Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, March 24, 2008

Qiara

Aku selalu risaukan ibu kat rumah bila aku pergi kerja. Well mak aku nampak sihat tapi apa pun bole terjadi kat rumah. Bila semua kerja dan adik bongsu aku ke sekolah, dia keseorangan kat rumah. Buat kerja rumah, dan dia selalu mengadu kaki dia tak kuat kalau nak naik tangga mengemas.That why im worried. Mendengar beberapa kisah dr kenalan, mak diorg meninggal jatuh kat rumah, nausubilla minta di jauhkan pada mak aku dan semoga Allah sentiasa lindungi dia kat rumah.

Aku selalu call dia kat rumah at least 2 kali sehari. Sajer tanya itu ini tapi nak make sure she ok. Aku hanya mengharapkan adik bongsu aku dapat balik cepat dan tak melencong balik dari sekolah sbb sekurang2nya dia ada kat rumah menemani mak aku kat rumah. Tapi adik aku ni banyak sangat alasan. Dia balik sama seperti aku balik dr kerja. Itu yang buat aku selalu memekak kat rumah.

Anyway when ever i call my mom. Dia lebih banyak citer pasal kucing kami, Qiara. Qiara ni kucing biasa je. Tapi aku tak tahu dia mmg tak nak kuar dari rumah. Kalau kitaorg kuarkan dia, dia mesti main kat kawasan rumah dan dia tak merayap pun. Dan Qiara yang selalu menemani mak aku kat rumah. Kalau call mak aku mesti mak aku mara2 jerit2 macam jaga budak padahal kucing. Kalau mak aku masak dia lepak kat dapur. Kalau mak ku mengemas dia sibuk duduk perhatikan mak aku kerja. Kalau mak aku tido, dia pun tido sama.

Tapi satu je masalah si Qiara ni. Berak merata. Puas ajar dari kecik. Kalau dia rasa nak berak kat pasir, dia berak la, kalau dia malas dia akan berak merata, alhamdulilla selalu dia akan berak kat depan bilik air, dah tu pandai lak dah berak panggil mak aku dan tunjuk kat mak aku yang dia dah melepas kat depan bilik air. Mak aku apa lagi kalau dah nampak, dia jerit la macam gaduh dengan manusia.

Aku mmg tak boleh, kalau mak aku tak ada, gi mana2 untuk jangka masa yang lama, than aku akan hantar dia ke Pet's care. Tak kuasa nak kaup najis dia... Mak aku ni 10 kali kata nak buang si Qiara, tapi dia sayang. Qiara ni kalau di buang aku sure dia tak boleh nak hidup kat luar sendiri. Dia tak berani nak keluar rumah macam SIMBA (my other cat). Simba lak lain pulak perangai. Sejak dah besar ni, dia buat umah hotel pulak. Balik makan pastu keluar. My dad selalu kata dia dah kawin... heheheh so nak kena jaga anak bini.

Kelakar tengok mak aku ni. Kalau la si Qiara tu manusia, mau dia ajar kucing tu memasak.

My niece's school project!

Last weekend, Marina's family comeover my house. Spending the weekend with us since her husband attend class at Shah Alam. My niece yang sorang ni mmg la rajin, aku dengan pidah selalu gelakkan cara dia buat kerja sekolah yang sangat mudah. "Mak long kita tak faham soalan satu hingga sepuluh, tolong tulis jawapan kat situ". Perh dengan mudahnya dia suruh aku tulis jawapan. Kalau kita mengajar dia, masya Allah... boleh sakit jantung.

Dia ni mmg payah sikit nak mengajar. Kesian jugak bila tengok budak sekarang, cuti sekolah je kerja rumah mengalahkan hari sekolah biasa. So pagi tuh, dia buat kerja sekolah dia macam biasa. Cik gu dia siapa lagi mak aku la. Mak aku je rajin melayan budak2. Tapi aku tahu teknik mak aku sbb she aply the same technic, sama dia mengajar kami adik beradik.

The first 10 min, dia terangkan, she will write and explain to us... 20 min after that you will see she the one who finish the homework... hahahah. Lagi la anak buah aku ni, manja.

Ayah dia balik kelas pukul 6, selalunya lepas magrib diorg akan balik melaka. Tengah sedap tengok TV, mak aku dok cari barang, menghalang TV dan anak buah aku ni dok cari barang kat almari kasut. So aku tanya mak aku, mak aku jawab dia nak tolong Amira buat school project. Aku pun buat la tak tahu, mmg dah paham perangai mak aku ni, dia mmg penolong kanan budak2...

