Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, July 9, 2008

D sun Impian and.....

Aku boring kat opis ni... banyak blog aku baca... than terpikir nak ke web photograper yang ambik gambar adik aku kawin... sekali jumpa daaaa.... diorg prebiew... korang tengok je la...

Macam mana gambo aku tak ada lak ni?!! ni marah ni...

Oklah ini adalah sebahagiannya... gambo tu adik aku kata dah siap cuma depa tak ada masa nak gi ambik.

Oh aku tadi terbaca blog lelaki yang bernama Mohd Saiful Bukahri dengan tunangnya di blogspot... Allah aku lupa lak apa add dia... tak banyak pun.. nampak sangat diorg sengaja bukak blog waktu tengah panas. Yang jantan sibuk mencabar Anuar tuk bersumpah atas Al Quran... diorg ni ingat main-main je yek... asal dia je tak bersumpah atas Quran tu sendiri? Bukan main berani... bengang jugak bila ada org yang menyokong si Saiful ni... nasib baik bukan Saiful Khenhaizi yek... wakakakak... sori Bro... gua tau lu tak main belakang... kalau main belakang adik wa tak la mengandung secepat itu... uhuhuh *dushhh*

Yang peliknya, kalau la suami, tunang, Bf korang ni berkelakuan macam ni, korang rasa-rasa nak ke? Kalau aku dah tak nak la... baca blog tunang dia mmg raih simpati la... konon sentiasa berada di sisi tunang dia ni la... yer la aku pun kalau Bf/tunang aku tak salah, dapat lak duit berjuta-juta... aku pun tak tinggalkan dia... macam syial je...

Tapi korang search la kat google ‘A Step in My Pink Mary Janes’ Antara ayat berbunyi

Today marks the 23rd birthday of my fiancee. I spent the past week planning for this special day. Tho none of it will materialize, I am not upset. In my eyes, he is a hero. To those who shower us with an endless stream of curses and hateful words, I say alhamdullillah. We do not have the power to stop people from saying hurtful things. I heed the advice of an admirable women to be closer to god. Again I wish to thank well wishes and prayers directed our way. I believe in Saiful and justice will prevail.

Happy Birthday

Hero la sangat... sebab duit sanggup menjatuhkan org... kaya dengan duit haram... banyak jugak coment la aku tima... apa la bodo sangat... kalau dia lelaki lemah bole la... sihat fizikal... and yet tak boleh lawan ke? Kalau betl di liwat, tumbuk je gurantee Anuar jatuh terduduk... bodo!

And yet aku tak faham betul perempuan ni... indah nama syurga... aku ni mmg daifla kalau bab agama tapi aku tak sebodo itu nak makan hasil duit memfitnah org...semua tak logic gila. Anuar not that stupid la kalau dia nak meliwat pun. Bukan la dengan org Malaysia, yang berakal pulak tu, tambah pulak mamat ni best student Uniten lagi...haiyaaa boleh pikir tak rakyat Malaysia?

Aku tak faham kenapa perempun macam ni lembut (kalau betul la Bf dia kena liwat). Kalau aku jadi dia, im not that stupid... Yes tanpa kerelaan and you may said that not ur fault! Tapi ko tu jantan, perempuan kena rogol pun leh melawan... and kau biarkan? OH MY GOD! Begitu jugak dengan kes-kes besar, isteri setia bila suami curang pastu jadi kes bunuh... tak payah la sebut nama-nama pesalah tu... baiknya perempuan tu, menerima lelaki macam tu... dah la curang belakang kita, curang kawin lain, boleh di maafkan lagi la... Zina dengan perempuan di belakang kita, end up di tuduh pembunuh... korg nak ke berada di sisi suami yang macam tu? oh aku tak sebaik tu... (mungkin sbb tu jugak aku tak kawin) wakakak

Carilah isu lain kalau nak jatuhkan org pun... Anuar Ibrahim kaki pukul ke, Anuar Ibrahim pau duit org tua ke...cerita yang menarik masuk akal. Heheheh aku bual ni boleh masuk ISA ke? Tapi it fact and logic la... to that Beruk, i guees takat cakap mulut, ko bual kosong je la dengan family ko, sbb diorg mmg percaya... tapi kalau rakyat Malaysia, tah la i guess for me, aku tak boleh nak bayangkan keinginan org yang pendidikan tinggi macam Anuar Ibrahim boleh lakukan benda macam tu... dia bukan sahaja berpendidikan tinggi tapi dia berpegang kuat pada agama.

