Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, August 6, 2008

Episod 2 - Rombongan Cik Hasra Ke Jakarta

So... sambungan dari yang episod ke dua... tahu apa jadi?

Kul 7.00 pagi , aku terima SMS dari Cik Hasra...

"Cida, dah nak terbang dah ni, nanti cida call opis Has ye. Thanks a lot, number Has tak boleh buat roaming, so apa-apa gune number ni...."

Ok! Tak kisahlah... semoga selamat sampai and semoga happy la kat sana... aku sambung tido... walaupun sememangnya setengah jam lagi nak bangun....

So sampai opis aku, aku lenggang kangkung... sekali teringat... ayo!!! 9.10 pagi dah... Ya salam... korang tahu la, information yang Cik Hasra sent tu ada dlm email... waaaa.... mampus! 9.30 kelas dia start....

Tapi... macammana aku cepat pun, computer aku,kan zaman Flinstone... kena ler tunggu... so tunggu 15 minit... nak bukak email, computer hang! Puaka tebing biru betul... tak sukeeee!!!! Aku sign out, masuk balik... sama je... wahhhh rasa nak hentak je... kali ke tiga barulah bole bukak....

The moral of the story - PRINT benda alah tuh!!!! Idiotsssss!

So aku terus dail opis Cik Hasra... waaaa tak agak2 seh... dah sedia dah ni... jawapan dah ada depan mata...TAPI....

Tak berjawab... amboi... takkan tak ada org kot... kul 9.30 dah... Hasra kata kul 8.30 dah boleh call.... dail lagi.... tak ada org jawab lagi... dail lagi... sama.... sekali lagi... sama jugak! Aku panic! Waduhhhhh 9.30... mmg berbakul la si Hasra kena maki dengan student dia...( aku tahu ler... aku selalu maki lecture aku kalau cancel class last minit ).Lagi-lagi kelas awal pagi... baik tido kalau tahu lecture tak datang....

Masuk 15 minit bersamaan lebih 10 kali call, tetap sama... aku dah panic! Maka aku call Hasra.... tak berjawab... mana lak budak ni.... aku sms dia....

"Has! Asal tak angkat? Prob ni!!! dari tadi tak ada org angkat fon kat opis Has... macammana?"

Tak berjawab... aku call... tak berangkat... takkan dah tido? atau happy sangat sampai kat sana.... aku SMS dia... sambil-sambil tu aku masih terus call opis dia.... waaaa.... aku mmg panic tahap ayam... kesian pulak dengan si Hasra... aku dah janji dia.

Aku bukak website Uni dia. Cari nom lain dari yang Has bagi... sambil call Hasra, sambil call opis dia... lor satu number je aku ada, dan panggilan aku tak terjawab...last2 aku call Telekom Directory dan dpt la nom lain dari yang dia bagi...

Aku call num tu, tapi sama juga! Tak berjawab... hello dah sejam lebih dah aku try ok...

Aku hampir give up!

Oh FYI... aku call Hasra, memula ada bunyi tone panggilan, call lagi masuk voice mail... call lagi sekali operator Indon lak menjawab... aku naik confuse... apa nak buat ni?! SmS aku dia dpt ke tak?

SmS dia lagi.... (MMg tak ada kerja aku ni,kan? hahah janji punya pasal....)

"Ya Allah, Has angkat la telefon... Cida dah gelabah ayam ni! Mmg call tak berjawab langsung. Cida siap call directory and num yang diorg bagi pun tak dpt... Has kena call kawan Has, inf diorg supaya diorg boleh inf admin"

Tak berjawab jugak... aku makin risau... tah2 dia ingat aku buat alasan kot?

Aku Sms Lagi....

"Has pls advice cida apa yang patut cida buat sekarang?Nak keep call ke? Atau Has dah inf kawan Has? Sumpah Has! Cida tak buat alasan.... mmg tak dpt"

Riso jugaklah kan... kang tak pasal2 dia kata aku cari alasan. Namum Cik Has tak jugak return call aku....

