Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 26, 2008

Apa-apa je aku buat ari ni

Hye blogger! Korang tahu tak.. of coz la tak tahu yek... belum cerita... bukan cerita sedih atau kelakar... tapikan aku pelik apa yang aku buat sepanjang ari ni... tup..tup pukul 4.50 petang... kerja aku tak berganjak, payment voucher makin banyak, bank in slip pun makin menimpun, petty cash voucher still in may hand from morning tadi dol! Tak gerak satu pun...

Apa aku buat yek? Termenung? Hahahah rugi kalau termenung kat opis ni... recall back...

8.30 masuk in opis aku blog... hahaha maklumlah jiwa macam nak meletup weekend to...so pagi ni konon meluahkan la.

Aku call candidate for interview on position Marketing Exec / Manager... tak la berapa lama pun. Semua org dok kata nak reply call aku... zaman sekarang, kerja yang cari diorg. Siap cakap akan call tentukan masa BILA DIORG FREE.... boleh la pulak. Aku malas nak layan. Ia kan sahaja la.

Than aku duduk tengok petty cash expenses bulan April... tak la banyak sangat, few invoice je pun...

Than call this bull shit comunication company! Fax tak leh nak gune... semua kat opis aku memekak... yang aku geram, aku yang kena call check what goin on... call Telecom, depa kata line ok, tak ada black list apa pun, call this telecomunication company pun depa kata ok... aku confuse... sampai sekarang aku malas nak layan... yang comp telecomunication ni aku dah bagi tahu 10 kali nak terminate service, dok anta aku sana sini... bual dengan setiap org yang berbeza... itu kot yang makan masa...

Since my last blog... wahhh banyak rupanya bagi advice... tima kasih, yang tak kenal, yang kenal... kan bagus kalau dpt support dr family macam tu... anyway due to someone advice to burukkan dia, i guess tak perlu kot... dia tak buat apa pun salah...it just me yang masalah tak boleh nak bagi commitment and tak saba, tak boleh mengalah and all that...

Uh tak nak cakap pasal ni tapi cakap jugak... aku masih pelik ni... apa yang aku buat sepanjang ari ni? uh?! Ha... bz kepochi jengah blog2 org... heheheh sepanjang hari tau tak... bahaya betul la... aku kena padamkan connection kat computer aku ni... azam punya setinggi gunung... tapi bila boring je aku cari blog2 tuk di baca.... sampai kiamat pun kerja aku tak habis...

Setengah jam lagi nak balik... tertunda la krja aku lagi... pikiran aku tergangu tetiba bila tengok listing auditor aku... and few question from the... Accrual expenses... aku dah start confuse... leceh tul la... diff between Accrual expenses and payble expense... im not asking the meaning... but the journal entry for the expenses... dah confuse dah ni... this is term yang aku selalu tak ambik pusing... sbb payment selalu on time...bila libatkan tarikh/date je... mula la pening... korang faham? hahahah yah, for those yang ambik accounting, u know what i mean... yang rasa2 ambik doctor, cikgu sains (wahhhh ) , admin exc, pegawai perpustakawan, lecture (heheheheh) korang buat tak tahu je... sbb aku yang dekat 5 tahun mengadap benda2 ni benganp tak sudah2... macammana aku nak maju? Hahahah

Oklah sebelum aku giler deng serius... aku undur diri... kang 5.30 tepat waktu Malaysia, aku nak balik... solat, nak tido... aku malas nak ambik port pasal hal kat umah... hari ni aku nak rehat...rehat...rehat!

My feeling....

4 Hari lagi menjelang hari bahagia adik aku... semua org kat rumah makin tention... cakap pun semua nak meninggikan suara... and yang paling sedih bila aku terasa sangat sunyi...umah aku terlalu sibuk sbb sedara mara dah mula datang membantu... aku pun tak terkecuali sibuk tukar langsir, betulkan bilik (bilik aku bilik pengantin oooo) pastu buat check list. Ayah ibu bz buat persediaan pasal katering dan geng majlis kawin diorg tu...

Dan paling....paling aku tak suka bila semu org tanya pasal aku dan si dia... Give me space people... dan sekarang ni aku rasa nak nangis da... IM STRONG.... aku cuba kuatkan semangat diri... tapi aku tak faham kenapa org sekeliling aku tak faham apa yang aku lalui...Soalan demi soalan, tu tak kisah lagi... menunding jari seolah2 aku yang salah... dah tak percaya pada jodoh ke?