Im not anti Umno or sokong PKR ok... FYI aku Puteri Umno... chewah...pat makan-makan je la aku attend... heheh but sound stupid kan isu ni?!

Cik Suki dah mula emo dah ni... geram dengan semua... tak pikir... mana la kita tak kena gelak dengan negara luar? Timbul isu yang tak masuk akal la. For that Janna, stay la kat sebelah tunang kesayangan awak tu...pandai cakap Tuhan akan membalas semua balasan buruk, jangan kena batang hidung sendiri sudah... rasa baik bunuh je Anuar tu dari fitnah yang bukan-bukan... bukan kita takut pada hukum dunia, hukum di sana lebih siksa... kenapa aku cakap baik je bunuh Anuar Ibrahim? Sbb dosa org Fitnah dengan Bunuh sama je... baik bunuh,kan? Ingat buat fitnah dapat discount? Boleh jalannnnn....

Dah tu je... hehehe...

Bye!

Teh org Kampung

Pernah tahu atau pernah dengar teh org kampung? Kenapa teh org kampung? Sbb org bandar tak kuarkan teh.... wakakaka... *gelak guling-guling*

Ni gara-gara obses nak kurus balik... punggung aku kalau tengok dah besar tong dah! Memula aku beli Teh Mustika Ratu... uh rasanya sangat-sangat tak tertelan... Masya Allah!!!! Jamu apa yang korg xpect? Rasa jus oren ke?!!!!

Dua ungcang je aku minum... nak muntah... seyes! Dulu aku minum teh org kampung... kesannya buang air besar je la... tapi masih boleh lagi telan! Itu yang pasti. Nak habiskan secawan air tuh erm tak tertelah la aku... bau je dah cukup menutup selesa aku nak minum.

So nak kuyus punya hal, aku minum teh org kampung... rasanya? Macam tom yam yang di letak air banyak-banyak... mungkin baru sbb terasa serai sikit...

So aku pun minum ar... minum kul 8 malam, buget kul 4 bangun buang ar....

MMg bangun kul 4... mata mengantuk gila... perut memulas macam apa je... aku pejam mata masuk toilet... bila masuk toilet, perut dah ok. Mmg menggangu mimpi tul la... so aku kuar balik, lending atas katil aku yang empuk tu... 4 minit nak berlayar mimpi, perut aku sakit balik... adehhhhhh... bngun masuk balik... pastu kali ni aku tunggu jugak, Perut ni macam tahu je aku dlm toilet, sekejapan sakit tu ilang... aku dah naik hangin ni... nak suruh buang ke tak?

Buat kali ke dua aku kuar tido...nekat kali ni tak nak ikutkan perut...lantak la ko! Kul 4 pagi dh buat hal pastu main2kan aku... sungguh degil lemak di badan ni agaknya...

So seperti yang aku duga... sakit datang lagi... aku tahan... kang masuk tak ada apa-apa lak. Lain pulak sakitnya... tahan lagi... tetiba dia macam mengamuk pulak membuatkan aku automatik berlari ke toilet... heheheh kali ni confirm :)

Serik nak minum malam lagi... gila kul 4 pagi buat hal... tapi macam mana? Susah tul la nak kurangkan berat badan :(

Kenapa aku tak bersenam?

