Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, April 18, 2008

Cerita..cerita... cerita....

Nampak benor aku ni tak ada kerja... dok update blog... heheheh bgi yang brmint nak baca, baca la... yang tak berminat tak apa... tiada paksaan dlm ni.

Tadi aku menerima panggilan dari seseorg... kurang ajar org ni. Org ni hilang ingatan agaknya. Dia pernah call comp aku sebelum ni. Kalau aku tahu siapa dia ni... mau ku tarik telinga dia. Tengah syok aku buat kerja (akakak kerja konon) phone aku bunyi... aku pun angkat la phone... siapa la kacau aku buat kerja ni (heheh banyak citer menarik la katakan nak tulis dlm blog).

Si pembohong :- Selamat pagi, bole saya tahu siapa cakap di sana?

Aku :- Shida sini (Bengang tul nak berkenalan2 ni)

Si Pembohong : - Saya dari Income tax yer. Tuk makluman anda bahawa Income tax tengah mengupdate sistem kami dan kalau boleh sila buat pembayaran PCB sebelum 10 hari bulan.

Aku terdiam seketika... macam ku kenal ayat ini... sah! si mangkuk ni pernh call aku 4 bulan lepas. Banyak sangat menipu sampai lupa company aku ni dia dah goreng sekali. Termasuk aku dan bos aku la kena tipu.

Aku :- Oh ok... saya tahu benda tu, kami jelaskan sebelum setiap 1 hari bulan lagi

Si pembohong :- Untuk makluman je yer, bole saya tahu nama director?

Aku :- Mr *** ***** *****

Si Pembohong :- Boleh tak saya bercakap dengan dia?

Aku terus la cakap... dia tak ada la. Keluar. Siap tanya bila balik semua

Well kalau korg nak tahu, si puaka ni, bukan la dari Income tax... dia dari Jabatan kemasyarakatan. Nak minta derma. Al maklumlah kononnya kat sini kalau derma, akan di kecualikan cukai. So dulu mamat ni call nak minta derma sebuah kerusi roda tuk umah kanak-kanak cacat. Bos aku kata dia tak janji, tapi melaun ni telah kata kat aku yang bos aku ni janji nak derma 2 kerusi roda. So aku cakap la bos aku tak berminat. Dia boleh mara aku. Kata yang bos aku penipu. Than nak cakap dengan bos aku aku tak bagi. Ingatkan dia dah ilang. Muncul lagi... cukup pantang tul mengunakan nama kerajaan. Kambing gurun betul. Nak minta derma pun agak-agak la... dah kata derma seiklas hati. Dah la dia pandai2 tentukan kita bayar derma.

Hari ni je tah berapa kali di call. Tapi mak cik bijak, mak cik siang-siang dah warning member opis supaya jangan terpedaya. "If any one from income tax looking Andy, pls dont pass the line to him, or give andy's mobile number..." just ask him pass away <-------- wkakaka itu aku yang tambah....

So petang tadi panggilan si pembohong tu di sambung pada aku.... sekali lagi tipu. Mak bos aku jumpa aku tanya apa org income tax tu nak dengan anak dia. Buat apa nak takut Mak bos? Andy personally never owe goverment or the company, so kalau ia pun ada yang tergendala, diorg personally akan mari jumpa aku.

Ecewh berlagaknya... dulu first time dia call pun aku kecut perut. Heheheh

No comments: