Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Perempuan mesti ke dapur

Kak Pnut!!!!! Cida curik entry ni eh... insap kejap akukan... ahak!



Actually kak pnut dah lama buat entry pasal ni... cume aku dok deley ... bukan la apa, takkan sekali dua masak tetiba nak tulis macam pro lak... idok la... well sememangnya aku suke tengok org masak.. even aku tanam semangat kalau aku kawin dan ada family aku sendiri, aku nak bagi diorg makan dengan air tangan aku... chewah... mmg aku mmg malas... tanya la mak aku... kadang2 sampai nangis puas suruh masak, tapi aku tetap tak nak... tapi tak bermakna aku tak mo ambik tahu... sbb aku lebih suke makan masakan ibu walaupun dia bukan tukang masak yang hebat... no she not! But apa pun masakan dia tetap di hati saya... itu yang saya rasa... kalau berjauhan, pastinya aku akan teringat masakan ibu... itu la namanya air tangan seorg isteri dan ibu...



Ayah pun sama... kalau nak rasa masakan yang sedap, pejam mata je dia boleh gi pilih restaurant dan kedai... but dia prefer ibu masak... kalau aku masak dia sanggup makan kedai, bule? akak lak jenis cepat kecik ati... kwang kwang kwang... alasan...



Kak pnut!!! akak dah macam penasihat dah... ada respond melalui email... kak pnut paste kat blog dia... ampun kalau cida ambik ni ya... korang baca!



Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.



Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya.



Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.



So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun.





Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.



Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad.





Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.





Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la.





Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga.





Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya.





Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat.



Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.

Ermmm betul... aku pernah duduk kat asrama... macam aku cakap la... masakan mak aku tak sedap mana pun... tapi aku boleh jadi rindu... dan sbb tu bila balik je, order ibu nak makan itu ini... terharu baca email dari mamat ni...



Lately aku bincang dengan Zamani... dia biasalah dengan isi-isi penting perbahasan dia... nawaitu isteri dan ibu tu penting... kalau bersungguh dia sediakan makanan tuk suami dan anak dia, dia akan di sayangi anak dan suami... dan kalau niat isteri tu menyediakan makanan hanya sebagai syarat,janji aku bagi korang makan, tak kisah la makan segera ke, makanan dlm tin ke, maka jangan salah anak atau suami puji masakan org lain, sbb nawaitu isteri sediakan makanan pun dah pesong jauh... some time aku bagi tahu Zamani jugak... kalau dia jenis yang banyak sangat komplain, aku mmg tak akan masak langsung... tapi Zamani cakap just think satu je... sampai bila? Nak tengok anak dan suami cakap puji masakan org lain? Kenapa tak ambik kritikan tu sebagai satu semangat tuk berubah? Beta terkaku di situ...



May be senang tuk dia cakap, kadang2 hati kita perempuan ni sangat soft... semangat berkobar bila suami cakap tak sedap, alamak sedih rasanyakan? Tapi tu la... jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab isteri... aku terpikir jugak... banyak jugak kes aku tengok... contoh terdekat anak jiran aku... heheheh... slumber je cakap kat mak dia, masakan mak aku sedap sangat2... hahaha... padahal mak dia masak lagi hebat dr maka aku, cume malas... hanya ada masa je masak... tapi puji masakan mak aku melangit... sbb masakan mak aku yang dia makan lebih dari mak dia... sbb tu la dia puji... tapi sedap je mulut jiran aku ni cakap... apa-apa je kak tipah letak sampai budak2 ni cakap sedap sgt, sedap lagi saya masak... heheh maid dia sampaikan kat mak aku bila anak dia dok puji masakan mak aku... salah siapa than???



Satu lagi tak yah tengok jauh2... adik2 ipar aku... mak tak ada... dok teringat... kadang2 aku tertanya... masakan sekarang semua simple... tapi mak gune jalan jauh, tumis bagai... padahal boleh je bukak tin tu makan,kan? Tpi di situ la rahsianya... she want the best for her children... learn cida... learn from that...



Kan sedap kalau kita antar anak kita sekolah, dia balik uma... bercerita kisah dia di sekolah than cakap....



"Ibu, tadi abang/kakak gi sekolahkan... kawan bawak bekal kasi abang/kakak rasa... tapikan sedap lagi masakan ibu..." Tak ko berbungga lalang kat situ... pujian tu yang paling indahkan? tak perlu pujian jiran sebelah atau org kampung hulu... cukup anak suami kita puji...wahhh suke suke...



Ni aku nak cerita ni... kisah benar.... perempuan ni!!!! Mak anak buah aku yang celupar tu... Si mira... Marina... tanya la adik2 dia... dia mmg tak tahu masak... lagi teruk dr aku, masak air pun tak tahu ok... seyes... aku tak kutuk dia, aku tahu dia baca blog ni... hahah... mmg malang la siapa buat dia bini... ahak! Sori abang Amir... kih kih kih... aku rasa nenek buat keputusan salah kawinkan dia tau tak... But now... dia super duper hebat dlm masak... sampaikan suami dia balik makan tengahri tak beli tak makan luar... even aku pun ya Allah... mmg sedap ar kalau dia masak... rasa kalau dia duduk Klang mau aku tender mangkuk tingkat, ambik lauk dr dia...kui kui kui...



Sampai pengakuan anak2 dia...



"Ushhhh masakan ibu terhebat!" Ko tak bangga ke? Tak perlu org lain yang puji, cukup sekadar anak dan suami puji... hehehe...suami tu tak perlu ar... kadang2 diorg ni nak jaga hati... belakang lepas makan, pui pui pui... siapa tahu... tapi anak of coz tak tipu,kan?



Tapi aku mmg nekad la... kalau ada anak, aku nak masak... simple pun tapi ada... kan? Ini azam aku... chewah... sejak2 kena masak tuk adik2 ipar ni... entry pasal masakkkkkk je...idok la uolz... can ask Zamani... aku selalu cakap dengan dia pasal isu ni... sblm kawin lagi... dia berkenan dengan aku kerana aku ada semangat... hahah semangat je selalu berkobar2... hahah... tapi aku cume malas bila time mengandung aje... ni dah ok, Alhamdulilla tak ada apa-apa... baby pun dah baik je kat perut ibu... heheh... kasi peluang kat ibu belajar masak kot...



