Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, September 27, 2008

Kad raya istimewa dari....

Aku balik awal semalam... mak aku,kan tak sihat... so balik aku masak nasik... adik aku beli je makanan kat Param semalam. Mak aku tetiba je tak boleh nak gerakkan kaki dia... so risaula,kan? Aku kat opis call dia setiap sejam sampai kena marah dengan dia sbb dia kena jalan nak angkat telepon :(

Heheh balik umah aku tengok banyak sangat surat... so gi ambik kat letter box... tengok ada kad raya tuk aku :) wahhhhh tulisan dah kenal sangat siapa....

Hahah nama aku tak la glamor....

Biler bukak tersenyum lebo melihat kad raya ni...

Muka depan

Bahagian dalam

Siapa? Wahhhh buat suspen je...

Oklah aku bagi tahu yek...penghantarnya jeng jeng

Cute tak? Ibu hantar kad raya kat kita org.... mak korang ada tak buat macam tu? Hahahah melainkan suami org tuh... kuikuikui, kan Deqna?!

Memandangkan saya tak ada suami, kasih mak tu buat aku tersenyum....

Sayang ibu... di selubungi rasa bersalah, patut aku bagi dia,kan...kan...kan

FYI mak aku mmg hantar kad raya tuk kitaorg ok, walaupun kami satu umah... dia tetap nak bagi suprise ok! Sayang ibu...

Kad Didi dengan Pidah malas aku nak snap.Anway this is my blog ok!


Thanks ibu....

Dan sebagai penulis blog.... chewahhhh banga la pulak yer... kalau org lain bagi aku tepek kat sini... apa lagi dari mak akukan?



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Zazu jeles

Ada org jeles sbb tak dpt kad raya... hahaha...org ke?boleh la layannnn. Dalam aku polok2 ibu and cium2 ibu ucap time kasih.... tengok apa dia buat....

Macam tak percaya je... betul ke surat ni tuk suki cida ni?!!! Haiz....tak leh jadi ni...


Macam faham yek... dok tengok macam tu... faham ke zazu? Hahah ko tak dapat kad raya kukui... kasik bakar perasaan dia sikit.

Nak tengok jugak... boleh tahan ko ni.... pandai ke?

Puas jugak la aku larikan kad ni dari dia.... sampailah dia naik bosan daaannnnn

Merajuk... hahaha. Give up ke Zazu San?!



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Friday, September 26, 2008

Gaji...

Thanks to May Chua... my life saver...

Akukan bengang pasal gaji aku?! Betul tak? Pegawai bank tu, hang gi berhenti kerja la.... mati2 kata tak boleh nak cashkan cek...

Tapi tetiba May intercom aku ajak gi bank depan opis.... boleh buat 'mark cheque'. Dengan pembayaran sebanyak RM 10 duit dapat di cashkan!!! Yahooooo

Akak dah boleh raya... thanks May :)

Dia yang ghisau gaji aku lambat masuk... so tadi kitaorg serbu Public Bank... tak pa la RM 10 service charge... asal aku boleh gune duit tuh :)

Dah boleh raya daaaaaa... yabedabeduuuuuuuuu


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

So cute

I bit frust with my companykan?

But when i get this ultrasound baby pic ni... aku senyum balik... so cute... ni bukan Rayyan ok! Someone baby... aduh thanks sis... u share the moment with me... eh... terbalik maknanya tu... aku yang share moment tu dengan dia... wakakaka terlebih sudah...

Ini la kelemahan aku tau... i like to see baby pic... walaupun nampak samar je... kuikuikui... i just like kids... marah macammana pun kalau budak pandai ambik ati, aku cepat cair... sbb diorg so cuteeee!

Aku selalu terlebih kalau berceritakan? Padahal nak bagi tunjuk ni aje.... hehehe

Layannnnn

Anak siapa la ni?!!!!

Anak Sedara siapa la ni?!!!

Because both of them read my blog! Hureyyyyy


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Mmg haram la!!!!

^&()_*&$#%^%&^&^^&**(*()_ )*^&&$%$@##$@#@@#!@#!@$%%$^%^%^^&

Aku menyumpah separuh semua perkataan...
Bengang tak gaji clear hari Isnin!!!! Aku nak pakai duit la bodo!!! kan raya ni! Dah tahu house cek kat Klang, bagi la semalam so boleh clear satu hari!!!
Sengaja kuar hari ni... sengaja tau! Barua betul!!! aku mmg nak nangis ni! Macam haram la.
Call bank branch, diorg kata tak boleh nak cash cek kat branch! Kena jugak cash kat tempat cek di buke! Mmg bengang la!
Aku rasa nak nangis je...
Mak aku dah la sakit... pagi tadi tak leh nak bangun! Ingat kalau dapat gaji nak bawak dia gi klinik! Tapi puaka tu masuk opis pun belum ok! Confirm masuk lewat
MMG HARAM LAAAAAAA
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA SEMUA....

Aku tak sempat nak balas kad tuk 3 org sahabat blog aku...

Jadi tuk kali ini, Suki Cida nak ambik kesempatan ini tuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat PearlEj
Beautiful Lover AKA Dr Shieda
Chempaka

Tima kasih buat Kak ej, Dr Shieda, dan Cik Chempaka di atas kad raya... tak sempat nak balas. Apa pun terima kasih la sbb sudi jadi kawan Cida kat Blog ni... semoga Hari raya ni membawa sinar bahagia buat kalian ok...

Sayang korang...

Dan tak lupa juga buat sahabat2 aku yang lain

  • SURI
  • DEQNA AND SHAH
  • AZURA NIZAM
  • ANGEL AND SHARIL
  • JAY AND PARTNER...KUIKUI
  • KAK ZAHEEDAH AND FAMILY
  • ANGAH RAUDHAH AND FAMILY
  • KAK SALHA AND FAMILY
  • HASRA RAZALI
  • KAK ELLYN
  • KAK ROSE
  • ENA DAN AYEN MUDE
  • MAMA WANIE
  • HANIM
  • ZABELLEZA
  • LADY KIKI
  • SITI NURBAYA
  • KAK JUHAILA
  • KAMU...KAMU...DAN KAMU
Aku tahu banyak nama yang aku tertinggal...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

AKU MENYUSUN JARI MEMOHON AMPUN...



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Terkejut....

Aku tak ada mud nak update blog. Tapi aku buat jugak sbb aku tak sedap hati la korang... Walaupun kalau aku tak nak tak jadi masalah kot... tapi tah yek... mmg tak sedap ati ok!

Mcm ni... few month ago, ada org ada bagi tahu aku, jodoh aku akan sampai hujung tahun ni... of coz aku tak percayalahkan... org tu sambung lagi...dia kata ada org dah mmg berkenan dekat aku cume tak berani nak cakap atau berterus terang...aku dengar je la... org nak ceriterkan?

So aku balik tadi Didi dengan mak aku gelak2.... fidah tak tahu hal ni... i bet sis...kau baca entry ni ko mesti gelak puaka tebing biru ok! Tapi sbb ko mengandung baik ko diam2... kang terkenan... ha! Akak tak tahuuuuuu....

Sempat lagi buat lawak... bagi aku tak lawak ni! Seram lagi adala...

Didi dapat SMS dr anak jiran aku ok! Again, Pidah i guess u know who....

~ Aku recall balik apa Didi story kat aku ok....

Aku kepelikan asal diorg gelak2 waktu aku balik kerja... dan aku tak suke senyum diorg tu...
Memula tu si Didi tak mo cerita... mak aku pun tak mo cerita... tapi kalau korg mestilah bengangkan?

Didi : Tadi abang *** main sms dengan adik...dia tanya kenapa along nampak dia tak pernah
senyum
Aku : Bila masanya dia senyum kat aku lak ni?
Didi : Dia tanya along semua... pastu dia cakapkan KALAU DIA MASUK MEMINANG, ibu
terima dia tak?

Pengsan! Terus apa yang di katakan oleh 'seseorg' tu pasal org perhatikan aku tu teringat kat kepala hotak aku ni...

Mak aku boleh jawab

Ibu : Ibu ok je....

Heyyyyy gilo ke apa? Yah! Aku suruh mak aku carikan jodo! Tapi takkan malas sampai anak jiran sebelah uma je? Giler ke? Tak nak la aku!

Sebab apa aku tak nak? Entah la... tapi tak nak la...tetiba si Didi jadi bendul! Kalau dia cakap nak masuk meminang, ko tak leh ke cakap "Oh rasanya along dah ada BF ke apa... tak bole ke?!!!"

Esh.... nasib tembok umah aku tinggi ok! Aku bukan memilih tapi nak pilih jugak! Kuikuikuikui

Tetiba aku rasa.......... ermmmmmmmmm...ayo emosi ku terganggu la...tak soke! Sama ada dia gurau atau tak, aku tetap tak sedap ati... mak aku kalau pandai2 terime! Aku lari... lari 1000 m... kuikuikui....

Bosan!!!



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Thursday, September 25, 2008

Meriah tak?

Tadi aku ambik kesempatan hantar msg raya kat list YM aku....gatallahkan... maklumlah ada yang esok dah mula cuti... tak soke! Akak kena kerja... sampai ari senin!

Pada siapa dah dah mula cuti esok, cida ambik kesempatan di sini memohon maaf, salah silap. Sekiranya ada terlanjur kata, tergurau kasar, terpakai, termakan, terminum, terumpat, terkeji, termaki semua tu harap di maafkan... sebagai manusia kita tak lepas dari kesilapan. Salam aidilfitri buat semua ok... chayang korang semua...:)

Gedik tak? hahahah... tapi aku iklas ler nak minta maaf kat semua org... sekali ini yang akak dpt....

Ada lagi kat bawah2 tu... tapi tak tertunjuk... suke sangat... ooo korang diam2 je yek... aku hantor gini tak sangka korang jawab... aku panic sekejap tengok... hahah tak tahu nak jawab yang mana... tapi masih lagi sempat tuk tulis dlm blog! Kuikuikui... siap print screen lagi...keji aku ni... lepas dah dpt apa yang aku nak, baru jawab satu2 soalan kawan2 YM...

Thanks you semua... Selamat Hari Raya...

Wah malam raya kena buat blogging secara Live ni! Walaupun aku tahu tak ramai akan bukak blog waktu raya... tapi aku tak kisah ok! Hehehe

Selamat hari raya semua...


Pada yang dah bercuti tu, jangan main mercun banyak sangat... suki cida jeles ok!


Kalau ada salah dan silap, terngumpat, terkeji, termaki, termakan, terminum, terambik, tergosip saya harap semua reader mahupun blogger dapat maafkan... maaf jugak kalau ada yang tak puas hati sbb saya ambik gambar2 anda tuk di letakkan di blog saya... sekiranya ada, sila bagi tahu ok...


Sekali lagi

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Dunggu tak?



Aku cukup bengang tul ari ni... dah la mud kerja tak ada... kerja aku pun melambak2.. macammana nak buat kerja kalau tiap kali nak buat kerja, bos aku suruh buat itu ini...

Uhhhh tadi kesabaran aku betul tak dpt di bendung ok! Mana taknya... kira nyonya ni mak bos aku la... aku kadang2 bengang tengok dia ni tau... kalau nampak muka aku je...dah terjerit2...
"Saya banyak sibuk... jangan kacau...jangan kacau..." Gila... ingat aku suke2 nak kacau kau ke... diorg ni kalau nampak aku kuar dari bilik aku tu, macam aku nak menyusahkan diorg... kalau tak nak aku susahkan korang, buat lah kerja betul2,kan? Taklah aku sibuk nak kacau kau...

Aku mmg tak boleh la nak dengar suara dia yang nyaring tu...

Hari ni bos aku suruh DIA ok... DIA...aku ulang balik... BOS AKU SURUH DIA!!! uruskan tuk buat internet banking....dia dtg masuk bilik aku suruh call bank tanya requirement yang perlu ada, dan dia bagi aku sehelai kertas yang aku malas nak baca la... aku call bank... tanya apa yang patut...

Petang dia masuk...
"Akak! Ini draff surat la... macammana? Kenapa ini ada tulis letterhead? Ini draff surat kah?"

Aku bengang gila ok!!!! Ko tanya... ko sendiri jawab...
"Yup... u have to retype using this format!" Aku hulurkan balik paper tu...

Mmmg syial! Dia kata apa tau...

"Eh you taip la..." Aku dah bengang daaaaa
" U tengok my meja? I banyak kerja and i have to finish my work before i cuti la...."

Mak bos ke apa ke... aku dah tak pedulik da!

"You simpan ini.. bila-bila nanti you buat.."

Dia terus kuar ok!!!

Mmg haram!!! Cilako! Ingat aku ni apa?!!!!Taip pun susah ke? Bukan dia suruh buat ayat!!!

Nampak tak In tray aku?!!! Nampak tak semua?

Tak kesian ke kat aku?!!!

Draff letter yang bank suruh taip pakai letterhead...

Tak suke ok! Benci...benci... jangan harap aku nak buat! Biarkan... biar bos aku kejar mak dia tuh... ingat aku ni tak ada kerja ke?!! Uhhhh....

Mana dengan puasa!

Mana dengan kerja!

Mana aku terpikir apa nak tulis kat blog!

Mana aku pikir pasal Raya!

Tak pikir ke?!!! Uhhhh



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Bungapi raya?

Hari sabtu yang lepas, anak sepupu aku si Mira call aku...

Amira : Mak long! Mana Tok LI?

Aku : Ada... kenapa?

Amira : Panggil dia bole?

Aku malas! Aku bukak je loudspeaker... bagi bapak aku dengar...

Aku : Alah tok li tido la...

Amira : Alahhhh tok li ni!!!!

Aku : Mira nak apa dengan Tok Li?

Si Mira ni dia mmg rapat dengan mak ayah aku DARIPADA nenek dengan atuk dia sendiri... mmg buat mak bapak aku atuk nenek sendiri... siap nak jeles bagai bila dpt tahu adik aku mengandung.... uhuhu....

Amira : Pesan kat Tok LI, nanti bawak balik bungapi macam tahun lepas yek...

Bapak aku dengar tersengih je... eh kitaorg adik beradik pun tak berani minta apa-apa tau

Aku : Mana nak dpt bungapi? Kan sekarang tak leh main

Amira : Alah mak long... seludup la... (Cayalah ayat). Kan kawan Tok Li banyak
polis... tolong ar mak long bagi tahu Tok li.


Aku : Ok....

Amira : Satu lagi... duit raya tahun ni naik yek... bagi tahu Tok Li, mira nak
seratus....


Cantik muke ko!!!!

Dan hari ni... aku balik... tengok atas meja

Ada ni....

Yang ini...

Juga yang ini...

Semua ni bapak aku beli tuk budak bertuah ni

Mana budak ni tak sayang kat bapak aku dengan mak aku... mak aku nak marah... dia pun kalau budak ni minta apa-apa dia bagi je... Aku tanya bapak aku habiskan berapa beli bungapi ni semua?

"Hampir seratus jugak lerrr..." Terbeliak mata aku ok!

Aku call Mira tadi...

"Duit raya potong!!! Tok li dah beli bungapi ko je nak dekat RM 100!!!"

Aku yang naik hangin....

Tapi sebenarnya aku yang excited...kuikuikui...



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-