Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, November 28, 2008

Terima kasih reader... aku terharu sangat2 dengan komen2 yang korang tulis... aku tahu kamu sentiasa bersama aku bila aku down...apa yang berlaku pada aku seolah macam mimpi... tak tahu la nak cakap macammana... mungkin kali ini doaku di makbulkan Allah.... tapi macam biasa, kita manusia hanya merancang Tuhan penentu segalanya...

Kali ini aku nekad untuk mengakhiri sebuah hubungan yang tak pasti... hubungan yang aku rasa tak mungkin boleh di selamatkan lagi... sebuah hubungan yang aku rasa perlu di restui... rasa cinta, rasa sayang aku rasa semakin lama semakin pudar... sori kalau entry aku kali ni jiwang habis... aku tak salahkan 'dia' di atas kegagalan hubungan ini...aku mengaku aku banyak melakukan kesilapan atas hubungan ini..in fact aku yang banyak but salah kalau nak bandingkan dengan dia... kalau dia baca entry ini, aku mohon maaf di atas segalanya... tapi hubungan ini perlu di akhiri...kerana dasar cinta dan sayang sahaja tidak mencukupi... aku perlukan lebih dari itu...

Manusia tak semuanya sempurna... sebaik-baik dia pun ada silapnya...dan aku rasa aku ada hak tuk menentukan kebahagian aku sendiri... sepanjang perjalanan aku dengannya, aku sentiasa berdoa agar hubungan ini terus kekal... terus di restui... tapi lama kelamaan yang tinggal hanya janji...

Im 28... next year goin to 29... berapa lama lagi harus aku tunggu sedangkan dia sendiri tak pasti.... tak cukup ke masa yang aku berikan? Bila tanya, dia kata aku terlalu mendesak... dan aku rasa jalan terbaik ialah mengakhiri hubungan ini...kerana aku tidak mahu terus menunggu... walaupun aku cube gertak dia yang org lain akan masuk meminang pun, jawapannya sungguh mengecewakkan... and i really dont need that kind of answer.... aku masih ada harga diri... bagi aku soal masa depan bukan satu permainan...sekiranya ini menyakiti hatinya, aku minta maaf sbb rasanya aku perlu pikir tentang hati dan perasaan aku sendiri selepas ni.

Dan kehadiran dia membuka jalan untukku...siapa dia? Kami dalam proses mengenal antara satu sama lain...dia bukan org ketiga... sbb sepanjang hubungan aku dengan dia tu pun, aku tak ade la nak curang kawan dengan org itu ini... takat tegur2 tu adalah...

Kalau bukan org kenalkan kami, aku tak kuasa nak mula kenal dengan org... seyes... siapa nak buang masa nak kenal balik, nak develop new relationshipkan? Berapa lama lagi masa yang nak habis lagi? The nite i make decision to end up relation dengan dia aku sedih sangat... aku sms dia tak jawab, even dia terus cabar aku tuk teruskan niat aku yang nak sangat putus dengan dia tu...

God! mungkin ini khimah yang berlaku... dia tak bagi harapan... tapi bagi semangat...setiap hari dia antar email yang sangat menarik perhatian aku...dan membuatkan aku terus nak kenali dia lebih rapat... apa salahnya pun... we got the same problem and issue... kalau di bandingkan kesakitan yang aku rasa, berat lagi cerita dia... well aku tahu la sikit2 cerita dia dr kawan aku but seriously aku tak lagi dengar rungutan kisah lama dia dr mulut dia, which dia tak la menjaja keburukan ex dia, kan?

Well he will be back for gud end of this year... which is next month... dan kita tunggu dan lihat kesungguhan dia pulak, sejauh mana kejujuran dia pada aku. As far yang aku dpt lihat, kami selesa buat masa ni... tapi tak tahu la kalau jumpa nanti... mungkin ada kekurangan aku yang dia tak boleh nak terima, siapa tahukan...itu di luar dugaan la... Tuhan yang menentukan semuanya.

