Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, November 6, 2009

Perempuan mesti ke dapur

Kak Pnut!!!!! Cida curik entry ni eh... insap kejap akukan... ahak!



Actually kak pnut dah lama buat entry pasal ni... cume aku dok deley ... bukan la apa, takkan sekali dua masak tetiba nak tulis macam pro lak... idok la... well sememangnya aku suke tengok org masak.. even aku tanam semangat kalau aku kawin dan ada family aku sendiri, aku nak bagi diorg makan dengan air tangan aku... chewah... mmg aku mmg malas... tanya la mak aku... kadang2 sampai nangis puas suruh masak, tapi aku tetap tak nak... tapi tak bermakna aku tak mo ambik tahu... sbb aku lebih suke makan masakan ibu walaupun dia bukan tukang masak yang hebat... no she not! But apa pun masakan dia tetap di hati saya... itu yang saya rasa... kalau berjauhan, pastinya aku akan teringat masakan ibu... itu la namanya air tangan seorg isteri dan ibu...



Ayah pun sama... kalau nak rasa masakan yang sedap, pejam mata je dia boleh gi pilih restaurant dan kedai... but dia prefer ibu masak... kalau aku masak dia sanggup makan kedai, bule? akak lak jenis cepat kecik ati... kwang kwang kwang... alasan...



Kak pnut!!! akak dah macam penasihat dah... ada respond melalui email... kak pnut paste kat blog dia... ampun kalau cida ambik ni ya... korang baca!



Salam kak Pnut, saya F****, saya ni dah lama baca blog akak, lama tak lama, seingat saya, dari saya student (3 tahun, habiskan degree, setahun dah kerja, dan sekarang dah setahun berkahwin, dah anak sorang baby) kiranya family akak tu dah macam sebahagian dari apa yang saya perlu tahu, ye la dah lama membaca blog akak, so memang dah jadi satu kemestian, saya mesti baca blog akak, kalau out station ke apa, balik je khatam blog akak la.



Kak, saya nak share sedikit perasaan saya bila akak ada mention pasal masakan emak dalam entry waffle akak hari tu. Kak, saya pun lalui seperti mana kawan akak yang emaknya tak suka masak tu. Samalah macam saya lalui. Emak saya bekerja, emak saya bekerja sebagai nurse, jadi dah tentu kerja shif kan, jadi siang malam tak tentu kerjanya. Bila emak kerja kami akan tinggal di umah Mak Long saya, iaitu kak sulung ayah saya.



Jadi kami adik beradik rapat dengan keluarga Mak Long, Mak LOng saya macam emak akak la, suka masak dan kami-kami ni sukalah makan. Berbeza dengan emak saya, walaupun hari dia cuti, dia tidak memasak, samaada dia belikan lauk, just masak nasi, goreng-goreng ayam, ikan cam tu lah, atau mak atau ayah akan bawa kami adik beradik makan kat luar. Itulah rutinnya.



So bila akak sebut tentangan keluhan kawan akak di hostel, tepat dan benarlah seperti apa saya rasa suatu ketika dahulu. Itulah perasaan saya. Bila melihat keterujaan kawan-kawan nak balik kampung nak makan masakan emak masing-masing, saya diam, tak der perasaan apa-apa. Saya lebih teringatkan Mak Long berbanding emak, kerana saya percaya kuatnya perasaan itu kerana tangan mak long itu yang menyediakan makan minum kami adik beradik bertahun-tahun.





Air tangan Mak Long dah banyak masuk tekak kami. Akak tau dak, ada sekali saya balik dari hostel, kebetulan mama saya cuti 3 hari masa tu, saya teruja juga sebab terasa kotlah ada kelainan, tapi tak der kak, saya sampai rumah petang tu, mama just sediakan meggi kari je, ye la walau dia masak mee tu kreatif la juga, letak daging, sayur, udang, tetapi bagi saya, takat nak makan meggi kat hostel dah berbungkus saya telan, tak tau la nak kata perasaan tu macam mana, tapi saya makan juga demi menjaga hati dia. Tak tau nak kata perasaan masa tu macam mana, hambar je bila balik rumah mama.



