Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, March 8, 2009

Kampung pengantin...

Majlis persandingan aku dengan Zamani akan berlangsung di kampung pengantin... ermmm akhirnya aku family mengambil keputusan buat majlis persandingan dekat dewan and combine dengan Zamani....Zamani punya side mmg akan buat kat sana... tapi memikirkan kepenatan aku dan keluarga aku, aku rasa elok gabung je la...jemputan aku pun aku rasa tak la ramai mana sebb family aku baru je buat majlis tahun lepaskan?

Zamani mmg bercit-cita nak buat majlis kat kampung pengantin ni, kira impian perkahwinan dia la... mmg dia frust giler sampai tak mo kawin dengan aku sbb kampung pengantin ni tutup kat ampang dulu...wakakak.... tipu je... tak la sampai tak mo kawin...cume sekadar tidak ambil peduli... wahhh macam kenal ayat tu eh!

That day ingat tak aku kata aku ada selisih faham dengan Zamani? Well pasal wedding ni la... Zamani cadang nak buat sama... aku tak nak sbb atuk, nenek,mak dengan ayah aku nak jugak buat kat umah... so Zamani cadang buat kat dewan Shah Alam... aku macam tak setuju sbb malas kalau dewan2 ni... cost dia pun bila kira2 agak melampau jugak la... katering makan sahaja 12,000... cube anda bayangkan!!!! tak masuk sewa dewan, kerusi meja, bilik persalinan... aku tengok quatation macam...YA ALLAH!!!! baik buat kat umah... semua di charge... tunjuk kat ayah dia pun tak setuju... suruh buat kat umah sahaja.

Tah macammana mak Zamani bagi tahu kampung pengantin dah bukak kat jalan genting... so Zamani kata dia and family nak buat kat sana...so ok la... majlis diorg...nak buat mana pun tak kisah la...

But last week aku balik Melaka, sepupu aku kawin... aku dengan Zamani terdiam sat... aku tengok muke2 yang tolong semuanya budak2... yang mak-mak (mak cik2 aku) semua dah terduduk one coner, diorg bukan malas, tapi tak sihat... semua ada masalah sama sakit kaki... aku macam terdiam... mengadu kat zamani jugak time tu...kalau aku kawin nakminta tolong siapa seh? Takkan nak kelam kelibut sorang2? Kira pak cik aku ni untung sbb dia ada anak dengan cucu buat kerja... so mula la terpikirkan kalau majlis aku, bole ke diorg tolong? Nak harapkan jiran? ermmmm idok ler...

Than ,Kak ina (akak sepupu aku) tanya majlis aku buat mana, aku jawab umah... dia dah angkat tangan...

"Tolong la daaaa buat kt dewan... kak ina mmg tak larat... asal kerja kawin aku stay paling last habiskan kerja! tolongla... buat la kat dewan... akak tak larat. Tahun ni Mira UPSR, Mirin dah masuk asrama penuh,bla...bla..bla..." ok aku nampak muke dia kepenatan...sian jugak kat dia. Waktu wedding pidah pun aku dengan adik2 dia banyak buat kerja pembersihan umah...now Herry tak ada, Rizal pun tak ada... org2 kuat aku mmg tak ada. So macammana?

Terpikir jugak bila tang tu... discuss dengan Zamani... and aku agree to slow talk dengan ibu dengan ayah... ibu still tak setuju pada mulanya... Ibu aku tu takut jadi anak durhaka sbb atuk dengan nenek aku mmg berhajat buat kat umah... tapi bila dah cerita pasal senario apa yang akan berlaku... so mak aku pun agree...

Dan ari jumaat tu aku gi la kat kampung pengantin, survey harga dan tempat! Agak puas hati la... cume tempat jauh la... but i dont care!!!! chewah tang tu jugak request kat Zamani nak buat malam!Apa nak jadi,jadi ar! aku nak buat jugak waktu malam sbb cantik... waah aku dah leh gambarkan dah wedding aku tu macammana....sibukkan? Side Zamani nak buat sana, aku lak sibuk2 tentukan bila nak buat... hahah Zamani layan je aku.... nasib baik dia layan...kalau takkkkkk harussss ko!!!!!

Kebetulan time tu ada wedding... so dpt la tengok sikit...ada pelamin semua...

