____________________________________________________________________
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.
Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukan yang seolah-olah dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t idak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu sayacuba membantunya setakat yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
Solat sunat
puasa sunat
berzikir
bersedekah
mengusap rambut anak yatim
Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain membantu orang susah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bersyukur dengan apa yang kita miliki... ibu selalu pesan kat aku... apa yang kita dapat, mmg tak akan dan tak pernah cukup, tapi rezeki datang dlm pelbagai bentuk... jangan kedekut...Insya Allah, tuhan akan pelihara rezeki kita...
Always believe rezeki yang turun dr Allah... Dia bole memberi, dia jugak boleh menarik rezeki buat kita... dan aku percaya, walaupun sesorg tu bergaji kecil, kalau dia hidup dlm keberkatan, semua akan cukup... tapi kalau gaji kita beribu2... tapi kita tak pernah menghulur apa lagi bersyukur, sampai mati pun kerja, kalau tak di berkati, mmg tak akan cukup... so renung2kan lah dan selamat beramal...
heheheh.... cerita kat atas ni, aku rasa nak sebat balik je pungkuk cik gu tu... periksa dulu bole?? Sian budak tu...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri. 
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

Ni gaya-gaya orang yang terlibat secara langsung dalam semakan kertas exam... aku nak gelak sbb Mr Ana dari mula paper tu di buka, ada je komen dia... tulisan budak ni kecik2... mesti dia gemuk... siap suggest kat Fifi, tulis belakang paper tu... [ko gemuk eh???] Than tulisan buruk... [esh susah nak baca, failkan je... ]
Si Fifi lak satu lagi perangai... checking student spell nama Hasra...
Ni antara dua pengkritik terhebat... habis semua student diorg kondem... si Hasra lak bias gak...
Hanya aku dengan Ijat je seyes... kitaorg tanda je... janji cepat siap... ewah ada gaya ke jadi pendidik??? wink wink...
Teror tak??? Garis panjang tu tanda cik gu besar yang mark... bukan main panjang... sila tahu Cik kak Aisyah kita pun contribute sekali tenaga dlm marking paper... ha ni approval dr guru besar... nak gelak aku... semua tengah syok marking dia pun senyap2 nak tolong sama... nasib baik dia tak tulis 'A' [Cara-cara nak tulis A?]Garis sini.... garis sini... pastu tarik sini... dan nasib baik dia tak tulis 'B' [Cara-cara nak tulis B?]Buat garis, pastu buat nenen... wakakaka... kalau tak, Hasra jawab la hang dengan student hang... wkakakak...
Dan pagi ni???? Hasra berjaya... tinggal 130 lagi nak mark... tak pa... insya Allah bole... berkad doa abang Fifi, ko balik raya jugak nanti... wakakaka...