Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, November 14, 2009

Kini...

Syukur Alhamdulilla... berkat doa semua alhamdulilla aku mendapat sedikit ketenangan... mmg tak di nafikan sakitnya amat pedih... tp aku sedar ini semua telah tertulis buat kami...

Subuh seperti biasa ku bangun...ku akui aku masih rindu padanya... perut dah mula rasa sakit2... tak tahu la sudah tiba masa tuk jasadnya keluar atau kesan jasad yang terlalu lama dlm tubuh... tapi sekali lagi aku redha ketentuannya...

Tubuh ini perlu bersedia dan kuat tuk menjalankan pengeluaran Jasad Arrysa... itu yang doktor bagitahu... supaya senang dia di keluarkan... dan aku tak mahu terus menyiksa dia... dan dia perlu di kembalikan di tempat asalnya...

Permudahkan segalanya Ya Allah...

Semalam mak anjang dengan pak anjang (Bapa saudara Zamani) dtg menziarah... terima kasih... dan maaf aku tak menjawab beberapa fon call dr kawan2... sesungguhnya diri ini masih belum mampu nak jumpa sesiapa... terlalu sedih dengan kehilangan Arrysa... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...walaupun ada org yang menanggung kesakitan yang lebih dari apa yang aku dan Zamani lalui, tapi sedikit sebanyak kami terasa kesakitan itu...

Pada fizikal ku... buah dada dah semakin kembali ke bentuk asal... perut ku semakin kecil... usia kandungan sepatutnya 25 minggu... saiz perut menurun seperti ibu2 yang mengandung 23 minggu... baju2 maternity telah ku simpan walaupun jasad Arrysa masih ada lagi. Tak sanggup nak tengok...

Bila dengar suara bayi, aku mula syahdu... apa lagi kalau lihat wanita2 hamil di klinik ibu mengandung... Rayyan datang umah ibu... sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terhibur... tapi aku akui dan aku tak boleh nak nafikan melihat Rayyan membuatkan aku rasa rindu pada anak ku... harapan dan segala impian telah tiada... namun aku redha... tidak ku sesali apa yang berlaku... mmg telah tertulis segalanya... cume ku pohon kalian semua memahami apa yang aku rasa... kehilangan anak yang kami nantikan amat menyakitkan... memerlukan masa tuk sembuh sepenuhnya...

Fobia pun ada... bila ramai yang memberi harapan cube sekali lagi... aku jadi takut... adakah punca kematian anak ku di sbbkan oleh kesihatan dan ketahanan aku sendiri??? Tapi menurut doktor, tiada masalah tentang kesihatan ku. Bayi membesar sehingga minggu ke 24 sudah menunjukkan aku sihat cume masalah baby... tak tahu la... mungkin kata2 itu hanya tuk menyedapkan hati ku? I dont know... ku hanya perlu menunggu keputusan pihak hospital tentang ujian darah yang di ambil.

Ya Allah... ku bersyukur dan berterima kasih atas dugaan yang kau berikan... walaupun berat buat kami suami isteri, tapi aku tahu dan yakin akan ketentuanMu itu... ampunkan kami sekiranya kami lalai dan alpa dengan kesenangan yang Kau berikan.

Buat suami ku, Zamani... kamu satu2nya kekuatan ku...tanpa semangat dan bimbingan kamu, aku hanyut...terima kasih juga pada semua sedara mara... yang tak putus2 memberi kami suami isteri semangat... adik-adik juga... terima kasih atas keperihatinan...ibu dan ayah terima kasih sbb jaga along sebaik mungkin... berkongsi sama kesedihan...

Doakan kak long and abang long tabah menerusi dugaan ini... Insya Allah...

Zikir, istifar sebaik2 teman bagi menenang jiwa... terima kasih buat mak dengan abak juga... walau jauh di mata, ku tahu doa mereka di sana buat kami berdua.

Dan Ya Allah... peliharalah Puteri kami di sana...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, November 13, 2009

Buat Suami ku....

Terima kasih sayang... ku lupa tanggungjawab ku sebagai isteri mu... kerana terlalu sedih aku mengabaikan dirimu... maafkan daku...