Pelamin ni tak termasuk dlm pakej... kalau nak pelamin kena tambah cost RM 1500... so agak mahal bagi aku... better aku ambik pakej mak andam kat luar... at least bayar 2-3k termasuk pelamin sekali... betul tak? kan kan kan? Ni aku tak tahu pihak kampung pengantin yang buat atau org tu buat pun pakai mak andam luar.

Ruang makan tuk tetamu... minimum 600 org dan maximum 1800 org boleh muat dlm satu majlis...

Meja makan pengantin... aku suke giler kerusi dia... tentu aku nampak macam org kerdil kat kerusi besar gedabak tu,kan? heheheh veranggan!!!bluek!

Atas tu bilik pengantin, bawah tu bilik tuk sedara mara nak solat, rehat.... best kan... aku turun tangga kanan... Zamani turun tangga kiri... kuikuikui... bertemua kat tengah... jalannnnn.... vah! vah!

Ruang jalan tuk tetamu...

Pandangan dari bilik pengantin...

So jalan ke pelamin... hahah tu bakal pengantin lelaki, yang sebelah tu bukan pasangan dia! Heheh aku bz ambik gamba... bilik pengantin super ok! Nasib baik diorg tak buat pakej tido semalam kat situ. Ahak!Nak ambik gamba tapi gelap la... org tu tak bukak lampu... sedih je,kan.

Ahhhh tak sabarnya nak kawin.... heheh sangat gedik ok!!!! Krusus pong tak ambik lagik! Haiz!!!!

Dah tengok tempat, aku dengan Zamani terus book tarikh on 26 July and 1st Aug... 1st Aug ada 3 org booking termasuk kitaorg tapi tarikh akan di beri pada yang bayar dulu... so kitaorg tak leh pandai2...kena bincang dengan mak, abak, ayah and ibu... kang pandai-pandai pulak...

The next day Mak dengan Abak terus gi kampung pengantin, waktu tu aku dlm kelas krusus kawin... Zamani sms aku... mak tanya nak booking date ! Mak tanya AKU nak buat majlis bila... awwww aku rasa happy tau... i mean diorg mmg nak buat kat situ, they should choose the date... tapi mak suruh Zamani tanya aku nak bila... *gelek gelek muntut*.

Than mak personally call aku tanya pakej yang mana aku nak... sekejapan je diorg dah book on 1 Aug...baikkan bakal mertua saya?? *kelip kelip mata*... Ya Allah rasa di hargai sangat... Zamani lagi la... dia lagi tak kisah... semua dia serah pada aku dengan mak dia... bagus laki aku tu,kan... jangan ko banyak bunyik sudah sayang....ngeh ngeh ngeh... sila munah semua...

So soal persandingan, dah beres... dengan ini aku dengan sang lelabah mengistiharkan bahawa majlis pernikahan telah di lewatkan seminggu gara2 tak ada tempat pada 25 july dan dengan ini majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 31 july 2009, masa tak tahu lagi... dan majlis sanding akan berlangsung pada 1 Aug 2009.... sekian terima kasih!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, March 5, 2009

Rayyan update

EH Mak long... Asik pikir nak kawin jer... tengok la Rayyan kat sini....:)
Rayyan dah pandai MMS!!! Jangan korang tak tahu... ngeh ngeh ngeh... aku tersenyum lakan terima MMS ni... comel je si Muhammad Rayyan ni kan... tengoklah mak sedara dia macam mana... hahaha.... so aku foward mms ni kat Zamani....
Zamani reply ambik dia malam ni kat opis terus gi Pantai Bangsar tengok Rayyan... oh yang tak tahu akubagi tahu yek... Rayyan kena demam kuning... first time aku tengok demam kuning tu macammana...mata mulut dia semua kuning...memula aku ingat siapa yang letak kunyit kat badan si kecik ni... rupanya itu demam kuning. Sori aku bukan doktor yah, so agak lembab ubi sikit.
Zamani sanggup kasi pinjam kereta dia kat kawan dia suruh bawak balik... mean while aku ambik dia kerja... and we go together-gether la... Samapi sepital... jumpa Shaiful kat parking lot... tengok dia demam... maklumlaaaa ada anak... tak tido malam jaga anak... sampai demam2... tak pa boleh masuk syurga.... hahah tetiba je aku,kan!!!!
Rayyan kat ward tingkat 5... masuk2 tengok dia tengah buat apa tah... aku tak tahu apa nama dia... siap tutup mata dia... Pidah cakap dia baru tido. Mengamuk la sbb mata kena tutup... apa kes?!





