Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

Bosannya...

Bosannya... tak tahu nak buat apa kat umah... nak gerak pun payah... ketat tul bengkung yang lilit badan ni... kuyusnya tak jugak... heheheh...

Memang bosan la... nasib ada laptop... Zamani pun sekarang dah boleh melakukan aktiviti-aktivitinya... kalau tak, dia mmg risau nak tinggalkan aku sendiri...

Erm boleh tahan jugak suami aku jaga pantang aku... Ibu goyang kaki je sbb akukan degil... Zamani mmg jaga pantang aku... ini tak leh makan, ini tak leh buat... semalam aku ajak la jugak nak balik klang... mati2 tak bagi... kata aku tak kuat la... ini la itu la... bukan gi shopping kan? Sabtu ni nak buat tahlil... so ingat nak balik Klang ambik pinggan mangkuk... maklumlah semua tertinggal kat Klang... dia tak nak bawak aku uloz... sedih beta...

Bosannyaaaa....

Nak tengok kubur anak pun, lepas pantang la nampaknya...

"Ayang tulis la blog... Facebook, main la game ke apa..." Bosan... tulis pun tah... tak seceria dulu sbb dah privatekan blogkan? Tapi aku menulis bukan kerna nama pun... heheheh.... aku menulis sbb aku suke menulis... aku kurang bercakap... aku kurang kawan, so yang ada blog...

Dah akibat dek kebosanan tahap MEGAtron... aku ubah blog aku... heheheh... ok tak kawan2?????

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone

Friday, November 6, 2009

Perempuan mesti ke dapur

Kak Pnut!!!!! Cida curik entry ni eh... insap kejap akukan... ahak!



Actually kak pnut dah lama buat entry pasal ni... cume aku dok deley ... bukan la apa, takkan sekali dua masak tetiba nak tulis macam pro lak... idok la... well sememangnya aku suke tengok org masak.. even aku tanam semangat kalau aku kawin dan ada family aku sendiri, aku nak bagi diorg makan dengan air tangan aku... chewah... mmg aku mmg malas... tanya la mak aku... kadang2 sampai nangis puas suruh masak, tapi aku tetap tak nak... tapi tak bermakna aku tak mo ambik tahu... sbb aku lebih suke makan masakan ibu walaupun dia bukan tukang masak yang hebat... no she not! But apa pun masakan dia tetap di hati saya... itu yang saya rasa... kalau berjauhan, pastinya aku akan teringat masakan ibu... itu la namanya air tangan seorg isteri dan ibu...



Ayah pun sama... kalau nak rasa masakan yang sedap, pejam mata je dia boleh gi pilih restaurant dan kedai... but dia prefer ibu masak... kalau aku masak dia sanggup makan kedai, bule? akak lak jenis cepat kecik ati... kwang kwang kwang... alasan...



Kak pnut!!! akak dah macam penasihat dah... ada respond melalui email... kak pnut paste kat blog dia... ampun kalau cida ambik ni ya... korang baca!



Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.



Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya.



Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.



So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun.





Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.



Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad.





Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.





Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la.





Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga.





Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya.





Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat.



Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.

Ermmm betul... aku pernah duduk kat asrama... macam aku cakap la... masakan mak aku tak sedap mana pun... tapi aku boleh jadi rindu... dan sbb tu bila balik je, order ibu nak makan itu ini... terharu baca email dari mamat ni...



Lately aku bincang dengan Zamani... dia biasalah dengan isi-isi penting perbahasan dia... nawaitu isteri dan ibu tu penting... kalau bersungguh dia sediakan makanan tuk suami dan anak dia, dia akan di sayangi anak dan suami... dan kalau niat isteri tu menyediakan makanan hanya sebagai syarat,janji aku bagi korang makan, tak kisah la makan segera ke, makanan dlm tin ke, maka jangan salah anak atau suami puji masakan org lain, sbb nawaitu isteri sediakan makanan pun dah pesong jauh... some time aku bagi tahu Zamani jugak... kalau dia jenis yang banyak sangat komplain, aku mmg tak akan masak langsung... tapi Zamani cakap just think satu je... sampai bila? Nak tengok anak dan suami cakap puji masakan org lain? Kenapa tak ambik kritikan tu sebagai satu semangat tuk berubah? Beta terkaku di situ...



May be senang tuk dia cakap, kadang2 hati kita perempuan ni sangat soft... semangat berkobar bila suami cakap tak sedap, alamak sedih rasanyakan? Tapi tu la... jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab isteri... aku terpikir jugak... banyak jugak kes aku tengok... contoh terdekat anak jiran aku... heheheh... slumber je cakap kat mak dia, masakan mak aku sedap sangat2... hahaha... padahal mak dia masak lagi hebat dr maka aku, cume malas... hanya ada masa je masak... tapi puji masakan mak aku melangit... sbb masakan mak aku yang dia makan lebih dari mak dia... sbb tu la dia puji... tapi sedap je mulut jiran aku ni cakap... apa-apa je kak tipah letak sampai budak2 ni cakap sedap sgt, sedap lagi saya masak... heheh maid dia sampaikan kat mak aku bila anak dia dok puji masakan mak aku... salah siapa than???



Satu lagi tak yah tengok jauh2... adik2 ipar aku... mak tak ada... dok teringat... kadang2 aku tertanya... masakan sekarang semua simple... tapi mak gune jalan jauh, tumis bagai... padahal boleh je bukak tin tu makan,kan? Tpi di situ la rahsianya... she want the best for her children... learn cida... learn from that...



Kan sedap kalau kita antar anak kita sekolah, dia balik uma... bercerita kisah dia di sekolah than cakap....



"Ibu, tadi abang/kakak gi sekolahkan... kawan bawak bekal kasi abang/kakak rasa... tapikan sedap lagi masakan ibu..." Tak ko berbungga lalang kat situ... pujian tu yang paling indahkan? tak perlu pujian jiran sebelah atau org kampung hulu... cukup anak suami kita puji...wahhh suke suke...



Ni aku nak cerita ni... kisah benar.... perempuan ni!!!! Mak anak buah aku yang celupar tu... Si mira... Marina... tanya la adik2 dia... dia mmg tak tahu masak... lagi teruk dr aku, masak air pun tak tahu ok... seyes... aku tak kutuk dia, aku tahu dia baca blog ni... hahah... mmg malang la siapa buat dia bini... ahak! Sori abang Amir... kih kih kih... aku rasa nenek buat keputusan salah kawinkan dia tau tak... But now... dia super duper hebat dlm masak... sampaikan suami dia balik makan tengahri tak beli tak makan luar... even aku pun ya Allah... mmg sedap ar kalau dia masak... rasa kalau dia duduk Klang mau aku tender mangkuk tingkat, ambik lauk dr dia...kui kui kui...



Sampai pengakuan anak2 dia...



"Ushhhh masakan ibu terhebat!" Ko tak bangga ke? Tak perlu org lain yang puji, cukup sekadar anak dan suami puji... hehehe...suami tu tak perlu ar... kadang2 diorg ni nak jaga hati... belakang lepas makan, pui pui pui... siapa tahu... tapi anak of coz tak tipu,kan?



Tapi aku mmg nekad la... kalau ada anak, aku nak masak... simple pun tapi ada... kan? Ini azam aku... chewah... sejak2 kena masak tuk adik2 ipar ni... entry pasal masakkkkkk je...idok la uolz... can ask Zamani... aku selalu cakap dengan dia pasal isu ni... sblm kawin lagi... dia berkenan dengan aku kerana aku ada semangat... hahah semangat je selalu berkobar2... hahah... tapi aku cume malas bila time mengandung aje... ni dah ok, Alhamdulilla tak ada apa-apa... baby pun dah baik je kat perut ibu... heheh... kasi peluang kat ibu belajar masak kot...



Bila saya berusia 6 bulan ke atas... untie2 dan uncle2 jadi saksi yer... ibu kata dia nak masak tuk saya... walaupun tak sedap, semangat ibu tu yang penting... so dengan itu ibu sila la belajar masak dengan tok mama, dengan nenek dan mak long Marina ok?!! Slbm saya pandai bercakap, sbb sekali saya dah pandai bercakap saya akan puji masakan ibu masakan terbaik di dunia...



Kih kih kih... anak ke ibu yang berangan ni??? hahahah... sbb tu ada blog yang aku suke baca... kerjaya tinggi melangit, time di umah dia tetap di dapur... suami pun sayang, anak pun sihat... heheh...




Cheh! Ini peringatan tuk diri sendiri... yang baik ikut la... yang tak baik jangan ikut ok... kang ada lak kata aku mengada pulak... yang penting keluarga ku tahu... siapa aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, October 29, 2009

Tak semua hati sama

Erm perlu ke aku tulis benda ni??? Well aku tak nak kotorkan blog ni dengan cerita yang tak best... tapi kalau dah tak puas ati dengan aku... aku rasa korang patut tahu kenapa aku privatekan blog ni... sbb aku tak nak mereka yang tak puas hati dengan aku meninggalkan kesan di mana kesan tu bukan pada dia tapi pada blog ni...

Aku tak approve komen dia sbb aku tahu kalau aku approve, ramai reader will kondem komen dia (wahhh confident je akukan???) tapi kat blog aku... untuk apa??? Ni bukan gelangang nak cari gaduh...

Dia mention dia nak baca sampai muntah berdarah... kata aku poyo ingat aku je bahagia... dah ni blog aku,kan??? Takkan nak cerita pasal ko lak... siapa ko? Tunjuk la muke sikit... dan dia kata aku jeles dengan kebahagian org lain??? Setahu aku la... the last entry yang dia nak marah tu, aku cume cakap JANGAN kutuk org... sbb org perhatikan kita... yang buat dia tak puas hati tu, sbb aku cerita pasal kawan sekolah aku ni... she read my blog... and she is one of my follower... so mmg salah aku tak tegur dia directly... sbb dia tulis status kat FB dia... takkan aku nak komen terus... aku pun tahu nak jaga air muke dia... rite? So i used my blog... tujuan kot2 dia baca dia sedar dia salah, sbb aku dan few friend kenal siapa suami dia... salah ke tindakkan aku tu? Tapi di salah ertikan...

You olz just view this blog... ok may be aku poyo...mungkin aku banyak sangat cerita kebahagian aku dengan family and husband... aku jugak manusia biasa... kalau aku kata aku bahagia selalu ko nak kata aku poyo yer... aku mengaku... my marrige bukan selalu gembira... but kenapa aku nak mention kat blog kesah hal umahtangga aku? Itu pun aku ada la selitkan part gaduh2 dengan zamani ke adik2 aku TAPI selepas aku dah settle dengan diorg than i blog the story... apa aku buat tu salah ke? Org kata aku plastik... tapi tolong la faham... blog aku di baca oleh macam2 org... korang lebih suke ke aku cerita masalah rumahtangga aku di sini??

Tak pa la... aku tahu tak semua suke aku... mungkin dia antaranya... tak kisahlah... tapi tak pa la aku mengalah... aku malas nak gaduh... diam tak bererti takut atau kalah... its just aku tak ada niat nak cari musuh...sikit pun tak ada... bila aku baca blog dia tu, aku tertanya jugak...apa salah aku... dia kata dia komen sbb nak aku rasa sakit hati tak sbb itu yang org yang aku kutuk tu rasa... tah... pada yang lama ikut blog aku ni, ada ke aku kutuk org directly? at least ppl know siapa aku... tengok la gamba2 aku tu... at least aku kalau salah pun aku berani berhadapan... tapi org mcm ni, gambar tak tunjuk, komen pasal org... bukak blog tak open komen rasanya cukup tunjuk dia pengecut... better than me,kan???

But i still prefer to private my blog... akan di bukak... cume masa tak tahu bila... as for now... biar la blog ni macam ni ok... aku minta maaf sangat sbb kalau aku ada buat korang terasa... kecik ati, mungkin ini jugak balasan tuk aku sedar akan kesilapan aku itu... tapi percaya, aku tak ada niat nak sakitkan hati mana2 pun...

P/S :- If the blogger open coment satu hari nanti... korang tak yah la nak maki2 dia... biar la dia... cara dia macam tu... aku tahu satu hari Tuhan akan balas juga... dia buat cara diam kat org, org akan buat cara jelas dan nyata tuk dia... siapa tahukan? kita duduk dia dunia ni tak semestinya di atas selalu... sbb dia jugak cakap "kerana mulut badan binasa..." jangan apa dia cakap tu kena pada diri sendiri... sbb aku selalu percaya... Kun Fa Ya kun...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, October 28, 2009

Terima kasih kak Pnut

Semalam gi Putrajaya ambik Kek... heheh aku dengan baiknya telah gi ambik kek pesanan budak opis aku dari kak Pnut...

Ira nak buat suprise kat Boiperen dia... ari jadi... so nak hantar kek terus kat opis... aku ni suke bebenor nak bagi idea... maklumlah kata jiwangzzz... suke suprise ni... so ingat tak time birthday abang Jamani??? Ai bagi kek ni???
Tersenyum sokmo birthday boy di kala itu... dia nak beli SR... biasalah kek SR mahal nak mampus... 70 ke atas... tapi biasa... kan kan kan??? Dari korang baziq duit... baik korang order something different... confirm sampai mati pun dia ingat...kalau tak ingat lupa diri, fire dia sampai lunyai... yer suki cida garang... sbb tu abang jamani tak berani dengan akak... hehehe...