Terima kasih kerana kamu masih berada di sisiku... memberi semangat, memberi nasihat untuk ku tanpa jemu... pelukanmu menenangkan aku... mengurangkan rasa rindu terhadap dirinya di sana... aku tahu dia jua akan merindui ibu dan abak selalu... maaf sekiranya aku menjatuhkan air matamu... tiada niatku... ku terlalu merindui dia di sana...

Berikan aku sedikit masa tuk tenang... air mata yang mengalir ini bukan air mata yang menghalang pemergiannya... aku cume rindukan dia... rindukan gerakkan dia yang berkongsi segalanya denganku... dan sayang... terima kasih kerana tidak seminit pun kamu mengabaikan diri ku di saat aku memerlukan sokongan dan dorongan...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Masih ada yang memerlukan aku...

Salam semua...

Bila membaca komen-komen semua aku menjadi sedikit tenang... alhamdulilla... terima kasih atas nasihat dan doa semua... walaupun ada yang beranggapan dugaan ini kecil, tapi bagi kami suami isteri ini dugaan yang amat besar...Zamani yang nampak begitu tenang hanya menjaga hati ku yang sedih... setiap kali aku menangis, setiap kali itu air mata dia turut mengalir...

Begitu juga ibu dengan ayah... semalam consider dua hari aku tak jamah apa-apa pun... macammana aku nak makan?? Hati aku terlalu sedih...selama ini aku makan tuk dia... tapi sekarang dia dah tak ada... hanya jasad yang masih lagi di tubuh ku...

Tidoku tak selena mana... setiap kali aku begerak, jasad di dlm ku bergerak sama... adakah kau idup lagi anak ku??? Tapi aku tahu dia tiada....

alhamdulilla... aku dah boleh baca Yasin tuknya... yang buat aku sedih, aku membaca surah yasin tuk anak ku sendiri... Ya Allah... berat sungguh dugaan mu... tapi aku redha... teringat pesan abak satu ketika dulu...

Kalau kita susah, ada lagi org yang susah dr kita... kalau kita rasa dugaan Tuhan ini berat, ada lagi dugaan besar yang Allah berikan pada org lain.

Aku tahu semalam semua bersedih atas kehilangan arrysah... bukan kehilangan Arysah sahaja,,, tapi sedih dengan kelakuan aku... yang sedih.... yang murung... Zamani pujuk aku makan, ibu pujuk aku makan, tapi aku tetap berdegil... tapi aku tak sanggup melihat air mata yang jatuh pada org yang aku sayang...aku tahu Zamani turut berlapar, ibu juga turut berlapar... dan aku tak patut pentingkan diri sendiri... Arysah dah tak ada... walau macamman aku mogok, aku marah, aku ratapi pemergian dia, dia tak akan hidup semula...

Dan semalam aku telah jatuhkan air mata suamiku, dan ibu... bila aku tak nak makan... tetiba aku rasa bersalah membuat mereka sedih... bila aku setuju tuk makan, semua turut makan... ibu masak fav aku ikan parang masak asam pedas... dan baru aku sedar, semua sayangkan aku...

Aku cube tuk tidak menangis.Ku kuat kan semangat... tuk suami tuk ibu...

Malam tadi aku tersedar pukul 2 pagi... terasa seolah Arysah menendang... ku bangun istifar, dan aku masih belum solat isya... lepas solat aku baca Yasin tuknya... Ibu rindu sangat dengan Arysah... rindu sangat sangat... Ya Allah jangan biarkan anak ku keseorgan di sana... peliharala Puteri kami...lindungilah Puteri kami... Dia anak yang baik... anak yang dengar kata... pelihara la dia...

Hanya ini yang tinggal... Ya Allah... tabahkan ati ku tuk semua... aku percaya akan rahmat Mu... tenang la kamu di sana sayang... kita jumpa di Jannah nanti... tunggu ibu, tunggu abak di sana yer...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, November 12, 2009

Dugaan yang berat tuk ku lalui

Salam buat semua...

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua... mungkin ada tertanya... dlm keadaan sedih macam ni pun boleh nak berbloging bagai... tapi saya hanya dpt luahkan bila menulis... saya tak banyak bercakap... saya tak tahu nak luahkan macammana walaupun Zamani banyak bagi saya nasihat tuk terus tabah... but i keep crying... seolah2 saya menetang takdir Tuhan...

