Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, August 15, 2008

Dapat award lagi

Kali ni award ... Bear Hug... baguih betul la... ala... aku ni yang rapat kat bloger ni tak ramai sangat..aku tak tahu pun kalau aku ni ada pembaca yang setia... tapi aku pasti bebenor, link yang ada kat blog aku ni, mmg peveret blog aku la... dah jadi addicted kalau tak boleh nak baca citer diorg...aku tulis kat blog ni pun sbb aku rasa ini la tempah aku luahkan perasaan... ushhh susah ooo org tak ada kawan macam aku ni... boleh giloz... kat sini la aku tampal, jaja citer aku... tak harap pun ada pembaca setia (chewahhhh)... tapi sesekali dpt coment tu... tersenyum lebar la jugak.. wakakak... am i being poyoz here?

Ok jangan lengah masa lagi.... Harus ku letak award ini kat dinding umah aku ok! Ok to my Lovely friend Cik Hasra... thanks for the lovely Bear Hug award :)

And i love to give this award to my friend kat Blogger dan tak lupa kat Multiply ok! Oh for multiply, sori yek i dont know ur link la... kalau nak letak link kena buka pulak satu2... heheh so i sebut nama je ok!

Tuk Blogger, aku nak serahkan award ni pada

1. Puan Intan Suraya - Bear Hug for u and ur husband. Setiap kali cerita kau menarik
perhatian aku ler beb!


2. Cik Cempaka - Bear Hug For you, cerita awak yang sentiasa sempoi!

3. Cik Zabelleza - Bear Hug For you, Walaupun im new reader of ur blog, but cerita menarik.

4. Puan EJ - heheh ini pun kalau dia jengah sini la...Bear Hug For You, U make me addicted
ur story... uhuhuh

5 . Puan Rose - Bear Hug For You and ur kids (Kasih and Abang) they are beautiful and NOT
crazy ok! It make me smile when i read about them... i love kids kak! seyes!heheheh

6. Jay Baharin - Bear Hug For You... u did nothing ok! heheh jangan perasan! But i think you
deserve! Bear Hug For You coz YOU ARE MY BROTHER!!!!

7. Miss Angel - Bear Hug For You coz...... without your i dont know what is happening kat
Singapore. At least dengan ur story buat i rasa lebih dekat....

And Deqna... i love to give this award to you... tapi Cik Hasra siang-siang sebut dah nama awak... tak pa... kita pun nak bagi jugak award ni... tanda persahabatan ok... Bear Hug For you and Shah... cerita u jugak menarik... kekalkan ok!

For Multiply reader... i also want give this award to

1. My lovely sister, my secretkeeper, my advisor Kakak Zaheedah on this award. Bear Hug
For you, even tho is not same like abang Azron's Hug... tapi take it sista! hehehe
2. To Kak Sal... sudi baca entry kita... Bear Hug For you
3. Kak Nor (Naqimi) tima kasih kerana menjengah blog ni...so Bear Hug For you
4. Adik Afizah thanks kerana being my sister... so Bear Hug for you
5. Rose thanks sudi baca blog ni... Bear Hug for you

Uh yang tak sebut nama jangan kecik ati yer.... actually aku penat dah ni... so... til than... bye semua.

Thursday, August 14, 2008

Kisah Nenek

My parents balik Melaka... nenek jalani minor sugery katerak (confirm ejaan tu salah... belasah jer). Dah tahap buta ok! Nenek buat2 nampak selama ni... aku kasihan dengan keadaan org tua tu... she stay alone and yet she blind ! Nenek mmg consider bute... sbb dia tak nampak apa pun, dia pernah bagi tahu ayah pasal ni, tapi ayah diam je sbb ingat dia masih boleh nampak, dia pun tak la bagi tahu yang dia tak nampak, sbb mungkin takut soal kewangan... tak nak susahkan anak2... tapi last saturday yang kami gi umah Nizam, this is all about... mak cik aku bagi tahu ayah, yang nenek perlu bedah buang selaput mata.

Padan la nenek buat air berkecah satu dapur, kalau isi lauk kat mangkuk pun, asik tumpah. Dan kami semua marah2 bila tengok setiap kali dapur berselerak... uh berdosa betul aku rasa.

My auntie discover dia tahap kritikal bila duduk depan dia hampir setengah jam, dia tak perasan, even anak buah aku buat mimik muka (kurang hasam diorg) depan mata nenek aku, nenek aku diam jerk... buat derk siot...

So ayah anak sulung sangat risaulah dengan keadaan mak dia, duduk sorg lak tu... tapi aku tak suka la bila all the cost ayah yang tanggung... maklumlah kami sendiri bukan org senang... ayah berat jugak sbb dengar kos buang selaput tu mencecah RM 7000 satu mata ok! Tu tak termasuk kalau stay kat hospital. Itu kat hospital private la... nak buat kerajaan, diorg bagi tarikh lepas raya... sian la org tua tu...

Aku jadi geram dengan my cousin sister... nenek aku jaga dia dr kecik ok! Anak dia pun nenek aku jaga... actually now anak buah aku yang lelaki tu jaga nenek aku... dia yang urusa nenek aku since nenek sakit ni... makan dia sediakan, jaga nenek makan ubat semua... and he only 12 year old... sepatutnya mak dia (akak sepupu) aku la yang jaga...tak kisah la tak kuar duit,kan... tapi apa salahnya dia bela org tua tu, bawak duduk umah dia ke apa ke... sanggup dia tinggalkan org tua tu sorang kat uma....Bila jadi gitu dia asik call ayah... macam lepas tangan minta ayah yang duduk Klang ni, balik Melaka tuk hantar nenek ke klinik.

Dia cari jugak Klinik kat Melaka... tapi membebel macam hapa! Cukup hangin! Rasa macam hilang hormat dengan dia! Oklah... fees only RM 1,800 tuk satu mata...

Uh panjang citer aku! So nenek selamat buang selaput mata dia tuh... Alhamdulillah, tapi buat satu mata je dulu... doktor kata lagi 3 bulan boleh sebelah mata lagi...

My mom kata she can see now! Wah dah nampak dia bercerita je... hahahah yerla dah nampak... dia boleh jalan sendiri... dan dia terkejut tengok anak buah aku gemuk, padahal tiap-tiap hari dia jumpa...mungkin dia dah lama kot tak nampak...

Sofa kat umah dia tuh akak sepupu aku tukar lama dah... aku rasa hampir dua tahun kot... dia masuk umah, dia cakap dengan mak aku "Oh ni sofa yang Marina yer...cantik yek" . selama tu ke dia tak nampak?! Lama tul!

Uh... sedih... anyway aku happy la semua selamat... dia pun dah nampak.... oh mum mintak selaput mata tu nak bagi kitaorg tengok....hehehh mak aku ni, benda macam ni pun dia nak kutip... hahah dia tahu aku kaki blog... nak bagi aku tunjuk satu dunia kot..wakakak...

.

Mak aku kata, selaput ni dah kering, kalau lepas operation tuh, ia bentuk jelly yang warne putih dan bentuk contact lence... lence pun kalau biarkan tempat udara terbukak akan jadi keras jugakkan?

Oklah korang... that for tonite yeh...

I miss my mom... heheh walaupun she only away for one day.

The end!

Wednesday, August 13, 2008

kesan daripada camera yang ilang....

Din baru beli ... erkkk aku pun tak tahu nama kayu tu... tapi kegunaan benda tu ketuk kaki org... so kalau korg tengok entry aku yang lepas, kan aku bagi tahu yang camera dia ilang? So akibat dari kehilangan camera tu, habis kaki aku dengan Dd dia buat xperimen... giloz... aku layan je la... kang dia ketuk kepala aku, siapa pulak nak jawab?

Pernah tak nampak benda ni? Aku ingat dia cilok dari mana... menyesal pulak tanya fungsi benda ni... so dia cuba atas DD dulu sbb kitaorg gelak je bila dia buat benda tu....

Cubaan atas Dd...si DD ni pun selenge tak laeh nak duduk diam... berpuluh kali Din cari tempat nak pukul... tak gerak pun kaki dia... hahahah

Chewah... Dr sakit jiwa.... heheheh

Tak puas ati tuh! Nak jugak buat atas aku... layannn je laaa.... opss gemuz lak gamba ni... hahah kan...kan?! Serabai lak tu...

Beriter Penting... wajib anda tahu...

Aku nak nangis on behalf of Din ar... jom nangis sesama... hahaha camera canggih Din telah hilang dalam bus... actually bukan hilang ... tu ar... ada ke patut dia bawak camera dia macam bawak handbeg... kuar dengan awekz lak tu... bual2 tertinggal dlm bus... aku suruh kejar... dia kata bus banyak sangat tak tahu yang mana satu...

Mmg satu sumpahan la mamat ni... asik ilang camera jerk... yup... dah berapa kali ilang camera... ni tengah memberontak nak beli yang baru pulak... camera lama cost RM 1,800 and ni nak cari pulak RM 2,500... giloz... baik ko simpan duit tu, boleh balik Malaysia Tahun depan la Busu Din...Dah la bulan lepas dia rosakkan fon bapak dia... giloz cmpak fon bapak sendiri dlm pool... hahah kejam gila... dah kena ganti dah tu.. ni ilang camera pulak.... adoyai

Ok itu adalah berita yang anda perlu tahu! Heheheh

Oh malam tadi Din tido dengan aku...satu katil... ha! jangan pikir lain... pintu tak kunci pun... mamat ni malas giloz nak bentang tilam kat bawah. Aku tak tahu kul berapa dia tido sbb dia dok browse internet kat bilik aku. Maka tah bila dia tah dia tido sebelah aku... yang aku bengang dia pasang alarm kul berapa tah... banyak kali lak tu... wa mata mengantuk! Rasa nak baling je fon dia kat bawah...

Aku panggil sekali tak sedar... pastu fon dia senyap... than bunyik lagi... mau bunyi 4 kali fon tu... siot jer letak bawah bantal aku lak tu... tu yang terjaga... aku nekad kali ke 5 bunyi aku baling fon dia kat bawah...tapi mamat ni macam tahu je niat aku nak campak fon dia tuh... heheh

Than pagi2 dia gelakkan aku... puaka punya budak! Cukup baik akak ko ni bagi tido sebilik ok! Ni la nama melayu tak sedar diri... baru 4 tahun stay Dublin, aksen... dia kata umah aku panas... so nak tido bilik aku sbb ada aircond... aku nak suggest tido bilik air je... oiii Busu Din... sedarla... di mana Bumi di pijak di Situ langit di junjung ok! Hahahah dalam neraka lagi panas... wahhhh tetiba jerk...

Oh plssss alarm dah la irritating... lagu Madona perempuan tua perasan jadi Britney tu... lagu Hang Up! Berkali2 bunyi... uh! Bro if u read this entry! Change lagu yang aku suka...wahhhh aiza...aiza... wopssss

the Devil wears Sunglass...*gelak guling-guling* ----> Bro amacam? Pernah dengar tak ayat tu???

@ Starbuck!

Aku bawak lappy ok! Sbb tahu Din sure bawak camera dia yang cangih tu... haruss babeh. Kalau tunggu dia email, gamatnya sampai dia balik Malaysia balik tahun depan baru terhegeh2 nak bagi...So lepak Starbuck sbb nak wireless... walaupun ada broadband, Din kata tak glamor kalau buat tempat lain... hahah... giloz.... maka lepas makan lepak minum lagi!

Kali ni dia yang belanja... wakakak.... Akak suka!

Hanya semata-mata nak browse internet... macam tempat lain tak ada yek?!



@ Mid Valley with Double D



Last Sunday, aku kuar dengan Din and DD... Padan muka Din... memula berlagak bukan main... kata Ahad nanti dia nak kuar dengan kawan2 dia... last2 pagi Ahad ganggu tido aku pulak... ajak aku kuar... tu la... bila aku offer bukan main eksen lagi ko yek busu din!

Kul 11 aku bersiap ke Mid Valley... aku bawak DD sekali sbb dia kata dia busan nak tinggal sorang2 kat umah... macam nak rak aku bawak kerete lelaju... sampai sana bila call Din, dia kata dia kat umah nizam lagi.... bengkek je aku dengar... nasib baik dengan DD, kalau tak...mau bosan jalan sorg2... uhuhu...

So By 12.30 Din sampai... ha! Lapo pulak dia kata... so pilih tempat makan... korg tahu je la Mid Valley hujung minggu macam apa je... tention jerk rasa. So last2 we decided to having lunch at....

Yah... bole la tahang.... Din order Cha Kuew Tiau dengan Watermelon Jus tuk Lunch dia... aku plak nasik goreng ikan masin dengan ais lemon tea....

Our drink

Our Food... arrr tetiba rasa lapar la pulak...

Didi poyo tak nak makan.. kata menu tak sedap :p

What i've been told

My bos told me, my task is just to culculate and make sure the figure are in the rite account... when bonus or increment time, the priority is given to sales person... mean while he always told me and few staff (who not in sales), we are subjective staff... which mean, wheater the company make profit or not it will not effect us! Maknanya di sini, sama ada syarikat menguntung atau membawa kerugian, kami mmg tak mengubah apa-apa. Sbb ada tak ada kami ni, comp sentiasa boleh cari sesiapa buat kerja kami.... kalau sales person tu mmg capai target setiap bulan dan berhenti, agk susah nak cari penganti, sbb itu kebajikan mereka di jaga baikkkkkkkk punyaaaaa....

Sekrang aku di landa kebimbangna... dah buat report... i sedar keuntungan bulan June ada yang tak kena... and bila periksa dengan teliti, tak ada cacat cela, semua figure aku masukkan dengan betul... tapi aku risau... begitu jugak dengan teman pejabat aku... Bos aku ada pendirian dia sendiri... sbb dia rajin buat buget... so he will make sure my report will similar dengan dia... sekarang, figure yang aku dpt jauh sekali dengan estimation dia tuk every month... siapa nak jawab? Mungkinkah dia akan kata account aku salah? Atau dia akan kata aku buat pengiraan salah? Atau mungkin dia kata apa yang aku tunjuk tak mungkin betul anya kerana dia sendiri ada rekod dia sendiri?

Last year aku kena kaw...kaw dengan dia sbb benda ni la... dia kata aku buat account salah... buat sekali lagi... dia kata salah jugak... ayo...serba salah la jadinya... ok! last year account was a mistake... aku mmg suka suki key in supp inv to make the profit low...payment yang kita tak nak bayar kat supplier semua aku key in sekali... as long ada cost yang di bil to my company... tapi boss tak happy...yer la, account dah salahla maknanya... aku terima... dan sekarang aku buat betul-betul, and keep track all payment... last year nak hanta audit baru aku adjust balik account aku.

Korang faham ke apa aku citer ni?!! Uh!

Tapi sekarang aku kecut perut... kalau aku tunjukan working paper aku pun, will my bos sastified? Will my boss mengamuk lagi macam last year? Perangai Bos aku yang aku tak tahan, kalau dia marah, kita kena terima apa yang dia cakap... we can not defence ourself... ada je di taruk bagi pengsan...itu yang aku tak suka... lagi kita menjawab, lagi la dia tinggi suara dan kuarlah cerita yang tak sepatutnya kuar... habis semua dia ungkit! Namun nak salahkan budak sales dia, jauh sekali .... dan rasa tak mungkin kot berlaku....

Adoyai.... apa nak buat ni?! Buntu... of coz aku tak leh nak jawab apa-apa... kalau diam dia kata salah, kalau menjawab dia kata kita bagi alasan... ayooo

Saturday, August 9, 2008

Taman Melawati, Cheras

Hari ni aku gi, buat pertama kali nak ikut mak aku gi umah org tawin... oh aku antara yang agak liat nak pergi ok! Aku paling tak suka gi umah org kawin... typical malay... kalau gi umah org kawin dok tanya bila nak kawin... bila nak kawin.... cit! Mak cik tak suka ok! Kali ni aku nak pergi sbb aku nak jumpa Din... tapi sayang Din and family pulak gi awal... diorg malas nak tunggu so kul 12 diorg dah gi sana... aku dengan family kul 3 lebih baru sampai...


My sister semua gi termasuk my bro in law... ayah tak senang duduk sbb menantu dia balik lewat... kul 2 tak sampai lagi ok! So tunggu adik ipar aku balik kerja sbb dia je yang tahu mana umah kawin ni....


So ini antara gamba yang aku ambik kat umah org kawin... wei first time ok aku gi umah org kawin tak formal... aku pakai blouse je dengan jeans... baju aku kira blouse ke? Hentam je la labu...

Insiden lucu bila dah masuk Shah Alam, my mum called (we are in diff car), so dengar suara my mum riso semacam... tanya apa ke hel.... mak aku kata dia pakai kasut sebelah lain... aku gelak puaka tebing biru korang... nak cepat sangat maklumlah ayah aku dah muncung sedepa da sbb terpaksa tunggu aku balik kerja, Didi balik sekolah ganti dan adik ipar aku dari Shah Alam... mak aku lak kalau kitaorg tak nak gi, dia pun tak nak gi sama. So tuan besor kenalah ikut kata Puan Besar.... hahah ambik ko! Tak kuasa bapak aku nak patah balik klang semata2 nak tukar kasut mak aku....


Nasib baik ada Didi... tah apa tebiat Didi bawak seliper extra... hahah tapi seliper toilet tu... wakakak.... mmg lawak! Dah glamor tetiba pakai seliper... uh! Nasib baik Didi bertindak bijak bawak seliper dlm kereta...

Lepas wedding kita gi umah Nizam, abang sepupu aku tuk jumpa Din... lama la kat sana... dr kul 4 sampai ler jke 10.30... sangat mengantuk ok! Ada masalah keluarga yang perlu di selesaikan.... iaitu aku akan di jodo kan dengan org yang aku tak kenal....

Boleh? Wat suspen je... tak arrr.... masalah adik beradik bapak aku... aku malas nak join. Biarkanmak cik aku dengan bapak aku jer bincang...

kami sakai-sakai giloz ambik gamba... aku suka camera Jay! Aduh... mmg tak syak la... aku nampak cun arrr.... (perasannnn wekkkk)... gemuk pun tak kisah la... lawo siot gambo aku!!!!

*Dush* gambo je la... aku gurau je... biar la aku puji diri aku... siapa nak puji lagi kalau tak aku?! Nak tunggu korang? Uhhhh mati kempunan aku nak dengar! Uhukuhuk....And let c all the pic taken ok!

Tetiba jiwa aku ni sentimental lak... bila tengok Naufal dengan Nazmi tetiba terpikir lak... macam mana kalau aku ada anak sendiri... I know... cari laki dulu... baru pikir pasal anak...

Oh tadi akak sepupu aku tanya hubungan aku dengan ehem...ehem... aku tak tahu nak jawab apa.... cuma kata "Macam tu la..." aku tanya dia kenapa... dia kata...

"Tak ada, akak tanya je...Ko kata ko nak tunang dalam tahun ni jugak, ni dah bulan 8 dah."
"Cadangnya gitu tapi macam tak ada je... tak jadi la kot .Kenapa? Ada calon ke tuk aku?"
"Ko nak ke? Kalau nak mmg ada...." UH! Kalaula semudah ini cari jodo.... :)

Mak cik aku lak rekemen aku dengan kawan abg Nizam... dia panggil budak tu lebai... hahah aku tak kisah sangat la... kalau imam lagi bagus.... waahhhha.... tapi kalau korang dengar ciri -ciri lelaki ni... korang rasa sesuai tak dengan aku?! Yang muda bependapat tak sesuai... mean while yang tua2 semua berkenana dengan dia ni... hahah aku?! Aku tengok dia pun tak pernah.... tapi adik aku dok perli....

1) Dia ambik khusus menjahit... mak cik aku kata dia pandai cari duit... dia nak bukak kedai menjahit... mashukkkk....walaupun dia kerja exc kat Bank *****

2) Nama gelaran pun Lebai... mestilah alim... abang sepupu aku panggil dia lebai sbb doa panjang bebor lepas sembhayang,

Paling kelakar aku dengar

3) Dia jaga aurat dia... (ahahah bab ni aku tak faham... ) tapi mak cik aku kata sebelum dia mandi dia masuk dengan berpakaian lengkap.... lepas mandi pun berpakaian lengkap....selalunya org masuk bilik nak mandi,kan air pakai tuala je... lagi2 lelaki kan... apa diorg kisah...

4) Dia suka jumpa artis... dia sanggup gi Sure Heboh la... Jom Heboh la tuk jumpa artis kesayangan dia ok!

Ini la antara yang di sebut... dan biasalah aku lah jadi mangsa... Pidah siap gelak besar... "Boleh ko jumpa artis long... susah payah dia pergi...." Ada lak
"Senang ko. Raya tak payah tempah baju, silap-silap masak pun dia boleh buat" Hahah mmg bau neraka la aku.... Bayangkan... aku bz blog laki aku bz menjahit... arrr tak suka mak cik!

Antara komen yang aku dengar banyak yang negetive la...

My Cousin Sister - "Uh... jangan cari pasal... mmg tak sesuai.... lebai tu lawaklah... mana kena dengan dak shida...."

My sister - " Mmg kerja ko jumpa artis je la.... hahhahah"

Anak Buah - "Ahhh tak nak la mak long... tak sesuai ar abang tengok... lebai tu baik tapi esh tak sesuai arr.... tak nak ... tak nak...." [Lebai tu baik... mak long jahatkah? Is that he try to said?]

Erm... bagi aku cinta tak leh paksalah... tapi aku tetap berdoa...mana tahu Tuhan kabulkan, anyway Dia yang tentukan segalanya... dan aku masih percaya pada pegangan itu.... :)

Korang aku dah mengantuk giloz babiz dah ni! Nak masuk tido da... daaaaa

Actually my auntie je berkenan dengan dia... cume my auntie tak ada anak perempuan daaa...ada pun dah kawin... so dari dulu benda ni aku dengar... Lebai... lebai... lebai... uhuhu siapa gerangan dia pun aku tak tahu...ini yang buat aku tention korang... aku pun tak reti nak jawab kadang2... senyum kelat yang boleh aku buat... dlm hati aku je la yang tahu...

Friday, August 8, 2008

Award?!!! uh...

Ucapan istimewa buat Blogger yang bernama DEQNA... uh tak sangka aku dapat award blogger creative... creative ker?... jadi kepelikan kejap... tapi apa pun terima kasih... uh!!! sedih rasanya... terharu...chewah2... Cik Hasra patut bagi aku award ni... wakakak.... tak kisah la siapa pun... ok... nak tunjuk award aku ni... kasi up sikit... harus ku letak di side bar blog aku ni... bagi tunjuk sikit... kihkihkih... tak senonoh! Apa aku kisah... blog aku... wakakak.


Deqna... tima kasih la di atas award ini... terkejut, teruja bila namaku di antara pencalonan kamu... wahhhh very the bangga mak cik oooo.... Walaupun blog aku ni kebanyakkan merapu dan banyak mengarut... ( ni dah start la nak mengarut ni)... cume tak sempat la nak buat ucapan... waaaa... terima kasih Deqna sbb awak jiran yang sangat baik, dan ringan tulang membantu saya dlm mengusahakan blog yang tak seberapa ni...

Oh kena kongsi yek dengan penulis blog yang lain? Kalau aku bolot sorang tak boleh ke? Ayooo harusss babeh! Oklah siapa yek aku nak calon blogger creative ni?! Ok... dah dpt da.... antara 5 blog creative yang aku nak sebut adalah.... jeng...jeng...jeng... (pegang tangan jiran anda, suami anda dan sesiapa sahaja di sisi anda) ----> wat suspen jerk....

1. Cik Cempaka, dengan tajuk drama I love the way you love me!!!!
2. Cik Hasra, dengan album yang berjudul Story about me @ Hasra Razali....
3. En Jay Baharin dengan tajuk documentary yang bertajuk The Traveller
4. Cik azura dengan Filem bertajuk Azuralovenizam... oh bukan Filem Azura yer... kihkihkih
5. Kak Rose dengan Script yang bertajuk Crazy Beautiful..

Sila beri tepukan tuk pencalonan-pencalonan ini....

Jadi pemenang2 ini, untuk dptkan award ini di dalam blog anda... sila ikuti langkah di bawah ini ya....

a) the winner may put the logo on his/her blog
b) put a link to the person you got the award from
c) nominate 5 blogs
d) put links to the blogs
e) leave a message for your nominees

Ko layan je la... otak aku dah mula la 3 suku....




Emosi ku di sini!

Aku tak tahu tetiba aku jadi emosi pagi ni... nak cerita ke tak nak? Korang nak tak dengar? Mungkin korg boleh bagi pandangan pada aku?! Boleh ke?

Tapi aku tahu apa korang akan cakap......sabar... ada hikmah di sebaliknya... apa lagi? Kdang-kadang aku ok dan kadang2 aku tak ok... bila tak ok jadi macam ni la...sebak rasa....

Confuse pun ada....

Kadang2 aku rasa berat pulak Ujian Tuhan ni... mmg aku tak berhenti berdoa... tapi aku tak tahu mana agaknya kekurangan aku?

Apa? Tak cukup cantik ke aku? Heheheh

Tah la... oklah... tak yah nak berteka teki la... aku rasa korang pun bosan dengar citer akukan?

Balik-balik nak risau... balik-balik nak sedih.... tapi ikut aku la... blog aku... page aku... luahan rasa aku... aku sedih pun tak ada yang ambik peduli... siapa nak komdem! Silakan....

Wakakaka.... brutal sungguh gamba si kecik ni!

Seyes aku risau tentang masa depan aku... dan aku mula rasa benda ni amat membebankan aku... terutama bila memikirkan sebulan je lagi aku akan menjangkau 28 tahun... uh tuanya!!!!

And now i feel like to cry...aduhhhh asal aku ni? Aku tak pedulik la korang nak kata apa... aku kemaruk ke apa ke... setiap kali aku baca blog org, i wonder, bila agaknya aku akan bahagia and hidup lengkap seperti diorg?

And i keep jelous dengan apa yang diorg kecapi... hello bukan jeles yang sampai nak dengi dengan org... tapi memikirkan nasib yang aku lalui... Aku jeles lihat org happy dengan life diorg... WALAUPUN aku dengar a few friend's opinion yang cakap "Ko ingat kawin ni best yek? kena ada responsiblitis ...bla...bla...bla" but perasaan ni mmg tak boleh di bendung lagi la korang... aku tetap sedih bila tengok org sebaya aku atau umur yang muda dr aku dah berkeluarga... apa tah lagi kawan2 rapat... i just jeles when ever i see them... and keep asking myself... bila akan tiba saatnya....

Sekurang-kurangnya... kalau aku ada masalah, tak adalah aku nak mengamuk dan emo selalu....

Bila tengah emo tu...adala yang sudi menenangkan kita, rite?

Wow... agak kurang ajo budak-budak ni... heheh yang belakang tu agak hamsem,kan korang?! Wakakaka...Tetiba aku *on mode* gatal lak... hahahah....

Aku cube expand my sosial cycle... but korang kena tahu yang aku ni bukan kaki sosial... semua org nampak aku sebagai seorg yang sombong...

Suka menyendiri, tak suka berkawan...

Aku perempuan la.... takkan la aku nak cari timber... gi kat sorg2 cakap... aku nak kawin... ko nak kawin dengan aku ke? Heheheh tetiba rasa nak buat gitu,kan? Korang tak tahu, setiap kali org tanya dengan aku... aku tak boleh nak terima sebenarnya... you may see smile on me... but deep inside me? aku sebenarnya lonely....

Selalunya aku mengharapkan panas sampai ke petang, tetiba hujan turun di tengahari... my relationship semua tak leh pakai! Tapi aku tak tahu nak cakap dengan siapa, sbb aku dapat rasakan apa yang korang nak buat pun,kan? Bagi nasihat pun, aku tetap macam ni... sedih sendiri...emosi terganggu... lainla korang baca entry ni terus rekomen kat sesiapa.... wakaka. Tapi aku suka luahkan kat sini, sbb setiap kali aku luahkan, aku jadi ok... so tugas korang hanya....

Duduk dan dengar... aku tak minta apa pun... kalau korg nak ketawa, ketawa la... aku tak kisah, cuma aku minta dont ask me soalan yang aku sendiri tak tau jawapannya... boleh buat aku tention jer... tapi org2 ni mungkin tak faham... ini yang rasa nak sekolahkan diorg ni!

Tapi aku harap korang dapat doakan kegembiraan aku... kalau jodo aku lambat pun, korang doalah aku supaya selalu jerk tenang menghadapi ujian kecil Tuhan ni ok! Aku takut jugak... dalam nak cari jodo cepat...sekali dapat.....

Kaki mabuk... uh tak beriman bebudak ni....

Kaki pukul... risau jugak... bala namanya ni...

Just wanna be Happy like others... so i can smile even tho i cry...wahhhh

Kan aku kata... i feel much...much better sekarang...

I love writting... that make me natural balik!

Tak suka baca?

Lu boleh bla dari sini ok! Aku tak kisah da.... cewahhh semangat datang balik ar....

Ok nak sambung bz kerja balik... mata ku yang bengkak pun dah surut dah kot... aah gelak la korang... tak rasa apa yang aku rasa boleh la... aku terima dengan hati yang pahit tau tak... aku tahu ada kawan korg yang tak kawin lagi, tapi relex je... trust me... aku tahu apa diorg rasa cuma diorg lebih cekal dari aku... aku ni mengada2 sikit ar

Aku tak suka nak pendam2... sakit oooo.... Tuhan je tahu... Apa-apa pun terima kasih sbb sudi baca! Sayang korang semua....