Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, June 12, 2008

Kuala Kangsar Trip II

Sambungan citer pertama...

So malam tu kami sekeluarga telah di jemput ke umah pengantin lelaki tuk makan malam. Perh malu giler, kitaorg sekeluarga tak sepatutnya gi umah side lelaki. Aku ada sepupu juga yang tinggal kat Kuala Kangsar. So berlakulah sedikit perebutan dia mana adik ipar aku nak bawak kami makan malam umah dia, dan pak cik sedara aku pulak nak kami datang umah anak dia yang juga tak jauhlah. Tapi mak aku tak sampai hati nak mnghampakan permintan menantu dengan besan dia... maklumlah org dah ada besan... hehehe so kami pun ambik keputusan makan malam kat umah adik ipar aku than baru gi umah bapak sedara aku ni.

Gambar pertama : Suci je muka adik aku pakai tudung yek? Dia pun tumpang sekaki makan

Gambar ke dua : Mak aku makan buah je... action! Tadi beria pujuk ayah aku mai. Last-last tak lalu lak makan... segan konon... heheh

So lepas makan kat umah adik ipar aku, kami pun jengah la umah sedara aku sorang lagi. Kebetulan anak dia baru bersalin. So sekali harung la pergi melawat baby. Kat umah dia pun kami di hidangkan dengan makanan... mana aku tak gemuk! Menta darah je!

Pendatang baru... bukan pendatang asing yek... nama dia Nur Fariha. Comel yek? Bila la aku nak dpt anak buah baru yek!? Tak sabo... nak anak sendiri? Jauh lagi... kawin pun tah bila.

Memang best... mak cik aku ni kalau masak mmg sedap... semua dah kenyang boleh sumbat lagi ni!

Insiden Lucu!

Pagi sabtu, aku bangun kul 8 pagi...bapak aku la kejut konon nak sarapan. Bapak ku ini terkenal dengan kaki jalan, korg tinggal la dia kat mana-mana dia tahu je tempat2 makan. So semua serahkan kat dia la nak gi sarapan. Tapi kali ni timing salah!!! dia bawak kita pusing2 satu Kuala Kangsar. Yang peliknya mmg tak nampak pun kedai2 makan. Mentang2 la Kuala Kangsar bandar kecik, kita main masuk je jalan sehala pun kita redah.

Tetiba adik kepada adik ipar aku call. Tanya dah sarapan ke tak. Kita jawab la belum, on the way cari kedai. Tapi kita pun tak tahu kat mana. So dia suruh kitaorg berhentikan kereta kat tepi jalan dia akan dtg ambik sarapan kat umah dia.

Perh kali kedua kitaorg ketawa nak pecah perut. MANA BOLEH PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN DTG SUKA SUKI?!!! So tebalkan muka kali ke dua. Aku dah vogue dah pakai baju alah2 nak sarapan tepi sungai... wakakak... sekali gi kat umah adik ipar aku dahhhh

Semua dah sedia nak gi makan luar tetiba buat muka tak malu gi umah org.... tak sesuai betul kita org ni!

Kitaorg buat umah sendiri... heheh...

Bapak aku la ni... buat lawak menyesatkan diri... selalu ok jer... kali ni tah mana2 dia bawak!

Kopi dia mmg best!!!

So itu part sarapan...pas perut kenyang mintak diri balik hotel... tak senonoh betul ahli keluarga akuh ni...pas makan balik. So Balik hotel packing apa yang patut sbb terus check out. Balik Klang ari tu jugak sbb takut jam kalau balik hari Ahad, maklumlah dah nak bukak sekolah.

Disebabkan jejaka-jejaka tuh siap macam perempuan, lambat nak mampus, aku dengan adik and anak buah aku posing la sekejap depat bilik!heheheh gatai....