Kesedihan saya tak boleh di bendung... hanya air mata peneman saya... otak saya bercelaru... bayangan baby terus bermain di pikiran saya walaupun saya cube lupakannya... dia sihat last scan yang lepas... tak ada apa yang kurang atau boleh membimbangkan... tapi ketiadaan dia yang mengejut itu buat saya benar2 terkilan...

Tahniah puan... bayi sihat... taniah puan anak puan perempuan... tahniah puan... tahniah...

Tapi semalam... takziah dari kami puan... bayi puan tak ada...

Ya Allah... luluh hati aku...aku mula menyalahkan diri bila doktor tanya kenapa sekarang baru dtg berjumpa doktor??

Aku dengan Zamani ambik keputusan tuk buat DNC di Putrajaya Hospital... senang sikit dekat dengan ibu... lagi pun cost dia swasta bergantung pada berapa lama kesan ubat... boleh menjangkau ke RM3k... tanpa baby... perlukah???

Tengahari tadi kami terus ke sana.... thanks to all family in law... anyah and che ta, fifi and hasra... terima kasih menemani dan sanggup cuti demi menemani kami... tapi tak terkuar pun kata2 ucapan itu... perasaan sedih dan binggung menyelubungi hati... sehingga aku lupa mereka di sekeliling ku...

Pada suami juga... tiada kata hanya air mata... membuatkan dia turut sedih melihat keadaan yang terlalu sedih ini... tapi aku harap semuanya faham... tolong la... sebb she still inside me... selagi dia berada dlm diri ini, macamaman aku nak lupakan kesedihan??

Jumpa doktor... buat kali ke tiga scan di jalankan... aku tak sanggup nak tengok sbb aku tahu dia dah tak ada... tapi mungkin tuk permerhatian diorg... ambik sample cecair di kemaluan... doktor seluk bahagian bawah... pintu rahim belum terbuka lagi... perlu ambik masa...

Mengikut apa yang doktor cakap, baby tak kencing (tak ada air ketuban) mungkin buah pinggang dia ada masalah... sekali lagi aku bagai di pukul... Tuhan kuatkan la semangat aku menerima semua ini... dan nasihat doktor better semuanya end up sekarang... mungkin kalau dia di lahirkan, mungkin lebih banyak masalah yang aku dengan zamani kena harungi... that the reason y god take her from us...

Katil hospital ful... lagi pun ari ni ari khamis... so nak dekat dengan weekend... so doktor suggest tuk buat over weekdays. Supaya pemantauan bole di jalankan... so insya Allah ari ahad ni aku masuk ward dan akan di beri ubat tuk kuarkan baby...

Lamakan??? Dan selama itu aku akan bawa dia ke mana-mana... tapi dia dah tak ada... hanya jasadnya sahaja... Mana mungkin aku terus terima? Bila melihat perutku aku jadi sedih... hanya jasad yang tidak bernyawa sedangkan dia telah bertemu dengan penciptanya.

Doktor tanya sama ada aku nak buat post mortem... aku tak nak siksa dia lagi... jadi ujian akan di jalankan ke atas aku... tak pa, aku redha dan rela... tak usah siksa dia yang telah tiada... cukup-cukup la... so diorg ambik darah aku... dlm 15 botol/ balang tabung uji... dah la aku susah nak dpt darah... sampai nurse tu pun cakap, sepanjang dia jadi nurse, ini kali pertama dia ambik banyak darah...

Lengan kiri di cucuk... tak kuarkan setitis darah...

Kemudian tangan kanan... hanya mampu menyimpan 4 tabung sahaja sbb tak cukup... kemudian yang lagi 11 lagi di lengan kanan...

Lemah badan... tuk tanggung sakit fizikal dan mental...

Balik aku terus baring... me and zamani feels so sad about this... we cried... im sory sayang... im not that strong... she still inside me... pejam mata pun tak lena... aku rasakan gerakkan baby dlm perut ni... dia dah tak bernyawakan so bila aku bergerak, dia turut gerak sama... macammana aku nak buat tak tahu? berikan aku sedikit masa tuk sembuh...