So aku tunjukkan budak opis aku tu... dia berkenan... ha creative tak kak pnut ni??? aku dok bayangkan dia conteng2 je atas kek... but she did gud job... kek tak manis... dan harge sangat murah... kalau tak silap time ni harge dia RM 77 macam tu...

Ni kira last minit aku merayu kat kak Pnut...pening kepala dia... aku tak kisah... sbb janji ada gamba otomen dengan Liverpool tukan... buat la macammana pun... sbb kisah aku tunang dulu, aku order cupcake as hantaran... dan macam hampeh!!!! cost me about RM 75 and hasil dia??? Nak meraung aku... bayangkan 2 hari nak tunang, ko dapat hantaran ko macam ni... kalau Kak pnut gambar tu boleh makan, akak ni just paste PAPER ok kat atas cupcake ni...

Oklah kata la aku yang salah order, tapi ko kan takkan tak creative bagi la tahu aku yang tak tahu apa-apa ni... mcm kak punut dok call, sms give ideas... ni tak uols... sakit jiwa aku time tu...

Konon nak bagi suprise la kat Zamani time tu... nak ambik konsep English Premier League... dah tak cun! pasukan pun salah...

Esh aku ni kutuk la... heheheh bukan la... cume nak recall je balik... tapi korg leh bezakan, harge dengan quality???

So balik pada cerita aku... mukadimah panjang gilerkan... than aku order dengan kak pnut... budak opis aku beli dua... satu tuk boyfriend dia, dan satu lagi tuk sambut Anniversary tuk adik dia... mmg la payah... sian kak pnut dok risau sbb quality gamba diorg sangat kecik... nanti kek jadi tak cantik... tapi hasil creative kak pnut... aku rasa kek tu tak ada cacat celanya...

So semalam gi la ambik, since kak Pnut duduk area Putrajaya... This week aku tak balik Putrajaya sbb mak dengan abak nak gi Mekahkan?? so spend masa kat umah Shah alam dengan mak abak, kot2 ada benda mak nak pesan pasal umah,kan sebelum pergi... anyway mesti org dtg umah nak tengok mak dengan abak sblm berlepas ke Mekah... yer yer walaupun aku menantu yang malas tapi aku suke nak sibuk2kan? Kalau nak harapkan masak, harapan je la... tapi takat basuh2 pinggan tu, akak mmg pro... korang leh nampak muke korang kat piring and pinggan... ahak! Lawak je... jangan marah naaaaa.... tak mo...tak mo...

Tapikan tengok2 ada 3 kotak... ibu kata kak pnut bagi... aku terbeliak jap... kak pnut bagi???? aku ta order apa-apa.... lah silap ka apa? Hati kata silap, tangan laju je bukak... ahak! Kebetulan kak pnut Sms... aku jadi terharu...

Comel.... sangat... sayang nak makan... rasa nak simpan je... Oh kak Pnut... Zamani ucapkan terima kasih kat akak sbb susah payah buat ni tuk cida...

Ni yang aku paling suke... semalam makan yang ni... DYNA... ermmm mmg kekal la nama anak aku Dynakan???cantik dan comel beg tu...

Ibu giler tamak... dia ambik semua yang kaitan dengan baby... ayah ambik cupcake aku yang muslimah tu...hahahah macam nurse je gamba tu kak... heheheh sbb all whitekan? Apa pun terima kasih sangat kak Pnut...
Ok korang nak tengok hasil kerja kak Pnut tuk Ira?? Ni diaaaaaa



Yang ini adik ipar dia order tuk anniversary dan birthday suami dia....




Percayalah sbb kek buatan Kak Pnut mmmg sedap... tak manis... cream je nampak macam kalau makan kencing manis... tapi seyes, aku berani cakap... mmg tak manis, kecuali kalau time kak pnut tengah buat kek, gule tumpah satu paket... hahahaha....
Yang nak buat suprise ke apa just drop kat blog dia
Order kat aku pun bole... hahahah... aku iklas tolong dia sbb aku suke sangat service, hasil kerja dia... she like my sister.... aku tak maksud nak ambik untung ke apa... tapi aku kalau dah suke something, aku promote... tak ada hal punya...

Gambar ni terupload lak... heheh ni gambar bekas tunang aku.... maklumlah aikan dah kawin... tinggal bekas je la kat dia... heheheh.... gambar ni aku suke... habis garang la... padahal aku bulats mata je, Zamani mesti senyum macam kerang busuk... heheheh...
Oklah nak balik... adios semua

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, September 4, 2009

Ada org tersentap pulak....

Agree tak kalau aku cakap, blog kita, kita punya suke la nak tulis apa... tapi!!! pembaca, yang memberi komen, do pls respect, tak banyak.... sikit pun jadi la,kan...aku tak pernah suruh or promote korang to come to this page... baca, bz bodi pasal me and my family ke apa... blog aku adalah tuk tatapan aku sendiri, my family and relative... sbb relative aku jauh2... sbb bagi aku tulis blog ni mendekatkan aku dengan diorg... tak lebih tak kurang... aku masuk blog korang pun sbb sajer suke2 nak baca... yang aku tak suke, aku tak akan masuk... buat apa??? buat dosa jekan??? Aku mmg tak faham betul mereka yang tak suke... menyampah dengan life org tu, tapi sibuk nak tahu... bagi sebb sikit apasal??? asal nak menyemak baca???

Tahu pun blog tu cerita individu... than tak suke... korg komen suka suki korang je... (sori eh ada komen yang aku tak approve sbb takut perang lak kat sini, aku tak nak cari gaduh or cari pasal...maaf sekali lagi) bila jawab ada lak terasa... harus ingat... blog! ye... suka la nak tulis apa pun... korg komen sikit pun korang tak perasan,kan, eh penulis ni marah tak? penulis ni geram tak? penulis ni kecik ati tak? when you drop ur komen, i deserve to reply and terima la... tak kisah la berapa sen pun pandangan korang, and as for that, terima juga berapa sen pandangan aku... that all...panjang2 cerita macam budak2 asal?

Pikir la... 'aku dah tak nak masuk blog dia lagi' ada aku kisah??? Anda tak perlu dtg ke blog ni, dan sama jugak aku pun takkan dtg blog kamu... anyway aku mmg tak pernah pun baca atau ikuti cerita dan blog dia ni... so pagi tadi ku call seseorg, sajer nak gosip pepagi sblm start kerja, dia bagi tahu tahu pasal benda ni, so ku masuk la jugak tadi kejap, nak tahu apa yang si penulis ni tulis... pagi2 buat hati ibu mengandung bengkak??? so this is the entry... ko buat tuk aku, aku buat tuk ko plak... ha informer ku??? ko tak mo bagi tahu kawan mu itu???

