Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 2, 2009

Ku pohon...

Selamat pagi semua...

Aku nak berkongsi sumeting dengan korg... semalam berbual2 dengan Hubby pasal few thing... dan aku tertarik dengan ayat yang kuar dr suami ku ini...

Lelaki di benarkan kawin sebanyak empat org... sama ada sekali gus atau satu persatu... kalau cerai empat isteri ni, dia bole dan layak berkawin empat lagi... tapi ibu hanya ada satu dalam dunia tuk setiap org... selagi ada hayat ibu tu, jagalah... isteri boleh cari di mana-mana... kalau tak baik, kami tetap di beri peluang tuk cari... tapi ibu hanya satu... tiada ganti dan tidak boleh berganti...baik buruk seorg ibu tu, dia tetap ibu yang melahirkan dan membesarkan... berdosa besar bagi seorg anak melukakan hati ibu hanya kerana seorh perempuan...

Pengajaran buat aku juga dan yang lain... beringat la... jangan sesekali kita cube pisahkan kasih ibu dengan seorg anak... dan sebagai isteri kita perlu taat pada suami... syurga wanita yang berkahwin terletak di kaki suami, manakala syurga suami tetap di telapak kaki ibu... pesanan ibu padaku sebelum kawin, sampai sekarang ku pegang... tidak berkad sesebuah perkahwinan itu tanpa restu dari ibu... hidup akan di landa masalah sepanjang perkahwinan tu nanti...

Aku insap seketika... tetiba teringat pergorbanan mak mertua ku... aku ni hanya org luar tapi kasih sayang dia tak pernah berbelah bagi... baik pada anak, mau pada menantu... betapa aku syukur sangat dapat ibu mertua yang memberi sama kasih sayang dengan ibu sendiri... bila terkenang kawan2 cerita mak mertua diorg macam ni macam tu... aku rasa akulah insan yang paling bertuah memiliki suami dan keluarga mertua yang sangat baik... Alhamdulilla aku senang dengan pimpinan suami ku... melihat wajah mereka, hati aku sejuk dan nekad tuk berubah arah kebaikan...nak buat suami ku bahagia, nak buat mereka bahagia kerana dah banyak sengsara yang mereka lalui dan cukup! aku tak mahu menambahkannya lagi...

Ampunkan cida mak, kalau cida ada salah dengan mak... ada sikap dan perangai cida yang mak tak senang... tak kisah la apa pun kesalahan cida pada mak... kalau cida salah, tegur la cida... marah la cida, tegur zamani supaya dia boleh tegur apa silap cida pada mak... Saat mak nak pergi mengerjakan haji ni, banyak dugaan dan rintangan mak terpaksa hadapi, dan luluh ati aku sebagai anak melihat seorg ibu menangis walaupun dia bukan ibu yang mengandung dan membesarkan aku...

Dan suami ku... kau tak perlu meminta kebenaran atau meminta pendapat tuk melakukan sesuatu yang terbaik tuk keluargamu... aku tahu kau memikul tangungjawab yang begitu besar... dan sebagai isteri, aku akan sentiasa berdiri di belakang mu... Insya Allah ku hulurkan segala bantuan yang termampu ku beri...

Maaf... hari emosi aku la ni... tetiba aku jadi sedih dengan apa yang berlaku... aku kecewa dengan apa yang terjadi... walauapa pun dugaan mu Ya Allah, tetapkan pendirian ku... tetapkan imanku, tetapkan kesetiaanku pada suami ku serta tetapkanlah kasih sayangku terhadap suami ku... walau apa jua yang dia lakukan, jangan la kau wujudkan rasa dengki, iri hati dalam diri ini... amin...



Tiada apa yang boleh mengembirakan kami , dari terus melihat mak tersenyum... to the AnaS, anggap apa yang kak long tulis ni sebagai nasihat, walaupun ku bukan org yang layak... tapi sebagai org baru, kak long nampak ikatan keluarga yang mak abak bina sangat kuat... janganlah hancurkan semua tu... and kalau kak long ada salah, silap, besar kepala... tegur... jangan diam, thatz is the meaning of family... kawan merata2 kita boleh cari, tapi keluarga susah macammana pun mereka tetap akan tolong dan bantu mereka...
Tetiba aku teringat Fidah... sob sob... maaf teremo pagi2 jumaat ni....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-