Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, August 26, 2008

Selamat mencube

Aku dpt banyak coment yang mengatakan diorg tak boleh masuk blog...jangan kata diorg, aku pun sama... apa kes yek? Rasa ada jalan penyelesaian... aku tak tahu tapi aku try boleh load semua...apa kata korang cube... bagi yang tak leh masuk blog aku ok! Tapi macam mana lak nak baca entry ni kalau tak bole masuk? Erm... so yang perihatin, bagi tahu la kat kawan...



Sedih betul, blogger nama Deqna tak dpt masuk... kitaorg berutus coment pakai blog org! sedih jugak bila lama tak nampak coment dia... mungkin ini membantu? I dont know, let try... aku rasa Internet explore mmg susah, so Deqna kalau ada selain Internet Explore, gune la bukak blog saya ok! For Zabelleza... tahniah, pandai cari alternative lain yek? wakakak...


Eh aku bukan pakar IT ok... tapi aku buat macam ni ok la pulak... kalau something wrong some where to ur computer than minta maaf la...


Kalau anda mengunakan window XP try this....






Nampak benda ni... cepat2 tekan... heheheh.... dia akan kuar....


Waktu dia kuar tu, waktu tu semua tu kuaq... aku tak tahu, aku try ni je sepanjang aku tak leh nak bukak... kalau korang pakai Vista, ada"protect" apa ke benda tah clik jer... sama jugak... menjadi jugak... hahah tapi tiap kali tu la kena buat gini...

Akak tention ni... kot2 di sebabkan banyak import benda dr multiply kot jadi lagu ni? Pelik...



Post- Mortem,kasi lapor

Monday, August 25, 2008

Fening bila pikirkan pasal tucing...

Dari tadi aku dok pikir, mana aku nak letak anak kucing ni bila balik Melaka nanti? Ingat my previous entry sbb nak balik Melaka tuk attend wedding my friend? Sepatutnya aku mmg nak balik Melaka, menyambut puasa dengan sepupu kesayangan aku tu ler... Maklumlah next week dia dah balik Dublin... seyes hati aku berdebar dia nak balik... gonna miss you bro... sedih sbb dia sorg je terdampar kat negeri org... macam pelik bila dia berjauhan, mungkin hati aku lebih senang kalau dia ada dlm Malaysia... heheh... it aply to all my cozen ok, Reza, Rizal, Hairy, and Din.

Naik sakit kepala... aku nak hantar kat Vet, it cost RM 20 percat for one day... Simba dengan Qiara boleh tinggalkan aje... tapi yang kecik 3 ekor ni.... da la kecik, jiran aku tak berkenan, siap nak buang diorg...kejam tul... aku pelik la org tak ada hati dan perasaan ni. Aku tengok kucing terbiar mintak makanan, aku jadi sayu... ada org siap tendang bagai... esh time tu kalau Allah bagi cash kat diorgkan bagus, tendang kucing kot2 kaki tercabut time tu... campak kucing kot2 dia jatuh sekali... apa dia rasa????

Lagi la bila aku balik kerja tengok dirg tak sihat... niat hati nak letak kat luar, pastu mintak org sebelah ni bagi makan je... kang kalau la hujan, kesian diorg tido kat luar rumah. Dah la hujan... sejuk dan we going dlm 3 hari gitu... wahhhhh tak sanggup! Ni cuti raya, aku dok pikir macammana....

Korang tentu cakap, siapa suruh jaga kucing?!!! Ni gara2 mak aku la jumpa Qiara hampir mati kat jalan raya, so ambik bawak gi klinik, bila sihat sayang nak lepaskan. Lepas tu bela.... tak sampai hati nak sunatkan dia, sbb dia pun mahluk Allah, ada gak nafsu, nak beranak bagai... bila beranak, korg sampai ke hati nak buang anak kucing kecik tu? Jaga besar sikit dah sayang.... and now tiga2 sakit... ahhhh seyes aku dah tak ada duit dah... tawakal je pada Allah semoga diorg cepat sembuh... gila sekali bawak 100 lebih tau... sakit 3 ekor... mau beratus kena... Doktor lak sengaja nak masukkan diorg dlm wad (cewahhh wad kucing) satu hati RM 60 hinggit... kalau dia tahan 3 -4 hari? selalu dirg tahan lebih dr 2 hari, alasan nak tengok tindak balas la apa la....

