Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 5, 2008

Labu sayung yang berhantu....

Aku dah lama nak cerita pasal kisah labu sayung ni kat sini... cume ari ni je terpikir...

Chewahhhh buat suspen jo yek...

Macam ni... umah aku banyak labu sayung sbb waktu Pidah kawin ari tu, berkat dr Shaiful labu sayung ni. So ada la 5-6 labu sayung kecik ni kat umah

Macam ni ceritanya... anak buah aku si Mira la ni bukak cerita,kan? Selepas majlis kawin adik aku, kitaorg banyak kehilangan barang...kalau korang ingat la, purse aku ilang, hanset si Mira ilang...N series ok si kecik ni pakai... mau tak meroyan mak dia... Pastu barang adik aku pun ilang... so kita duduk2 la ceritakan, tetiba si Mira ni bersuara....dengan mukaok pucat

Mira :- Mak long, kita nak cakap sesuatu la...
Aku :- Kenapa? Mira ada nampak apa-apa ke?

Maksud aku kot yer la dia tahu siapa yang curik harte benda kitaorg,kan...

Mira :- Sejak kita bawak balik pasu ni dari umah pak ngah Ken,kan (Panggilan tuk Saiful), banyak sangat benda dlm umah ni ilang....

Dia buat muka sedih takut you all... aku terdiam sekejap ... MOTIP MIRA?!!!

Aku :- Maksud Mira?
Mira :- Eh kan labu sayung berhantu... mak long tak tahu ke?

Macammana aku leh tak tahu ni? Yer ke? Aku pun dah mula la seram you all... tetiba terpengaruh dengan apa dia cakap... siap tarik2 bantal... yer la dia nikan selalu dengar org2 tua bercerita, pastu dia ni kira mata-mata gelap keluarga aku... org lain mengumpat aku ke apa ke dia mmg terus bagi tahu aku punya kalau dia dengar.

Aku :- Yer ker Mira? Siapa bagi tau Mira? Nenek yeh?
Mira :- Tak la... kan dalam citer Jangan Pandang Belakang tu, ada hantu kuar kat situ...

Acamak!!! kecik je tau aku tengok si Mira ni... bole la pulak terpengaruh dengan citer ni!!! tention aku!

Balik aku cerita kat Pidah dengan Shaiful.... mmg gelak la diorg! Dua tiga minggu lepas tu Pidah beli yang ni!

Yang besar punya... lagi besar jin yang duduk dlm labu sayung ni...muahah silap2 satu family jin, Mira...

Menjerit2 dia tengok labu sayung ni kata Pidah dengan Shaiful bela hantu.... muahahah...

... Mira, mira...



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Perasmian Baju Baru

Ok semalam aku sajer gatal2 menerai baju aku yang mak aku berkenan sangat tu,kan... sambil2 tu terpikir jugak la nak pakai baju ni ke mana,kan? Macam sesuatu je... muahah... that is me, berkenan beli pastu buat stok baju dalam almari...tamak ooo tak mo org pakai baju cantik2 harus beli walaupun tak tahu nak pakai bila... kahkahakh....

Akhirnya posing dlm bilik je la... muahahah


... Bersedia tuk menatap?!...

... Gemukz kan?!...

... Layannnn...

Ada siapa nak ajak aden kuar dinner?!Hehehe...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Jadi kuli la pulak! Mencik!!!

Road RageBenci tau! Walaupun tak selalu tapi aku rasa geram pulak...


Macam ni, aku selalu kena hantar document kat Citylink tau... dengan alasan citylink tu dekat dengan umah aku... mmg la dekat, tapi kalau sekali jalan balik umah takpa la,kan. Ni aku kena patah balik arah opis... dah tu urgent! Suke buat kerja last minit tau diorg ni!