  1. Malas
  2. Aku rasa cepat letih pastu nak tido je
  3. Cepat semput
  4. Badan berpeluh dan bila berpeluh kulit aku cepat ruam ( Biasalah kulit puteri Emas) Heheh
  5. Swiming mmg aku suka... heheh bukan berenang pun, jalan je lebih... tapi swiming membuatku bidang aku bertambah lebar... so itu buat aku tak suka...
  6. Aku suka buang duit!!! ini masalah aku! Nak joging nak kasut baru, jogingnya pun setahun tak sampai 4 kali pun. Swimming pun nak baju baru je... berapa helai baju swiming suit kat umah tu... uh!

Jadi caranya makan la ubat-ubat yang konon boleh buat aku kurus la... jangan la nak mimpi...

Tuesday, July 8, 2008

More about Din...

Muntah darah la korg baca entry ku banyak pasal mamat ni... peduli apa... sekarang korang tahu la betapa kami sepupu sepapat ni rapat macam mana... lebih best dari adik beradik. hehehe... kali ni malas nak gune photoscape... i dah teror (belagak badak) gambo pun tak banyak...

Last Sunday, Din suppose balik Melaka dengan Mira naik bus... tapi hati aku tak sedap nak benarkan Mira naik bus... bukan tak percaya Din... tapi mmg tak percaya la... dia suka menyakat budak tu... kahakahka... so dengan tak berduit... buget pun lari, minyak yang mahal, toll yang tinggi, aku nekad anto jugak diorg balik Melaka... naik kereta adik aku. Memula nak naik kereta aku, tapi manual la pulak. So my sister offer bawak kereta dia yang Auto... hahaha tahu asal aku sanggup pinjam? Sbb nak mamat ni bawak kereta.. dia tengah gile bawak kereta sekarang...

So masuk kereta, aku dari Dengkil sampai Seremban tertido.... sedap bangat! Sebelum terlelap aku rasa seram jugak... Mira dari Klang berzikir dan mulut tak berhenti "Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah..." tetiba senyap, ruponya dah lena... heheh confident kot Busu Din bawak ok sebenarnya...

Aku penat ahad tu... terpikir jugak sbb kita bertolak jam 4.30... kira-kira sampai Melaka kul 7.00...lepak sejam pastu balik Klang sbb nak kerja on Mondaykan?

Tapi terkejut jugak kita sampai Area melaka 5.45... gila laju si Din ni bawak... senyum je... aku pun sedap la tido, bak kata org balik nanti boleh lak bawak dengan segar sbb dah membutakan dlm perjalanan tu...

4.30 dari Klang... pukul 5.45 dah smpai sempadan Melaka...

Tenang la konon....

Budak yang berzikir sepanjang jalan... takut mati kalau Busu Din bawak...waakaka... dah kena tembak dah.

Muka tenang ke? Muka berlagak? Wakakaka....

Kalau la dia ada waktu Adik aku kawin kat Perak tu, taklah aku penat sangat nak bawak kereta sampai ke Perak tu yer...

Tetap nak posing... smile busu din... smile!

Monday, July 7, 2008

Friend's Problem

Terkedu bila mendengar masalah teman aku sorg ni... dia berbangsa cine, umur pun lebih kurang aku jerk... dia ada masalah dan aku rasa korg pun patut advice aku. Kot-kot la aku boleh advice dia ke apa ke, kan?

Dia couple dengan BF dia for almost 3 year. Dia nak sangat kawin tapi setiap kali dia ajukan kat Bf dia, BF bagi alasan... 1001 alasan dia bagi kat minah ni. Oklah minah ni mmg bengang jugak, dlm masa yang sama dia dah naik bosan sebenarnya... tapi BF dia keep convince her that they will get married, cuma dia (BF) nakkan masa je. Nak kumpul duit la, ect...ect...

Tapi cinekan? apa diorg kisah. Dia rasa dirinya tak la penting bebenor at BF dia. Sbb every time diog jumpa, diorg gitu...gitu (faham-faham je la). So kalau jumpa pun dia mesti perasan punya, tak buat berat, ringan pun ok... kira lepaskan keinginan kat dia ni... kesian,kan?

