Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, April 7, 2008

Aduis...

Alhamdulilla ari ini hari yang ke 3 aku puasa. So balance puasa yang tingal 7 hari lagi. Baru la mulut ni berhenti menguyah, kalau tak... kejap2 ulang alik pantry tengok apa lagi yang aku tak makan.

Call ibu tadi, umah aku start renovation kat depan tuh ari ni. Sepanjang minggu lepas abang contractor tu baru dtg ukur dan kasi harga.So mula ari ni. Ibu nak pitam sbb semalam sehari suntuk dia mengosok sampai la pukul 4 pagi. Than kul 5 bangun buat sarapan sampai kesemua anak dan suaminya keluar kerja. Selalu bila kita org gi kerja dia akan sambung tido, tengahari baru bangun kemas, masak basuh. Tapi kali ni takkan dia nak tido sedangkan org tengah kerja depan rumah. Pintu pun tak kunci, takut la kalau diorg nak minta apa-apa. So sbb tu kepala mak aku dah mabuk. Dia cakap dia sembahyang tadi pun macam nak pitam. poor ibu.

Lambat tul masa berlalu, Berkali2 call si raudhah... merayap je. Memula call kata on da way balik umah. Sekolah dengan umah jauh 3km je. Paling lambat pun ambil masa 20 minit kalau jalan kaki. Sekurang2nya bila dia ada mak aku bole la kot lelap kejap. Hampeh satu jam pastu baru kata "adik dah sampai" bila suruh panggil mak aku (kes tak percaya) dia bagi alasan, eh belum sampai kat simpang umah... ada je alasan melaun tuh!

Ok bos aku panggil sat lagi aku sambung!

Arghhh tentionnya... ni yang aku malas bila bos aku membebel di atas bukan salah aku. Manager aku ni pun degil jugak, dah baik resit semua dia asingkan, dia gi satukan. Aku dah agak dah bos aku bising! And last yang kena tembak siapa? Aku la! But aku tak nak lagi tutup kesalahan org lain. Aku terus cakap dia yang nak buat cara macam tu dan tak ada kena mengena dengan aku! Haniyaaa these people yek... boleh buat aku kencing manis!

Erm... 7 minit lagi... need to settle my work.... than merambus balik....

Perubahan jadual

First aku nak citer jadual majlsi perkahwinan adik aku terpaksa di ubah,gara-gara tok kadi tak free ari tu... nasib baik jadual tok kadi tutak penuh. Kalau penuh bila agaknya adik aku tu nak nikah? So plan ari Jumaat 30 May lepas isya terpaksa di cepatkan Asar di Masjid Ampuan Rahimah klang. Itu pun tok kadi tu ada sorg pasangan nak di nikahkan. So lepas pasangan tu, baru adik aku. So ada ke pilihan ?Terpaksa la ikut. So the first plan was :-

  • 10.00 am - Majlis Khatam Al-Quran
  • 1.00 p.m - Persalinan
  • 4.00 p.m - Rehat
  • 5.00 p.m - Persiapan tuk nikah
  • 8.30 p.m - Pihak lelaki dtg sambutan bungapi
  • 8.45 p.m - Majlis nikah
  • 9.15 p.m - Pertunjukan bungapi ( selesai batal air sembahyang)
  • 9.30 p.m - Jamuan makan and photo shoot after nikah
  • 11.00 p.m - Majlsi Bersurai

Ini yang kita rancang nak buat. Di sebabkan bungapi dah pun kita suruh org cari... eh! this should be top secret. Tak ada org tahu pasal bungapi ni.Takut lak tak jadi. Supplier yang supply bungapi tu senyap je... hahahah tapi majlis terpaksa di tukar kepada

  • 10.00 am - Majlis Khatam Al- Quran and Marhaban
  • 1.00 p.m - Persiapan tuk majlis nikah
  • 4.45 p.m - Majlis Nikah di masjis Ampuan Rahimah
  • 6.00 p.m - Jamuan Minum petang
  • 8.30 p.m - Majlis Persandingan and photo shoot
  • 9.00 p.m - Jamuan makan dan sesi persalinan
  • 11.00 p.m - Majlis bersurai

Erm mesti pelik asal lak nak buat majlis persandingan? Well mak aku teringin nak tengok adik aku dengan menantu dia pakai baju songket sbb sanding tuk ari sabtu diorg pakai moden. So ikutkan la. Than takkan nak bakar bungapi waktu senja? Nampak pun tak,kan? So prtunjukan bungapi will be after majlis sanding tu kot.

So that all, pasal benda tu bertukar habis semua atur cara kena tukar. Makanan pun bertambah jugak sbb kita terpaksa add majlis minum petang. Kuih kena la order. Erm.... pelik jugak kalau makan nak-nak magrib ni. So lepas isya baru makan

Uh... aku puasa ari ni... dah masuk zuhur... Oh toilet dah betulkan da. So boleh buang apa nak buang... hehehe