Saturday, June 20, 2009
Request nama baby
mohd hairi baharim: Akak, tahniah! boleh suggest nama ni untuk baby
suki_cida007: Oh thanks, apa dia? mana tahu boleh consider
mohd hairi baharim: din = doktor
mohd hairi baharim: hairi = cikgu
mohd hairi baharim: rizal = player n cikgu plus boye
mohd hairi baharim: reza = jurutera
mohd hairi baharim: izzat = arkitek
mohd hairi baharim: tado = loser
mohd hairi baharim: nizam =akauntan
mohd hairi baharim: tp aku rasa hairi junior nama yg paling best
mohd hairi baharim: wahahahaahaha
suki_cida007: comfirm rizal buang seh. Player tu tak tahan, buat2 je anak org dtg claim aku ada cucu...sangat bahaya...ahak!
mohd hairi baharim: ada lg! firdaus @ bulat =penunggang professional aka mat rempit
Ok korang mesti tak tahu apa yang di bualkan... semua nama yang herry sebut semua nama sepupu aku... bukan makna di sebalik nama... tapi di sebalik career... hampeh ko herry! Kalau tado dengar, dia bunuh ko dulu...ko kata dia loser... yer la mentang2 dia tak berjaya macam korang semua...
Semua nama tak leh pakai... ahak! reject!
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
Lain org lain kot
Tapi itu sebelum aku tahu aku pregnant... tapi dah tahu semalam dlm kul 10 pagi dah mule lapar...samapi mengigil2, bole? amboiii bisa naik badanku ni... tapi tak pa...baby punya hal, tak kisah la janji baby sihat,kan?
Baca blog puan Chempaka... wahhh dia betul kena alahan org mengandung, bau suami pun dia tak leh bau... makan pun dah tak lalu... ermmm terbalik sudah dengan aku... aku tak ada la pulak macam tu... lagi nak bau badan Zamani... hahah giler tak? than dok rindu over-over... sbb aku tahu dia bz kat opis, kalau aku call dia takjawab...than aku email banyak kali... hahahah.... apakah???? erm tak ada jawapan... Pidah kata aku songsang... waktu dia mengandung pun sama, tak leh bau badan suami dia walaupun suami dah mandi... aku lak terbalik... lagi la Zamani lepas mandi, lagi aku suke nak dekat... heheheheh... ke simptom terlalu awal?
Semalam dah mula start mual... tapi nak muntah tak lagi... tak lagi wek wek... maintain lagi... tapi banyak sangat mengidam... yang pelik nak ayam goreng tak sudah! Haiz... terkenan habis Zamani ni... Pidah kata "Tah tah anak ko upin ipin tak???" ...
Choiiii angah mulut mu bau longkang!
Semalam ambik Zamani kerja je terus minta ke KFC... ahak! Kijam...baru la ku tahu macammana mengidam... dulu time Fidah, aku siap gelakkan, cakap mengada la apa la... kena muke ko! padan muke... ni kalau mengidam nak belian ke... emas ke, kan bagus... wahhhh pengsan sudah suami ku baca...
Di sebabkan aku tak sedap badan, jalan sikit macam berlari, penat giler... so aku bagitahu Zamani nak makan kat umah je... than singgah sekejap beli susu ibu! Bukan susu tuk ibu aku... tuk ibu mengandung la maksud aku... Heheheh... dah selalu pagi malam dok komplain lapar je...
oh can anyone bagi tahu aku betul ke susu ibu tu boleh minum hanya sehari sekali? Pidah kata susu ibu kena minum sehari sekali sahaja... yer ke? tak tulis pun kat situ... anyone yang dah jadi ibu know about that?
Suami yang prihatin, penat aku tunggu. Zamani baca segala kandungan khasiat kat label tin... lepas satu, satu tin dia terjah... ermmm ikut aku sama je... tapi sayang gue nak minum susu coklat... bosan la vanilla... tak sedap...Hanya Anmum Meterna sahaja yang ada perisa coklat... tapi pidah kata tak elok... sbb kandungan DHA kureng... apa itu DHA pun aku tak tahu... oooo kena belajar ni... ermmm.
Satu lagi aku cepat tersentuh... adeh kira baby sensitip la ni... cerita tak sedih mana,aku dah terharu... macam tadi MIL call, ucap tahniah, siap offer kalau nak apa-apa, teringin nak makan apa pun just bagi tahu dia, dia boleh buatkan... mengadakan aku... hingus dah mula nak memeleh... terharu sudah... haizzz perangai sebijik abak dia... kan Zamani... hang gitukan? cepat terharu... kah kah kah... larikksssssss.......bukan apa aku rindu ibu... tak leh dtg Putrajaya sbb Didi dengan ayah sekarang di serang demam denggi... so aku di halang tuk kesana
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-