Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 8, 2009

Satu cerita yang bole di kongsi

Email dari Che ta lagi... wah wah... che ta sudah menyiapkan kerjanya hahahah... sila baca dan ambik iktibar... aku rasa cerita ni sangat dlm maksudnya... mungkin ramai yang tidak sedar bila kita melakukan kesilapan, kita hanya tahu meminta maaf, sedangkan ia mungkin meninggalkan kesan yang mendalam buat seseorg itu... sometime kita tak faham kenapa org tu marah sangat, sometime kita rasa apa yang kita lakukan hanyalah masalah kecil...

Tak lupa jugak ingatan buat aku... kadang2 aku tak sedar apa aku buat tu, janji aku puasti dengan tindakkan aku, tapi aku tak sedar kalau benda tu boleh melukakan hati sesorg... so mari la kita fahamkan cerita ni ok...kalau rasa boleh ambik sebagai pengajaran, sila ambik... kalau tak bole, tutup mata, atau baca entry lain.


Ingat... maaf sahaja tidak cukup... kalau org tu tak maafkan atau senyap, pasti kesalahan itu benar2 melukakan hatinya... jadi faham konsep di situ... kadang2 org2 ni dan ada segelintir org ni, aku pelik minta maaf berjuta2 kali... tapi dia sendiri tak faham dan tak iklas... dia tahu org tu marah atas perbuatannya tapi tak sedar perbuatannya itu melukakan hati org... bila hati terluka ni selalunya susah nak memaafkan...


___________________________________________________________________


Ada seorang insan yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya insan tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang Pertama sahaja, insan itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana insan tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Insan tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata


"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."




The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

No comments: