Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, November 22, 2008

Tag From Ena

Ok Tag ni dari Ena.... wah banyak bebenor aku hutang Tag dengan org... so this might be last one la yek...tuk this week la maksud aku...

For new reader, aku buat Tag and Award hanya hari Sabtu... so kalau lambat tu jangan marah ye. Maklumlah banyak benda nak cerita kalau weekdays ni... ngeh...ngeh...ngeh, akukan suke bercerite... so kalau buat Tag dengan Award sekali hari biasa susah sikit aku nak handle oooOooo

Click gamba tuk ke blog beliau...

Ok Tag kali ni sangat kelakor...tapi oklah buat suke suki,kan... rules Tag ni ialah tunjuk tulisan anda... motif? aku pun tak tahu... nak tengok kot tulisan aku kot... ok dengan menjawab soalan2 dia bawah... tulis jawapan dlm paper...

1. Your name/username:

2. Left handed or right handed:

3. Favorite letter to left:

4. Least favorite letter to right:

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog"

6. Tag 6 people:


So inilah jawapannya melalui tulisan...



Ok... sekian terima kasih ya... tak nampak sila clik gamba for large view yek


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

TAG Dari Deqna

Ok semalam aku di Tag oleh Deqna

So alang2 tak ada benda nak update, aku buat la Tag2 ni... ada jugak la masa nak mengupdatekan? Lagi pun dia kata follower dia sila buat, aku salah satu follower dia... muahah... and aku rasa baik aku buat dulu sebelum org lain buat, kang sama kata copy cat lak yek...

Actually aku rasa Tag ni bagus... sbbnya, kata follower dia,so sikit sebanyak tahulahkan...Kira ni test tahunan la...so Deqna...kalau salah, heheh jangan marah yek... Cida try sedaya upaya ni!

#01; - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng tag

  1. Deqna anak ke ketiga dari lima adik beradik.
  2. Ada anak buah 2 org, Ain dan Adam
  3. Dia dan Suaminya berkongsi Birthday dlm bulan yang sama, Bulan 12...
  4. Choose to get married on 7 July 2007... senang bah nak ingat tarikh tu! uhuhuh
  5. Kerja di Bank Negara ( yang ini aku agak je...dia pernah cakap BN, sama ada bank negara atau Bank Nasional, aden kurang pasti arr.... mana Bank mana satu Deqna?)
  6. Ain dengan Adam panggil Deqna 'Ayang'
  7. En Shah panggil Deqna 'Sayang'
  8. Deqna second honeymoon dekat Sabah
  9. Makanan kegemaran suami dia Ikan sumbat (hahaha...sbb dia suke masak tu....resepi mak mertua dia)
  10. Dia sayangkan kanak2, dan dia sayang dengan anak buah dia, dan dia seorg kakak yang sangat concern.
Perhhhh pecah kepala otak aku... ngeh...ngeh...ngeh.... FYI aku kenal Deqna ni kat blogger... tak pernah berjumpa, tak pernah berchatting, tak pernah call hanya sekadar tahu dia dari blog dia je... ha! Ambik Deqna... kalau salah ni hamba rela di tembak! Wakakak.

02; - Orang yang kena tag pun kena tulis juga 10 perkara ttg diri sendiri...

Senang bah ini.... betul la Deqna, asal tak minta 50 ke 100 ke? Laju je aku tulis.

  1. Im not married... im single.
  2. Anak sulung, very protective, sbb tu adik2 aku rimas sikit dengan aku.
  3. Aku suke dengan kucing
  4. WKD hadiah dari ayah yang paling bermakna tuk aku. Walaupun aku yang bayar dia sekarang tapi 4 tahun ayah dok bayar... nilainya tak terhingga ooooo....
  5. My mom is my bestfriend... dengan dia aku boleh kongsi apa sahaja...i like!
  6. Aku suke shopping
  7. Aku suke Blogging
  8. Aku suke benda yang cantik
  9. Aku Peminat Harry Potter
  10. Aku dah gemuk kuat makan sekarang.... lalalalala
#03; - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

Ini yang payah ni, kalau korg salah jawab pasal aku, mau aku gigit korang.... wakakak... yah! aku sememangnya kijam! Siapa aku nak Tag? Sorang je pasti.... tu budak yang baru lepas SPM tu... lepas exam kang buat yeh... kata dah khatam blog akak ni?