So aku pun tanya la dia.. dia cakap dia tak tahu la apa yang dia rasa ni betul ke tak la. Sbb dia mmg nak kawin dengan BF dia, tapi hari ke hari dia rasa bosan dengan janji BF dia... yng dia lak cepat cair dengan mamat ni. So di pendekkan cerita atas nasihat kawan dia (bukan aku) dia cube la menjauhkan diri dari BF dia... bagi la alasan banyak2... kalau nak jumpa pun dia tak nak jumpa kat tempat-tempat yang membolehkan BF dia goda dia, dan dia ikut apa BF dia cakap. Heheheh. Kata kawan dia, tengoklah BF dia ni cintakan dia kerana apa. So dia buat la apa kawan dia cakap....

Resultnya?!!! Ni yang sedih aku nak cerita... kesian jugak...

BF dia dtg cari dia... which dia rasa happy sangat la...dan dia ajak BF dia kuar lunch, so kalau time balik kerja dia kena stay lak umah BF dia...jadi kalau waktu lunch dia adalah alasan. And dia sedih bila dlm kereta BF dia minta buat ringan2.... and bila dia tak nak, BF dia buat muka sedih (even dia tak mara) tapi can u get it? What he wants actually,kan? He said he miss her, is it by showing that?

Siankan? Dia fikir BF dia mengunakan dia je... aku bagi tahu dia, diorg ni bangsa cine,kan? So kalau dia takat nak lepaskan nafsu kat perempun lain pun diaorg tak kisah, tapi aku tahu BF dia sayang dia. Sbb tu la dia nak dengan dia je... my friend hanya diam.

Kalau sayang kenapa tak nak kawin dengan I? Tiap-tiap hari kalau dia nak pun tak ada org larang..." Haahah aku nak tergelak dengar. Kawan aku ni skema jugak.. bangsa cine yang mementingkan adat resam ni. Maksud aku ada setengah org,kan sosial... macam bos aku... heheeh. So dia pun lepak umah BF dia pun tanya pengetahuan mak bapak BF dia. Kira depan parents lelaki tu tunjuk elok la...

Oh tu jugak salah satu sbbnya.Bf dia tak pernah nak declare kat parents dia (BF) yang dia ni bakal isteri atau GF dia... asik ulang kawan... kawan...kawan. So dia terasa kat situ jugak. Seorg lagi kawan aku (cine jugak) ada bagi tahu, cine ni lain sikit. Diorg ni suka buat try and error... sebelum kawin stay satu umah tengok serasi atau tak.... boleh la pulak macam tu... serasi Alhamdulilla ,la kan? Kalau tak serasi? Buang jer ke?

Macam-macam la perangai dlm dunia ni! Aku pun nak advice tak tau...

Sunway Pyramid

Seperti yang di janjikan....

Yaaaa... kami ke sunway pyramid ler...lepas hantar WKD service, naiwaitu aku nak terus la pergi, tapi di sebabkan aku tengok Din, Mira and DD bz main PS II milik adik ipo aku, so aku take oppurtunity ni tido sekejap...penat gila. Dah la Jumaat tu tido kul 2 pagi, than bangun 7 pagi gi kerja. Pastu balik kerja tunggu pulak satu setengah jam... mana tak sangap aku?

So kita pun bertolak kul 5 petang. This is my first time entering the new pyramid... sama macam Din jugak la...

Erm tak ada apa yang aku berkenan... tention tul! Kalau nak beli tak ada pulak yang berkenan. Maklum la Mega sales,kan? Pikirkan kalau gi sana banyak la nak beli. Actually aku berkenan kat handbeg carlo rino... 50% je... so price dia RM 109 shj... bestkan? Tapi sayang warne putih ar... aku ni allegic sikit caler putih ni... kalau itam dah lama sambar satu!

Sama jugak dengan beg Guess... 50% jugak... RM 144.50... Ya Allah! Mmg penuh giler dlm tu... new arrival 40%...mau tak penuh butik Guess tu... TAPI!!!! menyesal aku tak ambik beg tu, aku pusing je..aik dah tak ada... tention mak cik! Ku toleh cine ni gila! Tau la murah... 4 beg sekali dia borong.... tamak!

