Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 27, 2008

This is what he say

Ingat tak entry aku pasal Pendarahan Semasa Kehamilan? Ok Dr Din menjawab persoalan semua... secara saintifik dan tepat... Bagi kamu dan kamu yang merasakan entry ini membosankan, sila abaikan dan tunggu next entry aku ok... aku nak jugak kongsi benda ni... wakakak... this is Jay's email regarding the issue...

Dear Kak Shidah,

Hello…regarding your request for my opinion about Fidah’s prob…this is the best I could do…

First of all nak cakap, this is my view based on my limited knowledge about Obstetrics & Gynaecology (Sakit puan punya field), belum abis my proper education infact next year baru sambung my 2nd part of this module. So this is basically a rough guide…

So let’s start the discussion on explaining some important terms;




Since I’m being educated at the West, I should admit, org tak berapa biasa dgn terminology melayu on pregnancy…anyway I believe the following terms merujuk kepada;

Uri = placenta + amniotic sac

Placenta = medium perantara between baby & mother…di sini pertukaran darah between 2 nyawa berlaku…

Amniotic sac = fluid that surrounds + protects the baby from injury…

Umbilicus cord = Tali pusat, boleh diumpamakan mcm wayar kepada baby…benda ni yang membawa darah, makanan kepada baby…without it fetus/baby won’t survive!

Uterus= Rahim or English name dia “womb”, hanya ada pada perempuan…kat sini lah tempat baby akan develop sehingga dilahirkan…kat dinding uterus ni la placenta akan melekat, then develop…

Pangkal Rahim = the end part of the uterus called ‘Cervix’…pernah dengar kanser pangkal rahim? in western medicine we call them “cervical cancer”…di sini la tempat placenta menempel dlm kes placenta previa…

Regarding the bleeding problem …1st kena clear either darah tu continous, atau just on one occasion jer? What I mean is adakah pendarahan tu berlaku setiap kali buang air kecil?...then was there any pain masa tu?....then fidah pernah jatuh, or injured ke of any causes?

Pendarahan fidah ni, in medicine we call it, “ antepartum haemorrhage” – atau dlm melayu pendarahan ketika pregnancy (not accurately translated but near to that)…banyak benda boleh sebabkan pendarahan tu…but since fidah kata dia punya uri dekat dgn pintu/pangkal rahim, I assume that was her doctor’s diagnosis….in medicine we call it Placenta Previa

Placenta previa - seperti yang kak Zy katakana before this…I think she already explained it clearly…basically misplacement of placenta, instead binding on uterus it binds to cervix – pangkal rahim… ini mmg masalah penting dlm field Obstetrics due to its unpredictability nature…in other words biler2 jer dia boleh effect normal pregnancy…usually it happens more than 24weeks of pregnancy…the reason being, as the pregnancy moving toward labor period (melahirkan anak), cervix tu akan mengembang & lubang akan membesar utk prepare utk kelahiran baby…then apabila jadi mcm tu lagi senang baby akan “terjatuh” dari uterus ibu…ini berbeza kalo placenta tu terletak kat bahagian atas uterus…..tp dlm kes fidah dia baru 5 months or around 21weeks of pregnancy (we use week rather than month for timing of pregnancy)… so agak pelik kes fidah ni, since my medical book defines placenta previa as such (happens after 24weeks of pregnancy)…I’m more incline to belive it was due to urinary tract infection (jankitan dlm salur kencing), but if it a confirmed finding by the doctor, it needs urgent precautions….

My advice is, don’t panic…itu paling penting…sometime the worrying is worse than the problem itself…patients & family members selalu inappropriately worry too much…they seem to forget the fact that to remain calm and relax, the best way to heal a disease/problem…fidah dah jumpa pakar, then serahkan pada doctor to manage her problem….kalo doctor pesan jgn buat kerja berat sgt please do stick to such advice…since the placenta position agak x stabil, jangan lah libatkan dlm activity yg berbahaya…kerja pun dah tak boleh sampai tengah malam…bed rest is really important!

Before leaving nak include some facts about pregnancy

1. Pregnancy is divided into 3 trimesters (weeks of pregnancy)

1st trimester – 0-14 weeks

2nd trimester – 15-28 weeks (believed to be the most sensitive period, where fetal development at its peak, fetal/baby movement should already be felt at this stage)

3rd trimester -29-42 weeks (most babies will survive if delivered around this time)

2. Normal delivery – 38-42 weeks of pregnancy

3. Preterm delivery aka premature delivery – less than 37weeks of pregnancy

4. Baby in theory on can survive, if delivered after 24weeks of pregnancy, before that period mortality is more likely to happen

OK till now,

Jay

-loves from Dublin-



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Seriau...