Berat Rayyan turun lagi 3.35 KG... ermmm sian anak mak long ni... sob sob sob... lena betul dia tido... kulit dia sampai mengelupas... satu badan... minum susu semua ok... lama giler kena tahan... memula dia masuk 'index kuning' suka hati aku nak letak nama index kuning... belasah je... aku ambik account... korg xpect aku bual medic?! Baik aku jadi doktor... balik pada index kita kawan2.... index kuning Rayyan masuk memula 220... than turun 230, semalam aku dtg pidah kata 210... doktor nak turun bawah 180 baru ok... so tadi aku call pidah kata dah turun tu 190....
So mungkin kena tahan sampai hari sabtu... waaaa sangat lama... tak pa... Sabtu mak long ada krusus kawin dengan pak long... so tak la bosan kalau Rayyan tak balik pun...
Really miss him... nak cium dia.... semalam tak leh... aku pegang kaki dia, dia tendang... dalam tak nampak pun dia boleh nak tunjuk act eh! biasa Rayyan eh... polok bawak lari kang!!!!
Ok doakan semoga Rayyan balik esok la eh! Sabtu lama la... umah sunyi tanpa jeritan maut dia... ahak!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kegedikan telah berlaku.... layannnnn

4 bulan nak kawin... uhuhu! Me and Zamani dah nampak la kelibut sikit nak urus pasal wedding... expecially on date... masih lagi samar, walaupun the plan is on 24 and 25 July... cit! Dewan ada org gune lak on 25 July... so tu yang terpaksa cari date! Tapi hanya akan di tetapkan tomorrow... lepas aku tengok jadual kat dewan tu... kalau 1st Aug tak available... aku terpaksa ambik 26 July!!!!! jadi org2 singapura dan melaka... sila ambik cuti senin tu... sbb wedding nak buat malam jugak!!! nak jugak!!!! heheheh

Ok my entry is not pasal wedding... my entry kali ni pasal.......



Zamani... haiz... jumpa boleh kata tiap hari ok... tapi tah...

Mengadakan rindu over over... hahahah!!!! puuuuiiiiii.....

Macammana nak cakap yek... tak puas la... lain tau kalau kuar dating dengan kuar biasa2 ni... lama ooo tak dating... cant remember la the last day we spent masa sama2... together-gether... bila yek?jumpa pun takat 1 jam... cerita aktiviti harian, pasal wedding, masalah masing2... that all... gurau2 ada la sikit2... ermmmm

That y aku ambik cuti esok! Ahak! Gatalkan... sbb aku tahu Zamani cuti on Friday... so ingat nak tengok dewan tuk majlis kawin, than spend time tengok wayang, may be dinner... selalu kitaorg akan tengok wayang, tapi sebelum tu jalan2 kat the curve, duduk kat luar temankan dia merokok... dengar cerita dia... lawak dia kan... org pandang kitaorg pasangan yang sangat kasar, aku sememangnya kasar, Zamani triple kasar... but tak pa... org lain tak perlu tahu... dia tahu kenapa dia pilih aku dan aku tahu kenapa aku pilih dia.... chewahhh ayat tak leh bla...

Even pidah pun tanya...aku dengan Zamani ni gurau kasar ... ha! Zamani poyo depan org je... bukak tengok sms hanfond aku... hahaha... dia ada bit shy kalau betul2 ni... alamak! terbocor suda....

