Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, October 14, 2008

Keropok Lekor

Waktu Abang Nizam beraya umah aku, dia sempat bagi kitaorg keropok lekor... maklumlah Isterinya org Terengganu... oh Fav aku tuh... thanks Kak Nadiah and Abang Nizam...

Balik kerja semalam minta ibu goreng keropok lekor, tapi ibukan tak sihat... so kenalah akak turun dapuq... hahahah....

Keropok lekor yang kecut...

Potong kecik2... aku suke tebal2... sedapppp...

Aku tunjuk rajin di dapur... hahahah nak bagi perut kenyang kenalah buat sendiri. Bising la pulak mak aku nanti... nak memerintah lagi la dia menjerit... uuhuhu.... sakit2 dia pun banyak lauk dia masak... cayalah...kalau aku la sakit, gue goreng teloq jer... nak kuah tuang kicap.... tak kuasa nak masak... keji giloz aku

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Filem Sepi

Sekarang astro box office kuarkan citer Sepi... channel 951 kalau tak silap... ooo jangan tak tahu bapak ku langgan chancel tu semata tak mo anak2 dia kuar tengok wayang... can not help la father... kadang2 lama la nak tunggu...

So semalam waktu lepak layan entry blog,kan... tengoklah... meh kita review... zazzzzz

Sinopsis

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Ulasan aku.... sediakah mau dengar...

Si Didi tersedu sedan lepas citer ni... dia kata sedih... wa relex je tengok... mungkin tak menghayati, mana nak pikir buat ayat semua,kan? Tapi jalan cerita dia sangat menarik la... tapi tak semenarik Ayat-ayat Cinta ok! Ngeh...ngeh...ngeh... FINAS sila tembak Suki sbb dia mengagungkan filem Indon! Pang...pang kena tembak.... ~ ok dah mengarut~

Macam mention kat atasla,kan 3 watak... boleh di simpulkan ketiga2 watak hidup dlm sepi... ~mmg la Suki... kalau tak takkan nama filem tu SEPI!!! Ngokkkk~

Aku dapat rasalah... tanpa cinta hidup confirm SEPI... korg bayangkan korang duduk dlm hutan... tentu gile kan? Bagi aku filem ni menunjukkan rasa kesunyian dan kesetiaan... sedih watak Iman tu... walaupun sewel... heheh rupanya BF dia tu dah mati... selama ni dia bual semua tu dengan Roh atau bayangan BF dia je... buat suspennnn je... dlm masa yang sama ada lelaki sukekan dia... buat penat aku je maki2 si Pierre Andre tu... hahah jantan tak gune semua... emo ok! Jangan tak tahu... ruponya hantu... hahaha...

Watak adam? Oklah... rasa faham kot... sbb aku pun sama dengan je... dia dok risau pasal jodo dia... tak kawin lagi... bila berkenan kat org, org tu lak nak kawin... until dia tunang dengan kawan adik dia yang agak giler... ush jangan la aku macam tu... kot yer terdesak pun,kan? Biar la betul pun... eh tapi suka la lelaki yang romentik ni... siapa tak sukekan? semua suke... so guys out there... di alu2kan tuk anda bersifat memahami perempuan sikit yeh...kalau suke kejar la... jangan la tunggu ia ada depan mata... takkan perigi cari timba pulakkan?

Watak si Sufi... mmg setia... setelah kematian isteri dia jatuh cinta dengan isteri org lain... contoh tak elok... yang perempuan tu pun kot yer la tak leh nak mengandung pun, tak yah citer nak anak... dah tu si mamat ni sanggup buat apa je as long dia dpt perempuan ni... sampai dia sanggup ok langsaikan hutang suami perempuan ni... dengan harapan dpt la kawin dengan perempuan ni,kan... ha! kuasa Allah ko bayar hutang org tu, perempuan tu mengandung... so gigit la jari kaki... tapi dia tetap tunggu perempuan ni di tempat diorg first jumpala...tunggu punya tunggu dan perempuan ni tetiba mai datang setelah Sufi ni mati... Siap tinggal pesan tuh kat anak dia... so anak dia la yang bagi tahu perempuan tu ayah dia sentiasa menunggu... tang tu para isteri jangan la dok buat macam tu kat suami... aku tak kawin lagi nak advice pun tak leh... so pikir la sendiri...