Korang nak tahu tak? Tak mo tahu pun aku nak bagi tahu! Muahahah.... Aku selalu gune jalan ni tuk balik... and everytime aku lalu jalan ni and especially kalau stop kat sini... aku jadi seriau... jom tengok kenapa....

Korang ingat kenapa? Muahahah.... rasa2 ada apa kat flyover ni?Ermmm buat suspen ajoooo... mungkinkah ada hantu? wow!

Dapat lihat dengan jelas tak?

Heheh tahu aku seriau apa? Tiap kali aku berhenti kat bawah flyover ni aku bayangkan kereta jatuh dari atas... bole? hahahah larikkkssssss

Ini bukan dugaan... tapi betul aku selalu takut kot2 ada kereta, motor, lori jatuh dr atas.... esh minta la jauhkan?


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Shoping tuk Rayyan and Petom (bkn nama sebenar)

Ibu :- Along ambik gamba....
Aku:- Gambar apa?

Mak aku kuarkan plastik dlm bilik dan lambakkan baju2 ni kat ruang tamu...

Kan... mak aku ni over... hahaha... ambik gambar tuk apa yek? heheheh
Aku :- Nak ambik gamba tuk apa?

Sajer je aku tanya ok!Hahaha kaco dia...sambil duduk tengok barang yang dia susun.
Ibu :- Letak la kat blog... ~ kan... my mom is very the over ok!
Aku :- aaaa Blog? Blog siapa? ~ Akak saja bikin hati dia panas
Ibu :- Blog kita ar.... ~ wahhh tetiba jadi blog kita pulakkan?
Aku :- Bila aku ada share dengan ko? ~ agak kasar jawapan aku,kan? Tapi ni gurau2 je.... terus mak aku gelak
Ibu :- Alaaaa kitakan anak beranak? ~Ngeh...ngeh...ngeh

Ok aku sajer je gurau2... mmg kalau mak aku tak suruh pun, aku sure masuk sendiri,kan?

Baju tuk Rayyan dengan Petom (bukan nama sebenar anak kak Zy) and For Angah Infomation Petom suggested by Abang Us... buruk yek angah...nasib anak Fuad nama sedap di dengar... hahah. Macam aku mention dlm previous post, usia kandungan Zy dengan Pidah tak banyak beza. So mak aku ni beli tuk cucu dia beli sama satu tuk Petom... heheh. Ada jugak melekat nama budak ni le ZY.... kijammmmm

Sampai juru jual tu tanya mak aku.... "Dapat cucu kembar ke mak cik?" mak aku yang poyo ni dia senyum je la... Vangga... mak bapak lain2... kembar ke benda...

Ok tuk tatapan Zy... sila nangis sambil gigit-gigit jari anda... tak pun meraung2 sambil2 tumbuk dada laki hang....


Tadaaaaa... nasib baik sorg perempuan sorg lelaki...kalau sama dah tertukar da...

Ni nak citer kejadian di Giant Klang... hahah mmg lawat mak aku ni... mulai sekarang kalau shopping, jauhkan dia dari babies department ok! Dia dah nampak stokin baby, 3 pasang RM 4.99 dia dah rambang mata... padahal dah beli dah stokin. Ni alasan dia, tuk jalan2... so tebal sikit bla...bla...bla... ok aku layankan.... dia paksa aku cari dua2 serupa!!! Gue rasa nak smack down je.... nasib dia mak ok! Setengah jam oooo kat situ... dah mula nak pikir jahat oooo nak tukar stokin yang lain so dpt sama...last2 dpt jugak... jeng...jeng...jeng

Cute tak? sila jwab cute!!! penat ooo aku pilih!!!

Mak aku sibuk tanya aku... dah update ke? Dah tunjuk dengan Kak Zy? Ayoooo bagi la suprisekan? Anyway mak aku ni, beli barang baby macam esok je diorg nak bersalin... ni misi nak buat barut dengan bengkong( tah apa-apa jelah...aku pun tak tahu apa benda tu) tuk Pidah dengan ZY... so yang menjadi mangsa keadaan ialah akak....minggu ni masing2 Bz... tengok bulan 11 ni... dia mula seret aku gi cari kain... hahaha... and kena ikut oooo apa dia nak...kang dia jalan kaki lagi.... siapa susah? Akak yang susah dik!!!!

