Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 8, 2009

Tag From neena

Ku rasa dah berkurun lama aku simpan Tag Puan NeenaNuar ni... bila tengok video dia dengan Nuar... tetiba mention bout this, gigit jari aku jap... baru teringatkan tag yang dia bagi two month ago... giler dasyat ko Cida...

Ok... interesting jugak... nak ke tahu???

Apa yang korang suke pasangan korang pun suke, dan apa you tak suke tapi pasangan you suke....

Apa yang aku suke buat and Zamani pun suke buat??? ermmmm susah jugak ni... uhuhu... sbb apa yang dia suke buat aku suke buat... kah kah kah


1. Aku suke tengok wayang... so dulu time berchinta muke aku dengan dia mmg selalu sangat kat cinelaisure... dia tak banyak bunyik... lama2 jadi kebiasaan bagi kitaorg, tak tahu gi mana than lepak je sana... bule??? kih kih kih... now dah kawin aku suke tonton DVD... so secara tak langsung dia pun join sekali jugak la...


2. Aku jenis tak leh tengok umah berserak kot.. and kalau dah kemas, kalau nampak habuk tu, aku dah start sakit mata... so Zamani jenis yang tak kisah awalnya... butakan mata anda kalau nampak benda menyakitkan... but now lepas kawin, dia sendiri mengemas tanpa di suruh... erk... dia suke buat ka? atau takut bini dia bising? wakakak... tak kisah janji dia buat sekarang walaupun tak la selalu.


3. Me suke lepak umah je... tak kisah umah sendiri ka, umah MIL ka... umah my parents ka... so automatik Zamani pun tak kuar sangat... may be dia pun lebih suke kot stay umah... wink wink...


4. Aku suke tulis blog... so dia pun bukak blog jugak... cume lately dia malas nak update blog... sbb dia jenis yang lomentik la jugak... tapi dia jadi ego kot sbb keluarga dia semua tahu dia dah ada blog... hahah yer ke?


5. ku hantu Facebook... dia pun bukak facebook dia pun sbb berchinta dengan aku.. yang lain macam my space, ur space... thier space yang dia ada dah tak bukak lagi... kui kui kui... hagak je la...


6. Aku suke budak2... dia pun suke budak-budak... sbb tu aku bunting pelamin sbb tak mo ar plan2... umur masing2 bukan mude... so ini la hasilnya... wakakaka....


7. Aku suke makan pedas, dia pun suke... so kami kalau makanan yang tak pedas tak leh... so senang sikit tak yah nak pikir nak buat dua lauk ke hapa...


8. We both hate sweet thingz... ahak! tapi kena jugak kencing maniskan??? hampeh tul... coklat pun dia suke dark coklat yang kandungan cukulat dia tinggi giler rasa pahit... muahahah...


9. Both of us setia pada satu jenama barang... i guess so la... macam org lain boleh ada 1001 beg, 1001 jam, 1001 kasut... but me and him tak pandai la... kalau dah pakai satu tu tak pandai nak tukar2... itu yang aku nampak kat Zamani, and aku pun type mcm tu... sbb tu aku tak suke, sbb kalau aku dah pakai benda baru, aku tak tahu nak pakai benda lama, so sbb tu pakai selagi bule than tukar... serasi bersama kot tang tu??? wakakak...


10. Aku suke dengar, dia suke bercakap (benda tu boleh terima pakai tak??? bole arrrr... hahahah)... kalau aku suke dengar dia suke dengar siapa lak nak bercakapkan?


Apa yang kamu tak suke pasangan kamu buat, tapi dia suke sangat buat...


Paling banyak dalam sejarah... *gelak syaiton* sedia untuk mendengar????


A. Aku tak suke kalau dia dah mengadap PSP, dia mengadap game football manager dia... perhh bikin kami laki bini boleh gaduh...makin aku halang, makin dia buat tak tahu je... rasa kalau aku mati pun dia tak ada hal... janji jangan game tu terdelete dr lappy dia... ha... tengok...mcm tu sekali ok... sila tahu...


