Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, April 10, 2008

I wonder...

Adik aku call minta aku temankan dia jumpa wedding planner dia malam ni.


Pida datang kedai kak Mimi malam ni, ada benda yang kak mimi nak bincangkan. Jangan risau bukan pasal duit atau apa.

Aku terpikir apa halnya? My sister is getting married next month. Well tak baik nak burukkan org, but setiap kali kami dapat msg dari wedding planer dia ni, ada je tak kena. Ada je yang dia request. Baru2 ni dia kata ada org nak kawin sama tarikh dengan adik aku. The gal insist to have her, takut jugak dia nak gantikan mak andam lain pulak. Dia janji siapa cepat dia dapat... mana la tahu perempuan tu offer dia lebih dari kami. Janji tetap janji. Tak baik aku ni, mungkin dia ada design baru untuk adik aku ke? Harap-harap la. Doakan ok... semoga tak ada apa yang berlaku. Tarikh semakin hampir dah ni.

Credit card A.K.A Kad Hutang

Uh... tention betul bila banyak guna credit card. Memula memanglah seronok. Beli je tunjuk kad than sign... tak pa hujung bulan dapat statement bayar minimum payment... Balance gaji boleh buat simpanan...

Well semua tu hanya menjerumuskan kita berhutang. Sekarang aku dah sedar... benda tu bukan mendapatkan sebarang untung tapi bala. So aku stop using credit card. Only used kalau dalam keadaan yang terdesak.

Dan paling teruk bila kena bayar annual fee.... kawan! bukan murah.... RM 160... tak pakai kena bayar annual fees tu? Adeh.... makin bertambah2 la hutang. So aku call this bank in order to wave the annual fees

Operator : Yes cik Shida ada apa yang boleh saya tolong?
Me : Yah, Boleh tak saya waive annual fees?
Operator : Oh boleh tapi sebelum tu izinkan saya memberi sedikit maklumat tentang pakej baru
kami....

And sumpah! Bukan maklumat yang sikit.... panjangnya Tuhan je tahu... citer apa lagi pakej insurance la.

Cik Shida tak akan dapat pakej ini mana-mana Syarikat Insurance la.... Cik
Shida akan dapt pulangan 50 % la dari pembayaran dalam tempoh 3 bulan la....
ect..ect...ect.

Terus mendengar dan mengiakan sahaja.... sehingga satu tahap dia kata...."Ok kat mana saya bole hantar polisi ini?"

Aik... nak hantar polisi? So aku pun bagi la alasan... pernah terjadi bila aku benarkan diorg buat installment pasal insurance aku... janji kata boleh dapat duit aku balik.... haram!!! sejak ari tu mmg serik. So bila bertegang urat dengan perempuan ini dia pun transfer aku kat deparment yang bole waive annual fees.

Satu lagi bala.... bila diorg kata bole tapi potong 50% je... so still kena tanggung RM 80. Dan bagi aku 2 voucher. Apa yang aku buat Voucher ni berharga RM 30 - RM 300... so dua voucher ini akan di beri dan aku kena gores voucher tu, so berapa yang aku dapat, aku akan fax pada diorg dan mereka akan potong. Di samping tu kalau aku belanja, than nombor terakhir resit sama dengan no terakhir credit card aku, aku akan menang hadiah wang tunai.

Well to play save... mmg la bunyinya indah. Kalau aku gores 2 voucher tu, kata la satu voucher minimum RM 30 so tambah jadi RM 60. Aku still kena bayar RM 20 tu. Betul tak? Aku reject offer tu... so perempuan tu kata aku akan rugi. Yerlah kalau voucher tu berharga RM 300 senang2 je aku dapat duit.... itu kalau dapat? kalau tak dapat. Mana tahu gores than dia tulis "Cuba lagi" kena bayar RM 80 tak pasal2.

Macam terkejut je minah ni... agaknya aku la pelanggan pertama yang tolak offer tu... siap kata, "Jadi cik Shida tak nak voucher ni? Nak jadi pemegang card secara PERCUMA?" Perli aku la tuh... peduli apa? "Kami akan bagi voucher cik Shida pada pelanggan kami yang lain..." Silakan... dengan besar ati ku.... :D

Yahoooo!!!!

Ok... banyak nak citer... mungkin ini agak membosankan, well aku tak paksa siapa nak baca, rasa2 boring ok bole stop reading.... malas nak bukak satu persatu. Kalau tengok blog aku, tiap hari ada cerita... ini la rupa org yang tak ada kawan. Wakahkah....

  • Cerita pertama......

Uhhh apa ini? Sesuatu je..... apa yek benda alah ini....

TADAAAAAAA......

Thanks to May Chua.... for balanja me TAUFU FA....

Yum.... my fav.... syokkkk

My boss gi holiday kat Jepun seminggu... hahaha... tak pa la bos, rehat cukup2. Pening kepala dia bila staff macam kita org ni... sehari suntuk aku depan internet surfing, chatting kerja melambak2... kena tengking buat kali ke dua baru ko tahu cida dunia ni macam mana.

  • Cerita Ke dua...

Company aku perlukan pekerja terutama untuk customer service... so aku la org yang di tanggungjawabkan tuk iklan surat kabar, dan berurusan menerima resume dari calon2 yang berkelayakan. Cuma aku terkujat sekejap bila terima resume ini... lain dari yang lain... kawan aku tengok pun dia gelak guling-guling... sama ada itu format terbaru atau pun sbb format itu dia dapat kerja.

Nampak ok... pada awalannya... but tak tahu kenapa perlu letak nama anak dan suami... and yang best suami dia pun kerja di syarikat fowarding and shipping. Aku kenal sbb company aku ada deal baik punya dengan that company.... so continue to second page.

Adik beradik yang juga ada background in fowarding yang menguatkan lagi dan cukup menerangkan bahawa this girl tahu selok belok tentang fowarding services. Tunggu rezeki kot diorg boleh bukak company fowarding sendiri. Ok that fine with me... kalau aku jadi bos aku akan cakap "Oh this gud..." Nasib baik dia tak tulis apa yang dia nak anak dia jadi... may be anak pertama , ambition is to be CEO of XXX Fowarding Sdn Bhd, Anak ke dua CEO of XXY Fowarding Sdn Bhd, ect..ect... lucky itu tak terjadi... so next page....

Dan dia betul2 ada pengalaman yang mendalam dalam bidang ni... tak di nafikan aku sendiri setuju bila tengok pengalaman yang dia ada. Tapi sayang bila tengok REFERENCE.....

She put husband dia dan kakak dia sebagai rujukan tuk kami. Persoalannya :

  1. Diorg akan bagi pujian tentang kerja dia kat rumah ke? Opis?
  2. Adakah diorg akan bagi tahu kelemahan dia? Skill dia buat kerja, cara pengurusan opis atau rumah?
  3. Pengenalan family dia, adakah mempengaruhi kami tuk menerima dia? Rasa-rasa will she loyal to the company or not?
  4. Well mmg company aku ni agent and company keluarga dia kerja adalah company yang besar2. Company aku mengunakkan perkhimatan syarikat diorg untuk pnghantaran, simpanan barang dan sebagainya. Kalau dia kena mara macam mana aku kena marah, rasa2 ada tak buat taik kat company aku ni? Bagi tahu kakak dia yang kerja sebagai operation Officer what have we did, and so on?

Secara kesimpulannya, apa dia buat ini tak bijak sebenarnya. I dont know apa yang bos aku pikirkan, may be my bos boleh hire dia, tapi my point of view apa-apa pun peluang yang ada adalah berdasarkan diri sendiri dan bukan pada siapa keluarga dia sebenarnya.

  • Cerita terakhir

Erm ni tak la best tapi sejak aku dapat gelang ni... aku dah tak pakai gelang lain. Mungkin ia terlalu istimewa. Kalau nak tahu aku ni pengemar aksesori barang2. Gelang, rantai, cincin... apa-apa sahaja... since aku bercerita dengan kakak aku, dia nak tengok macam mana la punya best gelang ni.... biasa je... tapi tak ramai yang mampu beli aku rasa.... harga dia? 40,000... siapa yang mampu beli? Sbb tu sayang kot... kahakahakah.... 40,000 ruppiah daaaa....