...Mangsa keadaan...

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Saturday, October 25, 2008

Info mengenai Pendarahan Semasa Kelahiran

Ok this what i found in internet... agak merisaukan juga bila berlaku pada Pidah... wei aku sayang adik aku ok! So tak salah rasanya kita cari informasi ini dan kongsi bersama... and as usual Zy sentiasa jadi tuitor aku... well dia ni pasal science mmg AA+++.... aku mmg tak suke bab science ni dr sekolah lagi... selalu kena diri atas meja... sekarang rasa menyesal la pulakkan, bila org cerita atau baca kat internet aku tak dpt bayangkan apa itu 'plecenta' apa itu 'umbilical cord'.

Ok adik aku kata punca pendarahan dia adalah di sebabkan uri dah hampir dengan pintu rahim... kalau terkuar (something like that ar), dia kena beranak cara paksa... and kandungan dia is only 5 month and agak awal la kan tuk bersalin... that make me worried... so this what i found in internet... so meh kita kongsi sesama ok....

PENDARAHAN SEMASA KELAHIRAN

Abrupsi plasenta
Jika plasenta yang membekalkan nutrien kepada janin terpisah dari tempat asalnya ke dalam dinding uterus (keadaan ini dipanggil abrupsi plasenta), pendarahan mungkin berlaku. Pesakit mungkin mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan ketegangan pada uterus.

Jika ada tanda-tanda yang ibu tersebut dalam bahaya, proses kelahiran perlu disegerakan. Jika pendarahan semakin teruk, ibu tersebut mungkin memerlukan transfusi darah. Pembedahan Caeserean mungkin perlu walaupun dalam keadaan tertentu proses kelahiran secara biasa boleh dilakukan. Keadaan janinlah yang akan menentukan kesegeraaan kelahiran.

Placenta previa

Dalam keadaan ini, plasenta terletak di bahagian bawah rahim dan menutup sebahagian ataupun kesemua pangkal rahim/serviks. Ini membahayakan ibu dan janin. Ia boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sebelum dan semasa kelahiran.

Jika plasenta tersebut didapati berdekatan dengan pangkal rahim tetapi tidak menutupnya dan pesakit tidak mengalami pendarahan, beliau dibenarkan berehat di rumah sahaja. Namun begitu, pesakit dinasihatkan supaya menelefon doktor atau hospital dengan segera jika berlaku pendarahan. Sebaliknya, jika pendarahan tidak dapat dikawal, kemungkinan besar pembedahan Caeserean perlukan dilakukan dengan segera untuk menyelamatkan bayi tersebut, walaupun kelahiran itu belum cukup masa (pramasa).


Proses kelahiran

Pendarahan yang banyak merupakan petanda yang seseorang itu hendak bersalin. Ia biasanya bermula dengan terkeluarnya sedikit mukus dan darah melalui serviks. Jika ini berlaku lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin, ia mungkin merupakan tanda-tanda kelahiran pramasa. Maklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan dengan segera.

****

Sepatah pun aku tak faham ok... so Zy macam biasalah sekolahkan aku... ok this is conversation me and her at YM

ZY : Tau tak placenta tu apa?


Cida: Uri kot


ZY : uri tu umbilical cord


Cida: hahaha habis placenta tu?


ZY : Ok basically bila dah buat sex, sperm n egg bercantum
kan, dorg akan melekat pada dinding rahim pada kebiasaannya dia melekat sebelah atas rahim jauh dari pintu rahim tapi klu placenta previa ni.. dia melekat dkat bawah.. dekat dgn pintu rahim, then bila baby mula membesar... dekat dinding rahim tu, ada placenta... mcm benda daging yg penuh dgn darah.. utk supplykan darah, oksigen to baby, menerusi uri.So uri tu menjalinkan baby dgn placenta then bila pregnancy makin lama... mcm 20 weeks ke atas pintu rahim mula jadi makin tipis... sbb nak prepare pelan2 utk bersalin so placenta ni... bila membesar, and tutup pintu rahim dia kan penuh dgn darah... so ada darah tu yg terkeluar... tu yg jadi spotting. Klu benda ni berlarutan sampai bersalin, selalunya doc akan caaeserian, sbb baby tak leh keluar menerusi pintu rahim.. but then selalunya in most cases... placenta akan bergerak ke atas dgn sendiri bila rahim semakin membesar so not to worry ok? faham tak? Sepatutnya dis condition boleh detect bila scan. Mungkin waktu 3d scan doc tu tak perasan kot.

