Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 3, 2008

Wedding

Aku rasa blog ni panjang... banyak citer aku nak bagi tahu ni... but i will make it short ok... and full this page with picture!

Alhamdulilla segalanya berakhir dengan selamat. Walaupun banyak sangat masalah yang muncul di saat akhir... aku kalau boleh tak nak cerita, tapi semua dah ok and banyak pujian yang kami terima. The wedding berjalan dengan lancar. Semua org memuji layanan yang sangat baik ( chewah... me and my family sedaya upaya menyambut tetamu sama ada kenal atau tak), makanan yang TIP TOP, thanks to Saleha Catering. Kemah yang sangat selesa, with light and fan top of it...so tak la kepanasan. Thanks to Siti Bridal tuk kemah yang sangat2 selesa. To my untie and uncle yang tak letih melayan tetamu... serius... aku mmg terharu... even it only my sister's wedding...

Ok banyak masalah muncul and kami buat semua last minute punya kerja... well pada yang mengikuti cerita aku, semua tahu prelude mcam nak rak yek... FYI, mak andam adik aku last minit buat hal... less than 10 day dia nak kawin, kakak mak andam dia call suruh cari backup plan. And kami apa lagi, bridal mana yang nak ambik dalam masa seminggu majlis perkahwinan. And i really pity my sister... tapi ARZU BRIDAL yang terletak depan Sogo sanggup menolong kami... saiz adik aku sangat kecik. Semua Bridal tak ada baju sekecik dia dan kalau nak tempah punmmg tak sempat, nak fitting pun akan nampak kelakar. So ARZU BRIDAL yang ada 20 org mak andam, sanggup ambik and kebetulan diorg baru buat collection tuk org2 bertubuh kecik macam adik aku.

Second problem, pelamin kita pasang one week before... dah last minit so jadual diorg dah penuh so terpaksa la buat pelamin awal2.

Bilik tido kita buat sendiri and pujian tip top to my sister's friend Akmal.

Last minit jugak tangki umah aku bocor, waktu bz pasang kemah semua, time tu air melimpah2... time tu jugak la betulkan. Hari tu jugak mak aku sibuk suruh cousin aku mengecat kat belakang rumah, than sehari sebelum nikah, baru perasan bunga manga tak siap lagi, lepas tu berkat tuk pihak lelaki tak siap lagi... semua kami buat hari khamis tu jugak.

8 Kemah yang kami pasang... mmg puas hati. Walaupun RM 250 sekemah, org kata mahal, tapi puas hati hasil kerja diorg yang sangat kemas... so gamba yang dah siap tak ada la... pastu dah bz sampai tak sempat nak ambik gamba.

Dengan cat tumpah...

That nite is Pida's Birthday... so buat suprise tuk dia dalam sibuk2 buat kerja persiapan nikah tuh.

Rupa bilik pengantin.... mmg menerima pujian... Akmal, lepas ni boleh terima tempahan gubahan bilik tido :)

Sebelum

Selepas

Ok la tu yek? Adik aku pun request kat kawan dia buat sesimple boleh... so ini la hasil dia, kami hanya decor dengan bintang ni....

Dan thanks to this girl... mmg semua puji bilik tido pengantin lain dari lain.... aku tak kisah itu pujian iklas atau tak, but aku sendiri suka :)

Majlis pernikahan berlangsung di Majid Ampuan Rahimah, Klang ( kalau tak salah la nama Masjid tu). She is the most beautiful gal :) that my sister! Ken jugak tak kurangnya.... kecoh sikit sbb pengantin lelaki datang lewat gara-gara tersekat kat MIR2 akibat banjir kilat kat KL. Sepatut majlis nikah pukul 4.45 tergendala ke pukul 6.00... tapi ada hikmah di sebaliknya, sbb tok kadi dah bengang tunggu lama sangat, sampa je terus nikah berlangsung... sebelum tu ada satu pengantin lain, menurut saksi kejadian pengantin lelaki tu kena baca banyak surah...

Hantaran dari pihak lelaki

Akaq di jalankan...

Sijil Nikah... wahhhh dah sah!

So meh tengok gambo malam berinai and persandingan

Sori muka akak mmg tak suda punya muka, tak sempat nak make up, tak sempat nak buat rambut... bengang arrrr muka makin naik macam pen kek!!!!