Part weding satu lagi... majlis pukul 12.30 tengahari... yang sakit hati bila kami semua dh sampai tapi adik aku tak sampai. So kitaorg semua soroklah satu tempat... konon nak masuk sesama. Sekali adik ipar aku punya adik (perh panjang tul nak sebut) call suruh kita masuk iring pengantin... wa apa lagi?!! angkat kain kebaya ketat wa lari la... and yang paling tak sangka, aku jadi pengapit adik aku! Mak cik sekalian, on the spot yek... tak plan apa pun lagi! Sebagai penyelamat maruah keluarga, aku pun jadi la pengapit yang tak bertauliah. Tak sesuai betul la... adik aku kata ikut je dia mana pun dia pergi, so aku pun ikut la...

Naik atas pelamin, tak ada pengalaman ni... dah la pelamin atas pentas (macam pentas dewan sekolah dulu) bermakna kedudukan aku lagi la senang org nak nampak... tanpa bawak apa-apa, hand beg masih di tangan aku pun tercongoklah kat atas tu....

Apa kitaorg buat atas tu? itu namanya persidangan pengapit dan pengantin...

si gemuk atas pelamin... uhuhu lawak...lawak... akak sepupu aku gelak suruh aku kenal dengan pengapit lelaki tu... heheh

Lepas majlis kami semua bercadang nak keliling Kuala Kangsar...nak tengok pekan. Kuala Kangsar it not place to shopping... tapi banyak tempat bersejarah... ni satu lagi... dengan baju aku yang alah-alah glamor tu pi muzium... tak sesuai tul la!

Kitaorg gi galeri Sultan Azlan Shah... tapi dlm muzium tak leh ambik gamba la... best! Banyak informasi kita leh dpt.

LET'S GONE!!!! Naufal org pertama yang Xcited nak masuk muzium ni...

Labu sayung trade mark Kuala Kangsar....

Ya Allah dah membesar badan aku...punggung aku sebatu dah nampak!!! sama besar dengan akak sepupu aku!

Yang kelakornya mak aku jadi bebudak... tetiba nak gi toilet... kebetulan hujan lebat. Dia redah je hujan dengan anak buah aku dengan adik aku... kitaorg semua gelak je... dah basah tu kalau kencing pun bukan org perasan, yer tak?

En rusli mmg marah... mana taknya habisla kereta basah... Tapi mak aku buat senyum kambing tak bersalah je....

Anyway itu sahaja cerita aku... dah habis dah... esok lusa boleh citer pasal lain.... aku bengang ni! Awat semua gamba2 aku macam badak ni!!! diet cida!!!! dogel la ekau ni!

Til then semua...

Kuala Kangsar Trip

Kalau cik Cempaka buat road tour ke Kelantan, aku pulak buat road tour ke Kuala Kangsar. Aku bertolak ke Perak hari Jumaat bersamaan dengan 6 June 2008... 6 June yek? It pak Arab burfday...*sob...sob* pagi tu aku ke JPJ buat lesen... maklumla lesen i, kan ilang? Memang haram kena kompaun RM 20 hinggit! So aku renew terus lesen aku.

Kita org bertolak lepas solat Jumaat... bila akak sepupu aku sampai je dr Melaka, kita org trus bertolak 3 kereta. So kereta aku di penuhi oleh jejaka-jejaka yang agak agak tak gune...sbbnya? Sorang di bawah umur, masih 12 tahun. Sorang lagi ada lesen tapi takut bawak kereta dan sorang lagi tak ada lesen. Maka akak la drive dr Klang ke Perak.... 3 jam... dah lama tak drive jejauh. Paling jauh pun ke Singapore. Tapi tu pun last year.

Gamba pertama tu kereta akak sedara aku and second pic gamba kereta ayah aku. Dan aku tak leh nak ambik gambo kereta sendiri... so petang tu jalan Utara selatan mmg lengang... mugkin sbb org kerja. Kita org je ambik cuti.

So selama 2 jam driving kitaorg pun berhenti la kat mana tah tuk berehat. Yang dari Melaka semuanya lapar sbb tak makan apa-apa dari pagi... diorg lagi la penat dr Melaka ke Klang than ke Perak pulak... so we stop tuk makan. Yang hanginnya R&R baru jumpa 2 jam lepas kitaorg penat drive... kematu punggung aku!

Tapi yang best gi Perak ni, org kata kalau kita tak beli Pau atau makan jambu, limau bali, mmg tak sah... kira tak yah la gi sana kalau tak dptkan benda2 ni... rugi oooo. Tapi aku tak la heran sangat nak makan Bali dengan Jambu... aku lebih teringin makan PAU kacang dia... tak agak2 dah menta darah banyak, beli bekal lak tuh....

Pau kacang merah... yum...yum

So perjalanan kami di teruskan selepas semua solat Asar, dan semua telah kenyang.

Ni la jejaka2 tak gune...Jay ko mesti bangga!!! Aku puji sorg lagi sepupu aku yang kat Irland... baru pas memandu, even stay one year kat Dublin tu tak "peraktik" skill memandu, tapi bila dia balik sekali je bagi pegang kereta, laju je dia bawak... and pada wanita-wanita di luar sana, baik korg pilih lelaki yang boleh bawak kereta... lesen soal ke dua... penat doh nak bawak ke hulur ke hilir...

Meneruskan perjalanan... penat tapi apa nak buat?

Dalam pertengahan jalan pulak, tetiba mendung semacam... rupa-rupanya....

Hujan ... dah makan... keadaan lak sejuk... uh betul menguji... yang dua ekor lagi selagi boleh bercerita dengan aku... tak bagi aku tertido... walaupun hujan tak lebat, aku berjaga2 sbb bila dah nak sampai Ipoh tu, situ kawasan bukit dan kawasan kemalangan. Tapi Alhamdulilla semua berjalan dengan lancar sampai la di Tol Jelapang... uh... pernah dengar tak Tol tu? Dah banyak kemalangan terjadi... aku berdoa sepanjang jalan...

Kami tiba di tol Jelapang pukul 5... org time balik kerja... hahah sepupu aku gelak dia kata mana ada org lalu lebuh raya elite gi kerja... dia ingat semua org kerja kat bandar je? Lebuh elite tu org hanya gune balik kampung? Sekel kepala baru tahu... ini ramalan trafic aku je...

Mmg panjang giler... yang bayo manual tu rasakan "Ke JAM an" yang sejauh 3 km... aku ni kat lorong SMART TAG... ni pun que boleh tahan la... tapi tak sampai 10 minit... wahhh dengan berlagaknya aku potong diorg.... hahahah...

So jalan sendiri sbb adik aku dah bagi direction nak masuk exit mana... so pandai2lah kitaorg pergi sbb nak tunggu berapa jauh lagi sehhhh... Adik aku cakap, lepas tol tu kira2 dlm 45 minit sampai la Kuala Kangsar... tapi kenala tempuh terowong dulu... wah sakai kejap aku... heheh aku mmg penat giler bawak kereta, tambahan pulak aku peyed pulak tuh... makan ubat siang-siang tuk make sure aku tak sakit... gila... kalau aku sakit siapa nak drive?

Seram jugak aku tengok tempat ni... kot2 la ada benda jadi dlm terowong ni? sbb aku tertanya-tanya jugak, kalau ada sesuatu jadi, macam mana org luar nak selamatkan? Tetiba terbayang cerita2 action letupan dlm terowong... hahaha... Kiasu la aku ni... Rizal mengamuk giler, kata aku sakai sampai minta dia ambik gambar... nak letak dlm blog! dia kata aku sewel... oklah tu sekurang2nya AKU TAHU BAWAK KERETA... dari dia duduk je, baik dia tolong aku ambik gamba... ada jugak paedah!

Akhirnya tepat kul 7.00 kami selamat tiba Kuala Kangsar... so ni tunggu adik aku dengan husband dia ambik kitaorg kat Tol Kuala Kangsar...

Keadaanku yang penat giler... jauh perjalanan... aku hanya pikir nak rehat bila sampai Resort nanti... aku nak mandi sbb aku busuk... hehehe

Uik... tetiba ada org ambik gamba aku... tetap senyum... hahaha sbb aku muka masam buruk ruponya... siapa gerangan yang ambik gamba aku tuh?!