B. Kalau buang angin tu, dia buat macam sembur minyak wangi ...


C. Lepas mandi dengan tuala sure nak gelek macam Che Aisyahkan... alasan nak hiburkan aku yang muke selalu ketat setiap pagi... but seyes... the moved will be never the same macam Che Aisyah kita tu sayang... dia buat cute, u buat cute jugak, tapi tak buat lagi cute... hahahah


D. Cakap sepatah dia jawab berpatah2... cukup aku pantang kalau dia adaaaaa je nak jawab...


E. Sejak kawin, he know dia dah ada kulikan... suke sangat letak baju kotor merata2... ambik baju kat almari pun sama juga...tapi tak pa... nama pun itu tugas isterikan? tak kisah... kalau dia buat kerja pun ada je tak kena dengan mata aku... so better aku buat.


F. Kalau tido, mmg susah nak bangun... buat la apa pun... dia tetap akan tido jugak...


G. Sekarang ku dah serasi dengan dengkuran dia time tido... kalau tak bunyi aku lak pelik... laki aku ok ke tak... wakakak... but still tak suke juga... tapi benda luar kawalankan????


H. Dia kalau mengadap ultraman macam tengok cerita 18 xxx ok...bagi sepenuh perhatian ni...aku tak suke sbb dia nak jadi bapak budak dah... alasan dia, nanti dia boleh tengok dengan anak dia... ermmmm kan aku cakap dia banyak jawapan dlm otak dia...


J. Pelupa... kalau suruh ambik barang, dia akan ambik apa yang aku suruh... yang tak suruh dia takkan ambik... hahah contoh senang je... kalau tido umah MIL... tujuan utama balik klang ialah ambik BAJU KERJA dia... so bila aku pesan ambik barang aku, aku tak mention barang dia, minyak wangi dia semua, mmg dia tak ambik... sesuatukan???


Heheh tapi itulah lelaki yang aku chintai... walaupun ada jugak kekuarangan, buat dia seorg suami yang cukup baik... setiap apa dia buat, cukup buat aku tersenyum walaupun benda yang dia buat tu sometime bole buat akak sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.... kah kah kah... hidup ku tak bermakna tanpa dia...sbb tu kalau kami bermasam muke... hidup rasa macam sangat sesuatu... sbb dia pandai pujuk and very romentik type...

Hahah ada org cakap aku tipu... dia kata Zamani garang... muke je nampak garang... garang lagi aku kot... tanya la siapa je yang kenal dia... dia bukan jenis pemarah, selama kawin ni, dia tak pernah tinggi suara setinggi suara aku... ahahah bole bayangkan tak kalau dia tinggi suara lebih dari suara aku??? mau satu taman boleh dengar... so, so far pitching dia tak menyakitkan telinga aku lagi... heheheh... percaya la kerana ianya benar!!! lalalalalal!

My only Zamani...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Satu cerita yang bole di kongsi

Email dari Che ta lagi... wah wah... che ta sudah menyiapkan kerjanya hahahah... sila baca dan ambik iktibar... aku rasa cerita ni sangat dlm maksudnya... mungkin ramai yang tidak sedar bila kita melakukan kesilapan, kita hanya tahu meminta maaf, sedangkan ia mungkin meninggalkan kesan yang mendalam buat seseorg itu... sometime kita tak faham kenapa org tu marah sangat, sometime kita rasa apa yang kita lakukan hanyalah masalah kecil...

Tak lupa jugak ingatan buat aku... kadang2 aku tak sedar apa aku buat tu, janji aku puasti dengan tindakkan aku, tapi aku tak sedar kalau benda tu boleh melukakan hati sesorg... so mari la kita fahamkan cerita ni ok...kalau rasa boleh ambik sebagai pengajaran, sila ambik... kalau tak bole, tutup mata, atau baca entry lain.


Ingat... maaf sahaja tidak cukup... kalau org tu tak maafkan atau senyap, pasti kesalahan itu benar2 melukakan hatinya... jadi faham konsep di situ... kadang2 org2 ni dan ada segelintir org ni, aku pelik minta maaf berjuta2 kali... tapi dia sendiri tak faham dan tak iklas... dia tahu org tu marah atas perbuatannya tapi tak sedar perbuatannya itu melukakan hati org... bila hati terluka ni selalunya susah nak memaafkan...


___________________________________________________________________


Ada seorang insan yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya insan tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang Pertama sahaja, insan itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana insan tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Insan tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata


"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Mami and baby

Balik umah MIL tengok kat atas kerusi ada few magazine... sila tahu MIL ai seorg yang updated ok... suke baca majalah yang berinformasi... aku tumpang sekaki je kalau nampak ada majalah-majalah baru ni...