Tolong aaarrrrr... aku nak gi sendiri, mak aku tak nak gi pulak macam tak best je.... maklumlah org nak sambut puasa semua nak berkumpul sekeluarga... takkan aku nak jauh lak...nyway kalau dpt selesaikan pun aku terpikir raya nanti macam mana la diorg ni... air mata aku dah nak mengalir ni... aku sayang sangat kat diorg....

Kouvo, Zazu and Pumba... get well soon ok!!!! Tak seronok la Mummy tengok korang tak semangat macam ni.....tido je...

My bestfriend wedding

Lawakan? She my best friend... the only friend yang tinggal tak kawin lagi...TAPi dia akan nikah pada hari sabtu ni... rasa happy tuk dia tapi sad sbb kehilangan seorg kawan yang baik :)

Prelude sikit citer kawan aku ni....

Aku kenal dia tahun 1998 waktu kat KYM. Dia jadi room mate aku... aku segan dengan dia ni sbb terlalu peramah, cantik pluss kaya lak tu... hey dia student pertama kat kolej pakai hanfon tau dr semua...hahah hanfon yang zaman batu tuh... heheh ingat tak? aku ingat lagi semua pakai fon dia. Maklumlah time tu fon mahal nak mampus.... semua tak mampu lagi. Lepas tu dia ni terlalu baik hati... suka tolong kawan... aku ingat lagi waktu aku di pulaukan dlm umah aku sewa dulu, semua org tak nak kawan dengan aku, dia jer yang banyak bantu, banyak berkongsi dengan aku. Dia tak berkira, tak pernah tikam kawan dari belakang.

Kalau dia tak puas hati dia cakap depan, you will never dengar org kata "eh si Herma kata ko... bla..bla..bla" sbb dia bukan jenis macam tu... dan dia jugakk bukan seorg yang pendendam. Marah kat situ habis kat situ jugak.

Aku ingat lagi waktu Arwah pak cik aku nazak, sorg pun tak dpt bantu tuk hantar aku ke KL, but dia sanggup pandu kereta aku all the way to HKL... dia tak pernah kecilkan aku, walaupun cara dia mmg kasar gila... dia banyak tolong aku... dan aku rasa selamat je dengan dia. Aku tak pernah rasa di tindas, atau di tikam.

I really miss her... miss her sewaktu kitaorg sama2 belajar dulu. Family dia, mak ayah dia, kakak abang dia dah jadi seperti keluarga aku sendiri... bulan puasa dia tak lupa ajak aku sama berbuka kat umah dia bersama keluarganya...

Arggg rindunya kau maaa.... heheh ni buat nekad nak ambik cuti tuk attend majlis nikah dia... i want to be there to see her beautiful smile... aku tak pedulik la kawan2 aku yang lain tu... uhuhuhu... yah... should take leave this Saturday! Just to attent my best friend wedding.... kan you all???? ada setuju?kasi angkat kaki!

Sunday, August 24, 2008

Mulut tak insurance

Rasa tak sedap la... kerana mulut, aku dah buat sorg tu kecik ati... kot la aku tak tahu, but aku rasa kalau aku kat tempat dia, mmg kecik ati la.... asal la mulut ko ni insurance Suki ooooiiii, dok lepas je.... dia minta opinion, macam hidup ko tu bagus sangat nak bagi pendapat kat orang tu.... diri sendiri tak betul, tak pasal2 org dah kecik ati...

Lantak pilah dia nak buat apa, awatlah ko nak bagi nasihat lagu tu kat dia? Sekarang apa jadi? Aku tak berani nak tegur dia sbb aku ni mmg cepat naik hangin... kang dia tak tegur aku mula la terasa. So better jangan la, kan?!

Kadang2 kita tak pikir bila menasihati org, we never put ourself in their shoes (Kan da mula sepekong, Harry Potter pun baru baca first bab pertama...wakakak). Pak Arab selalu marah aku pasal ni... dia tak marah la menengking2.... berani ke dia? Hahahah... kira nasihatkan aku la...aku jenis kalau cakap tak pernah nak pikir hati dan perasaan org...mcm bagus...
Embarrassed
I dont mean to hurt your feeling my dear friend... maafkan aku sbb mulut ni lancang sangat... aku rasa keadaan makin buruk... konon nak tenangkan dia pastu maksud aku makin di salah ertikan.... heheheh konon nak cover nak jaga hati, pastu rupanya makin menyakitkan... hahah sengal tul! Macammana tu korang?! Tolong aku sikit..

Shy Whistler

Hujung minggu ku

Korang! cube teka aku buat apa all weekend dah? wakakak.... sepanjang ari hujan, umah tak berserelak, mak aku pulak kurang bebel jadi aku bantai tido and makan... akakaka.... terasa enak bangat.. wei few week aku kurang tido ok but this week aku mmg rehat habis sampai kepala aku sakit nak mati! Akibat tido lama sangat ok!

8.30 - bangun than blogging....

10.30 - Sarapan Pagi, mak aku ari ni baik gilo siap panggil aku turun sarapan, kalau ikut mud dia, dia mmg tak kuasa nak panggil, pandai la ko makan... aku turun semua ready... milo, teh, nescafe wahhhh hebat mak aku ni... apa ke he? Aku terkompus gitu... ari apakah ini? Dia hanya buat sarapan weekday sahaja ok sbb dia kata minggu dia pun nak coti jugak... tapi ari ni dia kojo... Ibu ingat tak ari ni ari apa ibu?!!!Tapi aku tak tegur, kot2 dia angkat buang sarapan tu, kan... layannnn dengan muka tersenyum
11.00- 3.45 - aku chatting...chatting kat YM dengan kawan aku... hahah sangat skema kita org tau.... dia buka TV3 aku bukak TV3 lepas tu komen... bla...bla...bla... tu nama tak ada kojo... dalam chatting tu aku tertido kat sofa dengan lappy sekali... buruk...buruk... sambl chatting sambil dengar window player... hahah maklumlah lagu dah susun... tu yang cube try test tu...tido dlm 45 minit gitu... tu pun terkejut sbb lagu rancak... naik pecah gegendang aku... rasokan....
4.00 - Makan tengahari...mak masak soto... wakakakak.... dia bising aku tak Zuhur.... aduh dah mula dah enjin turbo dia.... ampun ibu!!!! Aku tak zuhur bersebab ler, takkan nak repot yer tak? Tu yang sedap aku bangun lambat, kalau tak kul 6.30 aku dah bangun... aku tahu tanggungjawab aku. Dia bising macam aku ni 12 tahun, si Didi tu tak pulak dia bising.... oo mak aku kejam ooo waktu aku kecik2 dulu dia siap rotan aku kalau lambat atau lengah sembahyang...siap duduk macam sami budha tunggu aku sembahyang tau tak... ni dia nampak tak nampak je kalau pat Didi... ini tidak adil! Ini boleh mendatangkan marah!

Part ni best lepas makan, aku baca HARRY POTTER AND THE HALF BLOOD PRINCE... Tetiba je nak baca... mana tahu bila movie dia kuar boleh aku jadi tukang karut mengarut dalam wayang.... heheheh... first chapter mata da berat dan aku tido sampai kul 7.30 ok!!!!





The new episode begin.... i will spent my time to read this book ok!


Ambik ko! Bangun sakit kepala....

Than my sister call, si Pidah la... dia kerja... aku gelakkan dia... kerja ke?!! aku best gilo tido... dia cakap " Kira ko tido setengah mati la ni,baik ko mati je... ahahah, bukan main lama ko tido " Gurau kasar ko yer mangkuk!



Kau di paksa, aku memaksa...


Mata siapa ini? Main2 camera aku,kan.... ambik ko! Aku dah kata, aku uoload bagi semua org tengok...cube korang tengok, kot2 ada taik mata ke.... hahahah...

Ok itu iklan sekejap, bukan dari Nuffnang alrite....

Ambik ko tajuk blog aku pepagi ni... apa kes?!! Semalam nak upload tapi server Masya Allah lembab daa... kura2 pun kalau jalan gi Singapore aku rasa dah sampai Melaka dah ni... so celik je mata, terus ambik lappy tu teruskan cerita semalam...

Lappy aku sihat jer cume, aku ni bengap sikit nak guna Vista... konon-konon nak buat benda gempak la dalam laptop ni... nak susun koleksi lagu aku dalam Window player, hambik ko! Berterabur semua... dah jadi 2-3 file lagu aku bukak....adakah sbb program yang aku gune ni Vista menjadikan aku sengal tetiba buta IT?!!! Padahal kat opis, elok je aku buat... pelik-pelik.

Korang tahu je la...aku ni kalau nak sesuatu nak jam tu jugak... aku pun call Pak Arab... (yerlah since dia buat gempak Lappy aku, dah percaya la bakat dia tuh,kan...kan...). Nasiblah masa kejadia tu malam, kalau pagi dah lama aku seret dia jumpa aku suruh dia betulkan time tuh jugak... so semalam yakni sabtu, mamat ni lepas kerja dia ada Kelas Agama kat Shah Alam... baik la tu konon,,,, wakakak setan jugak dia ni! Aku suruh dia cancel jugak kelas dia tu... heheh alah dia pergi semua kelas agama kat Selangor, infact waktu belajar Yaman tu, aku rasa dah cukuplah ilmu di dada, kan...kan... kepala otak aku! Tapi bila tang gini aku dah tak peduli...so dia mmg jenis malas nak layan aku, so dia kata dia akan masuk lambat sikit kelas dia tuh... so dia kata dia akan dtg betulkan lappy aku la.... (alah malas nak layan konon... see the leg la... buat suara manja sikit ko dah lemah... ahahah,kan...kan...kan)

So aku jumpa kat umah aku, di sebabkan umah aku , mak aku dah buat opis dia ruang tamu tu... semalam lupa nak ambik gamba... dia menakluk ruang tamu, meja makan, dasyat tetiba lak mak aku tu gosok baju kat ruang tamu, kitaorg nak dduk pun kena halau.

So aku ke Jusco Bukit Tinggi.... ni peluang baik! Sbb aku lapar...suka tul buli Anak Arab ni....


Aku mmg jenis malas nak drive... so aku offer la drive sbb aku tahu dia penat dtg dr Pj semata nak layan kerenah gila aku ni... padan muka ko! Siapa suruh ko giler kat aku? Kan dah kena buli! Hahah aku suke!

Bukan itu je... aku buli dia bawak beg lappy aku... dia tak nak... sbb


Beg aku color Pink! Hahahah.. aku beliakkan mata, dia tak cakap banyak terus sarung beg tuh... Merunggut sikit je aku kecikkan mata aku, dia tarik muka masam....


Dah rupa Pak Arab yang jual Quran dengan Frame ayat2 kat tesco dengan Giant yek? Aku cukup tak berkenan rupa dia penuh dengan jambang ni semua... dia kata aku penyebab dia tak sempat bercukur,,, apa pulak Cak?!!! Dia kata tak sempat sbb sepanjang minggu dia bz...


Bukti kasih sayang tehadap seorg perempuan yang agak kejam... hahahah bawak beg aku tuh... nasib baik tak pinjam beg Pink menyala adik aku Didi.... mau menjerit guling2 ko kat situ... wakakak


Me with evil smile...
Gara-gara mulut dia yang tak insurance kata aku gemukkan, kena ajar sikit....gemuk yek... tak pa... ikut aku la gemuk ke apa... bagi perempuan yang tak dpt support dr BF... bole buli diorg macam aku buli mamat ni... tengah bulan macam ni, waktu duit tu cukup2 pakai tuk minggu ni, kita wajib suruh dia belanja kita makan kat tempat yang agak mahal nak makan tengah2 bulan ni...


Tekak aku nak makan SR...bau Noodle in Tom Yam dah bau dah ni!!!! Meh kita serangggg



Muka pak Arab yang very the Cuak.... padan muka ko!

Our Lunch and Drink



Both of us order Choc Ice Blande


Wahhhh suke...



Tom Yam Noodle... terliuq siot! Nak lagi...



Kalau dah darah daging tu Arab... pantang la order citarasa sendiri... Pak Arab order Rice with Ciken Kebab

Lepas makan aku biorkan dia buat Lappy aku... dia dah buat rumah sendiri dah ni... dia suruh aku order kek... alang2 nak bangga jadi gumuks,kan..lagi pun aku dok kacau dia... dah la dia lambat gi kelas...nak umpan aku duduk diam2 la konon....cit!



Tekun... yang tak tahan bila....



Siap bersila tuh...

Lepas tu aku kena marah dengan dia sbb macam sakai... heheh dokambik gambo,,, biorlah kan... ko pun suke aku paste muka ko kat Blog... kan..kan..kan...

We all lepak SR sampai kul 3.45 petang... sjer lengahkan masa tak bagi dia gi kelas... heheh tapi dia ni pelajar cemerlang... nak jugak gi walaupun kelas tu macam ceramah je... bukan ambik test ke apa... boring... dia suruh aku gi kelas tu supaya aku beriman sikit... hahah biau la,kan....

Tangan yang membetulkan lappy aku dan membayar lunch sebanyak RM 54 hinggit!
Thanks youeeee... i like!

