dia kalau nangis tu, makna panas sangat la... mmg panas pun... dia cakap badan dia bisa-bisa... so aku picit pelan2... dlm 15 minit dia tido... aku bangun terus solat magrib... than sambung lap kepala dia, sampai aku pun tertido...

Dlm pukul berapa aku dengar dia bual kat fon... mak call... mata aku tak larat nak bukak... tapi paksa jugak sbb lepas tu dia dah mengigil teruk... seram seh aku... mintak jangan apa-apa... tak tahu nak buat apa... dia dah ke kanan ke kiri tak tahan... aku pun tak tahu nak buat apa... give him hug dengan harapan la dia leh jadi panas sikit...tapi badan aku yang panas... uh tak tahan beb!... ubat tak jalan... badan masih lagi panas... panadol lak tak ada... so terlelap sampai pukul 12.30...bangun solat isya... terawih dah tak larat dah nak buat... bangun masak nasik, kemas pinggang mangkuk kat bawah... naik atas suruh dia makan ubat sekali lagi...

And after that, aku terus tak leh nak tido sbb risau Zamani tido tak lena... sampai sakit tengkuk aku hahah... baru nak lena, jam bunyik kul 430 pagi... haiyooo... bangun panaskan lauk2... kejut dia sahur... badan still tak kebah... aku suruh dia jangan puasa je... tapi dia nak jugak puasa. Degil suami ku itu... tak pa la... kalau tak tahan then leh buke,kan...

Pagi ni bangun badan panas... dia dah bangun mandi nak gi kerja... on the way gi opis aku, tetiba dia cakap, 'B tak larat la ayang...' Aku rasa badan dia makin panas... kebetulan sampai opis aku naik tuk punch card... kena bawak gi klinik jugak... budak opis semua dah buat muke... menyampah.. wei aku tak pernah la ambik cuti... MC suke2... 3 tahun aku kerja sini, tiap2 tahun company bayar baki cuti aku... cume this year aku mengaku aku dah banyak cuti... so jangan buat muke!

So bawak gi klinik semalam dia gi tuk extend MC... demam Zamani 39 deg... ermmm panaskan? Kalau esok tak kebah, doktor suruh test darah kat sepital... takut dengi atau HINI. Aku jadi risau la... nak ambik cuti, cuti dah habis... nak tinggalkan dia kat umah sorg2 takut jadi apa-apa... dengan stok makanan pun tak ada... yang ada roti... megi... itu pun degil tak nak bukekan? Nak makanubat lepas buke puasa... ha! doktor tak kasi sbb panas dia melampau... cakap isteri tak mo dengar...

Puas pujuk nak hantar gi umah mak. Dia tak nak... dia lak risaukan aku sorg kat umah nanti... elok la tu, aku risau ko, ko risau aku... romentikkan kami??? ahak! kalau dah sakit macam tu, macammana nak jaga aku... dan aku pun kalau aku sakit macammana nak jaga dia??? At least kat umah mak,mak ada... boleh la tengokkan dia... macam dia, aku pun tak percaya dia jugak bab makan ubat...ahak! tadi pun susah nak makan... nak air manis la, oooo ku ingat aku je... doktor nak inject dia tak mo...kalau aku, aku sanggup inject dr nak telan ubat... sori!

Lepas tu aku sediakan air panas dlm botol tepi katil, 100 plus, ubat, vicks... tuala pun aku basahkan letak kat kepala... nak kuar umah aku salam dia... oooo sangat panas macam terbakar... hati tak sedap... sbb mata dia tak leh nak bukak. Nak tak nak terpaksa aku call mak... minta awie ambik Zamani kat umah, since dia nak mula naik hangin bila aku mention nak anta dia umah mak... dia nak tunggu aku balik kerja... hati siapa tak risau? Apa je boleh jadikan? mmg la dia kata dia akan baring je, tapi tah... mmg nak kuar gi kerja tadi aku mmg tak sedap hati... lepas call mak aku tanya awie kalau dia boleh ambik Zamani kat umah...

