Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, August 16, 2008

Lebam!

2 kali di tempat yang sama.... apa bendanya? Nak tahu? Tengok ni..kang aku cito

Pehaku lebam... actually ni dah ok sikit... ayoooo aku tak suka tul la... harus di tukar posisi katil aku... asal aku tutup lampu, jalan macam org buta... gedebummmm terlangar bucu katil! Arggg tak suka!!! 2 kali ok! tempat yang sama... tinggal tak berlubang ajo! uhuhuh...aku tak letak apa-apa ok... yang kuning tu bukan ubat kuning.... sebal jugaklah baru2 kena... ni dah dekat sebulan bertanda... ayo nak pakai skrit ke seluar pendek pun tak leh la... tu la... padan muka... hahahah

Menang lagi!

Dapat award kira menang ke?

*Mode Fasha Sanda waktu amik award*

Buat muka terkejut...sedut hingus yang mengalir kat dalam hidung tu, tangan letak atas dahi, konon tak percaya la... tengok award...pegang manja award tu....

Kali ni akak dpt award dari Blogger bernama Shieda... (Bukan aku ok, aku belum gila syok nak bagi award pada diri sendir) so sweet la shieda...(mmg nama org Shieda ni mmg baik and sweet) wahhhh tetiba yek? aku baru berjinak2 dengan citer dia ni... cantik menarik ko mmg the boom... tak sangka aku tima award dr dia ok...

Oklah...aku tak leh nak bolot sorg... kena kongsi... akak penat la nak link pastu nak sebut nama sorg2... tak syok... kalau boleh nak semua dpt... so pada link aku tu... korang mmg best and korang perlu dpt award ni sama... kongsi ramai2...dan sebarkan ok!

Hugz to all reader!

Vista...

Aku nak berlagak dengan korg... yang dah pakai Window Vista... kalau tak buat benda alah ni buat la... tapi kalau tahu, heheheh dan dah buat, korg dok diam-diam yek... wakakak...

Lately aku sedih, tahu sbb apa? Aku terasa yang ada tak kena dengan Windows aku ni... aku tak leh nak update YM 9. version! Ni gara-gara Din ar berlagak badak dengan aku... nak jugak version 9.0... aku delete la YM version lama... sekali tak leh dload... waaahhhh aku tak boleh hidup tanpa YM sebenarnya... aku beli Lappy, install internet gara2 nak blog and YM ok! Msn ada tapi tak berapa minat ar.. prefer YM lagi....

Actually aku siap gi HP ok! tengok apa masalah lappy aku ni... so org tu kata Window aku corupted... adeh dah sedih... tahu je la original software window cost about RM 300 ok! Aku pulak elok je pakai tak ori ok! heheh A.K.A pirated

So tadikan aku jumpa Pak Arab... aku tak tahu dia ni teror pasal computer....aku cadang nak hanto kat cozen dia yang kerja kat microsoft... hebat yek cozen dia... uhuhuu... tapi dia gode-gode lappy aku.... and dia cakap...

"Eh ur window is genuin la... apa lak pirated?" Uih? Aku terkezut.... tengok balik aah laa.... aku dah terukir senyum... than dia check lagi

"Eh banyak tak update ni..." Aku dah naik angin dah... lupa ke ari tukan aku dah update, even aku dah inform kat blog kan....kan?

So dia buat... bagi aku... aku tak kisah la apa pun, janji YM aku boleh... yang lain aku tak pedulik dah... so aku biarkan IT arab saudi ni buat... hahaha (Jangan mara yek yangggg)... biar la dia buat... walaupun tak yakin... dah puas aku buat tak leh jugak...jangan haraplah dia boleh buat.... sekali korang... tahu apa jadi dengan lappy aku? Tak terduga ok!

Tetiba destop 3D ok... aku nak tunjuk tapi tak leh la pulak... hahah tapi wallpaper aku boleh gerak2.... aku suka...aku suka... than....


Tengok taskbar tuh... bila tunjuk mouse kat situ, dia akan bukak window kecik... so tak payah nak maximize window satu-satu.... kui kui kui... nampak gamba air tu... 3D,kan aku cakap tadi? air dia jatuh satu...satu...

Bukan tu ajer.... Vista boleh switch window ok.... dia akan jadi macam ni... so again, kita tak perlulah nak bukak one by one...