No answer kenapa aku suka pakai gelang ni. Sejak dapat gelang ni, aku sentiasa pastikan aku pakai. May be it from someone yang aku hargai Ha! itu la kot jawapannya ....gelang biasa. Buah tangan dari Indonesia. Aksesori aku yang lain buat perhiasan bilik je. :)

Wednesday, April 9, 2008

Only you!

Terlebih dahulu, tengok pic ni, pokok tumbuh di atas bangunan... heheheh pelik ek... tapi tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak citer ni.

First of all thanks to my big sister.... hahah kerana membasuh otak ku ini menjadikan ia semakin luas dan lebih terbuka. Tak perlu la di ceritakan secara detail apa terjadi, tapi i had small fight with pak arab and aku telah buat sesuatu keputusan yang sangat bengong ar... tak matang kata org. And sis, thanks for the 'bebelan mak limah' kui...kui...kui

My sista advice :-

  • guys give up ler, bila dah penat sg memujuk
  • I tink theres a problem of trust in ur relationship, kena settlekan dat dulu
  • N juz bcoz dia tak pujuk merayu giler babang, tak mesti dia ada prpn lain sometimes guys get tired..
  • dont u tink u have to work on this relationship.. rather than nak putus everytime ada problem?
  • Trust problems... dis is a common problem.. but most couples work it out
  • Rather than cakap nak putus.. i tink u shd talk abt how to make it work.. how to make you trust him again..
  • But last nite, takde bukti kan yg dia tipu... just ur suspicion sbb sms delivered
    kalau betul dia benar, dont u tink it's a waste to throw away d relationship over an sms?The point dat im trying to say is this.. walaupun takde ikatan, we must be careful.. jgn terlalu cepat utk putuskan hubungan is the reason behind it big enuff to end a relationship
  • Mcm mana kalau you sendiri yg terbuat silap... wud u want d guy to end it becoz of a mistake u did? no doubt.. mmg ada mistakes yg kita tak leh maafkan and we end d relationship so i leave it to u to decide..
  • i tink he knows u better, mulut je berbuih mintak putus hati kata lain
  • hang kena lah ada sayang dgn hubungan ini.. tp sayang je tak cukup.. kena ada usaha kalau dia sorg je yg usaha.. tak ke mana.. dua2 akan kecewa nanti.Sori lah cakap byk.I juz tink u both are good together u juz need some work on it

Well i dont have to decide. It my fault apa. Aku terlalu ikut emosi sangat sampai kadang2 tak pernah nak terfikir apa org lain rasa... bad cida!

So bila kena basuh, than aku terpikir kejap. Tetiba pulak bunyi fon, ruponya pak arab. Dia call dengan suara yang biasa je than tanya aku satu tempat kat Klang. Dia nak pergi. So bila dia kata dia nak gi Klang, aku dah buget dia nak jumpa aku. Dia offer but aku tak nak... jual mahal. But pikir balik sian dia, apa salahnya kalau kuar makan? So aku purak-purak bual dengan dia. Tak minta maaf lagi (keras nak cakap). Bual dan terus berbual. Sampai dia pergi ke Shah Alam balik (dah masuk Klang on the way ke Shah Alam). Dari dia terus jalan jauh, aku terus cakap "jom lunch, i belanja... kita couple balik ar..." Uhuhuhu memang kena sebat dengan kakak aku.... to me if he agree ok la... kalau tak than buat tak tahu. Than dia pulak,tanpa pikirkan masa depan dia sendiri, dia terus jawab "Cadangan you tu i setuju" dan aku balas "Ok cadangan i tutup" and kita gelak....

So dari Shah Alam, dia patah balik masuk Klang.... berdosanya aku.... bila sampai klang....

Menunggu kemaafan dari mulut aku... tapi tak terkeluar... eksen than gelak bila gambar ni aku ambik...

Alah buchuk... buchuk... sajer buat muka when i said "i'm sorry". Ya Allah... macam nak kuar mas dalam mulut aku ni nak minta maaf atas apa yang terjadi...tapi macam kakak aku cakap, kadang-kadang kena mengalah. Nak pujuk lebih2 sori ar. Nasib baik dia ni cepat cool. YAng tak tahan bila dia cakap " I kenal you almost 3 year... dah cukup kenal perangai you and i tak ambik ati pun apa you dah buat." So touching arrrr chayang!

So we lunch kat depn opis aku je.... bos aku ada daaaa. Tu yang susah. So we went to....

Bukan kedai Fujifilem tuh... heheh KFC aje... ok la kot, makan mamak je bosan jugak. Bak kata pak arab "Pak cik you suruh kita makan kat kedai dia... tu tersengih je dia nampak u" Kureng tu!

So he had

Original dinner plate (walaupun belum dinner lagi :D)

And for me, i had

Spicy Snak Plate... dua kepak special untuk ku....

Lepas hajat semalam puasa, bos aku belanja opis mate makan MCdonal... tention je bau buger satu opis... perut aku dok bunyi... ingat nak gi McD, tapi pak arab mmg suka makan ayam ni... kalau kawin dengan dia ni senang je, goreng ayam, dia akan makan dengan kicap. Hahaha macam bebudak yek tak yah susah2.

So waktu balik terserempak pulak dengan bos aku... dia nak turun aku naik. Di sebabkan fon pak arab aku charge kat opis aku, so dia ni ikut aku naik pulak. Than bos aku intercom aku setengah jam selepas tu. Dan tanya

MY bos : You know the guy yang naik tadi tak? Glubbbb alamak

Me : Yah my friend

MY bos : Is he with you rite now? (Perh gua dah cuak dah)

Me : No la. He left already. Y?

My bos : You ah, your boyfriend also you dont want to introduce. Your boyfriend rite?

Dengan malu-malu khinzir aku jawab , No la he's my friend...

Bos aku gelak... pastu aku dengar lak suara hati bos aku melalui intercom tu...

YAHHH RITEEEE.....

Our pic today... :D yeh kita dah baik... esok lusa gaduh balik... kwang...kwang...kwang

One more thing, semalam macam nak rak aku marah diakan? Ingat dia gayut, tadi sempat aku check fon dia... call register in and out dia tuk semalam... clear, no call in and out made by him yesterday... jahatnya aku... dia cuma cakap

"Now you trust me?" Glubbbb insya Allah

Tuesday, April 8, 2008

Bicara lagi pasal kerja

Hangin satu badan... susah betul la... kali ni aku pening pasal nak mohon lesen pengangkutan dan perkapalan (kan...ayatku skema). Since 1972 kita apply at kastam, tak ada pun banyak songeh... actually company ni establish 1972, so kalau aply ikut akta i guess back to 10-12 year la.

Kali ni nak renew 1001 benda yang kastam nak. Kali ni nak approve capital from SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia)... well aku pelik kejap. Diorg ni patut lebih bijak menggunakkan otak dari aku sbb diorg dah banyak luluskan lesen syarikat-syarikat. SSM hanya keluarkan Penyata Akaun untuk SDN BHD... nak ke aku terangkan SDN BHD ni apa? Yang ada pemegang saham. Company aku enterprise. Buat akaun pun hanya untuk tatapan bos yang tercinta.

Pegawai ni tanya "Mana saya nak tahu capital ni betul ke tak? kalau awak tengok untung rugi(Profit and loss) dengan penyata kira-kira (Balance sheet) awak tahu capitalnya berapa?"

I was like.... uh... ni soalan ke apa?

AKU :"It inside the Balance sheet la, kan?" Dalam hati aku takut jugak... format dah tukar ke?

DIA : "Cuba tengok kat balance sheet, saya tanya awak capital tu show kat mana?Awak tahu ke mana capital bila tengok balance sheet tu?"