Sabtu dengan ahad krusus kawin.... uhu! sangat seram... seram sbb aku takut jugak la kalau2 penceramah tu suruh baca surah2, tanya soalan2, maklumlah aku ni agama kureng, ada jugak aku tergagap kat situ... sian laki aku malukan... bini siapa kena soal tak leh jawab tu... ahak! tapi tak pa... kita gi je ok... rasa kalau aku tak leh nak jawab, apa gune bakal suami sekolah agama dulukan... takkan nak senyap je... tunjukkan bahawa anda boleh bimbing saya... hahahah *kelip2 mata*


Plan aku sebenarnya nak tengok Street fighter malam ni... lepas Zamani balik kerja... semalam tengok website paling lambat tayangan kul 12.05 am...hari ni sudah tukar... 9.45pm paling lewat... Zamani biasalah aku cakap je aku nak tengok wayang, dia on je... tapi biasalah booking menbooking ni kerja aku... dia tahu dia yang kuar duit... nasib baik dia kuar duitkan... kalau tak mmg aku jadi badang... TGV pulak adalah 11.10 malam... tapi seat tak best la!!!!! satu2... cathy ada couple seat... i like... seat dia besar... 3 org boleh duduk... aku suke duduk bersila buat umah sendiri... ermmm still waiting arahan dari Zamani nak tengok kat mana... diam dr tadi, nak tukarplan lain la tu...

Erm esok hantar WKD service... sian baby aku tu... since aku dah together-gether dengan Zamani ni... bawak dia (WKD) ke hulur hilir tak hengat... ni baru nak buat service... bluek! hantar jap, petang goin to Kampung Pengantin.... malam lak Zamani suruh dtg umah... glubbbb! habis ko cida!

Oklah tak ada idea nak tulis... lambat tul kul 5,kan... haizzzz....

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Wednesday, March 4, 2009

Upin dan Ipin 25 tahun lagi

Tak tahu la tapi aku nak buat entry jugak!!! pedulik!!!! wakakaka....
Sememangnya aku anak sedara yang jahat... Tunang A.K.A bakal Isteri yang durhaka kan... menjatuhkan air muke tunang or laki sendiri... tapi aku pasti laki aku ok je... dia kalau aku tak cakap pun dia sendiri mengaku... best sangat la kalau jadi twin pak cu tukan... heheheh....


Bila umur kecik jadi la macam ni... kembo nakal ni... geram aku!!! nasib baik animation... kalau betul nak aku peluk cium Upin Ipin nikan... kalau dlm kartun Upin ni tua 5 minit dari Ipin.... korang bayangkan kembar ni sama baya la... yang pasti laki aku mudela kan....

Mana la tahu diorg nak buat drama Upin and Ipin ke,kan... kalau nak tunjuk diorg besar boleh ambik dua org ni....





Sama tak? wakakakakakakakakakakakakakaka...... gelak la korg.... laki aku dah botak... perangai lebih kurang je...tunggu yang sorg lagi botak... hahah mmg sejibik version Upin and Ipin version tua.... hahahah... lawak!!!!

Ampun pak cuuuuu.... Ampun bbbbbbbbb..... heheheh... lawak petang je.... lariksssss!!!!

Korang sokong tak? Betul....betul...betul....

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Happy birthday Aisyah

Ok short entry... short tapi sempat jugak ok cari gambar, resaiz and siap dpt lagu lagi.... tepuk tangan tuk Suki cida!!!! Zamani pun dah bunyik... "Ayang ni dok mengadu banyak kerja kat opis, tapi entry sentiasa update... " Ngeh ngeh ngeh.... biasalah... binik u ni... tak kenal lagi ke?



Anyway... just wanna wish this little gurl Happy Birthday... bakal anak buah aku...lalalal... ha! Tampo mulut yang kata aku nak mengampu tu kan... family dia tak tahu pun blog ni ok... so kalau mengampu pun aku ampu laki aku je... kan b kan kan kan?dia je baca blog aku ni... bluek!

Nak belikan apa tuk Aisyah yek *kelip2 mata kat Zamani*

Org kata sambil menyelam kita minum air... beli tuk anak buah selit sekali barang sendiri... ahak!Ok aku dah melalut dah ni....

So Aisyah Darling...


Auntie and Pak Long wish you happy birthday... semoga Aisyah jadi kakak yang baik, anak yang soleha...

Hehehe tiga tahun da biasa2kan pakai tudung... aku relex lagi terdedah sana sinikan... Aisyah jangan jadi auntie eh... muakssss sayang Aisyah

NOTA KEPALA :- Wish on behalf Zamani yang confirm tak ada masa nak update blog sendirikan? heheh blog dia bersawang dah boleh jadi rumah hantu dah aku rasa... heheheh....

