Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, September 16, 2009

Rupanya ada lagi yang Daif...

Sila bersyukur dengan apa yang ada... sila sebut Alhamdulilla bila kita menerima apa-apa sahaja... aku bukan berasal dr org yang kaya... tapi ada cerita yang aku nak kongsi bersama...

____________________________________________________________________

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t idak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu sayacuba membantunya setakat yang mampu. Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:

Solat sunat

puasa sunat

berzikir

bersedekah

mengusap rambut anak yatim

Mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain membantu orang susah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersyukur dengan apa yang kita miliki... ibu selalu pesan kat aku... apa yang kita dapat, mmg tak akan dan tak pernah cukup, tapi rezeki datang dlm pelbagai bentuk... jangan kedekut...Insya Allah, tuhan akan pelihara rezeki kita...

Always believe rezeki yang turun dr Allah... Dia bole memberi, dia jugak boleh menarik rezeki buat kita... dan aku percaya, walaupun sesorg tu bergaji kecil, kalau dia hidup dlm keberkatan, semua akan cukup... tapi kalau gaji kita beribu2... tapi kita tak pernah menghulur apa lagi bersyukur, sampai mati pun kerja, kalau tak di berkati, mmg tak akan cukup... so renung2kan lah dan selamat beramal...

heheheh.... cerita kat atas ni, aku rasa nak sebat balik je pungkuk cik gu tu... periksa dulu bole?? Sian budak tu...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Sang suami memulakan ceritanya

Hati ku berdebar2 ok... tak tahu asal... menghitung hari jumaat ni... maklum la...kan pestime beraya dengan keluarga sendiri... me and husband ler... yer la... selalu rutin hari raya sepanjang 10 tahun lepas sejak arwah atuk Melaka meninggal tetap sama... tetiba tahun ni lain pulak...

Selalunya baju2 ibu siapkan... yer sila tahu aku anak paling manja... mengadas... aku rasa sepanjang tu mak aku minta aku kawin cepat kot... wakakaka... aku pilih baju mana nak bawak, ibu yang packingkan... manjakan??? Kali ni macam-macam... nak pikir berapa hari stay sana... berapa baju nak bawak...duit raya nak tukar berapa... selalunya aku bagi duit raya kat org tua... ha sila tahu, budak2 sori mak long kasi anak buah yang rapat je... anak sepupu ayah ka... anak sepupu atuk ka, anak sepupu ibu ka, yang tak kenal eden tak bagi... heheh gile kedekut... sbb??? budak bandar sekarang pandai value duit...kasi RM 2... pukul canang satu taman...Mak cik ni kedekut... sekeh kepala ko baru tahu... ku jumpa ko pun setahun tak sekali ok... bagi duit banyak2...

Chewah itulah aku dengan Pidah... hahaha...kami kedekuts sikit... tapi kami baik... chewah angkat sendiri itu bakul yang sendiri isi... dr ku bazir banyak2 duit bagi korang budak kecik yang ku tak tahu dah besar korang jadi apa, maka baik ku hulur pada mereka yang dulu bagi aku duit raya, kan kan kan???

Than tis morning tanya la Zamani, nak tukar duit kecik tak? Zamani cakap ok... terpulang la nak tukar... ku tanya berapa? dia kata sukati berapa pun tak pa...chewah siap bagi tahu ni...

Aku :- Kita bagi duit raya kat budak2 yang bawah 12 tahun eh...yang atas tak yah la...

Heheh kedekuts tak aku??? sbb aku tahu Family dia kat sana besar2 bilangan anaknya... dan sila tahu family in law aku yang paling sikit anak... ha! 5 org kira sikit... yang lain UP lebih 5 org... ni mak cerita ari tu la... ku tengok suami ku tersengeh2...

Zamani :- Betul nak bagi bawah 12 tahun je???

Aku dengan confident hanguk kepala! Yupppp....

Zamani :- Semua bawah 12 tahun... anak pak anjang je 7 org bawah 12 tahun... anak mak su 2 org, bla...bla...bla... 5 org bawah 12 tahun... tu tak masuk mak dengan abak punya anak buah pun ya anak2...

Ku tak sanggup nak dengar... salah bagi rating daaaaa...

Aku :- Alamak! Habis??? Anyway you bagi diorg selalu berapa???

Zamani :- Yang rapat RM 5... yang tak rapat RM 2...

Aku :- Ooooo RM 5, RM 2 ok la... i ingat sorg RM 10...

Zamani :- Giler apa??? Berapa org you nak bagi RM 10... budak2 pun... janji ada...

Kalau macam tu tak pa la... idok la banyak... sbb tiap tahun pun ku mmg letak RM 2 je dlm sampul duit tu, tuk budak2... habis raya kalau tak habis, aku berbelanja gune duit kecik2 tu... kih kih kih...

Takat nak bagi RM 10 bagi kat Ijat dengan Awie jo....

Wakakakak ok, ayat tu aku pandai-pandai tambah yer... ampunnnn Ijat...ampun awie... confirm diorg salam aku dengan Zamani pakai hujung-hujung jari... duit raya tuk adik2??? Ehem ehem... yang belum kawin dan yang belum ada GF je buleh dapat... dah ada GF tak bole eh... lagi-lagi yang nak tunang... hahahah... itu sori naik lori nak dpt... duit upah marking paper pun tak dpt lagi payment ni...wakakaka...ampun Hasra.... ampun fifi...

Than tu cerita pasal duit raya... pastu ku mendengar lak cerita Zamani pagi raya gi umah siapa... kawasan umah macammana... wahhh tetiba hati ku kembali ok..idok la hampo terpikir hati tak sodap... actually satu benda pun aku tak buat lagi ni... luse malam dah nak balik da... barang raya pun tak shoping lagi ni... lepas buke ke aku dah pengsan... macamaman??? macam pose punkan??? Wei aku puasa la.... siapa cakap aku tak pose??? aku buke makan ubat je... lalalalala....mesti la penatkan???

Oklah aku mud nak kerja nan ado...gaji tuk bulan ni aku dah settle so tak ada benda nak kejar... so masuk opis je tunggu je cek clear... kih kih kih... bestnya... minggu depan choti semingguuuuuu.... yes! i like...


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-