Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, April 8, 2008

Bicara lagi pasal kerja

Hangin satu badan... susah betul la... kali ni aku pening pasal nak mohon lesen pengangkutan dan perkapalan (kan...ayatku skema). Since 1972 kita apply at kastam, tak ada pun banyak songeh... actually company ni establish 1972, so kalau aply ikut akta i guess back to 10-12 year la.

Kali ni nak renew 1001 benda yang kastam nak. Kali ni nak approve capital from SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia)... well aku pelik kejap. Diorg ni patut lebih bijak menggunakkan otak dari aku sbb diorg dah banyak luluskan lesen syarikat-syarikat. SSM hanya keluarkan Penyata Akaun untuk SDN BHD... nak ke aku terangkan SDN BHD ni apa? Yang ada pemegang saham. Company aku enterprise. Buat akaun pun hanya untuk tatapan bos yang tercinta.

Pegawai ni tanya "Mana saya nak tahu capital ni betul ke tak? kalau awak tengok untung rugi(Profit and loss) dengan penyata kira-kira (Balance sheet) awak tahu capitalnya berapa?"

I was like.... uh... ni soalan ke apa?

AKU :"It inside the Balance sheet la, kan?" Dalam hati aku takut jugak... format dah tukar ke?

DIA : "Cuba tengok kat balance sheet, saya tanya awak capital tu show kat mana?Awak tahu ke mana capital bila tengok balance sheet tu?"

Something wrong here. Sama ada mata dia, atau aku tak letak. Aku tengok copy yang ada kat tangan aku. Kan dah tertulis bahagian equity :

REPRESENTED BY :-

CAPITAL RM XXXXXX.XX

Lor itu apa?

AKU : "Faham, tu bahagian represented tu. Capital kan dah tunjuk?"

DIA : "Ok... tapi awak tak boleh hantar macam ni. Tanpa pengesahan Certified True Copy."

Pulak da...bala lain pulak yang datang. Hanya tak ada certified true copy ko tak nampak capital tu? Aku pun blur.

Bila aku bagi bos aku tuk sign paper tu, dia panic sbb kalau bagi diorg benda ni, sure income tax dapat tahu... erm minta pendapat auditor aku lak... the thing is one copy dah pun kat tangan sana. Nak ubah macam mana? Aku tak bagi dia tengok pulak. Main hantar je. Tapi ari tu pegawai tu kata dia nak penyata akaun aje, tuk reference dia. Aku hantar je la sbb kawan aku sorg ni kata nak pakai urgent. Aku pun bagi je la.Tapi kali ni? Adeh siapa lak menjawab? Aku jugak la ni.

Pengubahsuaian / Renovation

Ini la rumahku yang memerlukan pengubahsuaian ( fuyooo ayat). Tiga kereta dalam satu tempat. Selalu kereta aku, ayah ku dan juga adik ku akan berhimpit macam ni. Tu aku parking tak betul, kalau nak masuk kereta 3, aku kena parking kereta tu lurus dan belakang kereta ayah, is my sister's car. Kecik dan sempit kan?

Zoom sikit... ini la umah ku.... teruk yek? tak pa... dah biasa... dengan warna pinknya... aku selalu pejam mata je kalau nak masuk umah...kwang...kwang...kwang

So....rumah ku baru mula buat renovation, patut mula selasa lepaskan? Well banyak benda yang tergendala dan hari isnin lepas baru buat. Kebetulan hari jumaat lepas kerajaan yang telah pun menang pilihan raya telah betulkan jalan rumah aku... maklumlah kereta kat taman umah aku semua pakai kereta besar, berat2 sebab tu la jalan tu jadi teruk. Banyak lubang sana sini. Jadi tak payah la kita org risau pasal keadaan jalan. Tapi sayangnya diorg ni hanya tar jalan ke, bahagian depan umah semua tak buat membuatkan jalan tak rata.

Nampak tak? Yang jalan hitam tu jalan baru... nampak tak rata,kan? Korang nampak tak? Tak yek? Ok sat....

Tadaaaa.... nampakkan beza KETIDAKRATA jalan depan umah aku. Yang geramnya diorg (pekerja-pekerja india yang buat tanah ni) bijak sangat. Dia tar kat bahagian situ, kalau nak rata depan umah tu kena tambah RM 300-RM 400. Dut poket diorg la tu.

Tapi aku tak la bodo sangat... heheheh kebetulan nak buat umahkan, ruang depan akan kami buat pagar yang besar, so erti kata lain jalan depan tu nak tak nak kita kena betulkan.

Nampak tak lepas pagar tu ada jalan tinggi sikit? Kami akan ratakan ruang tempat letak kereta ni. Nampakkan macam berbukit sikit and cost tambah simen baru RM 900 je... kalau nak suruh india tu tar depan umah yang diorg charge RM 300 - RM 400.

Pandangan dari dalam rumah. Buruk simen tu yek... maklumla dah berusia 20 tahun :)

So hari isnin tu balik je dari kerja, bermulala project besar pengubahsuaian rumah aku ni. Bila balik je, rumah tentulah berselerak. Dengan batu dan pasir di hadapan rumah. Nasib baik la aku kerja, kalau tak kerja mau aku ambik gamba org indon tu buat kerja heheeh.

Ini adalah pagar asal rumahku... buruk yek? Maklum la... dah 20 tahun...

Bila aku sampai je rumah aku tengok depan rumah aku lecak. Isnin tu tak la hujan, tapi aku tertanya kenapa lecak! Tahu sbb apa? Org sebelah umah aku penyapu ni gi basuh kereta!!!! Basuh kereta!!!! aku ulang basuh kereta!!!! perh! Hangin tul! Rumah dia boleh letak 2 buah kereta and since wife dia kerja dia bole park kereta dia jauh sikit... anyway sejak dia buat rumah ini kali pertama kereta dia letak kat tempat parking tu. Sedangkan selama ni kereta wife dia kat situ. Nampak sangat dengkikan?

Tu kawasan rumah dia (of cos la gambar ni aku ambik semalam air pun dah kering ar nak buat buktu pun tak ada) Aku nak tunjukkan kat situlah spot kereta bini dia, tapi tetiba dia letak situ and basuh kereta. Tentu air bertakung depan rumah aku... nampak gerah hijau tu? ahahah ikut hati nak je simbah umah dia...

Dan bila basah depan umah aku ni boleh buat swiming pool tuk sang semut, dan jugak sang katak.... boleh tahan dalam jugak la... kalau ada air, takat nak nampak tapak kaki mmg confirm tak boleh punya....

Dan akibat itu, dalam rumah ku turut jadi kotor sebab......

.

Si Qiara sudah pijak daaaaa, pastu main masuk je dalam rumah!!! adehhhh

Di sebab kan kita nak buat tembok, so pagar dah pun di turunkan. Aduuuhhh!!!! anak dia suka suki masuk melalui rumah aku. Keluar masuk boleh consider lagi... yang tak tahan ketuk pintu umah aku pastu lari balik umah.... tentionkan?

Yang ini jiran belah kanan aku... ni pun sama 2 kali 5 tak leh pakai jugak. Dia yang sungguh2 suruh buat pintu tengah2 tembok, sekarang dia blok pulak dengan kayu la, besen la... tak nak mak aku masuk rumah dia... anyway tunggu je la... makin tengok muka diorg makin sakit hati... bila dah buat tembok macam ni, harap tak ada la sakit hati sangat, mak aku pun tak leh la nak menjengah2 bila org dtg umah diorg....

Ini la tembok umah aku yang hampir siap... ruang tu untuk laluan anak-anak ku qiara dan simba :)