Wahhhh akak suka! Sakai kejapan!Aku tak kisah... this my blog! Biar la aku nak jadi sakai ke apa... biar la kan? Kan? kan?

Tapi yang paling best bila YM aku dah dapat install balik.... you dont know apa yang aku rasa bila tak leh nak dload YM ok.... rasa lemah je nak online... tapi aku dah bersemangat balik! Cume tak berani nak dload YM vista... heheheh apa yang ada syukur je la....


Ok thanks to .....



Hahaha...maaf walaupun nampak sewel tapi otak briliant ok! Hahah aku tak payah kuar duit nak betulkan... just one kiss je dah kira halal kan? Ok Muakkkkssss ... ada berani nak hanta lappy anda kat dia? Actually what he did is actually basic... aku mmg buta IT... main pakai je...tak explore habis...kalau la hantar kedai tak pasal2 melayang duit aku padalah bukan rusak pun! Ayozzz....

Oklah kita kawan awak balik la Pak Arab! :) bole?!! Korang yang bosan kitaorg baik kejap tak baik.... buta mata je la baca entry aku... ok! daaaaaaku happy sekarang ok! Sian dengan dia... asik kena jer dengan aku yek?


Nota Kepala : Udinnnnn!!! Firefox dah boleh tukar theme ok! Aku suka!!!!!


Friday, August 15, 2008

Dapat award lagi

Kali ni award ... Bear Hug... baguih betul la... ala... aku ni yang rapat kat bloger ni tak ramai sangat..aku tak tahu pun kalau aku ni ada pembaca yang setia... tapi aku pasti bebenor, link yang ada kat blog aku ni, mmg peveret blog aku la... dah jadi addicted kalau tak boleh nak baca citer diorg...aku tulis kat blog ni pun sbb aku rasa ini la tempah aku luahkan perasaan... ushhh susah ooo org tak ada kawan macam aku ni... boleh giloz... kat sini la aku tampal, jaja citer aku... tak harap pun ada pembaca setia (chewahhhh)... tapi sesekali dpt coment tu... tersenyum lebar la jugak.. wakakak... am i being poyoz here?

Ok jangan lengah masa lagi.... Harus ku letak award ini kat dinding umah aku ok! Ok to my Lovely friend Cik Hasra... thanks for the lovely Bear Hug award :)

And i love to give this award to my friend kat Blogger dan tak lupa kat Multiply ok! Oh for multiply, sori yek i dont know ur link la... kalau nak letak link kena buka pulak satu2... heheh so i sebut nama je ok!

Tuk Blogger, aku nak serahkan award ni pada

1. Puan Intan Suraya - Bear Hug for u and ur husband. Setiap kali cerita kau menarik
perhatian aku ler beb!


2. Cik Cempaka - Bear Hug For you, cerita awak yang sentiasa sempoi!

3. Cik Zabelleza - Bear Hug For you, Walaupun im new reader of ur blog, but cerita menarik.

4. Puan EJ - heheh ini pun kalau dia jengah sini la...Bear Hug For You, U make me addicted
ur story... uhuhuh

5 . Puan Rose - Bear Hug For You and ur kids (Kasih and Abang) they are beautiful and NOT
crazy ok! It make me smile when i read about them... i love kids kak! seyes!heheheh

6. Jay Baharin - Bear Hug For You... u did nothing ok! heheh jangan perasan! But i think you
deserve! Bear Hug For You coz YOU ARE MY BROTHER!!!!

7. Miss Angel - Bear Hug For You coz...... without your i dont know what is happening kat
Singapore. At least dengan ur story buat i rasa lebih dekat....

And Deqna... i love to give this award to you... tapi Cik Hasra siang-siang sebut dah nama awak... tak pa... kita pun nak bagi jugak award ni... tanda persahabatan ok... Bear Hug For you and Shah... cerita u jugak menarik... kekalkan ok!

For Multiply reader... i also want give this award to

1. My lovely sister, my secretkeeper, my advisor Kakak Zaheedah on this award. Bear Hug
For you, even tho is not same like abang Azron's Hug... tapi take it sista! hehehe
2. To Kak Sal... sudi baca entry kita... Bear Hug For you
3. Kak Nor (Naqimi) tima kasih kerana menjengah blog ni...so Bear Hug For you
4. Adik Afizah thanks kerana being my sister... so Bear Hug for you
5. Rose thanks sudi baca blog ni... Bear Hug for you

Uh yang tak sebut nama jangan kecik ati yer.... actually aku penat dah ni... so... til than... bye semua.