Semalam aku tak menghayati sangat la... mungkin kalau duduk focus mungkin sedih la kot... tengok si Didi apa ke hel mencurah2 air mata... tu tak masuk kak nam sorg tu (MIra) mau melalak over2.... apa pun aku rasa cerita CINTA best lagi kot... ngeh...ngeh...ngeh... director yang samakan?!

Sori tak ada gamba yeh... sbb aku dengan Didi je tengok... mak ayah aku dah ZZzzzzzzz... penat makan semalam banyak attand umah terbuke...

Ok tengoklah Vedio klip ni yeh...





The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

123 Greeting card

Mak aku dah belajar setapak lagi... thanks to ANGAH RAUDHAH.... nasib baik jauh kat sana... dia anto Ecard kat mak aku... excited la org tua tu... over...

Tak pa... nasib baik mak ok! Mmg suka la dia tengok animation card tu... kalah bebudak mak aku ni... dan dan dia suruh aku ajo...

Oklah ajo... siapa nak ajar lagikan? apa lagi kalau tengok macam2 card boleh hantar,kan... Ok! Aku tahu ada yang reader cakap mak aku lembab! Terhegeh2 baru nak belajar internet ni semua... Pedulik la kan... mak korg pun kalau tak jadi wanita kerja aku rasa satu batch dengan mak aku je... dan biasalah mak aku ni dia terlebih excited bila adik2 dia hantar email la ecard la... macam2 ar... mak cik2 aku dengan akak sedara aku pun suke bebenor melayan... so hasilnya? Ganggu mental telah berlaku di sini... kuikuikui

Tapi tak pa... janji dia happy... bagi dia tengok dunia luar sikit walaupun duduk umah je,kan? Bapak aku jeling pakai ekor mata je...hehehe... Vangga or mak aku... so next year, bithday tak payah la dia sibuk ajak aku cari card! Letih you all... aku yang selalu jadi mangsa sbb adik dengan bapak aku mmg malas nak layan... heheh...

Aku yang sabar menanti oooo

Mmg dia tak kasi chance ok! aku nak update blog weiii tapi tak pa... bagi peluang... dia tulis mak aiiii penuh protokol dan ayat tak boleh bla...

Dari aku tido, bangun balik, dia still karang ayat tul satu card... kuikui... tak pa ibu... pelan2... biar lambat asalkan selamat... hahaha....


Dua generasi yang berbeza... tapi berkongsi perasaan yang sama... betul ke ayat? belasah je la

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Diet...

Sakit kaki ibu menjadi-jadi... semalam sampai dia tak leh nak berjalan. Bila dah sakit mud dia pun berubah la. Asyik nak marah je... so aku ajak dia ke klinik... semalam hujan boleh tahan la :) Tapi demi ibu... ku gagahkan jua.... sian tengok dia dok mengadu sakit...

Kita ke Klinik Penawar

Klinik tak ada org... doctor ni kira doctor family... ubat dia makan sekali dah baik. Mungkin sbb tu nama penawar. Cume aku je tak suke klinik ni... sbb susah nak dpt MC... selagi ko tak teruk jangan harap ok! Mahal boleh tahan nak mampus...

Kosongkan? Doktor pun tak mai lagi...

Nasib we all dtg dulu... masuk je klinik, ada 3 org dtg masuk... (/me manarik gelek2 ok)... Tak caya tengok tuh....

So tunggu dlm 5 minit than doktor pun dtg.... tahu tak apa penyakit mak aku? Ni dah kali ke dua dtg. Sebelum raya ari tu dah pergi... tapi baiknya tak jugak... jadi pelik sebab kitaorg mmg serasi makan ubat doktor ni...

Masuk je doktor senyum... kenapa senyum? Sbb selagi berat badan mak aku tak turun, bagi la ubat mana pun kalau berat badan tak turun sakit kaki mak aku tu tak akan hilang. So doktor timbang berat mak aku... supprise naik 6 kg from the last visit... ibu makan apa ni bu? Besi ke apa? Padahal waktu jumpa doktor tu 3 hari sebelum raya jerk.... ambik ko! attande umah terbuke sepanjang minggu...

Doktor buat peneranga, berat ideal yang ibu kena ikut ialah 55KG ok! Berat mak aku sekarang 76 KG dan tinggi 148 sahaja... comei tak mak aku...kuikuikui

Jadi doktor bagi ubat kurus badan... makan pun kena ada diet yang betul... sebelum makan, makan buah separuh... pastu makan la apa nak makan... agak2 kenyang makan yang separuh lagi... Buah yang doktor suggest ialah Apple, Pear, Timum, Sengkuang or apa-apa yang berfiber. So penghadaman tu senang... oooo aku pun leh ikut cara ni... heheh

Doktor kata aku tak gemuk... so kena marah sbb aku minta ubat kurus badan... lalalala...

So doktor bagi ubat kurus tuk ibu selama 15 hari...lepas tu dtg tuk periksa berat badan... Doktor suruh aku pantau cara pemakanan ibu.

Kuar dari bilik doktor ibu tanya aku...

"Balik ni boleh tak Ibu gi umah belakang ada open house"

"NO WAY IBU... Kasi jalan tu betul baru pergi" Itu jawapan aku...~dush~ ha mak aku gelak sampai semput2... belum balik dah pasang niat nak gi umah terbuke... kaki nak diri pun susah nak berpimpin.Nak gi umah terbuke... macam mana nak kurus ibu oiiii?

Ok tunggu nama di panggil tuk ambik ubat... malu nak ambik gamba sbb kuar dari bilik doktor tetiba klinik penuh....

Sementara menunggu tu kan, aku tanya mak aku

"Macammana rupa ibu ek kalau kurus? Doktor kata turunkan 55KG... berat along tu bu...Jap nak bayangkan..."
"Aah la... along rasa kalau ibu kurus, ibu cun tak?" Kerut dahi... sempat lagi nak verangan... mana la Tuhan nak kabulkan, blm kurus dah riak...

Ibu gelak tengok muke kelat aku...

"Along kalau ibu kurus... jangan lupa masuk gamba ibu kat blog tau...." Ahhh pengsan... bini siapa yang kuat veranggan ni?! En Rusli... sila jawab!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Vannesse International

AMARAN KERAS :- ENTRY KALI NI PANANJANG DAN MUNGKIN BUAT ANDA TERTIDO ATAU SKIP... TAPI AI TAK PEDULIK! AI NAK TULIS JUGAK....


Time2 lepas raya ni la pulak barang nak habiskan? Apa yang habis? Product muke aku ler... bagi aku mmg murah... tapi kalau barang tu habis sekaligus masak jugakkan?!


Tapi tak pa, nak cantik punya pasal... tak pa la... kang aku korek la mana2 lubang duit aku kalau habis... wakakak... ada ker duit suki oooiiii?


Melihat pada org lain pakai product muke mahal2 aku jadi gerun... mak aiii akak tak mampu dek non nak pakai beratus2 ni... contoh dekat meh adik aku... hahaha... kasi kutuk dia sikit... berapa banyak product dia pakai tak leh lawan oooo product aku ni... sampaikan dia pun balik pada apa yang aku gune... ni dia jump kat product lain la... oklah nampak la kesan... tapi tak pa... nak kongsi dengan korg semua...


Aku syukur la sbb tak ada masalah kulit... cume masalah besar kulit yang kering sampai kuar jeragat... jeragat tu tahu tak? Yang muke mat salleh ada tu (chewah gune contoh mak salleh) kuikuikui... very the perasan aku ni... seyes aku ada masalah tu, sangat ketara... ni gara2 gatal tangan le ni nak menerai... sebelum aku masuk Kolej, kulit aku macam momtot baby tau... bersih and very the red2 kalau kena panas... sayangnya akak debab dulu... so bersih macammana pun tetap buruk di mata org... dengan rambut afronya... mak!!! sangat mengerunkan...


So berbalik la pada kegatalan akak tu,kan... masuk KYM aku macam teruja la... kawan dok cuci muka, than pakai pelembab la, penyegar la... macam2... so rasa ingin tahu tu nak... first product aku tray "Oil of Ulan" A.K.A "Oley" sekarang... pakai pelembab je... seyes sebelum dia tukar nama lagi elok dr sekarang ok! tak tahu la tapi tak serasi... aku pakai lama juga... dr penggunaan pertama sampai ke akhir aku beli...


Lepas tu kulit aku jadi lain la... ingat problem product... tukar ke Loreal... habis! Jeragat aku sebatu dah nampak! Tak suko....


Than aku di perkenalkan dengan Vannesse... memula pakai basic je... sekali tu... wow! Semua org tegur ar!!!akak suke! Siapa tak sukekan? Korg mesti tak pernah dengarkan?Sbbnya bila org tanya aku senyum je... dengar product tu semua macam pelik... elok ke?!


Aku tak tahu sejauh mana cerita ni, tapi korang pernah dengar Citra Ayu? Ah ada la pulak cerita pengasas ni bercerai laki ambik Citra Ayu, binik ambik Vannesse... hahah aku tak campur umah tangga org!


Sehinggakan aku pernah di panggil ok oleh akak dekat bank ni... akak tu bahagian costumer service... dia panggil aku, cuaklah jugak waktu tuh... dia bisik kat aku "Adik pakai apa yek? Muka bersih je..." Vangga gila akak!! Fuyoooo... nak jawab "Ni air sembahyangkan... beramal la selalu" Hakkkkkkk tuiiiiiii.... belagak pulak yo... well sharing is caringkan? Aku pun bagi tahu... macam biasa la bila sebut je, terkemut2 dia pikir product apa tu,kan?


Agak sedih bila tengah sedap dan selesa pakai product ni tetiba boleh stop pengeluaran... so aku pun sedihlah... try la Reene la, Shadira la, Munah la, Zabedah la (hahah ni semua aku create jo), tak berkesan... tak pernah org tegur kulit muka aku dah lepas tu...


Tapi tah macammana, sbb akak yang aku gi facial tu, dia mmg ambik balik Vannesse ni... uh buat come back you all! Apa lagi tak lengah aku beli...


Aku agak puas atilah... average product Malaysia ni barang dia mesti RM 60 ke atas... tapi aku hanya mampu pakai ni sbb murah... dan tahan lama... aku pakai 6 bulan lebih tak habis ok! Barang dia paling mahal RM 45 itu pun massage cream dengan srub... tu berapa kali pun pakai... 2 kali seminggu jerk....jenis aku yang malas ni... erm 6 bulan pun banyak lagi... kuikuikui...


Ini yang aku beli semalam... cost me RM 70 tuk 2... uhhh ketaq oooo... Tapi facial cleanser tu cepat la habis... cepat pun habis aku punya penggunaan pun boleh tahan 2 bulan... oklahkan.... bukan ko nak buat body form pun...Moisturiser aku ni last aku beli 6 bulan lepas... ha! ambik ko... aku gune pagi je... oklah very the lembut ooo pipi...