Dah banyak kali tau... pernah juga bagi alasankan aku tak balik umah, tapi muke sorg 2 tak puas hati... jadi serba salah...
Muahahah...tengok rak kasut terbaru aku dlm kereta. Macam aku bagi tahula,kan... kasut aku banyak rosak dulu sbb aku drive pun pakai kasut, so tumit tinggi aku banyak rosak, than terkopek2... so terpaksalah drive pakai seliper...

Actually i find it difficult tau nak tukar2 kasut dengan seliper.Tapi nak jaga kasut punya pasal supaya tahan lebih lama, kenalah menyusahkan diri tukar seliper than sampai baru pakai kasut.
Kalau selper cantik tak pa... ko tengok sikit....

Muahahah.... buruk ok! Mmg confirm hilang keayuan aku! Kalau korang, korang nak ke kuar pakai seliper ni? muahahah, jawab!jawab!

Maka dengan itu mak aku dah mula bising... BELI SELIPER YANG KO TAK MALU NAK BAWAK KUAR! Yahhhh ibu belikan along ar! Tiap kali nak beli seliper terbeli kasut tau.... tak bagus! tak bagus!

Mencik tau! Tak suke tul bila ada extra kerja! Anto2 barang....

Heheh time nikan aku ambik gamba, sekali ada org nampak da.... malu.... muahahah... cit apa ko tahu! Aku nak masuk blog daaaa.....ko ada blog?!

~tetiba aku berlagak badak!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Hati- dan jaga-jaga

Pada sesiapa yang suke buat internet on line bayar itu dan bayar ini, aku rasa baik korg lupakan apa yang korang buat... Actually aku mmg tak percaya sehingga kena pada adik aku Pidah.

Sharing is Caringkan?

My sister lost her money in her saving acount sekelip mata ok! Bukan RM10, bukan RM 20 tapi almost RM 4k ok! Bayangkan tinggal RM 50 jer... sedih tak? Org penat2 kerja, sekelip mata org mencuri...

Macammana diorg buat, aku tak tahu. Tapi yang pasti pihak bank sangat...sangat lembab! Aku tak faham la... mungkin bukan duit diorg kot... Pidah bagitahu aku tengahari tu dia check bank account dia duit tu ada, malam dia nak kuarkan duit dia, tengok dlm account RM 50 sahaja... dia call bank, bank hanya boleh freeze account dia... tak boleh check tru sistem dan kena tunggu pulak esok pagi...

So malam tu dia report polis.

Esoknya dia call bank tetap bagi alasan sama bahawa sistem baru berfungsi dan akan ambik masa sikit tuk check! Laporan hanya boleh di buat branch...

Bayangkan kalau branch bank tu dekat Klang, padahal dia dah pindah kat Hartamas sana.... malam tu aku sekeluarga tak leh tido... kesian dengan dia... macam2 tul dugaan diakan?

Aku naik darah betul dengan sistem perbankkan di Malaysia ni... prosedure memanjang.... by the time org yang mencuri tu senang lenang ooooOOOooo dengan duit tu! Macam tu jugak berlaku bila kad ATM aku hilang! Nak call tanya balance pun tak bagi... aku call centre dia suruh call branch... kalau ko ada satu bank mmg ingatlakan? kalau ko ada 4-5 bank macam aku, nak kena ingat satu-satu bank...

Kemungkinan tuk dapat duit tu less than 20% ok! Bayangkanlah.... Pidah tenang je, kalau tu terjadi dia kata bukan rezeki dia. Kalau aku tah la... dah pengsan! Pangil Peguam negara kot!

Beriter terbaru dia dpt, duit dia di transfer ke satu personel account dan dari personel account tu di agihkan ke account lain....

Pidah suruh diorg ambik tindakkan kat budak tuh tapi pihak bank takut org lain menggunakan account budak ni tuk mencuri. Perhhh alasan tak boleh nak pakai...

Bank akan proceed ke Investigate Department... take 2 week... aku rasa time tu duit tu mmg dah lesap dah.