Hary selalu cakap "FAIL la ko ni!!! tau tak candid tu macam mana? Senyum...senyum" hahaha aku tak leh la... aku bukan di lahirkan tuk berlakon... hahah when i see camera i will smile sbb tak senyum muka aku buruk...hehehe

Akhirnya kami tiba ke Resort... pemandangan cantik... tapi sbb dah penat aku tak terpikir nak ambik gambar macam blogger name Cempaka... hehehe... sbbnya baju kurung aku dah jatuh... so mud ilang, barang banyak nak di bawa and aku penat sangat... waktu tu terpikir nak clean up myself apa-apa pun.

Adik aku baik kat umah mertua dia je... action bertudung....hampeh! Perangai tetap tak ubah... anyway i miss her actually waktu tu... selalu kuar masuk umah jumpa dia, for one week dia dah turun Kuala Kangsar to help mother in law dia buat persediaan majlis kat sana, aku jadi macam sunyi and really miss her!

Resort tuh penuh hari tu, sbbnya ramai org stay sana sbb attend wedding... bukan wedding adik aku, hehehe kita org je tak make up kereta kitaorg... tengok kereta org lain bereben-reben... berkaler-kaler... kita je sempoi... tak teringat pun pasal tu... yang tahu all theme ari bahagia tu merah... we focus on that! Not the car decoration :D

So sbb penuh bilik jauh2. Yang pasti jejaka dua org ni tetap nak berkepit dengan aku... bukan aku tak tau, kalau kena tinggal sekurang2nya akak diorg ni tahu bawak kereta... hampeh. So bilik kami berhadapan. Bukan sebilik yer... yang best adik aku book bilik sorang tuk kakak dia ni! Bagus adik...

One queen bed only for me!!!!

Tapi sebelum aku lending, tengok la siapa yang menyebok?

Hehehe... my sister dengan anak buah aku sorg ni... tak hormat tul la diorg ni... tu nasib baik bilik sebelah tak join... Diorg teruja bilik diorg... tu yang tak campur bilik aku tuh...

Anyway ni citer pertama... nanti aku citer lak citer majlis kawin adik aku ok... bila? Tah la... ada free time kang aku akan update... til then semua...

Tuesday, June 10, 2008

Lunch

Sambungan citer pasal first post...

Mizi ketuk tingkap bilik aku kat luar... heheh dia tahu aku bz kot. So aku tengok dia. Dia sign (Macam org bisu berbual) TIME MAKAN KUL BERAPA... so aku tunjuk jari menunjukkan PUKUL 1... dia buat muka kecewa and MENGUSAP PERUT dia and mulut dia bergerak cakap LAPAR... aku senyum je... layannnn

Than dia tunjuk sign JARI PENUNJUK KANAN dan JARI PENUNJUK KIRI, dia rapatkan, than tunjuk pulak sign MAKAN dan kemudian tunjuk ke arah depan...

Huraian bagi yang tak faham "Jom makan sesama pukul satu ni kat kedai mamak..."

Aku angguk setuju je la...macam aku cakap, dia ni mesti boring tak ada kawan. The only who can company him is me... and anyway korang dia dah ada GF da... so i dont think dia nak ngurat aku ke apa... nice of him la kan, lagi pun cara peramah dia.

MASIH LAGI BERBUAL CARA ORG BISU ;Sekali lagi dia tunjuk sign lapar... aku tunjukkan cawan aku dan tunjuk ke arah pantry... suruh dia makan apa yang ada kat pantry, dia geleng dan tunjuk dia nak makan nasi. So aku hanya angguk setuju jap lagi gi makan sesama.

10 Minit lepas tu aku terima interkom

Dia : Mak cik... (tua sangat ke aku ni) Mizi kena jumpa kastam la... kena cancel...

Aku dah senyum... hahah gud! Aku malas nak makan kat mamak... aku lebih senang tapau je. Tapi lelaki, mmg malas kalau nak makan pastu buang semua. Aku faham sangat... makan kat kedai, lepas makan terus bla

Aku : Ok

Dia : Sori la cida, I kena gerak sekarang.

Aku : Ok tak pa

Dia : You ok with it? Sian you makan sorg-sorg

SWEET.... erm kan best kalau aku ada BF yang perihatin macam tu? Ni tak, dulu pun kalau nak cancel date tu tak pikir apa yang aku rasa... main cancel je...dia tahu dia tak boleh so tak payah la kuar...

Aku : eh tak kisah la Mizi... tak apa...

Dia : Kita makan next time yek... i really cant make it today. Sure yek you tak mara?

Aku : Hye it ok...

Dia : Kita makan lunch next time ok

Perempuan ek cepat tersentuh benda2 yang perihatin ni...suka baca blog 'Su'pestar, Deqna, and miss angle... love story diorg mmg best! Aku tak mengharapkan tuk dpt BF / suami yang sama macam diorg, tapi sekurang2 nya aku dpt seseorg yang aku boleh citer... asik citer pasal diri aku bosan jugak... sesekali citer aku flying kick laki aku ke... lemaskan dia dlm kolam ke... best jugak yer tak? hahahah... apa-apa je la aku ni... oklah nak mamam... see yah.... akan ku up date lagi....

Tak pa la!

Ni kes org tak ada kawan... heheh nak gosip kat sini je... tengah bz buat kerja interkom bunyi...pelik sbb num 109...kepelikan berlaku... sbb selalu 101 (big bos) than 103 (Customer service) 105 (Import department)... 109 mmg jarang so aku angkat

Dia : Mak cik lunch mana ari ni...

Dia? Uh aku tengok jam baru kul 11.30... nak ajak makan? alamak!!! kak lin lak Mc ari ni!!! Selalu aku makan dengan kak lin. May kadang2 je masuk campur ikut mud dia... hari ni mud May kureeennnggg baik sikit...

Me : Lunch? Mamak kot...

Dia : Mamak? Tak bosan ke?

Me : What to do? Mana ada gerai lagi?

Dia : Kita gi jauh sikit nak?

Hahahah mamat ni!!! satu opis dah nak mula gosip dah ni...jangan salah faham sbb aku sendiri cerita ni pun suka2... sbb i know dia boring tak ada kawan. Kak lin tak rapat sbb dia bit older and tengok kak lin pun dia tahu kak lin ni malas nak campur. Macam aku jugak... setahun lebih kat sini mana pernah kuar lunch dengan diorg... takkan nak join makan Bakuteh pulak.

Me : Alah banyak kerja ari ni, auditor dah banyak kali call... rasa tak leh kot nak gi jejauh.

Dia : Alamak, yer ke? Tak pa la

Aku tak tahu tak pa la dia tu menunjukkan dia willing to makan mamak lagi atau tak pa la i pergi makan jauh-jauh tu sorang-sorang....

hye im back!

Hello.... ok ok... banyak cerita ni... TAPI the first thing aku masuk pejabat hari ni, kerja aku mmg banyak giler! org giler pun tak banyak kerja macam aku!!! Friday i took leave sbb attend wedding kat Perak on my bro in law's side. Mmg best... i will update nanti ok... mesti banyak kengkawan tertanya2 mana aku pergi sbb YM tak on... tuk beberapa hari ni aku tak on YM... sori... bz giler la... ni masuk pun dpt msg my auditor call few time waktu aku ambik cuti.... kena anto document kat depa sebelum depa bengang tak nak buat kerja aku lak....

Oh passal marketing baru aku tu... apa lagi? aku masuk je dia dah ketuk pintu bilik... aku buat2 tak dengar, dia jengah kat tingkat bilik aku... ketuk tu pulak!!! aku buat muka bengang! Dah la aku HANGIN pepagi ni... dpt berita agak sakit hati dari seseorg... lantak la, malas nak pikir, sbb aku dah agak da reason tu akan kuar! so apa aku kisah! Dia pulak (marketing br aku ni) nak bual-bual.... aku kalau dah tak ada mud, mmg aku buat muka tapir aku... ha! akhirnya dia sedar jugak

"Sorry cida, i ganggu you yek? Banyak kerja you yek? Sori i ganggu u pagi-pagi"

Yahhhh tahu tak pa... so stop entering my room coz i have lots of work to do!

Thursday, June 5, 2008

Naik Minyak, Minyak Naik

2 makna yang berbeza... Sebelum aku bebel pasal harge minyak yang naik ke RM 0.78 sen tu... si Assist Marketing baru aku tu call aku pepagi! Masuk opis bunyi fon, angkat2 tengok suara si Marketing Asst aku ni! Sekali lagi ada je la masalah dia...

Dia call sebelum bontot aku panas kat kerusi aku sendiri... well dia kata dia masuk lambat sikit sbb bawak mak dia gi KIMO sbb mak dia baru operation... ok lagi la tu... yang paling... paling aku bengang when he said "Eh u dah berisi sikit yek?" Walawei! U just join us 2 days ago, chit chat lebih kurang and u said im bit fat?! Yang bengang tu bila aku cakap "Oh yer ke?" dia reply "Yah i TENGOK kaki you besar sikit!" You looked at my leg? Ni mesti kes tengok drumstick aku la ni... bengangnya!!!!!

Pagi2 lagi dah buat aku hilang mud! Cilakak!

Minyak naik... aku nak isi minyak tak berkesempatan sbb station minyak full gila... bikin jalan umah wa jam nak mampus!

Nak lelap pun susah... aku terlelap kul 8.00 malam. Letih gila semalam. So dengan baju-baju kerja aku membuta... kul 10.30 aku dengar bunyi bising... pom pom...pin pin...pun pun.... dah kelam kelibut keadaan.

Typical tu la org2 kita ni... harga minya dah tentu naik!!!! isi sekarang pun apa bezanya? (Chewah ini sbb aku tak dapat nak isi sama...hahaha nak sedapkan ati). Memula nak jugak gi isi minyak full, maklumlah bila kira2 aku dpat jimat RM 40 hinggit... tapi bila tengok nak kuar umah kereta macam ikan sardin aku lupakan niat aku!

Erm... aku rasa Tun kena naik balik la... waktu TUN dulu aku rasa minyak naik tak terasa la sangat... ni naik sekali RM 0.70 sen... gila apa?!!! Salahkan harga pasaran minyak dunia naik? Betul ke? Atau itu semu satu alasan? Yang pasti aku tengah kering sekarang... :(

Wednesday, June 4, 2008

Jatuh di timpa sofa, meja makan, apa lagi?

Nasib aku ni dah rupo Jatuh di timpa sofa, meja makan, kayu balak, traler apa lagi yang berat nak hempap aku ni?! Compom la minyak naik harga RM 0.78 sen... yes harga minyak Malaysia naik RM 2.70 seliter.... mmg betul besar puaka!!!

My dad call me just now... " Isi minyak, esok minyak naik RM 2.70..." Mana nak dpt duit? Mana nak cekau credit card... all this while, im using my credit card for petrol. Sbb apa aku tak pakai cash? Aah...banyak sangat la cash aku nak pakai! Damn...Damn...Damn... mmg aku bengang siapa yang cilok wallet aku tuh! Mmg anak haram! Mak bapak aku tak anto aku sekolah agama pun aku tahu curi tu satu dosa besar! Apa lagi? Di kala ini aku rasa nak tukar bidang je kat opis aku ni, nak jadi Marketing Exec... nak claim apa yang patut! Aduhhh mmg banggang la!!!! dugaan betul!

Aku dah malas da... nak naik, naik la... aku nak naik basikal kali ni!

Advisor!