Bila dah frust, perut pun dah lapar... yer la tak lunch lai ni! Kaki pun sakit. So kita berhenti minum kat Zenz... anak syarikat Secret rep jugak... Kita tak makan banyak la... just minum sbb adik aku nak belanja makan Pizza Hut! So sementara tunggu dia, kita org berhentilah minum sat...

Walaupun minum it cost me RM 38.00 mahal,kan?

Brup...kenyang... baik aku belanja makan KFC...yer dak? Tak pa la sekali sekala...

Kami meneruskan jalan, (chewah)... aku intent nak beli compact powder MAC... tapi due to some suggestion membatalkan niat aku. Aku ni tak giler make up... kuar je aku make up. Kerja pun aku tak pakai make up pun, lipstic pun tak sebulan sekali je aku pakai. So macam membazirkan? Betul jugak bila pikir2... buat masa ni aku pakai Loreal je... konon nak jadi macam Maya Karin... hehehe cantikkan dia? Aku tak pakai make up sbb aku jaga kulit muka aku. Oooo mak cik belum kawin yek... it important to look young...

So end up, Din yang shopping... tetiba dia berkenan dekat baju Valentino Rudy... Din cakap murah sbb convert dalam Euro baju tu 20 Euro jek...bersamaan dengan RM 168... yer la, sebulan elaun dia 900 Euro...buta2 je mamat ni dpt... tolak 20 Euro tu berapa la sangat yang tinggal, yer tak busu din?

Hahah mmg kita tak ada kerja... mentang2 fitting room tu besar...siap ada sofa... ini la kerja kita... 20 minit bergamba...

So lepas tu my sister and Hubby dia join us... kita menta darah kat Pizza Hut... pelik sbb baru perasan we only took our pic... but gamba ni mmg kat Pizza Hut...sumpah akak tak tipu.

After makan... temenung kejap

Tahu gamba tak ada kena mengena... tapi blog aku,kan...kan... gambo pun gamba aku... hehehe.

Lepas makan the next plan is to go Red Box... Si kecik Mira nak asah bakat dia tuk jadi penganti Siti Nurhaliza. So we went to Red Box to fullfill her wish.

Tapi sayang seribu kali sayang. Satu kepala RM 48++... giler... berapa kepala pergi? Kepala lain tak masuk lagi...heheheh.... ha pikir apa tu korang?!

Tapi itu tak bermakna kami nak pulang awal... so Mira dah frust da... kita kesihan jugak tengok muka sedih dia. So kami ajak dia ke.....

Yesss sheeeee...main bowling... Mira selalu kata dia teror main bowling sbb dia masuk kelab bowling... katanya la...siap kata "Semua ni akan kalah kat tangan orang!" Berlagak yer...

Indah kabar dari rupa... aku yang tak tahu main ni dah tentu-tentu nombor yang terakhir...si MIra atas aku je...kalah teruk dan teruk jugak la dia kena kutuk... masuk kelab bowling tapi cikgu baru ajar "Mari kenali bola bowling".

Antara pemain bowling yang tak berapa nak handal la... adik aku tak main, maklumlah berbadan dua. Doc advice her to take gud care this few month sbb apa-apa pun bole jadi.

Hehehe...aku? Macam mana? Tahu main bowling ke? See the leg la!

Tak pa i bz... sbb tu tak teror main...wakakaka

More pic

Tapi mmg gerek arrr...we have so much fun on saturday!

So game habis kul 12 malam... Sunway Pyramid dah tutup dah... agak seram la... tapi masih ada org sbb kat situ ada jugak Pub so tak la sunyi sangat...tapi sunyilah jugak, sbb kitaorg sempat posing lagi malam tu sementara menuju ke kereta!

Balik Din bawak kereta... uh... bgus mamat ni ada... dia mmg suka bawak kereta...aku lak malas nak bawak kereta ke sana sini...

