Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, September 3, 2009

Sharing is caring! Info tuk mereka yang dah kawin

Dulu, bila dpt email dr mereka2 tip pasal umahtangga, aku selalu je ignore... buat apa ler nak tahukan... bukan ada laki pun... itu DULU.... sekarang jegil mata nak tahu... bukan apa, pedoman tuk org2 yang ilang pedoman macam aku ni... dah la kurang didikan agama, dah dpt email2 macam tu pun buat tak tahu...

Ok may be ada yang kata apa daaaa puasa2 letak entry gini, gitu... jangan kawan2... silap2 kalau terbuat, macammana? Bukankah kita menangung satu dosa besar? berkongsi la supaya masing2 dapat info. Lagi2 bulan puasa ni, penat kamu mengejar pahala, last cicir akibat dari kelalaian kita sendiri...


Ok dpt email ni dr Che ta... thanks for sharing yah... sila baca semua...


Extract 1
((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan:

Hukum bersetubuh pada siang Ramadan


ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”.


Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”.


Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”.


Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan?


Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”,


Jawabnya: “Tidak mampu’.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,”


Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.


Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma.


Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”.


Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”.


Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”.


Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu.


Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih bukhari.


Extract 2

Soalan;Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.


Jawapan;Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).


Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.


Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;


1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.


2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.


Wallahu a’lam.Rujukan;1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid(http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

Extract 3

A-3 Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:


•Cium. Dibolehkan bagi orang yang dapat mengawal nafsunya untuk berciuman dengan pasangannya. Berciuman tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Dalilnya adalah keterangan A’isyah radhiallahu ‘anha:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ أَمْلَكُكُمْ لإِرْبِهِ.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium (isterinya) padahal baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal baginda berpuasa. Akan tetapi baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1106 (Kitab al-Siyam, Bab mencium tanpa syahwat dibolehkan bagi orang berpuasa)]Justeru dibolehkan bagi seorang suami mencium isterinya sebelum pergi kerja atau isteri memeluk suaminya sekembalinya dari kerja. Aktiviti seperti ini dibolehkan dengan syarat ia dikawal dari berlarutan.


•Bermesra-mesraan. Dibolehkan bagi orang tua untuk bermesra-mesraan dengan pasangannya. Bagi orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, seperti orang muda, ditegah baginya dari bermesra-mesraan di siang Ramadhan. Bermesra-mesraan tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:


أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ. وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ.


Seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan bermesra-mesraan (dengan isteri pada siang) Ramadhan dan baginda memberi keringanan baginya (boleh melakukannya). (Kemudian) datang pula seorang lelaki lain yang bertanya soalan yang sama namun baginda melarangnya. Maka yang diberi keringanan ialah orang tua manakala yang dilarang ialah orang muda. [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2387 (Kitab al-Shaum, Bab dimakruhkan mencium)]

Part ni aku confuse... hahaha aku consider mude ke tua??? bluekkkk dush dush lagi mau buat lawakkan... ok kongsi la apa yang patut... semoga hidup di berkati di bulan mulia ini...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tudung punya cerita

Me :- B ayang nak ajak ijat dengan Hasra kuar sabtu ni bole?

Oh Ijat mesti tercengang... aku tidak tahu pun hal ni... sebenarnya ku nak bagi tahu... heheh tapi segan ar....

Zamani :- Ok... nak gi mana?

Me :- Nak gi cari tudung tuk raya...

Senyum kambing, laki aku senyum kelat...

Zamani :- Raya je pakai tudung?You kena BELI tudung ke? Baik pinjam kat ibu ke Fidah... kalau nak pakai raya je...

Me :- Eshhh mana la tahu hati ku terbuka nak pakai tudung...senang sikit, kan kan kan

Zamani :- Habis bilanya ayang nak pakai tudung???

Hanya tersengeh...

Me :- Yahhhhh gud question, but no answer...

Zamani :- Ermmm...

Org kata doa suami tu kalau betul2 berkad... doa-doa la selalu, buke pintu hati ku tuk bertudung... ok sayang??? Tah la... aku masih ragu2... dengan perangai aku macam gini, nak pakai tudung menutup kepala, tapi hati tak sesuci dan sebersih yang di gambarkan... ini pendapat aku la... jangan terasa lak... kan... bukan aku kata yang tak bertudung tu jahat atau jahil... tapi tah... ada masanya aku akan berubah ke arah kebaikan... apa lagi nak jadi ibukan... mesti la nak jadi role model ibu mithali kat anak... ngeh ngeh ngeh... verangan dulu ok


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Self Update - 2

Semalam gi Umra... heheh Klinik Umra... ha... belum lagi nak sampai seru tuk ke Umrah Mekah, ada rezeki baru boleh pergi... heheheh...


So semalam lepas balik kerja jerk, kami sempat la berbuke kat umah... kalau tak hareeemmm tak sompat... Zamani bagi tahu mak call petang, yehhhh berderau je ingat mak kata tak leh gi... rupanya mak bagi tahu Dr Umu ada sampai kul 10 jer.... so kena la cepat...