Ari ni, aku di datangi lelaki itu... ingat tak mamat yang dtg interview as Marketing Executive? Yah dia dpt kerja kat sini. Semalam ari pertama dia berkerja... 2, 3, 4, 5 kali masuk bilik aku. Kitaorg berbual la pasal kerja ni... aku tak selesa sangat sbb bilik aku ni tak boleh org masuk sangat sbb PNC. So dalam ketar2 takkan nak halau pulakkan? Dia kuar, masuk balik. Semalam dia tanya pasal computer baru dia, tanya pasal num phone baru dia, name card dia, email add dia, semua la yang berkaitan. aku pun terangkan sikit2 la pasal claim and everything... dia kata dia mengantuk, boring... kalau aku pun. Meja di tak ada apa, computer pun tak ada and dia tak payah nak belajar apa-apa sbb dia pengalaman dlm line ni. So dlm kul 11 pagi dia dah bla da.Tak tahu ke mana

Pagi ni aku nampak dia kat Mamak... tapi buat tak tahu sbb dia tengah on fon waktu tu. Masuk je kerja dia ketuk bilik aku... so aku pun panggil la dia masuk

Dia minta pendapat aku... dia dpt offer tempat lain, nak pergi ke tak. Erm semalam ko dah minta macam2... nak notebook, nak email add, nak name card and today you are asking opinion nak pergi atau tak. Dia minta personal advice...aku nasihat kat dia, kalau dia minat offer sana than dia kenalah bagi tahu bos aku sendiri. So bukak la citer yang dia rasa ada org tak suka dia. Aku pun perasan. So ku bakar lor sikit, dia ni mmg tolak tuah, bukan apa, hanya Sale je yang boleh claim suka suki mak bapak diorg. Aku direct je cakap, "kita kat sini jeles dengan marketing exec, kadang2 I rasa geram , kita bagi diorg claim macam nak rak, toll ulang alik dari umah ke opis dah boleh claim. Minyak pun claim. Customer tak bawak masuk at the end berhenti kerja. Even this is not my company, tapi kalau pikir logik akal and even u kalau bukak business, i dont think you akan jadi begitu baik nak bagi staff you claim padahal satu sales pun diorg tak buat" Kalau ikut logic mana ada comp yang bagi claim semua ni selagi tak dpt customer, yer tak? Comp aku je yang buat lagu tu. Dapat notebook baru lagi...

This guy diam lagi. Aku tahu this area mmg susah sbb line ni di monopoli oleh org cine. Melayu ni susah sikit nak masuk bidang ni. Tapi he should think la kan? Bos aku ni baik tak bertempat kadang2.

Kebetulan bos aku outstation, tak tahu ke mana. Dia minta cek tuk di sign. So aku dah bagi tahu kawan aku ni to hold sat payment ke DELL. So bos aku tanya, minah ni lancar je cakap aku yang suruh hold payment.Boss aku intercom, tanya kenapa... padahal mamat ni Offer letter pun tak dpt, dia dpt offer pun gitu2 je. Aku pun terpaksalah bagi tahu.

Bos aku? apa lagi?! bengng la... aku interkom mamat me uruh dia bagi tahu Andy... padahal dia sendiri tak confirm... so what to do yek? Jumpa je la...lepas jumpa bos aku dia masuk balik and bual2 lagi pasal apa yang bos aku cerite kat dia. Bos aku bagi dia time. Suruh pikir bebaik...

Ini dia dah menghilang lagi.. mana dia gi, aku tak tahu. Bdk2 opis aku dok tanya dia je... mana la aku tahu. Diorg jawab "Aik dia rapat dengan u, takkan tak bagi tahu mana dia pergi"
Arggg tention... dengan senyum aku jawab "Than you tulis depan pintu bilik i as "Staff Advisor" ignore my position as "Account Executive" "

Unexpected expenses

Bengang tul... ingat tak kes dompet aku ilang?! Bulan ni mmg banyak tul kos-kos yang tak masuk akal!

Hilang MYCARD aku kena denda dengan bayar kad baru, tahu tak berapa aku kena? Bukan aku bagi kat pencuri haram tu! Dia yang ambik dr aku!!!! Pastu replacement credit card pun nak jugak bayar!