Internet onlne mmg senang... tak palah kalau kita bersusah sikit beratuq kat bank.... bila macam ni terjadi siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka. Nasib baik sepupu Shaiful kerja kat bank negara.... wahhh gune kuasa veto org dlm. Tak tahu ar apa yang dia boleh buat tapi at least somethingkan?! Kepelikkan jugak, punya banyak verification nak buat, masih boleh lepas jugak.

Satu lagi pengunaan debit card ni....

Siapa gunekan debit card ni? Aku tak pernah gune, tapi menurut Pidah, kad ni tak macam Kad maybank yang lama tu, dia fungsi macam credit card main swept je... betul ke?Pastu sign. Kalau lama ada pin number bagaikan? So korg pikir la ok, jaga pengunaan kad ni bebaik... kalau tangan org lain mmg payah.

Actually dah banyak kali dah aku dengar kes kecurian ni... dulu kakak sedara aku pun kena... tapi tak banyak, dia perasan duit dia tiap2 bulan deduck RM 50.... tapi tu kes dulu... so hanya mampu buat report polis je... tiada tindakan yang di ambik pun. Kali ni adik aku pulak... so korg beware la...

Aku bukan nak burukkan bank ni ok! Tapi this happen...

Adakah entry ini mempunyai unsur hasutan? Aku hanya berkongsi... berhati2 la... kalau korg letak duit kat BANK NEGARA sekali pun kalau ada org2 yang tak bertanggungjawab ni buat taik! Hilang jugak... kalau tindakan tak di ambik pun kejadian tetap berlakukan?


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Rasmi Baju Baru

Merasmikan baju dengan seluar baru ke Opis...

Yah opis aku tak ada etika pakai baju formal.... akukan org belakang, mana jumpa org. Aku pakai formal bila ada discussion dengan Bank and any govmt bodies. So sempoiiii rasmi baju dengan seluar baru... uhuhu gelojoh ok!

Ada org basuh baju baru, aku tak basuh,malas! Tawakal je kalau ada org pakai pun... kuikuikui...

Sila abaikan surat kabar kat tangga tu... dan muke aku yang tak sudah tu... aku amik waktu balik kerja... heheh...



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tuesday, November 4, 2008

Pumba!

Time aku masak tadi, aku nampak kucing ni... tengok muka dia sebijik muka anak kucing aku si Pumba... korang tengok kucing ni,


Sama tak dengan si kecik ni...

.
.
.
.
.
.

Qiara! Adakah kucing ini yang mengandungkan ko? Mummy dah dpt bukti ni... DNA bukan lebih kurang sama! Tapi mmg sama! OooooOOo Scandle dengan musuh abang ko SIMBA yek?! Padanlah Simba merajuk tak mo balik umah lagi!!! Apa yang ada kat kucing jantan ni?! Muahahah...

Aku dah masuk air...layannnn



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tempat beradu...

Bila org dtg umah, aku kenalah mengalahkan?Berkorban sehari tuk melepaskan tempat beradu ku ke tetamu. And kenalah berkongsi bilik dengan Didi. Bilik Didi kecik ok! Sian akukan? Takkan dah masuk bilik org nak tido atas katilkan?

Nampak tak kotak tu? itu kotak barang si Pidah dengan Saiful... dia letak bilik didi... so itulah ruang tidoku... kesiankan? belum tido aku dah bayangkan kesakitan bisa badan sebelum tido kat bawah tu.

Tak ada la... tengah on line... sementara tunggu masa tuk tido...

Tapi Didi bagi tahu dia nak temankan mak aku tido kat bawah ruang tamu... so dia kasi aku tido katil dia... yeh yeh walaupun tak empuk, tapi oklah selesa la jugak...

Katil Didi yang penuh bantal busuk! Bau pekong! Tapi nama pun tido bilik org, pakai katil org, so jangan komen banyak2...

... Yes! Selamat malam semua... bagusssss...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

If suki can cook so can you!

Adik aku call kul 5.30 petang... waktu tu tengah lepak2 kat hall update blog...