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tuesday, March 3, 2009

Slot Akasia

Tetiba aku giler lagu ni... ulang dr pagi sampai la ke petang... erm lirik yang sangat best... memula tu dengar kat radio... so sikit sebanyak aku boleh di katakan minat jugak la dengan lagu2 Fabulous Cat...

Lirik dia best! Jangan dengar tapi faham... ok gua tak mo lalu lagi jalan yang menyakitkan ni... terutama dlm bercinta nikan... mmg tak nafi tak semua cinta tu indah... tapi penat la... hahah ni kira lagu suka suki je nak dengar... pada yang rasa lagu ni kena mengena, maka angkat2 la kaki... move on with new life... insya Allah... anda bahagia... tak KAYA tak pa... janji kita bahagia... Kekayaan tu tak akan rasa selagi kita hidup tak pernah bersyukur...heheh yang faham tu bagus, tak faham tak pa...

Aku banyak kerja, tapi heheh tak tahan nak berbloging... nasib baik banyak kerja...kalau tak mau berjela aku menaipkan?

Oh yah Rayyan kena tahan kat ward demam kuning.... kuning muke anak buah aku tukan... dah rupa mascot Digi daaaa.... alamak Ayyannnnn.... ampun.... sayang dia... muakssss! Ok nak continue kerja... korang layan lagu naaaa....



~MENYINTAI BUKAN UNTUK DI SAKITI, SEJAMBAK BICARA HARUS DI TEPATI~

Ingat tu kawan2... kalau sakit hati melampau2 tahap dewa, lu sendiri pikir...

thank to Mahasyang yek bagi tajuk ni... nak gelak aku tadi YM dengan dia...

Suki :- Ab ko tahu lagu fabulous cat tak yang baru tu?
Mahasayang : - Yang mana?
Suki :- Yang terbaru tu la...
Mahasyang :- Slot Akasia ke?
Suki :- Tah la... slot akasia cerita apa? Aku tak tahu lak bukan yang 'bawa ku terbang tu'
Mahasayang :- Yer la tu yang terbaru
Suki :- Bukan ada satu lagi
Mahasayang :- Slot akasia tu tajuk lagu tu la....
Suki :- Laaa yer ke awat buruk benor tajuk tu?!

Hahaha gigih lepas tu cari kat you tube ok... oklah nak sambung kerja bye (kali yang ke 10 cakap tapi laju je aku taipkan?!)

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Sunday, March 1, 2009

Entry lama

Entry ni lama... aku dah save baru la ternampak entry ni kan... kejadian 3 hari sebelum Rayyan lahir...

Bangun pagi aku dengar apa la kecoh2 kat luar bilik akukan... terkekek2... tergelak2 laki binik ni tak reti nak bagi aku tido dengan aman... anyway hari tu kena bangun awal sbb kena anto Zamani kerja... biasalah rutin hari minggu... menghantar tunang kesayang hambo kerja... sajer je miang2 mengenyamkan nak hantar... muahahah...balik berjemput bagai... tak pa i like! seminggu sekali apa ada hal?!

Sila abaikan posisi Pidah yang duduk macam perempuan ehem ehem... hagak2 la korang kan nak suruh dia duduk rapatkan kaki... hehehe... buat pertandingan time ni elok gak... pertandingan kaki siapa paling rapat... wahhh tetiba... mmg diorg teruja la... menyusun bagai barang baby... yang tak best menghalang aku ok!!!

Ok Rayyan ada 60 helai baju... jangan tak percaya... kami yang giler... muahahah...beli baju budak tak hengat! drawer tu sangat penuh ok! macam2 ada....


Tengok nenek beli baju apa tuk Rayyan... ni kena tunggu besar la baju pakai... aku suke baju ni... macam cool gitukan...

Sepol :-Mak long sejak ada pak long, dah tak ingat janji dia kat Rayyan kan mama...

Pidah angguk...

Aku :- Janji apa?

Pidah :- Mana janji ko nak beli barang Rayyan tiap bulan... 7 bulan pertama je ko beli, pastu ko stop.... mana janji ko mak long...