Memula aku gune basic dan sekarang aku rasa aku dah guna semua... mmg tak ada masalah... aku ni kulit orang kampung... so pakaila product org kampung iyo... yang paling kiri tu, bedak sejuk... aku beli nak dekat setahun kot... aku tak pakai sangat kecuali tumbuh jerawat... so tak tumbuh tak pakai da...second tu pimple lotion... ada sekali tu aku kuar macam jerawat kecik2... panic jugak... lama gila ok! tak surut2... pakai ni Alhamdulilla satu pun tak tumbuh (uiks... jangan riak... org kata jerawat tak leh teguq, kan kuar!), no tiga tu tea tree toner actually adik aku punya... dia tak pakai so aku ambik... tu muke jerawat rasanya. Than make up remover yang sangat wangi oooo...moisturiser, Facial Cleanser. Botol kecik tu 30ml mahal nak mampus ok! RM 35 sama harge yang besar... berkesan jugak... aku aply kat leher sbb leher aku bermasalahla... kurang sikit la, kalau tak ketara... than yang orange tu cream siang, more to sunblock, dan cream malam pakai malam... sebelah tu massage cream muka... sajer je beli gatal tangan...kesannya muka lebih pejal...mak aku suke cocok muka aku... hehehe

Sekarang dah save sikit tak gi facial da... sbb buat kat umah... aku kan rajin... gedik sikit kalau part ni... heheheh... mak aku penyokong kuat oooo... patut akak tu ambik mak aku jadi assistant dia la... promote baikkkk punya...

Oklah itu je aku nak kongsi... kihkihkih...

Korang cari ler sendiri ok! aku sajer je cerita... wakakaka...

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Monday, October 13, 2008

Nazmi, Naufal and Mira...

Semalam Nazmi dengan Naufal memula dtg memalu kucing... si abang tak mo masuk umah aku... kena umpan kucing baru nak masuk. Nazmi pun sama... kena umpan kucing baru nak masuk umah aku.... so tengok yek gelagat diorg LEPAS diorg dah kenal semua org...

Manja-manja dengan busu Raudhah. Ajak tengok mieow...

Makan kak Mira...

Tengok betapa kepohnya dia bila mak dia buat susu tuk dia...

Lepak minum susu... yang berselimut tu betul tak hormat... slumber badak baring... ikut ati aku nak tampo je... badak pun tak slumber macam dia ok!

Naufal lak bz dengan ceriter kartun dia... puas aku pujuk dia ok! Umpan macam2.... hasilnya?!

Taraaaaa... dia nak kat aku oooo

Layannnnnn... kang nangis susah aku...

Amacam? Ada tokoh ibu mithali tak? lalalalala

Mira yang kebosanan bila suruh mengalah sbb Naufal nak tengok kartun kat lappy, dia terus main rambut mak aku... kahkahakh... tention member.. tak pa kejap je ok kak Mira.

Yang kelakar pasal diorg ni... dengar ayah dia cakap "OK JOM..." takut dia kena tinggal... bangun siap2 salam org ok...nak balik...

Time ni sangat kelakar... semua gelak ok... bijak tul budak ni... bapak aku bagi dia dengan abang dia duit sorang RM 5... aku rasa second round bapak aku bagi diorg ni... sbb diorgkan raya Melaka, than bagi Nazmi sbb Naufal malu-malu kucing... Nazmi ambik duit tu bukan dia bagi abang dia, tapi dia hulur RM 5 kat mak dia... pastu dia pegang RM 5... hehehe cute yeh...ngahngahngah...

Erm... umah aku kalau ada budak kecik tentu kecohkan? heheh tak pa... tak lama lagi, layan la Suki sampai ko muntah ijau... hahahah



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kunjungan Raya

Kunjungan raya... bukan aku ke umah org.. tapi org pertama yang raya umah aku ialah Nizam's Family... anak pak cik aku... parents Si Naufal and Nazmi... kebetulan Kak Ina ada, so dia jumpa la akak dia kat umah aku...