Cari pasalkan aku? To much la... this issue dah banyak kali, but aku diam je... paling tak pun, ku komen terus kat muke Zamani...kalau tak puas hati sangat2... tapi bila satu tahap aku rasa benda kecik korang nak besar2kan... thats toooo much already...benda kecik sangat! tak patut jadi isu pun, tapi buat isukan?

Sori la siapa yang terasa... kedatangan kamu tak ku undang... pemergian mu jugak tidak ku halau... so sendiri pk... nak ambik sangat sampai ke hati, go ahead...



Oh statement dia ' Menceritakan dlm kain sendiri tu' ... aku rasa apa aku tulis is just my love story... ada ke aku cerita kisah lucah aku dengan suami aku sendiri kat sini??? Ada ke??? Jawab sikit!!! Ada aku burukkan suami aku??? Keluarga aku??? In law aku??? Did i mention anything bad about them???? Kalau ada, org yang pertama tegur dah tentu suami aku sendiri, korg tak yah nak susah2 tegur aku. Grow up sikit... penulisan tu kasi matang...jangan ingat hang je ada hati dan perasaan, org lain tak ada... faham!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, August 15, 2009

Miss me ka????

Chak! Miss me???? Ok Blog kembali seperti biasa... Enjoy.... wah terharunya, tak sangka ramai yang tertanya2 rupanya... sajer privatekan blog ni maklumlah pembawak budak...kui kui kui...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, August 6, 2009

Entry yang ke 1000....

Ok aku tahu jumpa ni tak banyak macam korg punya... berjuta2... tapi aku suke... aku menulis since 17 March 2008 sampai la ari ni 6 aug 2009... entry ni adalah entry yang ke 1001.... dasyat ko cida... kalau ikut satu hari satu entry pun patutnya 400 macam ni...

Nampak sangat aku makan gaji buta eh.... hahahahah... sila tahu... aku suke! Makan gaji bute tapi kerja ku jalan ok!!!!.... korang tak tengok aku menaip... kalau lembab tak ada kuasa aku nak hapdatekan... gue taip tak pandang keyboard ok...chewah belagak... sbb tu ayat gue lintang pukang... Zamani selalu komen

"Kadang2 B baca blog entry ayang, tak faham apa yang ayang cube maksudkan kadang2...." Hahah tak ada kerja aku nak check spelling... ayat tatabahasa aku... habis tulis publish! haha...Jadi kamu2 tu harap maklum je la... nak buat entry banyak2 macam aku kena cepat... lambat2 jangan ko harap ko boleh publish... plus aku suke upload gambar kat opis...laju maaaa... 3 minit dah settle...




Dengan Vangganya.....



Tegar tak aku? tak kot... ada lagi banyak.... heheh tapi aku vangga la... lama aku tunggu nonnnn... thanks to all reader... anda memang best... siapa yang khatam blog aku dr mula sampai habis tu?? wakakak tak bosan ka???? heheheh.... kalau apa-apa terjadi pada blogspot aku ni... menangis tak berlagu... sayang ooooo semua di sini....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, June 9, 2009

Ada org tak ada kerja...

Mr Zamani aku tu akhir2 ni rajin la pulak komen blog aku... hua hua hua... apakah sbb di sebaliknya?? jeng jeng jeng... pagi ni 2 komen kat entry lepas2... lepas tu agak terkejut tengok dia dah kemaskan blog dia... ahak! ahak! sila tahu...ok jangan komplain... kang tak buat korang tanya aku asal dia dah lama tak update... hehehehe....tuk suami ku... teruskan berbloging macam aku... apa pun sebagai isteri aku akan tetap beri semangat....

YA SEMANGAT!!!!
Kah kah kah kah... baru la ceria idup ku... jadi silence reader je apa barang? Dah baca balik umah tanya lagi apa cerita blog hari ni... uh! konon2 dah malas la nak baca blog aku eh... heippppp! rotan nak?


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, May 26, 2009

Oh! terkembang suda...

Salammmmm....wah tetiba mud ku gumbira segumbiranya!


Sbb???? Korang ni best ar...lap you all la! Aku selalu ingat blog aku ni tak syokkk... maklumlah acik selalu merapu je... rasa nak tulis je aku tulis...seyes aku mmg tak pandai nak berkata-kata, tapi aku hanya pandai menulis... nak luahkan isi hati kat Zamani pun susah ok... percaya tak? Kalau kata i love you pun kalau boleh tak nak pandang muke... alahaiiii menyampah! Zamani lagi la.... laki aku tu kalau bercakap, jiran sebelah umah pun dengar...cube kalau aku cakap "B... love you...." Dia jawab? selagi boleh dia tak mo semut dengar... kuikuikui.


That y enty aku ni banyak sangat cerita... sbb aku ni kalau nak ikut very the pendiam... so tulis je la... tapi time sekolah dulu awatla aku bencik karangan ha?! che che wa!


Asal aku happy...


Sbb semalam ada reader komen dia suke baca blog aku... aisemen! Terharu la pulak bila dia kata hubby dia pun suke baca blog aku.... alamak! Lelaki masuk secret of chamber?!!! yang aku tahu Zamani je la yang dok folo perkembangan binik dia... tak pa...layannnn... so aku pun masuk la dlm blog minah ni...lagu dlm blog dia best ooooo.... so layan... baca entry-entry dia... sis anna... oh tak ada kena mengena dengan Ana NorZamani family yah... kalau kamu tak kisah, besarkan font bole? akak ni dah tahap rabun jin dah... tapi dlm membaca...ku terbaca dialong antara miss Anna dengan hubby dia... ahak!


Nampak tak? Blog Sis Sukicida tu romentik... wahhh kembang semangkuk sudah...


Terima kasih yer... teruslah bagi sokongan membaca... aku paling takut kalau ada org kritik blog akukan... yer la... takut ada yang busan pulak... tapi macam aku cakap la... if u dont like than stop reading sbb aku menulis tuk tatapan aku sendiri... sambil2 tu bagi suami aku tu infomasi sikit, sbbnya aku suke diam kalau aku tak puas hati...


Terima kasihlah Anna... nak link ur blog tak leh lak... blogger ni! Tampo jugak laju2...apa hal pun tak tahu... http://whisperingmoment.blogspot.com


Pada silence reader... jangan la baca je... tinggalkan jejak... boleh kenal2... tapi nak tinggal jejak nak buat aku sedih2, sakit-sakit baik jangan... aku fire kang!nak? nak?

Oh tak lupa pada ikhmar! thanks alot yer on entry cik gu herry tu... akak sendiri tak buat that entry lagi... heheheh... thanks yah...nnti minta cik gu hery belanja ais kerim ok!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, May 15, 2009

Terlupa sudah

Entry pasal aku lupa yang aku dah kawin semalam... wah wah pandai korang eh... banyak la pulak komen kat situ... padahal entry aku tu pendek je... hahahah yang panjang2 korang tak mo lak komen... nampak sah giler boring eh?!!