"Hati I hancur dan luluh bila tahu dia tak ada... tapi lagi hancur bila tengok keadaan you macam ni..."

Tuhan... aku perlukan kekuatan... aku hanya ada suami ku... dan dia hanya ada aku... berikan aku kekuatan itu...

To all reader and friend... doakan semoga Arrysa Dania tenang di sana... dan terus doakan kami terus tabah mengharungi segalanya... Dan aku harap semua berjalan dengan lancar... jangan la ada halangan kelewatan tuk lahirkan dia... sbb dia perlu di kapan dan di mandikan kerana cukup sifatnya... me and Zamani decide tuk kebumikan dia di Klang... at least senang tuk aku tengok dia...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuhan,,,, pelihara la dia di sana

Aku tak tahu nak gambarkan perasaanku... tiada ungkapan, hanya air mata... Aku sedar Allah telah menentukan segalanya... dari saat dia di jadikan sehingga la dia mati...

Aku kehilangan anak di dalam kandungan ku.... yer... baby telah di jemput oleh penciptanya... hancur luluh hatiku bila doktor bagi tahu tiada denyutan jantung pada dia... but she doing just fine that day....dan aku telah pergi ke dua tempat untuk pastikan imbasan itu tidak silap... ternyata dia telah tiada...

Anak ibu....

Dalam tempoh 5 bulan ini, kamu telah beri ibu kesempatan... merasai bagaimana perasaan seorg ibu...gembiranya hati ibu bila anak ibu active bergerak... tiap pagi... tengahari...malam... dan bila ibu marah, ibu sedih, baby bergerak seolah2 baby faham apa yang ibu rasa... tapi sepanjang malam ni ibu nangis... ibu mengharapkan respond baby walaupun ibu tahu baby dah tak ada... tapi hampa... hanya air mata yang teman ibu... baby dah tak ada....

Aku harus redha atas permergiannya... tapi berilah aku masa tuk lepaskan kesedihan ini... tiada kata yang boleh ku ungkap buat masa ni... hanya kesedihan yang tak dpt ku gambarkan... she still inside me... doktor kata process nak keluarkan baby bukan mudah sbb dia sudah 25 minggu... tambahan ini anak pertama... mungkin akan memakan masa... jadi doktor sarankan tuk buat di hospital kerajaan...mereka akan buat post mortem bagi mengetahui punya kematian... untuk apa??? Jangkaan kematian dia sudah hampir seminggu... sbb selama itu aku tak rasa dia gerak... doktor cakap muke dia kembang... air dalam rahim tak ada... aku tak tahu aku boleh tatap dia dlm keadaan macam tu...jangan di siksa anak aku...

Silap aku kerana melengahkan waktu... aku tak dpt memaafkan diri tuk itu...

Anak ku.... tenangla kamu di sana... ibu sentiasa doakan tuk kamu... satu hari nanti pasti kita jumpa...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, November 11, 2009

Anak ibu

Almost one week aku tak rasa baby tendang macam selalu... buat aku risau...

Kesihatan aku lak terganggu lately... penat sangat travel from Port klang to shah Alam, nasib baik encik suami yang drive... tapi aku mula risau sbb tak rasa dia tendang2... anak ibu geraklah macam biasa...

Cume aku terasa mcm ada benda menjalar ke arah dada... buat aku tak selesa... tapi tak selalu... kadang2... letih dan penat usah cakap... belah kanan pinggang selalu sakit2... nak naik katil pun payah... bukan sebb berat tapi sebab sakit... perut pun start dr isnin ari tu senak... macam banyak angin... sebu je kat dlm ni... tak tahu kenapa... harap baby selamat dan tak ada apa-apa... puas ibu berbual dengan baby... selalu dlm masa 5 minit baby respond, tapi kali ni tak ada... kenapa?

Malam je kerap demam... badan jadi panas. Sungguh tak selesa... kencing kotor lagi ke macam ari tu? doktor kata kencing aku kotor dulu ada sekali sbb tu aku demam... kencing ok, tak la kerap. Bila ibu berjalan, rasa perut sangat tak selesa... macam baby guling2 pun ada, macam dia jalan sama pun ada... kenapa eh???

Perlu ke klinik sekejap lagi... korang doakan semoga baby ok... me tak ok tak pa...janji dia sihat kat dlm ni...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Susah sbb punca dr diri sendiri ke? atau????

Susah la sekarang nak berbloging... nak ber FB... ada je yang tak kena... tak seseronok dulu rasanya... aku dah buat ramai sangat yang terasa... aku dah buat ramai saja yang tersentap... tapi tak ada niat pun sebenarnya... tapi aku tahu tak semua suke dengan apa yang kita buat...

Maaf kan saya kalau ada yang buat anda tersingung... tak kurang jugak kalau ada yang buat anda terlibat sama dengan masalah saya... rasa serba salah pulak jadinya...

Should i stop blogging???

Tetiba lak terpikir benda tu... tapi ini la minat aku... menulis... entah la... buat seketika may be...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tak nampak??? Bule??

Uolz tuk half year anniversary ni, aku belikan abang Jamani aku tu cookies?? Ari ni aku agak pelik, sbb dia tak call tuk ucap terima kasih pun... bukan la mengharap tapi pelik sangat...

Actually lepas dia hantar aku gi kerja, dlm setengah jam tu dia SMS...

~ Happy 6 Month anniversary... i love you and no others... *sign kiss, hug and smile*~

Mati2 ku ingat dia dah jumpa hadiah tu sbb ku letak kat atas meja solek bilik mak...

Lepas tu dia sms lagi...

~B baru nak kuar umah klang ni... tadi Zazu gaduh dengan kucing itam~

Aku macam terkujat... aik... kat Klang... jadi dia tak tengok lagi la hadiah tu... ku kepelikkan...

Sampai la dia hantar kereta abak gi service... aku siap tanya dia dah mandi ke lum... dia jawab dah... sbb aku letak benda tu kat sebelah body spary dia, gel rambut dia bagai... dia jawab dah... lagi aku musykil yang teramat sangat...

Rupanya... dia mmg tak perasan bule??? Aku balik macam tu jugak benda tu... padanla... cume tadi baru dia cakap... dia tak perasan... dia tahu benda tu dr blog... muahahah...

Suprise tak menjadi... tapi aku bangga dia ingat ari ni bulan yang ke 6.... *big smile*... ehem2... padan la dtg peluk and cium dahi beta di khayalak ramai (others AnaS)...

Anyway... aku tak tahu pun time beli cookies tu... kekecohan telah berlaku... ruponya semua AnaS tahu aku nak beli barang tuk suami ku... heheheh... semua tolong kaber line... thanks... cume Cik Yayang baru pecah tembelang... laki ku naik hangin bila aku dok ilang... hehehe... actually aku tak buget nak beli seluar maternity tu... pada hari kejadian aku tersentap sikit dengan suami ku... so dia nak baik-baik dengan aku, dia follow mana aku gi... aisemen.... time tu dah beli dah cookies... cume nak beli card ucapan ajo...payah nak lepas diri dari dia...

Boleh aku try seluar dia tunggu kat luar fitting rum... alamak!!! gi la lepak dengan adik2 mung! Dia belek2 lak baju2 mengandung... ermmmm nak tak nak beli je la... dah dia dok mengekor betakan...

Macammana aku melepaskan diri??? Buat2 tak layan dia la... hehehe... makin dekat gue makin jauh... lama2 terlepas... bila naik atas, ku sms Cik Yayang... Cik Yayang kata Zamani ai tension cari bini dia hilang dari mata... sampai member tinggi suara bukan sahaja pada Cik yayang, tapi fifi dengan Mr Ana pun kena... sampai diorg suruh Cik Yayang sms aku...jangan buat along marah bule???

Masalahnya dia tak call jauh lagi Sms... heheh... ermmm ur brother mmg gitu la... dia tak suke nak bebel2... paling tak dia buat muke ketat... tapi aku tak kisah sbb aku tak salah ma...aku ada reason sendiri kenapa aku marah dan merajuk di kala itu... tapi both of us cool when tengok barangan baby...

Aaaa.... sejuk ati... aku terus tersenyum... time dah habis beli barang, barulah Zamani bercakap dengan aku dengan nada yang agak suam suam...