Bagi diorg semua tu gurauan... tapi mmg semalam aku mmg tak boleh nak tanggung semua tu... i cried... for the first time i really cried! Semua bz kat bawah aku kat bilik pasang langsir and cried.... tak sesuai betul... really sad with all question... Tuhan, aku minta kekuatan, fizikal and mental... tak mudah nak laluinya... aku rasa berat tapi aku cuba melindungi segala kesedihan.

"Aku dah lama tak dengar citer pak arab tu... macam mana dia? Kang majlis nanti pakat pakai baju sama la tu" Ayt pertama aku dengar... ok lagi... i guess better bagi tahu sbb tak nak panjangkan isu pasal ni... makin banyak nama Pak arab kuar dari mulut diorg, makin ati aku jadi sakit...

"Orang dah tak ada apa-apa dengan pak Arab da... " Semua macam terdiam... of coz la soalan pertama kenapa?

I told them yang kami tak ada jodo all that... BOOOOMMMM tahu tak apa yang kuar dari mulut diorg

"Ni ko la ni! Mesti ko ada Jantan lain... " Hina tul ayat tu... Kalau ada aku dah bahagia la sekarang

"He nice guy, lelaki yang baik... bla...bla...bla... sampai bila nak macam ni? Ko kata nak tunang tahun ni? Apa la... bla...bla..bla"

Mak aku pun sama juga "Baran tak tentu pasal... tak penah nak saba"

Walaupun diorg cakap dlm gelak... but it hurt me... seriously...sampai aku tak boleh nak tahan. Bila aku nak pasang langsir kat ruang tamu, aku bagi tahu mak aku penyangkut batang langsir tak kuat... so mak aku bebel and cakap

"Tu la, kalau Pak Arab ada,kan senang... dia je tahu buat benda-benda ni... ni kalau Si XXX tu ada ni, semua dia buat teliti... dia betulkan sampai benda tu ok... ni tak, suruh org lain buat tu yang jadi macam tu... org tu main pasang je pastu charge RM 10... buat kerja macam apa..."

Perh... fed up betul!!!!! Hati aku panas... aku dah tak kisah siapa lagi ada kat situ... cukup-cukup la nak salahkan aku...

"Stop mention pasal Pak Arab ok... asal pulak nak sebut pasal dia? Semua kerja jadi elok kalau di buat je ke? Orang lain buat tak boleh?"

"Eh nak marah pulak... betullah aku cakap"

"Nak sangat dia buat...just call him! Tengok dia nak datang tak. Tengok sama ada dia buat ni semua sbb dia mmg nak buat or just because org ni dulu girlfriend dia..." Semua senyap...

Bila petang my grandmother pulak bersuara,

"Tak baik buat si XXX macam tu dah. Lelaki ni tak boleh kasar dengan dia, macam mana dia nak kawin dengan ko macam tu..."

Eh dah tak ada topic lain ke?

"Ambik la ati dia, baik budak tu... bla...bla...bla..." Pastu di sambung pulak oleh anak buah aku.

"Mak long dah tak sama dengan Pak Cik XXXX yek mak long... sian mak long... habis mak long dengan siapa sekarang ni?"

Adoiiii kalau aku boleh ilang... tolong hilangkan aku sekarang... tanggapan org pada aku saat ini adalah :-

  • Im the bad person
  • Aku yang tak jujur dlm relation ni
  • Aku penyebab dia angkat kaki meninggalkan aku
  • Play girl

Sehingga mak aku tanya, "Dengan siapa pulak kali ni?"

Aku sedih sangat dengan apa yang berlaku... pls understand i need all my family support. I love him and bukan mudah aku nak buat keputusan macam ni. Tapi selama ni semua percaya pada ketentuan Tuhan, kenapa kali ni semua menolak ketentuan tu? I know him... he's doing so well and aku ni diorg tuduh yang bukan-bukan...

Aku malas nak duduk rumah... minggu ni kalau bole aku nak kerja...kerja...kerja.... but anyway thanks for my sister Zy79... i know u will be there for me... and thank to Yana :) thanks for the pray... and thank also to few friend yang betul faham situasi aku...

Friday, May 23, 2008

Seribu kali sayang -iklim

Aku balik umah jap waktu lunch ada benda nak uruskan... penat gile, Zuhur pun tak solat lagi... leceh la kalau time ni nak Solat... diorg ni kuar masuk...