Sampai opis chat dengan ijat, mak dengan abak yang ambik dia... aku tahu Zamani marah sbb dia mati2 nak tunggu aku balik kerja gi sama-sama... but kalau dia sendiri kat tempat aku pun dia akan rasa apa yang aku rasa... macammana aku nak buat kerja dengan tenang kalau pikiran aku kat umah? At least kalau kat umah mak,ada jugak yang tengok2kan dia.

Tak pa balik kerja, ku take over jaga dia... tadi dah pesan ijat kejutkan dia kul 2 tuk makan ubat antibiotik... senang sikit hati aku...tapi dia merajuk dengan aku sbb aku bagi tahu mak on the way dtg ambik dia kat umah...dia marah sbb aku susahkan mak dengan abak, tapi kalau apa-apa jadi kat dia dlm umah tu? lagi susahkan? see now tanya ijat dia kata Along tengah tido... kan boleh je tido... balik kerja kemas baju semua, than terus balik Shah Alam... dah janji dengan Zamani terus balik...kalau tak panjang la muncung laki aku...

Tuk mak and abak, terima kasih sekali lagi... Cida tahu as isteri cida sepatutnya kena ada jaga dia waktu dia sakit macam ni... tapi tu la... i wish kat opis ni semua org faham! ni tak, asal aku cuti ada je mulut nak berbunyik... hopefully panas dia turun la... risau gak akukan... raya2 ni sakit plak dia...

Hopefully everything ok... mmg dugaan buat aku dan dia...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, September 9, 2009

Happy Birthday tuk si ibu dan si anak

STICKY NOTE FOR TWO DAYS FOR TWO SPECIAL PERSON

September... ladies month... sbb??? sesuai la si gadih virgo... wahhhhh gitu! So minggu ni banyak yang sambut Birthday... yang mana aku kenal ku masukkan juga dlm blog yang tak seberapa ini... tuk yang jauh...walaupun kamu berjauhan, tapi ingatan tetap di hati... nak nak raya nikan... best ooooo... raya makan ketupat rendang... heheheh ampunnnn Angah... tahun ke dua beraya di perantauan... di Canada... tak pa... bagus jugak, leh mengelat anyam ketupat... heheheh,kan kan kan???? ok joke je....


Special wish for Raudhah Yahya... yang menyambut ulang tahun yang ke 43... wakakaka... sajer bagi dia terkejut... hahahah... banyaknya nombor.... idok la... 34 kot.... heheheh *gigit kuku serba salah tak ingat berapa tahun* Tu la lahir nom genapkan senang... macam aku... heheheh... ZY dah start la tu meleleh air mata... alahhhh relex ar... jangan sedih2...

To angah...
  • Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu...
  • Sentiasa la senyum2 selalu...
  • Ingat kita kat sini selalu...
  • Balik nanti import anak sorg lagi kat sana eh... heheheh...

And on 9 Sept lak.... birthday si gadis cilik ni... Amira Zakiah... ku tak tahu la kalau dia boleh baca apa aku tulis ni... hahaha dok Singapore pun bahasa dia pun yang translate pun Zy dengan mak dia... dah makin jauh ni, ingat tak lagi bahasa???? nak kena babab mak dia ni.. heheheh ampunnnn ampunnnn....


To Amira....
  • U might not remember me... but kakak wanna wish you Happy birthday...
  • Be gud girl....
  • Dont be noty...
  • Have fun on your birthday...

Confirm boring sambut birthday dengan Umikan??? hahahah... aku nak kek... umi pun nak kek... *Haiyak dush dush*... erk... bagi tips sikit macammana nak dpt anak yang dekat2 dengan birthday ni, kalau leh sama ari senang sikit... nak try anak ke dua lak... save sikit buget aku beli hadiah... wakakakak tuk bapak dan anak.... larikssss lariksss....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Jangan merungut bila sakit...

Itu yang suami ku selalu cakap... setiap kali aku mengadu sakit badan... Jangan merungut dengan sakit yang Tuhan bagi pada kita... sbb anugerah yang Dia bagi jauh lagi istimewa...