Bila saya berusia 6 bulan ke atas... untie2 dan uncle2 jadi saksi yer... ibu kata dia nak masak tuk saya... walaupun tak sedap, semangat ibu tu yang penting... so dengan itu ibu sila la belajar masak dengan tok mama, dengan nenek dan mak long Marina ok?!! Slbm saya pandai bercakap, sbb sekali saya dah pandai bercakap saya akan puji masakan ibu masakan terbaik di dunia...



Kih kih kih... anak ke ibu yang berangan ni??? hahahah... sbb tu ada blog yang aku suke baca... kerjaya tinggi melangit, time di umah dia tetap di dapur... suami pun sayang, anak pun sihat... heheh...




Cheh! Ini peringatan tuk diri sendiri... yang baik ikut la... yang tak baik jangan ikut ok... kang ada lak kata aku mengada pulak... yang penting keluarga ku tahu... siapa aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, November 3, 2009

Hadiah mak dan abak

The nite sblm mak abak bertolak ke Mekah...

Chewahhhh.... ari ahad tu umah mak sangat bz dengan org ramai datang... aku pun dtg agak lewat sbb Zamani mmg nak dtg awal... ayah dengan ibu pun nak dtg tengok mak sekali... so ingat nak pergi sama2... tapi bangun2 pagi je, ibu dengan didi tengah lepak tengok TV baru lepas sarapan... ayah menghilang ke mana... so aku cakap kat ibu, aku dengan Zamani gi umah mak dulu... kalau tunggu diorg mmg lambat...

So kuar umah dlm kul 11 lebih... sampai2 umah mak mak dah siapkan semua dah... see.... very the fast tau mak kalau siapkan makanan... adoiyaiiiii sangat malu... apa jenis menantu aku ni??? seyes aku bukan buat2 dtg lambat ok... kalau ikut mak aku, kul 12 tu tengah tumis2 hagaknya...

Anyway sian mak tak rehat lagi, org dah start dtg... so mak mandi sekejap, me and che ta la menguruskan apa yang ada... uruskan ke??? semua dah sedia dah... ikutkan kitaorg tunggu makan je... heheheh.... kan che ta??? tapi ok la...kami basuh pinggan... hahahah... vangga ada jugak kerjakan? dari goyang kaki... buat tak tahu je...

Sampai la ke malam... tak henti org dtg... aku lepas je kul 4 tu, aku teus balik klang ambik barang2 tuk isnin sampai ke jumaat... tapi sampai2 umah je... gedebummmm tido kejap... heheheh... magrib baru bangun... tapi barang dah siap dah... cume angkat je masuk kereta...

Lepas semua dah balik, time nak tido... abak bawak turun satu bungkusan... dia bagi semua anak2 dia... menantu tak dpt sbb tumpang je baca buku suami masing2... kata mak abak, buku tu panduan hidup...kalau kita baca dan amalkan, insya Allah kita di landasan yang betul... Insya Allah boleh jadi isteri dan suami yang baik... jadi ibu bapa yang baik...


Time tu pun acik leh sedih2... apa kena tah... anak2 relex je... aku lak nak emo... tapi stil control... ada 5 buah buku semua dpt... tapi Aisyah line up kat depan Wan, tengok2 buku tuk dia tak ada... siap tanya "Mana Aisyah punya??? Mak long pun tak dpat... Mummy pun..." Semua bantai gelak... nasib baik dia tak kata "Eshhhh Wan ni dah la kedekut!" hahaha.... tapi si kecik ni pun tak mungkin cakap mmg tu sbb dia tahu Wan dengan Tok Mama tak pernah berkira dengan dia... baik soal makan mahupun pakaian ke mainan ke... TAPI korang tahu laki aku kena setepek dengan Aisyah bila Zamani dok bz pukul aku alok2... dia pukul Zamani, cubit, gigit tangan pak long... siap cakap.... "ESHHHH PAK LONG NI!!! JAHAT....DAH LA KEDEKUT!"
Aku pandang Zamani... Zamani pandang aku... KEDEKUT????? Wakakaka... anyway selingan sahaja... heheh abak dengan mak mesti tak tahu cerita dia panggil Zamani kedekut sbb semua bz time tu... so aku report kat sini... hehehe... so pada suami ku, jangan kacau2 Aisyah depan org... drop water face terus kita... hahaha...


Ini la bukunya... buku panduan... lengkap dr mula sampai la kita mati... apa amalan yang perlu kita buat...

Antara isi kandungan yang terdapat dlm buku ni... Zamani suruh aku baca buku ni dulu... cheh! Tapi ok la... so far aku baca, tak la bosankan... cume doa2 tu aku baca maknya... baca tu pun merangkak... hehehe... ok aku tak malu nak kata aku mmg lembab sikit tapi sekurang2nya mencubakan??? Chewah tetap nak menangkan diri ni... kih kih kih...layannnnn


Bab pertama... sesuai la kot bagi aku yang menunggu saat kelahiran anak... macammana nak sambut anak secara islam... oh meh kita kongsi yer pada mereka bakal2 ibu... bila anak lahir, sapukan buah tamar (kurma eh) di sekeliling mulut bayi... dan bagi dia sesudu air Zam Zam... kalau bayi perempuan Qamat kalau bayi lelaki Azan... rasa tu semua tahukan? yang buah tamar tu, aku pun tak tahu... tapi mmg tertuliskan... so apa salahnya kalau kita ikut....

Pendidikan awal kanak2... macammana cara didikan anak2... cara kita mengajar anak2... berkomunikasi dengan anak... ringkas tapi isi sungguh padat...
Bab lain tak baca lagi... heheh tapi oklahkan... dah la free, org dah bagi takkan tengok buat perhiasan je, yer tak? heheheh.... Terima kasih tuk mak dan abak... bagi Zamani, aku lak baca yer... kui kui kui... tak pa B... nanti ai cerita kat u apa i baca eh... ngeh ngeh ngeh....

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, October 16, 2009

Mari baca info bergune

Mesti korang ingat aku dah bertudung konon alim arrrr.... silap sehhhh... sesi mengumpat still jalan seperti biasa...kutuk org, maki org still tak dapat hidayah nak stop... hehehe... not gud for baby tau ibu ( mengingatkan diri sendiri)...

Aku still belajar... masih lagi mencari ilmu... solat pun ada jugak tinggal... kih kih kih...kalau dah tertido tu, mmg la sampai ke sudah pun tak bangun... so jangan la kata akak ni baik naaaa.... poyo ke apa ka... me still me... luar je tertukar, dlm sama jugak... hahahah...