Oh aku patut jumpa Cik Hasra...sian dia merayap sorang-sorang semalam... ingat lepas jumpa pak arab terus nak jumpa dia... di sebab kereta pak arab park kat umah aku, aku balik je mak dengan ayah aku dah sedia nak kuar... dia suruh aku jaga kucing... ingat aku mak kucing ke, wakakak sori cik Hasra yek...





Sekian laporan tuk semalam Cinco Dancer

Saturday, August 23, 2008

Computer baru :)

Aku dah dapat computer baru... yeh...yeh... chayang bos.... yeee haaa (ko tunggu je la cida sampai report ko tu) waaaaa aku tak hanto lagi... takut...takut....


Oklah sever kelembapan ari ni.... tengok jo la gambo ari ni ok!



Gamba computer lama tak ada la pulak... tetiba je dpt computer ni... computer aku zaman flinestone...korang boleh bayangkan,kan? Aku tahu korg kata aku sakai... tapi pedulik! Korang company besar so peruntukkan tuk korg ada, tapi company comp macam aku ni, kena que tunggu turn... sehingga bos aku sendiri try computer aku tu... tahu pun lembab computer tu....

Comei je computer aku ni...


Akhirnya flat screen and small cinonet je.... bawak masuk beg pun boleh ni.... hahaha...



Cpu aku ni slim jerk... dulu cpu lama aku besar... wei jadi alas kaki aku dulu sbb letak bawah meja... aku siap tendang kalau computer ke server ke lembab ubi! Hahaha punya tendangan aku salah satu punca Pc aku dulu bengong kot... wakakak



Keyboard baru jugak... maklumlah pakej... wakakak... actually diorg suruh aku tukar CPU, monitor, keyboard pakai lame... tapi baguslah spare part lain dahhh tu yang aku dpt baru... cume tak best mouse... mouse dia bapak besar... macam 'mouse' betul2 jerk.... hahah aku rasa tangan lelaki sedaplah pakai.... tangan aku rasa kembang je.... tapi tak pa la... dah bagi... jangan banyak tanya, kan...kan



Tadi monotor atas CPU,kan? lenguh aku nak mendongak ke atas.... aku turunkan... baru best mata nak pandang.....

Apa-apa pun aku syukur dpt PC baru,,, baru ada semangat.... cume Accounting software aku je tak install lagi... aku risau sbb tak ada CD tuh... dah ilang... kalau tak ada habisla aku.... isnin baru nak cari sumber org yang ada.... masalah software lama... tah ada tah tidak lagi diorg jual :(




Gamba pemilik computer di atas.... hahaha tak ada kena mengena... tapi ikut aku la kan.... aku try ambik gamba ni, maklumlah nak tengok pelik tak rambut pendek pakai baju kurung...kot-kot lain macam pulak, rasa macam comel lak yek.... wowo... control diri anda...sila ke tandas, untuk muntah....Belly Laugh





Friday, August 22, 2008

2 in 1 ----> Tag and Award

First of all... for the Tag "Spread of Love", aku dah buat kan, sekali ada user bagi kat aku... thanks alot Ellyn.

Ok next award received from PearlEj... dia tak sebut nama... tapi dia kata list kat blog dia... heheh aku punya nama ada maaaa..... cayalah... ok tima kasih aku terima dengan ati yang terbuka, dan aku bagi semua yang pembaca blog aku, mereka yang ada dlm list aku juga... korang jangan la kecik ati aku tak sebut nama korg...banyak oooo satu2 nak taip boleh bikin jariku sontot-sontot (pendek-pendek)...aku suka... bagilah aku award bebanyak ok!



Ok... sekarang aku nak jawab TAG dari Ellyn... waduh2... ok jangan buang masa... moh kita mula yer....

Tajuk Tag -----> 1ST TIME.

1) 1st time naik kapal terbang
Darjah tiga kot... Dr Singapura ke Kuala Lumpur...

2) 1st time beranak
Hahaha.... beranak? Kawin pun tak... benarak ke benda... Ellyn saya rasa Tag
ni tuk org dah kawin ler.... heheheh tak pa... next question.

3) 1st time g oversea
Aku oversea tak pernah lagi... Over the Sea dah berpuluh kali la... kalau tggl
aku kat tambak tu... tutup mata leh gi umah nenek aku kat Bedok tuh... tungu
kawin la kot.... hehehe doa yek semua

4) 1st time duduk jauh dr family
1998 lah kat melaka... azab rindu ya ampun! Tiap-tiap hari call mak tanya
macammana nak basuh baju ok! Makan, tapau jerk.