So macam mana? Gamba-gambar nanti aku upload kat Foto Album kat Multiply. Uhhh penat taip. So next week pulak majlis kat Kuala Kangsar pulak... beban yang aku tanggung dah pun selesai...lepas majlis ari Ahad tu aku bantai tido....

Oh lupa nak citer masa berlangsungnya majlis, purse aku hilang. IC, lesen, ATM Kad, Credit Card, discount card, point card (heheheh) habis ilang.... so semalam setengah hari aku habiskan masa gi report, buat IC baru.... kena kompaun RM 100...hampeh tul la! Asal la kompaun aku lak? Bukan aku suruh pencuri tu ambik IC aku!!!! Mmg bengang gila. Aku dah jadi pendatang tanpa izin.... kad pengenalan sementara aku hanya sehelai kertas!

P/s : Bakal2 pengantin... ambik ARZU BRIDAL... layanan mmg bagus. Call adik aku every time tanya, pelamin macam mana, baju ok ke tak? Kasut matching ke tak? Even dia call mak andam to check everything ok ke tak and yang best secara langsung dia tanya adik aku waktu solek tu, mak andam diorg buat kerja dengan bagus atau tak!!!! MMg tak menyesal ambik, cuma mahal sikit la kot... heheheh

Wednesday, May 28, 2008

Wedding "Paper Rasion"

Ok... tak banyak la nak citer... tapi aku selau kata macam tu,kan? tapi bukan main panjang blog aku... ari ni dtg opis kul 7.... tahu sbb apa? Hahahah nak transer gambar tul blog.... memang tak sesuai... ingat tak blog aku yang lepas? Cakap tak nak buat balik nak terus tido? Hampa sahaja sbb kalau aku tido siapa la pulak nak buat kerja-kerja... sian pulak adik aku yang lembab tuh...wahhhh

Oklah tanpa membuang masa lagi... kita tengok jadual aku 2-3 hari yang lepas ok...

  • Ahad 25 May 2008

Sesi memasang langsir... alah kisah yang aku melalak sedih tuh pada ari tu... tukar langsir bawah je... dan jugak bilik... tapi tergendala sbb Ring sangkut langsir tu tak cukup... mmg tak sesuai!!!!

Sebelum pasang langsir, kenalah sapu bersih2 habuk-habuk ni dulu... cewahhhh

Senang lenang mak aku dengan akak sepupu aku... PENGARAH urusan... dok arah je kerja diorg buat itu ini...

Ingat tak insiden yang aku "hangin" dengan mak aku? Alah... yang pasal dia kata my Ex kalau ada boleh buat la, kerja teliti la? Yang tak ingat gi baca balik blog aku yang lepas. Ini abang sepupu aku yang ketatkan penyangkut langsir yang aku kata longgar... (aku pun tak tahu nama spesific semua benda ni). Bukan dia je yer tak boleh buat? Tu ha abang sepupu aku, relex je dia pun boleh buat...saje je diorg ni nak sakitkan ati aku tau...

Done!

Kan aku dah bilang... mak aku ni Pengarah urusan...

Aku la yang pasang langsirnya.... wahhhh gemuknya!!!!

Day curtain... alamak ni je yang aku ambik...

Mereka- mereka yang tak buat kerja... hehehe baju biru tu nenek aku... oklah tu tak payah la sbb dia pun bukan sihat bebenor. Oh ada sorang lagi... adik aku Raudhah... perh senang lenang duduk... tu nampak kaki dia je... tau apersal? Sbb aku tengok dlm camera ni banyak gamba di posing... meh sini... suka suki guna camera aku...

Ni salah satu gamba dia... ingat lawa ke... ambik ko!!!!

Dan sorang lagi yang mengikut

HANA ( Adik Giant dlm citer Doremon) dok ikut... semua tak ada kerja....

So malam tu aku dengan budak2 tu main SAIDINA....

  • Isnin 26 May 2008

Apakah ini? Ini adalah Cakar Ayam...Ayam mana yang buat? Meh sini ku tampo sikir org yang tanya tuh... cewahhhh... ini la antara berkadnya... so sekali lagi umah aku dah rupo kilang... barang semua di Import dari melaka... al maklumla kami sekeluarga org Melaka... proud to show makan tradisi org Melaka ni... The Cakar Ayam....

Sebelum bekas di isi... cantik tak? Mak cik yang buat ni... ni menunjukkan kerja kawin aku (ewah) aku mampu lakukan sendiri...

Bekas yang dah terisi Cakar Ayam... kenapa bereben la yek? Heheh tak pa biar la rahsia...

  • 27 May 2008

Semalam kita org beli barang tuk dekor bilik pengantin... kita tak gune service wedding planer sbb diorg charge RM 350 untuk SEWA cadar je... so we all sepakat (membawa berkat) biar kita dekor je la bilik pengantin... my sister tak nak ikut fasion pengantin2 yang dulu... banyak kain ropol2 tu... we try to make it as simple with modern concept... Lor ko ingat ko siapa? Macam teror nak menghias? Lagi pun bukan wedding aku, kalau org puji aku rasa aku buat benda sama on wedding aku yang tah bila tak tahu tuuuu.... kalau kena kutuk sendiri mau ingat la... kalau dah ni bukan bidang ko... jangan pandai2 nak buat.

Deko bersama Cida... apa benda tu? tah aku pun tak tahu... macam ranting kayu gitu... balik je kerja, serbu Jusco Bukit Tinggi beli benda alah ni... kita ikut konsep alam semula jadi... hahahah. Bila bawak balik semua panic, macam mana nak buat... tengok kedai lawa giler... sampai giler aku tengok... ni duit dah kopak RM 120... takkan nak bungkus kat stor lak? Tak pa...tawakal banyak2....

Cak... hentam je la... dekat sejam la jugak kitaorg ubah benda alah ni... wei this is my first time buat gubahan... aku mmg tak minat langsung!!!! Tapi akhirnya menjadi seperti ini.....

Haraaaa... hentam je la labu.... we not planning to put that thing kat situ... tapi sementara letak je la kat situ....

Oh yang terakhir, pak cik aku dok kilatkan lantai pakir aku kat semua bilik... thanks Cik Omar.... walaupun ko garang, tapi hati baik jugak...heheheh

Tuesday, May 27, 2008

Lelaki itu....

Seorg lelaki mai interview for Marketing Manager positon... Mizi, dia mengelarkan dirinya... bila dah line Marketing, dia punya peramah apa lagi, mengalahkan org jual barang...

His appoinment at 11.00 am, so my bos gi sarapan dengan dua kawan baik dia kat Marketing Department, one of his friend, my Buss and Development Manager yang kena jalankan interview. He come at 10.30 dan membuatkan dia kena tunggu setengah jam...

Wah di situ permulaannya bermula... dia terangkan selok belok line shipping and fowarding.... SUMPAH... aku tak faham apa dia bual. Dia kata dia dr MIC, which is big shipping line company... wahhhh...aku kerut muka... well kalau operation may be they know la apa MIC to, kalau beta, beta tak tahu ape ke bendannya MIC tuh... kalau MIC,MCA tahu la beta.... wakakakak.... kerut dahi tak faham tapi mamat ni terus berusaha memahamkan aku. What ever...

So lepas dia cerita pasal itu ini, dia tanya aku...

Mizi : You org mana?

Me : Mmg org Klang....

Oh dia pernah kerja kat Port Klang sebelum ni... so dia tahu sikit daerah klang ni

Mizi : Klang kat mana?

Me : Andalas....

Mizi : Oh dekat je la.... ~Sunyi~

aku nak kuar dah dari bilik tu... aku tengok May dengan Kak lyn dah tengok aku yang berdiri kat pintu tu lama... mesti dorg kata aku gatal, miang! Who care... i have that right.... wei mak cik single and available.... wahhhhhh. Oh dia tinggal kat Kelana Jaya.... Sec 5.... mak cik,kan dulu bertapak kat Kelana Jaya...maklumlah opis Pak Arab kat situ... heheheh bukan kat Arab...so almost 3 year mak cik kat ulang alik dating sana... apa lak tak tahu, yer dak?

Me : Sec 5 kat mana? Dulu my friend tinggal SS7, dekat dengan padang bola tu kan?

Kawan aku tinggal kat SS7 tu mmg betul punya kawan... bukan Pak Arab yek... so aku selalu drop kawan aku kat umah balak dia kat SS7 waktu aku nak dating dolu-dolu....so tahu la

MIzi : Oh kat area Giant, Kastam tu...