So apa jadi lepas tu? Episod terakhir... esoklah aku bagi tahu... hahaha... aku nak tido da....


NOTA KEPALA : Gambar2 ni tak ada kena mengena dengan cerita ini... boring ar cerita tapi tak ada gamba... letak gamba aku la,kan? takkan letak gamba korang pulak.? wakakaka.... layannnnnn

"Kun FaYa Kun"

Aku tak la pandai pasal agama ni... apatah lagi nak bercerita. Tapi sebagai umat Islam, aku percaya segala yang berlaku adalah kehendak Allah... sekiranya dia mahukan sesuatu itu terjadi, maka ia akan terjadi...

Korang tengok gambar2 ni... Kebesaran Allah itu tak dapat di tandingi oleh mana-mana kuasa...



Allah telah mengkehendaki budak ini terus bernafas di muka bumi ini.... menurut artikel yang aku terima, budak ni telah di tanam oleh manusia syial lagi babi ( sori aku emo kat sini!) hampir 24 jam, dan he masih lagi hidup!



Episod 1 - Rombongan Cik Hasra Ke Jakarta

Korang mesti tertanya apa yang jadikan? Meh aku story... Cik Hasra kita ni mmg teringin la sangat nak pergi...So bila aku suggest nak menolong, dia pun happy la, kan... alah aku tolong pun bukannya banyak... hanya sekadar belakon je... heheheh. Kes tolong kawan.

Cik Hasra kita ni nak pergi sampai mak dengan ayah dia buat solat hajat... semata-mata nak bagi plan ke Jakarta tu menjadi... hati siapa tak tersentuh... bersungguh betul mak ayah dia nak dia pergi...

So lepas chat jerk, aku terima sesuatu.... gapo dia? moh tengok...

Seperti yang Cik Hasra janjikan, dia akan emailkan information tentang diri dia tuk aku ler... heheheh... mana la tahu kot-kot diorg tanya nama family ke, num Id lecture ke apa ke...kan?

Tapi rupanya, bukan sekadar information dia je... dia sertakan sekali dialong... wakakak...jangan tak marah semua! I terasa macam pelakon... siap ada script lagi kau!



Anda nampak? Ha.. siap dengan jadual berlakon lagi tuh! wakakak... bukan ler...jadual kelas dia... kot-kot la Miss Kok tu tanya kelas si Cik Hasra, dapat la aku menjawab dengan tenang... heheheh...

Semalam Cik Hasra balik cepat...kul 5 dah hilangkan diri dari Ym, maklumlah org nak jalan jauh...wakakak... so jumpe la cik abang... minta restu... waaaa hebat!

Dalam dia (Cik Hasra) punya detail bagi maklumat pasal dia dan opis dia, boleh dia lupa something nak bagi kat aku... teka la korg?

Dia suruh aku dail opis dia 999 ke apa? Aku call dia tak jawab... so aku malas la nak call banyak kali... mana tahu dia ada kelas ke apa ke... so aku pun biarlah, sbb aku tahu dia akan call aku balik punya...

10 minit lepas tu, aku time SMS

"Cida call Has? Ada apa-apa?" Kan betul...
"Macammana nak call? Num opis tak ada la... Has tak bagi...."

Kalau korang perhatikan email dia hanta kat aku... dia tulis number fon dia, siap sekali abang dia punya number... tapi kureng fon number yang aku patut call dia tak bagi....

"Kah...kah...kah bengong sungguh! Has foward kejap lagi... tengah drive. Baru ambik beg dr F tadi"

So aku tak la reply... tahu kejap lagi dia akan hantar.... tapi bila aku sampai umah... tertido... heheh kul 12 malam baru bangun mandi, baru nak makan... (Mana tak gumuk!)

Tengok2... 3 missed call dan 1 Business card received.... hahaha... sian Has... mesti dia gelabah ayam takut aku tak dpt nom fon opis dia....

Lepas tu apa jadi? Tunggu episod 2 esok ok! Chowwww

Post- Mortem,kasi lapor