Chewah meh aku announce nama dia... kang buat2 tak tahu la.... IKHMAR! Sila buat yeh... ngeh...ngeh...ngeh...lagi 9?! erm sesiapa nak buat, buat la yer... aku pun tak tahu nak Tag siapa...
#04; - No tags back!

Aku sepak laju2 kang siapa Tag aku balik.... hahahah ampunnnnnnnnn


Happy weekend yeh...

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Award From Anas

Buat Anas terima kasih banyak2 dia atas award ni...


Nice ke blog aku ni? Hahaha tetiba kembang semangkuk cinekan... terima kasih yer Anas...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tag From Kak Ellyn

First of all sori Kak Ellyn sbb lambat Cida buat Tag ni....Tuk makluman anda semua... Tag, award ke, apa2 informasi aku hanya buat pada hari Sabtu...so today baru peluang buat... last week boleh lupa lak Tag ni... heheh ampunnnn kak Ellyn.


Ok rules and regulation

" Snap workstation anda..then taruk link blog anda kat bawah gbr workstation anda..tgk contoh yang aku buat nih..begitulah seterusnya sampai bila2..ok..sekiranya tag ini berkembang pasti akan ada byk link2 dibawanhya...kalau x..terencat la dia, lastly, tlg pass tag aku ni pd 7 org blogger lain..pass la pd sape2 ye"

Aku tengok semua tunjuk workstation bersih... korang kerja ke tak?! Hahah tak puas hati ni. Meja korg semua bersih... semut nak jalan cat walk pun segan tau...bersih sangat... hahaha...

Aku ni tengah time nak akhir tahun ni sangat Bz... hahahaha. Anyway susah nak tengok meja aku bersih... kalau meja aku bersih makna aku tak ada kerjalah tu... so meh tengok...jangan terkujat yeh!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

@liyannuar/su/Mala/Ellyn/Suki Cida

Hahaha... amacam? ada berani nak buat kerja aku ni? Tak kisahlah korg nak kata aku ni tak sekemas ke apa ke... nama pun kerja... aku tak reti nak kerja meja kemas2 ni, di mana ada ruang, di situlah ada barang...heheh... kat printer pun boleh letak barang... dasyat aku ni... jangan tak tahu ok!

Gambar bos tak mo Tag ke? hahaha Jangan buat kerja giler... heheh...

Ok 7 org yang aku nak Tag

  1. J low
  2. Wany
  3. Hani
  4. Anas
  5. Lulu
  6. Ikhmar
  7. Suri (wakak harus buat! kata opis baru)

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tag From Lulu

This week tag is from....

Nak ke blog beliau, pls clik the picture yah....

Sori yeh sis, sbb lambat buat Tag... atleast hutang dengan Lulu dah langsai... heheh... ok meh kita tengok soalan2 Tag dia ok!


  • Have you ever kissed in a bathroom?
Kiss in bathroom? Apa barang... wakakak... dlm banyak2 tempat nak bercium punkan? Ok lari soalan... never.

  • What is the last non-alcoholic beverage you had?
Coke

  • Ever kissed someone else's boyfriend/girlfriend?
Hahah soalan apa ni? So far tak pernah...hahaha.

  • What's the best way to say I love you?
Action loud than word... rasanya cukup sekadar kalau seseorg tu tunjuk kasih sayang dia dengan perbuatan. For me semua org boleh cakap perkataan tu but tak semua tahu maknanya...

  • What is your current annoyance?
Org yang mungkir janji...

  • Are you afraid of roller coasters?
No... i love roller coaster.

  • Do you prefer hot or cold weather?
Cold

  • Do you get distracted easily?
Yes! Nak2 kalau tersentapkan. Mmg cepat terasa.

  • Who were you last in the car with?
lalalalalalala ada la

  • Name someone that made you laugh today?
My mum...

  • Ever kissed in the rain?
Nope... giler ke apa? org dok lari, nak meleseh kat hujan... gilozzzz

  • Which of your friends lives closest to you?
I dont have friend ok.

  • When is your birthday?
Lulu after you... hahah 7 Sept....

  • Do you think relationships are ever really worth it?
If the relation is true love than it worth it

  • Where do you wish you were right now?
Bed! Hujan lagi ni...