Apa ke hal lagu Iklim ni? Aku dengar waktu nak balik opis tadi... Dengar lagu ni... tahlah tak usah di kenang, tapi aku nak jugak kongsi... pernah dengar lagu tu,kan? Ni aku ubah sikit... boleh la, kena jugak la dengan aku.... jom tengok dan huraikan :)

Berdosakah diriku?
Terpaksa melepaskan?
CintaKU yang serapuh?
Dahan nan kering usang


Yang akhirnya kan patah
Terhempa gemeretap
Oh sungguh memilukan
Tak dapat ku bayangkan

Seribu kali sayang
Sangkaku kan ke mati
Cerita kasih kita
Rupanya seketika
Setelah merelakan
Setelah KU bisikkan
Segugus janji-janji
Tergamak KU mungkiri

Apakah sebenar yang terjadi?
Hingga KU bersikap demikian
Sedangkan kau
Sesungguhnya percaya
Kasihku tak berbelah bagi


Aduhai
Tak sanggup ku kenangkan
Semua telah nyata
CintaKU gurauan
Datang dan hilang
Semahu hatiKU
Itulah falsafah
Pegangan cintaKU
Namun harus KU ingat
Hati yang manakah
Selamanya kan sabar

Zalim pulak bila aku tukarkan "kau" tu ada "aku"... tapi itulah hakikatnya... kena tima la... hati mana yang selamanya akan sabar kalau aku terus bertindak macam ni? Uhuhuh... ok... itu je nak ceriter....

My words

This may be the last blog about him... aku rasa lepas ni au perlu bukak buku baru dan tutup buku lama... so yang nak baca teruskan dn yang tak hingin nak baca tu, tutup la mata, sila bukak page lain :D

Untuk Pak Arab... i benar-benar tak dpt nak cakap benda ni melalui fon or sms, msn email or YM... i guess ini cara yang terbaik sbb this is one way communication... terlalu lama bersama, and i guess ini yang i maksudkan selama ini... u tak pernah percaya and true enough it happenkan? Hati org sampai bila akan bertahan. I tak tahu sama ada u read my blog or not... both of us semalam marah tahap melampau and kita sama-sama block Id masing-masing... pada pembaca aku, gelak la... may be korang kata kami tak matang, macam budak-budak... tapi some how semua ni perlu di tamatkan, apa juga cara...

Mesti ada yang tanya "Kenapa selesaikan masalah dengan cara ini?" And i think this the best way... Susah nak tinggalkan seseorg kalau kita masih sayang, kalau ada perasaan benci mungkin senang nak teruskan kehidupan. Sound stupid,kan... but itulah yang aku dan dia perlukan... sebab sebelum ni putus than baik, putus than baik. Sbb masing2 ada simpan rasa sayang... bila ada benci semua di tinggalkan dengan mudah....

Uh tak semudah yang aku gambarkan... tapi apa nak buat... hidup perlu di teruskan :)

Tima kasih pada sahabat aku yang sentiasa bersama aku... only you know my feeling my dear friend...

" Saya doakan apa yang terbaik tuk awak,anggaplah apa yang cida buat ni sebagai satu perkara yang baik yang pernah cida buat.Perkara yang baik nak buat selalunya dugaan tu berat.Mungkin itu lebih buat cida tabah.Kenangan... jangan buang kenangan ,cuma simpan elok-elok kenangan di jauh sudut hati cida... Pertemuan datang dariNYa dan dia jugak berkehendak memisahkan kita,pasti ini terbaik. DIA tak pernah tidak adil atau menganiayai kita semua "

Menyesal ke aku?

Sedih ke aku?

Bersediakah aku?

Tah la... sehari dua mungkin dapat di harung, masuk hari ke tiga mungkin dah mula termenung, selepas seminggu pikiran akan bercelaru dan mungkin saat itu menjawab semua soalan di atas...

I need to be strong... jangan di layan sangat perasaan... dah lama aku sedia tuk kehilangan dia sbb aku tahu hubungan ini tak akan sampai ke mana... well im not blame him 100% but aku sendiri tak dapat nak terima kekurangan, balik-balik aku cuba lari dari masalah...

Fou you.... i dont know sama ada u berminat nak baca atau tak... but if you read this, i just wanna tell you that thank you very much for you love and care... keiklasan you terhadap i selama ini (this always be the issue) if this is true, thank you very much. Ur blessing ur courage, ur advice, ur time and ur money.... terima kasih atas semua tu... i tak mungkin akan lupakan you begitu cepat, but sooner or later you akan tetap jadi sebuah kenangan... Terima kasih kerana kehadiran you sedikit sebanyak buat i terasa amat di hargai...