Rotan nak?!!!

Ok bukan korang je... semalam secara baiknya aku ambik Zamani dr kerja... masuk kereta dia tersenyum2...

Aku pandang dengan penuh gangster...

Aku :- Apa pandang2? tak puas ati ke apa? Nak cari gaduh?

Chewah... ayat greeting tuk suami... (korang percaya la cakap aku,kan?)

Zamani :- Nak anta B balik shah alam ke apa ari ni?

Aku pandang pelik...

Aku :- Nak balik umah mak? kenapa? ada apa?

Dia gelak syaiton....

Zamani :- Ingat ko still lupa aku ni suami kau....

Aaaaahhhhhhh wachaaaaaa...... terus i tepuk bahu dia manja... perli nampak....

Zamani :- Adehhh ayang ni lawak la... sejak bila jadi pelupa ni...
Aku :- Alah entry suka2 la... sajer create tu... (Kaber line namanya....)

Ekceli aku suke org baca blog aku... but never paksa sesiapa pun tuk bukak blog aku,kan... this blog dah macam journal dah...kalau blogspot padam blog aku... mmg aku...aku...aku.... ermmmm tak pikir nak buat apa lagi... tapi aku akan marah!!!!

Erm adik2 beradik zamani majority dah tahu... alamak! ayat kena gune penuh kesopanan dan kesusilaan gitu... hahaha poyo... sekarang aku dah malas nak kaber line... baca la korang! lepas satu, satu org yang tahu... sedara mara aku semua dah tahu... mana diorg tahu pun aku tak tahu... ahahah... nasib baik tak ada sesi mengumpat yer cik aminah... kuikuikui.... well big support siapa lagi kalau tak suami aku tukan, seyes!!!! tu pembaca fanatik aku tu... sbb dia aku blog banyak... maklum la bak kata dia....from ur blog i know u siapa... u macammana... and apa jugak u rasa... chewah... so continue blogging... BUT! in rite way... jangan gune blog tuk kondem org... not gud!

Mana kau tahu suami ku, yang aku tak create cerita? heheheh... but satu je la eh... aku tahu tak ramai yang suke blog aku ni... so yang tak suke tu, pandai2 la bawak diri yer... jangan sesekali cari pasal kat sini... kutuk mengutuk, tokok tambah cerita di larang sama sekali... fitnah namanya tu... baik korang bunuh je aku teruskan... heheheh.... terus la menyokong eh... walawehhh tetiba....

So adik-adik ipar ku... chewahhh ayat... since korang dah tahu kita ada blog, maka lepas ni berhati2 eh... kalau nampak kita aim camera sama ada digital camera atau fon camera, sila posing... heheheh.... kalau boleh touch up...gerak geri mu menjadi perhatian ku... wakakak... dan aku pun kena hati2... sbb diorg pun ada blog... hahahaha....

Zamani kejap je semangat blog dia tu... blog dia bukan takat bersawang, dah jadi umah hantu dah... uuuuu takutttt oooooo.... alasan dia bila suruh update

"Alah ayang dah tulis semua...sama je tak ada beza..." Wei tu ayat org malas ok!

NOTA KEPALA : Vangga mak cik... visitor sepanjang bukak blog ni dah mencapai 10k... walaupun aku tahu number tu kecik je dr blog2 yang fofular...tapi still... dah 10 ribu org kuar masuk umah mak cik ni.... lalalalala.... walaupun org yang sama... meh kasi cium sikit...muaksssss.....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, March 17, 2009

Happy Birthday To Half Blood Princess

Happy birthday to Half Blood Princess.... wah ni bukan ari jadi aku...lambat lagi... checheche... muke En Zamani terkujat... Birthday binik aku ke ari ni... muaahaha....

Ok since aku tengok ramai la yang ingat umur blog masing2... aku jadi macam, what the big deal pun,kan... (Chewah ni ayat org malas nak ambik tahu...)

So tengok my entry is almost 700 pluss... dah tak ada kerja... kerja aku menulis je... tak puas hati je, aku tulis sini... so aku pun tengok balik the first entry 17 March 2008... hari ni 16 March... oooo tomoro (which is today is the day).... Happy Birthday! Muakssss muakksss...

Well before aku start blog kat blogspot... aku tulis kat Multiply... but but before that friendster's blog... wahhhh yang jadi peminat setia, adik aku pidah, Zy dan Jay... so bertukar pada multiply sbb senang setting tuk privacy semua ada... Zy jugak yang suggest... tapi lama2 aku rasa macam tak best sbb multiply hanya setengah org je yang leh baca... meaning only ppl yang ada network dengan aku je la... of coz kena add dulu semua baru leh baca... so boring...

And mula minat dengan Blogspot since aku baca blog sepupu aku Angel... wink wink... Miss Yana... banyak cerita... just type the add and pop! kuar la cerita.... macam best je kan... multiply kena log in bagai, nak tengok cerita org pun aku kena add dulu.


Pada mulanya nak buat macam privacy la... tengok lak only by writing in Multiply boleh jugak export to Blogspot... but of coz sikit pening sbb date setting tak sama... jadi bila publish dia akan buat blogspot jadi tak betul...


So aku terus tukar tu blogspot... sikit demi sikit, tengok tak leh jadi blog privacy... when all my relative dah tahu pasal kewujudan blog ni... hahah nak2, minah yang kat Canada... hahahah this blog yang tahu Zy je... tak mungkin dia kasi tahu kakak dia... Zy is my secret keeper... mati hidup balik pun dia takkan bagi tahu la... aku boleh jamin yang tu... Zy is my big sister... kalau dia tak suke pun dia tak kecoh... and we share everything since kita kecik lagi... bila salah sorg down je, mesti sorg kena attack sbb we like twins... contoh pasal Zy mengandung... dia nak simpan rahsia ni dr semua org... nenek aku suruh mak aku tanya aku... hahaha... lawak tak? And sama gak... nenek aku sure tanya Zy pasal aku, siapa bf aku... dengan siapa aku kawan...


Ok aku dah ke laut... mana tadi????


Oh pasal minah Canada tu... dia dpt tahu aku ada blog sbb dia Google nama 'sukicida'.... how dare you angah!!!! hahaha tapi angah pun ok jugak... tak kecoh... cume silap aku put link kat YM status menyebabkan pak cu tahu... bila pak cu tahu, can not help la... mmg dia pukul canang semua org.... bluek!!!!!