So i hope benda ni boleh membantu anda... menakutkan anda jugak... ha! kenapa rezeki tak masuk??? sbb tak solat subuh.... kenapa sakit perut dan selalu nak marah2? sbb tertinggal solat Zuhur.... kenapa kita rasa kita tak creative??? sbb kita tinggal solat Asar... kenapa kita sering sakit sendiri semua? Sbb kita tertinggal solat magrib? dan kenapa kita selalu dalam kegelisahan??? sbb kita meninggalkan solat isya...


Aik... aku rasa macam aku rasa semua je??? heheheh... kan aku cakap aku bukan la baik bebenor, pakai tudung je nak jadi taraf ustazah... idok la teman gitu... macam teman kata la... sharing is caringkan? So kongsi la... mungkin lepas ni, benda2 ni boleh menakutkan kita, maka kita akan buatkan? itu tujuannya... so korang bacalah... malas nak leter panjang2...



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Ilmu yang berguna patut dikongsi bersama walaupun sekadar peringatan. Jangan lenggahkan solat ya.......banyak yang kita akan kerugian... Sesungguhnya Allah sbw amat mengasihi umatNya dan memberi banyak kelebihan kepada Muslimin Muslimat , hanya kita yang leka & lalai. Bayangkan kalau khasiat" ini diketahui oleh orang-orang Yahudi atau Nasrani, ataupun Kafir Laknatullah! Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.


Subject: Rahsia Solat Awal Waktu Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang t ida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Sebagai contoh,


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda t ida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang t ida k optimum lagi.



Waktu Zuhur Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Waktu Maghrib Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Waktu Isyak Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.



Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .


Ha sejauh mana aku tak tahu la... tapi apa pun solat tukan wajib??? so kalau dia kelentong macammana pun, tujuannya hanya satu... nak korg solat... heheh sbb org2 sekarang ni tak percaya benda2 tahyul ni... ada pulak tahyul... nak sangat kaitan dengan sains bagai... ha! ha! ha!


Jom solat semua... hehehehe....dan dan je kan????




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, October 13, 2009

Ibu dan facebook

Ku terlihat ini dlm FB Che ta... so tertarik tuk menonton...



Kadang2 kita lupakan... dok mengadap sesuatu benda, budak2 ikut...kalau dah ikut kita marah dan cakap benda tu bukan sesuatu yang baikkan? Tapi kalau di bawanya ke pentas sekolah... anak siapa tu???? hahahah lawak sungguh...

Che ta, extra be carefull, Aisyah and Aliya boleh je buat macam tu... tukar tajuk "Mummy dan blog"

Wah giler hebat gelakkan org yer cida... kot2 anak ko nanti... hahahah... Ibu dari aku lahir, ada masa terluang je blog... abak masa terluang je game... game tah apa-apa tah... tak macam game pun... wkakakaka...so ada baby nanti, kena rajin jadi macam Zy... sila tahu dia bawak Balqis yang berusia 6 bulan masuk library tuk tanamkan minat membaca... ko bawak rayyan dlm library... mau dia melalak kat sana... uhuuhu... apa pun kitalah ibu bapa yang mencorakkan anak2...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, September 17, 2009

Biras ku hanto email lawak

Che ta hanto email lagi...kali ni lawak... anyway aku nak habaq mai ni... penat tau tak!!!! Penat aku berjalan ke bank nak tukaq duit raya... nan ado???? sampul pun elek... sian mak duyung jalan penuh sopan santun terkedek... setapak ku berjalan, ku rasa org yang dlm ni melompat macam appy! Semput acik... sob sob... mcm mana eh?? takkan nak bagi duit besor??? Aku buat2 pengsan la budak2 salam... kih kih kih...jahat!

Ok baca la entry ni... buat suami ku... lihat2 la apa yang tertulis ni yo...

Sekadar buat renungan kita bersama...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya dua individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI... tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu? Fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecheck, " Ada duitkah suamiku?"

TAPI... bila kau ada duit, Wah! Wah! Kau siap boleh tanya lagi bini kau, " Ada duit ke?" Sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus is isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan .

TAPI... yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi.. Cissss!!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI... yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini. Dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

TAPI... kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur. Peluk yang setakat pelukan sayang sahaja.. bukan dengan harapan dapat "apa-apa". Hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap, mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy... dia orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan FOOTBALL GAME MANAGER (HAMBIK KO SUAMI KU!)
*********************************************************************************
Pengajaran Ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.

Ia adalah satu fitrah bagi manusia.Kalau tak sanggup, manusiakah kita? Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg solehah hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg solehah....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu baik, tapi baikkah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu turun dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki... bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan.

Tanpa usaha, rezeki itu memnag tidak ada...
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, anda sesungguhnya berada dalam kerugian... FIKIR-FIKIRKANLAH....

Zamani noti face... i like!





The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, September 16, 2009

Rupanya ada lagi yang Daif...

Sila bersyukur dengan apa yang ada... sila sebut Alhamdulilla bila kita menerima apa-apa sahaja... aku bukan berasal dr org yang kaya... tapi ada cerita yang aku nak kongsi bersama...

____________________________________________________________________

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t idak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu sayacuba membantunya setakat yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:

Solat sunat

puasa sunat

berzikir

bersedekah

mengusap rambut anak yatim

Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain membantu orang susah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersyukur dengan apa yang kita miliki... ibu selalu pesan kat aku... apa yang kita dapat, mmg tak akan dan tak pernah cukup, tapi rezeki datang dlm pelbagai bentuk... jangan kedekut...Insya Allah, tuhan akan pelihara rezeki kita...

Always believe rezeki yang turun dr Allah... Dia bole memberi, dia jugak boleh menarik rezeki buat kita... dan aku percaya, walaupun sesorg tu bergaji kecil, kalau dia hidup dlm keberkatan, semua akan cukup... tapi kalau gaji kita beribu2... tapi kita tak pernah menghulur apa lagi bersyukur, sampai mati pun kerja, kalau tak di berkati, mmg tak akan cukup... so renung2kan lah dan selamat beramal...

heheheh.... cerita kat atas ni, aku rasa nak sebat balik je pungkuk cik gu tu... periksa dulu bole?? Sian budak tu...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tuesday, September 15, 2009

Tip untuk bertengkar secara positif

Orang mud raya tapi ekau boleh lagi nak bagi tips lak bertengkar secara positip??? Acik kehilangan idea nak menulis... kira janji ado la dr nan adokan???anyway sharing is caringkan??? Kot2 ada pasangan yang baru2 nak bercinta ka... apa ka.. boleh la ambik iktibar...