Ok...get the idea mana kawasan umah dia... akakakak so perbualan kami terus lagi sambil2 aku doa semoga bos aku copat masuk...

Mizi : Orang kelang tapi puteh yek....

Wahhhhh ayat ngorat namanya tu! Cit perasan je cida ni... no la... org sales ni biasa la ayat...

Me : Asal? Org kelang selalunya hitam2 ke?

Dia senyum...

Mizi : Tak la gitu... tapi u putih macam cine.

Cine tu yang putih macam aku... i wish my bos masuk sekali dlm bilik interview, but sayangnya dalam 10 minit my bos kuar dan Paul and Dereck yang teruskan sesi interview tu. Bos aku sangat kasual ari ni... Jean and T-shirt... pas tu dia boleh panggil MAy... tahu sbb apa? Ada cicak mati terkangkang kat pintu... tak penyek, tak apa... fizikal yang elok.... tapi dah 3 hari kat situ... gemuk la tu.... cara cicak tu mati sangat tragis...aku nak ambik gambo, tapi geli la... bos aku yang MACHOOOO HANSEM bak Andy Lau... terkinja2 geli... apa la bos.. why like that?!

May...may... cin cau cho....( aku tak faham lagi dah dia kata apa)... macam budak2... aku rasa anak buah aku pun boleh pegang kot...tak geli macam tu...

Tak tahu la this Mizi got this job or not... :) Nasib ko la Mizi... gud luck!Nice chit chat dengan u sampai kerja aku buat kali ke 100 tak siap....akakakak

Slim lift, Opal dengan Ami....

Dan suntuk masa... aku kena siapkan kerja TAPI biasa laaa.... tangan aku gatal nak bercerita jugak... sudahnya esok jadi macam semalam kerja tak siap... tak pa YM aku tak on so tak la nak berbual bebenor... Pagi ni aku pakai skrit aku.... ahhhhh tention asal ketat bahagian pungguk? Ni marah ni!!!! aku dah lama perasan... sampai bila aku kena bergantung pad benda ni?

Ini die...Slim Lift... sebab pungkuk ku besar dengan tak bersebab memaksa aku beli benda alah ni... bila pakai ok la, kecik sikit pungkuk aku ni... semua baju seluar boleh pakai... di sebabkan mak aku basuh benda ni, ari ni aku rasa ketat sungguh skirt ni... MMg best pakai benda ni... cuma pakai lebih 8 jam, gatal-gatal... tak sesuai betul...

Nak kena beli satu lagi la... bila cuci benda ni, badan tak betul daaa... mengembang semacam je....:(

So yang rasa nak pungkuk kecik dengan kecikkan perut yang banyak lemak sesuailah beli....

New Pic of Naufal and Nazmi....

"Sian dia... naper tak bagi dia masuk? Naufal nak main dengan dia..." Erm... dia cakap pasal apa ni? Termenung semacam je anak buah aku sorang ni....

"Please Mak long...." I locked the gril. Sebabnya dia nak kuar... bila dia kuar dia lari, org semua tak perasanan.... oklah mak long siankan Naufal...

Ni yang payah ni... dia mmg suka kucing... mmg pantang nampak kucing... sian Qiara... ganas si Naufal ni... kena pujuk dia, sayang kucing... pegang kucing... kalau tak, dia buat bola kucing tu... dah la minah tu bunting... heheheh

"Cat! eat... Cat eat" Tetiba kuar cakap omputeh lak si Naufal tu... hahaha si Nazmi pun tak ketinggalan nak jugak main dengan Qiara... that y aku tutup pintu pagar... kalau sebatu si Qiara lari... sebatu la si Naufal kejar...

Ni pun kena ajar Naufal bagi Kucing tu makan elok2... ikutkan dia dia dah tunjuk batang sate tu... hahahah

Mati-mati aku ingat si Qiara ni mati...kot-kot la si Naufal cekik dia ke... keletihan sbb makan banyak... Naufal ambik sate pura2 makan, kat belakang semua dia bual amal jariah. Qiara yang takut dia suka la... sampai terlentang macam tu sekali mak bunting ni... hehehe

Ok nazmi ok je... dia bz test suara dia... Jay... anak buah ko si Nazmi ni lebih ganas dr abang dia... tak takut dengan mak dia... lagi mak dia marah... dia besarkan mata dia tak puas hati apa yang dia tak dapat....