Zamani :- Ayang gi mana? Ni apa?

Tanya sambil melihat dlm plastik... dlm hati jangan la ko nampak kad tukan...

Me :- Baju baby...

Zamani :- Ermmmm macam-macam la ayang ni...

Terus tariksss tangan ai, cium kepala....mak cik suke... org kata kalau gaduh ni the best part bila dah baik... rasa dunia ni milik aku yang punya... wakakak...

Tapi ku pelik bila Cik Yayang cakap Zamani mula tinggi suara pada semua... heheh takut juga oooo, buat dia maki aku sbb menghilangkan diri... seyes aku balik shah alam jalan kaki... lantak ar... muahahah... tapi tak punnnnn *gaya Che Aisyah*

Oh Mr Ana... bukan main yer... nak wakaf famos amos tu eh, sbb kak long dengan along sudah baik??? Heheheh terbocor sudah tembelang... rupanya semua perasan eh aku dengan Zamani panas that day.... padan la time kitaorg berpimpin tangan diorg gelak2... cakap-cakap... ku ingatkan cakap2 biasa... rupanya kata Cik Yayang... diorg perli... cheh!!! Pandai kaber yer??? Ni semua salah Encik Zamani la... bukan salah kak long... hati kak longkan lembut bak sutera... wakakak sila muntah darah semua....

Dah nak rehat... dadadadada!




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Half year Happy Anniversary

NOTA DINDING TUK ARI INI... TENGOK2 LA KOT2 ADA ENTRY BARU KAT BAWAH NUN...

Kecoh kan??? Baru setengah tahun, bising macam lama bebenor kawin... biarlah aku nak buat laki aku berbunga cinta kat dlm hati... sekurangnya dia tahu bini dia ni muke seyes nak mati tapi jiwa dan kasih sayang tuknya sorg... ewah! This relation jauh lagi nak melangkah... sebagai manusia aku berdoa agak ikatan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat kami berdua... tapi Tuhan menentukan segalanya... kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari... so aku hanya melakukan sesuatu yang terbaik dan aku harap cara ini cukup membuat suami ku tersenyum... Neena pasti buat muke kat aku... hahah aku nampak Neena!!!! aku yang dah 5 tahun kawin tak kecoh macam dia ni... wakakak... udah ku bilang... gi la tengok entry anniversary lepas2... aku tahu benda ni aku boleh kira kejap je... sbb tak ada kerja aku nak kira tiap bulan... lepas 12 bulan, lost counting punya la... tapi selagi aku bole ingat tak salah kalau aku nak abadikan di sini...jadi aku harap korg faham yer...



To this special man...

How do i begin to tell you how lucky i am to have you in my life? I'll start by saying what an honor is it for me to be ur wife. You're my best friend in the good times and my rock in times of sorrow.Youre the reason for sweet yesterday and my promise for tomorrow.I never though i could feel this loved until i become your wife. you make this year and every year the best of my life...

I love you and you are best thing happen in my life...semoga ikatan ini bukan sahaja kekal tuk 6 bulan lagi, tapi kekal tuk selamanya...



How do I,
Get through the night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?

Oh, II need you in my arms, need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,
Baby you would take away everything good in my life,

And tell me now

How do I live without you?I want to know,
How do I breathe without you?If you ever go,
How do I ever, ever survive?

How do I, how do I, oh how do I live?

Without you,There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.

And I,Baby I don't know what I would do,
I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,
And tell me now,


How do I live without you?I want to know,
How do I breathe without you?If you ever go,
How do I ever, ever survive?How do I,
how do I, oh how do I live


If you ever leave,
Baby you would take away everything,
I need you with me,Baby don't you know that you're everything,
Real in my life?And tell me now,





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, November 10, 2009

Hadiah kecik ingatan tuk suami

Encik Zamani telah give up tuk menghadiahkan bininya hadiah sepanjang monthly aniversary... aku pun rasa cukup la slama 3 bln dia bagi bunga sebagai tanda ingatan. Aku je, wish... hahah itu pun kalau ku hengat la... tapi so far mmg ingat tiap bulan... cume bulan ke 6 ni special sikit... sbb half year... konon macam lama la... wakakak... and secara tak langsung 29 Nov ni, genaplah perkenalan kami selama setahun... PERKENALAN ya... di lamar mak cik on 29 Nov. Saat 29 Nov tu ler bunga2 cinta dlm hati... u can not sleep, i can not eat gitu... ah ku tetiba rindu saat kegedikan ku di kala itu... wakakak...