  • Do you think you're wasting your time on the person you like?
No coment la... bergantung jugak la... IF the person that we like tak suke kita than probly we wasting time la kot...

  • How many girls do you trust?
5 People ; Mum, Fida, Zy, Angel, Mak cu (Hahah mum, Zy,Fida and Mak cu consider girl ke? Angel the only girl la kalau gitu.... muahahah)

  • How many guys do you trust?
4 People ; Jay, Danny,Kamarudean, Ipin

  • Do you curse in front of your parents?
Sumetime...lalalal. I dont curse them ok! IN FRONT jer.

  • When do you want to be married?
Tak mo jawab bole? Bored with this kind of qouestion.... if i know when i gonna get married, dah tentu aku tak benci soalan ni,kan?

  • Are you happier single or in a relationship?
Of coz in relation sbb you have friends to sharekan... terasa diri tu di hargai

  • Is there someone you wanna date right now?
Ada... Firdee Akashah... bole?

  • Who was the last person you laughed with?
My mom

  • was the last person you hugged?
My mom

  • Where did your last hug take place?
Home, sebelum gi kerja

  • Are you a jealous person?
Yer... sangat jealous... sila tahu ok

  • Do you have a friend named Dan?
Cit buruk bebenor nama tu. Non adoooo

  • How did you last injure yourself?
Alamak! Tak ingat la...Ermmmm rasanya.... terlanggar bucu katil kot

  • What time did you go to sleep last night?
12 malam... lepas tengok sinitron Intan

  • What did you do yesterday?
Balik umah semalam update few cerita kat blog

  • How's your heart lately?
Sumbing sikit... wakakak

  • Ever been bruised my the oopsite sex?
Nope

  • Miss anything from your past?
No i guess

  • Ever had your heart broken?
Banyak kali ok! Dah lali dah

  • Do you look your age?
Erkkkk tah...

  • What do you want right now?
Lulu nak tambah berat badan? Ambik lemak akak nak?! I really wanna lose weight!!!!

  • If someone liked you right now, would you want them to tell you?
Kalau suke masuk meminang... wa tak ada time nak cinta cintun ni...buang masa!

  • Org yang di Tag
Ok yang tak ada idea update blog, korg ambik la Tag ni update blog korg yang dah bersarang tu.... hahahah.... ok!



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Friday, November 21, 2008

Uniq ke?

Look at this Phonekan, aku jadi pelik ok... asal phone dia nampak lain? Kelakor... adakah fon ni fon tahun 80an? ada lagi org pakai... actually fon bilik opis aku pun pakai yang macam ni punya tapi version baru la... ni nampak lamakan... tapi selalu fon macam ni mmg tahan lama... kalau jatuh 18 kali pun ok je... tapi cube fon aku tu jatuh, sekejapan bengong ok! Sound tak ada la, bunyi cengkerek la, kang tetiba lak speaker on sendiri... hahah... lain dah tu....

Sajer je ambik... aku ke opis Hamba Allah ni, sementara tunggu dia solat, aku terperasan fon ni... atau mingkin color dia yang buat dia uniq? setahu aku fon baru semua puteh... tak tahu la... opis korang macammana lak?! Heheheh

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Teruk tul! Bencik!

Semalam aku Ot... kerja melambak... biasalah nak akhir tahun ni kena tunjuk rajin sikit... hahah.... tak ada maknanya!!! giler melambak kerja aku...

Tapi semalam manager aku dah warning dia tak buat OT, sbb dah 2 hari dia buat OT so aku join kira ada temanlah,kan...so dia kata baik balik sbb kat luar hujan and gelap... so dlm 545 dia dah balik tinggal a few staff... tapi dlm 610 macam tu dah tak ada org... last person yang kuar marketing manager aku... dia suruh balik, tapi tunggu sampai 630 baru boleh claim OT... rugi je balik awal...


Macam tu la gelap kat opis aku kul 630... musim hujankan, mendung je... Lepas dia balik, tetiba bulu roma aku mmg berdiri... tetiba je... bukan tak penah stay sorg kat opis kot... bukan aku takut hantu... tapi hantu yang bertopengkan manusia... maklumlah kawasan opis aku ni gelap je kalau lepas kul 630... kalau hujan lagi la cepat org nak balik...