Yup... aku tak sedar dan tak pernah pun terbayang akan kehadiran dia. Tapi aku yakin jodo semua di tanganNya...terlalu cepat semua ni berlaku... kadang2 aku rasa macam mimpi pulak. Takut pun ada... yerlah lelaki lebih kurang je... kalau takat suke2 tu mmg la banyakkan? But aku perlu bagi peluang... bukan pada dia je... pada semua...told him also, aku dah malas nak bercinta ni semua...kalau dia boleh menerima kelemahan aku, mencintai kekurangan aku, cube tidak mengubah siapa aku, Insya Allah aku boleh terima dia... aku pun bukannya sempurna pun.

Org yang kita kenal bertahun lamanya, masih tak pasti tuk buat satu keputusan... malah aku di katakan mendesak...dari situ aku rasa bukan aku je kot boleh pikir... korang pun boleh pikir tuk akukan? :)

Buat masa ni... ini je la aku boleh bagi tahu... gambar, siapa dia aku rasa nanti dulu yeh... pelan2... korang doakan la semoga apa yang di rancangkan tu jadi kenyataan...

Sayang korang semua... muaksssss.....




The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

love it!

Thank you... i love it...

Sweetkan... bukan gamba aku... aku tahu aku sweet... wakakak... baca ayat tengah tu... thanks to YOU... ooooOOOoooo YOU.... suke sangat... terharu sangat... rupanya masih ada yang sudi :)

BILA SATU PINTU KU TUTUP... AKAN KU BUKA PINTU YANG LAIN..

Chewah... tetiba jekan ada gamba cik bedah kat situ... hehehe... apa-apa pun terima kasih... ku hargai seperti mana kau menghargai diri ku....sayang dia *kelip-kelip mata*

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Lucky

Gigih aku tak tido malam2 ni...cari lagu ni... just to let someone read this entry...

You... you know who u are... thanks for being there for me...im just a lucky gurl i guess... :)





Do you hear me talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I hear your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard


I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again



They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye

I wish we had one more kiss
I WAIT FOR YOU AND I PROMISE YOU I WILL


I'm lucky I'm in love with my best friend

Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, fell the air
I put a flower in your hair

And though the breeze is through trees
Move so pretty you're all I see
Let the world keep spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday


Love this song... ok jangan buat spekulasi yang bukan2 ok... :) Tapi you tak yah buat spekulasi... you faham dah cukup... wahhhh gitu

Benar kata korang semua... blog ini benar2 bermakna bagi saya... tanpa anda semua, saya akan rasa kecewa...heheheh


Izinkan saya dapatkan kegembiraan, izinkan saya tuk dpt senyuman ini kembali... izinkan saya bine kehidupan baru... izinkan saya memilih jalan hidup saya sendiri...


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Satu lagi kejadian bodo


Lepas gi LHDN, aku kena hantar cek ni kat Mitsui OSK... kat area Klang jugak la...

Punya sakit hati... kalau aku tahu aku tak nak pergi... aku sampai dlm kul 130 time org tengah makan... so turun tunggu kat dlm kereta... kul 2 baru naik balik....

Aku tengok kunci.. tekan bell kat luar, aku dengar ada org jerit suruh masuk... so aku masuk... OMG... semua lelaki... tak ada staff perempuan ke... bila aku masuk semua pandang aku semacam... so gi kat mamat kat kaunter ni...

Me : Nak tukar cheque...
He : Dari mana?
Me : N*******

Tetiba ada mamat ni menyampuk...

He 2: Ooooo mana si janggut?
Me : Imi? Oh dia ada kerja lain...
He 2: Lah... yer ke... you nama siapa?
Me : Shida....
He 2 : Shida? Ohhh mulai sekarang u ke ambik antar dokumen?

Diorg gelak ramai2... aku dah seram... semua lelaki aku perempuan... tingkat 6 lak tu...aku senyum je... lepas ambik documen terus la balik...

He2 : Hati2 Shida... jalan tu elok2...

Alamak si pendek ni... banyak cakap ar!

Nak bukak pintu tak leh lak... diorg boleh ketawa... aduh... cari suiz tu tak ada...

He2 : Kenapa Shida? Tak leh bukak ke? Tolak...

Aku tolak pintu still tak leh bukak... diorg gelak2... aku mmg tak ada mud nak gelak mau pun gurau. Diorg masih gelak2...

He2 : Perlukan pertolongan saya ke?

Bapak tul... memain yek... nasib baik mamat yang pertama tu baik hati...

He : Tekat tepi tu Shida...

Aku puas cari... apasal ko tak letak je suis ni bawah karpet tersorok benar....dapat kuar aku terus turun.... dlm hati MAY AKU TAK NAK GI MITSUI LAGI!!!!SURUH ABANG JANGUT!


The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Berjumpa Pegawai Lembaga

Entry without picture agak bosan... tapi aku paksa jugak korang baca! Bukak mata besar2 cepat!

Aku sampai sana kul 11.45 macam tu... susah tul nak dpat parking....last2 parking kat private parking... yang sejam RM 2 tuh... apa nak buat... cina tu tanya aku mau letak sampai malam ke? Apa barang sampai malam... hehehe... tak sekejap jo... muahahah.

Aku naiklah bangunan yang aku tunjukkan tu... kata pegawai tu naik tingkat 1, than bagi tahu kat kaunter nak jumpa dia... so aku pun buat la...

Aku paling benci menyampah bila org nak kacau2 selenge ni tau... aku tak ada masa nak bergurau senda la... bukan aku perasan cun ke apa ke... tapi aku rasa tah nak bagi penyepak je kat org 2 ni tau... aku gi kaunter, so ada satu perempuan satu lelaki, tapi lelaki pakai uniform macam polis jerk... oklah aku bagi tahu nak jumpa mamat ni... perempuan ni poyo bz buat lawak bodo dia... boleh excited pakai stapler macam budak sekolah. Aku malas nak kacau org yang baru jumpa benda2 macam ni... nak kata budak aku rasa tua, nak kata tua, macam bebudak, Mira, Mirin agaknya relex je pakai benda tu...

Aku :- Bang, saya nak jumpa Encik Firdaus...
Polis :- Dari mana?
Aku :- Saya SHIDA DARI *******

Ok clearkan?! Dia pun panggil and suruh aku duduk...pastu dia panggil aku... aku pun datang la

Polis :- Tadi kata nama apa?
Aku :- Ha?

Aku pelik... baru tadi dia panggil nama aku...

Aku :- Saya ke?
Polis :- Aah nama awak la...

Aku kerut dahi... apa ni...

Aku :- Shida...
Polis :- Nama penuh... (Sambil tersengih)
Aku :- Rasidah Rusli...
Polis :- Eh bukan maksud saya nama pegawai yang awak nak jumpa ni...

OMG! Aku rasa nak tumbuk je muke polis ni... kau call En Firdaus mana tadi? Pastu tanya aku nama penuh pegawai tu? Dia boleh senyum2... punyalah aku sakit ati... punya jauh aku bangun, ko nak tanya nama...

Aku terus toleh. Malas nak layan org yang tak ada kerja nikan... dengar la suara dia gelak2... Oh Rasidah.... macam palat! Tembak dengan pistol ko tu kang! Sia2 je!

So tunggu En Firdaus, dia datang... heheh comei je org dia... suara lembut muke ganaz habis... mmg mati aku... blukkkkkeeee...

Semua berjalan dengan lancar... alahai lembut je dia terang kat aku... banyak silap aku buat... muaahah... habis la...

Masih tak settle lagi ada documen yang aku kena hantar.So dia bagi seminggu... benci tu aku... meeting ends kul 12.30... so next destination? Gi Public bank tuk collect slip! Benci aku... kalau aku kuar ada je nak memesan ambik itu ini... hantar itu ini...

Apa nak buat... aku pun tengah down...jalan2 sesekali ok jugak... wakakak...