Tapi jodo kita hanya setakat salam perkenalan... dan itu cukup memadai untuk i.... dan maaf sekiranya i banyak terkasar dengan you, banyak menyakiti you, melayan you dengan kasar dan kadang2 sehingga ke tahap yang sunguh menjatuhkan you sebagai seorg lelaki. Maaf juga i banyak sangat memaksa you membuat pilihan dan maaf juga kerana tak dpt menjadi apa yang you inginkan.

Halalkan segala makan minum waktu kita kuar... halalkan segala barang2 yang pernah you hadiahkan tuk i... halalkan segala penat lelah you dan halalkan segala-galanya...

Ternyata mmg sukar tuk lalui semua ini... but trust me... ini adalah terbaik... mungkin you akan temui apa yang you cari and i tak menolak kemungkinan i juga harap i dapat apa yang i cari selama ini...

Erm... ucapan macam nak ambik pingat...

Sampai di sini sahaja pertemuan, sampai di sini juga ucapan... sampai di sini juga detik kenalan terhenti... doa i sentiasa mengiringi perjalanan you....

Thursday, May 22, 2008

Akhirnya....

Aku tak tahu apa aku rasa sekarang.... marah ada, lega ada...sakit hati ada... deserve me right kot... biarlah... i wanted him to know he worth it... dan nilai dia tu, setanding dengan perempuan yang lebih jauh baik dari aku... lah ni baru nak bukak mata im useless...

Aku tak harapkan sesiapa pun faham apa aku rasa sekarang ni... dia hanya kenangan lalu... dan aku harap biar la dia terus macam tu...

Dan aku? aku dah bg nom aku kat kawan2 aku yang org tu panggil JANTAN! usih nama atuk aku tuh....tah la... apa yang aku rasa ni aku pun tak tahu... sangat marah... sangat geram! dan sekarang yang ada cume perasaan benci! Tak apa la... mungkin tu lebih baik...

Macam mimpi....

Rase macam mimpi la... ari ni aku dapat in touch dengan kawan-kawan lama aku yang aku kenal diorg kat cikamat... bermula dengan pangilan dari honey baby pooh, than azy afza, than cik kiah karen, berus jamban dan yang tak terduga tetiba pulak user nama apek tegur... hahahah apa lagi menjemput la tuk jemputan kawin nanti... and paling best dirg nak dtg... hahahah.... hope diorg boleh dtg and dpt datang...

Wednesday, May 21, 2008

Special Daddy k 3rd 2 RAFIDAH RUSLI

Less than week she gonna be someone wife’s. Aku dan family aku secara mutlaknya akan melepaskan adik aku ke tangan suaminya Shaiful kenhaizi… bukan aku je rasa kehilangan, aku rasa ayah dan ibu aku turut sama merasa… menghitung hari… bukan kerana gembira nak lepaskan dia tapi memikirkan keluarga yang akan bakal di bina. Sekarang dah tak boleh hang out macam dulu kot… tak boleh la aku lepak bilik dia bergosip, tak boleh la nak masuk bilik dia, bukak almari dia ambil baju-baju dia mahupun pinjam make up dia.

Kalau korang nak tahu, 30 May ni tarikh dia di ijab kabulkan dan genaplah selama 26 tahun ibu dan ayah aku menjaga dia dan bermula tarikh itu tanggungjawab akan beralih pada suaminya. Yup… tarikh itu adalah tarikh lahirnya… majlis nikah akan bermula lepas asar dan lepas Isya adalah majlis berinai besar… and adik aku di lahirkan tepat pukul 8.30 malam…

She 2 year younger than me. Kami sangat rapat… terlalu rapat. Bila duduk-duduk terkenangkan zaman kecik2 dulu… as big sister I always protect her.Hahah ye ke? Ke mana je aku pergi mesti dia sibuk nak ikut. Aku selalu jadi bengang bila nak kuar main dengan kawan-kawan, aku mesti kena bawak dia. Macam mana aku kuar senyap-senyap dia mesti ikut kat belakang aku… than bila tak dpt kejar aku dia akan panggil “Kakak..."

Waktu ni aku 5 tahun and dia 3 tahun kot.... tengok la seliper kami... hahahah.... aku dah kata dia suka ikut apa yang aku buat. Mmg tak boleh nak pisah...

Dia selalu sangat mengalah dengan aku… biasalah aku anak sulung… semua org kena dengar cakap aku… bila main apa-apa pun, kalau aku nak sesuatu tu aku akan pastikan aku dapat. Kesian fidah… dari kecik dia dah tunjukkan sikap yang mengalah dengan aku. Nak di bandingkan kami berdua, Fida lebih lembut hati… dan kadang2 dia bersikap jauh lebih matang.

Hahah.... matang la sangat.....

Setiap kali aku akan pastikan aku dapat benda yang baru… manakala Fida selalu gunakan barang aku, sama ada barang sekolah mahu pun barang permainan. Jahat aku ni… aku ni gune barang macam sakai… dulu mak ayah aku tak mampu. Baju sekolah aku baru, yang lama akan turun kat fida… dia tak banyak cakap…hanya menurut… tapi ada sekali dia merungut… membuatkan mak aku kesian dengan dia. “Adik selalu dapat barang buruk, semua barang baru kakak dapat.” Sedih yek? Aku masih ingat kata-kata dia tu, membuatkan mak aku hanya mampu usap kepala dia dan aku mula nekad tuk menjaga barang aku sebaik mungkin supaya tak kelihatan buruk bila sampai ke tangan dia. Tapi hampeh… time tu je aku sian kat dia….

Gambar ni mmg lusuh, tapi baju sekolah dia tu baju aku.... dia tetap posing dengan baju aku tu tanpa banyak songeh!

Aku suka buli dia kalau balik kampong… kat kampong aku banyak kawan… yang sama umur dengan aku… Fida kecik-kecik she bit small and bit slow sbb kecikkan, mestilah langkah tak sebesar aku. Tapi dia tetap nak ikut ke mana aku pergi… dan setiap kali aku gaduh dengan dia, aku suka gertak dia “Cop… satu dunia ni kawan kakak, Allah pun kawan kakak. Ibu pun kawan kakak, ayah kawan kakak, adik tak payah ada kawan….” Tercebik dia dengar ungkapan tu… dia paling takut bila aku buat macam tu kat dia…

Fida dua dari kanan... aku? yang hujung kiri...

Bila masuk sekolah, dia masuk satu sekolah dengan aku. Aku darjah 3 dan dia darjah satu. Pelik patut tugas aku menjaga dia…tapi terbalik pulak. Dari situ dia dah tunjukkan tanggungjawab dia dan I know she love me very much Cuma aku je jahat mengambil kesempatan. Bila time rehat dia mesti belikan aku keropok, air, bagi kat aku sedangkan dia hanya ambik sedikit dari apa dia belikan tuk aku… hahahah jahat tak aku? Dia pandai jimat, kalau dulu ayah bagi duit sekolah 80 sen, mesti dia bawak balik duit masuk tabung.

Bila kami meningkat remaja, kami jadi rapat… teman paling rapat. Bila adik bongsu aku lahir, dia macam terpingir lagi la… maklumlah, sebelum adanya Raudhah (adik bongsu) aku tu, aku kira anak manja mak ayah… tambah dulu aku ni berpenyakit, so tumpuan mak ayah aku lebih sikit kat aku. Fidah mmg dah mula berdikari waktu tu. So bila Raudhah ada, tumpuan semua pada yang bongsu… sian fidah.

We share everything together… and Fida mmg tak pernah menyimpan apa pun dari aku… yang paling aku suka, Fida seorg adik yang tak pernah meninggikan suara pada aku. Kalau dia tak suka, dia akan tunjukkan attitude dia tak suka. Tapi bila aku naik hangin, merajuk atau marah, dia pasti mohon maaf, uh tak macam adik aku yang kecik tu… umur setahun jagung dah mula tinggi suara… sepak pakai kaki baru tahu. Uhuhuhu

Susah senang aku, aku banyak luahkan pada dia.

Tapi sekarang dia nak jadi isteri org dah L Mesti hubungan kami tak serapat dulu… well aku tak kisah.Jangan dia lupakan aku sudah…Im still her big sister.Walaupun ada jaraknya nanti, aku harap hubungan kami tetap seperti sekarang. Bila-bila masa dia nak luahkan masalah dia, bila-bila masa yang dia perlukan pertolongan aku, aku sedia membantu sedaya yang bole…

And you kEn… if you read my blog! Jaga fidah macam mana mak ayah aku jaga dia… waaa nak menangis dah ni… Ibu ayah mahupun aku sendiri tak pernah letak tangan pada dia… sebab dia anak dan seorg adik yang baik. Anak yang dengar kata. And don’t take that for granted! Jangan ambik kesempatan sebab dia lembut, ko suka suki nak buli dia… I wont let that happen… walaupun aku tak ada abang atau adik lelaki, aku tak akan biarkan atau benarkan sesuatu buruk jadi pada adik aku. Make her happy…

Aku tak boleh tengok dia sedih… sbb dia tak sekuat aku… dia pernah jugak kecewa dan aku tak sanggup nak tengok dia menangis sedih, so don’t let it happen to her.

To my lovely sister, I want you to know that I always love you… I always be ur big sister… kalau ada apa juga masalah, along nak angah tahu yang along sentiasa ada… walaupun along ko ni bit emotional but no worries I always try my best to make you happy sis…

LUV YOU SIS..... MUAHAHAH XOXO

AND I ALWAY LIKE THIS PIC OF YOU...

Tuesday, May 20, 2008

TAG

Ush... mmg aku tak faham memula TAG ni....berputar sat aku bila on line buddy aku ni minta aku buat TAG... masuk blog dia perhatikan satu-satu tak ada apa pun... than masuk pulak kawan2 dia punya blog...dan aku ternampak sama je dengan penulisan dengan blog dia... oh kira TAG berantai ni.... oklah... syok jugak...

Waktu aku baca blog dia tuh terpikir jugak, macam mana dia boleh terpikir nak tulis macam ni... bila sebut nama aku, chewah bangga mak cik... ok menyahut cabaran.... kita mula yek

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan :

  1. Notebook
  2. N95...
  3. Sedozen ros , coklat Ferro yang paling banyak serta teddy bear sebesar bapak
  4. Unlimited Credit card
  5. Rumah

Senang tak nak dapat benda-benda ni?

Senaraikan alasan atas pilihan itu :-

  1. Sebab pertama aku perlukan notebook tuk blog kat umah, heheheh pukul 4,5,6 pagi pun kalau aku rasa nak menulis senang, lagi satu boleh buat kerja kat umah tak payah la aku bahayakan diri kerja lebih masa, maklumlah kawasan opis aku ni sunyi lepas waktu pejabat, lagipun sekarang pun zaman teknologi kan? Cume nak beli ni aku berkira sikit, bila tengok simpanan baru nak naik rase sayang je nak kuarkan, so kalau org nak bagi aku hadiah, dah kaya nak buang duit, belikan aku note book yek
  2. Fon yang cangih tuk merakam saat dan detik terindah
  3. Aku suka hadiah, bagi aku lelaki sekarang malu nak bagi benda2 macam ni.... kalau ada pun satu pun susah nak dpt
  4. Aku nak belanja suka aku.... shopping!!suka je beli... tak payah pikir2
  5. Dalam kelewatan usia ni, kalau ada umah dah lengkap dah idup....

Impresi terhadap orang yang diminati :-

  1. Jujur
  2. Tak cakap besar
  3. Yang beriman
  4. Pendengar yang baik
  5. Hormat wanita, org tua, kanak-kanak, binatang dan apa je yang idup la

Perkara hebat yang pernah di lakukan :

Uh apa yek? Aku rasa meninggalkan seseorg jantan yang nak aku tinggalkan sepanjang bersama dengan dia. Memerlukan kekuatan dan keyakinan, motivasi diri... hahahah. Paling bestttttt!!!! Dan aku berjaya... sampai sekarang aku boleh tersenyum sbb aku mampu lakukan dan mampu tunjukkan aku boleh idup tampa dia!

5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju):

  1. I love cats... ciptaan Allah, bagi aku alat permainan manusia yang bernyawa... siapa bole buat?
  2. Make over... aku suka tengok org buat make over, dengan make up muka buruk jadi lawa
  3. Air Cond... aku tak leh hidup dlm kepanasan
  4. Blog aku la... my stories, nyawa rahsia aku kat sini...
  5. Water heater... aku bole mandi bebila je aku nak... hahahah

5 Pekara yang di benci :-

  1. Bila org buat tak tahu...
  2. Bila org tanya soalan bodo terutama bila aku marah
  3. Bila aku sakit perut waktu jalan2.... memang tak suka toilet selain dr umah sendiri
  4. Bila org mungkir janji
  5. Bila org tipu dan cuba menutup cerita tipu dia tu

5 org yang mahu di Tag :-

  1. Miss Angle
  2. Ayang Baby
  3. Cempaka
  4. Deqna? Hahahah kawan tak ramai la... kalau rajin buat lagi... heheheh
  5. Pembaca misteri blog aku ni!

Uhhhh akhirnya siap... so... enjoiiiii

Hujung Minggu kali ini

Korg nak tahu tak awat aku lama tak update blog aku? meh aku citer... ari ni mud aku malas nak kerja... banyak sebenarnya kerja aku kat opis ni... makin lama makin banyak kerja aku dan aku harap sangat cepatlah majlis kawin adik aku ni berlangsung... perhhh akak mmg tak tahan nak.... kerja kat opis, balik kena pulak buat persiapan apa yang patut.... last friday aku rasa macam nak jerit je... tapi,kan dlm tention2 tu aku sempat bergmbo... hahaha adik aku kata "Mana la kerja ko nak habis long, kalau bz update blog ko yang tak berpaedah tu..." Yer la tak berpaedah... tak ada citer dia dlm ni mmg la tak berpadah, cuba aku banyak citer pasal dia? Hahahah....

Aku benci buat kerja Audit... serius mmg bosan tahap gaban. Gaban tu kalau tengok aku agaknya, dia pun duduk makan koci tengok aku kalut... ari Jumaat tu ada sikit makan2, panggil jiran-jiran sbb nak buat majlis besarkan, so kenalah minta tolong jiran2 semua. Tapi pagi tu, akak memang banyak kerja... kalau tak caya meh tengok!

Ini kotak yang berisi "job file"... ni separuh yang aku angkut dari bilik belakang, yang balen tu kat belakang... bayangkan, setiap kotak berisi lebih kurang 50-60 invoice and all the shipment detail... aku kena tengok satu-satu sbb bos aku kata apa yang aku buat dengan dia tak sama... masalah aku ke tu? hahahah yer la mana la tahu depa ni bukan tul..so malas aku nak argue, better aku tengok sendiri detail payment yang ada dlm tiap file.

Hari tu aku upload meja aku yang berselerak tukan? Ni aku upload lagi... ni adalah antara job file yang aku kuarkan... ok lagi ni... mesti korang cakap, oklah bole lagi letak barang atas meja...

Ha... yang berselerak telah ku tolak ke tepi...nampak tak atas printer aku tuh? hahahah boleh la pulak letak in tray aku sementara kat situ...dasyat aku ni...

Uh i really hate to do audit! Banyak kerja.... oh for blogger name Angle... senang2 kat opis tu buat la macam kak cida ni... hahahah

Ok... hari Jumaat tu aku kerja sampai kul 7.30. Kat umah ada jamuan, sian mak aku. Nasib baik jiran aku tolong masakkan, dan prepare all the food.

Juadah yang tersedia malam tu

Mesyuarat bermula malam tu... pengagihan tugas tuk setiap jiran... rumah siapa yang akan di gunaan letak makanan, DJ, tempat basuh pinggan, tempat letak hadiah, dan macam-macam lagi la...

Than hari sabtu pulak aku bz dengan buat berkat tuk kanak2...

Sweet for all kid on the big day... ada lagi tapi ni je kat depan mata aku... hahahah

Walaupun aku penat balik kerja... aku buat jugak... penuh kesabaran. Maklumla akak kerja hari sabtu...

Lepas solat, makan masih meneruskan kerja... hehehe

Si bakal pengantin turut mnolong sama... bagus adik aku ni, ni pun setelah kena bebel dengan aku.

Inilah berkat di hari besar ku! Adik aku suruh tulis macam tu...

Apa macam kengkawan?

Alhamdulilla dah selesai dah berkat tuk kanak2... Ahad ni aku akan ke Melaka ambik berkat tuk tetamu pulak... minggu ni kena la bersihkan rumah, pasang langsir baru... aahaha macam nak raya pulak...

Tapi aku tetap bersengkang mata, kerja opis mesti aku habiskan jugak... so Isnin yakni hari ini bole la aku ber blog... wlaupun lewat pagi baru kerja ku habis, aku tetap nak ambik gamba...bukti yang aku bawak balik kerja bossss

Tengoklah bilik aku yang tak terurus...kat bawah tu melambak kertas kerja aku...

Memang aku bosan tahap cipan!

Saturday, May 17, 2008

Di antara mereka yang pernah ku kenal.....


1st of all aku nak minta maaf pada mereka2 ni... aku curik gambar korang to post kat blog, citer aku kali ni... wah... aku banyak kerja ni! Nak habiskan cepat sbb aku nak cuti, sekarang aku jadi Auditor company! Perh i hate audit! Apa nak buat, kalau suruh auditor audit depa charge lebih tuk adjusting jurnal entry... maka bos aku suruh aku buat adjusting sendiri so kita hantar account, so tak penatkan auditor and cost pun kurang ar... bijak bos aku ni! Anyway aku ni dah ketagih nak blog...


Citer aku kali ni pasal org di sekeliling aku... dari aku kecik... remaja dan dah tua ni... cepat tul org2 yang aku kenal dah berumahtangga, aku tapak umah pun tak beli lagi... esh...banyak nak citer ni, tapi kang kerja tak siap...


MEREKA yang dah berkahwin



My beloved sister... kak Z and abang Azron... cute yek... aku nak citer pasal diorg...tapi masa tak cukup... anyway akak... sori wa cilok gamba u... kisah ke i put on this blog? Bole la... kesian la kat adik ko ni.... :)



Najib and his wife Siti...


Oh... antara kita org ada sorg lagi Malis, dia pun dah kawin but tak ada la gambar dia... so antara kami berempat, aku je terkontang kanting... wakakaka...



Ni abang sepupu aku and wife dia...



Kawan kolej aku, MArlinda and Shafiq... both are my kolej's perend



Kawan kolej jugak, Nurbaya and husband...



Suke tul tengok kawan sekolah lama aku ni... hapy je kan... pun dah kawin....



Ni ex- jiran aku... Zamir dan wife dia... kebetulan waktu aku menulis blog ni, aku terview profile dia,wah... cepat betul masa berlalu yek... terasa akak makin tua la...





Ini kawan sekolah aku jugak... Azean... the first person aku kenal waktu melangkah darjah satu dulu... heheh gambo dia dengan asben dia tak ada la... jarang sekali asben dia nak join kitaorg semua...tapi yang penting aku dapat tunjuk orgnya ...



Fadilla Zahari... jugak kawan sekolah aku... sori gambo asben dia pun tak ada ar... gambar ni aku ambik waktu melawat dia lepas dia bersalin... first baby kira2 dua tahun lepas.... uh, lama dah aku simpan dlm computer zaman jepun aku ni!

Linda and Suaminya....


Ely...my bestperen aku kat kolej....



Bestperen aku jugak...MArhana... Gambo dia dengan husben pun tak ada...



Adik angkat aku dengan wife and anak dia... yang belakang baju biru tu asben si Marhana... ada pun... walaupun tak full...betapa bahagianya diorg... sihat tul :)



Erm... kalau nak tunjuk mereka yang dah kwin mmg banyak giler... tapi ini yang terlintas...ada yang aku ambik kat Fs... sajer belek2 profile diorg... hehehe


MEREKA yang DAH bertunang....


Mereka yang bertunang ni semua sepupu aku... yang sedih diorg ni muda 5,6,7,8,9,10 tahun dari aku... semua langkah bendul...termasuklah adik aku hampeh. Ni kena buat undang2 adat baru ar... kalau aku collect cincin langkah bendul penuh satu tangan aku ni... semua jari aku bersarung...wakahakah...meh kita tengok mereka yang dah bertunang ok.


First yang tunang adik aku.... than berita di gemparkan bila Shila and Andy bertunang



Second aku di gegarkan oleh berita Yana and Sharil bertunang....



Selepas tu.... di gegarkan lagi oleh pasangan Nazli and Diana



Ini Nazli... ini gambo sebelum dia tunang... sebelah tu bukan tunang dia... tu aku... eheheh waktu dia tunang aku tak dpt balik Spore... but dah pernah jumpa la that gurl... nice and sweet...


Oh kawan aku yang dah bertunang sorang ni... tahun ni rase dah macam 3 tahun, masih menunggu jemputan kawin dia....



Hidayah Hamid... hahah kawan sekolah semua.. kenal ini budak?


Ok... yang paling tak ku sangka bila bulan 5 and 6 ni banyak yang nak kawin... uh... sori la guys tak dpt mai umah hampa sbb umah aku pun sekoq tu nak kawin... kalau sempat aku dtg la ok... mereka yang akan berkawin dlm bulan ni dan awal june...


MEREKA yang akan melangsungkan Perkahwinan...



Faizal and Rafidah Arshad 18 May 2008



PERHATIAN :-Ini bukan pasangannya...


Zul and Haniza... 17 May 2008


Mesti ko heran Zack awat letak gambo ni? maklumlah, suka tengok ko berposing hehehehe... akak suka bikin mamat ni malu...



Kawan kolej aku... Rashidi Ruslan and pasangannya... 1 June 2008


Dah akhir sekali on 30 May 2008...



My sister and his piucer husbennnn


Oklah ini lah laporan tuk minggu ni... kerja dah menanti ni... so sekali lagi mohon maaf pada mereka yang aku curi gambo korg ni... to my bloger dude DEQNA... love ur story la... semoga terus berbahagia... and to Nona Cempaka... Congrate di atas pertunangan awak minggu lepas dengan en awk... semoga seperti pasangan lain... semoga berbahagia....


Dan aku???!!!



Terus menunggu kesudahan ceriter tragis! Hahahah Gambar di atas sajer je letak, ada la pulak gambar posing macam org kecewa yek... wa main sebat je letak kat sini... at last berguna jugak gamba ni....