Tetapi perasaan jadi kisah bila saya dah masuk universiti, saya dikeliling dari kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, saya terbuka minda sikit, lebih bermakna kawan-kawan saya yang dari kalangan orang-orang tak berapa senang, emaknya duduk rumah tak bekerja, tetapi kekuatan emak-emak macam ni sangat melekat di hati.Kak, dari unviversiti saya berazam hendak cari calon isteri yang benar-benar dapat menyemperunakan dirinya sebagai seorang isteri. So dari universiti saya ada juga usha-usha awek-awek yang ayu-ayu ni.. kira jenis pompuan melayu terakhir la. Ada juga yang saya berkenan tapi derang pulak tak berkenan kat saya, kui..kui..kui.. ada juga yang saya bekenan giler-giler.. tapi dah orang lain book dulu. Maka solo la saya sampai grad.





Kat universiti saya ada kawan baik, dia orang Perlis, selalu juga saya ikut dia balik Perlis, (saya orang Selangor) dalam dok ikut dia balik Perlis, saya jadi rapat dan baik dengan emak dia, bila dah kerja saya saya masih single, dan saya nak cepat-cepat kawin, saya nak dapatkan kembali hak-hak saya sebagai lelaki yang patut dimanjakan oleh seorang perempuan hahahah terukkan.





Satu hari, saya ikut kawan baik saya balik kampung, dan ada sekali saya ikut kawan saya ni pergi rumah tok wan dia kat Jitra, di situlah cinta pandang pertama saya berputik. Saya berkenan sungguhlah dengan sepupu dia yang tinggal sebelah rumah Tok wan kawan saya ni, tok wan kawan saya ni dah uzur, jadi sebagai cucu paling dekat kat situ, sepupu kawan saya ni selalu mandikan tok wan, suapkan makan, masak makanan kat tok wan, bak kata dia memenuhi naluri lelaki saya la.





Saya angau kak... Akhirnya saya suarakan hati kat kawan saya, dan minta emak dia risik-risik, dah tersurat, akhirnya jodoh kami la kan, tak lama saya kenal-kenal dia, dalam 5-6 bulan je, terus bertunang, mama saya agak menentang awalnya sebab awek saya tu minah kilang je kak, tapi saya tak peduli, hati saya dah suka. Last-last mama ok je la.So sekarang kami dah kawen, dah ada sorang baby boy, Alhamdulillah kak, walau dia bukanlah isteri yang bijak kalau nak diukur dari segi pendidikan, tetapi cukup bijak dalam rumah tangga.





Cekap uruskan makan minum saya, masa pregnant pun dalam mabuk kepayang, tak pernah dia abaikan saya. Walaupun dia tak larat sangat, tetapi setidak-tidak, ikan bilis goreng potong bawang dan sardin jadi juadah kami. Itulah yang saya cari kak. Saya tak mau nanti anak-anak saya lalui apa dah saya rasa, itu sebab saya carikan ibu yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah isteri saya juga mudah mendengar kata, tak pernah kasar dengan saya. And now, jadi menantu kesayangan mama saya.





Saya tak salahkan mama saya mungkin dia sudah biasa dari kecil dimanjakan nenek, diaorang ada orang gaji, jadi semua disediakan orang gaji kot, dan mama saya pulak anak pompuan paling bongus, jadi mungkin dia dah biasa disediakan semua.BIla akak tulis entry lepas tu, saya sangatlah setuju, isteri sehebat mana pun dia, kalau tak pandai ke dapur, bagi saya, tidaklah hebat sangat.



Keep on blogging kak.. saya suka cara akak, sinis, selamba tetapi tepat. Apa akak tulis selalu biasa je, takder ayat bunga-bunga, tetapi akak deliver message tu tepat. Akak educate orang-orang macam saya secara selamba. Wish that kita dapat jumpa nanti, saya nak kenalkan akak pada isteri saya. Walaupun isteri saya tak kerja duduk rumah je, tapi saya ajar dia guna internet, biar dia terbuka minda sikit, dan dia peminat hasil cupcakes akak tu.. Insya-Allah bila hero kami setahun nanti saya nak order gak cupcakes ngan akak.

Ermmm betul... aku pernah duduk kat asrama... macam aku cakap la... masakan mak aku tak sedap mana pun... tapi aku boleh jadi rindu... dan sbb tu bila balik je, order ibu nak makan itu ini... terharu baca email dari mamat ni...



Lately aku bincang dengan Zamani... dia biasalah dengan isi-isi penting perbahasan dia... nawaitu isteri dan ibu tu penting... kalau bersungguh dia sediakan makanan tuk suami dan anak dia, dia akan di sayangi anak dan suami... dan kalau niat isteri tu menyediakan makanan hanya sebagai syarat,janji aku bagi korang makan, tak kisah la makan segera ke, makanan dlm tin ke, maka jangan salah anak atau suami puji masakan org lain, sbb nawaitu isteri sediakan makanan pun dah pesong jauh... some time aku bagi tahu Zamani jugak... kalau dia jenis yang banyak sangat komplain, aku mmg tak akan masak langsung... tapi Zamani cakap just think satu je... sampai bila? Nak tengok anak dan suami cakap puji masakan org lain? Kenapa tak ambik kritikan tu sebagai satu semangat tuk berubah? Beta terkaku di situ...



May be senang tuk dia cakap, kadang2 hati kita perempuan ni sangat soft... semangat berkobar bila suami cakap tak sedap, alamak sedih rasanyakan? Tapi tu la... jangan sesekali kita lupa akan tanggungjawab isteri... aku terpikir jugak... banyak jugak kes aku tengok... contoh terdekat anak jiran aku... heheheh... slumber je cakap kat mak dia, masakan mak aku sedap sangat2... hahaha... padahal mak dia masak lagi hebat dr maka aku, cume malas... hanya ada masa je masak... tapi puji masakan mak aku melangit... sbb masakan mak aku yang dia makan lebih dari mak dia... sbb tu la dia puji... tapi sedap je mulut jiran aku ni cakap... apa-apa je kak tipah letak sampai budak2 ni cakap sedap sgt, sedap lagi saya masak... heheh maid dia sampaikan kat mak aku bila anak dia dok puji masakan mak aku... salah siapa than???



Satu lagi tak yah tengok jauh2... adik2 ipar aku... mak tak ada... dok teringat... kadang2 aku tertanya... masakan sekarang semua simple... tapi mak gune jalan jauh, tumis bagai... padahal boleh je bukak tin tu makan,kan? Tpi di situ la rahsianya... she want the best for her children... learn cida... learn from that...



Kan sedap kalau kita antar anak kita sekolah, dia balik uma... bercerita kisah dia di sekolah than cakap....



"Ibu, tadi abang/kakak gi sekolahkan... kawan bawak bekal kasi abang/kakak rasa... tapikan sedap lagi masakan ibu..." Tak ko berbungga lalang kat situ... pujian tu yang paling indahkan? tak perlu pujian jiran sebelah atau org kampung hulu... cukup anak suami kita puji...wahhh suke suke...



Ni aku nak cerita ni... kisah benar.... perempuan ni!!!! Mak anak buah aku yang celupar tu... Si mira... Marina... tanya la adik2 dia... dia mmg tak tahu masak... lagi teruk dr aku, masak air pun tak tahu ok... seyes... aku tak kutuk dia, aku tahu dia baca blog ni... hahah... mmg malang la siapa buat dia bini... ahak! Sori abang Amir... kih kih kih... aku rasa nenek buat keputusan salah kawinkan dia tau tak... But now... dia super duper hebat dlm masak... sampaikan suami dia balik makan tengahri tak beli tak makan luar... even aku pun ya Allah... mmg sedap ar kalau dia masak... rasa kalau dia duduk Klang mau aku tender mangkuk tingkat, ambik lauk dr dia...kui kui kui...



Sampai pengakuan anak2 dia...



"Ushhhh masakan ibu terhebat!" Ko tak bangga ke? Tak perlu org lain yang puji, cukup sekadar anak dan suami puji... hehehe...suami tu tak perlu ar... kadang2 diorg ni nak jaga hati... belakang lepas makan, pui pui pui... siapa tahu... tapi anak of coz tak tipu,kan?



Tapi aku mmg nekad la... kalau ada anak, aku nak masak... simple pun tapi ada... kan? Ini azam aku... chewah... sejak2 kena masak tuk adik2 ipar ni... entry pasal masakkkkkk je...idok la uolz... can ask Zamani... aku selalu cakap dengan dia pasal isu ni... sblm kawin lagi... dia berkenan dengan aku kerana aku ada semangat... hahah semangat je selalu berkobar2... hahah... tapi aku cume malas bila time mengandung aje... ni dah ok, Alhamdulilla tak ada apa-apa... baby pun dah baik je kat perut ibu... heheh... kasi peluang kat ibu belajar masak kot...



Bila saya berusia 6 bulan ke atas... untie2 dan uncle2 jadi saksi yer... ibu kata dia nak masak tuk saya... walaupun tak sedap, semangat ibu tu yang penting... so dengan itu ibu sila la belajar masak dengan tok mama, dengan nenek dan mak long Marina ok?!! Slbm saya pandai bercakap, sbb sekali saya dah pandai bercakap saya akan puji masakan ibu masakan terbaik di dunia...



Kih kih kih... anak ke ibu yang berangan ni??? hahahah... sbb tu ada blog yang aku suke baca... kerjaya tinggi melangit, time di umah dia tetap di dapur... suami pun sayang, anak pun sihat... heheh...




Cheh! Ini peringatan tuk diri sendiri... yang baik ikut la... yang tak baik jangan ikut ok... kang ada lak kata aku mengada pulak... yang penting keluarga ku tahu... siapa aku...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

5 comments:

NeenaAnuar said...

Pheww!!! jenuh aku nak abiskan baca entry nie..

mula2 ku ingatkan budak tu pompuan.. rupe2nye lelaki.. sian dia kann.. Takper lar.. at least dia dah dpt isteri yg diidam-idamkan kann?

Anyway.. thanks for sharing this info.. tapikan cida... Neena bersyukur sgt sbb aku memang pandai masak! *ade unsur2 velagak tak kat situ?*

Hahaha.. maapppp jgn marahh eh cida.... gurau2 di ptg jemahat nie! :D

p/s: Really Misssed air tangan my late mom!! sob.. sob... :((

Pregnant Z said...

da lama tak bangkang! kasih sayang ibu tak bergantung pada masakan ok.. tu lah masalah bebudak skrg.. samakan kasih syg ibu dgn memasak, kemaskan bilik dorg, aturkan buku2, mainan, cucikan kasut skolah.. tu namanya MAID.. ye, sila paham wahai kaum lelaki,.. jgn samakan tahap seorg ibu di mana syurga di bawah tapak kakinye dgn tahap maid, sama ada dia masak sardin ka.. maggi kari kah.. telur cincai kah (wah loghat utagho kuar).. nasib ler baik aku tak kenal mamat yg tulis emel tu.. hahah.. nak tanya sket, mak long dia tu ada doakan dia siang malam tak utk dia berjaya dunia akhirat..ada dok bimbing dia, nasihatkan dia, jaga mlm bila dia sakit tak?
-ZY

Suki Cida said...

neena
aku tahu ko pandai masak.. bukak kelas bule??? ku jadi student mu yang pertama... hehehe


Zy
ko ni selalu emo pasal benda ni ar... semua mak doakan anak... mmg la tak nafi... ni ku cerita pasal perasaan ibu tu sendiri ler... and anak... bagi kita aku cukup bangga kalau anak aku cakap, ibu masakkan ibu sedap, walaupun macam hampas je org lain rasa...akak pun tak nak BB jaja mak selalu masak megi bagi dia makan rite??? the point here... kasih sayang tu jatuh kat air tangan yang mengalir ke masakan... tu je...mengeratkan kasih sayang... to me lakan... at least i hope my doter or son satu hari nanti tak puji masakan org lain... buruk2 pun kalau dia cakap masakan mak dia terbaik, aku tak perlu pengiktirafan macam cheh wan...

Cik Yayang said...

Fuhh jenuh aku nk baca smpai habih...
Mengah sekejapan..hehehe

Aku pernah dgr org ckp...biar cmner masak sekali pun tapi kalau NIAT TU IKHLAS utk masakkan pada org...'rasa' dia lain..:-)
Aku suka ar ayat yang "baby arrysa cakap" tu...penuh motivasi utk dirimu..:-)

Cik Yayang said...

Eii cute giler background song blog hang ni....geram ku dengar nya..:-))