Alhamdulilla... with blogspot aku temu kawan sekolah aku... SURI... really! aku takut dia time sekolah sbb DIVA! aku Jumbo... hahaha... ni gara2 kawan2 aku la hasut kata Suri berlagak... walaupun dia tak sombong waktu sekolah, tapi aku selalu elak dr lepak dengan dia... but she still Intan Suraya yang aku kenal kat sekoalh dulu... main cakap lepas je... hahah... aku selalu tengok gambar dia kat friendster... than beranikan diri msg dia...aku tak harapan dia kenal aku ....~statement sedih~ ternyata dia ingat nama penuh aku ok.... and we exchange blog link....dari situ aku kenal rapat dengan dia... dia dah kira menjawat jawatan advisor la... macam makin rapat... problem pun dia bagi tahu aku semua... sampai dia nak kenalkan dengan kawan dia si En Zamani tu... uhuk! Mamat tu jual mahal sangat..lagi mahal dia jual, aku boh layan! ok je... buat apa nak beli...hahaha... alah time tu pun masing2 KONON setia dengan pasangan masing2kan....

Walaupun tak menjadi hubungan tu... Suri ok je... aku pun malas jugak... tak minat sangat dia (Zamani) time tu... walaupun muke ok la...menarik perhatian... hahahah....


Tapi sbb Blogspot jugak yang menarik dia untuk kenal aku dengan lebih dekat... kira vunga-vunga cinta dah mule la ni... ahak! it nice when blog menjadi medium org kenal kita personally... tak perlu jadi plastik... and aku jumpa jodoh ku di sini... BF lama anggap, blog aku ni sesuatu yang membuang masa, (maklumlah cerita dia tak ada).... dia anggap aku memalukan diri sendiri, jaja cerita sendiri... tapi aku tak kisah... org nak kata apa pun... tapi membuktikan blog aku sangat berharga...


Aku jumpa Zamani di sini... tapi of coz pertolongan Suri... without Half Blood Princess mungkinkah Sang Lelabah nak tanya Suri aku personally macammana... chewahhh.... mmg Suri fire Zamani,kan... sikit2 boleh la... sendiri usaha la!And alhamdullila... tak perlu ambik banyak masa, nak kenal bagai tuk berbulan2... baca je entry, than nilai la aku ni macammana... dia kata aku boleh di buat bini... hahaha... buat la... tengok sama ke idok yob! 2 week kot Sang Lelabah buat research pasal aku sblm dia tegur aku kat YM dengan ayat2 cinta dia...


Blogspot jugak kenalkan aku dengan banyak kawan2... adik-adik... kakak-kakak yang berkongsi pandangan dan pendapat... Syukur setakat ni tak adala yang kutuk lebih2... eshhh ada je yang kutuk lately... menyampah dengan cerita aku dengan Zamani,kan... but it my blog... so suka hati aku la nak tulis apa pun...tapi tak pa... i know yang kondem tu, u just being jelous dengan apa yang aku hadapi selama ni... so dont care... aku akan tetap menulis....


Well tu je kot.... Happy Birthday dear Blog.... and thanks to all reader....love you yah....




The Half Blood Princess
- You'll Never Walk Alone-

Tuesday, December 16, 2008

Zamani blogspot

Ok jangan tak tahu, dalam diam dia pun ada blog... tak pa kasi promote sikit... jangan u letak rahsia rumahtangga dah yek...

Happy when dia pun dah addicted to blog... jangan addicted kat benda lain sudahlahkan... so lepas ni kalau gi mana2 aku tak yah risau ada org ambik gamba ke tak... sbb dia sure akan giler gambar macam aku jugak tuk letak kat post masing2... muahaha....

So kalau rajin dtg la ke teratak Zamani... clik pic tuk ke blog dia...

Or URL dia http://anazamani.blogspot.com

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, November 27, 2008

Tip for staying Young

Ok... malas nak tunggu hari sabtu... janji aku benda nak kongsi kat sini, kan...kan...kan...

Today aku nak jumpa org2 lembaga... korang doakan semoga berjalan dengan lancar dan jangan lak diorg kejar aku sbb gaji aku dah WAJIB kena tax tapi aku selenge badak aku tak tahukan. Anyway berdoa je la...rasa macam nak declare tahun ni... kihkihkih... action baik la pulakkan?

Away aku dpt email dari cik abang ni.... wah wah... ni mesti nak perli ai tua la ni... how dare you*dush!
Semalamkan aku merundum sikitkan...tetiba jekan down la sedih la apa la...lonelyla... bla...bla...bla...check email tengok ada this email cume tak nampak sangat benda2 alah ni... nak kena download sesatu, so i request la dia hantar tru opis email... mmg suke tak yah dload2 ni... buang masa je...
So siapa yang rasa diri tua, bacalah benda ni... kot2 buat naik semangatkan nak kerja... ngeh...ngeh...ngeh.

Sajer je perli aku tua yek... hahahah... siap ko!

Erm... blogging boleh jadi tua tak? Buat masa ni, ni je la aku minat.... kan?


Ok buat aku tersenyum tengok email ni... suke...suke... anto bebanyak email yang syok2 aku publish sini...
Anyway Suri sila terkejut ok! hahahah aku curik best friend ko... ko bz tak nak layan dia... so aku la dok bual dengan dia sampai seluruh keturunan dia aku dah tahu...ko still jugak bz...muahaha. Biasalah Zam... org ada suami...siang kerja, malam nak spent masa dengan suami. Tak macam kita yek... hahahah... cit! statement poyo....

Ok siapa nak kenal dengan dia... sila bagi tahu sendiri... hahahaha larikkkssssss


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Monday, November 24, 2008

Second Link

Sunday betul punya weekend dahhh... aku mmg tak sihat sbb peyed. Makin teruk la kalau dtg bulan... sampai demam2... nampaknya aku tak boleh hidup tanya Synflex... bekalan synflex dah habis, terpaksa suruh si Didi pergi kedai...

Ok that not my point! Aku telah mengemas rumah ku ini... perasan tak? Semalam sepanjang hari aku dok perhatikan blog aku ni... aku rasa makin semak je. Mana dengan gamba, mana dengan award yang aku terima, dengan link kawan2... ermmm need to do something....

And aku telah membuat keputusan tuk buat satu link dr blog ni... link2 kawan2 semua saya tempatkan dia sana... termasuk award2 yang saya terima dari kawan2.Bijak tak saya? Muahahah. Giler berlagak...keji!!!

Ok kalau nak exchange link, just tinggalkan jejak kat tiap entry ATAU kat chatter box... dengan pantas saya akan linkkan! Janji!!!

Atau....clik pada link yang menyambung anda ke second link saya...

Jadi kalau korang tak nampak link korang kat sini, semua telah di pindah ke second link. Senang sikit aku nak terjah blog korang nanti...