Lepas magrib je terus la pergi... ambik mak dulu... masuk2 umah mak, mak kata dia buat bubur cha cha... wahhh ku dah tercengang telan air liur... kang makan, lambat lak... tengok jam kul 8 dah... tak pa la. Gi la klinik dulu... suke ko! Ari tu ibu ku suruh buat bubur Cha Cha... dia buat pengat pulak... tak pa la... takkan nak demand... and rezeki baby, tok mama yang buat... suke suke... terima kasih mak.... *tunduk ala ala jepang...*


Kat Klinik ramai lor umat... time dtg tak ramai tau... rupanya semua pakat booking petang, balik buke, lepas buke dtg... ramai giler... padan la aku hairan, aku dtg dulu, yang mana baru masuk dah kena panggil...ini tidak adil!!! Kebetulan ramai lak yang bersalin semalam... perhhhh aku yang kecut perut... muke sorg tu sian tahan sakit, jalan ke bilik doktor... mmg nampak dah cukup masa dah... kalau aku dah tak leh jalan da... mmg suruh Zamani dukung je... *wahhhh gitukan...*


Nasib mak ada...kan aku cakap... kalau harapkan Zamani dengan aku, mmg lepas aku bersalin kot doktor nak panggil... mak jumpa nurse sana sini tanya, kenapa lambat sangat... heheheh.... so dlm setengah jam tu, nama aku di panggil tapi bukan jumpa Dr Rafi atau Dr Umu... aku tak kenal siapa... but Doktor ni mmg bagus la... tapi nampak garang.


Baring macam biasa... scan... anak ku tengah sujud solat terawih... first aku ingat scan baby tu salah, sbb tak pernah aku tengok baby menongeng... but my baby menongeng... tok mama, abak dengan ibu tersenyum2 je... hahaha... siap tendang sikit2... tak macam hari tu... may be he/she sleeping... tapi tido sebijik Zamani... MENONGGENG??? Idok le laki aku tu tido menongeng... sesuatu jugak kalau dia tido menongeng... dia kalau baring suke meniarap... anak abak,kan? Claim laki aku...


Doktor tu mmg hebat ar... siap tanya aku... sebelum mengandung, sengugut you teruk yer? aku angguk... and dia sambung, you sakit sampai makan ubat yang kuat tu ke??? Wahhhh ko doktor ke, ahli nujum??? Dia cume angguk2 je... may be fibroid aku tu kot...


Baby ok... sangat ok... nak tengok jantina dia, dia kepit tak bagi tengok... alaaaa teruk tul anak ibu ni tau... kasi ibu tertanya-tanya... puaslah doktor tu tunggu dia terlentang... scan sekitar part tuk tengok pun dia elak2.... anak ibu perempuan kot.... hahahah... malu2 kucing pulak dia... tak mo show jantina dia... tak pa janji anak ibu sihat... abak dengan ibu tak kisah, lelaki ke perempuan ke, baby tetap darah daging kami... ahhhh terbayang2 dia kat dlm tu... cute...


So doktor ni mmg bagus... aku terus bangun je dr katil tu, but dia kata cara ku salah, cara yang betul, mengereng ke kanan, kaki lurus, tongkat diri dengan tangan, turun kaki kiri dahulu... itu cara betul... sbb kalau baby besar kena turun katil macam tu, tak leh just bangun je... ok tu tips yang pertama...


Ke dua, dia kata bibir aku sangat kering... muahahah... than tengok gigi aku, dia kata gi dentist sebb gusi aku bengkak... yer Fidah ko yang kata tak leh gi dentist... doktor tu siap cakap siapa cakap tak boleh? sbb kalau di biarkan lama... alaaa aku lupa la sbb apa...


Ke tiga, dia tanya aku tak jawab... kan aku kata kalau aku gi laki bini sure semua ok... mak terus cakap, kaki dia selalu kebas, Zamani baru menyampuk, tiap malam cramp... ermmm kurang kalsium... doktor tanya minum susu tak, aku angguk... dia tengok dan senyum... "Eeermmm tak ni... minum amnum, gud for the baby and mummy..." Masalahnya aku since mengandung ni aku tak suke minum susu... ha sibuk claim anak abak... anak abak... ambik ko! baby tak suke ibu minum susu sama macam abak dia ok!


Dr tanya sama ada aku puasa ke tak, aku jawab aku puasa... than she said...


"Kalau boleh jangan, u kurang air sangat2... and baby you perlu zat dr ibu, that why you selalu letih dan tak bermaya..."


Bila dengar kaki aku selalu cramp... lagi la...