Ok sources email biasalah dari biras ku yang sangat prihatin... che ta


Mr Ana tak mo email sinopsis Nurkasih ka??? heheheh ampunnnnnn...leh ku publish kat sini... masih terpikir mana dia dpt sinopsis tu... dia dah tahu apa yang akan jadi sblm cerita start...


Ok tanpa membuang masa... may be this tip pun sesuai tuk aku... memandangkan sejak pregg ni kan... tah eh emosi makin menjadi2... sangat bahaya... boleh bikin umahtangga musnah ooo...


Ok sama2 kita kongsi eh... layannnnn


1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.



8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.




11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, September 10, 2009

Hati tak tenang

Nak call but i know he's sleeping...

Tapi aku nak tahu dia macammana... ok ke? Nak buat kerja tak leh... buat kerja asik salah... last2 layan FB layan blog... but senang hati bila ijat drop komen and inform me tru YM...

Along baru tido... mak baru masak sup ayam... dia baru makan and makan ubat... now dia dah tido...

Bertakung air mata akukan... GEMBENG la ko cida... risau wei... tapi aku rasa aku buat keputusan yang betul... kalau biarkan dia kat umah, nak makan apa? Aku sup2 ni tak pas lagi... kalau masak pun tunggu malam baru laki aku makan... adoiiii nasib la mak ada... tapi still risau sbb dia tak ada depan mata...

Kepala aku dah berat sangat... nak lelap kejap lunch tadi pun tak lena... korang nak kata aku mengada pun kata la... jadi kat suami korang, apa korang rasa??? gelabah tak macam aku? Just wanna be at home rite now... hampeh lembab tul jam nak kul 530!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Saturday, September 5, 2009

Lagi info tuk di kongsi

Menarik perhatian ku... but tak leh nak komen lebih2... hahahah...hari ni mud kerja mmg hilang... wakakak... dok mengadap blog je, percaya tak? Percaya arrrrr....

Ok share this ting dengan korang... biasa email from Che Ta... siapa lagi sumber email ku? Yang lain biasa2... yang boleh kongsi, ku kongsi ok...

Islamic NLP for Parenting: Melembutkan Hati Anak

Seminggu yang lepas, mak saya berada di rumah saya selama seminggu sebelum beliau pergi ke rumah kakak saya. Kesempatan yang ada, saya gunakan sepenuhnya untuk menimba ilmu keibubapaan daripada mak saya. Saya ingin tahu bagaimana untuk melembutkan hati anak.
Saya mempunyai 10 orang adik beradik (4 lelaki dan 6 perempuan). Saya merupakan yang bongsu. Saya bertanya kepada mak saya tentang bagaimana mak dan arwah ayah membesarkan anak-anak beliau.


Dalam keadaan yang kekurangan, beliau mampu menjaga anak-anak dengan baik dan menjadi orang yang baik-baik. Alhamdulillah semua 10 orang menjadi manusia yang taat, tidak mempunyai masalah sesama adik beradik, sentiasa mengasihi dan tolong menolong dan sentiasa mengasihi mak dan arwah ayah.


Mak saya memberikan petua yang tidak pernah diceritakan. Apakah petuanya yang dirahsiakan selama ini?


Setiap kali menyedia dan memasak makanan untuk keluarga, mak akan membaca “Ya Rahman, Ya Rahim” ketika memasak dan menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak beliau.


Mak menambah lagi, ketika menyedia dan menyuap makanan itu, beliau hanya ingat “hanya Engkau ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang mampu memberikan anak aku kenyang dan sihat. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada anak-anak aku“. Itulah kata-kata mak di dalam hati ketika menyuapkan anak-anak mak makan. Rupanya mak terlebih dahulu mengamalkan “terima kasih Allah SWT” sejak dulu lagi.

Mak kata lagi, mak juga beri kucing dan ayam mak makan dengan menyebut “Ya Rahman, Ya Rahim“. Kucing-kucing dan ayam-ayam peliharaan mak semuanya jinak-jinak dan tidak menyusahkan tuan rumah (mak).


Wah! sungguh menarik rahsia yang mak berikan kepada saya.


Benarlah, selalunya orang-orang yang memiliki kesedaran tertinggi ini hidup mereka tenang. Patutlah arwah ayah dan mak, walaupun mereka susah namun mereka mampu membesarkan 10 orang anak-anak penuh dengan ketenangan. Tidak merungut, tidak mengeluh dan sentiasa rajin berusaha dan beribadat kerana mereka yakin benar segala-galanya adalah ketentuan Ilahi dan doa dengan sabar serta solat mampu mengubah takdir kehidupan.


Terima kasih Allah. Terima kasih mak. Al-fatihah untuk arwah ayah.


***Apa kata selain daripada anak-anak kita, kita cuba kepada suami atau isteri pula untuk melembutkan hati mereka. Sesekali suapkan mereka makan sambil menyebut di dalam hati “Ya Rahman, Ya Rahim“.


Jangan lupa juga ketika menyediakan makanan samada memasak, menghidang makanan atau juga membancuh air. InshaAllah lembut hati suami atau isteri. Maka ketika suami meminta isteri membancuh air, janganlah merungut. Inilah peluang terbaik untuk melembutkan hati suami :D.



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, September 4, 2009

Calsium

Ush!!! buat ku risau je kan... kurang kalsium boleh buat gigi reput??? menakutkan... siap ku google makanan yang contain banyak kalsium... nak gantung pada ubat??? haiyoooo pengsan mak cik ok... ubat yang makan tuk tengahari, apa namanya Iberet Folic... bau busuk giler... tak tertelan aku... aku makan kuar balik... tapi pikir baby, macammana ibu sayang sangat... macammana ibu nak sangat and tunggu sangat2 kehadiran kamu... ku rela...makan sekali lagi... sampai nangis2... bodos tul ibu ku ini... takut makan ubat...

So aku kena jugak makan, makanan yang mengandungi calsium...so i google... ni yang ku dpt...