Something wrong here. Sama ada mata dia, atau aku tak letak. Aku tengok copy yang ada kat tangan aku. Kan dah tertulis bahagian equity :

REPRESENTED BY :-

CAPITAL RM XXXXXX.XX

Lor itu apa?

AKU : "Faham, tu bahagian represented tu. Capital kan dah tunjuk?"

DIA : "Ok... tapi awak tak boleh hantar macam ni. Tanpa pengesahan Certified True Copy."

Pulak da...bala lain pulak yang datang. Hanya tak ada certified true copy ko tak nampak capital tu? Aku pun blur.

Bila aku bagi bos aku tuk sign paper tu, dia panic sbb kalau bagi diorg benda ni, sure income tax dapat tahu... erm minta pendapat auditor aku lak... the thing is one copy dah pun kat tangan sana. Nak ubah macam mana? Aku tak bagi dia tengok pulak. Main hantar je. Tapi ari tu pegawai tu kata dia nak penyata akaun aje, tuk reference dia. Aku hantar je la sbb kawan aku sorg ni kata nak pakai urgent. Aku pun bagi je la.Tapi kali ni? Adeh siapa lak menjawab? Aku jugak la ni.

Pengubahsuaian / Renovation

Ini la rumahku yang memerlukan pengubahsuaian ( fuyooo ayat). Tiga kereta dalam satu tempat. Selalu kereta aku, ayah ku dan juga adik ku akan berhimpit macam ni. Tu aku parking tak betul, kalau nak masuk kereta 3, aku kena parking kereta tu lurus dan belakang kereta ayah, is my sister's car. Kecik dan sempit kan?

Zoom sikit... ini la umah ku.... teruk yek? tak pa... dah biasa... dengan warna pinknya... aku selalu pejam mata je kalau nak masuk umah...kwang...kwang...kwang

So....rumah ku baru mula buat renovation, patut mula selasa lepaskan? Well banyak benda yang tergendala dan hari isnin lepas baru buat. Kebetulan hari jumaat lepas kerajaan yang telah pun menang pilihan raya telah betulkan jalan rumah aku... maklumlah kereta kat taman umah aku semua pakai kereta besar, berat2 sebab tu la jalan tu jadi teruk. Banyak lubang sana sini. Jadi tak payah la kita org risau pasal keadaan jalan. Tapi sayangnya diorg ni hanya tar jalan ke, bahagian depan umah semua tak buat membuatkan jalan tak rata.

Nampak tak? Yang jalan hitam tu jalan baru... nampak tak rata,kan? Korang nampak tak? Tak yek? Ok sat....

Tadaaaa.... nampakkan beza KETIDAKRATA jalan depan umah aku. Yang geramnya diorg (pekerja-pekerja india yang buat tanah ni) bijak sangat. Dia tar kat bahagian situ, kalau nak rata depan umah tu kena tambah RM 300-RM 400. Dut poket diorg la tu.

Tapi aku tak la bodo sangat... heheheh kebetulan nak buat umahkan, ruang depan akan kami buat pagar yang besar, so erti kata lain jalan depan tu nak tak nak kita kena betulkan.

Nampak tak lepas pagar tu ada jalan tinggi sikit? Kami akan ratakan ruang tempat letak kereta ni. Nampakkan macam berbukit sikit and cost tambah simen baru RM 900 je... kalau nak suruh india tu tar depan umah yang diorg charge RM 300 - RM 400.

Pandangan dari dalam rumah. Buruk simen tu yek... maklumla dah berusia 20 tahun :)

So hari isnin tu balik je dari kerja, bermulala project besar pengubahsuaian rumah aku ni. Bila balik je, rumah tentulah berselerak. Dengan batu dan pasir di hadapan rumah. Nasib baik la aku kerja, kalau tak kerja mau aku ambik gamba org indon tu buat kerja heheeh.

Ini adalah pagar asal rumahku... buruk yek? Maklum la... dah 20 tahun...

Bila aku sampai je rumah aku tengok depan rumah aku lecak. Isnin tu tak la hujan, tapi aku tertanya kenapa lecak! Tahu sbb apa? Org sebelah umah aku penyapu ni gi basuh kereta!!!! Basuh kereta!!!! aku ulang basuh kereta!!!! perh! Hangin tul! Rumah dia boleh letak 2 buah kereta and since wife dia kerja dia bole park kereta dia jauh sikit... anyway sejak dia buat rumah ini kali pertama kereta dia letak kat tempat parking tu. Sedangkan selama ni kereta wife dia kat situ. Nampak sangat dengkikan?

Tu kawasan rumah dia (of cos la gambar ni aku ambik semalam air pun dah kering ar nak buat buktu pun tak ada) Aku nak tunjukkan kat situlah spot kereta bini dia, tapi tetiba dia letak situ and basuh kereta. Tentu air bertakung depan rumah aku... nampak gerah hijau tu? ahahah ikut hati nak je simbah umah dia...

Dan bila basah depan umah aku ni boleh buat swiming pool tuk sang semut, dan jugak sang katak.... boleh tahan dalam jugak la... kalau ada air, takat nak nampak tapak kaki mmg confirm tak boleh punya....

Dan akibat itu, dalam rumah ku turut jadi kotor sebab......

.

Si Qiara sudah pijak daaaaa, pastu main masuk je dalam rumah!!! adehhhh

Di sebab kan kita nak buat tembok, so pagar dah pun di turunkan. Aduuuhhh!!!! anak dia suka suki masuk melalui rumah aku. Keluar masuk boleh consider lagi... yang tak tahan ketuk pintu umah aku pastu lari balik umah.... tentionkan?

Yang ini jiran belah kanan aku... ni pun sama 2 kali 5 tak leh pakai jugak. Dia yang sungguh2 suruh buat pintu tengah2 tembok, sekarang dia blok pulak dengan kayu la, besen la... tak nak mak aku masuk rumah dia... anyway tunggu je la... makin tengok muka diorg makin sakit hati... bila dah buat tembok macam ni, harap tak ada la sakit hati sangat, mak aku pun tak leh la nak menjengah2 bila org dtg umah diorg....

Ini la tembok umah aku yang hampir siap... ruang tu untuk laluan anak-anak ku qiara dan simba :)

Monday, April 7, 2008

Aduis...

Alhamdulilla ari ini hari yang ke 3 aku puasa. So balance puasa yang tingal 7 hari lagi. Baru la mulut ni berhenti menguyah, kalau tak... kejap2 ulang alik pantry tengok apa lagi yang aku tak makan.

Call ibu tadi, umah aku start renovation kat depan tuh ari ni. Sepanjang minggu lepas abang contractor tu baru dtg ukur dan kasi harga.So mula ari ni. Ibu nak pitam sbb semalam sehari suntuk dia mengosok sampai la pukul 4 pagi. Than kul 5 bangun buat sarapan sampai kesemua anak dan suaminya keluar kerja. Selalu bila kita org gi kerja dia akan sambung tido, tengahari baru bangun kemas, masak basuh. Tapi kali ni takkan dia nak tido sedangkan org tengah kerja depan rumah. Pintu pun tak kunci, takut la kalau diorg nak minta apa-apa. So sbb tu kepala mak aku dah mabuk. Dia cakap dia sembahyang tadi pun macam nak pitam. poor ibu.

Lambat tul masa berlalu, Berkali2 call si raudhah... merayap je. Memula call kata on da way balik umah. Sekolah dengan umah jauh 3km je. Paling lambat pun ambil masa 20 minit kalau jalan kaki. Sekurang2nya bila dia ada mak aku bole la kot lelap kejap. Hampeh satu jam pastu baru kata "adik dah sampai" bila suruh panggil mak aku (kes tak percaya) dia bagi alasan, eh belum sampai kat simpang umah... ada je alasan melaun tuh!

Ok bos aku panggil sat lagi aku sambung!