Tapi tu la... mengada jugak badan ni... and aku kalau sakit biasa,

Satu muke mesti ketat... ooo tak ada mud nak bual, senyum pun tak larat...

Dua mesti nak nangis, nak merengek... macam bebudak...tak mengandung pun, kalau sakit biasa pun sama je... nasib baik dapat suami yang faham dan sabar... kalau tengok aku lain macam je dia dengan rajinnya urut, pelok, mengurangkan sakit, tanpa di suruh ok... dia yang buat... aku tak mintak...

Kandungan dah 4 month this week... ingatkan this stage semua dah ok... sbb org kata masuk 4 bulan je semua akan jadi ok... tapi semalam badan aku sakit... perut aku ni tak tahu la... nak kata sakit, tak jugak... nanti terasa sakit macam di cucuk2... than rasa senak, than rasa macam di tumbuk2... nak tido semalam pun ke kiri kanan... oh sekarang nak gerak badan dah kena gerak seluruh badan, macam robot aku rasa... bongkok pun tak leh... silap semalam Zamani beli juadah puasa kat bazar, aku malas nak kuar, tunggu dlm kereta... dia suruh kunci pintu kereta. Bila dia nak masuk kereta, dengan RAJINnya terus capai nak bukak pintu... akibatnya, aku rasa sakit kat bahagian pinggang...

Sudah sampai ler ke malam.... nak tido pun tak selesa... pusing kiri kanan... apasal eh??? Mengeluh tak sudah, akhirnya Zamani tengah buat kerja sampai duduk sebelah aku urut-urut perut dan pinggang... and aku terus terlena...sedar2 dia kejut naik atas...

Lamanya aku tido??? Tengok jam kul 12... nasi tak masak... lauk nak sahur pun tak ada...

Aku :- B nak makan apa? Tak ada benda pun kat umah

Zamani :- Tak pa B beli lauk kat mamak...

Aku :- Beli nasik sekali la... ayang tak larat la nak masak nasi...

So dia hanto aku sampai bilik, kul berapa tah dia balik, bawak naik air tuk aku makan ubat...

Zamani :- Tido la... b lupa nak beli nasik, beli lauk je...

Aku :- Tak pa la... ayang turun masak nasi jap...

Zamani :- Tak yah, B masak... ayang tido...

Ushhh sangat serba salah... tapi body still pain... alahai... macam puasa ku rasa... so ku ketidoran sampai la pukul 2 tersedar, Zamani tak ada... aikkk masak nasik ke apa kat bawah tak naik2... tengok2 mengadap lappy... by that time dah segar sikit badan, pukul 430 alhamdulilla boleh jugak bangun...panaskan lauk... kejutkan dia bangun...

Mengandung mmg macam ni ke? atau aku je yang tak kuat? Sering rasa letih, sakit2 badan... duduk pun dah kena tegak, kalau bongkok aku sendiri macam sesak napas. Nak gerak pun dah kena gerak seluruh badan, tak leh nak nak toleh menoleh... dah kena pusing satu badan dah... duduk pun,kalau duduk bawah, nak bangun tetiba aku rasa susah... well macam ibu cakap la... perut ko ni tak nampak besar pun... tapi aku tengok ko, aku yang sesak napas... glub... apakah???

Tapi berat badan aku dah naik... sila tau sudah 57KG...lalalalal...naik 2 kg... pertama kali suke eh...kalau tak hareeemmmm.... 1-3 month kekal 54-55kg... now baru la 57kg... hoyehhhh!

Hari ni ok sikit badan... ingat nak puasa... rasa kaki dah tak cramp lagi... bagi tahu zamani, dia tak bagi... jangan mengadas... makan ubat tu... kalau tak macammana baby nak besar nak ada khasiat? dah sihat nak puasa lak... hehehehe... yer hambo menurut perintah. oh tips dari MIL aku... makan ubat tu, kalau pahit makan serbuk Milo nak ilangkan rasa pahit ubat kat hujung tekak...pesanan mak satu sudu, aku??? setengah cawah ku makan begitu sahaja... heheheh... buruk seh... bini siapa ni??? alah suami ai tu nak marah2... pecahkan rahsia dia demam pun tak nak makan ubat dengan air suam... apa cerita? aku jangan la cakap... hahahah... kalau dia takut sekali, aku sepuluh kali takut oooo...