Food Sources of Calcium

Milk, with added calcium - 1 cup 430 mg

Milk, whole, 2%, 1% skim - 1 cup 300 mg

Milk, evaporated - 1/2 cup 367 mg

Cheese, hard -50 gm 360 (average)*

Processed cheese spread - 4 Tbsp 348 mg

Cheese, processed slices - 50 gm 276 mg

Cottage cheese, 1 or 2% -2 cups 310mg

Cottage cheese, <0.1% - 2 cups 156 mg

Yogurt, plain - 3/4 cup 290 (average)*

Yogurt, fruit bottom - 3/4 cup 233 mg (average)*

Frozen yogurt, soft serve - 1 cup 218 mg

Ice cream - 1 cup 194 mg


Beans and Bean Products


Tofu, medium firm or firm, made with calcium sulphate - 150 gm 347 mg

Tofu, firm, made with calcium sulphate and magnesium chloride - 150 gm 234 mg

White beans - 3/4 cup 119 mg

Navy beans - 3/4 cup 93mg

Black turtle beans - 3/4 cup 75mg

Pinto beans, chickpeas - 3/4 cup 58mg


Nuts and Seeds

Tahini (sesame seed butter) - 2 Tbsp 130 mg

Almonds, dry roast - 1/4 cup 93 mg

Almond butter - 2 Tbsp 88 mg

Sesame seed kernels, dried - 1/4 cup 50 mg


Meats, Fish, and Poultry

Sardines, Atlantic, canned with bones - 75 gm 286 mg

Sardines, Pacific, canned with bones - 75 gm 180 mg

Salmon, canned with bones - 75 gm 208 mg


Grains

Bannock -1 med 84 mg

Oats, instant, regular, no sugar added -1 pouch 165 mg


Non Dairy Drinks

Fortified rice or soy beverage - 1 cup 319**

Orange juice fortified with calcium and vitamin D - 1/2 cup 165 mg

Regular soy beverage - 1 cup 110 mg

**added calcium sometimes settles at the bottom of the container; shake well before drinking


Vegetables (all measures for cooked vegetables)

Turnip greens - 1/2 cup 104mg

Chinese cabbage/bok choy -1/2 cup 84 mg

Okra, frozen - 1/2 cup 65 mg

Mustard greens - 1/2 cup 55 mg

Kale -1/2 cup 49mg

Chinese broccoli (gai lan) - 1/2 cup 46 mg

Rutabaga -1/2 cup 43 mg

Broccoli - 1/2 cup 33 mg

Fruit

Orange - 1 med 52 mg

Other

Brown sugar - 1 cup 198 mg

Blackstrap molasses -1 Tbsp 179 mg

Regular molasses -1 Tbsp 44 mg

Asian Foods

Dried fish, smelt - 35 gm 560 mg

Soy bean curd slab, semisoft - 100 gm 308 mg

Daylily flower -100 gm 303mg

Sea cucumber, fresh - 100 gm 285mg

Soy bean milk film, stick shape -100 gm 77 mg

Seaweed, Wakame, raw- 1/2 cup 63 mg

Seaweed, dry (agar) - 1/2 cup 50 mg

Fat-choy, dried -1/4 cup 50 mg

Soy bean milk film, dried -100 gm 48 mg

Boiled bone soup - 1/2 cup negligible


Now mak long kena join geng Aisyah la... makan cheese bebanyak... than geng Che ta, minum yogurt... sampai Aliya pun ketat-ketat muke nak makan... lalalalal...and kena makan banyak sardin... nasib baik la since mengandung ni suke plak makan sardinkan... apa lagi??? susu??? yah TRYING la ni minum susu kat opis buat muke tak malu gi pantry bancuh air... haizzzz... menyampah aku tengok susu... hahah bole.... terkial2 nak habiskan secawan... what else???? Brocoli fav! ermmm ok no problem... kang leh cari... hahah Encik Zamani haruslah menemani bininya makan... eheheh,kan? Soya, almond... ermmm almond bersalut coklat boleh tak? heheheh... sesuai tak?

Ok kenalah... tak leh nak gantung pada ubat... biar anak aku jadi iron baby.... heheheh... baru ku tahu rupanya susah jugak yer... selama ni asal boleh je... ada nyawa yang memerlukan sekarang ni and tugas ku produce tuk si kecik...

Than terharu lak,kan... MIL call Zamani, ingatkan dia suruh bawak aku jumpa dentist... pasal gigi aku senang berdarah... so esok nak gi klinik gigi lepas kerja... hahahah *kelip2 mata kat Fida* ku sumit claim kat ko bole??? heheheh... sukekan... lalalalala...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, September 3, 2009

Sharing is caring! Info tuk mereka yang dah kawin

Dulu, bila dpt email dr mereka2 tip pasal umahtangga, aku selalu je ignore... buat apa ler nak tahukan... bukan ada laki pun... itu DULU.... sekarang jegil mata nak tahu... bukan apa, pedoman tuk org2 yang ilang pedoman macam aku ni... dah la kurang didikan agama, dah dpt email2 macam tu pun buat tak tahu...

Ok may be ada yang kata apa daaaa puasa2 letak entry gini, gitu... jangan kawan2... silap2 kalau terbuat, macammana? Bukankah kita menangung satu dosa besar? berkongsi la supaya masing2 dapat info. Lagi2 bulan puasa ni, penat kamu mengejar pahala, last cicir akibat dari kelalaian kita sendiri...


Ok dpt email ni dr Che ta... thanks for sharing yah... sila baca semua...


Extract 1
((Tmn2Syurga)) Nur Ramadan:

Hukum bersetubuh pada siang Ramadan


ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”.


Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”.


Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”.


Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan?


Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”,


Jawabnya: “Tidak mampu’.


Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,”


Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.


Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma.


Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”.


Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”.


Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”.


Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu.


Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih bukhari.


Extract 2

Soalan;Ustaz, pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut. Sekian, yang daif.


Jawapan;Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); ““Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).


Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.


Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;


1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.


2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.


Wallahu a’lam.Rujukan;1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid(http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

Extract 3

A-3 Beberapa Pengecualian Dan Kelonggaran.Terdapat beberapa aktiviti atau kes yang dikecualikan atau diberi kelonggaran, iaitu:


•Cium. Dibolehkan bagi orang yang dapat mengawal nafsunya untuk berciuman dengan pasangannya. Berciuman tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Dalilnya adalah keterangan A’isyah radhiallahu ‘anha:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ أَمْلَكُكُمْ لإِرْبِهِ.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mencium (isterinya) padahal baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal baginda berpuasa. Akan tetapi baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1106 (Kitab al-Siyam, Bab mencium tanpa syahwat dibolehkan bagi orang berpuasa)]Justeru dibolehkan bagi seorang suami mencium isterinya sebelum pergi kerja atau isteri memeluk suaminya sekembalinya dari kerja. Aktiviti seperti ini dibolehkan dengan syarat ia dikawal dari berlarutan.


