Less than week she gonna be someone wife’s. Aku dan family aku secara mutlaknya akan melepaskan adik aku ke tangan suaminya Shaiful kenhaizi… bukan aku je rasa kehilangan, aku rasa ayah dan ibu aku turut sama merasa… menghitung hari… bukan kerana gembira nak lepaskan dia tapi memikirkan keluarga yang akan bakal di bina. Sekarang dah tak boleh hang out macam dulu kot… tak boleh la aku lepak bilik dia bergosip, tak boleh la nak masuk bilik dia, bukak almari dia ambil baju-baju dia mahupun pinjam make up dia.
Kalau korang nak tahu, 30 May ni tarikh dia di ijab kabulkan dan genaplah selama 26 tahun ibu dan ayah aku menjaga dia dan bermula tarikh itu tanggungjawab akan beralih pada suaminya. Yup… tarikh itu adalah tarikh lahirnya… majlis nikah akan bermula lepas asar dan lepas Isya adalah majlis berinai besar… and adik aku di lahirkan tepat pukul 8.30 malam…
She 2 year younger than me. Kami sangat rapat… terlalu rapat. Bila duduk-duduk terkenangkan zaman kecik2 dulu… as big sister I always protect her.Hahah ye ke? Ke mana je aku pergi mesti dia sibuk nak ikut. Aku selalu jadi bengang bila nak kuar main dengan kawan-kawan, aku mesti kena bawak dia. Macam mana aku kuar senyap-senyap dia mesti ikut kat belakang aku… than bila tak dpt kejar aku dia akan panggil “Kakak..."
Dia selalu sangat mengalah dengan aku… biasalah aku anak sulung… semua org kena dengar cakap aku… bila main apa-apa pun, kalau aku nak sesuatu tu aku akan pastikan aku dapat. Kesian fidah… dari kecik dia dah tunjukkan sikap yang mengalah dengan aku. Nak di bandingkan kami berdua, Fida lebih lembut hati… dan kadang2 dia bersikap jauh lebih matang.
Gambar ni mmg lusuh, tapi baju sekolah dia tu baju aku.... dia tetap posing dengan baju aku tu tanpa banyak songeh!
Aku suka buli dia kalau balik kampong… kat kampong aku banyak kawan… yang sama umur dengan aku… Fida kecik-kecik she bit small and bit slow sbb kecikkan, mestilah langkah tak sebesar aku. Tapi dia tetap nak ikut ke mana aku pergi… dan setiap kali aku gaduh dengan dia, aku suka gertak dia “Cop… satu dunia ni kawan kakak, Allah pun kawan kakak. Ibu pun kawan kakak, ayah kawan kakak, adik tak payah ada kawan….” Tercebik dia dengar ungkapan tu… dia paling takut bila aku buat macam tu kat dia…
Fida dua dari kanan... aku? yang hujung kiri...
Bila masuk sekolah, dia masuk satu sekolah dengan aku. Aku darjah 3 dan dia darjah satu. Pelik patut tugas aku menjaga dia…tapi terbalik pulak. Dari situ dia dah tunjukkan tanggungjawab dia dan I know she love me very much Cuma aku je jahat mengambil kesempatan. Bila time rehat dia mesti belikan aku keropok, air, bagi kat aku sedangkan dia hanya ambik sedikit dari apa dia belikan tuk aku… hahahah jahat tak aku? Dia pandai jimat, kalau dulu ayah bagi duit sekolah 80 sen, mesti dia bawak balik duit masuk tabung.
Bila kami meningkat remaja, kami jadi rapat… teman paling rapat. Bila adik bongsu aku lahir, dia macam terpingir lagi la… maklumlah, sebelum adanya Raudhah (adik bongsu) aku tu, aku kira anak manja mak ayah… tambah dulu aku ni berpenyakit, so tumpuan mak ayah aku lebih sikit kat aku. Fidah mmg dah mula berdikari waktu tu. So bila Raudhah ada, tumpuan semua pada yang bongsu… sian fidah.
We share everything together… and Fida mmg tak pernah menyimpan apa pun dari aku… yang paling aku suka, Fida seorg adik yang tak pernah meninggikan suara pada aku. Kalau dia tak suka, dia akan tunjukkan attitude dia tak suka. Tapi bila aku naik hangin, merajuk atau marah, dia pasti mohon maaf, uh tak macam adik aku yang kecik tu… umur setahun jagung dah mula tinggi suara… sepak pakai kaki baru tahu. Uhuhuhu
Tapi sekarang dia nak jadi isteri org dah L Mesti hubungan kami tak serapat dulu… well aku tak kisah.Jangan dia lupakan aku sudah…Im still her big sister.Walaupun ada jaraknya nanti, aku harap hubungan kami tetap seperti sekarang. Bila-bila masa dia nak luahkan masalah dia, bila-bila masa yang dia perlukan pertolongan aku, aku sedia membantu sedaya yang bole…
And you kEn… if you read my blog! Jaga fidah macam mana mak ayah aku jaga dia… waaa nak menangis dah ni… Ibu ayah mahupun aku sendiri tak pernah letak tangan pada dia… sebab dia anak dan seorg adik yang baik. Anak yang dengar kata. And don’t take that for granted! Jangan ambik kesempatan sebab dia lembut, ko suka suki nak buli dia… I wont let that happen… walaupun aku tak ada abang atau adik lelaki, aku tak akan biarkan atau benarkan sesuatu buruk jadi pada adik aku. Make her happy…
Aku tak boleh tengok dia sedih… sbb dia tak sekuat aku… dia pernah jugak kecewa dan aku tak sanggup nak tengok dia menangis sedih, so don’t let it happen to her.
To my lovely sister, I want you to know that I always love you… I always be ur big sister… kalau ada apa juga masalah, along nak angah tahu yang along sentiasa ada… walaupun along ko ni bit emotional but no worries I always try my best to make you happy sis…
LUV YOU SIS..... MUAHAHAH XOXO
AND I ALWAY LIKE THIS PIC OF YOU...