Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Movie....

Semalam sepatutnya nak gi Suneay pyramid dengan Suri... tapi last minute Suri cancel sbb nak luang masa bersama suami tercinta... heheheh... seronok tuk org kawin ni eh... berdua je... so tak pa la... since aku pun rasa sesuatu kalau tak kuar dengan budak Shah Alam tu,kan...kuikuikui

Sblm balik kerja, Ym dengan Zamani... since dia banyak kerja kat opis, tak sampai hati (Puiiii) nak ajak dia tengok midnite...padahal itulah rutin kami..weekend giler2 kuar sampai tak mo balik... hahahah... konon la,kan jadi bakal isteri yang suci...


"Tak nak la... nak tengok jugak fast and furious! Kalau ayang tak mo teman, B gi sendiri!"

Chewahhhh merajuk la pulak... hehehe... so kul 9 aku ambik dia... sampai cinelaisure mak datuk, parking ful, nak tak nak kena la parking the curve... jalan sikit... banyaknya umat nak tengok fast and furious! Wei korang tak ada cerita lain nak tengok ke? ewah ewah...


Tengok2 Fast and furious full house... habis dah sampai situ buat apa? tengok la cerita lain... pilih punya pilih... kitaorg tengok cerita "knowing".... Zamani nak tengok cerita ni dr last week lagi... tak dpt sbb mengalah dengan aku tengok cerita "Confessions of Shopaholic"... bagus jugak la cerita knowing ni... tapi ending mengarut... tengok la eh... aku malas nak review ke apa cerita tu... tapi sound and animation dia mmg real habis! terkedu aku jap... yang lawak org sebelah aku (yakni Zamani la) mengucap bila since2 yang mencemaskan tu... mmg real!


So kami yang gatal telah membeli tiket fast and furious pada malam ni... pukul 11:30 malam... sila ketahuan.... DAN PAGI INI!!!!!!! aku tersedar 12:30 Malam ada game!!!! Fulham dengan Liverpool! OMG! macammana leh tak teringat ni... oh no!!!!! chewah emo! Aku rasa Zamani pun tak teringat ni... hari ni nak gi Nilai... nak beli cenderamata tuk majlis nikah... Majlis sanding bakal MIL uruskan...*pusing pusing menari*... so tang majlis sanding tak perlu nak di khutirin! Majlis nikah je... erm aku beli yang biasa2 je la... sbb majlis nikah je pun... kang kalau nak hadiah hebat, sila dtg majlis sanding eh... chewah macam hebat... heheheh...



VS


Mana satu jadi pilihan? Of coz Liverpool! Kalau tak beli tiket tak pa la jugak... ni dah beli dah... haizzzz... macammana ni? Salah Zamani la ni... eheheheh....aku sebut masa dia ok je... kan tak leh nak tengok...

























The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, October 14, 2008

Filem Sepi

Sekarang astro box office kuarkan citer Sepi... channel 951 kalau tak silap... ooo jangan tak tahu bapak ku langgan chancel tu semata tak mo anak2 dia kuar tengok wayang... can not help la father... kadang2 lama la nak tunggu...

So semalam waktu lepak layan entry blog,kan... tengoklah... meh kita review... zazzzzz

Sinopsis

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Ulasan aku.... sediakah mau dengar...

Si Didi tersedu sedan lepas citer ni... dia kata sedih... wa relex je tengok... mungkin tak menghayati, mana nak pikir buat ayat semua,kan? Tapi jalan cerita dia sangat menarik la... tapi tak semenarik Ayat-ayat Cinta ok! Ngeh...ngeh...ngeh... FINAS sila tembak Suki sbb dia mengagungkan filem Indon! Pang...pang kena tembak.... ~ ok dah mengarut~

Macam mention kat atasla,kan 3 watak... boleh di simpulkan ketiga2 watak hidup dlm sepi... ~mmg la Suki... kalau tak takkan nama filem tu SEPI!!! Ngokkkk~

Aku dapat rasalah... tanpa cinta hidup confirm SEPI... korg bayangkan korang duduk dlm hutan... tentu gile kan? Bagi aku filem ni menunjukkan rasa kesunyian dan kesetiaan... sedih watak Iman tu... walaupun sewel... heheh rupanya BF dia tu dah mati... selama ni dia bual semua tu dengan Roh atau bayangan BF dia je... buat suspennnn je... dlm masa yang sama ada lelaki sukekan dia... buat penat aku je maki2 si Pierre Andre tu... hahah jantan tak gune semua... emo ok! Jangan tak tahu... ruponya hantu... hahaha...

Watak adam? Oklah... rasa faham kot... sbb aku pun sama dengan je... dia dok risau pasal jodo dia... tak kawin lagi... bila berkenan kat org, org tu lak nak kawin... until dia tunang dengan kawan adik dia yang agak giler... ush jangan la aku macam tu... kot yer terdesak pun,kan? Biar la betul pun... eh tapi suka la lelaki yang romentik ni... siapa tak sukekan? semua suke... so guys out there... di alu2kan tuk anda bersifat memahami perempuan sikit yeh...kalau suke kejar la... jangan la tunggu ia ada depan mata... takkan perigi cari timba pulakkan?

Watak si Sufi... mmg setia... setelah kematian isteri dia jatuh cinta dengan isteri org lain... contoh tak elok... yang perempuan tu pun kot yer la tak leh nak mengandung pun, tak yah citer nak anak... dah tu si mamat ni sanggup buat apa je as long dia dpt perempuan ni... sampai dia sanggup ok langsaikan hutang suami perempuan ni... dengan harapan dpt la kawin dengan perempuan ni,kan... ha! kuasa Allah ko bayar hutang org tu, perempuan tu mengandung... so gigit la jari kaki... tapi dia tetap tunggu perempuan ni di tempat diorg first jumpala...tunggu punya tunggu dan perempuan ni tetiba mai datang setelah Sufi ni mati... Siap tinggal pesan tuh kat anak dia... so anak dia la yang bagi tahu perempuan tu ayah dia sentiasa menunggu... tang tu para isteri jangan la dok buat macam tu kat suami... aku tak kawin lagi nak advice pun tak leh... so pikir la sendiri...

Semalam aku tak menghayati sangat la... mungkin kalau duduk focus mungkin sedih la kot... tengok si Didi apa ke hel mencurah2 air mata... tu tak masuk kak nam sorg tu (MIra) mau melalak over2.... apa pun aku rasa cerita CINTA best lagi kot... ngeh...ngeh...ngeh... director yang samakan?!

Sori tak ada gamba yeh... sbb aku dengan Didi je tengok... mak ayah aku dah ZZzzzzzzz... penat makan semalam banyak attand umah terbuke...

Ok tengoklah Vedio klip ni yeh...





The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-