5) 1st time keje
Habis Degree... bapak aku la kejam gilo, ada je alasan dia tak bagi aku kerja.
Habis sekolah menengah dia masuk aku sekolah memandu, kelas computer,
kelas, kelas kelas.... so aku dah bosan belajar... dr tadika sampailah 24 tahun

6) 1st time rasa gemuk
Ni soalan ke apa? Aku rasa gemuk? Selalu aku rasa gemuk...walaupun dulu aku melidi dulu,aku still kata aku gemuk ok!

7) 1st time bercinta
Aku bercinta dulu waktu Form 2

8) 1st time rasa diri cantik
Aku mmg cantikkan? Hahahaha... sila ke bilik air tuk muntah. Aku tak pernah
rasa cantik pun.

9) 1st time masuk cinema
Tengok Issabella.... ingat citer tu? wakakak aku ingat lagi kerusi pun macam
kerusi susun jerk... macam tayangan amal... hahaha... exited waktu tuh...

10) 1st time admitted in hospital
Oh time Paru2 aku penuh lendir


Siapa aku nak TAG? Semua.... kamu... kamu... yang belakang tu... yang kat tepi tu...jiran2 tu... semua laaa.... sila buat ok!




Thursday, August 21, 2008

Hanya DIA sahaja yang tahu....

Ya Allah... Computer aku di tukar ari ni.. tetiba jerk May Intercom bagi tahu yang computer aku akan di tukar, kebetulan aku dah habiskan semua kerja... data dah key in... ingat nak baca blog korg sikit lepastu nak buat audit sikit...haram!!!! Aku jadi org bodo ok ari ni... mengantuk yang amat! bayangkan dari kul 10.00 computer dah kena ambik! Aduh... ingat nak ambik lappy kat umah... cewah bagi alasan nak kuar hantar Check... pastukan mak boss offer nak gi hantar... aku terdiam jap...dah org nak gi hantar... gamatnya esok kena bawak lappy sbb computer siap ari sabtu... betul tak sanggup tul...

Balik aku Qadak baca blog engkau org... fuyooooo tak sampai sehari aku dah jadi cacing kepanansan... macam duduk dlm gua, banyak tul entry korang...maklumlah setiap 2 jam aku melawat umah korang kalau korang tak caya! Uhuhuhu....so bila korg update.... aku pun up to date la....

Seyes... aku masih mengantuk lagi ni... rasa lepas ni nak bobok ar... heheh...

Dalam bilik aku sempat ambik gambo... nasib bawak camera... blogger yang hebat mesti bawak camera ke hulur kehilir... maklumlah kitakan pemberita jaja cerita sendiri...wauuuu i like!

Apa lagi ambik gamba sendiri la... oh hari ni gi opis dengan wajah baru... semua opis mate kata tak cantik... aku sesuai rambut panjang.. .. habis takkan aku nak berkabung tak bergambar sampai rambut aku panjang,kan... pedulik! (sajer nak sedapkan hati) Korg layan k

Si gemuk... very the bosan... hahah poyo... nampak tak tirai belakang aku? Heheh org lalu lalang kalau nak gi pantry... so kena make sure tak ada org ok! semua kata tak kena rambut dengan muka aku yang agak tembam.... Pak Arab pun sama la.... boring... nak cari la jejaka lain.... uhuhuhuh

Walaupun gegar... aku nak jugak letak... hahah... actually salah upload gamba daaa.... malas nak delete... sikit punya lama aku nak upload ok! Gambar yang aku nak letak gambo ni....

Teruk la... semalam aku rasa macam panjang sikit... hari ni nampak lagi pendek.... kan... kan... meh kita compare dengan semalam... aku rasa lain la... korang rasa sama ke?

Hari ni nampak pendek lagi dr semalam.... apa kes? Hanya DIA sahaja yang tahu.... aku pun confuse....



Love award



This award is for those bloggers who are nice people; good blog friends and those who inspire good feelings and inspiration also for those who are a positive influence on our blogging world. Once you’ve been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award.

Thanks to PearlEj and Deqna on this award... love you guys :)

So siapa yang baca, jangan la segan2 nak ambik! Aku hadiahkan tuk semua reader yang baik, yang ada inpirasi yang baik dan mereka yang mempunyai pengaruh dlm dunia blog ni... sila la ambik dan sebarkan... kengkawan sure happy...

NOTA KEPALA :- Aku tak berapa sihat la... aku rasa ayat aku mcm melalut ke... tapi aku gagah jugak berblog! Dasyat.... thanks again for the award yah...