But now aku bukan sahaja makan ubat, Zamani dah belikan yogurt, cheese, tuk makanan tambahan selain dr ubat... so far mmg ok sangat... kaki tak secramp dulu... tulang kaki pun tak rasa bisa2... Alhamdulilla... oh to Puan Nona... awak pun cramp kaki and ada bagi tahu doktor awak tak bagi calsiumkan? Kalau tak bagi tak pa, makan je makanan yang banyak calsium... hahah kalau awak nak ubat saya pun tak pa, saya leh bagi *kelip2 mata kat Zamani... cari chan je tak mo makan ubat*. Now me and husband kalau beli makanan kat pasar raya masing2 sibuk baca kat belakang kandungan calsium dlm makanan tu... ubat je tak cukup saya rasa, kena jugak makan sebagai penambah... iyolah acik ni blm kawin dok nak jaga badan, ini tak mo ambik itu buat tak tahu...last2 sendiri sakit... sendiri susah... hehehe awak jangan jadi saya tau... saya pun mintak2 anak saya tak ikut perangai mak dia yang suke benau sedih, nangis, kecik ati dan lembik ni... kalau dia boleh jadi macam abak dia yang ganas and outspoken ni baguih jugak... tapi laki aden pun jiwa lembut jugak... hahah... kadang2 dia pun ikut aden nangis samo... laki ekau semua ado??? heheh lariksssssss... aden gurou ajo... ada balik kena penyepak sulung... heheh

Ok nak solat... kang kejap lagi abang jamani ai sampai... sampai2 umah je dah magrib... baik solat siap2... so balik nanti idoklah teman terkejar... siapkan juadah buke puasa atas meja... makan...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tertinggal suda ini Entry

Sept 4, 2009, me and Zamani rushing to KLIA... since Jay is going back to Dublin... sob sob... Flight kul 12.00 am telah delay to 1.30 am... walaupun tuan diri cakap tak yah hantar, but nak juga hantar... heheh... Zamani pun ok je... so Jumaat tu lepas buke, solat magrib than gi Putrajaya sbb janji nak gi dengan ibu and ayah...
Sampai sana kul 9.30, itupun ayah dah bising lambat, dia kata takut jay masuk awal... lor tahu la... gue siang2 sudah berbalas sms dengan dia... Frust aku sbb Marina tak beli kek!!! nak marah ni... dia pun terkilan sbb kereta full and nak bawak kek susah... so penganti kek??? Lemang... wakakak very the lawak la... kasi Jay rasa lemang sblm naik flight... tapi dia tak heran pun, yang heran org yang dok hantar dia kat KLIA ni... hahah, laki aku nasib tak cari susu...kalau nak makan dengan susu, aku pakai susu si pidah je... tettttttttttttt.... marah Fida oooo... kembang tekak aku kalau itu terjadi... ahak!

so we wait til Jay masuk dlm kul 1.00 pagi... mata sekoq2 dah nak katup... biasalahkan lepas buke, mesti la mengantuk.. memula segar sorg2... lelama semua duduk depan Jay dengan beraninya melelapkan mata kat kerusi... hahahah... siap aku cakap kat Jay... "Bila ko nak masuk ni??? Hahahah"
Nazmi faiz - 2 years-

Naufal Faris -3 year-
Tapi laki ku bz melayan Naufal and Nazmi... oh Zamani mmg sayang and suke bebenor nak melayan Naufal and Nazmi... Nazmi biasalah, first time jumpa dah mesra alam... si abang memalu... injin tak panas lagi... dok sibuk ajak Pak DONG main Aloplan kat KFC... pak long asik ilang je... bila pak long jumpa mak long jerk, Nazmi tarik pak long gi lagi... lelama mak long pun join the club...