Oklah korang... gtg... ada kerja banyak! daaaa semua

Saturday, July 5, 2008

Din Visit

My cousin Din came to my house yesterday... Stay dua malam sbb bawak anak dara aku tu sekali...kalau balik lambat, alamat kakak sepupu aku menjeritla sbb anak nak sekolah... It was fun! Jejak kaki kat umah je dah mula gelak2... dan tuk pengetahuan korang aku gelak sampai 'kejung' pipi aku ni... dia mmg suka buat lawak.

Din did mention his activity in his's blog...salah satunya nak makan sate kajang. Jadi aku merealisasikan impian dia nak makan sate kajang. Maklum la setahun kat negara org (dia balik tiap tahun pun...) so dia nak makan la sate... yah..yah... im adding 1KG, i know....

So pukul 8 kita bertolak ke Jusco Bukit tInggi, Klang... bawak dia ke sana sbb dia nk beli baju dengan seluar.

Yang tak sedap di dengar bila dia try baju-baju but end up tak jadi beli sbb hari ni, yakni ri Sabtu bersamaan dengan 5 hari bulan July 2008, lepas aku hantar WKD service, dia nak berjalan ke Sunway Piramid, so kita assume je kat sana lebih banyak pilihan, sambil2 tu bole la membeli macam rupo org kaya sikit... wakakaka....

Than lepas tu kita terus makan sate kajang....

Kita order 10 sate ayam dan 10 sate daging... mak aku dah pesan makan sate je, sbb dia masak banyak tuk anak buah kesayangan dia ni...

Oh korg boleh nampak tak rambut aku yang leper tuh... terukkan? terpaksa clip rambut depan macam jepun sikit sbb nak nampak volume rambut tu kalau tak mmg leper macam tapir....

So balik umah, kitaorg terus tak lengah transfer semua gambar tuk blog ari ni... yah...yah... Din call me 'giler blog'. Dia siap bawak note book dia... and the best part bila dia download photoscape jugak... apa lagi, tak lengah la buat gambar-gambar.... sambil2 tu tengok jugak gambar2 percutian dia ke Berlin, Swis dengan berapa tempat yang lain... mmg seronok bangat!

Mira selalu kena buli dengan Busu Din, but Busu Din will alway be her fav uncle... so bila aku dengan Din dah bergabung menjadi satu, budak ni mmg teruk kena sakat dengan kita. Dia nak gamba dia nampak cantik but dari apa yang dia request, mengamuk gila bila gamba yang dia kata dia COMEL bertukar menjadi BURUK and KELAKAR... kesian Mira sampai tertido-tido nak tunggu gamba dia transform to something yang menarik...

Erm what else i need to add this time? Rasanya tak kot... semalam tido sampai pukul 2 pagi...tak per ari ni kita jalan2, hari senin kita citer apa yang best yek... ok semua... gtg... chow babe!

Thursday, July 3, 2008

Kuroneko No Tango

Lalalalalala lala
Kimi wa kawaii,
Boku no kuroneko
Akai ribonga,
Yoku ni au yo
Dakedo tokidoki,
Tsume wo dashite
Boku no kokoro wo nayamaseru


Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni,
kimagureyo
Lalalalalala lala


Nyaao Suteki na kimi ga,
machi wo arukeba
Warui doraneko,
koe wo kakeru
Oishii esa ni,
ikaretchatte Atode naitemo,
shiranai yo
Kuroneko no tango, tango, tango

Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni,
kimagureyo
Lalalalalala lala nyaao


Yoru no akari ga,
minna kietemo Kimi no hitomi wa,
gin no hoshi yo Kirakira hikaru,
kuroneko no me Yoru wa itsumo,
Kimi no mono sa Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango

Neko no me no you ni,
kimagureyo Lalalalalala lala

Kirakira hikaru,
kuroneko no me Yoru wa itsumo,
Kimi no mono sa
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko Dakedo
anmari itazura suruto
Aji no himono wa (nyaao) Oazukeda
yo Lalalalalala lala


Mesti korg pelik apa la aku ni mencarut... hahah tapi sejak anak buah aku menari dengar lagu ni, aku jadi suka... bahkan tiap malam aku dengar lagu ni dan teringat waktu kat Hentian Hang Jebat anak buah aku yang baru setahun ni tergelek2 ikut rentak lagu ni... tah dia faham ke tak bila sebutan "tango" dia hanguk2 kepala dia pelan-pelan... so cute dan sangat menghiburkan... aku siap cari lagu ni... dan alhamdulilla jumpa jugak....