Aku mmg malas nak tolong... sedap mengajor anak buah aku ok! Sampai sepatutnya aku update blog petang semalam... terpaksa tunda sampai le anak buah aku balik...

So layan gambo je la dek non yer... akak malas nak cerita... boring... mata pun dah mengantuk. Gigih aku update citer ok tak mo kasi korang buhsan! Chewahhhh

Kak ina yang masak... heheheh... rajin sungguh akak aku ni... dia masak soto...sodapppp....

Alamak salah upload la... malas nak delete... korang layannn je la ok!

So yang parents makan... anak2 aku jaga... cehwah... Vangga ooo Naufal nak aku... itupun setelah dia ku umpan dengan Upin and ipin kat lappy ok...

Diam... bagus... suke budak macam ni... khayal oooo... tapi masalahnya bila Upin and Ipin dah habis... dia suruh bukak DVD

"Ukak ni... angers... (Power Rangers)"

I guess any action movie dia akan panggil powe rangers kot.... kan kak Nadia? (If she read this blogla,kan?)

Anyway... continue nanti eh!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Tahu jangan tak tahu ok!



Anak dara aku ni tak pernah la mintak make up apa semua... dulu kalau aku pakai lipstik pun dia kata aku gatai nak ngorat lelaki ok...tapi girl will always be girl... si Didi gi make upkan dia... siap bercekak bagai ok!

Dan sebagai mak sedara fav dia, (i guess la,kan)... dia tunjuk kat aku... hasil kerja tangan Didi yang miang tu la,kan..."Mak long, cantik tak?" Of coz la... anak siapa? Anak sedara mak longkan comel.... chewahhh tersenyum riang dia...

Dan jangan tak tahu... anak dara aku ni baru usia 11 tahun ok! Tapi bijak nak mampus dan aku consider dia celik IT.... semua dia nak belajar... memula email, than friendster,kan? Than up sikit nak facebook ok! Pastu ari ni terkujat aku ok dia...dia....dia bukak apa tau you all....

Bahaya budak ni....aku rasa dia bloger termuda kot... ada ke budak yang mude dr anak buah aku ni? Dia suka ikut apa yang mak long dia buat ok... dia tengok 'Link Tab' kat fire fox aku... dia tanya...

Mira:- Mak long.... kita nak bukak MSN....
Aku :- What for? Mira dah ada Yahoo... Msn sama je la sayang dengan yahoo email
Mira :- Sbb mak long ada MSN tu.... (pointing at my Link Tab)... and Nek long
punya Hotmail.

Aku :- Msn nek long dah tua... Yahookan tuk budak2...Msn tuk org2 dewasa...
Mira :- Alahhh nak ada dua-dua...

The second conversation

Mira :- Mak long ada Myspace?
Aku :- Tak ada....
Mira :- Tapi kawan org ada semua tu...
Aku :- Kawan mira tak advance macam Mira... My space dah lama gila... org tak gune...
Mira :- Ahh kot sbb kawan org gelakkan org dia tak tahu Facebook tu apa...
Aku :- Esok gi sekolah gelakkan dia... cakap dengan dia org dah tak pakai my space daaa... tu zaman tok kadok je main...

Hahaha keji ajar anak buah aku benda bukan2...dia gaduh kat sekolah... cari aku ok! hahah... bukan apa... aku malas betul nak ajar dia... semua dia nak buat kang

The third Conversation

Mira :- Mak long... mak long ada Multiply yek?

Terpikir nak jawab yer atau tak... mampus kang... akak jugak la kena bukak account tuk dia ok!

Aku :- Asal Mira tanya?
Mira :- Nak bukak!

Pengsan!!! melampau ooooo.... and semalam aku biarkan dia satu hari suntuk mengadap Lappy aku...tahu2 dia cakap...