•Bermesra-mesraan. Dibolehkan bagi orang tua untuk bermesra-mesraan dengan pasangannya. Bagi orang yang tidak dapat mengawal nafsunya, seperti orang muda, ditegah baginya dari bermesra-mesraan di siang Ramadhan. Bermesra-mesraan tidak membatalkan puasa dan tidak mewajibkan kafarat. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:


أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ. وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ.


Seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan bermesra-mesraan (dengan isteri pada siang) Ramadhan dan baginda memberi keringanan baginya (boleh melakukannya). (Kemudian) datang pula seorang lelaki lain yang bertanya soalan yang sama namun baginda melarangnya. Maka yang diberi keringanan ialah orang tua manakala yang dilarang ialah orang muda. [Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 2387 (Kitab al-Shaum, Bab dimakruhkan mencium)]

Part ni aku confuse... hahaha aku consider mude ke tua??? bluekkkk dush dush lagi mau buat lawakkan... ok kongsi la apa yang patut... semoga hidup di berkati di bulan mulia ini...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, August 27, 2009

Kongsi sesama jom

Wah wah suke eh kalau aku cerita pasal aku?? Ni bukan cerita pasal aku... bagi korang info lain lak... baca... kot2 boleh insaf... aku pun lama tak derma and sedekah ni... hehehe... masih tak terlewat... ni bulan Ramadhan ni gunekan bulan ni sebaik mungkin tuk beribadah... kalau bulan lain jangan la harap nak buatkan? Biasalah bukan korg je... aku pun... ok lets share...


SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegiturupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?"

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, August 26, 2009

Tolong saya yang dah confuse ni

Pagi ni badan aku letih sangat... nak tido, nak baring je... dan perut aku sesuatu... macam masuk angin... tak tahu la angin ke atau baby buat kerja lagi dlm tu... adehhhh... sangat sesuatu...

Dan semalam dan hari ni aku sembelit (ok sila gelak ku tak pedulik sbb plss i need advice)...


Since semalam aku dah risau...aku tak tahu benda tu mmg biasa bagi ibu mengandung atau tak... but apa yang aku concern is baby... tak ada lain... ada org kata semua tu biasa... so i hope ok... pagi ni sahur aku minum lebih dari biasa... sbb aku mmg kurang minum...maka ku paksa diri minum sebanyak mungkin... akibatnya???? aku asik nak ke toilet je... menganggu tido ku je tau...


Masuk opis, perut mmg tak sedap... aku tak tahu apa aku rasa, nak kata lapar, tak jugak... nak kata angin, mungkin jugak... nak kata baby gerak2, tah la... aku tak tahu apa yang aku rasa... tapi tak sedap... tak suke la... aku rasa nak beli mesin scan baby tu je... 24/7 aku dok jenguk baby kat dlm tu ok ke tak...


I put status kat YM aku... and kak andam aku bertindak segera menegur... buke... tak elok for baby... kalau mak letih, anak dlm tu pun keletihan sama... sob sob... hati dah tak tentu arah ni...


Masuk toilet lagi... aku tak tahu nak buat apa... but still aku rasa perut aku mmg tak sedap... kejap2 ok... kejap2 tak... dah keliru... apa masalahnya ni???


Than google info kat baby centre... NASIB baik ada tip tuk kandungan dlm bulan Ramadhan... baca2 tetiba nampak


Jika anda berasa tidak sihat atau bimbang mengenai kesihatan bayi anda, elok sekiranya anda berhentikan ibadah puasa dan gantikan selepas bersalin. Walaupun berpuasa, badan yang hamil akan melindungi bayi maupun menghadapi kelemahan, pening dan kurang sihat; yang lebih membimbangkan ialah masalah lain yang mungkin timbul. Anda boleh pengsan, dan ini sangat berbahaya terutamanya jika anda sedang berjalan atau memandu. Jika anda bimbang tentang kesihatan badan, atau mengalami ketidakselesaan yang terlebih, baik ikut pepatah Ingerris, "better safe than sorry." Bacalah mengenai simptom atau tanda-tanda kehamilan yang perlu diberi perhatian. Dalam Islam, anda dibenarkan tidak berpuasa jika anda berasa tidak kuat dan sihat. Gantikan sahaja harinya selepas bersalin.


Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?


Hubungi doktor anda jika:


Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.


• Anda loya atau mula muntah.


• Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.


Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.


• Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.


• Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.


• Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Ok rasa tanda yang aku kalerkan merah... so nak argue apa??? mungkin aku kurang minum... Allah maha tahu maka aku buke minum air masak sebanyak bole... yang peliknya bila dah buke... perut ok dan sikit pun tak rasa macam pagi tadi...apakah???? Alhamdulilla la... tapi kenapa? ke ni semua perasaan aku je, mengada nak mampus???


Lepas minum air, mmg tak rasa apa... tiada satu pun di atas yang aku rasa tadi, aku rasa lepas buke... bukan makan berat pun... minum air sbb aku rasa sangat sangat haus dengan tetiba...


Sesekali aku terasa angin mencucuk2 tapi tak macam tadi... ni mcm org cucuk pinggang aku...macam tu la rasa... tapi kejap2 je... kejap rasa, pastu hilang...


Asal eh? aku rasa 2-3 hari nanti nak gi UMRA... nak tanya la... sama ada selamat tak tuk aku puasa... aku bukan malas nak gi klinik, but bila gi je semua ok... baby fine... rahim pun cantik, kang doktor cop aku mengada2 lak... kejap2 muke ko je nak dtg ke sini! mengada... baby ok, ko selalu nak mengada... but betul la... aku tanya org tu org ni ok je...tak ada masalah...sakit pun tak ada... amacam aku boleh rasa sakit2 lak? ha ha ha? siapa nak jawab? paling tak org kata baby nak membesar so badan nak mengembang ikut tumbesaran baby...aku tanya org lain, diaorg kata tak ada pun rasa sakit ke, sengal ke, itu normal ka? Atau aku yang tak normal???? Kalau aku sakit sbb gerakkan baby... aku bersyukur sangat... tak pa, buat la apa pun dlm tu, janji dia sihat... yang tak best kalau dia tak sihat... riso la...


