Ok may be ada yang kata apa daaaa puasa2 letak entry gini, gitu... jangan kawan2... silap2 kalau terbuat, macammana? Bukankah kita menangung satu dosa besar? berkongsi la supaya masing2 dapat info. Lagi2 bulan puasa ni, penat kamu mengejar pahala, last cicir akibat dari kelalaian kita sendiri...
Ok dpt email ni dr Che ta... thanks for sharing yah... sila baca semua...
Extract 1
((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan:
((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan:
Hukum bersetubuh pada siang Ramadan
ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”.
Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”.
Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”.
Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan?
Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”.
Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”,
Jawabnya: “Tidak mampu’.
Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,”
Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.
Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma.
Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”.
Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”.
Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”.
Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu.
Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih bukhari.
Extract 2
Soalan;Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.
Jawapan;Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.
Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;
1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.
2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.
Wallahu a’lam.Rujukan;1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid(http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).
Extract 3
A-3 Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:
Extract 3
A-3 Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:
•Cium. Dibolehkan bagi orang yang dapat mengawal nafsunya untuk berciuman dengan pasangannya. Berciuman tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Dalilnya adalah keterangan A’isyah radhiallahu ‘anha:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ أَمْلَكُكُمْ لإِرْبِهِ.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium (isterinya) padahal baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal baginda berpuasa. Akan tetapi baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1106 (Kitab al-Siyam, Bab mencium tanpa syahwat dibolehkan bagi orang berpuasa)]Justeru dibolehkan bagi seorang suami mencium isterinya sebelum pergi kerja atau isteri memeluk suaminya sekembalinya dari kerja. Aktiviti seperti ini dibolehkan dengan syarat ia dikawal dari berlarutan.
•Bermesra-mesraan. Dibolehkan bagi orang tua untuk bermesra-mesraan dengan pasangannya. Bagi orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, seperti orang muda, ditegah baginya dari bermesra-mesraan di siang Ramadhan. Bermesra-mesraan tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:
أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ. وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ.
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan bermesra-mesraan (dengan isteri pada siang) Ramadhan dan baginda memberi keringanan baginya (boleh melakukannya). (Kemudian) datang pula seorang lelaki lain yang bertanya soalan yang sama namun baginda melarangnya. Maka yang diberi keringanan ialah orang tua manakala yang dilarang ialah orang muda. [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2387 (Kitab al-Shaum, Bab dimakruhkan mencium)]
Part ni aku confuse... hahaha aku consider mude ke tua??? bluekkkk dush dush lagi mau buat lawakkan... ok kongsi la apa yang patut... semoga hidup di berkati di bulan mulia ini...
Part ni aku confuse... hahaha aku consider mude ke tua??? bluekkkk dush dush lagi mau buat lawakkan... ok kongsi la apa yang patut... semoga hidup di berkati di bulan mulia ini...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
-With me,You'll Never Walk Alone-
7 comments:
good info cida..
ada gak yer org yg terbabas di siang hari ramadhan.. pelik..pelik.. tapi lagi pelik ada gak tau yg sepanjang bulan ramadhan langsung tidak bersama...tapi adakah? hehe
kami kan selalu berkissing2 di siang hari.. tapi tak bernafsu.. kissing sayang2.. pastu kan selalu bila lepas kissing2 salah sorang akan bersuara "eh boleh ker camnie?"
yang no 3 tu pon saya konpius..bak kata kawan saya yg bijak lagi pandai ilmu2 agama ni..byk hadis tipu kat internet ni so hati2 kalau kite tepek hadis sbb tak tau sah atau tidak..
deqna
Ha tu la... sama dengan je yang sini... bermanja2 siang ari macam biasa... tapi tahu dan sedar batas sahaja... yang tak bersama langsung tu,erk pelik jugak... mmg hebat la suami tu... wakakaka...
farah
aik takkan nak kena buat kajian lak atas hadith ni sedangkan kita sendiri kurang arif... benda yang basic mungkin kita sendiri boleh ingat... yang no 3 tu, bercium, peluk kasih sayang tak membatalkan puasa... tapi kalau peluk cium bernafsu dah jatuh makruh... dan batal bagi bagi yang tak tahan habis... kalau ikut no 3 tu, senang je fahaman dia, org mude contoh pengantin baru yang kawin 2 minggu sblm puasa tu, dah tentu jiwa bergelocak... so haram/makruh la... kalau tua tu may be diorg clasificasi pasangan yang dah lama kawin, so tak herannn... ha gitu... ok???
Amik jugak info walaupun belum ada pasangan..
Hmm..kissing di bulan ramadhan...hmm..hmm..*cuba memahami..
fadhlina
may be ini tuk di kongsi bersama, anyway awak akan fahami one kawin nanti...ciuman org kawin ni lain... yang tak kawin ni luar biasa sbb setan kat tengah2 menghalalkan apa yang haram... *gelak syoiton malu2*
hurmm..tertarik info tu..
kak, klu yg tua baru kawen, nafsu tgh naik membuak2, tu, kira muda tuu...hehehehe.... :)
nasaoji
haahha aah kan idok la teman terpikir pasal tu... ate mcm mana tu??? kih kih kih =))
Post a Comment