Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, December 6, 2009

Geram jadinya

Kali ni tak mo la protection entry... nak luah secara umum... biar org2 yang terlibat baca sama...

Tak faham asal suami ni kalau nak kuar, suke nak rahsia-rahsia... mmg dr azali lagi... kalau nak kuar tu, cakap nak kuar tapi berjam2 tah ke mana... call tak angkat... tahu2 setengah jam muncul depan kita... takut la tu nak angkat sbb takut kena bebel...

Bila buat muke ketat dia kata kita kongkong lak... cukup menyampah! macam tu tak yah kawin... time bujang bukan main report bagai! dah kawin macam takut bini halang kuar... susah sangat nak bagi tahu gi mana???

Mmg cukup pantang kalau nak sorok sorok ni... bukan la sorok-sorok, tak nak terus terang... ingat bini kat umah tunggul kayu mati??? bila balik buat muke tak bersalah, gelak2... macam suke aku buat muke ketatkan???

Zamani selalu gitu... takut sangat aku halang dia jumpa adik2 dia agaknya... ha ni kak long nak bebel... memula tu faham jugak la... lelama jadi tak faham... 4 AnaS tu pun sama bersekutu... hep!!!! nasib baik ijat dengan Che ta penyelamat... kadang2 terpaksa call cik yayang... kan sampai dah tahap tu dah... tahu tak en zamani, cara mcm tu lagi membuat dan menampakkan saya lagi mengcontrol awak???? Sampai kena tanya ipar biras. Padahal kalau nak tahu, dia tak pernahnya nak cakap betul dia kat mana...kejap kuar sengsorang... tapi dpt tahu kuar dengan adik2 dia... ha... mana mak cik tak geram uolzzzz!!! Kalau uloz sendiri, nak marah ke kalau suami uolz tu kuar dengan adik2 dia?? kalau dengan pompuan mana2 mmg la... mmg sedia nak baling periuk belanga, wakakak (yer saya mmg garang, sila takut) *buat aksi muke paling ganas*

Perlukah aku pasang GPS kat kereta, dengan badan dia???? ha! baru bestkan???

Mana aku tak geram... tu yang buat aku naik darah selalu...

"Ayang nak kuar..."

"gi mana???"

"Kuar jap je..."

LESAP!!!!!! macam simpan apa je kat luar sana... so pada mereka yang 'bersekutu' sila bagi kerjasama... jangan nak selamatkan along kalian... hahahah... ni saje je buat entry ni... bagi mak abak baca.... lalalala... sekali aku yang kena marah eh... glup!!!!

Bukan la... tapi tention tau... aku tak nak la call 10 kali tanya dia kat mana... sms sejuta kali... kalau dia bagitahu boleh je simpan kat kepala otak aku ni... ni tak... kuar berjam-jam... statement dari mulut 'keluar kejap'...

kang kalau chat dengan cik yayang... berbual dengan che ta mau pun Ijat... keluar kenyataan lisan yang tulen... "tadi along ada kat sini..." tak pun "Oh semalam diorg kuar minum" Waaaaaaaa sakit hati tau...sob sob, setahu aku aku tak la meroyan nak gaduh2 kalau tahu diorg kuar :(

Mulut tu ada emas kot kalau cakap nak ke mana... tak pun takut aku mengikot! dah kawin lak rajin tinggal bini kat umah... time bercinta... bersungguh2 nak bawak aku ke hulur ke hilir...

Beta bukan apa... kalau kesorangan kat umah, jadi la risau... kalau ada kat putrajaya, mak ayah aku dok tanya aku dia kat mana, aku tak tahu... mcm sekarang ni berpantang kat umah, dia dok memanjang kuar... aku tahu dia bosan... takkan nak mengadap muke aku yang 'berpantang'... aktiviti nak buat dengan aku pun terbatas, tapi pening kepala... aku dah bosan duduk umah, mak aku ok la... ayah aku ni prihatin kat menantu lebih2... risau menantu ilang... dok tanya aku, aku tak tahu... jadi hangin la jugak... bila balik, bila ayah tanya dia, dia jawab lain, aku jawab lain dah satu soalan lak nak jawab... argggggg tention!

Ni bukan isu 'dah besar panjang' layak ke mana2... tapi ingat eh... awak ada bini... and aku bukan takat title GURLFRIEND... mmg kalau saya gurlprennn awak, awak nak cakap saya tak perlu tau tak pa. Cik yayang... baik warning fifi... hahah kalau tak nasib kita akan......


SERUPA... wakakak...

Tapi jangan risau... saya tahu suami saya macammana... erm masih percayakan dia... sbb dia suami yang sangat baik dan penyayang... seorg isteri perlu mempercayai suaminya... menerima baik dan buruk suaminya... kadang2 cerita saat bahagia pun busan jugak...

Tapi ku tahu the 4 anaS dok gelak2... hepppppp!!!! Ijat sila jangan terpengaruh ya... andakan di pihak kakak-kakak yang soleha... muahahahaha....

Diorg ingat diorg yer yang bole bersatu???? 4 brothersssssss????? ha ni 4 sista sista...

muahahahah... kita pung leh bersatu...

From The Half Blood Princess...with me, u never walk alone