Aku senyum kambing

Aku :- Yer ke mak ngah?!! Alamak!!! oklah tu 7 barang tuk dia... akukan main sponser sepanjang hayat... muahaha

Sepol :- Main sponser? belum dtp anak dia sendiri,kan mama....sekarang pun dah angau baik punya dengan pak long...pandang kita pun tak...

Aku :- Dah tak yah buat drama tragis ko tu... ketepi!!!

Pidah :- Alahhhh tolong Mak long susun stokin rayyan....

aku buat muke... tengok jam... oklah awal lagi... baru kul 10 pagi... Zamani tah tah tengah bersiram lagi.... hasilnya.....



Tadaaaaa...dah mak long nak ambik pak long.... bluek!!!!
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Saturday, February 28, 2009

Dekat tapi jauh....

Title tak hagak...

Zamani :- Ayang duduk sini... b nak isap rokok jap
Aku :- Ah tak ada... jap lagi ar!

Zamani :- Kejap je...

Aku :- Alah jauh la.... jap la... lepas makan la b!
Zamani :- Sini je....tak jauh...promise...

Woooosshoooosss dia terus lari... how dare you!!!!

My drink... ni kena tunjuk dulu...

Posisi meja kami sebelah cermin... tu yang poyo tu bagi aku nampak dia kat situ... konon dekat la dengan aku,kan...


Zamani mmg teror kalau buat muke,kan... cewahhhh


aksi paling ganas.... hahaha mmg aku terkejut time ni! Jangan suruh laki korang tiru dia yek... lain jadinya... hahahah
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Laki siapa ni?!

Tak habis cerita kat sepital lagi ni.... banyak benor... tulah entry tertangguh dengan sakitnya aku... baru hari ni aku update....
Ni kalau tag team dia ada ni, aku rasa mau kena halau dengan nursekan...terus kena black list from entering the hospital....

Pidah nak breastfeed Rayyan... so di kehendaki keluarla lelaki2 nikan... termasuklah Zamani... tengok apa dia buat?! Buat lawak... kan.... time macam gini point, markah dah tak kira dah... dia kuarkan true kaler dia....

10 minit aku jenguk dia kat luar.... dia tengah layan ni....




Oh semalam kuar dengan Zamani... akukan suke cakap "eh laki siapa ni?" (kalau dia buat perangai...) dulu dia senyum je... kali ni pandai menjawab u ols.... tahu dia jawab apa?

"Eh laki you la... baik u angkat tangan cepat!!!!" Aku terdiam kejap.... haiz!!!!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Zamani, Me and little Rayyan...

Layan Picture ok... sorry gamba Rayyan terbaru tak ada lagi la... dia agak baran sikit sejak balik umah... so kalau dia tido tu semut pun kalau boleh jangan lalu sebelah dia gitu... sblm Pidah nak tention sbb nak tido anak dia mmg payah, jadi aku tak la ambik gambo... sbb kalau dia bangun dia nak berdokong... kalau tido dia tak leh org nak kacau dia... overkan si kecik tu...

Gambar2 ni gambar kat sepital... tengoklah bila dia dah serasi kat umah tak meragam sangat oklah aku paste banyak2 gamba Rayyan kat sini... bagi korang muntah hijau kuning2 sikit... muahahah....








Baby Rayyan after 5 hours....




















With mak long yang sentiasa gedik...















Rayyan on the next day 25 Feb 2009. Dah pandai bukak mata...muke garang giler.... ikut siapa ni?!!!!















Ok first time nangis.... hahah muke sedih... tak ada org layan...

















Heheh kinda love this pic... hansem pak longkan...suci je macam balik umrah.... larikssss






















rayyan bukak ke tutup mata sama je... hahaha... pelik la jugak dia... siapa pak cik botak ni?! wait til u see twin dia Rayyan...





















Chewah pak long yang berpengalaman... muahaha... vah! Vah! Sang lelabah!














Aku hargai niat murni Pidah ambik gamba ni... al maklumlah tahulah lepas operation... gigil ko mak ngah ambik gamba aku!!!! Tak pa... walaupun gigil asal korang nampak bayang kitaorg ok....
So layakkah kami jadi mak ayah one day atau layak tahap model je? Muahahah









Sleep my little Rayyan.... geram tengok gamba ni... macam anak jepun.... haiyak!!!!












The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-