  • MyCard RM 110.00
  • Ambank Visa RM 25.00
  • Ambank Master RM 25.00
  • Eon Bank RM 50.00 (Paling Cilaka haram! Mahal nak mampus!)
  • ATM CIMB RM 12.00
  • ATM Maybank RM 12.00
  • Lesen RM 30.00 (28/6/2008 lesen aku mati!!! arrgggg tukar kena lagi RM 30)
  • Wallet ELLE RM 170.00 ( Mmg sayang gila babi wallet ni!!!!)
  • Jusco Crd RM 12.00
  • Tesco Crd F.O.C
  • Padini Card RM 18.00

Lost my thing and i have to paid MORE and cost me around RM 294... tak masuk harga wallet lagi la sbb itu aku tak beli lagi... ini je ambik ko! Akhir bulan kena bayar road tax lagi... aduhhhh saleha! Mycard hilang, aku pinjam duit mak aku... konon nak kuarkan duit dalam PUBLIC BANK, satu lagi bank haram! duit gaji aku semua dlm tu, aku tak bole nak aply ATM card sampai IC aku siap... 3 - 4 minggu lagi!!!! padahal CIMB dengan MAYBANK ok je... bising jugak la aku kat bank ari tu... mana taknya, duit gaji aku kat dlm tuh... macam mana nak kuar kalau tak boleh buat ATM! So diorg suruh kuar pakai PassBook. Terkial-kial aku kuarkan duit. Maklumlah kat kawasan bank tu dah banyak kali aku dengar org kena ragut, rompak. Walaupun aku kuarkan taklah beratus, belas, juta hinggit, tapi apa yang aku kuarkan tu la bayar semua hutang piutang aku. Dah la aku pinjam duit akak sedara aku dengan sepupu aku sorg RM 50. Kes malas nak kuar duit kat bank, dah jadi macam ni aku berhutang lak dengan diorg sorg RM 50. Tapi aku dah bayar dah.... :)

Pening tul kepala aku! Mana nak cari duit ni? Ni tak terpikir lagi nak beli wallet apa.... teringin nak pakai RENOMA. Heheheh tengah sales lak tu. Survey ari tu lepas 20% boleh la RM 170 - RM 190... duit lagi... credit card lak tak ada... dah 4 bulan tak pakai credit card...ermmmmm. Mak aku bising... "Pakai je beg duit aku ni, tak pun pakai je MILK TEDDY! Paling mahal pun RM 49.90...." Apa kelas? Umur 27 tahun pakai MILK TEDDY kegilaan budak 7-8 tahun?!

"Pakai memahal pun bukan jamin lama... kang hilang lagi." Aku sayang tul wallet ELLE aku tuh... walaupun dekat 3 tahun berjasa kat aku tapi mmg sayang... duit angpau raya tahun lepas Pak Arab bagi pun kat situ jugak... Tu la sayang nak pakai lagi... ambik ko!!! Tuhan kasi aku CASH in hand... bayar semua sekali gus! Sedih...sedih... di mana dan ke manakah wallet aku itu?

Tuesday, June 3, 2008

Memori




Perh angin sungguh mak cik anak-anak oiii.... aku upload sikit punya lama... dok pikir macam mana nak upload video ni... kat multiply aku upload dekat 2 jam... kat blogger lak tak leh nak upload. Apa ke heinya yob?! Punya la sengal aku ni, dah berjaya upload kat Multiply aku dok rite clik konon2 nak save la... kepala otak aku... heheheh. Tapi aku berjaya juga cari jalan tuk tunjukan video ni kat sini... Jay and Yana... Pidah sedih sbb korg tak dpt datang. So she know both of u selalu jengah blog aku ni tuk mengetahui cerita2 dan aksi-aksi panas kat Malaysia ni... so tengoklah drama senandung air mata duyung mak aku dan si pidah... tak sesuai tul! Poyo mak aku gelak2kan bapak aku konon nangis, tengok dia lagi parah... bila tegok vedio ni sedih je rasa.

Pagi tadi dengan slumbernya aku bukak almari adik aku... maklumlah kita share2 baju. Tetiba kerkujat kejap ada kemeja lelaki dalam almari dia... mustahil kemeja bapak aku,kan? So teringat la dia dah jadi isteri org... aku ni suka suki lagi bukak almari dia... kena biasakan :( kalau tak melarat tak tahu nak hormat barang org :)