Thursday, August 14, 2008

Kisah Nenek

My parents balik Melaka... nenek jalani minor sugery katerak (confirm ejaan tu salah... belasah jer). Dah tahap buta ok! Nenek buat2 nampak selama ni... aku kasihan dengan keadaan org tua tu... she stay alone and yet she blind ! Nenek mmg consider bute... sbb dia tak nampak apa pun, dia pernah bagi tahu ayah pasal ni, tapi ayah diam je sbb ingat dia masih boleh nampak, dia pun tak la bagi tahu yang dia tak nampak, sbb mungkin takut soal kewangan... tak nak susahkan anak2... tapi last saturday yang kami gi umah Nizam, this is all about... mak cik aku bagi tahu ayah, yang nenek perlu bedah buang selaput mata.

Padan la nenek buat air berkecah satu dapur, kalau isi lauk kat mangkuk pun, asik tumpah. Dan kami semua marah2 bila tengok setiap kali dapur berselerak... uh berdosa betul aku rasa.

My auntie discover dia tahap kritikal bila duduk depan dia hampir setengah jam, dia tak perasan, even anak buah aku buat mimik muka (kurang hasam diorg) depan mata nenek aku, nenek aku diam jerk... buat derk siot...

So ayah anak sulung sangat risaulah dengan keadaan mak dia, duduk sorg lak tu... tapi aku tak suka la bila all the cost ayah yang tanggung... maklumlah kami sendiri bukan org senang... ayah berat jugak sbb dengar kos buang selaput tu mencecah RM 7000 satu mata ok! Tu tak termasuk kalau stay kat hospital. Itu kat hospital private la... nak buat kerajaan, diorg bagi tarikh lepas raya... sian la org tua tu...

Aku jadi geram dengan my cousin sister... nenek aku jaga dia dr kecik ok! Anak dia pun nenek aku jaga... actually now anak buah aku yang lelaki tu jaga nenek aku... dia yang urusa nenek aku since nenek sakit ni... makan dia sediakan, jaga nenek makan ubat semua... and he only 12 year old... sepatutnya mak dia (akak sepupu) aku la yang jaga...tak kisah la tak kuar duit,kan... tapi apa salahnya dia bela org tua tu, bawak duduk umah dia ke apa ke... sanggup dia tinggalkan org tua tu sorang kat uma....Bila jadi gitu dia asik call ayah... macam lepas tangan minta ayah yang duduk Klang ni, balik Melaka tuk hantar nenek ke klinik.

Dia cari jugak Klinik kat Melaka... tapi membebel macam hapa! Cukup hangin! Rasa macam hilang hormat dengan dia! Oklah... fees only RM 1,800 tuk satu mata...

Uh panjang citer aku! So nenek selamat buang selaput mata dia tuh... Alhamdulillah, tapi buat satu mata je dulu... doktor kata lagi 3 bulan boleh sebelah mata lagi...

My mom kata she can see now! Wah dah nampak dia bercerita je... hahahah yerla dah nampak... dia boleh jalan sendiri... dan dia terkejut tengok anak buah aku gemuk, padahal tiap-tiap hari dia jumpa...mungkin dia dah lama kot tak nampak...

Sofa kat umah dia tuh akak sepupu aku tukar lama dah... aku rasa hampir dua tahun kot... dia masuk umah, dia cakap dengan mak aku "Oh ni sofa yang Marina yer...cantik yek" . selama tu ke dia tak nampak?! Lama tul!

Uh... sedih... anyway aku happy la semua selamat... dia pun dah nampak.... oh mum mintak selaput mata tu nak bagi kitaorg tengok....hehehh mak aku ni, benda macam ni pun dia nak kutip... hahah dia tahu aku kaki blog... nak bagi aku tunjuk satu dunia kot..wakakak...

.

Mak aku kata, selaput ni dah kering, kalau lepas operation tuh, ia bentuk jelly yang warne putih dan bentuk contact lence... lence pun kalau biarkan tempat udara terbukak akan jadi keras jugakkan?

Oklah korang... that for tonite yeh...

I miss my mom... heheh walaupun she only away for one day.

