Menarik perhatian ku... but tak leh nak komen lebih2... hahahah...hari ni mud kerja mmg hilang... wakakak... dok mengadap blog je, percaya tak? Percaya arrrrr....
Ok share this ting dengan korang... biasa email from Che Ta... siapa lagi sumber email ku? Yang lain biasa2... yang boleh kongsi, ku kongsi ok...
Islamic NLP for Parenting: Melembutkan Hati Anak
Seminggu yang lepas, mak saya berada di rumah saya selama seminggu sebelum beliau pergi ke rumah kakak saya. Kesempatan yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu keibubapaan daripada mak saya. Saya ingin tahu bagaimana untuk melembutkan hati anak.
Saya mempunyai 10 orang adik beradik (4 lelaki dan 6 perempuan). Saya merupakan yang bongsu. Saya bertanya kepada mak saya tentang bagaimana mak dan arwah ayah membesarkan anak-anak beliau.
Dalam keadaan yang kekurangan, beliau mampu menjaga anak-anak dengan baik dan menjadi orang yang baik-baik. Alhamdulillah semua 10 orang menjadi manusia yang taat, tidak mempunyai masalah sesama adik beradik, sentiasa mengasihi dan tolong menolong dan sentiasa mengasihi mak dan arwah ayah.
Mak saya memberikan petua yang tidak pernah diceritakan. Apakah petuanya yang dirahsiakan selama ini?
Setiap kali menyedia dan memasak makanan untuk keluarga, mak akan membaca “Ya Rahman, Ya Rahim” ketika memasak dan menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak beliau.
Mak menambah lagi, ketika menyedia dan menyuap makanan itu, beliau hanya ingat “hanya Engkau ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mampu memberikan anak aku kenyang dan sihat. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada anak-anak aku“. Itulah kata-kata mak di dalam hati ketika menyuapkan anak-anak mak makan. Rupanya mak terlebih dahulu mengamalkan “terima kasih Allah SWT” sejak dulu lagi.
Mak kata lagi, mak juga beri kucing dan ayam mak makan dengan menyebut “Ya Rahman, Ya Rahim“. Kucing-kucing dan ayam-ayam peliharaan mak semuanya jinak-jinak dan tidak menyusahkan tuan rumah (mak).
Wah! sungguh menarik rahsia yang mak berikan kepada saya.
Benarlah, selalunya orang-orang yang memiliki kesedaran tertinggi ini hidup mereka tenang. Patutlah arwah ayah dan mak, walaupun mereka susah namun mereka mampu membesarkan 10 orang anak-anak penuh dengan ketenangan. Tidak merungut, tidak mengeluh dan sentiasa rajin berusaha dan beribadat kerana mereka yakin benar segala-galanya adalah ketentuan Ilahi dan doa dengan sabar serta solat mampu mengubah takdir kehidupan.
Terima kasih Allah. Terima kasih mak. Al-fatihah untuk arwah ayah.
***Apa kata selain daripada anak-anak kita, kita cuba kepada suami atau isteri pula untuk melembutkan hati mereka. Sesekali suapkan mereka makan sambil menyebut di dalam hati “Ya Rahman, Ya Rahim“.
Jangan lupa juga ketika menyediakan makanan samada memasak, menghidang makanan atau juga membancuh air. InshaAllah lembut hati suami atau isteri. Maka ketika suami meminta isteri membancuh air, janganlah merungut. Inilah peluang terbaik untuk melembutkan hati suami :D.
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)