Pastu tetiba jekan aku jadi sedih... kan bagus kalau aku ada BF yang perihatin akan tetang keselamatan aku :( seyes... aku call seseorg dia bz nak key in... malas nak ganggu... angkat fon pun macam malaskan... aku belum bersuara, dia terus cakap "I call you nanti..."

Aku call Pidah, dia pun tak nak layan aku... waaaaaa aku rasa nak nangis je... tutup pintu lampu, zazzzzzzz terus lari anak kat kereta....

Alhamdulilla aku dah masuk dlm kereta. Tetiba hati aku tersentap tau... tetiba terasa sunyi... betapa untungnya kamu...kamu...kamu sbb ada suami / Bf / tunang yang sangup ambil berat...

At least kalau ada pun teman berbual kat telefonkan, sampai ke kereta... tak tahu la tetiba mengeletar tangan kaki bila selamat masuk kereta... ermmmm.... tak pa la demi e71 muahahah aku sanggup kerja lebih sama.

Ini time aku sensitip la ni! Benda kecik pun nak sedih2... tetiba teringat ex aku dulu... perangai buruk, tapi yang membuatkan aku tahan sehingga 5 tahun sbb dia terlalu protective! Aku selalu terasa selamat je sentiasa... kalau hujan, dia akan pastikan setitik hujan pun kena aku... kalau jalan tak pernah dia pastikan aku jauh dari dia... hahah nampak indahkan? Padahal siap kena maki2 lagi, buat akak selalu gelabah je... sbb aku ni perempuan sopan satun, jalan lengang lenggok, tu kalau lambat kena maki sebakul. Wakakak gila! Itu je la kebaikan dia... yang lain hancus! Hahaha...sedara-sedara aku kalau baca ni, mesti meluat... hahah diorg mmg sokong aku tinggalkan dia! dont worry eh.... takkan berlaku... sekecik cucu kuman pun tak.

Bila kita rasa sunyi macam ni, mulalah terpikir... oh kan bagus macam ni macam ni....

Kalau aku cerita korang pasti rasa 'eeeee rimasnya lelaki macam ni... ini mengongkong namanya!' Mmg pun...

Ermmm nak teman berbual dengan aku pun susah... tunggu ko call balik, aku mati, dah tanam kot baru nak ambik tahu.... wakakak.... tak pa, dah nasib aku... faham that no one perfect in this world!kan? What ever!

Anyway tak ada cerita.... korg dengar je la kisah mengarut aku ok!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, November 20, 2008

Kucing ke beruk?


~Ni zazu~

Lihat sahaja apa yang dia buat pagi ni! Zazu bikin Mummy sakit jantung la....

Ko ni momyet ke kucing? Aku pun tak tahu macammana dia naik atas bumbung tu... eksen lak tu...bukan main kau cat walk kat atas tu... sampai aku panggil boleh buat lawak memain... piat telinga tu zazu baru tahu...

Puas jugak nak suruh dia turun, tapi tak mo...

Mak aku jerit, lintang pukang dia lari... sebelah umah jiran aku, umah cine bela anjing... dia boleh nak jenguk nak cari gaduh dengan anjing tu.... hahah dia gongong (yer ke ayat ni) je mencicit zazu lari...

It take 10 minit nak turun... sengal! perangai macam beruk tak leh duduk diam...*kan mummy dah bising!

Eh korg bosan ek cerita kucing?! Hahah... tapi aku suke.... layannnnn....

NOTA KEPALA :- J low, pls sent your pet's pic at suki_cida007@yahoo.com ok... i nak tengok jugak... interesting she got cats in her house, dog, ayam... hahah apa lagi J low? Heheh dont forget yah... :) Yang lain kalau ada kucing boleh jugak sent tru email :)

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Meet someone...

Aku jumpa mamat ni lepas balik kerja semalam... kebetulan ada hal, aku call dia ajak dia temankan aku makan kat luar...


Tengah2 bulan ni bole la pulak nak makan SR,kan? Ingat nak makan macaroni cheese, tapi elek la pulak... so aku terus order Spegeti Meetball ni... actually aku tak pernah ok makan lain dari menu Tom Yam In Noodle... so nak ubah selera... mamat ni makan Tom Yam Khung... malas aku nak ambik gamba makanan dia, sbb dah banyak rasanya aku tepek kat blog ni...