Cida : But is it effect from dia angkat barang berat?

ZY : No... placenta ni jadi kat bawah... bukan sbb angkat berat tp spotting tu mungkin... placenta ni kat bawah sejak budak nak jadi lagi. Cuma dorg kata, keadaan ni dpt detect bila dah 20 weeks above.. cuma suruh pida kena hati2.. btl2 kena bedrest. Jgn ingat spotting dah stop nak berjalan. So dont worry tau Insya-Allah placenta tu akan naik sendiri. Maybe suruh busu din tu comment. Kot2 aku ni asal main hentam je, sbb akak tak jumpa info lain kat internet.

Cida : Kak... kalau macam ni perlu ke urut?

ZY : Woi jgn ler, placenta tu kena melekat kat perut. Dia bukan baby, yg blh gerak2 masalahnya bukan uri yg tutup tp placenta.. puri... uri tu melekat kat placenta. Uri mmg ler boleh gerak2 but placenta bercantum pada rahim, placenta akan naik sendiri.. bila rahim tu membesar.Mcm ngko tiup belon. Bayangkan.. sblm tiup, conteng dua dot yg betul2 sebelah each other, bila dah tiup... jarak antara dua dot tu melebar, sama mcm placenta tu dgn pintu rahim..bila rahim membesar,Placenta akan jadi lebih jauh dari rahim, tlglah jgn urut.. placenta tu kena lekat pada dinding rahim.

Cida: Apa gune placenta ni?

ZY : Klu terpisah dari rahim, baby boleh mati!

Cida : Serius?

ZY : Abih??? placenta tu yg beri baby nyawa tau oksigen... darah makanan. Tukang urut yg bertauliah tak akan urut selagi tak 6-7 bulan ke atas. 5 bulan still bahaya, tu pun dia urut sbb baby songsang ke apa, so dia akan pusingkan baby. Bukan pusingkan uri atau placenta!

Ok that was my conversation dengan dia... actually banyak benda kalau bual dengan Zy ni... ko tanya je... heheh dia mmg rajin carikan info kat internet... wahhhh larikkkkssss...

Seyes aku mmg risau pasal benda ni... manalah tahu benda ni boleh jugak membantu aku di masa depan,kan? Selalunya kita pandang remeh pasal masalah ni... kalau tanya doktor pun kita buat eksen2 paham... lagila kalau nak cari kat internet bahasa bombastik oooo... susah nak faham and susah nak gambarkan jugak...

I hope info ni bergunelah tuk ibu2 yang mengandung... at least secara tak langsung korang leh la buat sesuatu kalau benda ni berlaku... kalau boleh minta la jauh... jadi aku pun tak la panic... every hours aku rasa nak call umah je tanya how's pidah condition... tapi adik aku ni degil jugak... cube ajak dia shopping, mmg lupa nak rest... so kalau call je dia pun tentu naik rimas mengalahkan laki dia pulakkan?

Oh pasal benda ni, aku harap ada yang bagi pandangan... hope if Din read this, he could give his view... same goes to Dr shieda ( bukan aku ok!).... kalau salah tolong tunjukkan yek doktor.... yang bukan dortor tapi ada nak share... silakan... tu yang nak ambik SPM... cik gu ada ajo tak? meh kongsi.... walaupun basic, information tu sangat pentinggggg

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Simba...

Korang ingat tak aku pernah citer pasal kucing aku yang tiga kaki tu? Simba?

2 bulan ilang ok! Aku jadi bimbang... sayang sangat kat dia... sob...sob... everyday ayah aku akan jalan2 kat kawsan umah kot2 kalau jumpa dia... Didi pun dok tanya kawan2 dia kat kawasan umah kot-kot kalau jumpakan?

Aku pulak? Tiap2 ari panggil2 dia... tak jugak nampak... the last time dia balik ialah sebelum puasa... so bila dah dua bulan hilang aku pun redha la... mungkin dia tak di takdirkan tak ada... kucingkan kalau dia nak mati dia selalu menghilang...

Pastu dua hari lepas mak aku gi umah jiran aku sebb anak dia nak kawin hujung minggu ni, sekali nampak si Simba... rupernya dia dah 2 bulan lepak umah org tu!!!! sampai hati tau Simba buat mummy macam gini... dah tak sayang mummy da?!