Ok... tinggalkan link korg tau... jangan luper... kalau tengok link korang tak ada, tinggalkan jejak ok!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, November 20, 2008

On line reader


Suke, teruja, terkejut, terkujat, terperanjat...

Alhamdulilla... seminggu ni aku tengok online reader aku dah bertambah seganda.... tengok blog org sehari org menjenguk sampai beratus2... jeles... kalau beratus tu aku tak la harap sangat... jauh lagi perjalanan blog aku yang tah apa-apa ni...Blog org lain tunjuk online user dlm satu masa sampai berpuluh2 org, tapi aku tak pedulik, walaupun tak ramai yang menjenguk dlm satu masa, tapi aku suke sangat bila aku tengok 104 org masuk blog aku... hehehe... tak pa la, org yang sama ke lain ke, org baru ke, tima kasih yeh...

Pasal nak kaup keuntungan dr nuffnang dah tak pikir lagi...susah bebenor nak dpt duitkan? Pedulik ada tu ada la... janji aku suke, janji aku dpt berkongsi dengan semua org...cume korang jangan la kecik hati kalau aku tak ada link korg... nak buat2 link reader baru pun tak sempat... insya Allah aku akan linkkan new blogger...

TAPI!!!! Ni nak bebel ni....

Korang ni tak tinggalkan jejaklah... sian kat aku... muahaha pelik sunguh bila engok blog2 lain comen dia mencecah berpuluh2... hahah aku punya masuk coment entry sendiri paling tinggi pun 11... hahah kesiankan? Sesekali kasilah aku chance merasa... chewah!

Oklah tak kisahlah... ada org suke baca, malas nak menaip. Ada org lak baca isi penting2... ada lak suke tengok2 gambar... tak kisahlah lain org lain gaya dan cara...anyway terima kasih yek korang...

Yah aku mmg kecoh... baru 100 org singgah dah vangga macam apa je... peduliklahkan... yang penting aku happy... thanks to follower jugak...

Sayang korang... muakssssss....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, October 30, 2008

Hasutan paling bahaya....

http://beedarling.blogspot.com Vanga!!! Tahu kenapa? aku telah menghasut seorg member lama aku tuk berblog macam aku!!! Dan sekarang dia dah addicted! Ngeh...ngeh...ngeh... tak bergitu Puan Siti Nurbaya? * pandang Abby sekerek yang boleh...

...Ini lah kawan aku!...

Meh kita kutuk2 sikit pasal dia... ngeh...ngeh...ngeh... kalau korang nak tahu Abby ni aku kenal waktu kami sama2 belajar kat KYM... dia tinggal belakang umah sewa aku je... perh aku mmg tak suke dia... di ulangi kasi dia nampak sikit TAK SUKE ok! Sebab apa?

Sbb dia gangster! Kutuk belakang! Cakap lepas! Berlagak sbb bapak dia bukak rest house kat pandai apa tah kat Melaka! Ngeh! Ngeh! Tapi aku cakap macam ni tahu sbb apa? Sbb dengar member2 dia yang kata... aku tak rapat dengan dia... so termakan cakap org la ni...

But i notice she is nice than others friend... and dont judge book by it cover... itu yang bole aku katakan kat sini... Yes! aku mengampu dia ni...kalau tak dia tak mo belanja aku... ngeh...ngeh...ngeh... Tak la... aku kenang budi dia! Waktu aku nak balik klang sian aku tak ada org nak hantar aku gi bus stand tau... si Abby dtg hantarkan... gara2 aku telah di tipu dengan janji seorg kawan... ko ingat tak Abby siapa? Ngeh...ngeh... janji nak balik Klang sesama2 last dia balik sendiri tanpa bagi notice kat aku, siankan aku... kawan2 buli bila tak ada kereta...

Time tu aku rasa, budak ni tak la poyo mana pun... and cara dia cakap lepas tu mmg betul... lazerrrr disk oooo...

So ada insiden yang buat dia ni jauhkan diri dari kawan2... so aku biasalah kalau org bercakap ni mmg percaya habis... so tah macammana aku add dia kat YM and dia cerita A-Z... org sangka buruk pasal dia...

Tapi aku rasa dia ni kuat! Mmg bagus la... kawan2 pulaukan dia. Kata macam2 dengan dia tapi betullah org tua kata, org banyak bersabar ni banyak hikmah dia... dia ada keluarga yang bahagia, kerja yang elok dan berjaya ok! Jeles...jeles... suami yang baik... seyes aku tabit habis husband dia... banyak support dia... and im happy when she happy.

So bila dia baca blog aku, dia dah menjangkit dengan aku... kahkahkah... so aku suruh dia bukak blog, sbb dia ni bagi sangat muke org kata dia... aku lak naik darah... selalu aku marah dia kenapa kena senyap macam kita bersalah... dia kata malas nak panjang cerita... aku lak tak puas hati... so berkat hasutan aku dan dorongan suami dia, dia pun bukak la blog and dia dah addicted! Padan muke ko abby *gelek...gelek... yaribaaaa...

Siap cakap kat laki dia "Cida cakap, blog ni best bila ada laptop sendiri dengan broadband" Hahaha... apa laki ko jawab Abby? "Pernah dengar org mati tertelan laptop?" Ngeh...ngeh...ngeh... aku belum dengar lagi abby... tapi kalau aku jadi ko aku sanggup ooo mati tercekik laptop... dlm kubur boleh blogging.... muahahaha....broadband kena adalah tapi. Yer tak? Dasyat...dasyat! Tapi tak lama lagi dapat la laptop minah tu... kesayangan suami ooo...rugi aku tak bersuami lagi,kan?

Kalau dia blog aku rasa lebih dekat dengan dia... macam dia baca blog aku... walaupun kita tak rapat tapi kita tahu cerita org tu macam kita duduk sebelah umah dia jekan? And same goes to my Dear...dear friend SURI... mana aku rapat dengan minah tu kat sekolah, madang nampak dia je "OoOOooo anak org kaya ni, mana nak pandang aku, mana nak kawan dengan aku..." Bila ingat balik macam bodo je rasanya...dia shopping jugak kat tempah murah-murah ni... wow SURI aku geram dengan ko sbb tak nak bawak aku gi sales Metrojaya kat stadium tuh! Sungguh berani ko menunjukkan hasil pembelian ko dengan plastik kuning kat pasar tu kat blog? Wakakak.

Oklah banyak benor aku bercerita... so korang-korang... jemput2 la ke blog dua kawan aku ni yek... aku promote baik punya... kita ramaikan kawan2... kawan ko kawan aku, kawan aku kawan ko juga... ok aku dah mula ke laut nak menangkap udang dan ketam... sebelum aku tangkap paus, baik aku stop... wekkkk!! tah apa-apa je... layannnnnn....
... kawan-kawan ku, di mana mereka? Korang tak ada ke blog? Besttt ooooo....
... Nak kenal lebih rapat? Masuk blog dia yek, bagi support! Clik gambar tu ke blog dia ok...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Saturday, October 18, 2008

Gigih Blogging...Apa mau jadi?

