Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, March 8, 2009

Kampung pengantin...

Majlis persandingan aku dengan Zamani akan berlangsung di kampung pengantin... ermmm akhirnya aku family mengambil keputusan buat majlis persandingan dekat dewan and combine dengan Zamani....Zamani punya side mmg akan buat kat sana... tapi memikirkan kepenatan aku dan keluarga aku, aku rasa elok gabung je la...jemputan aku pun aku rasa tak la ramai mana sebb family aku baru je buat majlis tahun lepaskan?

Zamani mmg bercit-cita nak buat majlis kat kampung pengantin ni, kira impian perkahwinan dia la... mmg dia frust giler sampai tak mo kawin dengan aku sbb kampung pengantin ni tutup kat ampang dulu...wakakak.... tipu je... tak la sampai tak mo kawin...cume sekadar tidak ambil peduli... wahhh macam kenal ayat tu eh!

That day ingat tak aku kata aku ada selisih faham dengan Zamani? Well pasal wedding ni la... Zamani cadang nak buat sama... aku tak nak sbb atuk, nenek,mak dengan ayah aku nak jugak buat kat umah... so Zamani cadang buat kat dewan Shah Alam... aku macam tak setuju sbb malas kalau dewan2 ni... cost dia pun bila kira2 agak melampau jugak la... katering makan sahaja 12,000... cube anda bayangkan!!!! tak masuk sewa dewan, kerusi meja, bilik persalinan... aku tengok quatation macam...YA ALLAH!!!! baik buat kat umah... semua di charge... tunjuk kat ayah dia pun tak setuju... suruh buat kat umah sahaja.

Tah macammana mak Zamani bagi tahu kampung pengantin dah bukak kat jalan genting... so Zamani kata dia and family nak buat kat sana...so ok la... majlis diorg...nak buat mana pun tak kisah la...

But last week aku balik Melaka, sepupu aku kawin... aku dengan Zamani terdiam sat... aku tengok muke2 yang tolong semuanya budak2... yang mak-mak (mak cik2 aku) semua dah terduduk one coner, diorg bukan malas, tapi tak sihat... semua ada masalah sama sakit kaki... aku macam terdiam... mengadu kat zamani jugak time tu...kalau aku kawin nakminta tolong siapa seh? Takkan nak kelam kelibut sorang2? Kira pak cik aku ni untung sbb dia ada anak dengan cucu buat kerja... so mula la terpikirkan kalau majlis aku, bole ke diorg tolong? Nak harapkan jiran? ermmmm idok ler...

Than ,Kak ina (akak sepupu aku) tanya majlis aku buat mana, aku jawab umah... dia dah angkat tangan...

"Tolong la daaaa buat kt dewan... kak ina mmg tak larat... asal kerja kawin aku stay paling last habiskan kerja! tolongla... buat la kat dewan... akak tak larat. Tahun ni Mira UPSR, Mirin dah masuk asrama penuh,bla...bla..bla..." ok aku nampak muke dia kepenatan...sian jugak kat dia. Waktu wedding pidah pun aku dengan adik2 dia banyak buat kerja pembersihan umah...now Herry tak ada, Rizal pun tak ada... org2 kuat aku mmg tak ada. So macammana?

Terpikir jugak bila tang tu... discuss dengan Zamani... and aku agree to slow talk dengan ibu dengan ayah... ibu still tak setuju pada mulanya... Ibu aku tu takut jadi anak durhaka sbb atuk dengan nenek aku mmg berhajat buat kat umah... tapi bila dah cerita pasal senario apa yang akan berlaku... so mak aku pun agree...

Dan ari jumaat tu aku gi la kat kampung pengantin, survey harga dan tempat! Agak puas hati la... cume tempat jauh la... but i dont care!!!! chewah tang tu jugak request kat Zamani nak buat malam!Apa nak jadi,jadi ar! aku nak buat jugak waktu malam sbb cantik... waah aku dah leh gambarkan dah wedding aku tu macammana....sibukkan? Side Zamani nak buat sana, aku lak sibuk2 tentukan bila nak buat... hahah Zamani layan je aku.... nasib baik dia layan...kalau takkkkkk harussss ko!!!!!

Kebetulan time tu ada wedding... so dpt la tengok sikit...ada pelamin semua...

Pelamin ni tak termasuk dlm pakej... kalau nak pelamin kena tambah cost RM 1500... so agak mahal bagi aku... better aku ambik pakej mak andam kat luar... at least bayar 2-3k termasuk pelamin sekali... betul tak? kan kan kan? Ni aku tak tahu pihak kampung pengantin yang buat atau org tu buat pun pakai mak andam luar.

Ruang makan tuk tetamu... minimum 600 org dan maximum 1800 org boleh muat dlm satu majlis...

Meja makan pengantin... aku suke giler kerusi dia... tentu aku nampak macam org kerdil kat kerusi besar gedabak tu,kan? heheheh veranggan!!!bluek!

Atas tu bilik pengantin, bawah tu bilik tuk sedara mara nak solat, rehat.... best kan... aku turun tangga kanan... Zamani turun tangga kiri... kuikuikui... bertemua kat tengah... jalannnnn.... vah! vah!

Ruang jalan tuk tetamu...

Pandangan dari bilik pengantin...

So jalan ke pelamin... hahah tu bakal pengantin lelaki, yang sebelah tu bukan pasangan dia! Heheh aku bz ambik gamba... bilik pengantin super ok! Nasib baik diorg tak buat pakej tido semalam kat situ. Ahak!Nak ambik gamba tapi gelap la... org tu tak bukak lampu... sedih je,kan.

Ahhhh tak sabarnya nak kawin.... heheh sangat gedik ok!!!! Krusus pong tak ambik lagik! Haiz!!!!

Dah tengok tempat, aku dengan Zamani terus book tarikh on 26 July and 1st Aug... 1st Aug ada 3 org booking termasuk kitaorg tapi tarikh akan di beri pada yang bayar dulu... so kitaorg tak leh pandai2...kena bincang dengan mak, abak, ayah and ibu... kang pandai-pandai pulak...

The next day Mak dengan Abak terus gi kampung pengantin, waktu tu aku dlm kelas krusus kawin... Zamani sms aku... mak tanya nak booking date ! Mak tanya AKU nak buat majlis bila... awwww aku rasa happy tau... i mean diorg mmg nak buat kat situ, they should choose the date... tapi mak suruh Zamani tanya aku nak bila... *gelek gelek muntut*.

Than mak personally call aku tanya pakej yang mana aku nak... sekejapan je diorg dah book on 1 Aug...baikkan bakal mertua saya?? *kelip kelip mata*... Ya Allah rasa di hargai sangat... Zamani lagi la... dia lagi tak kisah... semua dia serah pada aku dengan mak dia... bagus laki aku tu,kan... jangan ko banyak bunyik sudah sayang....ngeh ngeh ngeh... sila munah semua...

So soal persandingan, dah beres... dengan ini aku dengan sang lelabah mengistiharkan bahawa majlis pernikahan telah di lewatkan seminggu gara2 tak ada tempat pada 25 july dan dengan ini majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 31 july 2009, masa tak tahu lagi... dan majlis sanding akan berlangsung pada 1 Aug 2009.... sekian terima kasih!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-