Aku janji dah banyak kali nak diet! Dari sehari ke sehari... badan dah macam tong drum pun tak menyedor lagi! Bayangkan aku makan benda ni...tapi mmg sedap la... aku pun tak tahu nama benda alah ni... tapi not bad! Benda alah ni kita makan share2.Tak larat nak habiskan sorang (Crossing finger) wakakaka.

Ni dia! Menu pilihan aku... seyes TAK SEDAP!!! Sangat frust ok! Baik aku beli kat Pizza hut je? Kan lagi murah dan sedap?! Hampeh tul la!

Kalau kat SR aku rasa yang sedah boleh di terima tekak ialah tom yam dia... mavelos!

Tapi Spegeti ni mmg tak sedap! Bukan sbb aku tekak malaysia... no tak mungkin! (chewah ayat cover la tu)... mmg rasa semacam... rasa macam diorg simpan dalam laci je...hahah korg pernah ke ambik makanan dlm lari? Macam tu la rasa pelik... so tak berapa habis.Heheheh

Ambik ko hancur aku kerjakan kuih ni... tapi try la... gi ke SR yang berdekatan... muahaha... harus promote ni!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Postpone

Ingat tak aku ada appoiment dengan Lembaga?!

Lembaga?

Lembaga mana?

Lembaga Tutututuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

Macam ni, aku dpt remainder dari LHDN nak dtg audit pasal PCB... tahukan PCB tu apa? Yang kena potong tiap2 bulan tu kira korg mmg kaya la... jadi Lembaga ni suke ikut org2 kaya macam korang... so ini la kena kat aku...

Sepatutnya appoiment aku dengan diorg is today! Yah diorg nak mai sini... tapi akukan tak berani la nak jumpa diorg... mmg nothing to hide actually, tapi sebagai langkah berjaga2 jer... menjaga kepentingan laki sendiri.... hahahah... Deqna mesti blur... hahah meh la...korang mesti ingat aku ada scandle dengan bos aku ni...

Cerita Sebenarnya.....

Macam ni... aku selalu refer bos aku laki aku sbb dia suka suki marah aku... dia ingat aku ni bini dia ke nak marah2... kalau aku bini dia pun jangan harap dia boleh sesuka marah aku... muahahah... tido luar rumah.... macam tu....

Jadi korg mesti terkejut korg kata 'siapa laki cida ni? scandle dengan bos ke?'

Mintak simpang! Perangai bos-bos ni sama je... kadang2 terbawak perangai ke 'bossy'an kat uma... kat umah nak mengarah, dengan bf nak mengarah... hehehe...oklah tak semua gitukan?

Boss aku mude, umur around 33 je baru... ha! pluss hansem and plus kaya oooooOoooo... tu yang syok sendiri... hahah betul2 tak mungkinla terjadi... muahahah so veranggan je lakan... ok that the story... alasan aku gune macam tu sbb dia suka suka mara org, mak aku pun tak marah aku macam tu... heheh.... so itu semua gurauan je...and second reason sbb dia hansem tu je pun...

So... aku call la pegawai yang bertugas... minta tangguh... auditor aku nasihatkan supaya aku jumpa diorg sendiri kat sana... sbb ada PV yang confidential. Biasalah kang jumpa silap meleret je nak itu ini, at least kalau kita ke sana, dia jumpa apa-apa pun, kalau dia minta PV boleh la alter mana yang patut.... wahhhh terlepas cakap sudah...

So aku diorg suruh aku hantar surat pada mereka... so aku pun tulis arrr....bosan aku tulis surat formal! Thanks to Ab / Mahasayang sbb dia tolong aku buat surat ni... tetiba je jadi bengap nak tulis surat formal BM... kalau english lain la kan... tu la dok buat blog, ayat pasar aku ni tak leh nak ilang daaaa....

Jadi aku telah beritahu pegawai ni aku on leave Khamis dengan Jumaat... dia minta aku buat surat... so nest week kena la aku pergi... boring! Tak suke nak kuar opis ler!!!!

Tapi wat to do? Nama pun kerjakan? Buat ajo la...

Dont complain!tak suke hamun je.... hahah bole?

Korang jangan tiru cara aku ok! not gud! not gud!

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-