Jiran aku ni dia sayang kucing...macam aku jugak ar... rumah dia ada banyak kucing liar! Murah rezeki mak cik ni... anak aku boleh dok lepak sini selama ni... Didi angkat balik, dia lari gi umah org tu balik... bapak aku marah sbb nak kurung Simba... janji dia selamat...

Jiran aku baru tahu dia kucing kitaorg... tapi nama pun binatangkan? Sedih sangat...

Dia makan megi mee kari ok! Jangan tak tahu...

Suke bergurau tau....

Yang best kalau dia tido... aksi terlampau ok!


Cute eh... si Simba bobok ni...

So ni aksi Simba waktu jumpa Didi dan mak aku kat umah jiran aku... gedik lebih... merajuk tak mo pandang Didi dengan mak aku.

Gediks la ko ni Simba...

Dia tak mo balik.... dah sedap duduk umah org tu sbb rumah org tu banyak kucing dan dia suka stay sana.... Didi tangkap balik dia marah nak balik umah baru dia balik... sedihhhh.... sob sob.
Bapak aku marah paksa2 dia, as long dia happy :(

Miss him :(

Balik la.....Mummy windu sangat oooo....

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Mcdonal at Office?

Korang ingat Ronal Mcdonal mai opis ke? Silap... kitaorg malas nak kuar makan... order je... ada member aku nak makan Mc donal, so aku pun order la... order pukul 12.30 and delivery at 1.00 sharp! Sesuai oooo... suke akak!

...our lunch...

...my lunch...

Aku suke Big mac... biasalah sesuai sikit big mac for the big mouth macam aku,kan? Ambik ko 2 apple pie... actually aku beli sbb satu dia jual RM 2.50... so ambik dua RM 3.00... jadi bodolah aku kalau beli satu... satu lagi boleh makan bebila lapar.. akukan kuat makan sekarang! Benci!!!!

.... my officemate...

... Sila abaikan perutku yang dah ruper labu sayung tu yer....

Sungguh mengenyangkan.. tapikan you all kul 4 mulut ni tetiba rasa nak menggunyah jekan... nasib baik beli apple pie... so apa lagi makan je la....

...Yum...yum...yum...

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Friday, October 24, 2008

Hospital Pantai, Bangsar

Ok sambung....buat suspen je cerita,kan? Bila semua barang dah siap, maka kitaorg tunggu Shaiful sampai umah... masing2 tak senang duduk... mak aku paling nampak la risau... kejap2 mengeluh... pastu nak sedap ati dia tunjukkan aku satu plastik besar... tahu apa dlmnya? Baju baby...baju tuk future Rayyan dengan future Petom(bukan nama sebenar bakal anak Zy). Ermmm rupanya kaki dia sakit sbb beli baju baby ni jalan kaki ok 2 KM dr umah...
AKu :- Bila beli ni?

Mak aku tersenyum2... kantoi la tu dengan aku,kan....

Ibu :- Petang tadi....
Aku :- Sebab tu kaki ibu sakitkan? Gi jalan sampai ke sana buat apa?
Ibu :- Habis tunggu ko lambat sangat...nanti tak nak pergi
Aku :- Ibu sejak bila along tak nak hanto ibu gi mana2 ni?

Aku tak marah lebih2... akukan anak... apa pun dia dah excited nak dpt cucukan? Ni Rayyan kalau tak kenang jasa nenek dia ni, mak long back hand je... bukan dia je.... dengan mak bapak dia sekali! ~ hahah aku ganaz ok!~

So kul 11.15 malam baru Shaiful sampai umah... dia kelam kabut naik atas packing barang DIA... bukan barang adik aku sbb barang pidah aku dah packingkan... so dlm setengah jam dia turun and kita ke Bangsar...

Dalam kereta aku tanya la Shaiful, keadaan pidah...

"Rayyan ok...doktor check denyutan jantung dia ada... but punca bleeding tu tak tahu, kena tunggu doktor yang selalu check up Pidah... alah...darah pun tak banyak... saya ingatkan Bleeding yang banyak tu... cuma spot je... tapi still risau jugaklah kan...."

Cit!!! bleeding dengan spot pun tak tahu ke Pidah?!!! Lu bikin gempak la sister!

Terus Sms Zy... confirm ok bulan ni bill aku melambung... Sms to singapore RM 0.50 berapa banyak SMS aku hanto... heheh berkira! Dengar macam tu rasa tenang ar... apa lagi terus teringat camera aku... blogging time!

....Shaiful dengan wajah dia yang purak2 tenang....

.... Didi yang sangat keletihan....