Dulu aku suke beli majalah...majalah yang aku langgan selalu Remaja... dulu la time remaja... tapi ibu dok memekak, sbb makin banyak... so stop... anyway aku selalu gune internetkan? so rasanya nak cari info just clik or google ajo kat Net...

Tapi kali ni ku feliks sbb tetiba je ada Mami and baby... selalu aku tahu PA and Ma tukan? Ke Ma and Pa magz tu??? Ushhhh banyak informasi oulz... lagi2 macam aku yang tak ada pengalaman ni... penting sangat2...

Aku tak tahu akan kewujudan majalah ni... yang ku tahu Ma and Pa tu... tapi bila baca aku rasa isi majalah ni lagi padat kot... khayal sat aku sbb apa yang persoalan kat kepala ni boleh terjawab. Macam tahu-tahu jo...

Topic ni contohnya... sangat bergune... sbb kita dok tanya kenapa badan sakit... nak ke tandas dua tiga kali... apa yang perlu kita ambik tuk tambahan vitamin tuk baby...
Selalu aku merungut ada je yang kurang... artikel ni mmg tulis, bulan pertama apa yang perlu di ambil... bulan ke dua jenis vitamin apa yang perlu di ambil dan seterusnya...cara diet, cara ibu berkerjasama dengan tubuh...macam2 lagi la

Diet yang seimbang... mcm sekarang aku dah lima bulan, artikel ni menerangkan badan ibu mengandung semakin lemah, tanda2 apa yang kita dpt... diet yang seimbang... kali ni bekalan vitamin C amat penting tuk kecantiikan kulit... no wonder kulit aku mcm apa je... adakah mungkin kurang vitamin C???

Than teknik pernafasan yang betul... kan aku cakap aku jalan sikit je, tapi bila duduk aku rasa aku berlari 10000000 km... chewahhhh... jalan setapak dua pun tak larat... iyo tak?

Jenis-jenis ubat yang membahayakan kandungan... salah makan ubat boleh mengakibatkan keguguran dan kecacatan pada bayi... ha sila tahu semua ni yer... tapi so far pengambilan ubat2 yang keras je la membahayakan kehamilan macam ubat tido, ubat penenang, jenis2 yangbanyak dadah ni... mmg tak elok tuk kehamilan...
Aku rasa sesuai la... bukan tuk ibu yang mengandung... mereka yang plan mengandung pun bole beli... sbb ada juga tip2... mcm keluaran yang ni dia ada bagi tips macammana nak rancang atau cara bagi mereka yang plan tuk dptkan anak...
Dan bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas pun yang inginkan anak, ada jugak tips yang di beri... bak kata org mmg puas ati la... semua golongan boleh baca sama...
Terima kasih mak... so start bulan depan... abang Jamani, sila beli tuk binik mu ya... actually majalah ni pun sesuai tuk suami yer... Laki aku sajer je tak nak baca... aku suruh dia baca tips bila mengadapi saat kelahiran... dia poyo buat muke ketat... kang time nak bersalin ko undur diri tak nak masuk dlm bilik bersalin tu... harus ko!
Macam malam tadi, kaki aku cramp...aku kejut dia... baguslahhhhh sedar jugak... tapi bukan urut kaki... usap perut aku... perhhhhh nak jerit rasa... kaki mmg sakit sangat..... apa org panggil? simpul biawak? Simpul ular? simpul buaya... macam2 istilah aku dengar... yang pasti aku rasa nak telan je laki aku saat tu...
Sian ibukan baby???? Abak ko kalau pasal tido, nan ado org boleh kacau... rasa kalau time nak bersalin ni, terpaksalah aku stay umah MIL...nak harapkan Zamani sorg mmg aku beranak atas katil aku rasa... mmg payah sangat nak bangun... perangai tak pernah nak ubah... dia kata aku kejut lembut sangat... bole? Puas aku cengkam dia malam tadi... dia boleh pusing peluk aku, usap perut... weiii bukan perut aku yang cramp... kaki aku ni... perhhh Tuhan je tahu... yang tak tahan lawak, dia bole tepuk aku lepas tu, shhhhh shhhh shhhh... sesuatu... ku pujuk ati yang sakit tu... tak pa dia penat baru balik outstation... kasi chan malam ni... malam2 lain... harus ko...

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-