Enjoi la korang yek!


Ini la anak buah aku yang aktive sangat2 nak menari dengr lagu ni...kalau ada vedio aku dah lama ambik dia menari... tentu korang pun terhibur... chow... sayang Nazmi...muakssss

Rambut ku

Semalam aku Mc... teruk jugak period sampai demam2... damn! sangat...sangat...sangat sakit peyed kali ni! Melolong aku... adik aku Didi sampai volunteer urut perut aku... Last wed aku tido-tido ayam... ayam pun tido lena dari aku! Sakitnya... Masya Allah... terbongkok-bongkok... tertongeng-tonggeng aku berjalan.... sakit tul! sampai panas badan aku! Kira demam la...

So semalam aku bangun lambat... yer la pukul 4 baru tido... itu pun sikit2 terjaga... aku rasa aku lna pun kul 6 pagi kot... itu pun lepas telan ubat.

Aku gi klinik semata2 nak ambik MC... tengok cermin rambut aku macam ayam belatok!

Ugggg buruk yek? macam lion king je... dah la gemuk (ha! aku je boleh kutuk diri aku... org lain jangan mengada2 nak tamba garam). So sakit pun sakit la... aku pun pergi la call Micheal and Guy kat Jusco Bukit Tinggi tuk buat appoiment touch up rebonding. Yakni bermaksud, hanya buat touch up tuk rambut baru...kalau satu kepala buat rebounding mau dekat RM 200-300. So dengan tak lengah aku buat la appoiment. Eh sebelum tu aku gi klinik, ambik MC... mmg aku demam pun. Doktor kata badan aku panas

So gila buat rambut... masya Allah... 5 jam aku kat sana... mmg la buat touch up je... tapi bila jadi satu kepala aku lurus... dah jadi lain... cit gamba tak leh nak transfer pulak dlm phone... hampeh! Tapi korg bayangkan muka aku yang lebar ni... rambut aku dah jadi nipis macam rambut baby tu...nipis giler... leper.... apa lagi? so muka aku yang ala2 lebar ni, mana sesuai dengan rambut aku ni, kan?!

Di sebabkan leper, tambahan dengan rambut depan aku pendek paras pipi menyukarkan aku tuk melihat... terpaksalah klip... oklah... cun jugak la... bai roti lalu sebelah boleh la kot dia toleh... hahahah

Mak aku gelak gila... hampeh... dia kata buruk... tak pa... dr rambut macam lion kingkan? Heheheh

Ahhhhh aku makan ubat pastu period ku terhenti... tapi pagi2 ni aku minum jus oren... oooo sangat masam... tengahari tadi dia kuar perhhhh sangat melegakan... yang lelaki tak yah la memalu... aku bukan citer lucah pun... kang korg kawin belajar jugak dan aku pun tak malu bercerita... aku tak faham asal mak aku marah sangat citer pasal period ni kat lelaki...biarlah kan.. sampai bila nak malu2? Karang kawinkan senang...bini sakit tahu la jugak nak buat apa? Aku kalau datang bulan, jaga2 je la wahai kaum lelaki yang sibuk nak mendekati aku ( ada ke org nak ko ni pun? uh!)... taik telinga korg akan berdarah dengar jeritan dan rintihan aku... wakakak... ni namanya panah berapi. Bunyi bising sikit aku dah tention...

Aku tengah tak puas ati ni! Aku nak tunjuk jugak gamba rambut baru aku... tapi tak leh transfer...mcm mana yek? computer i zaman jepun punya la... nak transfer agak susah la... tak pa ada peluang aku upload yek. Chow!