Mira :- Mak long Mira dah buat blog... macammana mak long letak gambar kat atas ni? (sambil tunjuk ke header blog aku)

Tengok2 dia dah buat entry da....advance tul budak ni... So aku tak tahu dia ni serius atau tak pasal blog ni,kan? tapi aku rasa elok jugak boleh dia belajar menulis... kan? improve BM dia ke apa... (kalau dia gunekan blog tuk jalan yang betul la...)

So sesiapa nak lawat blog dia... pls visit her at http://amira-mirablog.blogspot.com... seyes... URL blog dia, dia pilih sendiri... and kebetulan Jay on line kat YM... we talk about her... and gelak besar aku bila dia pilih that name for URL dia... hahah bijak tul dia ni... anak buah siapa ni?! uhuuhuh....


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Kopi and roti prata?

Aku tetiba terasa nak minum....

Dan makan....

Tetiba terasa rindu lak kopi pahit mak cu ok... sedappp oooo... aku kureng suke minum kopi yang manis... kopi pahit sikit menjadi pilihan aku :)... ermmm tahan nafsu makan and minum cik Suki oiiiii

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Operasi Mencari Hadiah

Ingat tak entry ari tu pasal aku minta pasal opinion nak cari hadiah hari jadi tuk kawan aku tu? Aku mmg nak golak la tengok coment semua org... tapi tak pa yek... korang mmg very the caring... akak suko!!!

Meh kita tengok balik cadangan2 diorg... sekarang aku nak tutup cadangan itu....

Blogger Ena said...

ermmmm...
pe kata cida beli sumtin yg leh wat hiasan meja kalo dia keje opis la kan..
kalo keje biasa ermmm beli sumtin utk perhiasan keta plak..
kalo takde keta plak ermm beli sumtin utk perhiasan diri plak tapi kalo dia takde diri..antula jawabnye tu wakakakakaka

October 9, 2008 11:38 AM

(Erm aku pun terpikir nak beli perhiasan barang tuk kereta dia... tapi tak tahu pehiasan apa... perhiasan diri? terpikir nak beli friendship ban ke apa ke,kan... bagus...bagus... kalau dia hantu ena cida belikan surah Quran jo... hahah biar aman roh dia,kan?)

Delete
Blogger AzuraloveNizam said...
beli berus gigi..hikhikhik..murah..kecik..jimat..pos pon murah..hari2 pon dia bleh
pakai...ampun suki..lariks.................

October 9, 2008 12:24 PM

( Seyes aku terpikir nak beli ni bila cik zura bagi cadangan.... hahah buat lawakkan... sbb dia
cakap apa jugak ko bagi cida, aku confirm pakai punya....biar dio rasa sayang nak buang
berus gigi tu... pakaila sampai bila pun, yer tak?)


DeleteBlogger Ayen said...

watpe nak penin2 kpale,xyah bg ape2 kan senang.hahaha....ckp x penah jumpe,so...ambooii smpai tuntut mamat tu yek.klu cida ni jenis pegang pd janji nak bg jgk,beli je pen sebatang.ok x?...

October 9, 2008 12:33 PM

(Menjawab soalan ayen... aku mmg berpegang pada janji...hahahah... *berdiri dengan vangga*.... pen mungkin beli tuk yang tersayang la... kawan je ni...)


suka idea berus gigi tu..alang2 klu nk bg berus gigi, bg skali ubat gigi..heheh jgn mare....akak belila t-shirt yg sweet2 gitu yg ada tulisan tu...

October 9, 2008 12:36 PM

(Mrs Taj, akak mmg nak beli T-shirt tapi mahal gilozzz.... hahah lari buget... pastu saiz tak tahu...)

Delete

Blogger pekembar said...

bagi je tali leher. nampak xclusive tapi murah.

October 9, 2008 2:19 PM

(Confirm cida belikan tuk yang tersayang... cida tak tahu lak dia kerja apa... kalau despatch nyaye jer... heheheh. Nak pilih tali leher macam tak pandai gitu,kan)

Delete

Blogger iKHMAR said...

errr,
iKHMAR suke idea Pekembar!
tak pon, bagi buku kew.. (cewah, nmpak sgt otk budk2..Hahaha) bagi buku Harry Potter je.Kehkehkeh..

