Syukur Alhamdulilla... berkat doa semua alhamdulilla aku mendapat sedikit ketenangan... mmg tak di nafikan sakitnya amat pedih... tp aku sedar ini semua telah tertulis buat kami...
Subuh seperti biasa ku bangun...ku akui aku masih rindu padanya... perut dah mula rasa sakit2... tak tahu la sudah tiba masa tuk jasadnya keluar atau kesan jasad yang terlalu lama dlm tubuh... tapi sekali lagi aku redha ketentuannya...
Tubuh ini perlu bersedia dan kuat tuk menjalankan pengeluaran Jasad Arrysa... itu yang doktor bagitahu... supaya senang dia di keluarkan... dan aku tak mahu terus menyiksa dia... dan dia perlu di kembalikan di tempat asalnya...
Permudahkan segalanya Ya Allah...
Semalam mak anjang dengan pak anjang (Bapa saudara Zamani) dtg menziarah... terima kasih... dan maaf aku tak menjawab beberapa fon call dr kawan2... sesungguhnya diri ini masih belum mampu nak jumpa sesiapa... terlalu sedih dengan kehilangan Arrysa... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...walaupun ada org yang menanggung kesakitan yang lebih dari apa yang aku dan Zamani lalui, tapi sedikit sebanyak kami terasa kesakitan itu...
Pada fizikal ku... buah dada dah semakin kembali ke bentuk asal... perut ku semakin kecil... usia kandungan sepatutnya 25 minggu... saiz perut menurun seperti ibu2 yang mengandung 23 minggu... baju2 maternity telah ku simpan walaupun jasad Arrysa masih ada lagi. Tak sanggup nak tengok...
Bila dengar suara bayi, aku mula syahdu... apa lagi kalau lihat wanita2 hamil di klinik ibu mengandung... Rayyan datang umah ibu... sedikit sebanyak membuatkan aku rasa terhibur... tapi aku akui dan aku tak boleh nak nafikan melihat Rayyan membuatkan aku rasa rindu pada anak ku... harapan dan segala impian telah tiada... namun aku redha... tidak ku sesali apa yang berlaku... mmg telah tertulis segalanya... cume ku pohon kalian semua memahami apa yang aku rasa... kehilangan anak yang kami nantikan amat menyakitkan... memerlukan masa tuk sembuh sepenuhnya...
Fobia pun ada... bila ramai yang memberi harapan cube sekali lagi... aku jadi takut... adakah punca kematian anak ku di sbbkan oleh kesihatan dan ketahanan aku sendiri??? Tapi menurut doktor, tiada masalah tentang kesihatan ku. Bayi membesar sehingga minggu ke 24 sudah menunjukkan aku sihat cume masalah baby... tak tahu la... mungkin kata2 itu hanya tuk menyedapkan hati ku? I dont know... ku hanya perlu menunggu keputusan pihak hospital tentang ujian darah yang di ambil.
Ya Allah... ku bersyukur dan berterima kasih atas dugaan yang kau berikan... walaupun berat buat kami suami isteri, tapi aku tahu dan yakin akan ketentuanMu itu... ampunkan kami sekiranya kami lalai dan alpa dengan kesenangan yang Kau berikan.
Buat suami ku, Zamani... kamu satu2nya kekuatan ku...tanpa semangat dan bimbingan kamu, aku hanyut...terima kasih juga pada semua sedara mara... yang tak putus2 memberi kami suami isteri semangat... adik-adik juga... terima kasih atas keperihatinan...ibu dan ayah terima kasih sbb jaga along sebaik mungkin... berkongsi sama kesedihan...
Doakan kak long and abang long tabah menerusi dugaan ini... Insya Allah...
Zikir, istifar sebaik2 teman bagi menenang jiwa... terima kasih buat mak dengan abak juga... walau jauh di mata, ku tahu doa mereka di sana buat kami berdua.
Dan Ya Allah... peliharalah Puteri kami di sana...
The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)