Gila blogging itu la aku... kuikuikui... gigih ooo aku cari cerita, nak bagi org baca....

Sanggup kuarkan simpanan beli laptop sbb masa kat opis terlalu singkat tuk upload...

Sanggup beli broadband sbb nak blogging kat merata tempat...

Ni sanggup pasang niat ok nak beli hanset E71... bila tengok kak Ellyn dapat hadiah dari bos dia... wahhh giler... bila laki aku nak bagi semua staff dia E71 tu... boleh blogging.... wahahah

Tapi tu nanti la... buget lari banyak ni....

Lepas tu akibat dari obses berblog... aku lengahkan solat :( Eh aku bukan nak tunjuk baik yek... sememangnya aku baik... kuikuikui....tak adalah, ikutkan aku setan jugak... hahah tapi mak aku kalau sesekali sound, pedih jugak...selalu lenggahkan solat... sampai nak masuk waktu lain dok lagi mengadap komputer lalalala....

Suci tak muka akak?! Awaw!!!!

Waktu ni aku tengah chatting dengan Cik Hasra...
`OOO cik hasra inilah ruperku ketika berchatting dengan mung!

Dok tanya dia... dah masuk waktu ke? Hahah dia lak time tu nak bersiram... opsss.... Cik Hasra tak do bukti ko macam aden ni ha.... ampun yek Cik Hasra...

Korang jangan jadi macam aku ok! Time solat, solat... time makan,makan... time tido, tido...

Tu org sebelah tu... tak mo mengendap ke? Biar dia terkujat tengok aku... Ooo masih mara lagi dengan kejadian ari tu... nanti ko... ada masa aku mengendap ko pulak.... hahaha tak hingin ok!

NOTA KEPALA :- Actuallykan kenapa aku update citer secara maraton? Aku mmg nak belajar auto publish ni... sebenarnya aku buat ni khas tuk tatapan akak sepupu aku kat Canada tu... sian dia sorg2 kat sano...jauh di mata dekat di hati... actually mak aku terlebih excited sbb dia tahu Angah read my blog everyday... So korg kalau ingat aku update sbb mengadas2 korang silap... macam aku bagitahu... family aku kat Singapore, Canada and Dublin jauh dari mata... so dengan blog ini aku harap diorg akan rasa dekat dengan aku walaupun aku jauh beribu batu...so dlm blog aku sekarang bahasa kena cover dah tak leh nak lepas geram kat org sesuka hati :p boring tapi aku happy :)


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, October 16, 2008

Nuffnang Analytics

Ni yang aku dpt bila tengok analytics dlm Nuffnang...aku tak tahu fungsinya tapi tengok org buat tampal kat entry, aku pun nak ikut la... bole? Boleh tak boleh ini blog aku...sukati akulahkan? Mungkin ni yang di survey oleh pembaca kot... hahah andaian sendiri...bengapnya aku pasal IT ni... tapi tak la banyak... tapi adalah kan dari yang tak ada :)

Tak tahu nak ulas lagu mana... hang pa nanyi la lagu mana pun... tapi aku gelak dengan keyword 'gamba-gamba romentik' , 'isi kandungan kad jemputan ke majlis makan malam' , dan 'menjual baju kurung'... gamba romentik siapa la yang aku upload kat blog ni? Bila pulak aku tulis isi kandungan ke majlis makan malam, makan malam pun tak pernah... makan malam kat umah selalu ler... wahahaha... menjual baru kurung? Lawak tul!

Yang lain ada la kot... takat aku suke buat ulasan tentang cerita aku tengok...


Ok tak tahu nak buat ending yo... chow!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Pengomen Tegar...

Malihat blogger lain buat top ten commentor... aku turut nak ikut sama... chewahhh sanggup buat tu... nasib baik ada kelas tutorial so tahu la aku nak buat macammana... murah rejeki Cik Ceera mengajor buat tutorial ni.

So nak tengok siapa pengomen tegar blog aku?!

Selama ni,kan you all aku ingat Deqna dengan Hasra yang banyak komen... sekali tengok budak kecik ni... padahal aku rasa dia baru je follow blog aku... Vangga oooo tak jemu dia mengomen setiap entry aku... heheheh... syabas bete!!!

Tadaaaa dia la ikhmar... Tahun ni dia ambik SPM... around the conner je... sempat lagi dok baca entry aku... nak kena marah ni.... belajar la dik nonnnn...lepas SPM baca la...sian jugak aku baca entry dia, dok mengadu risau, bengang belajar banyak sangat...sister study smart ok Darling... akak sokong dan doakan Ikhmar berjaya ok...

Wah second Zbelleza dengan Deqna la...bagus2... komen ler banyak2... korang ni masuk blog aku, tinggalkan jejak... ker boring cerita2 aku ni? heheh tak pa la ok! Akak terima seadanya.... uhuhu...

Perlukah aku buat pertandingan macam blogger lain? Ermmmm.... bagi komen sikit... ikut undi majoriti yek... uhuhu... hadiah? kalau takat nak mintak aku umah kereta, masuk pertandingan lain yeh... aku bagi takat berus gigi dengan ubat gigi... wakakak... amacam Puan Azura? Nak masuk pertandingan kalau hadiahnya itu?

/me gelak guling2.... jatuh katil jatuh kusi...ok dah over dah ni...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Wednesday, October 15, 2008

Ampunnnnn

You all, ari ni tak banyak cerita ar... adik aku nak gune laptop sbb ada presentation dekat kerja, nak kena guna lappy aku... baik punya ayat....

"Along... pinjam laptop bole?" Sian je aku tengok die... hahaha... pakai la...

Yang muke sedih mak aku... sbb sekarang dah pandai nak gune laptop nak baca email... just now dia mati2 ingatkan aku call Mira yang dia dah sent ecard kat Mira... aku pun layan le... sambil layan Mira bual dia jerit2 buat suara latar kat belakang....

"Suruh Mira baca ecard ibu sent kat dia semalam...." Aku pun sampaikan ler.... Si kecik ni pun boleh tahan....

"Mira pun hantar ecard kat Nek long...Mak long suruh nenek long baca ok!"

Boleh jadi satu kerja antara cucu dengan nenek ni... baik bual kat fon je kalau dah sent nak call bagi tahu dah hanto... apa daaaa... duduk Klang - Melaka je pun....hahahah

Apa-apa pun ari ni kita relex yek....aku sempat buat 3 je entry ari ni :(


Ampun semua yek... (chewah macam la fofuler)

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-