October 9, 2008 6:12 PM

( Harry potter? *sambil tenung ikhmar nak telan* tak lehhhhhh tu beli tuk diri sendiri... kihkih... sbb suke idea pekembar maka sila lihat komenku di atas, ok)

Delete

Blogger HasraRazali said...

Something leh dia guna & lihat & anggau kt cida ekk..:-))

1) Bantal...(bntal yg empat segi cm kusyen tu)
2) Tali leher tu cm ok gak...
3) Mug (nmpak cm biasa, tp dia leh guna selalu..tp nak post ek? so, thats risk la sikit)
4) Belt..(beli yang nmpak murah tp mahal)
5) Duit....hehe..bagi la RM30, suruh dia beli sndiri..kah kah kah...
6) Kad...its very very memorable and sweet....simple but bermakna...

p/s: kata hari ni tak nk update, takut org tak terkejar nk baca...hehe..(sorry la ek, terover pnjg la pulak)

October 9, 2008 8:04 PM

(Ko mmg selalu over... hahaha.... gurau jerk... bagi duit RM 30 hinggit!?!! bugettt akuuuuu ialahhhhhh...wakakak pikir sendiri... bantal? bahaya tu... mug mmg nak beli tu je, tapi takut pecah. Anyway thanks my dear friend... )

Delete

Blogger Deqna said...

bagi t-shirt ker, perfume ker, wallet ker, pen ker.. dan apa2 jelah, saya pun tak tak tau apa taste kawan cida tuh, tapi kalau saya, saya kasi benda tu lah...

(Pengsan ooo idea Deqna... tang minyak wangi...yang mampu beli minyak wangi silkygirl
yang
mawi punya 'Very the brave type'... actually cida pun tak tahu dia macammana...
kawan
ni kawan biasa Deqna... kerja apa pun cida tak tahu, nama pun tak tahu... heheh...
gilo aku ni... tapi dah janjikan... dia pun excited je... so apa la salahnya bagi... yer kan?)
Thanks to all my dear friend...seronok aku baca pendapat korang...

So ari sabtu pencarian hadiah telah bermula... ni this case, aku rasa aku nak ikut pendapat giloz Azura... hahah dan tambahkan keseronokanlah,kan.... bagi sekali ubat gigi... tapi kang dia kata aku gila pulak.... hahah tapi seyes mmg nak bagi tu je... kalau ilang pun tak la ralat sangatkan? Tapi aku pikir better aku cari dulu nak beli apa... last2 kalau tak ada benda nak beli mmg bagi tu je la... maklumlah aku dengan mamat ni pun selalu bergurau senda gitu,kan...


Tot to buy him key chain... comelkan? tapi nampak girly la... takkan dia nak pakai pulak,kan? Tapi tak pa, kita cari kad birthday dulu...


Ibu yang sentiasa sporting ok...dia lagi la... suruh aku beli mengarut-garut je... mahal lak tu... ingat anak dio kayo ko? banyak kali juga aku ingatkan Ibu... 'HE JUST FRIENDDDD IBU' and dia jawab ' APA SALAHNYA...' uh... ibu selalu tau get excited...

So... this is the card i bought for my friend APEK....

The card for birthday boy....

And the gift.... jeng...jeng.... tak jadi nak beli berus gigi... wa rembat ni tuk dia...

Rasa-rasa apa?! dapat teka tak?

Yer... benda alah ni... gelang tangan *kerut dahi...gelang tangan bunyik macam pelik je kan?!* aku pun tak tahu la nak panggil apa... but i hope he like :)

So aku beli perhiasan diri... hahah boleh consider tukan?! kuikuikui

To Apek... Happy Belated Birthday bro... aku tak tahu nak bagi ko apa... tapi harap ko suke la yek...



The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-