Pastu aku dengar la mak aku menjerit

"Ha?!! Kul kul berapa?!!" Pastu...
"Sate? Jalan jauh2 sian lak takkan makan sate je... tak pa ibu masak.... nak masak apa?" Pastu
"Bole, tak pa la.... ok... yer la...." Letak fon... pastu...

"Along masak!" Amboi.... mencik tau kalau mak aku bagi arahan yang tak ada pilihan tau tak!
"Tutup, tutup computer ko.... gi masak.... siang ayam... adik!!! vacume umah!"

Aku dengan Didi pandang antara satu sama lain.

"Mertua angah nak dtg... stay satu malam esokkan diorg nak pindah... mak Shaiful nak tolong apa yang patut..."

Alaaaahhhh Fida dah suggest sedia sate nak masak jugak!!! Aku juga jadi mangsa!!! Mencik... mak aku dengar org nak dtg dia drama la... sakit kaki ~ dush!!!! hahah tak la dia mmg sakit kaki...

Tah mud aku baik lak semalam... ingat cerita yang aku frust sbb kejadian Ahad tu? So sedit sebanyak sbb tak mo ingat aku pun masak ler...

Pidah suruh masak kari... balik2 karikan? Ingat tak dulu aku masak kari waktu bulan Ramadhan dulu? Hahah nasib baik tau aku ingat lagi... mak aku biasalah kalau sakit tahu nak marah je...

Dengan vangganya! Aku ke dapur... chewahhhh... kuarkan ayam, siang ayam lagi senang dr ikan,kan?

... Vangga oooo potong ayam...

For new reader yeh... aku mmg tak suka masak dan aku tak tahu masak ok! Mmg fail la masak... kalau aku masakkan mmg sesuatu yang ajaib la...muahahah... adik2 aku mesti perli aku kalau masuk dapur, macam sesuatu jekan kalau aku masak... jangan tak percaya yeh... sila percaya!

Aku tahu masak cume tak amalkan jer... simpan ilmu... wakaka.... jangan ingat aku tak masuk dapur, tak pegang sudip senduk aku tak tahu masak... nak kata pro tu tak la... tapi boleh la sekadar nak masuk sepital sehari dua... hehehe...

...Ada berani nak suruh aku masak? Tak takut masuk sepital ke?!...

... Tengok sampai basah2 baju aku ok!...

... posing, bukti ni aku masak ni...

... Inilah kari ayam ku...

Mak aku sibuk suruh aku goreng ikan... alah! aku lemah tul kalau nak siang ikan... tak tahu la... hancur jugak ikan tu,kan? so aku sugest goreng sayur dengan goreng telur je... mak aku sajer je tau nak kasi aku penat...

Im the chef! So aku la yang pilih menu, kan?!

...So next menu aku nak goreng kobis...

Potong kobis halus-halus... sehalus orgnya... ~ sila muntah hijau semua.

... dah ready ke?...

... Baca mentera sikit, goreng rencah dolu...

...masukkan kobis yang di potong,jangan lupe posing...

...lauk ku dah cukup,cukup masin, tak perlu engkau tambah garam...


So kari siap! Sayur pun siap! Aku rela goreng telur dari goreng ikan ok! last menu....

... Adik korang 8 tahun pun tahu masakkan? hahaha....

Ok habis masak dlm kul 8 macam tu... habis je masak, aku makan! Nak rasa masakan aku... wakaka oklahkan kalau masuk sepital pun aku masuk dulu. Satu lagi taklah aku kelaparankan, maklumlah kalau org dtg umah kita ni, ada segan sikit nak makan.... betul tak? So sebelum sampai kita makannnnn dulu....

Mak aku cakap aku ni segan2 nak makan... bukan segan la ibu... dah malam! Kata nak dietkan? So kurangkan makan... boleh la...mak aku tersenyum sbb dia tak masak... aku masak... nak suruh aku masak lagi sorry la! Cant help! Setan rajin aku tak selalu dtg...Setahun tak sekali... muahah ni kira cukup baik tahun ni adalah 2 kali aku masak... muahahah...

