Aku dah mud cuti dah ni... tak sabo nak cuti.... org lain Jumaat ni last day kerja... tapi aku ari senin baru kira last day....
Aku mud cuti tu ada tapi tak ada mud tuk raya :( Sebab.... banyak tul nak pakai duit! Gaji aden tak la banyak mana,kan?
Selasa masak2 kat umah, lepas masak balik Melaka... gedebak gedebuk lebih kurang raya.... lepas sembahyang raya macam biasalah balik umah nenek dengan atuk aku kat seberang sana....
Ni la payah kalau kaum keluarga kat Singapore ni :( banyak belanja....
Bila kira2 tukar duit Singapore je dah telan RM 300... hahah sori cozen.. dah besar2kan... duit rayo tak ada... kuikuikui... selama ni pun aku tak pernah bagi...lalalala...kan angel?! akak sepupu yang keji...
Nasib baik kat Melaka, anak sepupu aku ada 4 org je.... oklah buget... paling kuat RM 40 Henggit! Bebudak mana leh pegang duit bebanyak... duit raya yang lebihnya bagi kat org2 tua... nenek, atuk and ibu...yakni mereka2 yang banyak membantu membesarkan aku :)
Esh... siapa la yang mulakan tradisi bagi duit waktu raya ni? Asal tak bagi gule2 ke... ketupat ke? Nasik ke,kan? Kasi duit pulak... ayoooo fening ante!
The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-