Aloplan yang diorg sebut... puas jugak aku try nak tangkap apa diaorg cakap... rupanya taman permainan dekat dengan KFC... adooiii macammana diorg leh jumpa tempat ni, pun aku tak tahu.

Nazmi tak tahu nak panggil Zamani apa... bila Zamani ilang dari pandangan mata dia, dia dok menilau cari Zamani... tanya aku...

Nazmi :- Aner? Aner?
Aku :-Maner apa, sayang?
Nazmi :- Aner???? ~ Muke nak nangis~
Bila nampak Zamani, dia lari ligat bukan main, siap peluk lagi... ooooo aner pak long...


See dia nak Zamani depan mata dia... ilang kejap dia mula la aner, aner... tak habis2... sian aku tengok... laki aku biasalah lagi menyakat sorok2... geram pun ada... kalau budak perempuan mahu dah jerit nangis tengok tak adakan??? Sampai aku terpaksa marah Zamani sbbnya Nazmi dah mule nak nangis cari pak long dia tak ada depan mata... ahak! garang tak bini ko Zamani???

Ha... gitu la... diorg takut nak naik sendiri... takut kapal terbang ni berlepas agaknya... siap bye2 Zamani dengan aku kat bawah...
Semua org dok pandang aku dengan Zamani... hahaha... happy family ka? Alhamdulilla... mesti diorg ingat wah pasangan ni mude (mude ke???) anak dah 2 plus isteri mengandung (sbb pakai uniform) ahak! tak pa i like! Kalau jodo aku awal may be macam ni kot anak aku... hahaha... deret.... wahhhh gitu...pasang angan... mude lagi... by 29 dah dpt baby, tunggu 2 years add sorg lagi... heheheh... anak wei... rezeki... chewah aku plan baik, sekali bersalin sakit, tengok2 serik nak mengandung... tapi melihat pengalaman kawan2... diorg bagi tahu, when u see the baby, hilang sakit tu... wahhhhh yer ke??
Rayyan pun ada... sian anak buah aku... terpaksa la atuknya layan... bukan main suke tengok abang2 main... nanti eh... Rayyan dah besar baru boleh main eh...

Sila tahu Nazmi suke dengan lelaki...kalau perempuan haram la dia nak hanya dengan mak dia je dia nak... sampaikan dengan bangla tak kenal pun dia nak... janji lelaki,kan... tapi dengan aku dia tetiba je dtg duduk... pastu siap baring kat bahu aku... ~ami penat arrrr~ aik... tak cari pak long lak??? Penat cari mak long??? hairannnnn....

Than bila si abang tengok adik bermesra alam dengan mak long and pak long, dia pun dtg duduk...happy nak ambik gambar... arrrr bestnya... rasa nak banyak2 anak la... ahak! i love kids...

Time diorg tengah main, diorg nampak kapal terbang kat tepi2 tu... si naufal bukan main lagi happy siap berbual dengan aku dengan Zamani...

Naufal :- Ari tu Aufal naik aloplane...
Zamani :- Yer ke... gi mana?

Naufal :- Entah, gi umah busu Din kot... (Jay)

Aku :- Bukan... aufal dengan azmi gi umah cik ery....

Sbb diorg baru balik dr Kuching melawat si Cik gu Hary kat sana...

Naufal :- HA! Umah Cik Hery... umah Cik Hery lawa...kalah umah kita... kan baby?

Hahah Nazmi main angguk je...Umah Cik Hery ko lawa??? kat mana tu Kuching (hotel) ke Kapit?? wakakak...