Tuesday, July 1, 2008

Photo Log

Ok... meh kita tengok gambar... seperti yang di janji ini la hasilnya... arg tention sbb computer i, kan zaman Jepun so lambat giler nak upload. Ok meh kira tengok gambo!



My mum tingal chorang-chorang bila semuanya gi Melaka... poor dad, tak dpt pergi sbb tak sihat....



DVD cum TV player inside my sister's car. Best tul org ada suami ni... Korang boleh nampak ke? The first pic kita tengok Upin and Ipin.... than pic ke dua kena tengok vedio kawin diorg....


After balik umah mak cik je, kita terus gi Hotel... lepas mandi je, aku terus tido... syokkk giler... penat tul perjalanan ari ni...



Sempat jugak ambik pemandangan dr bilik. Bandar melaka waktu malam dan siang... cantik yek?


Didi dan Mira sibuk nak mandi Pool. So lepas breakfast diorg terjun! Menyesal aku tak bawak swiming suit... kalau tak join sebadan...



Sempat jugak posing... heheheh. Cantik yek view?





Perenang- perenang yang tak berapa nak handal la.


Jeng...jeng... it not my room... Pidah dengan ken punya bilik... uhuhu...siap tulis Dont disturb lagi tuh....apa mereka buat di dalam? Heheheh

Opsss... heheh tengah boring sbb bilik sebelah dah tulis sign DONT DISTURB... yang dua lagi gi swimming? Jadi faham2 la sendiri...


Ah! Tak kisah... aku mmg gila pose... so? Jeles is it?! hehehe



Antara gamba-gamba kami kat dlm hotel, luar hotel... nak kuar hotel.



Lepas check out, kita semua gi Hentian Kapal Hang Jebat...Nama mmg best la... Tempat pun dah cangih... tak macam dulu aku belajar...kalau dari dulu macam ni, aku rasa dating tiap-tiap ari pun tak pa...



He claim "eh kacak jugak aku ni!" Skema la ko busu din!

This is my beloved brother...heheh dia panggil Pidah Wanita curang, Nusyus, Bini Orang... heheheh when ever my sister request to take pic with him!


Antara gambar-gambar yang di ambil sementara bot bergerak pukul 2. Macam nak gi mana jer yek!





Pic yg kita ambik atas bot...



Another pic of us on the boat! eh mmg syok laaaa... try la korang.



Diorg lalu kat satu bandar Melaka... Best!


1. Eyes of Melaka... heheh taraf Funfair jer


2. Menara Tamingsari... ni tak sempat nak naik sbb oeg kata penuh. Satu Melaka korg boleh tengok... It not like KL tower... it bring u up for few minutes.


3. Kapal Melaka...


4 and 5. Pemandangan sepanjang sungai



Kat Queenside restaurant... mmg sedap dan murah... mmg penat lepas berjalan. Mmg tak leh tunggu bila makanan datang...

Lepas makan kita ke Pahlawan Mall, di sebabkan semuanya bz membeli, so gambo tak ambik... oh... berita gembira yang aku nak sampaikan... dah janjikan semalam?! Ok... tengok gamba seterusnya kawan-kawan....


Korang tahu tu apa? they bit worry sbb my sister lambat period! Waktu tengah2 shopping diorg ambik keputusan tuk buat ujian... hahah bole la pulak... dua-dua tak boleh nak tunggu sbb masing2 termenung, risau sangat-sangat... and yet, im gonna be auntie sooonnnnn!


Cubaan yang hebat, dan tepat... after that baru la semangat nak shopping, nak berbual... kalau tak dua-dua moooodddyyyy... ada gak org macam diorg ni yek?!


Oh lupa... Amira's Birthday... sepatutnya kita makan luar sambut sekali, tetapi tak kesampaian sbb abang sepupu aku nak balik Kl, so tak dpt nak ikut shopping. Tapi sambut tepat berjalan di rumah nenek... Happy birthday Amira :)



Oklah kengkawan rasa cukup la yek sampai di sini... itu je la gambo yang ada... hehehe