Dia perhatikan abang dia pegang kucing... geram tul tengok si debab ni... hahah my uncle called his grandson "beras kampit".... hahahh dia kata Nazmi seberat kampit beras... hahah tak sesuai betul.

Muka aku yang tak sudah... he bit afraid waktu ni... yer la kot sampai je umah, semua org dokong dia nak ambik gamba....

Tapi selepas beberapa jam lepak kat umah aku, dah makan coklat, dah main kucing, dah round sana sini.... dia jadi macam ni......

Nazmi dah tak takut, tak gentar, tak malu, tak segan dah.... bateri dia dah fully charge... Jay, inila rupa dia tak puas hati kalau mak dia marah... selagi bole dia jerit.... sampai merah2 muka...berani tul si kecik ni kalau nak di bandingkan abang dia yang sangat baik, duduk je...nak gi mana2 tengok muka mak ayah dulu, kalau mak ayah bagi signal, than continue....

Nazmi mmg suka menjerit... dia happy sampai terlompat2 nak tunjuk suara dia lebih lantang dari semua org... hahahah kita org biarkan je... as long dia tak menangis... :)

Aku dah lama nak upload gambar budak2 ni... tapi tak ada mud nak mula cerita... tetiba je teringatkan diorg... oh ari ni yakni ari selasa, my buah aku yang perempuan pulak dtg... umah pasti kecoh... tu kakak pengantin tu, kalah aku... dia sakit kepala sbb adik aku tak pasang kemah.... hahahah baru hari apa? Dia sibuk2 tanya pelamin bila nak siap ect...ect... ni dia kena jaga sepupu dia yang umur 2 tahun sbb umah mak cik dia buat renovaton... hahahah bukan renovation biasa... it more to make over.... hahah mak cik dia terpilih dalam KASA IMPIAN....wah kak nam tujuh tuh mmg minat nak tengok Eric Leong.... tu yang sukarela nak jaga sepupu dia kat Balakong!

Monday, May 26, 2008

Apa-apa je aku buat ari ni

Hye blogger! Korang tahu tak.. of coz la tak tahu yek... belum cerita... bukan cerita sedih atau kelakar... tapikan aku pelik apa yang aku buat sepanjang ari ni... tup..tup pukul 4.50 petang... kerja aku tak berganjak, payment voucher makin banyak, bank in slip pun makin menimpun, petty cash voucher still in may hand from morning tadi dol! Tak gerak satu pun...

Apa aku buat yek? Termenung? Hahahah rugi kalau termenung kat opis ni... recall back...

8.30 masuk in opis aku blog... hahaha maklumlah jiwa macam nak meletup weekend to...so pagi ni konon meluahkan la.

Aku call candidate for interview on position Marketing Exec / Manager... tak la berapa lama pun. Semua org dok kata nak reply call aku... zaman sekarang, kerja yang cari diorg. Siap cakap akan call tentukan masa BILA DIORG FREE.... boleh la pulak. Aku malas nak layan. Ia kan sahaja la.

Than aku duduk tengok petty cash expenses bulan April... tak la banyak sangat, few invoice je pun...

Than call this bull shit comunication company! Fax tak leh nak gune... semua kat opis aku memekak... yang aku geram, aku yang kena call check what goin on... call Telecom, depa kata line ok, tak ada black list apa pun, call this telecomunication company pun depa kata ok... aku confuse... sampai sekarang aku malas nak layan... yang comp telecomunication ni aku dah bagi tahu 10 kali nak terminate service, dok anta aku sana sini... bual dengan setiap org yang berbeza... itu kot yang makan masa...

Since my last blog... wahhh banyak rupanya bagi advice... tima kasih, yang tak kenal, yang kenal... kan bagus kalau dpt support dr family macam tu... anyway due to someone advice to burukkan dia, i guess tak perlu kot... dia tak buat apa pun salah...it just me yang masalah tak boleh nak bagi commitment and tak saba, tak boleh mengalah and all that...

Uh tak nak cakap pasal ni tapi cakap jugak... aku masih pelik ni... apa yang aku buat sepanjang ari ni? uh?! Ha... bz kepochi jengah blog2 org... heheheh sepanjang hari tau tak... bahaya betul la... aku kena padamkan connection kat computer aku ni... azam punya setinggi gunung... tapi bila boring je aku cari blog2 tuk di baca.... sampai kiamat pun kerja aku tak habis...

Setengah jam lagi nak balik... tertunda la krja aku lagi... pikiran aku tergangu tetiba bila tengok listing auditor aku... and few question from the... Accrual expenses... aku dah start confuse... leceh tul la... diff between Accrual expenses and payble expense... im not asking the meaning... but the journal entry for the expenses... dah confuse dah ni... this is term yang aku selalu tak ambik pusing... sbb payment selalu on time...bila libatkan tarikh/date je... mula la pening... korang faham? hahahah yah, for those yang ambik accounting, u know what i mean... yang rasa2 ambik doctor, cikgu sains (wahhhh ) , admin exc, pegawai perpustakawan, lecture (heheheheh) korang buat tak tahu je... sbb aku yang dekat 5 tahun mengadap benda2 ni benganp tak sudah2... macammana aku nak maju? Hahahah

Oklah sebelum aku giler deng serius... aku undur diri... kang 5.30 tepat waktu Malaysia, aku nak balik... solat, nak tido... aku malas nak ambik port pasal hal kat umah... hari ni aku nak rehat...rehat...rehat!

My feeling....

4 Hari lagi menjelang hari bahagia adik aku... semua org kat rumah makin tention... cakap pun semua nak meninggikan suara... and yang paling sedih bila aku terasa sangat sunyi...umah aku terlalu sibuk sbb sedara mara dah mula datang membantu... aku pun tak terkecuali sibuk tukar langsir, betulkan bilik (bilik aku bilik pengantin oooo) pastu buat check list. Ayah ibu bz buat persediaan pasal katering dan geng majlis kawin diorg tu...

Dan paling....paling aku tak suka bila semu org tanya pasal aku dan si dia... Give me space people... dan sekarang ni aku rasa nak nangis da... IM STRONG.... aku cuba kuatkan semangat diri... tapi aku tak faham kenapa org sekeliling aku tak faham apa yang aku lalui...Soalan demi soalan, tu tak kisah lagi... menunding jari seolah2 aku yang salah... dah tak percaya pada jodoh ke?

Bagi diorg semua tu gurauan... tapi mmg semalam aku mmg tak boleh nak tanggung semua tu... i cried... for the first time i really cried! Semua bz kat bawah aku kat bilik pasang langsir and cried.... tak sesuai betul... really sad with all question... Tuhan, aku minta kekuatan, fizikal and mental... tak mudah nak laluinya... aku rasa berat tapi aku cuba melindungi segala kesedihan.

"Aku dah lama tak dengar citer pak arab tu... macam mana dia? Kang majlis nanti pakat pakai baju sama la tu" Ayt pertama aku dengar... ok lagi... i guess better bagi tahu sbb tak nak panjangkan isu pasal ni... makin banyak nama Pak arab kuar dari mulut diorg, makin ati aku jadi sakit...

"Orang dah tak ada apa-apa dengan pak Arab da... " Semua macam terdiam... of coz la soalan pertama kenapa?

I told them yang kami tak ada jodo all that... BOOOOMMMM tahu tak apa yang kuar dari mulut diorg

"Ni ko la ni! Mesti ko ada Jantan lain... " Hina tul ayat tu... Kalau ada aku dah bahagia la sekarang

"He nice guy, lelaki yang baik... bla...bla...bla... sampai bila nak macam ni? Ko kata nak tunang tahun ni? Apa la... bla...bla..bla"

Mak aku pun sama juga "Baran tak tentu pasal... tak penah nak saba"

Walaupun diorg cakap dlm gelak... but it hurt me... seriously...sampai aku tak boleh nak tahan. Bila aku nak pasang langsir kat ruang tamu, aku bagi tahu mak aku penyangkut batang langsir tak kuat... so mak aku bebel and cakap

"Tu la, kalau Pak Arab ada,kan senang... dia je tahu buat benda-benda ni... ni kalau Si XXX tu ada ni, semua dia buat teliti... dia betulkan sampai benda tu ok... ni tak, suruh org lain buat tu yang jadi macam tu... org tu main pasang je pastu charge RM 10... buat kerja macam apa..."

Perh... fed up betul!!!!! Hati aku panas... aku dah tak kisah siapa lagi ada kat situ... cukup-cukup la nak salahkan aku...