Sian Didi... mmg jadi tempat lepas geram aku! Kena marah je... sori yek, along risau pasal angah dengan Rayyan... sori kalau terlepas kat Didi...

Aku ingat jauh sangat la Bangsar tu... giler murtad aku ni... eh apa lak aku org Selangor... so jangan salahkan aku kalau tak tahu jalan KL... hahah... bila cakap Hospital Bangsar, aku rasa jauh sangat2... erm sebelum simpang ke Mid valley tu masuk kiri... dokat jo... bapak gila si Shaiful ni bawak kereta... 140km/j! Mak aku dah kecut dah kat belakang... heheh...

Ok sampai Pantai dlm pukul 11.30 pm... cepat gilakan? kalau aku bawak adalah 45 minit... kot2 sejam... esok nak kerja ni... aku harus tido sekurang2nya 8 jam... kalau kurang akak mmg jadi kelawar ler gamatnya...

... Sian ibu, sakit dia sampai terpaksa paut pada kereta, itu pun dia sibuk nak angkat brg tau....

...we are at Hospital Pantai Bangsar...

.... kita masuk lift ke tingkat 2 jo...

.... Directory...

... Sunyi je kan kawasan ward, tetiba gue teringat cerita antu 'Sister Ngensot'....

... Bukan kat Wad bersalin ok, yang sebelah tu je...

Yah duduknya sehari, tapi awak beg macam nak duduk sebulan...kuikuikui... tak pa waktu ni tak buget berapa hari nak staykan...

...Nombor katil pidah...

Sampai je tengok Pidah berselimut... sian tido dengan baju yang basah... mana taknya hujan, so sbb kitaorg lambat dia tido dengan baju yang basah...

Sampai je aku suruh dia salin baju... mak aku mmg tak tahan... jalan berpapah... nasib ada kerusi so aku suruh dia rehat, biar aku yang uruskan dia.

...My beloved mom...

... 3 of us...

...Sementara tunggu dia tukar baju, baring sat kat katil....

...uhhh chebok je budak belakang ni arrr...




...with my mum...

... Me and Didi...

... aku sangat penat ok...terlalu penat...

Ok... happy bila dpt tahu Pidah ok... cuma harap2 baby pun ok jugaklah...Pidah mengadu pinggang dia sakit... macam nak kena period pain tu... tu yang dia risau... dia kata kalau dia buang air, darah dia kuar macam period... ohhh kalau tu patut paniclakan?

Rayyan... 4 bulan je lagi... jangan la noty sangat! Semua risau ok!Jadi anak soleh ok! duduk diam2...mama awak tu dah kecik... bukan kuat mana pun. chewahhh macam dia dengar punkan?!


So kuar Pantai dlm pukul 12.30 AM macam tu. Akak mengantuk ok! Sangat mengantuk... mak aku tak habis sakit kaki dia... ajak aku cari Panadol... so berhenti la kejap kat 7-11... Didi beli satu papan ubat than beli aku Milo and roti sbb aku tak makan lagi...

...Uh sedapnya, boleh la pulak terbalik kotak milo aku ni, macammana nak jadi duta Milo ni?...

Alhamdulilla semua selamat... harap tak ada apa yang serius... still menunggu keputusan kenapa blood spot tu ada....

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-








Betul-betul geram

Entry aku yang lepas macam suspen yer... tengok komen pun ramai yang concern... thank to all my dear friend... thank for your concern semua yek...

Macam ni... semalam aku balik kerja, mak aku mengadu dia sakit kaki ok! Giler2 nangis... letak minyak urut tak jalan, makan ubat tak jalan...aku pun jadi pelik kenapa macam tu... nak bangun pun mengigil... ubat doktor pun dah habis... parahlah macam ni kalau ubat habis je dia mula sakitkan? Semua jenis minyak urut aku sapu kat kaki mak aku... Tapi aku,kan seorg yang baran ... bila tengok mak aku macam tu tentu je aku rasa geramkan... mula la bertegang urat... aku suruh dia rehat dia marah aku balik! "Kalau aku rehat siapa nak masak, nak kemas umah nak basuh baju... kau?!" Dah tentu bukan aku,kan? heheheh

Panadol pun habis, call Pidah dia cakap dia balik lambat. Aku ni benda2 macam ni agak panic la,kan. Tak tentu arah... so decide to solat asar dulu than nak gi 7-11 lepas solat. Lepas je solat aku dpt call dr Pidah... dlm hati ni rasa sedap sikit la kot MUNGKIN dia nak volunteer beli panadol tuk mak aku....

Pidah :- Ko buat apa?
Aku :- Habis solat, kenapa?
Pidah :- Aku nak gi Hospital (Nada cemas)
Aku :- Apa hal?
Pidah :- Aku bleeding....Oklah aku call ko kejap lagi... nak gi Bangsar.
Aku :- Ko dengan siapa?
Pidah :- Aku sorang, abang jumpa aku kat sana terus.

OOOooo tetiba rasa nak pengsan ok! Terkaku sat kat sejadah... Bleeding? Sorang? Aku tak tentu arah, nak cakap dengan ibu ke tak? Panic ooooo...Oh for new reader, adik aku pregnet 5 bulan... so agak merisaukan la...aku sms kakak sepupu aku Zy.... dalam otak aku dia the first...

"Kak Zy, Pidah baru call. Dia kata tetibe dia bleeding macam peyed... aku risau gile"

Zy pun pregnet 4 month plus... so lately we share lots of information pasal baby... tapi kalau bukan pasal baby pun we share lots of secret and story ok! Kan sis?

Back to the story...kalau tak kerana Zy aku rasa aku lagi panic... mana dengan mak aku sakit... mana dengan berita tu...kelam kelibut... kerja aku apa lagi... bila dah marah + risau + panik = nangis.... hahah equation yang tak releven... aku mmg kuat nangis... tak buat apa-apa bila panik je nangis... time tu air mata nak mengalir dah ni.

Aku jadi geram pun ada... Geram dengan sikap Pidah yang suke buat keputusan tanpa bincang dengan family dulu!Mmg dia dah bersuami, tapi kalau soal2 macam ni jangan la membelakangkan mak ayah... dia nak senangkan diri dia tapi merumitkan org lain. Mak aku hanya mengharapkan aku yang bawak kereta. Aku pulak kalau area KL ni bebal sikit... dunggu... ajar la macammana pun aku lambat pick up...kalau org kata tinggal Ampang la, Cheras la, Bangi la, aku akan jawab "ooOOoooOO" Eksen tahu... tapi tak tahu pun.

Ni aku nak buat serang balas kat blog ni... hati ibu mengandung nak kena jaga... aku kalau boleh nak sepak2 je muke Pidah (biar! aku tahu dia baca). Suke tau buat keputusan sendiri. Awak tu mengandung anak pertama...so dengar la nasihat org tua macam mak aku la kan... bukan aku yeh.Aku belum tua lagi...heheh

Mmg awak dah beli umah kat KL... so may be salah satu sbb ko book Hospital Pantai Bangsar tu sbb dekat dengan umah, dekat dengan opis... tapi pikir la adik ku sayang yang mangkuk! Ko pikir tu je... umah ko sendiri ko belum duduk lagi... pastu niat nak berpantang kat Klang pulak... kenapa ko tak cari je hospital kat Klang ni?... ok dia dok pikir kalau emergency kat tempat kerja atau umah ko kat KL, dia boleh belari kat hospital berdekat... kalau dia kat Klang? Takkan aku nak drive ke KL bawak dia... dengan aku yang tak reti jalan ni ha!
Tapi tak kisahlah... dah itu pilihan dia,kan? tapi jadi tak puas hati bila tengok ini jadi... aku tak senang duduk... call dia, takut sbb dia drive ... dlm hati ni Tuhan je tahu ok!!! So aku dok SmS Zy tanya itu ini... bertubi2 SmS dia hantar tenangkan aku... time tu tengah semangat nak upate blog... tapi pikiran melayang....terus akak cancel nak update! aku Kakak yang baik tau... mana nak dpt kakak macam ni, very the bz body, adik dah kawin pun dok nak jaga,kan?

Pidah mmg independent... itu yang aku dengan family aku dpt lihat... dia ni banyak dengar pengalaman kawan... tapi aku selalu tak setuju dengan dia tau...dok dengar cakap kawan pastu yang susah diri sendiri... sesekali cube dengar cakap kakak ni...baby pun nak jaga cara moden... sian mak aku... kecik hati sampai terkentut-kentut... dah ko bagi green lite org tua tu jaga, dia suggest itu ini tak mo pulak... org tua tu lak ketegak! excited nak dpt cucu, "Biorlah ibu anak dia..." Itu je la aku boleh cakap... aku balik kena marah... kang aku dah kawin dpt anak, buat la apa nak buat dengan anak aku... heheheh korg tahu mak aku jawab apa? "Tunggu ko dapat anak bila agaknya tu... yang makin banyak anak kucing" Eh ok la tukan korg? Tak yah buat susu tuk kucing tu... tak yah mandi bedakkan kucing tu... senang per *Dush Dush Dush Haiyaakkkkk!

Ok dah ke laut lagi aku ni... back to basic story! Tengah sms dengan Zy, dapt call dari Pidah
Pidah :- Along aku kena tahan ward... jap lagi abang balik, tolong packkan barang....

Kan...kan...kan....tang macam ni aku tak suke ni!!!!Bukan tak suke pack barang... aku tak ada hal la nak packkan barang dia... nama pun adikkan... anyway diakan rapat dengan aku... wahh air mata aku mencurah2 time tu... ewahhh kalau dah kena tahan tu, seriuslah tu...
Aku naik bilik dia packing apa yang patut... dlm hati ni tak tenang... yerlah selagi tak tengok keadaan dia, kita tak tenteram... tanya pasal kandungan baby dia kata tak tahu lagi, ESOK baru doktor dia datang! Dengar kata nak periksa ESOK tu kan lagi aku gelabah ayam! Anything could happenkan?
Ok penat aku menaip... sesak napas aku... panjang lagi ni cerita aku! Gambo tak ada... maklumlah dah kelam kelibutkan?!

Aku frust jugak dengan attitute mak aku... tetiba tak mo pergi Hospital, sbb pidah suruh aku ikut laki dia gi hospital, balik aku bawak balik kereta dia. Mak aku dan2 tak mo pergi... ayo! Naik darah la aku... minah tu mestilah takut, at least la kalau mak aku ada boleh tenangkan dia... terus aku dapat label anak durhaka tau
" Pidah tu sakit, ibu ingat dia sakit biasa ke? Bagi la dia support sikit!"
"Aku sakit kaki la!!!"
"Oooo kalau gi umah terbuke, umah jiran kat belakang tu ok je... ni bukan suruh jalan kaki sampai hospital, naik duduk je dlm kereta tu pun tak boleh?" Korang sedih tak? aku terus naik atas.... SmS Zy lagi...
Bapak aku pun satu, lagi slumber... cakap pidah masuk hospital... dia tanya kenapa... mak aku cakap dia bleeding... ko tahu apa bapak aku cakap?
"OoOOO biasa la period jekan?" Aduihhh sodar tak anak tu mengandung? Blur la bapak aku ni!!!

Si Didi lak nama je form 5...dok tanya angah nak bersalin dah ke... aku tak larat! Soalan dlm umah semua mengarut! Dah mak bapak aku bertekaq...aku malas nak layan... sorg menerangkan sorang lagi buat conclusion macam dia doktor... tapi seyes kalau jadi pada aku lahkan, mak aku tak nak gi tengok aku... aku.... aku...aku akan.... (tak pikir lagi nak buat apa) kuikuikui.

So bila dah siapkan barang Pidah...turun je aku tengok mak aku dah siap... dah kena sound dengan aku baru nak gi... ingat dia sakit telinga ke kat sana? kitaorg tunggu Shaiful (adik ipar aku ) balik tuk jemput kitaorg...dalam kul 11.15 malam baru Shaiful sampai umah....

So continue nanti apa jadi ok! Second update ada gamba! Promise! Heheheh...
Aku update kat opis! So sbb tu kalau tengok semacam ayat aku, gue tak dpt pikirankan ayat yang betul ~ wahhh tetiba macam bagus pun ayat selama nikan?!~


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, October 23, 2008

Sesuatu terjadi

Maaf semua... hari ni aku tak dpt update seperti biasa... ada sesuatu yang terjadi di rumah... walau tak serius tapi when it happen to our family it is part of us... i will update ASAP... doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik ok!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Siapa boleh jawab?

Aku terperasan sumeting u all... siapa boleh tolong huraikan benda ni... dan macammana ia berfungsi... akak confuse aaaa....

Ok ari tu aku tunjuk pengomen tegar blog aku nikan?

Sepatutnya makin naiklahkan... tapi ada few blogger punya coment jadi kurang pulak? Apakah Ikhmar menyerap comen diorg ke? :o?!!


Ini yang aku dpt asal Deqna, Zbelleza, Ayen makin kurang? padahal ada jer diorg komen?!! PearlEj langsung tak ada... nak kata komen PearlEj kurang... tengok rate yang baru... ermmm ada siapa boleh menjawab? Sila jawab ok!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-