Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, October 14, 2008

Filem Sepi

Sekarang astro box office kuarkan citer Sepi... channel 951 kalau tak silap... ooo jangan tak tahu bapak ku langgan chancel tu semata tak mo anak2 dia kuar tengok wayang... can not help la father... kadang2 lama la nak tunggu...

So semalam waktu lepak layan entry blog,kan... tengoklah... meh kita review... zazzzzz

Sinopsis

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Ulasan aku.... sediakah mau dengar...

Si Didi tersedu sedan lepas citer ni... dia kata sedih... wa relex je tengok... mungkin tak menghayati, mana nak pikir buat ayat semua,kan? Tapi jalan cerita dia sangat menarik la... tapi tak semenarik Ayat-ayat Cinta ok! Ngeh...ngeh...ngeh... FINAS sila tembak Suki sbb dia mengagungkan filem Indon! Pang...pang kena tembak.... ~ ok dah mengarut~

Macam mention kat atasla,kan 3 watak... boleh di simpulkan ketiga2 watak hidup dlm sepi... ~mmg la Suki... kalau tak takkan nama filem tu SEPI!!! Ngokkkk~

Aku dapat rasalah... tanpa cinta hidup confirm SEPI... korg bayangkan korang duduk dlm hutan... tentu gile kan? Bagi aku filem ni menunjukkan rasa kesunyian dan kesetiaan... sedih watak Iman tu... walaupun sewel... heheh rupanya BF dia tu dah mati... selama ni dia bual semua tu dengan Roh atau bayangan BF dia je... buat suspennnn je... dlm masa yang sama ada lelaki sukekan dia... buat penat aku je maki2 si Pierre Andre tu... hahah jantan tak gune semua... emo ok! Jangan tak tahu... ruponya hantu... hahaha...

Watak adam? Oklah... rasa faham kot... sbb aku pun sama dengan je... dia dok risau pasal jodo dia... tak kawin lagi... bila berkenan kat org, org tu lak nak kawin... until dia tunang dengan kawan adik dia yang agak giler... ush jangan la aku macam tu... kot yer terdesak pun,kan? Biar la betul pun... eh tapi suka la lelaki yang romentik ni... siapa tak sukekan? semua suke... so guys out there... di alu2kan tuk anda bersifat memahami perempuan sikit yeh...kalau suke kejar la... jangan la tunggu ia ada depan mata... takkan perigi cari timba pulakkan?

Watak si Sufi... mmg setia... setelah kematian isteri dia jatuh cinta dengan isteri org lain... contoh tak elok... yang perempuan tu pun kot yer la tak leh nak mengandung pun, tak yah citer nak anak... dah tu si mamat ni sanggup buat apa je as long dia dpt perempuan ni... sampai dia sanggup ok langsaikan hutang suami perempuan ni... dengan harapan dpt la kawin dengan perempuan ni,kan... ha! kuasa Allah ko bayar hutang org tu, perempuan tu mengandung... so gigit la jari kaki... tapi dia tetap tunggu perempuan ni di tempat diorg first jumpala...tunggu punya tunggu dan perempuan ni tetiba mai datang setelah Sufi ni mati... Siap tinggal pesan tuh kat anak dia... so anak dia la yang bagi tahu perempuan tu ayah dia sentiasa menunggu... tang tu para isteri jangan la dok buat macam tu kat suami... aku tak kawin lagi nak advice pun tak leh... so pikir la sendiri...

Semalam aku tak menghayati sangat la... mungkin kalau duduk focus mungkin sedih la kot... tengok si Didi apa ke hel mencurah2 air mata... tu tak masuk kak nam sorg tu (MIra) mau melalak over2.... apa pun aku rasa cerita CINTA best lagi kot... ngeh...ngeh...ngeh... director yang samakan?!

Sori tak ada gamba yeh... sbb aku dengan Didi je tengok... mak ayah aku dah ZZzzzzzzz... penat makan semalam banyak attand umah terbuke...

Ok tengoklah Vedio klip ni yeh...





The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

4 comments:

Anonymous said...

owh gOd!
cite ni mmg best!
mmg nangs ar tgk ctr ni..
nak tgk lg!

Suki Cida said...

hanim - alamak... yer ke sedih... kena tengok sekali lagi ni... hehehe

Anonymous said...

Citer best! sebab dorg satukan semua watak berjumpa kat accident tu..
-ZY

Suki Cida said...

zy - adeh... sedap yek... prefer filem cinta kot...hehehe