"Stop mention pasal Pak Arab ok... asal pulak nak sebut pasal dia? Semua kerja jadi elok kalau di buat je ke? Orang lain buat tak boleh?"

"Eh nak marah pulak... betullah aku cakap"

"Nak sangat dia buat...just call him! Tengok dia nak datang tak. Tengok sama ada dia buat ni semua sbb dia mmg nak buat or just because org ni dulu girlfriend dia..." Semua senyap...

Bila petang my grandmother pulak bersuara,

"Tak baik buat si XXX macam tu dah. Lelaki ni tak boleh kasar dengan dia, macam mana dia nak kawin dengan ko macam tu..."

Eh dah tak ada topic lain ke?

"Ambik la ati dia, baik budak tu... bla...bla...bla..." Pastu di sambung pulak oleh anak buah aku.

"Mak long dah tak sama dengan Pak Cik XXXX yek mak long... sian mak long... habis mak long dengan siapa sekarang ni?"

Adoiiii kalau aku boleh ilang... tolong hilangkan aku sekarang... tanggapan org pada aku saat ini adalah :-

  • Im the bad person
  • Aku yang tak jujur dlm relation ni
  • Aku penyebab dia angkat kaki meninggalkan aku
  • Play girl

Sehingga mak aku tanya, "Dengan siapa pulak kali ni?"

Aku sedih sangat dengan apa yang berlaku... pls understand i need all my family support. I love him and bukan mudah aku nak buat keputusan macam ni. Tapi selama ni semua percaya pada ketentuan Tuhan, kenapa kali ni semua menolak ketentuan tu? I know him... he's doing so well and aku ni diorg tuduh yang bukan-bukan...

Aku malas nak duduk rumah... minggu ni kalau bole aku nak kerja...kerja...kerja.... but anyway thanks for my sister Zy79... i know u will be there for me... and thank to Yana :) thanks for the pray... and thank also to few friend yang betul faham situasi aku...

Friday, May 23, 2008

Seribu kali sayang -iklim

Aku balik umah jap waktu lunch ada benda nak uruskan... penat gile, Zuhur pun tak solat lagi... leceh la kalau time ni nak Solat... diorg ni kuar masuk...

Apa ke hal lagu Iklim ni? Aku dengar waktu nak balik opis tadi... Dengar lagu ni... tahlah tak usah di kenang, tapi aku nak jugak kongsi... pernah dengar lagu tu,kan? Ni aku ubah sikit... boleh la, kena jugak la dengan aku.... jom tengok dan huraikan :)

Berdosakah diriku?
Terpaksa melepaskan?
CintaKU yang serapuh?
Dahan nan kering usang


Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah KU bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak KU mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi?
Hingga KU bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi


Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
CintaKU gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatiKU
Itulah falsafah
Pegangan cintaKU
Namun harus KU ingat
Hati yang manakah
Selamanya kan sabar

Zalim pulak bila aku tukarkan "kau" tu ada "aku"... tapi itulah hakikatnya... kena tima la... hati mana yang selamanya akan sabar kalau aku terus bertindak macam ni? Uhuhuh... ok... itu je nak ceriter....

My words

This may be the last blog about him... aku rasa lepas ni au perlu bukak buku baru dan tutup buku lama... so yang nak baca teruskan dn yang tak hingin nak baca tu, tutup la mata, sila bukak page lain :D

Untuk Pak Arab... i benar-benar tak dpt nak cakap benda ni melalui fon or sms, msn email or YM... i guess ini cara yang terbaik sbb this is one way communication... terlalu lama bersama, and i guess ini yang i maksudkan selama ini... u tak pernah percaya and true enough it happenkan? Hati org sampai bila akan bertahan. I tak tahu sama ada u read my blog or not... both of us semalam marah tahap melampau and kita sama-sama block Id masing-masing... pada pembaca aku, gelak la... may be korang kata kami tak matang, macam budak-budak... tapi some how semua ni perlu di tamatkan, apa juga cara...

Mesti ada yang tanya "Kenapa selesaikan masalah dengan cara ini?" And i think this the best way... Susah nak tinggalkan seseorg kalau kita masih sayang, kalau ada perasaan benci mungkin senang nak teruskan kehidupan. Sound stupid,kan... but itulah yang aku dan dia perlukan... sebab sebelum ni putus than baik, putus than baik. Sbb masing2 ada simpan rasa sayang... bila ada benci semua di tinggalkan dengan mudah....

Uh tak semudah yang aku gambarkan... tapi apa nak buat... hidup perlu di teruskan :)

Tima kasih pada sahabat aku yang sentiasa bersama aku... only you know my feeling my dear friend...

" Saya doakan apa yang terbaik tuk awak,anggaplah apa yang cida buat ni sebagai satu perkara yang baik yang pernah cida buat.Perkara yang baik nak buat selalunya dugaan tu berat.Mungkin itu lebih buat cida tabah.Kenangan... jangan buang kenangan ,cuma simpan elok-elok kenangan di jauh sudut hati cida... Pertemuan datang dariNYa dan dia jugak berkehendak memisahkan kita,pasti ini terbaik. DIA tak pernah tidak adil atau menganiayai kita semua "

Menyesal ke aku?

Sedih ke aku?

Bersediakah aku?

Tah la... sehari dua mungkin dapat di harung, masuk hari ke tiga mungkin dah mula termenung, selepas seminggu pikiran akan bercelaru dan mungkin saat itu menjawab semua soalan di atas...

I need to be strong... jangan di layan sangat perasaan... dah lama aku sedia tuk kehilangan dia sbb aku tahu hubungan ini tak akan sampai ke mana... well im not blame him 100% but aku sendiri tak dapat nak terima kekurangan, balik-balik aku cuba lari dari masalah...

Fou you.... i dont know sama ada u berminat nak baca atau tak... but if you read this, i just wanna tell you that thank you very much for you love and care... keiklasan you terhadap i selama ini (this always be the issue) if this is true, thank you very much. Ur blessing ur courage, ur advice, ur time and ur money.... terima kasih atas semua tu... i tak mungkin akan lupakan you begitu cepat, but sooner or later you akan tetap jadi sebuah kenangan... Terima kasih kerana kehadiran you sedikit sebanyak buat i terasa amat di hargai...

Tapi jodo kita hanya setakat salam perkenalan... dan itu cukup memadai untuk i.... dan maaf sekiranya i banyak terkasar dengan you, banyak menyakiti you, melayan you dengan kasar dan kadang2 sehingga ke tahap yang sunguh menjatuhkan you sebagai seorg lelaki. Maaf juga i banyak sangat memaksa you membuat pilihan dan maaf juga kerana tak dpt menjadi apa yang you inginkan.

Halalkan segala makan minum waktu kita kuar... halalkan segala barang2 yang pernah you hadiahkan tuk i... halalkan segala penat lelah you dan halalkan segala-galanya...

Ternyata mmg sukar tuk lalui semua ini... but trust me... ini adalah terbaik... mungkin you akan temui apa yang you cari and i tak menolak kemungkinan i juga harap i dapat apa yang i cari selama ini...

Erm... ucapan macam nak ambik pingat...

Sampai di sini sahaja pertemuan, sampai di sini juga ucapan... sampai di sini juga detik kenalan terhenti... doa i sentiasa mengiringi perjalanan you....

Thursday, May 22, 2008

Akhirnya....

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang.... marah ada, lega ada...sakit hati ada... deserve me right kot... biarlah... i wanted him to know he worth it... dan nilai dia tu, setanding dengan perempuan yang lebih jauh baik dari aku... lah ni baru nak bukak mata im useless...

Aku tak harapkan sesiapa pun faham apa aku rasa sekarang ni... dia hanya kenangan lalu... dan aku harap biar la dia terus macam tu...

Dan aku? aku dah bg nom aku kat kawan2 aku yang org tu panggil JANTAN! usih nama atuk aku tuh....tah la... apa yang aku rasa ni aku pun tak tahu... sangat marah... sangat geram! dan sekarang yang ada cume perasaan benci! Tak apa la... mungkin tu lebih baik...

Macam mimpi....

Rase macam mimpi la... ari ni aku dapat in touch dengan kawan-kawan lama aku yang aku kenal diorg kat cikamat... bermula dengan pangilan dari honey baby pooh, than azy afza, than cik kiah karen, berus jamban dan yang tak terduga tetiba pulak user nama apek tegur... hahahah apa lagi menjemput la tuk jemputan kawin nanti... and paling best dirg nak dtg... hahahah.... hope diorg boleh dtg and dpt datang...