Kami meninggalkan Jay sorg kat cafe bersama mak-mak dan bapak2... hahaha... bulan 12 ni dia balik balik, buat practikal kat sini... 14 feb balik Dublin balik... cis! tunggu ler aku bersalin dulu busu din! Korang mesti confuse, Busu Din dengan Jay org yang sama... hehehe... jangan tanya aku asal dia org panggil dia Jay... malas cerita panjang...time ni aku dah tak larat dah... Si Naufal dok ajak pak long main lagi... so kami mengunakan si Kak Mira lak layan dia... masuk sorg2 dlm troli barang pastu tolak satu KLIA... happy bukan main lagi... yang lain mengantuk, dia tak mengantuk... ahak!
Me and Jay... hahah abaikan muke aku yang macam org giloz... mengantuk uolzzz... anyway org kata muke ku nampak cengkung... apakan??? yer aku tak puasa, tapi tak bererti im enjoying ok tak puasa... ku tak puasa sbb kena makan ubat...plus minum air..anyway rambut aku macam singa lapar... haha... erm nak kena bonding tunggu bersalin sbb org kata tak elok, bau bahan kimia not gud for baby... cadangan suami ku??? "Ayang pakai la tudung... tak yah susah2...nak pening-pening, buang2 duit nak buat rambut bagai"
Ok no komen :p



Sesi beramah mesra dengan budak2 kali terakhir... ni yang best sbb Jay tanya Nazmi
Jay :- Mi ni siapa ni Mi?
Nazmi garu2 kepala... apa eh...tengok muke Jay...
Jay :- Ni pak long (tunjuk Zamani) , Ni mak long ( tunjuk aku....)
Nazmi :- Ooooo ni Pak Dong (tunjuk aku...) ni Mak dong? (Tunjuk Zamani)
Jay :- Bukan la... Ni pak long, ni mak long... mcm mana ko sebut Pak Dong Mak Dong ni???
Cute eh... gelak... sajer buat lawak. Mati2 panggil aku Pak Dong, Zamani Mak dong... Time nak balik pandai lak panggil Zamani , Pak Dong! Ambik Ami... ha...

Tepat kul 1.00, jay masuk... akhirnyaaaa... ahak jahatkan aku... heheh idok la... kali ni tak sedih macam biasa sbb tahu dia nak balik bulan 12 ni... mak ngan and pak ngah pun tak nangis macam biasa... cume drama queen kita la kak Mira... aku nak ambik gamba dia tapi tak dpt lak... hehehe... sedih bukan main lagi...
Apa pun... jay see you this dec... take care...

Luv from us...
-----------------------------------------------------------------------------
Ok since aku terupload gambar ni.... tahu ni hasil kerja siapa????


Siapa lagi kalau bukan anak dara Che Ta... Kak Aisyah kita tu.... tunggu je la dia ada pasebuk dengan belok... mmg dah boleh di terima hasil kerja dia... macam ni mak long dah tak perlukan siapa2 la... aisyah je la ambikkan senang :p

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Memori lama...

Me :- B... tadi Syam call, dia kata dia tengah nak buat video kawin kita... so dia suruh pilih 4 lagu... any request nak letak lagu apa??

Zamani :- Faizal tahir, Aku punya kamu...

Dalam hati berbunga... ingat jugak dia lagu tukan... jangan main2... itu lagu kami zaman cinta2 dulu... kau di Penang, aku di klang... macam org giloz je, angau akak kejap waktu tu...

Aku nak letak lagu tu kat sini kang memekak lak... mana dengan lagu raya, mana dengan lagu ni...

Aku :- Aku punya kamu lagu yang mana???

Sambil drive gigih cari kat fon... see how sweet husband saya... muntah kamu...kamu...kamu...

Zamani ;- Alahhh tak ada la yang... dah delete... you ada tak??

Me??? of coz la... kan lagu ni lagu aku sblm tido... uhuk... shhhhhhh hilang ganaz oooo...

Sambil dengar... sambil dia nanyi tuk aku... tersenyum2 mak duyung di samping Raja Gopal...