"Baby dah ambik calsium you, sbb tu you kena banyak calsium... saya akan bagi you ubat calsium, minum air 2.5 liter at least... tak suke, you minum 100 plus... bukak bagi gas dia hilang, than minum, sbb air ni akan bagi u tenaga plus elok tuk otot-otot... buat kerja kat opis selalu sakit2 yer...we only advice boleh berpuasa bagi ibu yang kandungan dia besar, sbb kita tahu baby dah cukup kuat dan khasiat, you baru lagi, so not gud"

"Now baby dah boleh dengar... selalu talk to the baby... ayahnya pun, selalu berbual dengan dia... dia akan dengar dan faham, bagi dia dengar musik yang soft tuk perkembagan otak dlm perut... jangan u bukak lagi yang rock pulak, terkejut dia dlm tu, sbb baby akan kenal bunyik yang selalu kita bagi dia dengar" Me, mak and Zamani gelak


Ku teringat Rayyan... hahah dlm perut kalau dengar lagi Ruang Rindu, Letto, dia bergerak2, dah lahir dengar lagu tu pun dia tercari2... hahaha... gara2 mak dia gilo tengok cerita Sinetron Intan. Tuk baby aku may be kena la bukak ayat2 Quran kot... tu dlm perut ibu pun dia dah sujud solat... hehehe... tak pa dari dengar music tah apa-apa... dengar ayat2 Quran... so tugas seorg bapa *kelip-kelip pandang suami sendiri*


Dari ari tu aku minta dia cari surah Yusoff, Lukman, Mariam... mana??? mana??? nak harapkan aku ni, mana la cek tahu abang Jamani oiiii.... nak cari kat internet, was2 lak... yer la takut spekulasi tafsiran tu tah apa-apa... so pls help me out yah...


Dah berbual punya pasal, aku tunggu jugak gambo anak aku... doktor ni buat tak tahu je... kang aku mintak dia marah... sekali mak minta... hoyeeeee! suke... terima kasih mak... hehehe...


Kuar ambik ubat... ubat lagi... adehhhh... so dia bagi calsium yang aku rasa agak besar jugak la... mampus aku nak telan ni... dengan Folic apa tah... TAPI kedua ubat ni tak leh ambil serentak... aku jadi blur kejap... berapa lama jarak nak ambik antara dua ubat ni???



Calsium kena ambik pagi sebijik, malam sebijik dan Folic kena ambik dlm tengahari... deiii bulan puasa maaaa.... nurse tu senyum... "Tak leh la puasa macam tu puan..."

So Cida mana lebih penting??? Keselamatan anak atau ko sibuk nak risau ganti puasa???

Perbezaan antara ubat calsium dan turinal... turinal yang kecik pun payah nak telan... yang calsium ni... alamak!!! tapi sahur tadi BERJAYA... Zamani diri depan aku tunggu je... alah demi anak idok la saya tak makan ubat yang oiiii

Yang ni makan tengahari... sob sob... ku puasa setengah ari la... heheheh... tapi kena minum banyak air... adehhh susah jugak mengandung ni... tapi tak pa... macam aku cakap, tuk anak, buat je la... tak lama pun 6 bulan lebih je...


So sampai umah, haruslah ku terjah bubuq cha cha... yum yum... surgoooo you all... Zamani makan pecal sayur / gado gado... perut ku kekenyangan... yum yum tak pa yang penting ku nak makan yang bubur dulu...

Gegar la pulak... ada je yang nampak aku snap gambar ni... hehehe... ala segan sebenarnya, sbb mention kat blog apa yang aku nak makan... semua mak tau yang cari kan... *pandang zamani penuh geram* . Patutnya awaklah yang cari... ni tak mak dengan abak lak... haizzzz... sungguh tak sesuai... apa lak org cakapkan? saya mengada... mmg mengada pun... niat hati nak mengada dengan suami, dia buat dekkkk je... nak kena rotan suami saya ni...

Apa pun... terima kasih mak...oh lupa semalam mak bagi bekal sahur... adeh sungguh mengugut keimanan ku... walaupun doktor nasihatkan jangan makan, makan pedas dan berminyak... tapi mak buat lemak cili api sotong dan ikan parang goreng... giler siot... adehhh ada lagi kat umah, menyesal ku tak masak nasi extra bawak gi opis... hahahah...aku kan tak pose... muahahah... kunci bilik makan le, anyway semua dlm opis ni cino... ada melayu pun dia faham la kot... im not doing this suke suke... doing this for baby...


Pagi ni alhamdulilla, pembuangan aku begitu lancar, gara2 makan lauk mak yang pedas itu... wakakak aku suke... tapi jangan terlebih buang, riso jugak hambo... ok itu je... daaa

Can you all see the baby??? Ni yang 2 weeks ari tu, time aku ada spot bleeding... time ni baby kung fu fighting... garis2 tebal tu, tulang belakang, dan rahang baby... dia bukak tutup mulut time ni... yang baru tak leh ambik la... try ambik berapa kali pun tak dpt sbb cahaya dan print tu sangat kecik... so korang terbalikkan gambar ni je la... heheheh...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-