Aku cukup sedih bila org kata "Alah aku pun mengandung jugak... boleh je puasa... benda tu semua tak ada apa-apa, kau je yang nak terasa lebih2... buat2 biasa dah la..."


Gi jahanam mulut org macam ni... kalau apa-apa jadi, ko nak buat anak satu untuk aku ke???? Mmg la ajal, maut, semua Allah dah tulis...kalau Allah nak ambik tak ada org boleh larang... but perlu ke kita buat tak tahu je? act macam tak ada benda yang berlaku??? Sedangkan benda tu kita boleh prevent? Sekurang2nya kalau aku cube buat, and if anything berlaku (Minta jauh) mungkin aku boleh redha, tapi kalau aku buat2 tak tahu and something happen, bukan aku je yang akan salahkan diri sendiri, semua org akan salahkan aku sbb aku degil... Islam tak mewajibkan puasa bagi org2 yang tak boleh puasa, tapi nak jugak puasa sampai memudaratkan bayi sendiri...


Tak kisah la korg nak kata apa pun... yang nak menyakitkan hati, bawak la zikir banyak2 bulan puasa ni... i just nak terima advice dr mereka2 yang betul2 tahu apa yang aku rasa ni... so korang, any tips... lets share ok



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Kisah anak...

I know im not a mother yet... become je... tapi sekarang yang menjadi kebimbangan aku sekarang, banyak pulak jenis penyakit kat Malaysia ni... dan yang sedap di dengar penyakit tu senang kena pada anak2 kecik... tak sanggup aku nak dengar... H1N1 tu tak yah la nak cerita... teman nak kuar pun pikir banyak kali...nak pakai mask tu...ahak sangat sesuatukan...

Tapi bila aku dengar anak2 kawan aku demam tak kebah seminggu dua... aku lak jadi risau... membayangi kalau aku berada kat tempat mereka.

Kisah anak kak Pnut, baby Alesya... baru je sembuh dari demam panas... dan yang mengejutkan aku baby Alesya kena masuk ward... Ya Allah... aku ni dengan kak Pnut tak ada kena mengena... hanya kenalan melalui blog je... tapi hati aku betul2 risau... try comunicate dengan kak pnut kat Ym, but dia bzkan...anak masuk sepital, mau tak risau... aku boleh bayangkan...

Than kak jue la, bagi tahu Ammar dah dua minggu demam tak kebah... risau jugak aku jadinya... berkali minta dia ke klinik... rasanya dia lagi tahu, tapi aku je panic tak habis... kesian jugak sbb Kak Jue ambik MC, ambik leave sampai cuti dia dah habis da...

Itulah pengorbanan mak, dan aku jadi sedih bila dia kata minggu ni dia kena hantar Ammar balik kampung dia nunnn di Kedah... berpisah dengan anak dia seketika sbb tak ada org yang boleh jaga Ammar... Ammar kalau sihat mmg hantar kat nursery but kes2 yang berlaku kat Malaysia ni, takut jadi lain dan menjangkit lak kat budak2 lain... so terpaksa la dia hantar Ammar balik Kedah...

Menjadi ibu tak semudah tu,kan? aku sedar... tah aku mampu jadi sebaik tu ke tak... tapi aku yakin naluri ibu tu akan ada...kan??? Sama jugak dengan Fidah... aku cukup risau kalau dia bagi tahu rayyan tak sihat... dan akhir ni seminggu dia tak hantar anak dia kat umah yang jaga anak dia sbb tetiba je baby sitter tu selsema... and aku menentang keras, jangan sesekali tanggung risiko, penat sikit tak pa, janji anak tu tak ada apa-apa...

Erm entry ni macam aku baik la pulak... no... bukan tu maksud aku... aku jadi sangat risau dengar penyakit yang mudah jangkit kat kanak2... tapi sebagai ibu bapa apa yang boleh kita buat? Kalau surirumah oklah... bagi yang berkerja?

Anyway kak pnut seorg blogger yang sangguo berkongsi maklumat tentang apa sahaja... sbb tu aku suke baca cerita dia... tips2 dia... yang ada anak kecik yang mungkin perlukan nasihat atau tips, berkunjungla ke blog dia... tak rugi apa pun... macam aku sendiri... aku nak belajar semua ni bukan sbb aku nak jadi ibu...agak penting tuk kita tahu apa langkah yang perlu di ambil... kalau bukan tuk anak kita, tapi just for info, mana tahu anak2 sedara ke, anak kawan ada masalah yang sama... boleh jugak kita bantu... expecially dlm keadaan yang terdesak tengah2 malam ke apa...

Ni yang aku baca kat blog kak pnut... kalau anak demam dan hampir sawan... sbb menurut kak pnut apa yang doktor ajar kadang2 ni tak betul jugak... diorg hanya belajar teori sahaja... Ya Allah... nak tulis pun tak sedap... mmg maut tu tangan Allah... kesilapan kadang2 boleh buat kita menyesal seumur hidup... selalu sangat aku perhatikan ibu bapa yang sambil lewa tentang kesihatan anak2... jangan la...tak sayang anak tu bagi kat aku... ada yang bawak sama anak tu ke hulur hilir... cube anda??? kalau demam, sihat ke nak kemana2??? Ha emo ni...

Oklah just share the tips ok...

Demam Panas budak

Jangan sesekali mandikan budak sewaktu badan dia panas... ini sebenarnya akibat sawan... menurut kak Pnut, doktor yang advice kalau demam, mandikan sahaja... and she did that to his son...

"Bila dedar je badan, aku mandikan, lepas mandikan tiba-tiba dia menggigil, aku baringkan dia atas sofa dan selimutkan dia, tiba-tiba dia kejang, kaki dia mengerekot, mulut dah herot, bibir dah hampir terkancing, aku panik, jeritkan darling yg tengah solat maghrib masa tu, aku usung dia dalam bilik air, aku jiruskan dia dengan air, aku siram sampai dia sedar. Semuanya berlaku pantas tak sampai 4 minit."