The end!

Wednesday, August 13, 2008

kesan daripada camera yang ilang....

Din baru beli ... erkkk aku pun tak tahu nama kayu tu... tapi kegunaan benda tu ketuk kaki org... so kalau korg tengok entry aku yang lepas, kan aku bagi tahu yang camera dia ilang? So akibat dari kehilangan camera tu, habis kaki aku dengan Dd dia buat xperimen... giloz... aku layan je la... kang dia ketuk kepala aku, siapa pulak nak jawab?

Pernah tak nampak benda ni? Aku ingat dia cilok dari mana... menyesal pulak tanya fungsi benda ni... so dia cuba atas DD dulu sbb kitaorg gelak je bila dia buat benda tu....

Cubaan atas Dd...si DD ni pun selenge tak laeh nak duduk diam... berpuluh kali Din cari tempat nak pukul... tak gerak pun kaki dia... hahahah

Chewah... Dr sakit jiwa.... heheheh

Tak puas ati tuh! Nak jugak buat atas aku... layannn je laaa.... opss gemuz lak gamba ni... hahah kan...kan?! Serabai lak tu...

Beriter Penting... wajib anda tahu...

Aku nak nangis on behalf of Din ar... jom nangis sesama... hahaha camera canggih Din telah hilang dalam bus... actually bukan hilang ... tu ar... ada ke patut dia bawak camera dia macam bawak handbeg... kuar dengan awekz lak tu... bual2 tertinggal dlm bus... aku suruh kejar... dia kata bus banyak sangat tak tahu yang mana satu...

Mmg satu sumpahan la mamat ni... asik ilang camera jerk... yup... dah berapa kali ilang camera... ni tengah memberontak nak beli yang baru pulak... camera lama cost RM 1,800 and ni nak cari pulak RM 2,500... giloz... baik ko simpan duit tu, boleh balik Malaysia Tahun depan la Busu Din...Dah la bulan lepas dia rosakkan fon bapak dia... giloz cmpak fon bapak sendiri dlm pool... hahah kejam gila... dah kena ganti dah tu.. ni ilang camera pulak.... adoyai

Ok itu adalah berita yang anda perlu tahu! Heheheh

Oh malam tadi Din tido dengan aku...satu katil... ha! jangan pikir lain... pintu tak kunci pun... mamat ni malas giloz nak bentang tilam kat bawah. Aku tak tahu kul berapa dia tido sbb dia dok browse internet kat bilik aku. Maka tah bila dia tah dia tido sebelah aku... yang aku bengang dia pasang alarm kul berapa tah... banyak kali lak tu... wa mata mengantuk! Rasa nak baling je fon dia kat bawah...

Aku panggil sekali tak sedar... pastu fon dia senyap... than bunyik lagi... mau bunyi 4 kali fon tu... siot jer letak bawah bantal aku lak tu... tu yang terjaga... aku nekad kali ke 5 bunyi aku baling fon dia kat bawah...tapi mamat ni macam tahu je niat aku nak campak fon dia tuh... heheh

Than pagi2 dia gelakkan aku... puaka punya budak! Cukup baik akak ko ni bagi tido sebilik ok! Ni la nama melayu tak sedar diri... baru 4 tahun stay Dublin, aksen... dia kata umah aku panas... so nak tido bilik aku sbb ada aircond... aku nak suggest tido bilik air je... oiii Busu Din... sedarla... di mana Bumi di pijak di Situ langit di junjung ok! Hahahah dalam neraka lagi panas... wahhhh tetiba jerk...

Oh plssss alarm dah la irritating... lagu Madona perempuan tua perasan jadi Britney tu... lagu Hang Up! Berkali2 bunyi... uh! Bro if u read this entry! Change lagu yang aku suka...wahhhh aiza...aiza... wopssss

the Devil wears Sunglass...*gelak guling-guling* ----> Bro amacam? Pernah dengar tak ayat tu???

@ Starbuck!

Aku bawak lappy ok! Sbb tahu Din sure bawak camera dia yang cangih tu... haruss babeh. Kalau tunggu dia email, gamatnya sampai dia balik Malaysia balik tahun depan baru terhegeh2 nak bagi...So lepak Starbuck sbb nak wireless... walaupun ada broadband, Din kata tak glamor kalau buat tempat lain... hahah... giloz.... maka lepas makan lepak minum lagi!

Kali ni dia yang belanja... wakakak.... Akak suka!

Hanya semata-mata nak browse internet... macam tempat lain tak ada yek?!



@ Mid Valley with Double D



Last Sunday, aku kuar dengan Din and DD... Padan muka Din... memula berlagak bukan main... kata Ahad nanti dia nak kuar dengan kawan2 dia... last2 pagi Ahad ganggu tido aku pulak... ajak aku kuar... tu la... bila aku offer bukan main eksen lagi ko yek busu din!

Kul 11 aku bersiap ke Mid Valley... aku bawak DD sekali sbb dia kata dia busan nak tinggal sorang2 kat umah... macam nak rak aku bawak kerete lelaju... sampai sana bila call Din, dia kata dia kat umah nizam lagi.... bengkek je aku dengar... nasib baik dengan DD, kalau tak...mau bosan jalan sorg2... uhuhu...

So By 12.30 Din sampai... ha! Lapo pulak dia kata... so pilih tempat makan... korg tahu je la Mid Valley hujung minggu macam apa je... tention jerk rasa. So last2 we decided to having lunch at....

Yah... bole la tahang.... Din order Cha Kuew Tiau dengan Watermelon Jus tuk Lunch dia... aku plak nasik goreng ikan masin dengan ais lemon tea....

Our drink

Our Food... arrr tetiba rasa lapar la pulak...

Didi poyo tak nak makan.. kata menu tak sedap :p

What i've been told

My bos told me, my task is just to culculate and make sure the figure are in the rite account... when bonus or increment time, the priority is given to sales person... mean while he always told me and few staff (who not in sales), we are subjective staff... which mean, wheater the company make profit or not it will not effect us! Maknanya di sini, sama ada syarikat menguntung atau membawa kerugian, kami mmg tak mengubah apa-apa. Sbb ada tak ada kami ni, comp sentiasa boleh cari sesiapa buat kerja kami.... kalau sales person tu mmg capai target setiap bulan dan berhenti, agk susah nak cari penganti, sbb itu kebajikan mereka di jaga baikkkkkkkk punyaaaaa....

Sekrang aku di landa kebimbangna... dah buat report... i sedar keuntungan bulan June ada yang tak kena... and bila periksa dengan teliti, tak ada cacat cela, semua figure aku masukkan dengan betul... tapi aku risau... begitu jugak dengan teman pejabat aku... Bos aku ada pendirian dia sendiri... sbb dia rajin buat buget... so he will make sure my report will similar dengan dia... sekarang, figure yang aku dpt jauh sekali dengan estimation dia tuk every month... siapa nak jawab? Mungkinkah dia akan kata account aku salah? Atau dia akan kata aku buat pengiraan salah? Atau mungkin dia kata apa yang aku tunjuk tak mungkin betul anya kerana dia sendiri ada rekod dia sendiri?

Last year aku kena kaw...kaw dengan dia sbb benda ni la... dia kata aku buat account salah... buat sekali lagi... dia kata salah jugak... ayo...serba salah la jadinya... ok! last year account was a mistake... aku mmg suka suki key in supp inv to make the profit low...payment yang kita tak nak bayar kat supplier semua aku key in sekali... as long ada cost yang di bil to my company... tapi boss tak happy...yer la, account dah salahla maknanya... aku terima... dan sekarang aku buat betul-betul, and keep track all payment... last year nak hanta audit baru aku adjust balik account aku.

Korang faham ke apa aku citer ni?!! Uh!

Tapi sekarang aku kecut perut... kalau aku tunjukan working paper aku pun, will my bos sastified? Will my boss mengamuk lagi macam last year? Perangai Bos aku yang aku tak tahan, kalau dia marah, kita kena terima apa yang dia cakap... we can not defence ourself... ada je di taruk bagi pengsan...itu yang aku tak suka... lagi kita menjawab, lagi la dia tinggi suara dan kuarlah cerita yang tak sepatutnya kuar... habis semua dia ungkit! Namun nak salahkan budak sales dia, jauh sekali .... dan rasa tak mungkin kot berlaku....

Adoyai.... apa nak buat ni?! Buntu... of coz aku tak leh nak jawab apa-apa... kalau diam dia kata salah, kalau menjawab dia kata kita bagi alasan... ayooo