The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-

Aktiviti dlm jam

Dalam keadaan serabut, kelam kelibut, aku gagah jugak pergi... appoiment aku dengan pegawai LHDN kul 11 pagi, aku kuar dr opis kul 10.15 pagi... itu pun dengan keadaan lemah...sbb malam tadi tak leh nak tido...bila jiwa dah start kacau, ini la jadinya... benci!

Jalan sangat clear... aku pun sukalahkan?Tapi sampai flyover... aku dah nampak kereta beratuq... baguih noooo.... kereta aku dah la manual, kat tengah2 aku berhenti... mmg malas tul la...

Lhdn masih jauh lagi ok... bengang betul... kul berapa la aku nak sampai...
Kalau aku tahu aku jalan bawah... short cut... pi naik flyover ni asal! Cit!tengok lengang tul kereta kat bawah tu... rasakan! Bertengek la ko kat atas tu... uwahahah... tengok jam dah kul 1030... relex la setengah jam ada lagi...

Jam2 macam ni... apa lagi yang boleh buat selalain main camera ni... nasib bawak ok... lama giler aku tak snap gambar... ni la peluangkan.... mmg lambat dan lama aku tunggu nak tengok kereta2 ni jalan...

Aku bengang dengan lori kecik ni tau... dia sibuk nak menyelet... macam dia sorg je nak cepat... padan muke lori rempah apa tah lak buat gitu... bagus... kalau ada traler lagi bagus... geram lak aku....

Korang rasa jam2 ni... nak buat apa? Bosan yang amat.... heheh gedik ambik gambo sendiri... tengok muke gemuk aku! EEeee dagu runcing ku dah tak nampak... wakakak ~ sila muntah ijau semua... mata sembab malas nak pakai eye liner... tak kose... bedak pun tak pakai... giler selekeh aku jumpa pegawai... nasib ko la Cida....

Apa nak buat... jiwa kacau bilau...

So decided to call the officer, almaklumla... kul 11 dah waktu ni masih lagi tersekat di jalan raya...yah itulah hanfon saya... tak mo panggil dia buruk... buruk2 pun aku beli dulu RM 1300 ok! Banyak berjasa...tak pa tak pa...


Dengar CD pun dah sampai track 12 ok... tak jugak sampai2... sangat bengang! Org kiri aku pun bawak kereta sorang2 mulut kumat kamit menyanyi... hahah... gilo... kenapalah aku boleh terpikir nak jalan sini...

Motip gambar? Ini lah bangunan MPK... wakak... sangat bosan, aku snap la... kita kena Vangga dengan hasil majlis perbandaran klang... hahah poyo aku ni... kalau aku berhadapan dengan jam macam ni setiap hari... mati kejung aku kat jalan ok!

Eh korang semua tak kerja ke? Tak leh duduk pat opis ke senyap2? Merayap semua ni nak kemana? LHDN jugak ke? Ayooooo bikin panas la!

YAh itu dia bangunan LHDN yang baru... chewah... jauh lagi tu... aku dah penat pluss mengantuk ok sbb malam semalam tak tido... Bila pagi je dah terseguk bawak kereta... nampak tak?

Kasi zoom in sikit... lalalala.... mampus aku kena marah dengan pegawai ni... tapi apa nak buat nama pun jem... ha! Korang layan eh... sbb aku dah bosan dlm kereta ni... apa yang aku boleh buat... ambik gamba je la kan?

Masjid Klang... dah siap dah...tapi pelik kedudukan belakang sungai kelang... confirm bau tentu naik... uhuhuhuh... tapi cantik masjid ni... sangat cantik...

Ok... ni pun cantik.... hahaha lalalal *over over the limit sudah* ada ke mak aku cakap, gamba macam tertelan kapur barus... kira lawa la jugak muke org tertelan kapur barus tak gitu kawan2? Hahahah larikkkkksssss... tak pandai nak kritik tul la mak aku ni...

Ok tu statement org tak betul... jangan layan... wakakak

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-