Half hour after that mak aku menjerit "&^&(***)(*) macam mana ni!!! Tak jadi la mira" So aku gi la kat bilik tempat diorg buat kerja tu. aku tanya mak aku... tahu mak aku cakap apa?

"Tolong Along, sekolah dia kena buat project buat kereta, kalau kereta tu tak boleh berjalan, nanti Mira fail." Si kecik tuh dah sembunyi belakang mak aku. Macam mana kereta tu nak jalan kalau mak aku gi gam tayar lori (CD ) tu kat badan lori tu ( Kotak kasut).

Dan bermula di situ aku pun terlibat sama dengan project budak ni!!!! Menyesal aku tanya! Dalam hati menyirap je... mana tak, aku bukan pandai seni lukis melukis ni! mak aku pulak merayu, si Mira ni relex je... anyway school project aku pun kebanyakkannya mak aku yang buat... heheheh. Cuma dah tua2 ni, dia dah lupa cara-cara nak buat. Nak tengok apa jadi dengan lori ni, look at those pic that i upload.

Barang yang diorg dah sediakan tuk aku buat...

Kotak kasut yang jadi badan lori

CD sebagai tayar lori...

Meletakkan gam pada penutup botol sos... Lupa nak citer, my mom bukak semua sos baru kat umah semata-mata nak ambik penutup botol sos ni!

Nak jugak posing walaupun bukan diorg yang buat... uhhhh

Mak aku rajin lukis gambar driver kat kepala lori tu...

Tah daaaa... nasib ko la Mira!

Lori ke kereta pajak ke ni? Cd dengan penutup botol tu kena balut tapi aku tak nak bagi sugest sebab aku jugak yang kena buat... hehehe lori ni hanya bole bergerak atas kapet je, kalau simen tayar rosak... hahaha...

Master mind! Kids love my mom... sbb dia je suka melayan budak2, terutamanya si Mira

Sometime i wonder, kalau kami adik beradik ada anak, my mom gonna spoil them with love. Tp Alhamdulilla kami adik beradik masih lagi sayang and hormat dia sebagai ibu, cuma kadang2 je la ada terkasar bahasa dengan dia. But we still love her and aku susah nak berjalan2 kalau my mom tak ada.

Love you IBU...

Broke!

Pokai aku minggu ni. Well, satu penykit aku yang sukar nak ubat ialah berbelanja. I spent to much. Terutamanya kalau duitgaji ada 'Balen-balen'. Uh... bila dah beli baru nak menyesal, baru terpikir, asal pulak aku beli barang2 ni? Kalau makanan still ok kot, tapi ni beli baju.

Last saturday aku gi temankan adik aku buat facial muka. Memula malas nak pergi, so my sister cakap dia bayarkan sekali, so ni peluang terbaik! So pergi la.... than leps facial kita org gi Jusco, memula nawaitu hanya nak "look at shop's window" tapi ambik ko! Masuk, tarik barang, gi kaunter bayar! Itu adalah 4 cara mengeluarkan duit dari poket. Kalau tak ada duit, dah masuk 5 langkah iaitu cucuk duit kat ATM, masuk kedai, tarik barang, gi kaunter dan langkah terakhir bayar!

Uh... but anyway benda dah berlaku. Ini yang aku buat bila aku tengah bengang dengan org di sekeliling aku... kalau aku tengah ada problem je ni la aku buat, buang duit! Look what i bought that saturday.

I bought this blouse dengan harge RM 18.95 from SODA 70% off...

Baju for Naufal Fariz... anak sepupu aku. Tak boleh nak menahan diri bila tengok baju budak2 yang cute sekarang. The price is RM 69.90 and 50% discount from PADINI KIDS

Baju ni tuk Nazmi Faiz... si budak demuk tuh... geram tengok dia. Baju dia ni only 10% discount from RM 45.00... perh... tak ada warna hijau terpaksalah ambik yang ni.

The reason i bought this shirt for them is for my sister's wedding... The theme colour will be green. So sbb tuh aku beli. Tapi bila dah beli aku terpikir kejap... macam mana baju diorg lebih mahal dr aku? Heheheh... anyway tak pa la... dah beli pun, bukan selalu aku belikan diorg barang... love them so much!