Ok ini la plan yang aku katakan tu... haisemen susah betul la mau terlepas dr ini Encik Jamani... asal aku nak kuar je dia nak hantar... tak tahu bilanya aku bole gi sendiri, nak order cupcake dengan kak pnut... tapi kalau boleh nak quantiti yang sikit... dlm 6 ketui ka... tapi mana kak pnut nak buat... menyusahkan dia jer... tak mo tak mo...lagi pun last minit...ko nak kena fire...heheh jangan mara naaaa kak Pnut.

Since hari kejadian, aku tersentap dengan suami ku itu, maka ini la peluang!!! tapi tak menjadi sbb semua nak ikut... so terpaksalah cik yayang menerangkan apa yang berlaku... so semua adik2 ipo ku jadi kefahaman kenapa aku nak ke jusco bukit raja... sbb nak belikan suami ku itu sesuatu tuk hadiah anniversary... bukan hadiah tuk memujuk... tu senang je... hahah velagak tak hengat.

Sampai Jusco ku meluru ke Famos Amos... dia lak biasalah sayangkan bini, dropkan aku dulu... itu dia! peluang.... lari lari gi cepat sblm dia sms tanya kat mana! Cik yayang bagi dpt mencium keberadaan aku kat mana... ngeh ngeh ngeh... dia sampai je, laki ai dah sms

~ kat mana?~

Secepat kilat ku jawab tanpa berfikir dosa pahala... hahaha... tak pa tipu sunat

~Toilet~

Aku terus suruh Fifi jumpa Zamani tuk alihkan pandangan laki ku itu... anyah pun terlibat sekali... and for me ku pun pilih la.... since Encik Zamani suke dark cookies, so addition charge la tuk dark cookies tu... chinta punya pasal ku sanggup...alah... bukan yearly anniversary punkan?

Dalam bayar tu, aku pusing je Zamani kat belakang aku... hahah nasib Cik Yayang pegang paper beg Famos amos tu... muahaha...tapi Encik Zamani sudah nampak daaaa ku tengah masukkan wang... cheh! Tapi ku control jua... harap dia tak nampak...satu masalah lagi bila dia berada kat sisi aku... alamak!!! nak beli card ni... macammana lak ni... cube mengelakkan diri sampai dia tak ikut... tapi menurut Cik Yayang, Zamani sudah naik hangin sbb aku ilang... opsss... bersms la aku dengan Cik yayang... tengah pilih card!!! tengah pilih card...

Tak ada lak card yang berkenan di hati....tapi still cari jugak... akhirnya jumpa... Cik yayang dah gelabah siap cakap

~Along dah naik hangin ni... macammana???~ Lebih kurang halal la bunyiknya.

Aku bayar kad cepat2... than lari kat tempat baby...

~BAgi tahu aku kat tempat baby department...~ Tu la yang terjebak beli baju tuk baby.

So ini la yang ku beli tuk en suami...



Since my husband suke dark cookies, maka itu je la hadiah buatnya....

Macam berkenan je dengan kotak ni,kan? kan? kan?heheh ada makna ko ni cida oiiii

Aku suke kad ni... ucapan yang sangat romantis! Awwww i like!

lagi.....

Lagi....

Dan lagi....

esh di kala aku taip entry ni, rimas aku dengan laki aku yang curik2 nak tengok... hahah esok pagi aku pun tak saba nak suprisekan dia... hahah suprise la sangat... veranggan je... tak pa... dapat ciuman extra extra pun kira alrite... akak rela... wakakakak....

Semoga ikatan ni kekal abadi... welll sori yah... aku letak gambar ni... zaman jahiliah ku... wakakak... ampun eh En Zamani... alah gambar ni dah ada dah lama kat entry lepas2... oklah... mau tido... mengantuk... aku telan ubat selsema... tu yang tak tahan mata ni...daaaaa



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-