Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 21, 2008

Background!

Semalam aku balik je patut aku tido... tapi teringin pulak nak buat ubahsuai umah aku ni...balik kerja sembahyang zuhur, mengadap blog sampai ler ke magrib...

Yahhhh i know... aku anak yang baik... bukan nak tolong mak aku masak Sibuk buat blog... and mak aku lak ingat aku tido kat atas... hahahah *Gelak puaka tebing biru*

Bosannya... tapi tulah, banyak yang aku tukar... aku tukar background letak gambar aku memula... gambar yang aku letak kat header tu la... tapi nampak serabut dan aku rasa poyo lak nak letak gamba sendiri as background.

Punya lama aku mengadap, last2 balik kat backgound lama jugak... aku rasa ni jugak la suci yek... tukar color pun macam tak menarik gitu, so last2 tukar header je...

Jangan tertipu dengan gamba di atas... akak lagi cun dari gamba di atas.... wakakakak...

Sila muntah semua... kuikuikui... senak perut dengar yek dengar...

Oklah tuan puteri nak beradu... daaaaa

Oh semalam juga mak aku masak Sambal goreng Singapore... Fav aku...aku malas nak ambik gambar makanan yang lain...

Ada kacang, tahu, tempe, udang, daging... sedaaapppp... tekak aku la... korang akak tak tahu...
Dia macam sambal jawa jugak tapi ni confirm pedasssss......

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

2 comments:

zbelleza said...

mcm lazat je tuh akak...

Suki Cida said...

bella - bagi akak mmg lazat, sehingga menjilat jari kaki!kuikuikui