... jemput tengok...

... tetamu yang dtg, tu bapak mertua pidah dan mak mertua dia...

Oklah tu,kan... aku gumbira dpt masak... best je masak... Clapping Hands. So kawan2 yang sama dengan aku yang tak suke masak and malas nak masak... dont worry yeh... IF SUKI CAN COOK, SO CAN YOU!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Monday, November 3, 2008

Keciwa...

Di saat ini aku rasa....


Sangat Kecewa! Pouty


Sangat marah! Grrr


Sangat Sedih! Crying 1



Tapi aku tak tahu nak luahkan pada siapa... i only have you...you and you...


Harap sangat ada yang faham dan harap sangat ada org yang dpt kuarkan aku dari perasaan ni...


I just want to be happy... Spaz

Tadikan dia call tau... aku memula tu malas nak angkat (kata nak ignorekan?) tapi angkat juga la... nak jugak dengar dia bagi alasan apa pulak kali ni... anyway kalau aku tak angkat kang dia kata aku over lak nak merajuk2 dengan diakan?heheh... tak pa aku angkat!

Yang buat aku marah bila dia buat tak ada apa jadi... ermmm ok lagi... dia lupa janji dia ke atau semenangnya dia ajak2 ayam je aku ari ahad tu? Kompuse jap aku... so bual2 dia pun cakap

Dia :- wahhh sombong awak yeh... semalam kata nak gi Subang, tak call pun nak gi?!

Aku macam... aduh tunggu aku call ke? Padahal ko yang janji. Sungguh2 pujuk akukan sbb dah janji ari sabtu tapi tak jadi. Aku dah pedih hati dah ni... bukan takat sakit...

Aku :- Erm dah gi dengan my mum dah sabtu tu...
Dia :- Awak ni selalu jual mahal bila saya ajak...

I was like... eh ko yang berjanji ok... ko yang bersungguh2 ajak aku... walaupun aku pernah cakap yang aku ni susah nak ke sana ke sini sorg2 tak bermakna aku ni ego...takkan aku nak merayu2 nak gi,kan? Kang kalau ko ada plan aku jugak sakit hati macam Sabtu dengan Ahad, hati dari pedih terus jadi panas! tetiba dia jadi bengong pulakkan...


So setiap soalan dia tanya aku jawab sambil lewa...sepatah dia tanya, sepatah aku jawab... saje buat2 tekan keyboard... hahah dia tanya bz ke slumber aku kata aku chatting... lantak ar! Padahal poyo je tekan2... kwang kwang kwang. Nak dia sakit hati macammana aku sakit hati(kalau dia ada perasaaan ar).


Pastu dia tibe2 tersentap... bunyik pun macam merajuk je... MACAM TU LA AKU RASA!!!! Padan muke awak!!!!Macam tu la aku terasa bila ko mungkir janji! Janji tapi lepas tu buat bodo...

Tapi kesian lak rasa... aku terover sangat ke? Sampai sekarang aku tak leh nak buat kerja... dok pikir salah ke cara aku tuh? Asal ah!?

Susah ke nak faham? Susah ke nak jaga ati aku yang kecik ni?! Susah ke?
NOTA KEPALA :- Ok this entry hanya story yeh... i know some of you did comment not to 'layan' this kind of man... mmg hati saya sakit! Sajer luahkan kat sini... korg layannnn je yek...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kereta di cuci

Berbunga2 bila bangun tido nak gi basuh kereta... sekali bukak pintu....

... WKD what telah happen to you?...

Actuallykan bapak aku ni rajin basuh, dia malas nak lap... kang kering comot2... tu yang aku tention... tapi ibu cakap jaga ati ayah sbb pagi2 dia basuh kereta tuk anak dara dia nak super duper malas ni. Ok ikut je... save sikit duit aku... tapi confirm dlm kereta tak bersihkan... kena bawak jugak petang nanti gi cuci...

... heroku, thank you ayah...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-