Arghhh tentionnya... ni yang aku malas bila bos aku membebel di atas bukan salah aku. Manager aku ni pun degil jugak, dah baik resit semua dia asingkan, dia gi satukan. Aku dah agak dah bos aku bising! And last yang kena tembak siapa? Aku la! But aku tak nak lagi tutup kesalahan org lain. Aku terus cakap dia yang nak buat cara macam tu dan tak ada kena mengena dengan aku! Haniyaaa these people yek... boleh buat aku kencing manis!

Erm... 7 minit lagi... need to settle my work.... than merambus balik....

Perubahan jadual

First aku nak citer jadual majlsi perkahwinan adik aku terpaksa di ubah,gara-gara tok kadi tak free ari tu... nasib baik jadual tok kadi tutak penuh. Kalau penuh bila agaknya adik aku tu nak nikah? So plan ari Jumaat 30 May lepas isya terpaksa di cepatkan Asar di Masjid Ampuan Rahimah klang. Itu pun tok kadi tu ada sorg pasangan nak di nikahkan. So lepas pasangan tu, baru adik aku. So ada ke pilihan ?Terpaksa la ikut. So the first plan was :-

  • 10.00 am - Majlis Khatam Al-Quran
  • 1.00 p.m - Persalinan
  • 4.00 p.m - Rehat
  • 5.00 p.m - Persiapan tuk nikah
  • 8.30 p.m - Pihak lelaki dtg sambutan bungapi
  • 8.45 p.m - Majlis nikah
  • 9.15 p.m - Pertunjukan bungapi ( selesai batal air sembahyang)
  • 9.30 p.m - Jamuan makan and photo shoot after nikah
  • 11.00 p.m - Majlsi Bersurai

Ini yang kita rancang nak buat. Di sebabkan bungapi dah pun kita suruh org cari... eh! this should be top secret. Tak ada org tahu pasal bungapi ni.Takut lak tak jadi. Supplier yang supply bungapi tu senyap je... hahahah tapi majlis terpaksa di tukar kepada

  • 10.00 am - Majlis Khatam Al- Quran and Marhaban
  • 1.00 p.m - Persiapan tuk majlis nikah
  • 4.45 p.m - Majlis Nikah di masjis Ampuan Rahimah
  • 6.00 p.m - Jamuan Minum petang
  • 8.30 p.m - Majlis Persandingan and photo shoot
  • 9.00 p.m - Jamuan makan dan sesi persalinan
  • 11.00 p.m - Majlis bersurai

Erm mesti pelik asal lak nak buat majlis persandingan? Well mak aku teringin nak tengok adik aku dengan menantu dia pakai baju songket sbb sanding tuk ari sabtu diorg pakai moden. So ikutkan la. Than takkan nak bakar bungapi waktu senja? Nampak pun tak,kan? So prtunjukan bungapi will be after majlis sanding tu kot.

So that all, pasal benda tu bertukar habis semua atur cara kena tukar. Makanan pun bertambah jugak sbb kita terpaksa add majlis minum petang. Kuih kena la order. Erm.... pelik jugak kalau makan nak-nak magrib ni. So lepas isya baru makan

Uh... aku puasa ari ni... dah masuk zuhur... Oh toilet dah betulkan da. So boleh buang apa nak buang... hehehe

Saturday, April 5, 2008

Confuse!

Sometime i confuse with my work... aku ambik course Accounting sebab aku rasa it take 1000 years to upgrade my knowledge. Sbb course lain macam IT, Perubatan, Perundangan, mereka2 ni perlu menghadiri krusus-krusus dari masa ke semasa. For accounts aku tak rasa sebab teorinya tetap akan sama.

Tapi kerja aku sekarang ni membuatkan aku makin confuse. Aku ada 2-3 format for my financial account. Satu, i have to give my boss real figure, real cost. Normal la tu, rite. But the problem is when you have 2 different company. And di sebabkan management ada lah sama, kalau di pikir dengan logik kalau company A keluar cost tuk company B ( take note comp A and B same owner) dan company B get the payment from customer, semua akan pikir, apa bezanya, dua-dua company aku. So bayar atau tak, still the money will be mine... dan itu yang berlaku.

If the company is SDN BHD, you cant claim you are the owner... director and the company are two diffrent entity... kenapalah susah nak faham? Bila berlaku kes yang aku sebut di atas, bila report keluar dia soal aku balik. Kenapa company A loss? sedangkan company B profit tinggi melambung. Macam mana nak cakap? Terangkan pun tak faham. Company A paid for the cost, and the payment received by company B and no cost out from company B. Than suka suki suruh buat adjustment... bila buat it show that Company B owe Company A in huge amount, bos aku melenting, what belongs to company A is belongs to company B as well....

Tention tak dengar citer aku ni? Aku lagi tention.

The auditor asik tanya aku... diorg pun pening kepala.Now my bos minta REAL report on accounting system. Sedangkan dlm computer aku ni aku key in semua cost incured (sama ada cost itu dah bayar atau belum ) janji suplier charge je aku key in. That will definitely will less the profit. And the reason i did that because to reduce the tax on profit. Well, that legal sbb bukan aku tipu invoice, kan? Kalau diorg check kat company supplier pun they already issue the invoice to us apa cuma kita je tak bayar. So pada inv yang kita tak bayar, i wont write in REAL financial report sbb bos aku nak REAL profit yang kita dapat. Kalau dia tengok mesti la dia mengadang. Macam mana lagi aku nak buat?

Kad Jemputan

Siapa Mereka?

Oh... ini la kad undangan perkahwinan yang akan berlangsung akhir bulan depan.

The card full view... macam card Valentine yek? Pernah tengok tak card valentin? Pertama kali aku tengok card ni...macam card Valentine yang aku pernah dapat... nasib baik warna putih...hehehehh.

Masa dan tarikh majlis persandingan. Tinggal sebulan je lagi :)

Isi Kandungan Kad Jemputan.... bole baca tak?

Look better? Sori full add tak berani nak tulis... will sent you the card nanti.

Ok cukup dengan preview kad jemputan and mari kita bercerita.... semalam aku dah mula menulis semua nama-nama jemputan yang telah aku senaraikan.... Semalam aku berjaya habiskan senarai nama dan semua kad di susun mengikut keluarga. Since aku tak kenal siapa sedara mara aku yang lain, mak akulah org yang mengasingkan kad-kad mengikut nama-nama. And pertengahan bulan 4 ini, En Rusli and Puan Latipah akan mengadakan Road Tour di Melaka dan di Singapura...

Tekun menulis nama tetamu....

Nak tunjuk muka... aku sorang je yang menulis... Nampak aku je yang bersungguh2 yek... tak pa bagi credit to my sister sbb ini wedding dia. Bila time aku nanti, aku tak kisah kalau dia atas katil hospital atau berpantang ke, dia tidak akan di kecualikan dari melakukan apa-apa sebaliknya dia kena buat apa yang aku buat untuk dia sekarang.... hahahah

400 kad lagi yang masih belum di isi... keluarga terdekat dah selamat dah 200 keping.... so yang tinggal sedara jauh, rakan- rakan dan juga jiran tetangga.

Meja yang di penuhi dengan kad-kad jemputan kawin...

Semalam semua makan malam kat bawah... hahahah teruk betul melihat keadaan meja. Ada tak macam meja kat pejabat pos?

Ini adalah sebahagian kad yang selamat di tulis dan di susun...

Memenatkan...kadang memeningkan. Tetapi aku gembira sbb selalunya aku hanya terpikir macam mana org melakukan persiapan. Aku dah kira mak pengantin da. Tak pa kumpul pengalaman dulu, kang time aku nanti tak perlu minta bantuan sesiapa aku boleh buat sendiri. So far my sister tak ada komen apa-apa malah dia ambil kira pendapat aku. kalau banyak sangat colok, buat sendiri. For all my friend and relative, please understand bukan aku saje tak nak hang out dengan korang macam selalu, dan aku bukan bagi alasan tak nak keluar dengan korang tapi keluarga aku bergantung sangat pada aku untuk buat kerja2 ni. And aku akan upload new mengenai prelude wedding ni sehingga tarikh yang sebenar. Lepas aku akan upload keadaan rumah aku sebelum dan selepas renovation ok...