Penerangan Doktor

* Bila budak kena tarik, jangan terus pi mandikan badan dan kepala dia. Masa tengah fit, otak dia tak berfungsi, sebarang cecair yang masuk ke dalam badan dia tidak dapat diterima otak, dan boleh menyebabkan berlaku komplikasi, contohnya air masuk paru-paru, dan beberapa komplikasi lain (termasuk kejadian macam kes budak kat seberang jaya, yang kaki dan tangan jadi hitam lepas doktor suntik ubat sawan kat dia masa kena fit)

*so doktor bagitau aku, sebaik-baiknya pulihkan anak dari fit tu, dengan cara, basahkan kepala dia dengan air bilas-bilas, pastikan tidak kena muka dan air masuk ke ronggan hidung or mulut, jirus kaki, badan... (selalunya fit ni tak lama, kurang dari 3 minit, dari pengalaman aku la orang lain tak tau la) lepas anak dah sedar, baringkan dia, tanggalkan baju semua, lapkan terus badan dia... kalau masa tu dia belum makan apa-apa ubat, boleh masukkan ubat sumbat kat bontot tu (ntah ape nama dia..) or kalau sudah lepas 4-5 jam budak dah makan ubat pun boleh masukkan. (better standby ubat ni kat rumah, sebab budak biasa demam akan muntah, lps makan ubat muntah, so utk elakkan badan dia terus panas kalau tak makan ubat guna ubat ni.

Tip tuk elakkan fit (sawan)

  1. First tu belikan digital termometer, dan selalu monitor suhu dia time demam. dan selalu lapkan badan dia supaya sentiasa basah, paling penting ubun-ubun kepala...sentiasa basahkan dan letak tuala. kalau aku, aku selalu guna air asam jawa aku ramas dalam besen air, tak payah le pekat2 cair tak pe, dan basahkan kepala dan sapu-sapu seluruh badan anak (air asam jawa ni bagus untuk sejukkan badan budak, tp jangan berlebihan. Kalau ada daun bunga raya sekali boleh ramaskan sekali. elok untuk keluarkan haba panas badan.
  2. Bagi anak makan ubat setiap 4-5 jam, kalau panas masih berterusan, kalau dedar biasa je lepas 6 jam pun ok. Jangan selalu gunakan ubat bontot tu, doktor Najmi dulu tak berapa advice guna, kecuali kalau dia minum ubat dan muntah baru bagi.
  3. Jangan sesekali mandikan anak time suhu badan dia panas sangat tu, cthnya 39-40 darjah celcius, bila badan dia panas, kemudian di mandikan nanti dia akan menggigil, dan bila menggigil tu la yang selalu dia kena fit, selalunya time ni fit terjadi, dia menggeletar dan terus kejang. Sebab itu kena turunkan dulu suhu badan dia, then baru lah mandikan kalau nak mandikan, itu pun aku mandikan dengan air suam. Takut dia kesejukan dan menggigil.(in case kalau dia menggigil time ni, aku selalunya akan selimutkan dia sekejap, gosok tapak kaki dan tangan dia kasi panas sikit) aku selalu mandikan dia lepas bagi ubat, lepas turunkan suhu panas badan.
  4. Kalau boleh la..kalau dah sekali anak kena fit ni lepas tu kalau dia demam, amiklah cuti, jaga sendiri anak kita, kalau kita dapat baby sitter/taska yang betul-betul prihatin tak per, kalau kena macam taska Najmi, buat bodoh jer berulang kali aku pesan pun, sampai sekali terjadi depan mata mereka baru diaorg panik, cuak dan menangis2 cikgu dia call aku sebab tak tau nak buat apa. So korbankan cuti dan biar anak sentiasa depan mata, sbb yg kali terakhir najmi kena kat taska dia ialah time dia tengah tido. So kalau anak demam, jangan ler terus terlelap, tido-tido ayam je la.. and kalau anda jenis ibu bapa tido tak sedar diri, better kalau dia masih panas badan dia, dlm pukul 12 mcm tu sebelum tido masuk ubat bontot tu, sbb ubat bontot ni boleh tahan 6-8 jam, so bolehlah bertahan kalau tidur pengsan pun.
  5. Balik kampung-make sure dlm check list balik kampung tu, ubat anak, termometer, letak no.1, and tuala kecik. And tak payah le bawak anak pi shopping ke masa dia tengah demam, kalau something bad happen, menyesal tak sudah. Ini terjadi kat kawan aku, anak dia demam, dia gedik jugak nak pi shopping, bawa anak, dalam supermarket anak dia kena sawan tarik ni, gelabah la. dah le parking jauh, toilet pun jauh masa tu nak basahkan budak. Kami dulu kalau Najmi demam, memang tak ke mana. Biarlah orang kata manjakan anak, tak leh kena panas, tapi itu anak kita, kalau terjadi yang buruk bukan depa boleh gantikan anak kita pun. And terjadi jugak, dulu ada kawan opis aku kutuk aku time family day opis aku, aku tak mau berjemur anak, dia kata aku manjakan anak.
  6. Kalau dia demam panas dan tengah tido, jangan bagi dia terkejut, bila terkejut pun dia boleh menggigil sakan. Masa kali terakhir Najmi kena kat taska tu, aku tengok sendiri teruknya dia kena, sampai kaki mengerekot, mulut semua dah herot, mata dah terbeliak, terkencing2 dah, bayangkan cikgu dia call aku kat ofis bagitau dia kena fit, adalah dlm 5 minit amik masa utk aku sampai, dia masih menggigil lagi, dan sepanjang jalan ke hospital, dlm 5 minit pun dia still macam tu, masa tu aku masukkan jari aku dalam mulut dia sebab dia dah nak terkancing gigi, dah berdarah2 jari aku kena ketap, masa tu tak rasa sakit pun, sebab panik sangat.

Itu adalah tips yang boleh di kongsi... yang Najmi tu anak dia... aku just copy paste je... tak pa la janji point2 penting tu dah ada... Fida take note! pls pls pls... and tuk reader yang lain jugak... serta aku... heheheh... Fida ni giler shopping jugak... risau gak aku dia seret si Rayyan kalau dia demam... jangan! Shopping tu bebila bole... anak tu kalau apa-apa jadi, menyesal tak sudah nanti... kalau dah giler sangat nak shopping ke berjalan ke, letak la anak tu kat umah sedara ke, mak ayah kejap... bagi rest yang cukup... antibodi diorg tak sekuat kita...

Aku mmg pandai cakap je kan... kalau rasa benda ni bergune, ambik la... kalau rasa korg mmg mak yang super... tak yah ambik langkah2 ni... tak pa... aku tak rugi apa pun di sini... sekadar berkongsi maklumat...

Salam..


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-