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada bulan dan suria
Tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

~Tang ni abang Jamani sudah pegang2 pipi ku... feeling habis... habis senyum la aku time ni... awwww... suke ai you....~


Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena
Selama yang kau ada

Selama itu ku rasa
Selama hidupku bahagia
Namun ku bicara hanya pada Bulan dan suria
tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

~ Time ni dia naik hantu feeling habis, dah pegang tangan akak... letak kat dada dia... hahaha...~

Kalah Faizal Tahir oooo... sungguh ku tak sangka, suami ku begitu particular jugak kalau pasal wedding kitaorg ari tu...kalau nak tahu dia cakap je tak kisah... tapi bila aku bagi idea tak nak pakai, last bagi pendapat...poyo la you... tapi baguslahkan... sekurang2nya idok la aku sorg2 memiqio macammana nak buat... Si Syam suruh bagi 4 lagu... 3 antaranya Zamani pilih... dalam dia kata tah tak kisah, ayang la pilih... aku pilih dia diam, and suggest 3 lagu... ini tidak adil!!!! patut dia pilih dua, aku pilih dua!Ikutkan aku tah apa-apa lagu...

Zamani :- You cakap DULU you nak lagu Afgankan masuk dlm video kawin kita.. masukkan la lagu tu...and satu lagi lagu Sempurna... nice song... lagu tu yang diorg pasang during wed time nak naik pelamin tukan?

Oh darling ku kau sungguh sweet ar... aku sendiri tak ingat... dan pilihan lagu aku tuk wedding, tahu lagu apa???

Ayat-ayat cinta... waakakak giler tak romentikkan??? But told syam already... letak 3 ni yang ayat2 cinta tu kasi last bagi.... heheheh....

Ermmmm tu la ko Cida... lagi mau merajuk kata suami mu sudah tidak sayang kamu lagi... apa daaaa... dia ingat everything bout you... ari tu sajer cari pasal...

Me :- B... if i ask you what is my fav colour, you tahu jawab tak?

Zamani :- Tahu...

Me :- Apa dia???

Time tu very berdebar tau... sbb adalah kawan aku tu, bercinta 3 tahun, tapi boleh tak BF dia tak tahu fav kaler dia??? Sadissss kan???tu yang aku rasa kalau BF dia tu Zamani, aku tak leh nak terima... apa je ko tahu pasal pasangan ko? 3 tahun habis masa bersama, satu haram pun ko tak tahu!????

Zamani - Black!

Ku nak pengsan time tu sbb syukur!!!! walaupun aku tak macam dia... sbb Zamani tunjuk kaler yang dia suke... apa-apa dia pilih pun dia akan ambik fav kaler dia, as for me tak kot... sbb tu sajer menguji... Actually his the first guy la yang serious jawab soalan2 aku... sbb tu dia special... nampak je buat tak tahu... blur2... but dia tahu apa yang aku suke...

Bak kata Fidah tadi...

"Aku rasa anak ko perempuan la... asal ko sensitip lebih2 ni??? bersyukur la dol! dapat suami macam tu... ko test org lain, aku rasa... mau diaorg bagi jawapan objective..." heheheh...iyo la tu adik ku... ermmm may be la kot baby gurl sbb nak sentap lebih2... ngeh ngeh ngeh

Muke kami dulu... sesuci... nak2 laki akukan... kurus semacam je... sekarang??? dia claim hati dia senang... akukan baik... lalalalalalal

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Entry for hubby....

Ermmmm i dont know where and how to start... may be im not a gud advisor. But tah eh... nak cakap takut lak tersalah cakap... sbb aku bukan reti sangat nak nasihat semua ni... dan kalau boleh aku tak nak la menambahkan lagi beban di kepala dia... but any way...

"B... hidup tak sentiasa di atas, kalau dulu kita selalu berada di atas, lambat laun kita akan jatuh ke bawah juga... walau di mana pun ke dudukan you, just wanna let you know, i always be with you... kita pernah janji, kita akan susah sama-sama, kita akan senang sama-sama... as long we have each other, Insya Allah kita boleh lalui semua bersama... Minta pada Allah sentiasa, mungkin ini adalah balasan kecik yang kita terima dr kesilapan kita dahalu, we never know... merungut, bermuram tidak menyelesaikan masalah... minta padanya, kurangkan beban yang ada... never call yourself as loser... you masih ada i... you masih ada baby :D, tak mo cakap dengan I, you can talk to baby, kan. He or She wont lets mummy know(talk to baby when i tido mati *wink wink* Insya Allah tak dengar)... ok gurau gurau... you still have us...so jangan rasa give up... kalau you rasa putus asa, what else i can do rite? Itu sahaja yang ayang termampu buat, jangan la sedih2... coz ayang tak leh la tengok B termenung, mengeluh... mungkin kalau ayang di tempat B pun, i will feel the same thing... but always remember, segala terletak di tanganNya... Rezeki, ajal, maut, jodoh semua ketentuan dariNya... bila kita di duga, apa yang boleh kita lakukan dengan meminta... bukan mengeluh... Sabar, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... B jugak yang selalu ajar ayang,kan? So minta la denganNya... Allah maha mendengar dan mengetahui, ok... love you..."


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, September 8, 2009

Tetiba

Tetiba aku rasa pening... sampai terasa nak muntah... aduiiiii... apasal ni???? :(

kerja tak siap dr tadi sbb aku dah mabuk... tido kejap tadi tapi tak selesa... senak perut aku... akhirnya bangun bukak blog...

Sumething wrong ka???


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Menjalankan tugasku kembali

2 hari cuti, bukan main sedap ko ek Cida... lepas tangan kejut suami mu dari sahur...kat umah mak, ku tetiba tak leh nak bukak mata, bole??? teruk tul... kat umah ibu, sampai nak roboh pintu ibu ketuk... hahah... ermmm mmg patut tinggal jauh dengan parents... bagi tahu tanggungjawab sikit...

Semalam sahur makan pizza je... bekal yang dia bawa balik dr sambut birthday semalam... aku tak sedap hati... takkan nak bagi Zamani makan tu je... takut tak kenyang lak dia... mcm biasa bangun kul 430... kali ni bunyik jam... ku PAKSA mata tuk buke... tak leh jadi...kang tak sahur lak laki aku... chewah macam bunyik isteri yang baik... well kena la ingat... dah la tak masak... takkan sediakan makan suami pun susah? Walaupun Zamani tak kisah... tak pernah pun minta aku sediakan makanan, but jangan lupa tanggungjawab... cukup2 la dia manjakan kokan?? Tapi semalam dia makan 2 slice je... pastu minum than sambung tido... ermmm bila aku nak beli barang dapur pun tak tahu... ahahah... dok bz je... ada je plan hujung minggu... bila nak gi je, Zamani cakap beli je... buang masa je nak masak sbb makan dua org je... makin di manja2 la yer...


Erm nest week raya... sekejap je... persiapan raya? Since aku ni selalu la sangatkan pakai baju kurung, so idoklah teman membeli... Zamani pun sama, aku nampak dia pakai baju melayu time tunang dengan nikah je... hahaha... so we all recycle balik baju tunang and nikah as raya... wei mahal ok baju tu... bukan less than RM 100... baju tunang me and Zamani, kita org habis around RM 600 plus kot... and baju nikah plus dengan tempah, more than RM 1000... ko nak pakai sekali je??? ni aku akan cube jugak pakai baju nikah aku... hahaha, nasib aku buat tu besar dan boleh di besarkan...kalau tak aku nangis kat situ!!!!


Kuih2? rasa tak beli kuih kot... umah ku tak ada kuih raya... tapi ku beli kerepek2 je yerk... siapa nak mai umah??? bagi notis advance tiga ari awal...kalau tak korang makan kerepek je eh... idok la kalau bagi tahu awal, ku sedia la apa-apa patut... megi sup ke... telor goreng mata lembu kerbau ke??? hahahh aci tak???


Oklah tu je... aku tak ada mud nak kerja... dok syok dengar lagu raya...ok jap lagi lagu2 raya akan berkumandang kat blog ni... yang pemaleh nak dload, korang dengar kat sini ok... baikkan aku, hiburkan korang...*gelak syaiton*




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-